Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    1/19

    [email protected]. 1

    KUASA DAN TENAGA

    1. KUASA

    1.1 Definisi

    - kuasa adalah kadar kerja yang dihasilkan arus elektrik dalam masa

    tertentu.

    - kuasa pada sesuatu alat elektrik ditakrifkan sebagai kadar dimana

    tenaga elektrik digunakan oleh pengguna oleh alat tersebut.

    - kerja yang dihasilkan adalah dalam bentuk haba, cahaya, bunyi dan

    gerakan.

    1.2 Unit kuasa- simbol bagi kuasa ialah P. Kuasa diukur dalam unit watt atau joule per

    saat (J/S). Satu watt ialah kuasa yang digunakan apabila satu ampere arus

    mengalir melalui beza upaya sebanyak 1 volt.

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    2/19

    [email protected]. 2

    - formula kuasa adalah :

    1 watt = 1 joule/saat (J/S)

    1 kilowatt = 1000 watt

    1 mega watt = 1 000 000 watt-Formula mengira kuasa :

    Kuasa (P) = Voltan (V) x Arus (I)

    - -Dalam hukum Ohm formula mengira kuasa ialah :

    a) Tukarkan V dalam formula kuasa kepada V = I x R, maka:

    P = I x R

    b) Tukarkan I = V , maka :R

    P = V

    R

    Unit kuasa yang masih digunakan oleh sistem British ialah kuasa kuda ( horse power

    (hp) ) dimana 1 hp = 746 w

    1.3 Kuasa Peralatan Elektrik

    - Kebanyakan peralatan elektrik di Malaysia menggunakan plat perincian.

    - Pada plat perincian menyatakan perkara-perkara seperti kuasa, voltan, dan arus

    dalam ampere.

    - Peralatan seperti periuk nasi, jug kettle, seterika, lampu pendaflour dan sebagainya

    dilabelkan pada plat perincian.

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    3/19

    [email protected]. 3

    Automatik : Jug KettleModel : High Speed 17

    Capacity : 1.7 litres

    Voltan : 240v

    Kuasa : 2200 w

    -Pada plat perincian ini, kita dapat mencari arus yang digunakan. Cara

    pengiraannya ialah :

    P = V x R

    2200 = 240 x R

    R = 2200

    240

    R = 9.17 A

    1.4 Voltan dan Arus

    Voltan

    - merupakan perbezaan tenaga keupayaan antara 2 titik dalam ltar tenaga

    - Contoh plat perincian pada jug kettle:

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    4/19

    [email protected]. 4

    elektrik. Oleh itu, definasi voltan adalah banyaknya tenaga yang diperlukan

    untuk memindahkan satu unit cas.

    - Unit voltan ialah V atau E. Ia diukur dalam unit volt (v).

    - Satu volt (v) adalah tenaga dalam joule(j) yang diperlukan untuk

    memindahkan 1 C cas positif melalui satu elemen.

    - Tanda Lazim yang digunakan sebagai arah rujukan bagi voltan dalam litar

    elektrik ditunjukkan seperti pada rajah 1:

    a

    b

    + Vab -

    + V ab -

    beban

    Rajah 1: Tanda Lazim bagi Voltan

    (Arah Voltan adalah dari potensi rendah (negatif) ke potensi tinggi (positif) )

    a

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    5/19

    [email protected]. 5

    VOLTMETER

    Voltmeter digunakan untuk menyukat

    voltan. Bahagian utama voltmeter ialah

    skala, magnet, gegelung dan penunjuk.

    Apabila voltmeter digunakan, untuk

    menyukat voltan, arus akan mengalir

    melalui gegelung. Gegelung akan

    menjadi sebuah elektromagnet yang

    mempunyai medan daya.

    Pergerakan penunjuk disebabkan olehtindakan medan daya magnet kekal dan

    medan magnet gegelung. Spring pada

    penunjuk akan menolak penunjuk ke

    bacaan 0 selepas meter digunakan.

