Upload
mohdtajuddin
View
1.333
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013
KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
MOHD TAJUDDIN BIN AHMAD D20112054651
PUSAT PEMBELAJARAN: EL- ST02 (A121PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING:PROFESOR MADYA DR. HAMIDAH BINTI YUSOF
TARIKH SERAH: 18 NOVEMBER 2012
PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEBANGSAAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN OPSYEN
PEMARKAHAN
MATAPELAJARAN : BAHASA MELAYUTAHUN : 5TEMA : ALAM SEKITARTAJUK : KEMPEN ALAM BERSIH HIDUP SELESA
Pengetahuan khusus.
Murid telah didedahkan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Akibat yang
bakal ditanggung jika tidak menjaga alam sekitar ialah berlakunya pencemaran alam sekitar.
Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada
masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam
sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini
semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi
kesan buruk.
Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di
dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu
Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli,
kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan
bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga
mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi
kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga
terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.
Haiwan – haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat
tinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan
menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara
oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini
menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini
telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-
kuda,singa dan sebagainya.
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang
melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman
udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran
matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.
Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di
bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di
dunia pada masa kini.
Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang
disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan.
Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx)
dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan
pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun
bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh
tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan
bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan
menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh
warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu
bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan
akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga
adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan
bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya
kejadian alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di
Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan
yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga
menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu
persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran
bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan
manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke
habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan
ekosistem.
Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-
merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih
daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil
pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan
kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan
menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi
pekak secara perlahan-lahan
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh
alam sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya pencemaran
ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.
Kemahiran Spesifik
Seiring dengan pembangunan pesat yang dijalankan di negara ini sejak satu dasawarsa
dahulu, negara kita telah menghadapi pelbagai masalah dan halangan dalam usaha menuju ke
Wawasan 2020 yang diidam-idamkan. Selama ini, masalah kebersihan awam dan alam
sekitar telah berakar umbi di negara ini serta menjadi semakin kronik belakangan ini
bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyirulagi. Masalah sosial tersebut
tidak seharusnya dipandang enteng memandangkan isu tersebut berkait rapat dengan
kesihatan rakyat negara ini. Sebab-sebab berlakunya pengabaian kebersihan awam dan alam
sekitar hendaklah dikenal pasti supaya langkah-langkah pencegahan dapat diambil demi
kesejahteraan hidup sejagat. Sayugia diingatkan bahawa masalah kebersihan awam dan alam
sekitar dapat mendatangkan kesan buruk yang tidak diingini terhadap kesihatan rakyat.
Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang proaktif dan efektif harus diberikan penekanan
dalam usaha mengatasi masalah tersebut. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan
masing-masing kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan kebersihan awam dan
alam sekitar terjamin. Ibu bapa haruslah menitikberatkan didikan agama yang mantap dalam
diri kanak-kanak sejak bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Semua agama menekankan aspek kebersihan dan menegah penganutnya daripada melakukan
kekotoran yang akan menjejaskan kemaslahatan awam. Dengan adanya didikan agama yang
teguh, insan yang mementingkan kebersihan di tempat awam atau kebersihan alam sekitar
dapat dilahirkan. Selain itu, ibu bapa harus menunjukkan perlakuan yang baik dalam aspek
kebersihan tanpa mengira di mana jua berada kerana tingkah laku mereka akan menjadi
teladan dan ikutan anak-anak mereka kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Ibu bapa tidak seharusnya bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus,
sedangkan dirinya berjalan senget. Misalannya, ibu bapa haruslah membuang sampah ke
dalam tong sampah dan menggunakan tandas awam dengan baik. Dengan ini, anak-anak yang
masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang akan mencontohi perbuatan
ibu bapa mereka dan akan dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan mereka kerana alah
bisa tegal biasa. Jadi, didikan ibu bapa amat penting dalam memastikan kebersihan tempat
awam dan alam sekitar terpelihara.
Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai
kebersihan dalam sanubari para pelajar. Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama yang
menekankan pembentukan insan yang berkeperibadian mulia dan murni telah diterapkan
dalam sistem pendidikan negara kita. Guru perlu mengajar murid tentang kepentingan
mengamalkan nilai kebersihan dalam hidup terutamanya yang melibatkan kemaslahatan
umum seperti tandas awam dan kawasan rekreasi. Guru tidak seharusnya leka dalam
menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap ajaran guru akan
melekat dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan
dengan itu, guru perlu menitikberatkan aspek kebersihan di dalam kelas dan di kawasan
sekolah di samping menekankan kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar dengan
melarang murid daripada membuang sampah di merata-rata tempat. Konsep bersih ini
diperluas bukan sahaja di dalam kelas tetapi kepada kehidupan yang lebih menyeluruh. Pihak
sekolah dan guru boleh membina taman mini dan landskap supaya keadaan sekolah lebih
cantik dan hijau. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu diajar
oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya
obejektif yang dirancang tidak tersasar. Langkah yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini
sudah pasti dapat mendidik generasi muda kita tentang kemaslahatan amalan kebersihan.
Peranan media massa juga tidak dapat diketepikan memandangkan media massa
seperti radio, televisyen dan suratkhabar mendatangkan pengaruh yang mendalam dalam
kehidupan sehari-hari. Rancangan dan program yang dapat menyemaikan sikap rakyat
menjaga kebersihan awam harus disiarkan melalui saluran media bercetak dan media
elektronik dari semasa ke semasa untuk menyedarkan rakyat tentang peri pentingnya
kebersihan terhadap kesihatan masyarakat. Kempen-kempen kebersihan awam
seperti Cintailah Sungai Kita dan slogan Negara Bersih Sihat patut digiatkan dan diharapkan
dapat membangkitkan kesedaran sivik masyarakat negara ini untuk memelihara kebersihan
awam. Kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak media massa perlulah berketiak ular dan
bukannya hangat-hangat tahi ayam. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk
menjaga kebersihan alam sekitar dan tempat awam. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini
dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar dan tempat
awam senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat mencapai matlamatnyai
apabila semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar.
Dalam pada itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan
dengan isu kebersihan seperti Akta Alam Sekitar 1971 dan Akta kilang 1974 bagi mengatasi
masalah kebersihan awam. Hukuman yang lebih berat harus dijatuhi ke atas mereka yang
bersikap bena tak bena terhadap kebersihan awam. Denda wang ringgit nampaknya masih
kurang berkesan untuk menyedarkan rakyat negara ini berubah sikap. Sekiranya perbuatan
mencemarkan alam sekitar dan tempat awam masih diulangi, denda yang berlipat ganda
harus dikenakan dan disertai dengan hukuman yang lebih tegas. Misalannya, negara
Singapura telah mengusulkan banyak cadangan yang membina dalam usaha membasmi
masalah kebersihan awam. Antaranya ialah rakyat negara itu yang ditangkap membuang
sampah sarap atau puntung rokok ke atas lantai di tempat awam akan dikenakan denda yang
tinggi di tempat kejadian itu juga oleh pegawai polis yang bertugas. Bagi menjaga maruah
diri supaya tidak ditegur atau dikritik ole orang ramai, mereka yang bersalah sudah tidak
berani untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu di tempat awam. Maka, tidak mustahillah
negara Singapura digelar Taman Bandar Raya yang terkenal dengan kebersihannya. Oleh itu,
kita harus mencontohi ketegasan undang-undang negara Singapura kerana yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sesungguhnya ketegasan undang-undang
mampu melahirkan individu yang menitikberatkan aspek kebersihan dalam kehidupan
Secara tuntasnya, kebersihan awam dapat dijaga dan dipelihara melalui komitmen
daripada pelbagai pihak. Sikap individualistik dan ketiadaan kesedaran sivik terhadap
kebersihan awam perlu dikikis. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Doktor Mahathir bin
Mohamad pernah meluahkan perasaan kecewa beliau terhadap sikap rakyat negara ini yang
memandang remeh terhadap kebersihan awam setelah melihat keadaan di sekeliling Bukit
Bintang yang menjijikkan, ditimbuni sampah sarap yang dihinggapi lalat. Beliau telah
menyarankan rakyat Malaysia supaya mengamalkan sikap mementingkan kebersihan awam
dalam kehidupan sehari-hari. Kebersihan tempat awam sememangnya merupakan aspek yang
amat penting untuk menjamin keharmonian sejagat. Kita tentu tidak ingin generasi yang akan
datang hidup dalam keadaan yang dicemari, menyedut udara yang kotor, serta minum air
yang bermikroorganisma. Maka, sebelum nasi menjadi bubur, marilah sama-sama kita
mempraktikkan kebersihan diri dan lebih penting lagi kebersihan awam demi kesejahteraan
hidup pada hari muka!
