Upload
hui-san
View
230
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Confucius tuition centre
EKONOMI ASAS Tingkatan 4
Bab 1-Pengenalan kepada Ekonomi
1.1 Pengertian Ekonomi
-berasal daripada perkataan Greek iaitu Oikou bermaksud isi rumah dan normos bermaksud peraturan.
-oleh itu, istilah asal ekonomi bermaksud ‘peraturan isi rumah’
-ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber ekonomi yang terhad, untuk memenuhi kehendak-kehandak manusia yang tidak terhad .
Kehendak individu
-KEHENDAK merupakan keinginan individu untuk memiliki sesuatu barang atau perkhidmatan.
Sumber Ekonomi
-Sumber ekonomi atau faktor pengeluaran merupakan factor-faktor pengeluaran yang diperlukan untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan.
▪Buruh merupakan tenaga manusia yang disumbangkan sama ada dari segi fizikal atau mental.
Contoh:Guru, Polis, Peguam, Doktor
▪Tanah merupakann anugerah daripada alam semula jadi dan penawarannya adalah terhad.
▪Modal merupakan alat atau wang yang digunakan dalam proses pengeluaran.
Contoh:Peralatan, Jentera, Kilang.
Faktor-Faktor Pengeluaran
3)Modal
2)Tanah
4)Usahawan
1)Buruh
▪Usahawan merupakan individu yang menggabung dan menyelaras faktor-faktor pengeluaran yang lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Masalah Ekonomi
▪Terdiri daripada masalah kekeurangan pilihan dan kos lepas.
Masalah Kekurangan
▪Kekurangan ialah keadaan apabila sumber terhad berbanding dengan kehendak yang terhad.
▪Masalah kekurangan ini wujud bagi ketiga-tiga pihak dalam ekonomi iaitu isi rumah, firma, dan kerajaan.
▪Isi rumah menghadapi masalah kekurangan dari segi pendapatan wang yang terhad.
▪Firma mengalami masalah kekurangan faktor-faktor pengeluaran iaitu buruh, tanah dan modal untuk mengeluarkan barang atau membina projek.
▪Kerajaan menghadapi masalah kekurangan sumber hasil atau pendapatan Negara untuk membina kemudahan infrastruktur seperti hospital, jalan raya, sekolah dan lain-lain.
Ganjaran kepada faktor-faktor pengeluaran
Faktor Ganjaran Buruh Upah Tanah Sewa
Modal FaedahUsahawan Keuntungan
Masalah Pilihan
▪Akibat daripada masalah kekurangan unit-unit ekonomi perlu membuat pilihan berdasarkan keutamaan.
▪Isi rumah membuat pilihan berdasarkan pilihan yang dapat memberikan kepuasan yang maksimum. Cth: memilih membeli rumah.
▪Firma membuat pilihan berdasarkan barang- barang atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan keuntungan. Cth:firma memilih mengeluarkan kasut sukan.
▪Kerajaan membuat pilihan bertujuan untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat. Cth:membina hospital.
Masalah Kos Lepas
▪Kos lepas ialah barang-barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat daripada pemilihan barangan terbaik.
Masalah Kekurangan
▪Kekurangan ialah keadaan apabila sumber terhad berbanding dengan kehendak yang terhad.
▪Masalah kekurangan ini wujud bagi ketiga-tiga pihak daam ekonomi, iaitu isi rumah ,firma dan kerajaan.
▪Isi rumah menghadapi masalah kekurangan dari segi pendapatan wang yang terhad.
▪Firma mengalami masalah kekurangan faktor-faktor pengeluaran iaitu buruh, tanah dan modal untuk mengeluarkan barang atau membina projek.
▪Kerajaan menghadapi masalah kekurangan sumber hasil atau pendapatan negara untuk membina kemudahan infrastruk seperti hospital, jalan raya, sekolah dan lain-lain.
Masalah Pilihan
▪Akibat daripada masalah kekurangan unit-unit ekonomi perlu membuat pilihan berdasarkan keutamaan.
▪Isi rumah membuat pilihan berdasarkan pilihan yang dapat memeberikan kepuasan yang maksimum. Cth:memilih membeli rumah.
▪Firma membuat pilihan berdasarkan barang-barang atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan keuntungan. Cth:firma memilih megeluarkan kasut sukan.
▪Kerajaan memebuat pilihan bertujuan untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat. Cth:membina hospital.
Masalah Kos Lepas
▪Kos lepas ialah barang-barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat daripada pemilihan barangan yang terbaik.
Jenis Barang
▪Jenis barang dapat dibahagikan kepada 3 iaitu:
Barang percuma
Barang awam
Barang ekonomi
Barang Percuma
▪Merupakan barang yang mempunyai penawaran tidak terhad dan tidak mempunyai kos lepas.
▪Oleh kerana barang percuma tidak mempunyai penawaran terhad (banyak). Oleh itu ia tidak mengalami masalah kekurangan.
Cth: cahaya matahari , udara, air laut, air sungai.
Barang Awam
▪Merupakan barang yang disediakan oleh kerajaan untuk kebajikan masyarakat.
▪Barang awam bermaksud barang yang tidak boleh dikecualikan penggunaannya sama pengguna membayar atau tidak.
Cth:lapu jalan ,pertahanan seperti tentera, polis, perkhidmatan bomba.
Barang Ekonomi
▪Merupakan barang yang memepunyai sumber pengeluaran terhad dan melibatkan kos lepas dalam penggunaannya.
▪Barang ekonomi disediakan oleh pihak swasta.
▪Barang ekonomi mengalami masalah kekurangan, oleh itu barang ekonomi melibatkan kos lepas.
▪Seorang individu perlu membayar untuk memperolehinya.
Cth:rumah, kereta, alatan elektrik, makanan.
Aspek Barang Percuma
Barang Awam
Barang Ekonomi
Pengeluar
Anugerah Tuhan Disediakan oleh kerajaan
Disediakan oleh swasta
Penawaran
Tidak terhad Terhad Terhad
Kos Lepas
Tiada Ada Ada
Bayaran
Tidak perlu membayar untuk penggunaannya
Tidak perlu membayar untuk penggunaannya
Mesti membayar untuk penggunaannya
Contoh Cahaya matahari dan air terjun
Lampu lalu lintas dan perkhidmatan bomba
Rumah dan alat-alat elektrik
Perbandingan antara barang
percuma, barang