    Terdapat dua jenis voltmeter, iaitu

    voltmeter arus terus (A.T) dan voltmeter

    (A.U). Rajah 2 di bawah menunjukkanbahagian-bahagian pada voltmeter.

    Voltmeter A.T digunakan untuk

    menyukat voltan A.T dan voltmeter A.U

    digunakan untuk menyukat voltan A.U

    Rajah 2

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    6/19

    [email protected]. 6

    Penjanaan dan pengagihan elektrik

    Elektrik yang dijanakan biasanya adalah 11

    000 V dan ini dinaikkan kepada 132 000 Vuntuk dihantar ke temat yang jauh. Kenaikan

    voltan dilakukan dengan menggunakan

    transfomer peninggi. Rajah 3, menunjukkan

    pendawaian elektrik ke premis pengguna

    Tujuan meninggikan voltan adalah untuk

    mengatasi masalah susutan voltan supaya

    tenaga elektrik dapat dihantar ke tempatyang jauh dan juga mengurangkan kos

    dengan menggunakan saiz pengalir yang

    lebih kecil.

    Oleh sebab voltan ini adalah amat tinggi dan

    berbahaya, maka dawai yang membawanya

    dipasang kepada tiang besi. Voltan yang

    tinggi ini akan diturunkan oleh transformerpenurun di stesen kecil sebelum diagihkan

    ke rumah dengan voltan 240 dan ke kilang

    kecil dengan voltan 410. Rajah 4,

    menunjukkan papan agihan tenaga elektrik

    yang di sambungkan ke rumah pengguna.

    Rajah 3

    Rajah 4

    Papan Agihan

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    7/19

    [email protected]. 7

    ArusMerupakan ukuran kepada banyaknya cas yang

    dipindahkan per unit masa.

    Simbol Arus ialah I. Ianya diukur dalam unit ampere(A).

    Arus (I) = Kuantiti Cas (Q) (A)

    Masa (t)

    Satu ampere adalah pemindahan 1 (C) cas dalam masa 1(s) saat

    1 ampere (A) = C

    STerdapat 2 jenis arus: 1. Arus terus

    2. Arus ulang alik

    1.5 Contoh pengiraan kuasa

    Contoh:

    Sebuah Seterika elektrik bertanda 1.5 A, 240 v. Cari nilai kuasa yang digunakan ?

    Penyelesaian:

    P = V x I

    = 240 x 1.5

    = 360 w

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    8/19

    [email protected]. 8

    1.6 Wattmeter

    - Wattmeter digunakan untuk menyukat kuasa elektrik

    - Kuasa ialah hasil pendaraban voltan dan arus- 0leh itu, wattmeter mempunyai dua gelung, satu digunakan untuk

    voltan dan satu lagi untuk arus.

    - Gelung voltan ialah gelung yang bergerak yang disambung melintangi

    punca bekalan.

    - Ia bertujuan menghasilkan kekuatan magnet digelung berkadaran dengan

    punca voltan.

    - Gelung arus pula mengeluarkan urat daya yang berkadaran dengan arus yangmelaluinya.

    - Pemesongan jarum penunjuk oleh pergerakan gelung gerak bergantung pada

    voltan dan arus di dalam litar.

    - Wattmeter boleh digunakan dalam arus terus dana arus ulang alik.

    2. TENAGA2.1 Definisi

    Tenaga adalah keupayaan melakukan kerja. Tenaga juga adalah merupakan

    kuasa yang digunakan dalam masa tertentu.

    2.2 Unit tenaga diukur dalam unit joule (j) dan simbol bagi tenaga adalah W.

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    9/19

    [email protected]

    2.3 - Tenaga elektrik yang digunakan oeh pengguna diukur dalam unit watt-jam

    (wj) atau kilowatt jam (kwj).

    - Hubungan antara kuasa dan tenaga diberikan dalam formula dibawah:

    Tenaga = Kuasa x jam

    w = P X t

    Arus = Watt/saat

    Tenaga (Wh) = kuasa (w) x masa (j)

    Tenaga kwh = kuasa (w) x masa (j)1000

    - alatan yang digunakan untuk menyukat tenaga elektrik ialah meter

    kilowattjam.