Nilai-nilai murni.
Nilai murni yang dapat diterapkan dalam pengajaran yang berkaitan tajuk ialah nilai
menyayangi dan menghargai alam sekitar. Apabila murid telah didedahkan dan diterapkan
dengan nilai ini, mereka akan menjadi lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar. Sekolah
dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar. Oleh itu, pihak sekolah juga
berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara langkah yang
boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan kem kesedaran untuk memupuk
semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan para pelajar. Melalui mata pelajaran seperti
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar
secara langsung dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas
tertentu kepada pelajar seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan
isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut di dalam kelas.
Secara tidak langsung, mereka dapat disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh
pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan
mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh
dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar boleh
mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotong-royong membersihkan kawasan
sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti alam sekitar secara intensif.
Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha pihak sekolah juga dapat
membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Elemen Merentas Kurikulum.
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas
kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam
Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha
memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara
efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan
oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan
sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah
laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada
hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada
etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar
Pendidikan melalui atau dalam alam sekitar pula bertujuan untuk membolehkan
perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman
individu dan kemahiran menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara
menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah
sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal.
Elemen yang saya terapkan dalam tajuk ini alah elemen keusahawanan. Penerapan
elemen keusahawanan secara eksplisit (dinyatakan dengan tepat dan jelas) merentas
kurikulum teras asas dan teras tema melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan standard kandungan dan standard pembelajaran kurikulum disiplin
tersebut.
Lima elemen utama yang diterapkan adalah pendedahan dan amalan sikap
keusahawanan, latihan pemikiran keusahawanan dalam situasi yang sesuai, formulasi konsep,
proses atau produk keusahawanan berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi atau
vokasional dan amalan nilai moral dan etika yang baik dalam keusahawanan.
Secara ringkas huraian tentang lima elemen utama keusahawanan ini adalah:
1. Sikap keusahawanan
Seorang usahawan mempunyai sikap yang cemerlang yang menyebabkan mereka berjaya
dalam bidang yang diceburi. Sikap cemerlang ini penting kerana ia menjadi asas kekuatan
dalaman secara mental, emosi dan fizikal yang kukuh untuk mendorong usahawan
menghadapi dan menangani pelbagai cabaran sehingga berjaya. Sikap adalah satu
gambaran perasaan seseorang yang terangsang terhadap sesuatu objek yang akan
dizahirkan menerusi tingkahlaku yang diambil oleh seseorang individu seperti pemilihan
kerjaya dalam bidang keusahawanan. Sikap adalah penting untuk meramalkan
tingkahlaku yang dapat menentukan kejayaan usaha teroka usahawan kerana hampir
semua teroka memerlukan sikap tertentu seperti peka kepada peluang, ketabahan untuk
mengatasi pelbagai rintangan, cabaran, masalah dan kegagalan yang mungkin timbul di
peringkat permulaan atas halangan-halangan yang berkemungkinan timbul dikemudiannya
sikap keusahawanan yang perlu diterapkan ialah
i. Bertanggungjawab terhadap keputusan
Seorang usahawan bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan berkaitan
perniagaan yang diceburinya. Beliau lebih suka mengawal sendiri sumber-sumber
berkaitan perniagaan dan menggunakannya untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan terlebih dahulu. Kesanggupan mengambil tanggungjawab terhadap hasil
keputusan yang dibuat berkait rapat dengan lokus kawalan dalaman.
