4
SUDAHKAH KITA MEMAHAMI DAN MENIKMATI KEMERDEKAAN YANG SEBENAR? Tidak berapa bulan lagi kita di negara ini akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 58, sebagaimana juga tahun-tahun sebelum ini. Cuma dalam masa beberapa tahun yang akhir ini, kita menyambut hari Kemerdekaan negara kita hampir dengan kita menyambut ‘Aidil Fithri. Oleh itu saya ingin mengajak pembaca sama-sama merenung hakikat kemerdekaan yang Allah SWT kehendaki setelah kita berjuang sebulan penuh dalam bulan Ramadhan, di masa yang sama menilai kemerdekaan negara kita yang akan disambut, sama ada hakikat kemerdekaan yang sebenar telah dinikmati oleh semua rakyat Malaysia hari ini. Perenungan kali ini saya memetik tulisan Syeikh Abdul Hamid Jasim al Bilali telah mengungkapkan pengertian kemerdekaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ibn Taimiyah, dalam bukunya ‘Al Bayan Fii Madkhalisy Syaitan’. Ibn Taimiyah menjelaskan bahawa “Kemerdekaan adalah kemerdekaan qalbu, dan peribadatan adalah peribadatan qalbu, sebagaimana juga kekayaan adalah kekayaan jiwa” Rasulullah SAW telah bersabda: “Kekayaan itu bukanlah harta benda yang banyak, namun kekayaan itu adalah kekayaan jiwa” (Diriwayatkan oleh Syaikhani) Apabila seseorang telah mencapai peringkat ‘pengendalian jiwa’ ke arah apa yang diperintahkan Allah SWT dan berjaya melawan kemahuan hawa nafsu terhadap apa yang dilarang oleh-Nya, bererti dia telah menjadi tuan kepada hawa nafsunya. Sehingga merupakan suatu kewajipan seorang hamba mentaati tuannya. Inilah pengertian kemerdekaan yang sebenar. Para pejuang Islam terdahulu sangat memahami erti kemerdekaan. Meskipun mereka dipenjarakan, mereka masih menganggap penjara itu nikmat, pembunuhan 1

Erti Kemerdekaan Sebenar.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • SUDAHKAH KITA MEMAHAMI DAN MENIKMATI KEMERDEKAAN YANG SEBENAR?

    Tidak berapa bulan lagi kita di negara ini akan menyambut Hari Kemerdekaan ke

    58, sebagaimana juga tahun-tahun sebelum ini. Cuma dalam masa beberapa

    tahun yang akhir ini, kita menyambut hari Kemerdekaan negara kita hampir dengan

    kita menyambut Aidil Fithri. Oleh itu saya ingin mengajak pembaca sama-sama

    merenung hakikat kemerdekaan yang Allah SWT kehendaki setelah kita berjuang

    sebulan penuh dalam bulan Ramadhan, di masa yang sama menilai kemerdekaan

    negara kita yang akan disambut, sama ada hakikat kemerdekaan yang sebenar

    telah dinikmati oleh semua rakyat Malaysia hari ini.

    Perenungan kali ini saya memetik tulisan Syeikh Abdul Hamid Jasim al Bilali telah

    mengungkapkan pengertian kemerdekaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam

    Ibn Taimiyah, dalam bukunya Al Bayan Fii Madkhalisy Syaitan.

    Ibn Taimiyah menjelaskan bahawa Kemerdekaan adalah kemerdekaan qalbu, dan

    peribadatan adalah peribadatan qalbu, sebagaimana juga kekayaan adalah

    kekayaan jiwa

    Rasulullah SAW telah bersabda:

    Kekayaan itu bukanlah harta benda yang banyak, namun kekayaan itu adalah

    kekayaan jiwa (Diriwayatkan oleh Syaikhani)

    Apabila seseorang telah mencapai peringkat pengendalian jiwa ke arah apa yang

    diperintahkan Allah SWT dan berjaya melawan kemahuan hawa nafsu terhadap apa

    yang dilarang oleh-Nya, bererti dia telah menjadi tuan kepada hawa nafsunya.

    Sehingga merupakan suatu kewajipan seorang hamba mentaati tuannya. Inilah

    pengertian kemerdekaan yang sebenar.

    Para pejuang Islam terdahulu sangat memahami erti kemerdekaan. Meskipun

    mereka dipenjarakan, mereka masih menganggap penjara itu nikmat, pembunuhan

    1

  • terhadapnya adalah syahid, pengusiran ke negara lain adalah melancong dan

    sebagainya. Ini disebabkan oleh mereka telah berjaya memerdekakan hati mereka

    dari tunduk kepada hawa nafsu dan kemahuan syaitan. Dan tiada siapapun yang

    berkemampuan untuk memenjarakan hati kerana ianya bebas memilih dan

    menentukan corak kehidupan.

