148

eBuku MyPantun

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pantun-pantun segar di dalam e Buku MyPantun dikarang istimewa untuk anda! eBuku MyPantun, pelbagai tajuk pantun yang menarik dan penuh dengan kata nasihat untuk anda dan keluarga! eBuku MyPantun, bukan saja untuk hiburan bahkan menjadi khazanah berguna untuk kutubkhanah rumah dan pejabat anda! eBuku MyPantun dikarang sebagai satu wadah saluran dakwah dan sekaligus menyambung seni warisan bangsa.

Citation preview

Page 1: eBuku MyPantun
Page 2: eBuku MyPantun

Terima Kasih kerana pembelian eBuku MyPantun

Assallammuallaikom dan salam sejahtera kepada anda yang saya hormati, terima kasih kerana pembelian eBuku MyPantun ini saya amat menghargai sambutan anda terhadap eBuku ini.

Tujuan dan matlamat saya mengarang dan menerbitkan eBuku ini adalah atas tiga sebab, pertama adalah kerana ingin bersama penggiat seni yang lain dalam usaha mengembangkan kesenian pantun Melayu ke seluruh pelusuk dunia amnya dan di seluruh kawasan yang penduduknya berbahasa Melayu khasnya di Nusantara atau kepulauan Melayu.

Tujuan saya yang kedua, adalah memanfaatkan bakat anugerah Allah yang sejak lama dulu tetapi saya tidak dapat mengambil peluang ini sejak sekian lama kerana sibuk dengan tugas-tugas seharian yang menghalang saya dari mengarang pantun-pantun dan menerbitkannya dalam bentuk eBuku ini.

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk

(MS 2)

Page 3: eBuku MyPantun

Yang ketiga, adalah kerana saya ingin mengambil peluang atas kelebihan dan kemudahan IT dan internet yang memberi saya ruang untuk memasarkan karangan saya dengan cara yang lebih mudah dan tidak banyak kerenah dari segi percetakan dan lain-lain kerja berkaitan.

Untuk supaya lebih meluaskan pembaca di kalangan bangsa lain atau mereka yang tidak faham bahasa melayu maka eBuku MyPantun ini juga akan saya terbitkan dalam bahasa inggeris sebagai tambahan supaya lebih meluas pembacaannya di kalangan bangsa lain, selain itu saya sedang menyiapkan audio pantun-pantun berkenaan sebagai bahan tambah nilai (yang akan saya umumkan kepada anda melalui email yang boleh dimuat turun dengan sedikit bayaran) untuk memudahkan anda mendengar pantun-pantun sambil memandu atau lain-lain urusan, insyaAllah.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sokongan anda dengan membeli eBuku MyPantun ini dan tahniah kerana memiliki eBuku ini. wassallammuallaikom.BJ Muhammadwww.mypantun.tk19 Safar 1434 (1 Jan. 2013)

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 3)

Page 4: eBuku MyPantun

Hakcipta MyPantun (BJ Muhammad)1434/2013@Semua isi kandungan eBuku MyPantun adalah terpelihara dan tidak

dibenarkan mengulang cetak, menyalin, menampal dan menggunakannya untuk sebarang tujuan selain untuk

pembacaan kecuali dengan izin dari pengarang.

Perhatian: eBuku Mypantun dalam bahasa Inggeris dan dalam bentuk persembahan audio akan terbit tidak lama lagi dengan

izin Allah SWT

InsyaAllah saya akan umumkan kepada anda apabila telah siap untuk diedarkan!

TUNGGUU..

Sebarang cadangan yang bernas dialu-alukan, sila layari www.mypantun.tk atau emailkan ke

[email protected] terima kasih.

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 4)

Page 5: eBuku MyPantun

Masa berkasih berperi-periBudi tak kira idaman hati

Terima kasih saudara saudariSudi membeli eBuku ini

Masa berkasih berperi-periMembeli membaca jadi budaya

Terima kasih sekali lagi Budi semua tidak saya lupa

Tanam selasih baja ditaburkanBetapa kerap tekun memerhati

Terima kasih saya hulurkanKerana menatap ebuku pantun ini

Salam sejahtera dari sayaSekian kali bersua kita

Pelbagai pantun ada disediaHarap memberi faedah itu dicita

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 5)

Page 6: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 6)

Isi Kandungan MyPantun

PengenalanPantun PembukaanPantun 1Akidah Soal Jawab Pantun1AkidahPantun 1Malaysia Soal Jawab Pantun 1MalaysiaPantun Ala MamakSoal Jawab Pantun Ala MamakPantun AndartuSoal Jawab Pantun AndartuPantun Boleh TahanSoal Jawab Pantun Boleh TahanPantun Bujang Sama BujangSoal Jawab Pantun Bujang Sama BujangPantun Bujang TerlajakSoal Jawab Pantun Bujang TerlajakPantun DudaSoal Jawab Pantun DudaPantun IT Dan MultimediaSoal Jawab Pantun IT Dan MultimediaPantun JandaSoal Jawab Pantun JandaPantun Kahwin Jangan Tak KahwinSoal Jawab Pantun Kahwin Jangan Tak KahwinPantun Kahwin Tak JadiSoal Jawab Pantun Kahwin Tak JadiPantun KeluargaSoal Jawab Pantun Keluarga

Muka Surat

2-45

8-2425

26-4142

43-4546

47-4950

51-5354

55-5758

59-6162

63-6566

67-6970

71-7374

75-7778

79-8182

83-9293

Page 7: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 7)

Pantun Latah Soal Jawab Pantun LatahPantun Lawak SelambaPantun LuahanSoal Jawab Pantun LuahanPantun Nak LagiSoal Jawab Pantun Nak LagiPantun ParadigmaSoal Jawab Pantun ParadigmaPantun PendatangSoal Jawab Pantun PendatangPantun PengantinSoal Jawab Pantun PengantinPantun RemajaSoal Jawab Pantun RemajaPantun Teka Teki Dan JawapannyaPantun Uda Dan Dara Soal Jawab Pantun Uda Dan DaraBerbalas PantunPenutup

94-9697

98-108109-112

113114-118

119120-122

123124-126

127128-131

132133-135

136137-138139-143

144145

146-147

Page 8: eBuku MyPantun

Pantun 1Akidah

Assallammuallaikom

Firman Allah SWT yang bermaksud; “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan agama buat mu, Aku telah cukupkan nikmatKu untuk mu dan Aku telah reda Islam menjadi agama kamu” (Al Ma'Idah: 3)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku ini, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh akan keduanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamnya, iaitulah al Quran dan sunnahku"(Haji Wida')

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 8)

Lantun melantun kian kemari Tertiarap terngadah itulah padah

Pantun memantun kita di ini Harap biarlah memberi faedah

Lantun melantun kian kemari Padah kerana sukar diawasi

Pantun memantun kita di sini Akidah kita belajar ulangkaji

Lantun melantun kian kemariSantun Bedah suri agama

Pantun memantun kita di siniPantun 1akidah semuga berguna

Lantun melantun kian kemariSusah terima bungkam melanda

Pantun memantun kita di siniAkidah utama dalam agama

Page 9: eBuku MyPantun

Pantun 1Akidah

PERHATIAN! Sebelum anda membaca perenggan di bawah, sukalah saya nyatakan dengan tegas bahawa bukanlah niat saya untuk mengajar anda bagaimana cara beragama dengan betul tetapi sekadar mengingatkan diri sendiri dan anda mengenai betapa pentingnya kita kembali kepada al Quran dan hadis dan memahaminya sebagaimana pemahaman para sahabat Rasulullah SAW memahami dan mengamalkannya kemudian wajiblah mengajarnya kepada keluarga kita demi untuk keselamatan diri dan keluarga kita di dunia dan akhirat kelak!

Pantun 1Akidah saya karang berdasar kepada pengamatan saya melalui al Quran dan hadis dengan corak kehidupan Masyarakat Islam dalam memahami dan melaksanakan tuntutan Allah SWT dan RasulNya supaya Umat Islam berpegang teguh seteguh-teguhnya kepada kedua-dua al Quran dan hadis dalam perkara yang amat penting yang wajib kita beri tumpuan kepadanya iaitu dalam urusan akidah dan ibadah (terutamanya solat), namun ramai diantara kita yang telah gagal mematuhi perintah tersebut!

Saya bukanlah pakar dalam soal hukum hakam agama namun sedikit sebanyak saya cuba membantu para dai kita berdasar kepada pemahaman saya dalam urusan agama terutamanya urusan akidah dan ibadah solat, adalah satu kesalahan yang amat besar di sisi Allah SWT jika saya tidak melaksanakan tanggungjawab menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar bersesuaian dengan kemampuan yang ada pada saya. Dengan tujuan yang amat ikhlas saya ulang amat ikhlas untuk membantu saudara seagama dalam memahami agama dengan cara yang selari dengan al Quran dan hadis Nabi SAW, maka inilah sebab musabab saya mengarang pantun 1Akidah ini.

Mudah-mudahan Allah SWT memberi pahala kerana usaha saya dan membantu saya dalam meneruskan usaha yang murni ini dan memberi hidayahNya kepada anda semua supaya kembali kepada al Quran dan menghidupkan semula sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang telah terlalu lama ditinggalkan oleh kebanyakkan umatnya, amin.

Wassallammuallaikom

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 9)

Page 10: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 10)

Golongan kanan sedikit jumlahnyaYang kiri banyak pula golongannya

Amaran Tuhan tidak sedikit jumlahnyaSelamat diri sebelum nampak seksaanNya

Seribu daya amatlah harusDalam meredah hutan belantaraTipu daya syaitan amatlah halus

Dalam ibadah, ajaran dia ada diguna

Perigi sejat angkara lumpurnyaPadi tanaman ditampi dan diserah

Tinggi darjat kerana ilmunyaMenjadi keutamaan di sisi Allah

Kayak sampan dan haluanHebat hanya surut air di hulu

Banyak kesilapan dan kekeliruanAkibat hanya menurut tanpa ilmu

Hanya saran yang ditulisMerujuk pelan ruang yang tirus

Hanya Quran dan hadis Menunjuk jalan yang lurus

Harum menghambat itulah diminatBidadari berseri diharap dapat

Sebelum terlambat wajiblah taubatHindari diri dari azab mudarat

Page 11: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 11)

Rambai diletak di pelebas jatiDingin sekali di petang ini

Ramai yang menyesal lepas matiIngin kembali tidak berpeluang lagi

Tiup api sudahlah lama Mengisar gula supaya sama

Hidup ini tidaklah lamaSebentar saja habislah nyawa

Marilah buat apa yang diperintahkanHindar diri dari segala larangan

Jadilah hamba Allah bukan hamba syaitanAgar lepas dari kemudaratan dan seksaan

Buah kurma di dalam peti Enak dimakan sepanjang hariIlmu akidah wajib dipelajari

Bagi mengelak sesal selepas mati

Taatilah amanat Nabi MuhammadQuran Hadis penyelamat dan perisaiMarilah kita jadi umat MuhammadJanganlah jadi umat orang ramai

Segak bergaya berkain sampinDari kota menaiki mersedis

Supaya sentiasa diri terpimpin Mari kita dekati Quran dan Hadis

Page 12: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 12)

Madah berhelah bukanlah penyelesaiannyaKerana agama telah tetap sempurna

Sudah jelas perintah Allah dan RasulNyaSegala bidaah bukanlah hasannah

Ramainya kita telah terpasongMerana badan entah bila habis

Ramainya manusia telah terpesongKerana hasutan syaitan dan iblis

Alasan atau helah hanya membawa padahSelamanya bidaah tetap tidak berguna

Ketegasan Allah dalam surah Al Ma'idahAgamaNya telah lengkap dan sempurna

Acara sudah Najib hadiriTitah perintah Sultan negeriCara ibadah wajib dipelajari

Itulah perintah dari Nabi dikasihi

Berita semasa sudahlah tamatRamalan cuaca sudah dilihat

Harta dunia bukanlah penyelamatAmalan yang soleh bekal akhirat

Kesopanan dan kesusilaan wajib adaSupaya mudah melambangkan jati diri Keimanan dan ketaatan wajib dijaga

Kepada Allah kita menghambakan diri

Page 13: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 13)

Sulaman lawa minta diserahAkan diselia layak didedah

Beriman dan bertakwa kepada AllahAmalan mulia banyak faedah

Mula bersemangat beraksi ceriaBadan berpeluh sukan guna tenagaHanya satu nikmat dikongsi di dunia

Sembilan puluh sembilan penghuni syurga

Makanan berserat diidam dan disukaPadi hijauan dan empeng disua

Kediaman Akhirat tenteram dan selesaMenjadi igauan kepada kita semua

Ikan kerapu dimakan bersamaIsinya dikepala dimamah sekerat

Jangan tertipu dengan keseronokkan duniaSehingga terlupa dengan nikmat Akhirat

Kurnia Baginda sungguh berertiUmat dicinta sempat diamanatiDunia kita jelajah dan nikmati

Akhirat pula tempat kita yang abadi

Kalau berkata awas budi pekertiElaklah dari umpat dan kata nistaWalau dosa seluas langit dan bumiAllah pasti mengampunkan kita

Page 14: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 14)

Sabda Nabi wajiblah ambil beratBukan hanya alasan dan menduga

Semua bidaah adalah sesatDan semua kesesatan ke neraka

Ikut selat banyak yang harapKerana selat dekat dengan Jambi

Cara solat banyak yang silapKerana bersolat tak ikut perintah Nabi

Alasan kebendaan janganlah teruja Telaah dan kaji agar tak tenggelam

Urusan keduniaan inilah sajaBidaah ini tidaklah haram

Rambai dibeli hanya sekatiBerangan pula sudah dijamah

Ramai dari kita yang telah matiDengan membawa akidah yang salah

Kuatlah sudah kuat ikatannyaPagar selamat tidak berkarat

Taatlah Allah taatlah RasulNyaAgar selamat dunia Akhirat

Kesan dari akidah terjejasEnggan turuti ajaran NabiPesan Nabi sudahlah jelas

Quran Hadis dipatuhi diamati

Page 15: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 15)

Rukun iman enam perkaraRukun Islam lima perkara

Wajib dipelajari dan ulangkaji keduanyaTekun dan mendalaminya elak bencana

Amalan ibadah tak boleh asal buat sajaMestilah berasas contoh dari Baginda

Amaran Allah untuk kita semuaSelamatkan diri dan ahli keluarga

Asnaf samalah mereka yang susahSeperti mualaf yang disisih keluargaInsaf dan bertaubatlah kepada Allah

Pasti Dia menerima dan mengasehi kita

Dalam banyak-banyak bertemuBertemu Abdul Wahid paling lama

Dalam banyak-banyak ilmu Ilmu tauhid yang paling utama

Dalam banyak-banyak kelisaKelisa bersisik tidak berpunyaDalam banyak-banyak dosa

Dosa syirik tak diampunkanNya

Dalam banyak-banyak tumpuanTumpuan lumba lari sering disertaiDalam banyak-banyak perempuanPerempuan bidadari paling berseri

