Upload
others
View
20
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Unit Perunding Kecekapan Tenaga Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Ibu Pejabat JKR Malaysia
Disember 2016 Edisi Ketiga. Tahun 2016
BERITA TENAGA
LAWATAN JKR KE KILANG PCO LITE ELECTRICAL SDN BHD
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah menyertai
lawatan teknikal ke kilang PCO LITE ELECTRICAL SDN
BHD di Lot No. 157880 (PT 1283), Off Jalan Degong,
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan pada 8 November
2016. Seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada
pelbagai agensi antaranya JKR WP Putrajaya, JKR Ca-
wangan Senggara Fasiliti, JKR Elektrik, KeTTHA,
Suruhanjaya Tenaga, JPM, JPSB dan CFMSB.
Lawatan teknikal ini sempena Kerja-kerja Penggantian
Lampu Kepada Jenis LED di Blok B1 Hingga B8, Jab-
atan Perdana Menteri, Parcel B, Putrajaya di Bawah
Program Audit Tenaga, Retrofit Dan Pengurusan
Tenaga di Pepasangan Kerajaan.
Peserta lawatan berkumpul seawal jam 8.30 pagi di
JKR Putrajaya untuk bertolak ke Kilang PCO Lite El-
ektrical Sdn Bhd di Kampar Perak. Para peserta telah
diberi taklimat oleh Pegawai PCO Lite Elektrical dan
seterusnya melawat kilang. Lawatan berakhir pada jam
3.00 peteng dan para peserta selamat tiba di Putraja-
ya pada jam 5.30 petang.
PCO LITE ELECTRICAL MENDAPAT KELULUSAN
DARIPADA PELBAGAI AGENSI
m.s. 1/3
JABATAN KERJA RAYA
SURUHANJAYA TENAGA
SIRIM QAS
MOODY INTERNATIONAL
BOMBA
TENAGA NASIONAL PC
O L
ITE
EL
EC
TR
ICA
L S
DN
BH
D
T
elep
hon
e :
+6
05
- 4
66
5313
/ 4
65
102
0
Sal
es D
epar
tmen
t F
ax :
+605
- 4
66233
6
Acc
ou
nt
Dep
artm
ent
Fax
: +
605
- 4
66 7
187
Gen
eral
Fax
: +
605
- 4
65 1
31
0
Inte
rnal
Sal
es A
ffai
rs :
en
quir
y@
pco
lite
.com
O
ver
sea
Sal
es E
mai
l :
k.s
.yam
@pco
lite
.com
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR LAWATAN KILANG PCO LITE ELECTRICAL SDN BHD
BERITA TENAGA
m.s. 2/3
UiTM Cawangan Dungun, Terengganu mengadakan
lawatan ke Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah meneri-
ma lawatan daripada pelajar Fakulti Kejuruteraan
Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ca-
wangan Dungun pada 10 Ogos 2016. Lawatan
ini bertujuan untuk melihat dan mengetahui ten-
tang teknologi cekap tenaga yang digunapakai
di Menara Kerja Raya (KKR2).
Seramai 65 orang pelajar dan 2 orang pen-
syarah hadir untuk menerima pendedahan ten-
tang teknologi cekap tenaga yang digunakan di
Blok G dan ‘Energy Audit’ di Blok G. Lawatan ini
mendapat kerjasama daripada pasukan projek
Menara Kerja Raya dan Unit Tenaga (Elektrikal).
Ir. Hj Baihaki Bin Azraee, Ketua Jurutera Elektrik
daripada Unit Perunding Kecekapan Tenaga El-
ektrik (UPKTE) selaku pembuka program. Mana-
kala sesi penerangan berkenaan Audit Tenaga
telah disampaikan oleh Ir. Zilaila Binti Hj Zakaria.
Penerangan diteruskan dengan Sistem Elektrikal
& Mekanikal yang telah disampaikan oleh Ir
Haniff Bin AB.Hamid. Taklimat terakhir berke-
naan Sistem `Green Building Index ‘ pula telah
di sempurnakan oleh En. Mohd Nazira Bin Mohd
Nasir
Para pelajar dan Pensyarah daripada UiTM bergambar di hadapan
Menara Kerjaraya, Blok G Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur
Gambar-gambar sekitar taklimat dan lawatan di Menara Kerja Raya Blok G Kuala Lumpur
Para peserta mendengar taklimat di Bilik Mesyuarat
Delima 2– Nilam 2 Menara Kerjaraya
BERITA TENAGA
JKR Malaysia Raih 2nd Runner-up Anugerah ASEAN Energy Award Tahun 2016
Trophy bagi 2nd Runner-up Asean Energy Award 2016
Pelaksanaan Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid di SK Sungai-Sungai, Beluran, Sabah, memenangi 2nd Runner-up Anugerah ASEAN Energy Award 2016 bagi kategori Renewable Energy (RE): Off-Grid di ASEAN Energy Business Forum 2016 (AEBF 2016);
AEBF 2016 adalah acara tahunan yang diadakan bersempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Asean (AMEM) yang ke-34 pada 21-23 Sep-tember 2016 di Nay Pyi Taw, Myanmar;
ASEAN Energy Award merupakan anugerah tertinggi di peringkat Asia Tenggara untuk mengiktiraf usaha terbaik, inisiatif dan amalan terbaik (best practice) dalam bidang Tenaga Boleh Baharu (RE), Kecekapan & Pengurusan Tenaga (EE & EM) serta Teknologi Hi-jau bagi sektor komersial dan industri;
Pada acara tersebut, Bangunan Menara Kerja Raya (Blok G) turut memenangi 1st Runner-up Anugerah ASEAN Green Building Award bagi kategori Large Green Building
Skematik Diagram Sistem Solar PV-Diesel Hibrid di SK Sungai-Sungai
Maklumat Projek:
Solar Photovoltaic (PV)
Komponen Utama Sistem:
i. Solar Photovoltaic (PV) - Sumber tenaga utama; ii. Janakuasa Diesel - Sumber tenaga sokongan; iii. Bateri Solar - Simpanan tenaga (energy storage); iv. Inverter - Pengubah/menukar arus DC ke AC atau DC ke AC
Status Operasi Sistem Solar PV-Diesel Hibrid
Kos Jangka Hayat Sistem Solar PV-Diesel Hibrid SK Sungai-Sungai Nota: Sistem Pengujian & Pentauliahan pada 2014; Perolehan tahun 2009 (Perjanjian Tambahan), Kos PV pada kadar RM25/Watt; Kos Pemasangan
Sistem Solar PV-Diesel Hibrid adalah lebih kos efektif & economically viable berbanding stand-alone janakuasa diesel bagi kos operasi jangka hayat untuk tempoh 25 tahun (analisa
Sistem Solar PV-Diesel Hibrid adalah penyelesaian yang paling optimum bagi alternatif bekalan elektrik luar bandar;
Membekalkan tenaga elektrik 24 jam bagi menggantikan set janakuasa diesel yang hanya beroperasi selama kira-kira 6 jam sehari;
Penjimatan dari segi penggunaan diesel; mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida (CO2) & kos penyelenggaraan yang berkaitan berdasarkan analisis kos kitaran hayat.
Maklumat lanjut/laporan lengkap boleh diakses di WikiGreen : http://jpedia.jkr.gov.my/
index.php File:AppForm_AEA_2016_OnOff_sungai_Final_Report_March_2016.pdf
m.s. 3/3