    2.4 METER KILOWATTJAM

    - Meter kilowat-jam digunakan untuk mengukur tenaga elektrik. Ia

    mencatatkan jumlah tenaga yang telah digunakan.

    - Terdapat 2 jenis meter kilowatt-jam yang berlainan:

    a) meter kilowatt-jam analog

    b) meter kilowatt-jam digital

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    10/19

    [email protected]

    a. Meter kilowatt-jam analog

    - meter kilowatt-jam jenis lama adalah daripada jenis analog yang

    mempunyai beberapa dial yang berlainan kadar. Rajah 5 di bawahmenunjukkan meter kilowatt-jam yang mempunyai dail-dail yang

    berlainan.

    Rajah 5 : meter kilowatt-jam analog

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    11/19

    [email protected]. 11

    b) meter kilowatt-jam digital

    - Kebanyakan meter kwj sekarang adalah jenis digital. Meter

    kwj sekarang ini mudah dibaca. Jumlah unit yang digunakandalam satu jangka masa tertentu diperolehi dengan menolak

    bacaan yang lepas daripada bacaan yang baru. Meterkilowatt-

    jam digital ditunjukkan dalam Rajah 6 di bawah:

    Rajah 6: Meter kilowatt-jam digital

    2.4 Membaca Meter Kilowatt-jam

    a) Meter Kilowatt-jam Analog

    - dial-dial dibaca dari kiri kekanan. Jika petunjuk didial berada

    diantara dua nombor, nombor yang kecil akan diambil. Kadang-

    kadang kekekiruan timbul samada penunjuk telah melintasi sesuatu

    nombor atau belum. Jika ini berlaku,

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    12/19

    [email protected]. 12

    perhatikan dial yang sebelumnya. Jika penunjuk itu telah

    melintasi tanda sifar, bermakna petunjuk pada nombor yang

    hendak ditentukan itu telah melalui nombor itu. Rajah 7 dibawah memberikan penjelasan.

    Rajah 7: Penyelesaian masalah membaca meter kwj analog

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    13/19

    [email protected]. 13

    b) Meter Kilowatt-jam digital

    - Bacaan terus dibuat dari nombor-nombor pada muka dial.

    Nombor yang terakhir ditinggalkan kerana ia kurang daripadasatu unit. Rajah 8 di bawah menunjukkan bacaan meter kwj

    digital.

    - Untuk mendapatkan jumlah yang digunakan bagi satu-satu

    bulan, bacaan dibuat di awal atau di akhir bulan. Jumlah

    tenaga yang digunakan diperolehi apabila bacaan baru

    ditolak dengan bacaan lama. Contoh;

    Bacaan baru = 04096

    - Bacaan lama = 03978

    = 118 unit

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    14/19

    [email protected]. 14

    Suis Utama

    Dari meter kWj wayar hidup dan neutral disambungkan kepada suis utama.

    Suis ini terdiri daripada 2 kutub satu arah. Satu fius disambungkan kepadawayar hidup dalam suis utama.

    Bekalan elektrik dirumah dikawal oleh suis ini. Apabila menjalankan kerja

    elekrik seperti menukar fius, suis utama mesti dimatikan dulu. Rajah 9

    menjelaskan tentang fius ini.

    Rajah 9 : fius

    Pemutus Litar Bocor Ke Bumi

    Selepas suis utama, wayar bekalan dhubungkan ke pemutus litar pemutus

    litar bocor ke bumi. Alat ini merupakan alat keselamatan. Apabila terdapat

    kebocoran elektrik ke dawai bumi atau litar pintas antara dawai hidup dan

    bumi, PLBB akan memotong bekalan arus. Apabila ini berlaku, suis ini akan

    tertutup secara automatik.

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    15/19

    [email protected]. 15

    Alat ini boleh diuji dengan menekan kepada butang uji pada PLBB. Alat

    ini akan tertutup sebaik sahaja butang ditekan dan ini menunjukkan

    PLBB atau pendawaian elektrik masih berfungsi.