Page 16: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 16)

Dalam banyak-banyak kegiatanMamat lupa hendak bertanya

Dalam banyak-banyak kenikmatanNikmat syurga banyak jumlahnya

Dalam banyak-banyak kejayaanKejayaan menunjuk keluarga amat berharga

Dalam banyak-banyak kekayaan duniaKekayaan penduduk syurga berlipat ganda

Dalam banyak-banyak suasanaSuasana senja dia paling sukaDalam banyak-banyak istana

Istana syurga dibina dari mutiara

Perangai dia perangai yang dibenciMengasak mengadu selalu dilakukannya

Sungai syurga sungai yang suciArak madu dan susu kandungannya

Berperi-peri melayani tetamu ulamaDengan perasaan suka dan banggaBerperi-peri mendalami ilmu agamaJangan hanya melihat dan menduga

Ibadah pada Allah lakukan sepenuh kudratTerutama solat lakukan sepenuh hati

Perintah Allah utamakan AkhiratSupaya kesenangan dapat dinikmati

Page 17: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 17)

Berhati-hati menyelami ilmu utamaMembawa budak asal bersama-samanya

Berhati-hati mendalami ilmu agamaSupaya tidak menyesal selama-lamanya

Perintah wajib takutkan azab AllahSenantiasa berdoa untuk hindarinya

Senantiasalah kerjakan amal yang solehAgar mendapat ampunan dariNya

Ambil Quran dan ambil hadisFirman Allah dan sabda RasulAmbil pelajaran ambil bertulis

Bertemanlah nescaya tak tersasul

Kata Allah kata muktamatKata Rasul kata kata mukjizat

Kata ulama wajib disiasatKata Tok Guru mungkin sesat

Pertama-tama diperiksa akidahnyaKedua ialah ibadah solatnyaJika akidah sempurna adanya

Hitungan solat mudah hisapannya

Akidah yang benar amal hatinyaSolat pula ibadah jasadnya

Kedua-duanya ibadah utamanya Allah lepaskan, jika benar keduanya

Page 18: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 18)

Sambutlah keluarga biras yang datangTelah sebulan lamanya takkan tak bolehRebutlah syurga yang luas terbentang

Allah sediakan untuk hambaNya yang soleh

Larangan disiar-siarkan berulangApabila budak ditatang dijulang

Jangan sia-siakan peluangDia tidak datang berulang

Kari ketumbar bukan sebab kudisGula batu jernih warnanya

Dari sumber Quran dan hadis Syurga itu benar adanya

Gelaran Abdullah adalah terbatas Peluang lenyap kerana suka buat makar

Amaran Allah dan RasulNya sudahlah jelasTentang azab neraka jika kita ingkar

Garap cerita sedih seperti dibangkitkanBukan sahaja dilihat tapi disahkanAzab neraka pedih lagi menyakitkan

Jangan pula tidak dikesahkan

Atap kuat seperti dimintaBesi penguat sama rata

Nabi naik ke langit semasa terjaga Azab diperlihat Nabi tercinta

Page 19: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 19)

Elak dari malas selepas terlekaKotak diletak belumlah berkesudahanTapak kaki beralas batu panas neraka

Otak mendidih itulah seksaan paling ringan

Gumpalan awan pagi butaDentuman guruh serta kilat

Kumpulan pemakan api nerakaMenimbun harta tanpa berzakat

Berkata ulama berkata ustazWajib diteliti wajib disiasat

Jangan masuk golongan taqlid butaTidak berguna sesal jika di sana

Akidah tunjang utama agamaSolat tunjang kedua baginyaAkidah Nabi itulah agama

Solat cara Nabi itulah benar adanya

Tujuh puluh tiga golongan yang adaHanya satu yang mendengar kata

Masing-masing golongan ikut kata ketuaHanya satu ikut kata Allah dan RasulNya

Masuk seruan bermakna fajarWuduk ada bukan was-was

Untuk jalan agama yang benarTidak ada jalan pintas

Page 20: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 20)

Banyak akidah banyak ibadahTunaikannya ikut cara sedia ada

Semak akidah semak ibadahSesuaikannya menurut cara Baginda

Tauhid duta segala cahayaGarab amal tunjang utamaTaqlid buta gejala bahaya

Penyebab pengamal keluar agama

Qari dan tajwid sungguh diamatiPelajar dapat kurnia dan sagu hati

Pelajari tauhid sesungguh hatiAgar selamat di dunia dan selepas mati

Judi terlibat dalam kebakaranAsap seolah sepertinya tak berhenti

Jauhi maksiat dan kemungkaranAzab Allah sakitnya tak terperi

Berjalan pulang seorang diriPerasan terlihat gerombolan penyeludupKumpulan orang memecah kepala sendiri

Seksaan kerana enggan solat ketika hidup

Bunting sebelah badan gelebirLuka bernanah ditekap lampinMenggunting lidah dan bibir

Suka memfitnah dan cakap tak serupa bikin

Page 21: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 21)

Pari dan haruan memanglah berbeza sakanKepah hidangan tapi tak sempurna

Lelaki dan wanita daging mentah dimakanSudah ada pasangan tapi suka berzina

Sudah mengelak terus juga berlakuPasal cuai tadi membebel dan menggerutu

Dah tak mampu terus tambah bebanan kayu Gagal tunai amanah tapi ambil amanah baru

Kerana puas anugerah diberiPernyataan sudah tidak memileh

Syurga luas langit dan bumiDisediakan bagi yang beramal soleh

Dapat kurnia kerana berjasaMenjaga menyelia bekal semuaNikmat dunia hanya sementaraSyurga pula kekal selamanya

Meneguk susu sedap sedapanTadi dahaga sudah dihilangkan

Duduk berteleku berhadap hadapanAhli syurga bidadari dianugerahkan

mengilir menyidai jubah berhargaBagi menjaga faedah bersama

Mengalir sungai di bawah syurgaAhli syurga tak pernah dahaga

Page 22: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 22)

Santan habis jatuh melataRakan sebaya rajin tapi sia-siaSyaitan dan iblis musuh nyataBukan hanya jin tapi manusia

Kerana serik padah didapatiRungkai selimut hampir lelapPerkara syirik mudah terjadi

Bagai semut hitam di malam gelap

Pohon getah tanaman yang mudahPohon sudah dititis baja

Mohonlah kefahaman agama AllahMohonlah sampai menitis air mata

Suasana redup tidak akan kekalMengantuk hingga rasa terlenaSemasa hidup menyedia bekalUntuk diguna semasa di sana

Dulu duluan memberi hadiahTujuan mencari budi tetangga

Alua-aluan dari AllahDitujukan kepada ahli syurga

Dulu duluan membahagi pelikatBukan berdiri di tempat yang sama

Alu-aluan dari malaikatDitujukan kepada ahli syurga

Page 23: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 23)

Kudapan berselera diberi lagiAhli keluarga ceria dijaga

Ucapan sejahtera sesama sendiriAhli syurga bahagia selama

Berangan saja binasa diriJarang mengena sudah ditahuPelayan syurga sentiasa di sisi

Memandang mereka tidaklah jemu

Letak syurga di langit sanaDi sisinya pula sidratulmuntahaTidak ada usia meningkat tuaAhli syurga muda sentiasa

Hadap dunia padah dimilikHadap syurga faedah mewahHarapkan dunia adalah syirik

Harapkan syurga itulah perintah

Semua di dunia ibarat tampalanAkhirat pula tempat idamanDunia ini tempat cari bekalanAkhirat juga tempat kediaman

Sehingga menumpuk pahala kitaBeribadah kita kerana harapkannya

Syurga disedia untuk semuaMarilah bersama kita merebutnya

Page 24: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 24)

Hirup sarbat hendak khasiatnyaBaham durian tak terkira banyaknyaHidup di akhirat banyak nikmatnya

Dalam Quran banyak cerita tentangnya

Sudilah kira menjadikan titianCukup menjaga amanat hadis Quran

Marilah kita berikan perhatianHidup di dunia ibarat melintas jalan

Kalam Ttuhan seharusnya dibalas sukaMengulang kaji perlulah kita bincang sama

Dalam quran semuanya jelas nyataBerulang kali Allah cerita tentang syurga

Sematkan diri menghambat syurgaUsaha mengelak dosa bagi dapat pahalaJadikan Nabi dan sahabat contoh kitaMereka tak sibuk dengan harta dunia

Beramai bersama menjana pahalaSemuga meningkat pahala kitaBerbagai nama dan juga rupa

Syurga bertingkat tujuh semuanya

Tidak tua selama-lamanyaDalam syurga semuanya mudaTidak bersua duka nestapanya

Dalam syurga semuanya gembira

Page 25: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 25)

Pantun Soal Jawab 1Akidah

Cara bantu menyulami sejadahSegak disulam layak beriringanSaya buntu memahami agamaBanyak ragam dan juga golongan

Kemana pergi keindahan agamaBerlaga berkelahi dijadikan kiblatnyaKenapa terjadi perpecahan ummahSehingga menjadi 73 pecahannya?

Saya bimbangkan salah memahaminya Kerana banyak cara dan pendapatnyaApakah cara menghindarinyaSupaya saya tak menyesal nantinya

Mengapakah saya berat beribadahAda kala kesukaran dalam solahApakah cara mendapat hidayahMenjana kebenaran dalam akidah

Segala yang keruh memendam di kaliGuna timba masih berbakiSaya terpengaruh kumpulan sendiriBagaimanakah cara mensucikan diri?

Kelapa santan minyak sekualiBudak benggali pengacara utamaKenapa kesesatan banyak sekaliTidak terkecuali kepada ulama?

Betapa syaitan menjalankan tipu dayaWalau kalah dia tak putus asaKenapa kesesatan diamalkan jugaWalau telah jelas di depan mata?

Turutlah satu bukan beribuSupaya betul melekat ilmu akidahTuntutlah ilmu janganlah jemuCara betul mendekat diri pada agama

Semak bukan sebarang dan meluluBencana digalas pasti berlakuBanyak kesilapan yang berlakuKerana malas mencari ilmu

Pelan dilukis banyak berpetiSupaya tidak menyusahkan nantiQuran dan hadis disemak ditaatiSupaya tidak merugikan diri

Beginilah cara akan dijanaPeluang menjaga solat dan ibadahMarilah kita hidupkan sunnahBuang segala kurafat dan bidaah

Bicara tersasul mengenalkan diriDatang kerana kusut dan takjubCara betul dalam mensucikan diriBuang segala jumud dan taksub

Membantu menjaga selalu disuruhKain diseterika baru sebelahTipu daya syaitan berlaku menyeluruhMelain mereka yang dipelihara Allah

Selia diri bagi memantapkannyaBerlainan hala tuju dan ruang lingkupDia pasti lari meninggalkannyaMelainkan pintu hati sudah tertutup

Page 26: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 26)

Assalammuallaikom

Pantun 1Malaysia atau nama asalnya Pantun Rakyat Malaysia adalah dikarang untuk memberi kesedaran kepada takyat betapa pentingnya kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab memelihara keamanan dan kepentingan hidup bersama bukan saja untuk kita bahkan untuk anak, cucu, cicit dan piut dan seterusnya seluruh keturunan kita yang akan kita tinggalkan!

Ketahuilah sebagaimana dalam urusan agama kita tidak boleh asal nama dan keturunan kita islam dan beribadah terutamanya solat asalkan solat tetapi kita wajib belajar dan mengulangkajinya setiap ada kesempatan begitulah juga sebagai rakyat kita wajib mentaati pemerintah demi kesejahteraan dan keamanan negara kita juga berlandaskan ilmu agama yang telah disampaikan oleh Rasulullah saw sejak 1434 tahun yang lalu, mungkin anda bertanya bagaimana cara hendak jadi rakyat yang bertanggungjawab sesuai dengan peraturan Allah dan RasulNya?

Lantun melantun kian kemariLantun usia tanda dekat matiPantun memantun kita di sini

Pantun 1Malaysia semat di hati

Lantun melantun kian kemariLantun gayat kerana tinggi

Pantun memantun kita di siniPantun menggiat Malaysia ditaati

Pantun 1Malaysia

Page 27: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 27)

Mari kita semak semula apakah sikap Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a dalam mentaati dan mematuhi Khalifah Othman bin Affan r.a meskipun beliau dihasud oleh mereka yang tidak suka dengan pemerintahan Khalifah Othman supaya memberontak dan mengambil aleh kuasa pemerintahan dari Khalifah Othman r.a. dan juga oleh Imam Ahmad Rahimullah dan Imam Syafie Rahimullah yang tetap taat kepada pemerintah masing-masing meskipun mereka dipenjara dan diseksa kerana enggan mengiktiraf fahaman sesat pemimpin mereka, inilah sikap yang wajib kita ambil dari mereka dan amalkan dalam usaha menjadi rakyat yang tahu berterima kasih dan bertanggungjawab.

Banyak dalil-dalil yang sahih dari al Quran dan hadis Nabi SAW yang memerintahkan kita supaya taat kepada pemimpin kita antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada ulil amri (pemimpin) di antara kamu" dari hadis riwayat Ibnu Abbas, ia berkata Ayat ini turun berkenaan dengan Abdullah bin Hudzafah bin Qais bin Adi As-Sahmi yang diutus Nabi SAW dalam satu pasukan perang, dan hadis riwayat Abu Hurairah r.a. ia berkata dari Nabi SAW beliau bersabda" Barang siapa yang mentaatiku berarti ia telah mentaati Allah, dan barang siapa yang menderhakai perintahku, maka berarti ia telah menderhakai Allah. Barang siapa yang mematuhi pemimpin berarti ia telah mematuhiku dan barang siapa yang menderhakai pemimpin berarti ia telah menderhakaiku"(HR: Muslim) dan banyak lagi firman Allah SWT dan hadis Nabi SAW mengenai kewajipan rakyat mentaati pemimpin. Inilah cara amalan baik yang dilakukan oleh para sahabat Nabi SAW mahupun Imam-imam besar dan para ulama salaf us soleh.