ii. Sangat peka kepada peluang
Usahawan yang berjaya sentiasa memikirkan pencapaian matlamat. Bagi mereka,
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan perlu keupayaan peka, melihat dan
mengambil peluang yang terdapat di persekitaran. Peluang perniagaan boleh wujud
akibat masalah yang ditimbulkan oleh orang lain, perubahan teknologi, perubahan
cita rasa pengguna, perubahan cara hidup, perubahan sikap, sumber-sumber alam
yang masih belum diterokai dan sebagainya.
iii. Berani mengambil risiko yang dianggarkan
Usahawan yang berjaya tidak mengambil risiko tanpa menganggarkannya terlebih
dahulu. Usahawan adalah pengurus risiko yang baik. Usahawan hidup dalam dunia
ketidaktentuan dengan kadar perubahan yang tinggi. Dalam dunia begini,
seseorang usahawan belajar mengurus risiko dan memastikan bahawa risiko yang
diambil adalah munasabah dan berpatutan dengan ganjaran yang diterima.
iv. Daya kreativiti dan inovatif
Usahawan dengan minda yang kreatif dapat mencipta sesuatu yang baharu dan
menyelesaikan masalah dengan logikal. Kreativiti dijelaskan sebagai kebolehan
mengadakan idea alternatif dan memperkembangkan idea baru tersebut selain
boleh memberi pandangan lain terhadap sesuatu peluang, situasi dan masalah.
Inovatif pula adalah kebolehan memperbaiki dan mengaplikasikan idea kreatif
terhadap masalah dan peluang untuk memperkukuhkan dan memperkayakan
sesuatu.
v. Fleksibiliti
Kebolehan menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitaran seperti permintaan
pelanggan dan perniagaan mereka adalah satu ciri usahawan yang berjaya.
Dalam dunia sekarang yang sentiasa berubah, kebolehan bertindak dengan cara
yang fleksibel memerlukan satu daya kreativiti yang tinggi.
vi. Keinginan kepada maklum balas segera
Seseorang usahawan yang berjaya suka untuk mengetahui prestasi mereka.
Mereka memiliki keinginan yang kuat untuk menggunakan pengetahuan bagi
membaiki prestasi mereka. Sikap ini sangat berkait rapat dengan kehendak untuk
belajar dari kesilapan lalu. Oleh itu, seorang usahawan juga dikenali sebagai
pendengar yang prihatin dan pelajar yang pantas.
vii. Berorientasikan masa depan
Kajian telah menunjukkan usahawan yang mencipta perniagaan dan memastikan
pertumbuhannya pada kadar yang tinggi menzahirkan perasaan perihatin yang
tinggi terhadap masa depan perniagaan tersebut berbanding dengan usahawan
yang mempunyai perniagaan yang kadar pertumbuhannya rendah atau sederhana.
viii. Kesanggupan belajar daripada kesilapan
Seorang usahawan yang berjaya sanggup menerima kegagalan sebagai satu
keperluan untuk mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan satu pengajaran
supaya kesilapan yang sama tidak diulangi. Dengan sikap sedemikian, seseorang
usahawan akan dapat memperbaiki peluang untuk mencapai kejayaan.
ix. Berkeupayaan memimpin
Usahawan yang berjaya merupakan seseorang yang berpengalaman, memiliki
pengetahuan tentang teknologi dan keadaan pasaran di mana dia beroperasi.
