EDUCATION BLUEPRINT

  • View
    271

  • Download
    20

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan awal pelan pembangunan pendidikan malaysia

Text of EDUCATION BLUEPRINT

  • Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025Foreword

    1

    LA

    PO

    RA

    N A

    WA

    L - P

    EL

    AN

    PE

    MB

    AN

    GU

    NA

    N P

    EN

    DID

    IKA

    N M

    AL

    AY

    SIA

    20

    13

    - 20

    25

  • PelanPembangunan Pendidikanmalaysia2013 - 2025

  • CHAPTER 1

    context and aPProachPrakata

  • 6INOVASIPendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global.

  • Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025Foreword

    7

    INOVASISistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara.

    Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan yang menjadi teras kekuatan Kementerian Pelajaran sejak dahulu hingga kini. Bakti yang telah dicurahkan oleh mereka tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun negara mencapai kemerdekaan misalnya, kita menyaksikan peningkatan yang ketara akses pelbagai peringkat pendidikan. Negara boleh berbangga dengan kejayaan kita menyediakan pendidikan rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap hampir sejagat. Kejayaan negara menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang singkat selepas merdeka telah diakui dan diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa, seperti UNESCO dan Bank Dunia.

    Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran.

    Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain, perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian

    Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui.

    Kesemua matlamat ini melambangkan cita-cita kita yang tinggi. Namun, saya yakin kita berupaya mencapainya. Hal ini termasuklah memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat pendidikan, iaitu daripada prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, mengurangkan separuh jurang pencapaian antara kelompok kaya dengan miskin, bandar dengan luar bandar, dan antara negeri dalam tempoh yang sama, meningkatkan kedudukan pencapaian negara daripada kelompok sepertiga terbawah kepada kelompok sepertiga teratas dalam kalangan negara yang menyertai pentaksiran peringkat antarabangsa, seperti PISA dan TIMSS, dalam tempoh l5 tahun akan datang, dan membina sistem pendidikan yang mengasuh kanak-kanak untuk menghargai keunikan identiti sebagai warganegara Malaysia. Secara keseluruhannya, hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber yang terancang dan teliti, dan seterusnya memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid.

    Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran dan semua pihak yang menyumbang kepada pembinaan Pelan Pembangunan Pendidikan ini. Saya akui bahawa bukanlah mudah untuk melaksanakan transformasi sistem pendidikan, dan kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pelaksanaannya.

    Tetapi percayalah, bukan sahaja kerajaan dan Kementerian Pelajaran yang komited untuk mencapai kesemua matlamat ini, malah saya secara peribadi juga komited. Dengan berganding bahu bersama-sama rakyat, saya amat yakin bahawa kita akan terus tabah dan dapat memastikan setiap matlamat berjaya dicapai. Daripada ibu bapa, anggota masyarakat sehinggalah sektor swasta, kita semua mempunyai peranan dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih kejayaan anak kita, yang dapat kita laksanakan dengan bangganya.

    Insya Allah, marilah kita harungi perjalanan yang menguja, mencabar dan amat penting ini secara bersama, sebagai satu bangsa.

    YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

    Perdana Menteri Malaysia

  • 8KUALITIKerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang pentingnya, setiap murid di negara kita perlu diterapkan dengan nilai, etika dan rasa tanggungjawab sebagai warganegara, agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka, keluarga dan negara, serta berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran masa depan.

  • Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025Foreword

    9

    KUALITIUntuk menghasilkan anjakan pencapaian seperti yang dihasratkan, kita perlu bersandarkan kemajuan yang telah dizahirkan dalam keseluruhan sistem, menyebarluaskan manfaat kemajuan tersebut secara lebih menyeluruh, terutamanya kepada kumpulan murid yang terpinggir, dan membantu semua murid mencapai kejayaan. Kementerian Pelajaran akan menggembeleng segala sumber untuk melakukan perubahan dengan cara yang berbeza terhadap perkara yang paling penting, iaitu kemenjadian murid. Strategi Kementerian adalah memberikan keutamaan kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran, akses kepada maklumat yang boleh dipercayai dan bermakna, kebertanggungjawaban dan ketelusan, serta persekitaran dan infrastruktur pembelajaran yang sesuai.

    Kementerian akan memastikan semua kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan berpeluang mengikuti pendidikan awal, tanpa mengira status sosioekonomi mereka. Kita komited untuk meningkatkan jumlah dan kepelbagaian institusi pendidikan prasekolah demi menjamin penyertaan meluas semua kanak-kanak, sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara.

    Kualiti pengajaran merupakan wahana paling berkesan untuk mentransformasikan pendidikan rendah dan menengah, dan selanjutnya meningkatkan keberhasilan murid. Kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan memperkukuh amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka. Laluan ini mestilah menyokong pembangunan kerjaya guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Oleh itu, Kementerian juga akan menyemak semula kurikulum pendidikan untuk menerap dan membangunkan kemahiran abad ke-21, seperti berfikiran kritis dan kreatif, serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang.

    Kecemerlangan kepimpinan profesional merupakan faktor kedua yang mampu meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Sehubungan dengan itu, usaha akan dilakukan untuk memperkasa kepimpinan sekolah menerusi pemantapan kaedah pemilihan, latihan persediaan dan program pementoran sokongan.

    Kementerian turut menetapkan matlamat menyediakan pelbagai bantuan dan sokongan kepada setiap sekolah, khusus mengikut konteks dan keperluan yang berbeza, misalnya membaiki infrastruktur sekolah, terutama di Sabah dan Sarawak untuk

    menyokong pembelajaran murid. Langkah ini akan memastikan setiap sekolah menerima pelbagai bentuk sokongan yang diperlukan. Sementara itu, sekolah berprestasi tinggi berpeluang mendapat autonomi dalam membuat keputusan mengurus sekolah agar dapat meningkatkan pencapaian secara berterusan mengikut kemampuan masing-masing.

    Langkah mewujudkan jalinan kerjasama perlu pada setiap keadaan. Sehubungan dengan itu, Kementerian memberikan tumpuan kepada usaha menyediakan peluang yang luas untuk generasi muda Malaysia menguasai pelbagai keupayaan, bakat dan minat masing-masing. Sebagai contoh, memperkasa laluan untuk pendidikan vokasional dengan menyediakan kemahiran praktikal yang diperlukan dalam bidang keusahawanan dan bidang lain yang menuntut kepakaran khusus. Kementerian juga akan terus menyediakan peluang dan laluan terbaik untuk murid sekolah agama, sukan, seni dan laluan pendidikan lain.