AllahuaklamWassallamuallaikom

Page 28: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 28)

Jika sudah dapat apa dihajatBerusaha hargainya supaya selamat Harga murah untuk rakyat berjimat1Malaysia kedainya merata tempat

Arus perdana tujuan disegeraPemimpin kita terus berusaha

Terus menjana kemajuan negaraPemimpin kita semua berwibawa

1MDB pembina bersiriKemajuan pasarana demi rakyat

1MDB nama diberiTujuan menjana ekonomi rakyat

1 acara 1 bangsa 1 cita 1 usahaTertip bersungguh ramuan tepat kita1Negara 1bahasa 1suara 1MalaysiaWajib patuh dan tumpuan taat setia

Upaya pemimpin yang kita pilihKebenaran segera dapat diraih

Kepada pemimpin kita berterima kasihKemakmuran negara berjaya diagih

Bukan mudah berjaya usaha sendiriSudah banyak bantuan diberi

Barangan murah di serata negeriSabah dan Sarawak tidak terkecuali

Page 29: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 29)

Perpaduan sehat segalanya dan terutamaDemi mejana cita-cita wawasanPerpaduan rakyat perkara utama

Mari bersama kita jayakan

Pengkhianat dan petualang intai peluangMenghancur negara itulah dicita

Koperat dan pengilang membekal barangPenganjur pula melaksana dengan jaya

Semua ruang padat dan penuhPasarana dicadang akan disentuhGuna peluang manfaat sepenuh

Mana yang kurang jangan dicemuh

Bukit pusing di sebelah sawahPetik peria beri pada Mamat

Sakit dan pening janganlah susahKelinik 1Malaysia memberi khidmat

Petang hari pada selasaSidai kain basah perahan sidiaBarang dibeli harga semasa

Kedai 1Malaysia memudahkan kita

Besah dan Gayah menyalin semulakerana tujuan kerja biarlah cermatBersusah payah pemimpin berusaha

Menjana kemajuan negara itulah matlamat

Page 30: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 30)

Sampai usia puluhan budak remajaLagak bersembang bukan mengada

Kedai 1Malaysia kemudahan untuk semuaBanyak barang dan pilihan ada disedia

Mengurus segala perkara diterajuSusun atur bersama dari segala segi

Menjurus kepada negara majuTahun 2020 tak lama lagi dimasuki

Jalan-jalan cari makanNasi lemak pilihan utama

Pelan-pelan sudah disediakanBagi disemak dan majukan segera

Mencukur kepala kerana alahMungkin bersua masa di kuliahBersyukur kita kepada Allah

Pemimpin kita semua bertauliah

Perpaduan semua adalah yang utamaDemi mendakap hati sesama

Keperluan negara ialah kerjasamaBagi memantap ekonomi negara

Pasarana giat diagih seluruh negaraTumpu segala untuk rakyat semuanyaDana rakyat 1Malaysia diagih segera

Membantu mereka yang memerlukannya

Page 31: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 31)

Intisari warga tentulah bersatuKeperluan rakyat itulah dimaju

Aspirasi negara maju itulah ditujuKesepaduan rakyat itulah dipacu

Klinik rakyat 1Malaysia banggakan kitaMemberi khidmat bandar dan desa

Menjana kesihatan untuk semuaDemi rakyat sehat dan sentosa

Sumber 1Malaysia rakyatlah sebenarnyaLebih memberi makna dan jati diri

Komputer 1Malaysia antara barangannyaBoleh didapati di serata negeri

Starhill di bukit bintang Juga jadi pusat tumpuan orang

Mustahil kejayaan ditatangJika rakyat tidak keruan menentang

Bukan maksud menjadi pejuang Hajat dan niat meleburkan kitaJangan terhasud oleh petualangNiat jahat menghancur negara

Lembah samarahan jadi kenanganBayang menjelang berdiri sejajar

Bertambah kemudahan dan kesenanganYang mengenang budi itulah wajar

Page 32: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 32)

Bersua giat Najib memacuDemi menggapai usaha menyatuSemua rakyat wajib bersatu Bagi mencapai negara maju

Roti canai makanan semuaNasi lemak ramai peminatnyaDemi mencapai wawasan kitaMari beramai menggiatkannya

Banyak garam minyak dan asamMungkin sedap tak harus rasa

Banyak ragam banyaklah resam Pemimpin tetap tak putus asa

Berjaya bukan hanya perlu yakinBantulah minda menggiat diri

Kita jayakan bersama pemimpinItulah tanda nikmat kita syukuri

Suapan makin dapat dibasmiMakin nyata dari bawah hingga tertinggi

Kewajipan pemimpin amat terujiPemimpin kita sudah tepati janji

Ingatlah jatuh kita jatuh bersepaiTertujah senjata tikaman berbisaIngatlah musuh sentiasa mengintai

menjajah kita itulah keazaman mereka

Page 33: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 33)

Kelalaian kita mudah dimamahUsahlah sengketa nanti terbakarKeamanan negara usah dimusnahSejarah Melaka jadikan iktibar

Padah ditadah mendakap sesalanDiri binasa perang ajak bertikai

Usah mudah terperangkap hasutanMari kita jadi orang bijak menilai

Perpaduan semua adalah yang utamaDemi mendakap hati sesama

Keperluan negara ialah kerjasamaBagi memantap ekonomi negara

Pasarana giat diagih seluruh negaraTumpu segala untuk rakyat semuanyaDana rakyat 1Malaysia diagih segera

Membantu mereka yang memerlukannya

Intisari warga tentulah bersatuKeperluan rakyat itulah dimaju

Aspirasi negara maju itulah ditujuKesepaduan rakyat itulah dipacu

Klinik rakyat 1Malaysia banggakan kitaMemberi khidmat bandar dan desa

Menjana kesihatan untuk semuaDemi rakyat sehat dan sentosa

Page 34: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 34)

Sumber 1Malaysia rakyatlah sebenarnyaLebih memberi makna dan jati diri

Komputer 1Malaysia antara barangannyaBoleh didapati di serata negeri

Starhill di bukit bintang Juga jadi pusat tumpuan orang

Mustahil kejayaan ditatangJika rakyat tidak keruan menentang

Bukan maksud menjadi pejuang Hajat dan niat meleburkan kitaJangan terhasud oleh petualangNiat jahat menghancur negara

Lembah samarahan jadi kenanganBayang menjelang berdiri sejajar

Bertambah kemudahan dan kesenanganYang mengenang budi itulah wajar

Bersua giat Najib memacuDemi menggapai usaha menyatuSemua rakyat wajib bersatu Bagi mencapai negara maju

Roti canai makanan semuaNasi lemak ramai peminatnyaDemi mencapai wawasan kitaMari beramai menggiatkannya

Page 35: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 35)

Berjaya bukan hanya perlu yakinBantulah minda menggiat diri

Kita jayakan bersama pemimpinItulah tanda nikmat kita syukuri

Suapan makin dapat dibasmiMakin nyata dari bawah hingga tertinggi

Kewajipan pemimpin amat terujiPemimpin kita sudah tepati janji

Ingatlah jatuh kita jatuh bersepaiTertujah senjata tikaman berbisaIngatlah musuh sentiasa mengintai

menjajah kita itulah keazaman mereka

Kelalaian kita mudah dimamahUsahlah sengketa nanti terbakarKeamanan negara usah dimusnahSejarah Melaka jadikan iktibar

Padah ditadah mendakap sesalanDiri binasa perang ajak bertikai

Usah mudah terperangkap hasutanMari kita jadi orang bijak menilai

Jadi padi sipadi malinjaDitanak nasi harum baunya

Jati diri mesti diusahaSemak menyelideki seupayanya

Page 36: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 36)

Niat dibetulkan huraian disamakanJangan bersekutu dengan sisyaitan

Rakyat didahulukan pencapaian diutamaSlogan jitu untuk rakyat sekelian

Supaya bertemu Najib bersamaPemimpin kita yang dihormatBudaya ilmu wajib diusaha

Bukan hanya dunia bahkan untuk Akhirat

Upaya selami kata bersahajaIntai empunya siapakah dia

Budaya tepati masa wajiblah adaSampai waktunya telah bersedia

Berelusi berjaya mencari ideaBersungguh sakan sampai nyataBerenovasi berusaha berkerjayaPenuh keyakinan menggapai cita

Acuh tak acuh jangan diamalkecuh mengecuh itu memual

Sungguh bersungguh itu diamalPatuh dan setia itulah amal

Wawasan 1Malaysia wawasan bersamaUpaya kita tetap gagah melaksana

Gagasan 1Malaysia gagasan bijaksanaBudaya kerja mantap itulah dibina

Page 37: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 37)

Semua telah diamanatkan pemerintahMemberi peluang rakyat melaksanaSemuga Allah selamatkan Malaysia

Dari petualang yang durjana

Sunami melanda di sebelah sanaGalak perebutan kuasa antara punca Demi masa depan anak dan cucu kitaElak dari hasutan pengkianat durjana

Selenggara nyata pemangkin ditujuMenyelia semakin tidak melulu

Negara kita semakin majuUsaha pemimpin sejak dahulu

Buat sahaja sendiri lebih selesaAleh meja sebelah sana

Lihat sahaja pemuda pemudi kitaMemileh kerja itulah tanda

Haluan kelisa satu dimintaalasan menyedia tempat peliharaPenyatuan bangsa itu diusaha

Gagasan 1Malaysia matlamat kita

Segera kita menyalin bajuBasah kerana hujan batuNegara kita semakin maju1Malaysia sama membantu

Page 38: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 38)

Berilah pertanda selama menyalinKebebasan melulu perlu dicatuMarilah kita bersama pemimpin

Gagasan 1Malaysia bersama kita tuju

Perasaan segera malu bersuaTertip saudara menyaksikannyaWawasan negara maju 1MalaysiaNajib usaha merealisasikannya

Perlu usaha bukan hanya bertanyaKata disisip turut bersama-sama1Malaysia menampakkan jalannya

Kita wajib ikut serta menjayakannya

Kedai 1Malaysia hampir menyeluruhBarangan runcit dan keperluan dapurJana wang berjimat sakan diasuhBarangan ada yang harga separuh

Pandai berusaha bentuk kuat kerjaMenggapai kemenangan kita usahaKedai 1Malaysia untuk rakyat jua

Pelbagai barangan ada disedia

Bunga selasih di atas pangkinSimpuh si dara memakai hiasan

Berterima kasih kepada pemimpinBersungguh menyedia semua kemudahan

Page 39: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 39)

Perlulah sifat manusia diseru diajarBagi membuang pekerti yang lemah

Rumah rakyat 1Malaysia baru dilancarMemberi peluang memiliki rumah

Menggiat perpecahan menghubung trajediMudahan Allah hindarkan dari terjadiMembuat tempahan di hujung jari

Kemudahan tambah nilai itulah diberi

Berangan saja itu tak bergunaSukar manusia untuk berjaya

Barangan pengguna itu diutamaTayar 1Malaysia pun ada juga

Sifat manusia suka merencananyaPerlulah bantuan diselia wawasannyaRakyat Malaysia dijaga kebajikannya

Itulah tujuan 1Malaysia dan gagasannya

Yakin berjuang nyata dicermatiDemi menghalang kesilapan dan sia-siaSemakin banyak yang akan kita nikmati

Dari barang juga perkhidmatan 1Malaysia

1Malaysia semua dah tahuGagasan kerajaan yang amat jitu

Mari bersama kita membantuMenjadikan kenyataan rakyat bersatu

Page 40: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 40)

1Malaysia semua dah tahuGagasan kerajaan yang amat jitu

Mari bersama kita membantuMenjadikan kenyataan rakyat bersatu

Seluruh dunia mengenali kitaGagasan 1Malaysia turut dikemuka

Patuh kita selagi dimintaBalasan usaha turut dinyata

Alasan berusia bukanlah caraSeakan nyata semua mengaku

Gagasan 1Malaysia bukan untuk kita sajaBahkan juga untuk anak dan cucu

Pemangkin negara rakyatnya membantuFaedah disua menjadi hasrat kita semua

Semakin nyata perlunya kita bersatu paduMarilah semua menjadi rakyat 1Malaysia

Berbudi sifat wajib diamaliMenjadikan kita bermutu pekertiKini rakyat semakin menyedari

Gagasan 1Malaysia begitu berarti

Yakin berubah setelah terbukti Kemenangan menjadikan kita berjayaSemakin murah dan mudah didapati

Barangan dan perkhidmatan 1Malaysia

Page 41: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 41)

Tujuan dan hasrat makin tidak sia-siaMudah mencapai dirancang semuanyaBantuan rakyat termiskin 1Malaysia

Sudah ramai yang merasanya

Semakin mudah ada model peragaan Penentuan kewangan diselia berkesanMungkin sudah ada modal perniagaanBantuan usahawan 1Malaysia diadakan

Sopan Hasnah bicara ternyata Sifat patuh diminta keluarga

Keamanan dimusnah angkara derhakaLihat contoh negara luar sana

Borang 1Malaysia banyak dimintaGuna diberi handai taulan sendiri Barang 1Malaysia banyak digunaSumber dari kedai dan koperasi

Batu jatuh bersepai sepuluhBerat terasa satu darinya

Bersatu teguh bercerai robohRakyat 1Malaysia bersatu setia

Tangan kikir paling dibenciCuba usaha ringankan segeraJangan fikir kepentingan diri

Kita utama kepentingan negara

Page 42: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 42)

Adakah seruan mencapai hakikatnya?Perasaan resah tidak mendengarnyaApakah tujuan dan matlamatnya?Gagasan 1Malaysia ditubuhkannya?

Benarkah pengumuman selalu disiar rayaMembedah permasaalahan rakyat diutamaBolehkah tuan beritahu saya Apakah matlamat dan hala tujunya

1Malaysia makin dicemburui lawannyaMembelah memecah matlamat ditujunyaSaya ingin ketahui selanjtnyaApakah faedah yang didapat darinya?

Adakah matlamat memperbantu jati diriMemaju menggapai minat membaraApakah cara rakyat melibatkan diriMembantu mencapai hasrat negara?

Kekasih membebel pantang disapaSalah haluan bukan sengajaMasih musykil bersarang di dadaBolehkah tuan menyakinkan saya?

Adakah huluan perahu sudah dicubaManalah tahu tak boleh digunakannyaBolehkah tuan memberitahu sayaApakah peluang saya dapat darinya?

Luka lama bernanah dan pedihAda kulat menjilat tadiSuka terima tapi tak berterima kasihApa pendapat tuan rakyat begini?

Dua tiga lipan berlariDari sana haluannya berbezaSaya rasa jawapannya beginiBagi menjana perpaduan negara

Badak beruang bukannya baculSelalu memburu kecuali tak sihatBanyak peluang pastinya munculMembantu memaju ekonomi rakyat

Terusan dirancang membelah tanahHasrat mempercepat halaman riadahUrusan sekarang mudah tanpa kerenahRakyat mendapat layanan yang ramah

Haluan dihasrat menuju ke rumahHanya menukil diri sendiriPerpaduan rakyat 1Malaysia utamaTanpanya mustahil dapat kita nikmati

Sudah terbukti bapanya berjasaTun Abdul Razak satu dunia kenal diaFelda memberi faedah rakyat jelata Datuk Seri Najib menurut jejak langkahnya

Sambutlah pejuang berikan jasa Membebaskan negara dari si durjanaRebutlah peluang di depan mataUtamakan menjana ekonomi keluarga

Selagi nyata peluang dihulurMelakar banyak dimulai perlahanJadilah kita orang bersyukurAgar tidak dimurkai Tuhan

Pantun Soal Jawab 1Malaysia

Page 43: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 47)

Lantun melantun kian kemariAlamak, bini aku mana ni?