Jarang sekali dapat dilihat sesuatu usaha teroka yang berjaya dikendalikan oleh
seseorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang diterokainya.
Usahawan yang berjaya mempunyai kemampuan untuk menggunakan
pengaruhnya sebagai pemimpin.
x. Berorientasikan pencapaian
Usahawan yang berjaya sering mengetahui objektif dan tujuan yang mereka
hendak capai. Objektif-objektif yang ditetapkan merupakan satu dorongan yang
kuat yang akan menggerakkan usahawan ke arah pencapaian tersebut.
xi. Daya tahan yang kental
Usahawan akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan sebaik sahaja
menubuhkan perniagaan. Dia perlu mempunyai daya kekuatan mental, fizikal dan
emosi yang tinggi untuk terus bertahan disamping terus menangani segala masalah
yang dihadapi dengan tabah sehingga berjaya.
xii. Bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi
Usahawan juga menghadapi pelbagai kemungkinan situasi dalam perniagaan
mereka akibat dari perubahan yang tidak dijangka atau tidak mendapat maklumat
yang tepat. Usahawan perlu mempunyai kesabaran untuk bertolak ansur dengan
situasi yang tidak tentu tersebut dan tenang mencari penyelesaiannya.
xiii. Daya ketabahan yang tinggi (Pantang menyerah dan berputus asa)
Usahawan melalui proses yang banyak dalam jangka waktu yang panjang untuk
membangunkan perniagaannya sehingga mencapai tahap yang selesa dan kuat.
Kekuatan semangatnya melalui setiap waktu dengan pelbagai aktiviti yang perlu
dilakukan, pelbagai cabaran dan ketidaktentuan persekitaran atau hasil menjamin
keberlangsungan usaha yang dilakukan.
xiv. Boleh membina jaringan sosial
Usahawan perlu meluaskan jaringan sosial perniagaannya. Jaringan sosial
perniagaan diperlukan untuk memastikan perniagaannya dikenali ramai selain
mudah untuk menjalinkan hubungan kerjasama bagi mendapatkan maklumat dan
pesanan sumber-sumber yang berkaitan dengan kejayaan perniagaan.
Pedagogi pembentukan sikap keusahawanan melibatkan langkah-langkah seperti
mendedahkan murid kepada definisi sikap-sikap yang releven di dalam sesuatu tajuk
modul yang diajar. Contoh-contoh situasi diberikan agar dapat membantu murid
menggambarkan keperluan mempunyai sikap seperti yang dijelaskan. Guru juga perlu
memastikan murid dapat mengamalkan sikap tersebut sehingga menjadi satu amalan
harian sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka.
RUMUSAN
PENGETAHUAN KHUSUSMurid telah didedahkan mengenai kepentingan
menjaga alam sekitar. Akibat yang bakal ditanggung jika tidak menjaga alam sekitar
ialah berlakunya pencemaran alam sekitar. Pencemaran
alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa
kini
KEMAHIRAN SPESIFIK
Setiap ajaran guru akan melekat dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu menitikberatkan aspek kebersihan di dalam kelas dan di kawasan sekolah di samping menekankan kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar dengan melarang murid daripada membuang sampah di merata-rata tempat. Konsep bersih ini diperluas bukan sahaja di dalam kelas tetapi kepada kehidupan yang lebih menyeluruh.
ELEMEN-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
NILAI-NILAI MURNI
Nilai murni yang dapat diterapkan dalam pengajaran yang berkaitan tajuk ialah nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Apabila murid telah didedahkan dan diterapkan dengan nilai ini, mereka akan menjadi lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar
KEMPEN ALAM BERSIH HIDUP
SELESA
RUJUKAN
www.tutor.com.my
ceritatentangalam.blogspot.com
blogbmspm.blogspot.com
drilias-zaidi.blogspot.com
alamsekitarbmp.blogspot.com
www.bumigemilang.com
thestudents.forumotion.com