    Benar wahai saudaraku, anda merdeka walaupun anda berada di belakang jeriji-

    jeriji penjara.

    Benar wahai saudaraku, anda mereka meskipun kedua pergelangan tanganmu

    penuh dengan ikatan-ikatan.

    Walaupun kedua tangan dan kaki anda diikat, namun kemerdekaan tetap abadi

    dalam diri anda, sebab mereka tidak boleh mengikat hati anda. Biarkan saja

    mereka, tipu daya manusia mana yang dapat membahayakan?

    Adakah kita setelah melalui latihan intensif sebulan dalam bulan Ramadhan al

    Mubarak kita mula merasai terungkai rantai hawa nafsu yang membelenggu kita

    dan kita telah terbebas dari penjara hawa nafsu?

    Di tahap individu, marilah kita menilai keadaan kita setelah melalui madrasah atau

    tamrin Ramadhan. Bagaimanakah suasana hati kita?

    Syeikh Majdi al Hilali telah mengatakan bahawa peperangan yang paling sengit

    adalah di dalam hati manusia. Peperangan ini adalah antara iman dengan hawa

    nafsu. Sebagaimana dalam peperangan yang biasa, yang tewas akan

    diperhambakan oleh yang menang. Jika iman kita tewas dalam peperangan ini,

    maka diri kita akan dirantai dan dipenjarakan oleh hawa nafsu kita dan kita akan

    menjadi hamba nafsu. Hinalah hidup kita dan kita akan berakhir dalam neraka

    Jahannam.

    Sebaliknya jika iman kita yang menang, makan iman akan menguasai nafsu dan

    mengekangnya. Maka merdeka dan bahagialah mereka yang mana dirinya

    2

  • dikendalikan oleh imannya dan nafsunya telah berjaya dikekang. Inilah

    kemenangan dan kemenangan yang sebenar.

    Tamrin Ramadhan adalah bantuan Allah SWT Yang Maha Pengasih dalam

    membantu mencapai kemenangan dan KEMERDEKAAN dari perhambaan kepada

    hawa nafsu. Sekiranya kita telah ikhlas melaksanakan sebanyak mungkin aktiviti

    yang Allah SWT tentukan di sepanjang Ramadhan, khususnya puasa, Al Quran dan

    Qiyamulail, insyaAllah Allah SWT akan kurniakan kemenangan dan kemerdekaan

    dan kita akan mempunyai bekalan untuk mampu, sekurang-kurangnya, bertahan

    agar tidak diperhambakan oleh hawa nafsu setelah Ramadhan meninggalkan kita.

    Di tahap masyarakat dan negara, kita dapat membuat pernilaian sendiri, sama ada

    majoriti masyarakat kita sudah merdeka atau masih dirantai dan dipenjara oleh

    hawa nafsu. Kita akan melihat nanti bagaimana majoriti masyarakat kita akan

    menyambut Aidil Fithri dengan menjamu nafsu sehingga kita lihat dengan penuh

    kesedihan bagaimana mereka dirantai oleh nafsu dan mereka merasakan bahawa

    bahagia tetapi hanyalah bahagianya nafsu mereka, sebagaimana bahagianya

    lembu dan dubuk. Dalam istilah yang digunakan para ulama nafs bahimi dan

    nafs subui. Lihatlah nanti bagaimana masyarakat dan pemimpin masyarakat

    menyambut kemerdekaan dengan nafsu syahwah bukan dengan keimanan.

    Sudah merdekakah kita jika jiwa kita masih dirantai dan dipenjara? Ramadhan yang

    dilalui tidak membawa sebarang kesan ruhaniyyah yang membawa ke stesen jiwa

    yang lebih tinggi. Meningkatkah taqwa bila Ramadhan berakhir kita masih

    terpenjara di tahap nafsu amarah yang buruk dan jahat.

    Ya Allah, janganlah Engkau biarkan Ramadhan yang kami lalui sia-sia sahaja tanpa

    memberikan kesan mendalam kepada iman dan taqwa kami.

    Ya Allah, ampunilah dosa kami, tingkatkanlah ketaqwaan kami, sucikanlah hati kami,

    merdekakan jiwa-jiwa kami dan bebaskan kami dari belenggu dan penjara nafsu. Ya

    Allah kurniakanlah kami kemerdekaan jiwa yang sebenarnya dan jadikanlah kami

    hamba-hamba yang benar-benar mengenali-Mu, mentaati-Mu dan Mencintai-Mu.

    Ya Allah, jadilkan baki Ramadhan, peluang-peluang untuk kami menguatkan lagi

    3

  • hubungan kami dengan-Mu, ya Arhamar Rohimin. Perkenankan doa kami ya Allah,

    perkenalkanlah!

    4