Pantun memantun kita di siniMamak, roti satu kuah kari

Lantun melantun kian kemariLantun batu budak berlari

Pantun memantun kita di siniPantun dituju mamak semua sekali

Pantun Ala Mamak

Pantun ini mungkin ada kelainan sedikit dari pantun-pantun terdahulu, tujuan saya mengarangnya adalah kerana saya teruja dengan sambutan yang mereka dapat dari penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Walau pun kedai makan atau restoran mereka saling berhampiran namun pelanggan yang mengujungi restoran mamak ini tetap seimbang dan mampu beroperasi 24 jam sehari tanpa henti! Apakah rahsia mereka? Jika kedai makan atau restoran melayu pelaggannya hanya orang melayu sahaja dan jarang sekali terdapat bangsa lain yang makan di restoran melayu, akan tetapi jika restoran mamak pelanggannya dari berbilang bangsa dan kaum Melayu China dan India atau Hindu boleh dilihat menjamu selera di restoran mamak.

Saya rasa orang melayu patut belajar dari mereka untuk bagaimana mengekalkan pelanggan sedia ada dan menambahkan pelanggan baru dan orang melayu mungkin boleh menjadi tauke atau pemodal kepada restoran makanan mamak dengan menggajikan orang india sebagai tukang masak dan pelayannya, betul tak?

Page 44: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 44)

Restoran mamak banyak jugaKanan ada kiri pun ada

Pesan nasi lemak lanyak laksaTelan apa juga ada di meja

Bini sampai satu keluargaMisti pakai moto sepeda

Roti canai satu juga Kasi banjir sama dia

Meja ada empat jugaTukar beli harga rendahpekerja semua impot jugaBayar gaji lebih murah

Pelan tiang dalam diseliaTidak juga semua dapat dicamRestoran siang malam berjaga

Mamak berniaga dua puluh empat jam

Besi bundar si besi wajaLetak sini dilebur semula

Nasi kandar mula-mula berniagaMamak kini ada restoran dua tiga

Malu bersandar pusing menyangkungKerusi roda tak banyak disediakanDulu berkandar keliling kampungKini dah ada banyak cawangan

Page 45: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 45)

Alamak alamak makk..Milo tarak gula kasi cepatlahAla mamak ala mamak makk..

Engko kira ada betulkah?

Kasi pileh sama itu bajuKerusi dilerai sudah bagi satu

Kasi teh tarik satuRoti canai kuah kari satu

Dia lari lintang pukangBenggali jaga sangat berang

India mari bawa wangSini berniaga banyak peluang

Sampai pinggan pulang seganBanyak ikan banyak dipesan

Ramai pelanggan sedang makanMamak melayan tak menang tangan

Kaldai lain balun pegagaSemak mengenai sudu tembaga

Kedai kain pun ada juga Mamak kuasai ilmu berniaga

Dodol dah masak bagi si polanPandai menjaga mesti diamalkanCendol dan rojak di tepi jalan

Ramai juga yang berhenti makan

Page 46: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 46)

Pantun Soal Jawab Ala Mamak

Oren lemak sukar didapat Bolehlah dibuat air manis rasanyaRestoran mamak merata tempat Apakah pendapat tuan mengenainya?

Senja kala hiruk pikuk tak kekalSepi sekecap disambung semulaAda kala harga tak masuk akalTapi tetap dikunjung juga

Pasang pelita kerana tak ada lampuKerana pelita terang ada sumbuOrang kita berniaga tak mahuMereka hanya suka menjamu

Sempena mendapat buruanHidangan berselera nasi lemakApa pendapat tuanCadangan berniaga ala mamak?

Datang diiring saudara saudarinyaItulah bantuan diinginkannyaYang paling saya suka kuah karinyaSudahkah tuan mencubanya?

Gaya dia lemah gemalaiDulu budak kini dah jadi daraSaya pula suka roti canaiSatu tak cukup saya oder dua

Kalau siang ikan budak lakukannyaTalam disua dah lama di sisinyaKalau siang banyak pilihannyaMalam pula tak sama keadaannya

Semakin terserlah bukan ditelah Masakan meneka hanya sejenakMungkin telah ditetapkan AllahMasakan mereka diterima banyak

Ibarat teluk kualanya cetek Perihal kelapa pokoknya panjangIbarat tepuk dada tanya kocikMahal pun tak apa asal kenyang

Parang senjata rendam di pasuSupaya dipakai Datuk PenghuluOrang kita masih macam duluBerniaga ramai yang malu

Supaya cara semakin berubah mesraBelanja banyak tapi mestilah dicatuSaya rasa mungkin boleh dicubaPekerja mamak taukehnya melayu

Sudahlah cara melulu berkataGaya budak sukar disemakEntahlah saya tak tahu pulaSaya tak suka masakan mamak

Acara asing-asing antara adaAndaiannya menurut pengecaraSelera masing-masing sesama kitaKesesuaiannya menurut citarasa

Kalau budak rosakkan meriamPembaikan banyak alat gantinyaKalau tidak ada masakan siamMasakan mamak saja gantinya

Page 47: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk

(MS 46)

Pantun Andartu

Lantun melantun kian kemariLantun senyap tak disedari

Pantun memantun kita di siniPantun diharap penyejuk hati

Lantun Melantun kian kemariLantun batu tidak semena-mena Pantun memantun di laman ini

Pantun andartu diberi nama

Pantun ini saya karang tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun, pantun ini hanya sebagai hiburan sahaja. Saya mengenengahkan perkara ini mungkin ada manfaatnya bagi menambah pengetahuan kita tentang topik ini.

Di bawah adalah petikan yang saya kutip dari sesawang UPIM, terima kasih UPIM (Unit Pendidikan Islam Dan Moral)http://upimkmns.blogspot.com

"Masalah lambat berkahwin di kalangan wanita berkerjaya di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan. Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15-19 tahun lebih kurang 97 peratus dan ia menurun 6 peratus pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih (jendelahikmah05.blokspot.com). Keadaan ini dapat dilihat melalui Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 dan statistik umur minimum perkahwinan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pada tahun 1980, umur minimum bagi seorang wanita berkahwin ialah 23.5 tahun, telah meningkat pada tahun 1991 iaitu 24.7 tahun dan semakin meningkat lagi pada tahun 2000 iaitu 25 tahun (Banci Penduduk 2000 Jabatan Perangkaan Malaysia). Oleh itu seorang wanita yang sudah mencapai umur 27 tahun tetapi masih belum menemui jodoh akan dianggap sudah terlewat untuk berkahwin (Haslina Hassan & Ann Wan Seng 1995: 1)."

Page 48: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 48)

Gula batu budak-budak sukaiBagi sepuluh letak kat sini

Dara andartu tak kahwin lagiCari jodoh berat sekali

Gula batu ingin diberiSuka berbudi selayak yang adaDara andartu ingin bersuami

Ada yang sudi tak berkenan pula

Gula batu rendaman tadiInti dimayang agar berseri Dara andartu idaman hatiTapi sayang sukar didekati

Gula batu gula MelakaDiberinya pengat bahagi tigaDara andartu anak dara tuaDirinya suci amat berharga

Gula batu puteh warnanyaSeri sulaman jua direka

Dara andartu cantek mempersonaJadi idaman semua jejaka

Gula batu dimakan selaluBuang satu di hujung timba

Dara andartu sakan menungguOrang ditunggu tak kunjung tiba

Page 49: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 49)

Gula batu disukai di siniUntuk dibakar bersama rotiDara andartu ramai sekali

Sebuk belajar lupa bersuami

Gula batu gula buatanSepah sebalik pohon dedaluDara andartu dara pingitan

Wajah cantek semua pun tahu

Gula batu dari chiniGula berharga payah dicariDara andartu suci dan murni

Menyara keluarga itulah ditekuni

Gula batu cermai dan cukaSireh juga sejenis makanan

Dara andartu ramai yang sukaPileh saja mana yang berkenan

Gula batu dibalun remajaHirup kopi lain dibuang

Dara andartu tekun berkerjaHidup senang tapi seorang

Gula batu di Pekan SeputehGula keras jangan ditelan

Dara andartu jangan memilehRupa paras bukan ukuran

Page 50: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 50)

Pantun Soal Jawab Andartu

Wahai puteri cantik wajahnyaMenyapa boleh dilarang dekatiWahai saudari saya bertanya Mengapa masih seorang diri?

Sementara ada jangan dihinaBayang meniru apa dilakuAntara duda dengan terunaYang mana satu pilihan kalbu?

Kelapa setuju dimasak kariWalau tak ada pati diguna lagiApa nak dimalu wahai saudariKalau tak pasti sukarlah nanti

Usaha berdikari dituntut dilaksanaAcara dan warkah telah diberiUsia saudari telah lanjut tuaBila nak nikah wahai saudari?

Segera hidangan buat kenduriTiba kadi pengantin diijab dan kabulSaya ada cadangan buat saudariCuba mandi bunga mungkin makbul

Acara dibentangkan bukanlah menyelisehBergema suara menyuruh membilangSaya cadangkan janganlah memilehTerima saja jodoh yang datang

Bila di sini suara menyepiLambai dia jangan sampai jatuhJika begini kata saudariSampai bila pun tak akan ada jodoh

Kerja telah ada disampai saudaranya Budak meluat kalau disuruhnyaSaya dah cuba berbagai caranyaNak buat macam mana tak ada jodohnya

Bantulah supaya menjadi cekapBagikan tual berdiri sendiriItulah malu saya nak cakapInikan soal peribadi

Berilah supaya dia beringatPesanan paling menyentuh mustajabBukanlah saya memileh sangatYang penting dia bertanggung jawab

Setelah berjaya pembantu memberitahuBagaimanakah caranya suluh digayaEntahlah saya sendiri pun tak tahuBilakah datangnya jodoh saya

Beberapa halangan pinangan diterimaBerjanji hebat tapi tak muncul-munculKenapa cadangan bertentangan agama Mandi bunga itukan kurafat dan tahayul

Walau bicara kasih sayang bersilehBudi dijana bukannya sesungguh hatiKalau saya tak pileh dia yang pilehJadi bagaimana selesainya perkara ini?

Walau madah diucapkan berseniNada bukan semuanya bersemiKalau sudah ditetapkan saya beginiSaya serahkan pada takdir Ilahi

Page 51: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 51)

Lantun melantun kian kemariLantun perlahan sama sekaliPantun memantun kita di sini

Pantun boleh tahan nama diberi

Lantun melantun kian kemariLantun lambat tapi tiba

Pantun memantun kita di siniSemuga menambat hati ceria

Pantun Boleh Tahan

Boleh tahan, apa yang boleh tahan? Ala biasalah, kalau ada mata tentulah boleh memandangkan ha... bila dah terpandang yang cantik pada mata lelaki kepada wanita ke gadis ke atau mak janda ke ha, itulah yang terkeluar dari mulut sang bedal yang menggatalkan?He he hee. Gurau, jangan marah aa..

Namun boleh tahan juga mungkin bermaksud rasa makanan atau mungkin rasa minuman dan mungkin perkataan ini untuk menyatakan tentang layanan mesra rakan yang dikunjunginya atau mungkin memperkatakan besarnya rumah dia atau cantiknya rumah dia, boleh tahan juga mungkin untuk memperkatakan tentang kuatnya tenaga seorang yang disangka tak kuat atau seorang warga emas yang masih bekerja keras macam orang muda atau apa apa jelahh..

Page 52: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 52)

Berdetiknya di dada telahan mendugaTadi perasan benak berkata

Cantiknya Mak Janda boleh tahan jugaTapi jangan nak menggatal pula

Petik bidara di dahan tigaBagi diguna budak belanda

Cantiknya si dara boleh tahan jugaTapi si teruna takut nak mencuba

Toreh bukan persis membelahTapi tak luka lama dibedahBoleh tahan gadis sebelah

Tapi keluarga tak suka si Bedah

Pembatalan majlis sidang petangBahan bertulis diaju sudah

Kumpulan gadis sedang bersembangBoleh tahan juga gadis baju merah

Kebetulan ditulis sedang terbayangPenanya berbaris kurang menolong

Kumpulan gadis sedang bersembangBoleh tahan juga gadis bertudung

Belahan jiwa muda membiasMakin selidiki bertambah misteriBoleh tahan juga si janda berhias

Ingin miliki tapi dah ada isteri

Belahan jiwa saudara sepupuMakin meremang si ulat bulu

Boleh tahan juga si gadis andartuIngin meminang harap setuju

Page 53: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 53)

Becak melanda dari telagaTadi ditimba satu kolah

Kacaknya duda boleh tahan jugaTapi si janda malu nak meluah

Halia berperanan pembuka seleraTelahan ini hanya mendugaDia berkenan pada si teruna

Termakan budi boleh tahan juga

Pantulan suara datang bercabangBelahan senja di ambang petang

Kumpulan dara sedang bersembangBoleh tahan juga pemuda dipandang

Bidara terjuntai di balik tiangDahannya pula dihempap palang

Dara mengintai dibalik lobangBoleh tahan juga pemuda bertandang

Bola kawan mula lawan menerpaMara bermula berpasang-pasangan

Boleh tahan juga kawan bapaDara mula berangan-angan

Mara setapak biar waspadaPerlahan menduga bagi menepisDara terserempak dengan si diaBoleh tahan juga bisik si gadis

Setelah ditemuduga pulang diajakCara menatap sepenuh hati

Boleh tahan juga si bujang terlajakDara berharap jodoh mendekati

Page 54: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 54)

Soal Jawab Pantun Boleh Tahan

Eloknya rupa paras si jandaTidak jemu mata memandangSyoknya saya pada diaSiang malam terbayang-bayang

Tadi berhapan dengan makwe lamaTelah berpisah kerana tak setiaHati berkenan nak pinang diaApakah pendapat tuan bijaksana

Keladi taugeh bekalan disukaCuka padi tambahan perasaBudi dia boleh tahan jugaSuka memberi apa saya minta

Walau saya dah nyata isi hatiSaya tidak sukakannyaWalau ke mana saya pergiDia tetap memburu saya

Bekas janda semakin jambuTekun saya menagih tak jemuPuas sudah saya menungguNamun dia masih membisu

Janda kaya mungkin ditemuBerkasih sayang tak dipeduliJanda saya semakin jambuTapi sayang talak tak berbaki

Pulanglah sayang pulang pada kekandaKesah yang lama lupakanlah sajaTolonglah saya wahai tuan bijaksanaBerilah saya panduan yang berguna

Kalau cuka campur gulaBekas diguna mirib yang lamaWalau suka pada diaBatas agama wajib dijaga

Bekas janda balas menyapaHati berkecamuk bagai nak gila Jangan hanya tengok paras rupaTapi tengok juga budi bahasa

Walau tongkol tak ada perasaNasi hidangan jangan biar lamaKalau betul apa yang dikataTapi jangan pula mengada-ngada

Buah sentul jatuh merata-rataBiji menebar tempat disedia Kalau betul apa yang dikataIni sukar didapat di mana-mana

Bekalan lepat kukus disediaTelah diminta sama intinyaJangan cepat berputus asaPujuklah dia hingga berjaya

Baulu kota sudah dijamuBerbaris budak menjamah tadiDulu kata sudah tak sebuluMenangis tak berguna lagi

Kelapa mayang jangan dimakanBercelaru nanti perut tak boleh terimaApa yang boleh saya cadangkanTunggu dia bernikah dan bercerai semula

Page 55: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 55)

Pantun Bujang Sama Bujang

Nak tahu apakah maksud disebalik pantun bujang sama bujang ini? Baiklah, maksudnya ialah orang bujang pasangannya pun orang bujang juga, ia tak? Atau mungkin kalau ada jodoh pasangannya mungkin seorang bujang (perempuan) dan seorang lagi ada pasangan (lelaki) yang berkemampuan berkahwin lagi! Tak salahkan orang lelaki berkahwin lebih dari satu kan, kan? Tapi yang hendak bernikah lebih ni mestilah berkemampuan zahir dan batin kalau tidak lebih baik lupakan sajalah niat nak pasang lagi satu ni!