    Kotak Agihan fius

    Dari pemutus litar, bekalan elktri disambungkan kepada kotak agihan

    fius, kotak ini mengandungi beberapa fius yang disambungkan kepada

    litar-litar kecil di dalam rumah. Setiap fius mengawal satu litar yang

    tertentu. Sekiranya satu fius terbakar, fuis yang lain tidak terpengaruh.Rajah 10, menunjukkan suis litar pengguna.

    Rajah 10: Suis litar pengguna

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    16/19

    [email protected]. 16

    Tiap-tiap litar disambungkan selari pada kotak agihan fius. Semasa

    memeriksa atau menukar fius, suis utama mesti dimatikan dahulu.

    Dua jenis fius digunakan dalam kotak agihan fius, iaitu fius kartrijdan fius dawai. Fius kartrij yang terbakar akan digantikan dengan

    fius kartrij yang baru yang berkadaran sama dengan yang asal.

    Fius jenis dawai yang terbakar boleh didawaikan semula dengan

    menggunakan kadaran dawai fius yang sama.

    Fius ialah alat keselamatan yang digunakan untuk mengelakkan

    arus berlebihan mengalir melaluinya. Arus berlebihan akan

    meleburkan fius. Oleh itu, fius dibina daripada bahan yann mudahlebur pada suhu rendah. Kadaran fius adalah pada nilai 3A, 5A,

    10A atau 15A. Fius mestilah dipasang sesiri dengan wayar hidup.

    Rajah 11, adalah contoh fius yang terdapat dalam kotak agihan

    berfius.

    Rajah 11

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    17/19

    [email protected]. 17

    2.5 Bil Elektrik

    Di Malaysia, bacaan meter kWj

    dibuat oleh pembaca meter yangtelah telah dilantik oleh Tenaga

    Nasional Berhad. Bacaan dibuat

    sekali sebulan samada di awal

    atau di akhir bulan. Bacaan

    dicatatkan pada bil elektrik. Rajah

    6, menunjukkan contoh bil yang

    dikeluarkan oleh Tenaga NasionalBerhad.

    Tarif elektrik dirumah pengguna

    ditentukan dari masa ke semasa

    berdasarkan kepada keadaan dan

    kos terpaksa yang terpaksa

    ditanggung oleh pihak Tenaga

    Nasional. Walau bagaimanapun,tarif tersebut berbeza mengikut

    premis yang menggunakannya.

    Rajah 12

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    18/19

    [email protected]. 18

    2.6 Pengiraan Kos Tenaga Elektrik

    Contoh 1: Premis Kediaman

    bacaan jangka sekarang = 4078

    bacaan jangka dahulu = 3848

    unit yang digunakan = 230

    katakan 22 sen seunit = 230 x 22 sen

    = RM 50.60

    Contoh 2: Premis Kedai

    bacaan jangka sekarang = 6798

    bacaan jangka dahulu = 4975

    unit yang digunakan = 1823

    katakan 30 sen seunit = RM 546.90

  • 7/30/2019 Elektrik - Kuasa Dan Tenaga

    19/19

    [email protected]. 19

    RUJUKAN

    1. Jaafar Sidik, Zainab Abd Kadir, David Ng, Susan Manikan,Kemahiran Hidup Bersepadu Teras & Pilihan KemahiranManipulatif Tambahan Tingkatan 1,2 dan 3 (1998), Penerbit Fajarbakti Sdn. Bhd.

    2. Hasimah Abdul Rahman, Zaniah Muda, Md. Shah Majid, Faridah

    Husin, Asas Kejuruteraan Elektrik Edisi Kedua (2003), JabatanKejuruteraan Kuasa Fakulti Kejuruteaan Elektrik, Universiti TeknologiMalaysia.

    3. Abdul Samad bin Haji Hanif, Mohd. Nazi bin Haji Mustafa, TeknologiElektrik Tingkatan 4, (1989), Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

    4. Sahnnoi Lim, Zainal A, Wong S.K, Ling L.I, (2004), KemahiranHidup Bersepadu Tingkatan 1, 2, dan 3, Sasbadi