Jangan ambil kesempatan tanpa memikirkan kebajikan isteri dan anak-anak sedia ada dan juga bakal pasangan isteri, nanti menyiksa dia pula! Tak elok tuu.. Allah tidak melarang lelaki bernikah lebih dari satu asalkan tak lebih dari empat tapi Allah juga mengkhabarkan supaya berlaku adil kepada isteri-isteri jika tidak sanggup cukuplah dengan yang satu, inilah perintah dari Pencipta kita yang wajib kita patuhi!

Lantun melantun kian kemariLantun bersebab jadi terlukaPantun memantun kita di siniPantun diharap sudi terima

Lantun melantun kian kemariLantun panjang nyata mengenaPantun memantun kita di sini

Pantun bujang sama bujang direka

Page 56: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 56)

Bujang sama bujangWalau bukan dengan temberang

Bujang sama bujangKalau makan jangan sorang-sorang

Bujang sama bujangSyaitan suka membuat hasutan

Bujang sama bujangJangan suka berdua-duaan

Bujang sama bujangkalau dah perasan tak macam dulu

Bujang sama bujangKalau dah berkenan apa lagi ditunggu

Bujang sama bujang calar lengan kerana duri

Bujang sama bujangHantar pinangan ikatlah janji

Bujang sama bujangTadi nama sudah diberi

Bujang sama bujangSudi terima nikah ku ini

Bujang sama bujangKeladi jualan habis dibeli

Bujang sama bujangBudi kedapatan sesama sendiri

Bujang sama bujangSudah lama bercinta kaseh

Bujang sama bujangTerima saja jangan memileh

Page 57: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 57)

Bujang sama bujang Surau bukan tempat bersembang

Bujang sama bujangKalau makan jangan pandang-pandang

Bujang sama bujangPulau Sipadan tidaklah dekat

Bujang sama bujangKalau berkenan nikahlah cepat

Bujang sama bujangJanganlah suka temberang

Bujang sama bujangJanganlah cuba dihalang

Bujang sama bujangKerbau sekawan sudah terlepas

Bujang sama bujangKalau berkawan biarlah berbatas

Bujang sama bujangHalau lembu sampai ke hulu

Bujang sama bujangKalau dah setuju apa ditunggu

Bujang sama bujangUdang disua sedap sekali

Bujang sama bujang Orang tua jangan makan hati

Bujang sama bujangKalau menyelidek biarlah berpada

Bujang sama bujangWalau dibodek haruslah waspada

Page 58: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 58)

Pantun Soal jawab Bujang Sama Bujang

Adakah penyatuan akan dibentangnyaBerapakah orang yang menyertainyaBolehkah tuan perjelaskan tentangnya Siapakah mereka yang sebenarnya?

Jika bersama girang berceritaNada selingan jejaka bermadah Jika mereka ada yang sedang bercintaTiada halangan jika mereka nak nikah?

Bila lama-lama pandang padah dijuruskerana terlalu berang digerutu AwinJika sama-sama bujang mudah diurusBagaimana satu bujang satu dah kahwin?

Bila sembang budak mencelahNanti dihalau hilang entah kemanaJika yang bujang tidak bermasaalah Tapi kalau tak bujang bagaimana?

Sila bilang berapa jumlahnyaKalau kurang ambil lagi sekeratJika tak bujang ada halangannyaKalau bujang boleh berhubung erat?

Adakah bercahaya bekas pantulanMakin silau matahari tanpa halanganTidakkah bahaya bebas pergaulanMungkin tuan boleh beri pandangan?

Mencanai mencelup kaca berhargaManakala acuan dicuci berkilatSebagai penutup kata bicaraAda lagi tuan nak beri nasihat?

Sama benda nama dan caraMemantau menyalin juga dijaga Samaada mereka teruna dan daraAtau mungkin juga duda dan janda

jejaka pulang mungkin dari MekahSejadah halus diminta mak darinyaJika bujang sama bujang ingin bernikahMudah diurus tanpa banyak kerenahnya

Merapi setelah pudar kecantikanMula dulu buang dibantu yang lainTetapi amatlah sukar diuruskanJika satu bujang satu dah kahwin

Bila dibagi kain dulu tak kenaWalau tumpuan dengan cara nakalJika lelaki kahwin lagi satu tak apaKalau perempuan jangan buat pasal

Kalau gelang lama dipulangNanti sumbangan terlampau bebasWalau bujang sama bujang Tapi jangan melampau batas

Berpada-pada jolokan kedapatanSaling perindah diberi keutamaanBerwaspada pujukan syaitanPaling mudah digoda bila berduaan

Udang sama udang kalau dah adaMasaklah sekarang hidangan diduluBujang sama bujang kalau dah sukaMasuklah meminang jangan tungguu..

Page 59: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 59)

Pantun Bujang Terlajak

Ini lagi satu golongan yang lambat kahwin sama macam dara andartu, ini adalah fenomena biasa yang berlaku dalam kehidupan kita, sebagai manusia biasa memang tidak lepas dari dugaan dan cubaan dari Yang Maha Esa, Tuhan Maha Pencipta.

Kita sebagai hambaNya wajiblah berusaha menangani semua kemaslahatan hidup kita di dunia yang fana ini, sebagai orang bujang yang telah lanjut usia anda wajiblah berikhtiar mencari pasangan hidup tetapi janganlah terlalu memilih kerana jika anda terlalu memilih orang yang anda idamkan mungkin tidak akan datang dalam hidup anda! Allah SWT juga mengingatkan kita akan perkara ini betapa kita perlu menerima jika ada yang sudi menerima anda meski pun ada kekurangannya yang tidak berkenan di mata anda tetapi mungkin ada hikmah di sebalik kekurangan tersebut, hanya Allahlah Yang Maha Mengetahuinya.

Lantun melantun kian kemariLantun batang bala dimana-mana

Pantun memantun kita di siniPantun bujang terlajak nama dibina

Lantun melantun kian kemariSilap lompat lekat kaki

Pantun mmemantun kita di siniHarap cepat dapat isteri

Page 60: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 60)

Balang retak sampai kat siniElok dibiar tak guna lagi

Bujang terlajak ramai sekaliSebuk belajar lupa beristeri

Batang balak batang jeramiMula dibeli dari Bali

Bujang terlajak tak kahwin lagiBila nak beristeri tak tahu lagi

Batang balak turut diniagaBersih sendiri larat sekaliBujang terlajak lanjut usiaMaseh mencari setakat ini

Batang balak dibuat rakitMemaku bendera di sebelah sana

Bujang terlajak bukan sedikitBerlaku kerana peredaran masa

Batang balak perlu diseliaTentu berharga bila dijaga

Bujang terlajak selalu berusahaMembantu keluarga perlu diutama

Balang retak sesama sendiriAkibat jatuh setelah dibeli

Bujang terlajak lama menyendiriBerat jodoh itulah terjadi

Balang retak dingin sekaliSetelah lama dibiar di malam hari

Bujang terlajak ingin beristeriEntah bila tercapai hajat di hati

Suka memantau padi di humaBukan meneka hama menjelmaDara atau janda sudi diterimaAsalkan mereka ada agama

Page 61: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 61)

Batang bajak, balak dan bajiBagi sepuluh letak kat sini

Bujang terlajak tak kahwin lagiCari jodoh tak jumpa lagi

Batang balak beringin diberiKuda padi tak sepadan menghela

Bujang terlajak ingin beristeriAda yang sudi tak berkenan pula

Balang retak banyak sekaliCawan pula terbelah di bucu

Bujang terlajak bila nak berbiniKawan, ada sudah bercucu

Batang balak dibuat jenangBatang jati dibuat palang

Bujang terlajak bila nak meminangYang menunggu nanti kecundang

Batang balak dibuat perahuBahagian kuala keladak melulu

Bujang terlajak baru tahuSegan bila diajak bertemu

Balang retak sudahlah pecahGagak asing melanda meluluBujang terlajak serba salah

Emak bising tak ada menantu

Batang balak melulu dari huluNyaris bertemu anjung istana

Bujang terlajak termangu-manguGadis ditunggu tak kunjung tiba

Berbual-bual buntu kerana dihalang Bayang budak masih bersarang lagiTerkial-kial tak tahu bila penghujungBujang terlajak masih seorang diri

Page 62: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 62)

Pantun Soal Jawab Bujang Terlajak

Alahai kenapa dingin udara malamnyaBetapa letih tunggu datang pagiWahai saudara ingin saya bertanyaKenapa masih membujang lagi?

Alahai saudara mara makin membantuZaman dingin dah menghilangWahai saudara saya ingin tahuTak ingin nak tamat zaman bujang?

Makanlah cermai selera bergandaBolehlah dibantu sama bawang mudaBukankah ramai dara dan jandaPilehlah satu mana yang suka

Kelapa cermai buah-buahan kitaSalin menyalin untuk diubahKenapa ramai golongan saudaraSemakin hari semakin bertambah?

Kenapa dingin hari persidanganTujuh rayuan sokongan disuaraSaya ingin memberi cadanganTubuh persatuan golongan saudara

Bawa pulang kelapa mudaMemileh supaya menyukakan semuaAda seorang janda mudaBoleh saya kenalkan pada saudara?

Bila suara memburu cepat diperhatiSemakin ketara terus mendatangJika tiada bertemu hajat di hatiMungkin saudara akan terus membujang?

Kelapa muda beri sepuluhEnak inti agar campur gulaMasa muda lupa cari jodohSekarang ini agak sukar pula

Meremanglah dada kedinginan saljuTungkulah bukan dicapai sepatutnyaMemanglah ada keinginan ituTunggulah akan sampai masanya

Bulan sudah dibagi sepuluhHanya faedah diharap menyerlahBukan mudah mencari jodohSemuanya ketentuan di tangan Allah

Hendak berjaya segeralah hambatnyaCita rasa makin sakan terasaTak tahulah saya secara tepatnyaSaya rasa mungkin peredaran masa

Citarasa tulus pandangan sendiriMeluah sering, bakal dikekalSaya rasa bagus cadangan ini Dapatlah saling kenal mengenal

Ketika di pasar sapa menyapaCara beramah bukannya selaluJika benar apa yang dikata Saya kenalah melihatnya dulu

Kemana hilang mutu cara semakanWalau difikir cara tulus dirancangApa yang mampu saya lakukanKalau dah takdir saya terus membujang

Page 63: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 63)

Pantun Duda

Al kisah pernikahan yang pendek umurnya, pelbagai punca terjadinya perpisahan yang amat menyayatkan antara pasangan suami isteri, sedang kebahagiaan baru saja dikecapi bila dengan tak semena-mena ribut datang melanda mungkin berpunca kerana kematian isteri, kecurangan isteri, campur tangan keluarga isteri dan mungkin juga salah sang suami sendiri yang bermain kayu tiga, entahlah dunia, dunia..

Lantun melantun kian kemariLantun di beranda sebelah sana

Pantun memantun kita di siniPantun Duda itulah nama

Lantun melantun kian kemariTetaplah sama mara melandaPantun memantun kita di siniHarap taklah lama menduda

Page 64: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 64)

Rakan membelai suasana redupTadi rapat bukannya sempit

Bukan bercerai semasa hidupIsteri wafat kerana sakit

Bila-bila masa sebut senadaHarap ceria seperti sediakalaTiba-tiba saja ribut melanda

Menyebabkan dia menjadi duda

Kelapa bersabut si kelapa tuaInti dibalut enak rasa

Betapa serabut benak si dudaIsteri merebut anak tercinta

Kasih lebur sedih menjengahTidak disangka singkat noktah

Tanah kubur maseh merahDuda sudah akad nikah

Padah menjerat ikan di kualaLuka merata disengat tika menjala

Sudah terpikat dengan si daraDuda bercinta tak ingat dunia

Benak menebar banyak seruanMengapa leka kerap menimpa

Anak terbiar tidak keruanDuda terkena perangkap janda

Tapai diberi kekasih hatiDara memendam isi hati

Sampai kini masih mencariDuda mengidam isteri sejati

Mula mencuba berdiri sendiriSetelah lama isteri disemadi

Duda berusaha mencari isteriSudah mencuba belum menjadi

Page 65: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 65)

Tahan budak main goliEnak gula kelapa hendak dicuba

Bukan tak nak kahwin lagiAnak dibela si bapa menduda

Bahulu Melaka penganan lamaSelesai disaji boleh dirasa

Bertemu si dia bukan sengajaSampai kini maseh bercinta

Terbayang si dia berada di sisiDiri melayang tidak terperi

Terkadang ingin beristeri lagiTapi bimbang kezaliman mak tiri

Kenapa disebut anak Mak DaraNanti diri akan disakiti

Betapa serabut benak si dudaMencari isteri berkenan di hati

Orang dicinta kemana menghilangDuda sudah gila bayang

Hilang cinta kerana curangJanda bercinta dengan suami orang

Madah pujangga seni mengarangDikaji dan diulang selepas hilang

Padah bercinta dengan isteri orangIsteri hilang dikebas orang

Perihal bersenda padah terjeratTidak kepalang itulah terjadi

Menyesal si duda sudah terlambatTalak diulang telah tiga kali

Kuda berlari berlaga diriSetelah cuba dijamu disogohDuda mencari sehingga kini

Entah bila bertemu jodoh

Page 66: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 66)

Pantun Soal Jawab Duda

Berjalan kuda sampai di sisiToleh hanya pada kuda tuaKebetulan ramai duda di siniBoleh saya bertanya saudara semua?

Gula-gula getahnya perlu dicegahSupaya terpelihara seni taman kitaMula-mula nak tanya yang berbaju merahBagaimana saudara menjadi duda?

Bidalan terbentuk secara kebetulanBerbicara mesra sesama kitaSoalan untuk saudara sebelah kananKenapa pula saudara menduda?

Potong cakap berkenaan peribadiAduhai batang tubuh sendiri terasa Tolong jawab soalan saya iniWahai saudara yang berkaca mata

Aduhai mengapa budak ini di siniBantulah diharap jangan disakitiWahai saudara sejak tadi menyepiTolonglah jawab soalan saya ini

Bergema suara yang tidak dimintaTelah lama memecah malam yang sepiBagaimana saudara yang di depan sayaApakah saudara boleh curah isi hati?

Acara semua tamat sudah kiniTerima kasih sempat diseluruhSaya berdoa ke hadrat IlahiSemuga semua mendapat jodoh

Benarkah hanya menggapai mesraDiri patuh dan setia padanyaSilalah bertanya wahai saudara Kami bertujuh sedia menjawabnya

Makan nasi beramai di tempat redupBeri bekalan hidangan enakBukan kami bercerai hidupIsteri meninggal melahirkan anak

Kain tuala diberi yang dimintaMeletak semula setelah digunaLain pula yang terjadi pada sayaKerana tak setia itulah punca

Saya suka kalau tak ditanyaTapi tak apa saya jawab jugaKerana suka melilau tak tentu halaDia pergi meninggalkan saya

Setia diberi bagaikan sia-siaKecewa melanda tak dapat didugaDia pergi meninggalkan sayaKerana gila pangkat dan harta

Jangan disangka pileh dan sukaBoleh bertahan sampai ke matiBukan tak ada kasih dan cinta Dah tak ada jodoh berpisahlah kami

Bergema masih hingga dinihari Tetap disua suara telah kenaliTerima kasih juga dari kamiHarap doa saudara Allah berkati

Page 67: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 67)

Pantun IT Dan Multimedia

Pantun ini saya kerana saya begitu teruja dengan kecanggihan dan kepesatan kemajuan IT dan multimedia, tren begini boleh membantu setiap orang yang berhasrat memiliki alat teknoloji ini samaada untuk kegunaan sendiri, untuk pembelajaran, mencari peluang perniagaan dengan memasarkan barangan orang lain atau barangan sendiri, mencari maklumat dan banyak lagi kegunaan lain yang bergantung kepada keperluan anda sendiri, yang pentingnya untuk menggunakannya tidaklah sesusah dan harganya tidak semahal masa mula-mula teknoloji ini diperkenalkan kepada kita.

Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk manfaatkan teknoloji ini untuk kepentingan dan kemaslahatan hidup anda, tetapi tolong jangan disalah gunakan peluang ini untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah untuk diri sendiri atau untuk orang lain!

Lantun melantun kian kemari Lain kali berkhemah diperagaPantun memantun di laman iniSelain IT paradigma pun ada

Lantun melantun kian kemariLantun di tepi semula terjadiPantun memantun kita di sini

Pantun IT Multimedia kita dekati

Page 68: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 68)

Angkara madat akta dibuat Kerana bahaya mula menular

Cakra padat cakra liut Antara cara media disebar

Angkara madat akta disebut Akta lepas tiada kesannya

Cakra padat cakra liut Cakra keras sama gunanya

Akta baru adil gubalannya Tapi gusar oleh gelabahnya Cakra dulu kecil muatannya

Kini besar banyak kelebihannya

Kacau baulu bahan disedia Isi diubah pada acuannya Kalau dulu perlahan saja

Kini tambah laju pemacuannya

Semakin kedepan bukan menyerlah Utara perasaan berat didedah

Menyalin menyimpan dan mengubah Antara kegunaan sangat berfaedah

Sukar berborak segan bicara Bungkam bertambah kerana serlahan

Gambar bergerak dan bersuara Merakam mengubah antara kelebihan

Saudara mara jadi panduan Kerana kejadian telah selesai Antara cara menjadi jutawan

Mencipta perisian usah diabai

Berniaga antara beri kesempatanMenolong pelanggan penuhi keperluan

Antara cara mencari pendapatanLelong dan dropship lumayan jualan

Page 69: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 69)

Menguji antara awal menyedia Keruan jadi bila terabur Strateji antara asal mula

Bantuan universiti segala diatur

Perlahan teliti jika susah Suntuk kerana jamuan dicelah

Kemudahan teknoloji dibuka didedah Untuk menjana kemajuan menyerlah

Teman suib tidak mengomil Kerana bicara teliti disemat Laman web borak dan email

Antara cara mencari maklumat

makin berseri uda dan dara Sukar disisip kata ceria

Enjin pencari antara diguna Menyebar web serata dunia

Baiki enjin masa lapangnya Setelah muatan susah dibawa

Menjadi ejen antara peluangnya Tambah pendapatan mudah diusaha

Ladang baru kita terokai Tiada merumput dan bermain api

Bidang baru kita kenali Ada menyambut ada menyepi

Baulu keria kasi tutupYang dibalut semperit patutlah dijaga

Dahulu hanya pc dan laptop Sekarang android, ipad, ipod pun ada

Perniagaan sihat bawa keuntunganMengkaji kaedah mencari mengubah

Pelanggan lihat contoh baranganMembeli belah menjadi mudah

Page 70: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 70)

Kerana di sini tidak ditanam bijiTentulah karut jati bertunas semulaSaya ini banyak tidak faham lagiApakah maksud IT multimedia?

Perlulah bantuan gotong royong sekaliSupaya bekalan padi sedia ditanamiBoleh tuan tolong jelaskan lagiApa peranan IT multimedia ini?

Rasa dingin di sebelah siniNyala api dedah bahangnyaSaya ingin penjelasan lagiApa lagi faedah darinya?

Ada masa bicara perlu supaya membantuBerpakatlah bentuk muafakat secermatnyaBagaimana sesuatu perkara saya ingin tahu Adakah mudah untuk dapat maklumatnya?

Kain disemat akan dihulurBolehlah panjang kain cecah matlamatnyaSelain maklumat dan berhiburApakah yang lain boleh dimanfaatkannya?

Toleh sana intai bini tersengehBini kata bedak bawa bekalBoleh buka kedai jadi tauke?Tapi saya tak ada banyak modal

Semuga berselisih sampai tujuan kemariBoleh memberi pengakuan budak tadiTerima kasih wahai tuan bijak bistariAdakah lagi yang tuan hendak beri?

Peti sebelah dikunci cermatSedia menjaga mahir setara kataIT adalah teknoloji maklumatMultimedia pula pamir antara muka

Makan roti beralaskan lenganManakala disua secangkir airnyaPeranan IT memudahkan hubunganSementara multimedia pamir maksudnya

Barang lusuh seperti berkaratBarang berkarat diketepi segeraYang jauh menjadi dekatYang dekat menjadi mesra

Kenapa bersebelahan duduk dimintaKerusi sangat banyak sudah dibeliAntara kemudahan untuk kita Mencari maklumat mudah sekali

Kebaikan berbalas berkenaan keserasianSambil keserasian dijaga berterusanPembaikan perkakas dan binaan perisianAmbil bahagian mana berkemahiran

Pegang juga sambil rasa gusarNyata terbukti tidak kekalBerdagang dan berniaga kecil besarKita boleh jadi tauke tanpa banyak modal

Sambutlah bidang dagang terkiniPakailah kemudahan disuruh tadiRebutlah peluang yang kita ada iniTerokailah jangan bertangguh lagi

Soal Jawab Pantun IT Dan Multimedia

Page 71: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 71)

Lantun melantun kian kemariLantun terkena muka sendiriPantun memantun kita di sini

Pantun janda nama diberi

Lantun melantun mengapa beginiPantun janda nama diberi

Pantun memantun kita di siniSemuga janda wajah berseri

Pantun Janda

Fenomena yang hampir sama dengan nasib duda, mereka bercerai mungkin kerana suami meninggal dunia, mungkin kerana suami curang, mungkin kerana tak rela dimadu, mungkin kerana diri sendiri curang atau mungkin kerana tempoh jodoh antara mereka suami isteri habis bernoktah atau entah apa, apa lagi sebabnya hanya Allah yang mengetahuinya dan mereka sendiri yang tahu sebab musababnya kerana berlakunya perkara ini adalah kepada mereka sendiri.

Page 72: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 72)

Rakan membelai suasana redupTadi rapat bukannya sempit

Bukan bercerai semasa hidupSuami wafat kerana sakit

Tahan budak main goliEnak gula kelapa hendak dicuba

Bukan tak nak kahwin lagiAnak dibela si janda muda

Bulu kuda disikat perlahan Tiada diberi bebas memileh

Dulu dara terikat aturanJanda kini bebas memileh

Berdiri kuda setelah disergahTapak seliaan cuba digelidah

Menjadi janda bukanlah mudahBanyak dugaan dan juga fitnah

Setelah berjamu selesai tadiKopi susu dan makanan ruji

Sudah bertemu berbagai lelakiTapi satu pun tak berkenan di hati

Sudi memberi belaian sayangMenggapai bayang mula melanda

Diri menjadi perhatian orangRamai yang suka si janda muda

Menjaga diri selalu diselia ditelitiKerap mencuba pegaga dan ati-atiJanda kini bertemu si jejaka dicari

Harap janda bahagia hingga ke mati

Page 73: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 73)

Bila-bila masa sebut senadaHarap ceria seperti sediakalaTiba-tiba saja ribut melanda

Menyebabkan dia menjadi janda

Mula semula menyemai bijiTeliti dijaga sampai baja dibeli

Cuba digoda ramai lelakiTapi si janda pandai menjaga diri

Menjamu tokoh tekun dilakuTadi diminta ketupat dibeli

Bertemu jodoh tahun yang laluMenjadi janda cepat sekali

Kuda melulu payah didekatiBerasak-asak berlari kemariJanda bertemu si buah hati

Anak-anak kini terbiar sendiri

Kerisek kelapa tadi dimintaKalau tiada, hilang lemaknya

Membisek menggoda si lelaki buayaNamun si janda mampu menilainya

Mula merebus jamu di tungkuBedah minta bila berkunjung nantiSi janda terus tak jemu menungguBilakah menjelma si jantung hati

Bermadah selalu disekaliTanda seni sudah bersemiSetelah lama jemu menantiJanda kini sudah bersuami

Page 74: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 74)

Soal Jawab Jawab Pantun Janda

Aduhai berseri bilik dan dewanSetelah acara tadi berupa pengenalanWahai saudari semua cantik rupawan Boleh saya memberi beberapa soalan?

Duhai penyeri bukanlah lama Sebelah pagi lembab tiada melandaWahai saudari di sebelah kanan sayaBoleh beri sebab mengapa menjanda?

Seharusnya bersabar jangan berkelahiGagah diharap kejayaan mahligai didiriSeterusnya di sebelah kanan sekali Tolonglah jawab pertanyaan tadi

Kejayaan bersatu upaya diberiSegala hajat diselami ditelitiPertanyaan dituju kepada saudariAdakah niat nak cari ganti?

Penjualan seharusnya berhemah diberiKetika barang disua disalin dan diberiPersoalan seterusnya saudari sebelah siniSuka orang tua yang inginkan saudari?

Bentuk peribadi yang belum diujiSebagaimana mulia sifat sejatiUntuk saudari yang senyum sejak tadiBagaimana pula pendapat saudari?

Memberi kasih cinta bersuaMuga menyerlah menyentuh usiaTerima kasih saudari semuaSemuga Allah beri jodoh semua

Tadi bersua si dia dengan isterinyaJuga budak disuruh berbual sama sendiriKami semua sedia menjawabnyaJika tidak menyentuh soal peribadi

Hendakkah sesiapa bertanggung jawabSemakin menipis buluh yang adaTak tahulah apa nak jawabMungkin dah habis jodoh saya dan dia

Isteri kedua meminta fasahKecewa kerana suami nak nikahKami berdua terpaksa berpisah Kerana dia cari madu tak sah

Perbualan diseli harap dipujiSebarang kata rapi dicubaSoalan saudari saya jawab beginiMemang ada tapi tak tahu cara

Berlalulah siakap petang iniSementara keli selalu di sini Malulah nak cakap tentang perkara niPerkara begini terlalu peribadi

Jika tersedak cepat diubatiSemakin menyeksa dada adanyaJika tidak dapat hajat di hatiMungkin terpaksa menjanda selamanya

Bila selasih sama dinikmatiSirap pula penyeri menyerlahTerima kasih dari kamiHarap doa saudari diterima Allah

Page 75: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 75)

Pantun Kahwin Jangan Tak Kahwin

Pantun ini berdasarkan kepada perkara yang menyentuh mengenai hubungan sesama manusia, hubungan haiwan dengan haiwan dan hubungan tanaman dengan tanaman, kurang jelas maksud saya?

Baiklah biar saya jelaskan maksudnya, jika kita menyentuh tentang hubungan sesama manusia berkenaan kahwin orang Islam kalau nak kahwin mesti bernikah dahulu kemudian barulah boleh kahwin kerana nikah berarti kita mengikut perintah Allah SWT dalam menyatukan antara lelaki dan wanita (kahwin) untuk tujuan mengembang biakkan manusia menurut ketetapanNya, sementara untuk mengembang biakkan haiwan dan tumbuhan hanya dengan mengkaji dan mengambil keputusan yang tepat untuk mencantumkan kedua-dua baka supaya penghasilannya bertambah beberapa kali ganda. Betul tak?

Lantun melantun kian kemari Kain, bukan lain hendak diberiPantun memantun kita di sini

Kahwin, jangan tak kahwin disukai

Lantun melantun kian kemariCuba kain salinan di majlis Pantun memantun kita di siniMuga kahwin berlainan jenis

Page 76: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 76)

Kahwin jangan tak kahwinKejap ada kejap tak ada

Kahwin jangan tak kahwinSedap ada sakit pun ada

Tempat dipanggil Kota Sarang SemutTempat berkumpul semua semut

Sampai menggigil hendak menyebutLain disuruh lain yang disahut

Kahwin jangan tak kahwinIni kisah jangan ambil pusingKahwin jangan tak kahwin

Lembu kahwin dengan lembu asing

Kahwin jangan tak kahwinDulu sain suami lupa diri Kahwin jangan tak kahwinLembu kahwin sama sapi

Kahwin jangan tak kahwinMenantu mak sudah berisiKahwin jangan tak kahwin

Melayu mamak bagai serasi

Kahwin jangan tak kahwinBudak budak mana boleh kahwin

Kahwin jangan tak kahwinSuami hendak isteri sain

Kahwin jangan tak kahwinWalau lain semua setempatKahwin jangan tak kahwin

Kalau kahwin jangan lebih empat

Main jangan tak mainBukan main adegan engkau dedah

Kahwin jangan tak kahwinJangan kahwin dengan mak nyah

Page 77: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 77)

Kahwin jangan tak kahwinKalau budak benggali halau kibas

Kahwin jangan tak kahwinKalau tak nanti engkau melepas

Kahwin jangan tak kahwinBumi dilanda dek ribut saljiKahwin jangan tak kahwin

Suami mengada nak kahwin lagi

Kahwin jangan tak kahwinBudak lain lupa join

Kahwin jangan tak kahwinAnak kahwin bapa pun kahwin

Kahwin jangan tak kahwinBini resah sain disogok

Kahwin jangan tak kahwinIni kesah kahwin pokok

Kahwin jangan tak kahwinKain dicampur dalam baldiKahwin jangan tak kahwin

Kahwin campur siapa peduli

Kahwin jangan tak kahwinBerlian disalin tidak menjadiKahwin jangan tak kahwinDurian kahwin enak sekali

Kahwin jangan tak kahwinSain bini minta lagi

Kahwin jangan tak kahwinKahwin lagi enak sekali

Main jangan tak mainHalau budak main tepi telaga Balqis

Kahwin jangan tak kahwinKalau nak kahwin mesti sama jenis

Page 78: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 78)

Soal Jawab Pantun Kahwin Jangan Tak Kahwin

Rumah dan pangkin ditempat redupTepi muara kuala dibentuk diselia Mudah berkahwin bagi benda hidupTapi bagaimana pula untuk manusia?

Bila pinangan tidak direstuiAdakah cara lain boleh diguna?Jika pasangan wanita tidak diminatiBolehkah berkahwin sama jantina?

Kenapa dipakainya kain yang nipisImbasan menyerlah, tubuh dijeling jeling Apa salahnya kahwin sejenisKebebasan bukankah hak masing-masing?

Halau buaya dari SemarahanBuaya bukan boleh ditepisKalau saya diberi pilehanSaya akan pileh sama jenis

Angkara pengkianat mengaum seruanSupaya beralih cinta menipisSaya tak minat kaum perempuanSaya lebih suka kaum sejenis

Acara malam dilihat tak keruan Dari gaya pudar bersamanyaSaya tak faham nasehat tuanNaluri saya sukar terimanya

Luka lama pedih tergurisnyaMengia petaka menggapai durjanaJika saya pileh sama jenisnyaBahagia dirasa bagai dunia saya punya

Percaturan dibentuk dalam menjagaBarulah faedah dituju terjaminPeraturan untuk umat Islam pula Tentulah nikah dahulu baru kahwin

Bukan sain sebarang sainKalau sain mestilah ruangan dimintaJangan kahwin sebarang kahwin Kalau kahwin mestilah pasangan wanita

Usia tidak kecerdasan dilakarSawan meruntun makin menghirisManusia tidak buat perkara mungkarHaiwan pun berkahwin berlainan jenis

Betapa angin membinasa menghakisMerekah bersepai awan menipisKenapa ingin jantina sama jenisBukankah ramai lawan jenis?

Butakah padah cium belut Telah dihebah amaran nyataIngatlah sejarah kaum LutDibinasakan Allah kemungkaran sama

Mengalah menyerlah makin dilakar Berilah cinta sejati dan meneguhkannyaAllah telah tetapkan perkahwinan benarMarilah kita mentaati dan patuhinya

Turutlah sama jangan diingkarBuatlah supaya kurang berlainanIkutlah agama kahwinlah cara benarIngatlah agama bukan barang mainan

Page 79: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 79)

Pantun Kahwin Tak Jadi

Kalau haiwan atau tumbuhan mungkin kerana kesilapan analisa pakar tentang induknya maka dibatalkan cadangan perkahwinan tersebut, akan tetapi trajedi yang menyayat hati jika melibatkan hubungan sesama manusia dalam cinta dan kasih sayang yang sudah mesra dan hampir melansungkan ikatan pernikahan dan hidup serumah seperti dirancang tapi tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab antaranya mungkin pihak lelaki mungkir janji atau mungkin pihak perempuan mungkir janji atau mungkin berlaku kematian salah seorang dari mereka!

Sungguh kasihan pada, mereka saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah jika semasa anda membaca eBuku ini anda seorang mangsa keadaan ini dan maafkan saya jika tulisan ini menyentuh perasaan yang telah lama berlalu tapi kembali mengganggu bila membaca tulisan ini, saya doakan anda mampu bersabar dan nasihat saya jangan sekali-kali anda berputus asa dalam menjalani kehidupan ini semua yang berlaku adalah ketetapan dan ujian dari pencipta kita Iaitulah Allah SWT..

Lantun melantun kian kemariKain koyak tepi terkait duri

Pantun memantun kita di siniKahwin tak jadi nama diberi

Lantun melantun kian kemariMuga dikhabar seperti siaranPantun memantun kita di sini

Muga bersabar hadapi cabaran

Page 80: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 80)

Bercerita sakan sampai terbabasTinggi sarang si burung kedidi

Bercinta sakan bagai belangkasTapi sayang kahwin tak jadi

Berenang lama padah sejuknyaTadi berbincang lain dituruti

Bertunang lama sudah waktunya Tapi sayang kahwin tak jadi

Berdua menyantap nasi berianiKopi terhidang lain dihajatiSemua dah siap menanti

Tapi sayang kahwin tak jadi

Risikan saudara sudah berkaliMemberi bayang setuju di hati

Bisikan mesra sudahlah laliTetapi sayang kahwin tak jadi

Sakan berharap memecah sunyiDiri membayang bahagia dekati

Kawan bersiap ke rumah kenduriTapi sayang kahwin tak jadi

Ketara semua berpakat bersekaliDemi merancang anak dikasehi

Antara kedua lama mengikat janjiTapi sayang kahwin tak jadi

Demi cinta layak berkecualiNanti datang dilain kali

Budi dan harta banyak diberiTapi sayang kahwin tak jadi

Page 81: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 81)

Berlawan berlaga bersama-samaTinggi sarang si burung kedidi

Berkawan bermesra sudahlah lamaTapi sayang kahwin tak jadi

Kemaraan banjir sampai kemariTinggi sarang si burung kedidiKemesraan dipamir di sana sini

Tapi sayang kahwin tak jadi

Ruang ditampung kedua setujuBerarti kurang cahaya matahari

Orang kampung semua dah tahuTapi sayang kahwin tak jadi

Membelai mesra wajah dipandangTetapi sayang lain di hati

Ramai saudara telah bertandang Tapi sayang kahwin tak jadi

Berjalan Bedah mengkhabar beritaBagi bertandang ke rumah nantiJemputan telah disebar merataTetapi sayang kahwin tak jadi

Hati ceria berperi-periHari dinanti tak lama lagiHari bahagia dinanti-nanti

Tapi sayang kahwin tak jadi

Kasehan di hati tanpa temberangTadi datang Awin seorang diri

Pilehan sendiri betapa disayangTapi sayang kahwin tak jadi

Page 82: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 82)

Adakah terdapat ketentuan bicara sepi Lain terjadi setelah menghilang diriApakah pendapat tuan perkara beginiKahwin tak jadi sebab salah seorang mati?

Kegelisahan diri mengguris perasaanPecahan penyatuan dilanda petakaPerpisahan terjadi di majlis pernikahanKasihankah tuan kepada mereka?

Ketua dah berumur tapi gagah beraniAda halangan laluan tapi tabah dihadapiSemua dah diatur tapi berubah hatiApa pandangan tuan perlakuan begini?

Adakah tumpuan menjejaskan diriKerana tak bersatu kurang ditelitiBolehkah tuan memperjelaskan lagiSaya tak mampu bayangkan sendiri

Mengapakah tujuan selalu tidak ditelitiBicara kata bersendi madah memperliBolehkah tuan beritahu saya lagiKenapa perkara begini boleh terjadi?

Lihat ketentuan seraya berteka tekiTapi menjurus bukan setara diberiNasihat tuan supaya mereka berhenti Dari terus melakukan perkara ini?

Menghargai berperi habuan diberiBerupa seruan menjaga sifat dibanggaSebagai mengakhiri pertemuan iniApa harapan tuan kepada masyarakat kita?

Kerana pulang letih dan tertekanDiri merasa keharuan tak terperiApa yang boleh saya katakanIni perkara ketentuan dari Ilahi

Memancang bergema ampaian dibuatMemunggah lebihan betapa beratnyaMerancang lama tak kesampaian hajatMemanglah kasihan kepada keduanya

Walau susah nak ubah sendiri Merancanglah sama dipikulKalau sebelah pihak berubah hatiBerbincanglah secara yang betul

Kelibat kesamaran hilang sendiriMenggapai perpisahan petanda terjadiAkibat kekecewaan yang dialami Berbagai perasaan melanda diri

Angkara selalu terjadi lengah bertindak Merana melanda tidak terlibat diharapGejala ini berlaku pada setengah pihakKerana tidak ada sifat tanggungjawab

Adigan memalukan gejala yang dijalinTidak berpekerti angkara tadi terjadiJangan lakukan kepada orang lainKelak nanti terkena diri sendiri

Rasa sedap jika disua lagiLepat dibawa dari MiriSaya harap kita semua menjadi Masyarakat berwibawa dan ada jati diri

Soal Jawab Pantun Kahwin Tak Jadi

Page 83: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 83)

Lantun melantun kian kemariLantun berlaga bersama-samaPantun memantun kita di siniPantun keluarga diberi nama

Lantun melantun kian kemariJaga selia janganlah leka

Pantun memantun kita di siniSemuga keluarga hingga ke syurga

Pantun Keluarga

Jika Anda seorang suami, anda seharusnya atau lebih tepat lagi wajib bagi anda memimpin isteri anda menjurus ke arah wanita/isteri yang solehah! Ajarlah dia dengan ilmu-ilmu agama dan ajaklah dia sama-sama mendirikan solat 5 waktu.

Jika anda seorang isteri, wajiblah bagi anda mentaati suami anda tanpa berbelah bagi lebih-lebih lagi jika suami anda seorang yang taat kepada Allah SWT. Jangan sekali-kali anda derhaka kepada suami kerana derhaka kepada suami, maka nerakalah tempat anda diami.

Jika anda seorang anak, wajib bagi anda mentaati kedua ibu dan bapa anda, jaga dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyanyangi anda. Jangan sekali-kali anda melukakan perasaan mereka tapi sebaliknya hendaklah anda menyukakan hati mereka.

Ingatlah sebagai anak kita tidak mampu membalas jasa-jasa mereka kerana jasa mereka kepada kita amatlah besar yang semamangnya tidak mampu kita membalasnya, kita hanya berpeluang berbakti dengan berbuat baik kepada mereka dan orang-orang yang mereka sayangi!

(Tahukah anda, bahawasanya keluarga kita bukan saja semasa di dunia? Bahkan kita akan berkumpul semula di Akhirat (berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT!)

Page 84: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 84)

Antara mentua juga keluarga Riak diatur itulah utama

Antara kedua ada tak kena Bertolak ansur begitulah cara

Kulit gelembung terkena onak Afiat diharap dari Mak Limah

Sakit mengandung derita emak Zuriat diharap menyeri rumah

Antara petua senaman diguna Untuk menjamin sihat sentiasa Derita sengsara dikandung jua

Janin membesar membawa bahagia

Jika dikerat kepala udang Keratlah sekali kerapu dan tongkol

Jika berat mata memandang Beratlah lagi bahu memikul

Jangan berjalan ditengah hari Berteduh berlindung elak matahari

Sembilan bulan sepuluh hari Tempuh mengandung perlu dilalui

Belum pasti jauh perjalanan Diri dibayangi wajah isteri

Bapa menanti penuh debaran Isteri disayangi sudah berisi

Kelapa tertiarap hala kedepan Sabut perlu tidak kecukupan

Bapa bersiap segala kelengkapan Menyambut kelahiran anak harapan

Siapa kata kaya berniaga Berangan saja tiada dikota

Bapa berusaha membahagia keluarga Dengan menyedia segala diminta

Page 85: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 85)

Sekian lama melayari bahtera Janji diikat bersatu setia

Usah leka melayani gelora Pasti tersekat buntu melanda

Pekan indah terus berjaga Ehwal islam ustaz ceramah

Bukan mudah mengurus keluarga Kawal dalam lafaz berkhemah

Perihal senandung ria diolah Hasnah budak muda dan montok

Awal mengandung loya dan muntah Kerenah budak mula membentuk

Bubur berangan enak dirasa Anak dipangku nyenyak tidurnya Gugur kandungan emak terseksa Anak ditunggu tak lahir ke dunia

Bidan tua sukalah menjahit Labuh kain diangkat sedikit

Berbadan dua terhentilah haid Tubuh sihat berganti sakit

Sayuran salat tahu dan ikan Antara campuran sajian makanan makanan berzat perlu diamalkan

Selain senaman menyihatkan badan

Berihat faktor selalu dijaga Bentuk jadual jadikan rutin

Nasihat doktor perlu disegera Untuk kesihatan diri dan janin

Tangan sebelah dibahu kiri Upaya juga menyedia segala

Tanggungan bertambah perlu tangani Supaya keluarga bahagia sempurna

Page 86: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 86)

Tidak terlena sedar semula Banyaklah sangat ditimpa sengsara

Anak berguna mendengar kata Tidaklah penat bapa menyara

Belanja bebas budak remaja Diberi sara si bapa juga

Bekerja keras tidak mengira Demi keluarga si bapa rela

Mengapa sayang tidak berputik Direbut angan benak mengusik Betapa sayang bapa membisek Lembut tangan tidak menjentik

Merusuh menggasak kerja pengkhianat Tanpa hendak tahu menyiasat

Membasuh memasak sama dibuat Bapa tidak jemu meluat

Mahligai bahagia harus dijaga Ubah perbuatan sayang berpanjangan

Berbagai cara terus diusaha Tambah pendapatan imbang tanggungan

Hanya ada anak dan suami Emak menjangka banyak faedahnya

Letaknya syurga ditelapak kaki Anak derhaka buruk padahnya

Ikan tetuka dibuang lemak Hendak dimasak bersama keladi Bukan tak rasa disayang emak Sudah dasar tak kenang budi

Page 87: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 87)

Mengapa sayang tidak berputik Benak menggila serabut mengusik

Ada yang kata bapak borik Anak pula dikata rintik

Seloka silam lagi berguna Direka bekarya para pujangga Gembira bersulam hati ceria

Bapa berjaya menyara keluarga

Siapa berdalih siapa menduga Tidak sudi tidak gusar beta

Bapa bersedih angkara keluarga Anak isteri tak dengar kata

Beri segala tidak mengira Biar semangat segera terbina

Bagi belanja bapa rela Agar berkat bapa menyara

Kenapa banyak tertunggeng tertiarap Bantulah menegak dengan segera

Bapa tidak bertanggungjawab Tentulah merosak hubungan mesra

Sapa-menyapa tujuan intraksi Hingga banyak budi diberi

Kenapa bapa berkelakuan begini Keluarga tidak lagi dipeduli

Ikan disalai lemak tundung Belah di sirip letakkan pandan Bukan salah ibu mengandung

Sudah nasib permintaan badan

Page 88: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 88)

Lunak suara berdondang sayang Istilah lama berbagai kiasan Mak dah tua kini terbuang

Inikah cara sebagai balasan

Tersua kancil di ambang semak Mengarah sasar di hujung tombak

Semasa kecil ditimang emak Sudah besar ditimang ombak

Pinggan dan cawan baru dibeliUsah disamak Elok saja dicuci Kesilapan berkawan itu dituruti Ayah dan emak tak berguna lagi

Dengan kemelut dirumah kita Marilah disemak bukan dicela

Jangan kedekut beramah mesra Pujilah anak dikesempatan ada

Haluan tidak nampak daratan Hati curiga melihat bekalan

Kemahuan anak tanpa batasan Dituruti hingga sesat jalan

Duga menduga bukan tak boleh Tapi biarkanlah sengketa tak guna Manja memanja bukan tak boleh

Tapi biarlah berpada-pada

Kesut mengesut kelihatan tak kena Buruan menghambur dengan segera Hasud menghasud perbuatan durjana Tujuan menghancur hubungan mesra

Tidak terlanjur selalu disemaikan Dengan mengelak sengketa remeh

Bertolak ansur itulah diamalkan Hubungan retak segera dipulih

Page 89: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 89)

Enak rasa jagung muda Enak lagi diisi gula

Emak sengsara menanggung derita Anak dikasehi menjadi derhaka

Payah bersua sidondang sayang Istilah lama berbagai kiasan Ayah dah tua kini terbuang

Inikah rupa sebagai balasan

Meredah semak tersayat sembilu Tidak terbilang derita ngilu

Ayah dan emak tersangat pilu Anak menghilang secara melulu

Terang menerangi sesama kita Membiaya membelanja itulah dijaga

Sayang menyanyangi antara kita Bahagia keluarga itulah beharga

Sagu kelapa usah dikari Memadai lemak santan sendiri

Ibu bapa salah sendiri Memanjai anak lupa diri

Sedih dan sebak luas dititi Bayang mengganggu di hujung senja

Ayah dan emak puas menanti Orang ditunggu tak kunjung tiba

Jolok menjolok punya angkara Ajuk mengajuk padah sengketa

Rajuk merajuk lumrah kita Pujuk memujuk perlulah segera

Berpeti-peti barangan murahan Layak dijadikan makanan ikan Berhati-hati dengan tohmahan

Banyak kejahatan dan keburukan

Page 90: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 90)

Berperi-peri mensyukuri bahagia Dengan maksud bahagia terbina

Berhati-hati melayari bahtera Jangan terhasud manusia durjana

Helang berani kerana bertenaga Sarang tinggi itulah petanda Sang suami ketua keluarga

Sang isteri pembantu nakhoda

Padi menjadi jika dibajaPetak selari sangat dijaga

Suami dan isteri keluarga dijanaAnak memberi semangat berusaha

Perlu diserta bukan belaian sahaja Bagi mencambah kesatuan diolah

Dulu belanja makan pakaian sahajaKini bertambah keperluan sekolah

Diri tak indah lelah dan mengahHanya keluarga terjalin muhibah

Dari sekolah rendah naik menengahBelanjanya juga semakin bertambah

Menyara menjaga asyik bersungguhPesanan berguna turut diberikanBapa berusaha didik mengasuh

Pelajaran agama turut diusahakan

Upaya mendakap erat bersemangatTidak sia-sia munajat pada tuhan

Bapa berharap amat sangatAnak berguna tidak sesat jalan

Page 91: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 91)

Setuju usaha sama mengukuhBercakap tidak tersasar dibina Ibu bapa menjaga bersungguh

Harap anak membesar sempurna

Berikan juga semangat sesungguhnyaDemi menempa benak segar semula

Bukan saja nasihat, ditunjuk contohnya Tapi kenapa anak tidak dengar kata?

Selagi ibu dan bapa di duniaPerlu dijaga bukan disia-siaSetinggi mana kamu beradaIbu dan bapa jangan dilupa

Menyemai selasih bersama haliaBantulah selenggara untuk menjagaMenyemai kasih bersama keluarga

Itulah tanda keluarga bahagia

Bukan diri tunduk sia-siaTelahan menduga supaya berjaya

Pesan ini untuk anak semuaJangan derhaka pada ibu bapa

Balak basah bakal diikat sebelahBantu sama mengawal menjaga

Tak pernah kenal penat lelahIbu menjaga ehwal rumahtangga

Jalin tiga kekwa hingga sempurnaSupaya sejajar bunga disedia

Memimpin keluarga takwa diusahaBapa mengajar agama sempurna

Page 92: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 92)

Budak jatuh boleh didiri Kerana bahaya tidak dikuatiri

Banyak contoh boleh dipelajari Sengketa tidak bahagia diakhiri

Selamat menyelamati cara petua Ulang mengulangi semua merasa

Hormat menghormati antara kedua Sayang menyayangi bawa bahagia

Makin berseri bedak dimukaHarap suami sudi bermesraSemakin hari anak berganda

Tanggungjawab suami cari belanja

Betapa beriya Menyediakan belanjaMembukti adanya sayang tersemat

Bapa menyedia bukan makanan sajaTapi semestinya yang berkhasiat

Elok dibalas pesanan perhubunganSupaya tidak lupa maksud tujuannya

Nyamuk dikibas dengan kain di tanganMenjaga anak supaya selesa tidurnya

Dikelolakan supaya terus bergunaKalau leka dan terabai murung di jiwaMendoakan mereka tanpa putus asa

Walau mereka bagai patung bernyawa

Bapa perihatin banyak memberi Menjaga memelihara tanpa sengketa

Berjaya memimpin anak dan isteri Keluarga bahagia bawa ke Syurga

Page 93: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 93)

Soal Jawab Pantun Keluarga

Teraju utama upaya mencetus bahagiaMemantau menyelia sungguh bertenagaIbu bapa terus menerus menasihati sayaWalau pun saya kini sudah berkeluarga

Setuju memikirkan lupa sengketaCara mencapai bahagia itu dimintaIbu melahirkan dan bapa menyaraSaya menghargai jasa ibu dan bapa

Bila pudar kelak lampu kaca bercahayaKurang lebih diganti mana yang adaSaya sedar tak mampu balas jasa merekaYang boleh saya buat berbakti pada mereka

Semasa tiba cuaca petang bercahayaManakala hilang digiliran senjaAda masa saya hilang puncaKerana tak suka leteran mereka

Diri buntu kerana tiada harga diriBagaimanalah cara hendak dijagaKini ibu dan bapa saya tiada lagiSaya pernah derhaka pada mereka

Ada cara usul boleh diterimaMemperolehi segala seperti sarananKadang kala saya tersasul juga Memarahi mereka kerana leteran

Bicara berbunyi janggal dikeriuhanJika menyebut akan kekuk caraSaya kini tinggal berjauhan Apa patut saya lakukan untuk mereka?

Membina mengasas sifat mahmudahSihat sejahtera semua mesra beramahKeluarga asas mayarakat bercambahMasyarakat wibawa bermula dari rumah

Peranan dimainkan kedua ibu bapaMenjaga memelihara supaya bergunaKeletihan dibiarkan berdua menjaga Keluarga bahagia membawa ke syurga

Siapa datang boleh diterima semuanyaMemantap ilmu peluang dimenaraTiada yang lebih utama pada keduanyaMengharap anak tahu mengenang jasa

Ilmu berharga tertip dipelajariMentelaah membedah isi diamatiIbu dan bapa wajib ditaatiItulah perintah dari Ilahi

Bila bertolak cepatkan waktunyaSeperti diminta dalam perbualannyaJika tidak dapat ampunan keduanyaBerarti neraka jahannam tempat diamnya

Berperi-peri menjaga dan memeliharaUpaya bertindak lansung dahuluanBerhati-hati berbicara dengan merekaSupaya tidak menyinggung perasaan

Dalil cepat datang menerpaJikalau diminta kata dikotaAmbil berat tentang merekaWalau dimana kita berada

Page 94: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 94)

Pantun Latah

Hasil kajian oleh pakar saikoloji mendapati bahawa berlakunya latah adalah kebanyakkan dari sebab keturunan dan selain itu berpunca dari sifat mudah terperanjat dan ada juga yang disebabkan oleh kerana mengajuk orang lain melatah sehingga berjangkit padanya dan kekal kepada orang tersebut, sikap suka melatah atau terlatah ini didapati banyak berlaku di kalangan orang perempuan tetapi jarang berlaku kepada lelaki dan berlakunya pula di kalangan orang asia.

Nasihat saya, anda tidak melampau mengusik mereka kerana mungkin akan menyebabkan mereka kepenatan yang amat sangat jika tidak dikawal mungkin juga boleh membahayakan diri mereka dan anda sendiri!

Lantun melantun kian kemariLantun usah sampai tak sedariPantun memantun kita di sini

Pantun latah nama diberi

Lantun melantun kian kemariBuang sebelah bukan di sini

Pantun memantun kita gemariOrang melatah jangan dikasari

Page 95: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 95)

Buang itu dan buang iniApa dilakukan bukanlah sengaja

Orang itu dan orang iniSemua sukakan telatah dia

Memapar budak turut dibuat juaMalah berperi-peri membelek sama

Dikejar Mak Norah cabut semuaLatah menjadi-jadi diusek saudara

Sekuat mana badang sendawaCerita digarap penghibur sajaMembuat semua orang ketawaMak Norah bagai penglipur lara

Memanglah suka kehadirannyaTerbayang dirinya ada bersama

Melatah ada kelebihannyaYang bersedih jadi gembira

Mula menyangka setelah sedariHendak meniarap tapi tersilap

Apakah punca latah terjadiBanyak sebab dan musabab

Berpada-pada mengata mengejekSupaya ceria tak jadi duka

Ada kala mereka rela diusikAda masa tak sudi pula

Kalau terdampar di pulau labuanRakit ada tak perlu curiga

Kalau ditampar pelatah perempuanSakit mungkin tak begitu dirasa

Bencana bukan tidak didugaSemua sudah dimaklumi bersamaWaspada jangan terlampau sukaAda masa mendatangkan bahaya

Page 96: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 96)

Sedang mengah diri Mak NorahBudak tadi main acah-acah

Pantang disergah pasti dia melatahTak berhenti melain ditegah

Berderau darah Mak Norah disapaKenapa bukan disebut namaKalau sudah latah melandaApa dilakukan diikut sama

Menurut kata semua sukaMencemik muka sepadan disua

Disebut bersama apa dikataBersolek juga bukan sengaja

Potong getah bulan ketigaGetah jerut usah dihala

Orang latah bukan sengajaMudah terkejut itulah angkara

Lada sula harap dibelikanSuka cuka sebab kemasaman

Ada kata sebab keturunan Ada pula sebab makanan

Usah dipadan sebelum bersua Kerana mungkin beza sekaliLatah bukan kaum hawa saja

Terkena juga kepada lelaki

Perlahan cerita perkara sedihAdegan lampau terdetik semula

Kasihan mereka kerana letihJangan melampau usik mereka

Berwaspada membisik mengataPadah kelak dapat malu

Berpada-pada mengusik merekaPelatah tak sedar apa dilaku

Page 97: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 97)

Berilah bantuan bukan aniayaBerapakah barang yang telah dipunggah?Bolehkah tuan menjelaskan pada sayaMengapakah orang boleh melatah?

Bolehlah dilap dulang dengan kainSekarang bantuan telah diberikanAdakah sebab-sebab yang lainYang tuan boleh jelaskan?

Kain diberi satu guniMemakai bantuan kerana beratnyaSelain dari itu apakah ada lagi?Wahai tuan yang bijaksana?

Acara bermula memanjat galahDimana menara perlukan ketentuanSaya suka lihat orang melatahBagaimana pula dengan tuan?

Jika meneka harus dilihat dijamahBoleh mencuba mengkaji telahanJika mereka diusik terus ligat melatah Apakah mereka mengalami keletihan?

Garulah cara dulu sehingga melebarSupaya dia terus diam dan tak melilau Barulah saya tahu perkara sebenar Ada antara mereka tak suka dikacau

Mengapakah kain jarang dibagi Orang perempuan menyampah nak beliApakah selain yang dijelaskan tadiYang tuan boleh menambah lagi?

Beri timba gayung dan baldiSetelah berisi barulah diangkutDari sumber yang saya perolehi Latah terjadi kerana mudah terkejut

Sementara kebab kurang ditadahTunjuk yang lain untuk dikunyahAntara sebab orang melatahMengajuk orang lain melatah

Gula-gula sejuk ada di dulangSama memakan sebiji sahajaMula-mula dia mengajuk orangLama kelamaan menjadi biasa

Acara bermula memanjat galahMesti berhati-hati jangan terlalu asyikSaya juga suka melihat orang latahTapi saya tak suka mengusik

Menggapai harapan hayalan melandaSeraya meneka juga membuat telahanSebagai jawapan kepada soalan andaYa, mereka juga dilanda keletihan

Harap bantulah supaya tidak tercekikKerana tidak mahukan dia terseksaSebab itulah saya tidak mengusikKerana saya kasihankan mereka

Naiklah kerana cuaca meluapKepanasan membelah binasa wap Baiklah saya cuba menjawabKeturunan adalah antara sebab

Soal Jawab Pantun Latah

Page 98: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 98)

Pantun Lawak Selamba

Pantun ini dikarang tidak ada kena mengena kepada samaada yang masih hidup atau pun yang telah tiada, tujuan saya mengarangnya kerana ingin menghiburkan anda peminat pantun dengan harapan boleh menceriakan suasana yang suram dan kelam (macam waktu petang nak masuk magrib) supaya menjadi cerah semula (macam waktu subuh nak terbit matahari).

Pantun-pantun ini memang amat melucukan dan membuat yang sedang menangis teresak-esak terus berhenti dari menangis dengan gelak tapi tak ketawa he, he, hee.. gurau je, jangan marah aa.. tapi saya yakin pantun-pantun yang saya karang ini memang kelakar habis dan boleh membuat orang ketawa, tapi kalau tak ketawa juga cubalah gelak kalau tak boleh gelak cubalah ketawa..Kalau tak boleh jugak saya akan cuba buat anda ketawa kalau tak boleh saya akan cuba buat anda gelak, tapi kalau dua-dua tak boleh saya sendirilah yang ketawa ha, ha, haa..

Lantun melantun kian kemariLantun budak sampai kat siniPantun memantun kita di sini

Pantun lawak selamba nama diberi

Lantun melantun kian kemariWalau ditegak tak bermaya

Pantun memantun kita di siniKalau tak gelak cubalah ketawa

Page 99: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 99)

Madu madu madu duu..Senyap-senyap isteri dimaduAsyik leka sama isteri baru

Sedap dapp.. isteri tua bagi tinju

Madu madu madu duu..Tayar motor ada dua

Madu madu madu duu..Kalau tayar kereta lagi bahagia

Kalau makan buah kedondongBagi kuah cuka kurang sedapnyaWalau bukan suami mengandung

Tapi buah masam dia yang lahapnya

Alahai adik janganlah menangisCuba ketawa mesti nampak gusinya

Wahai cik adik yang cantik manisMuka lawa tapi mana giginya?

Tak pasal-pasal masuk hospitalSebab perut dah macam ikan buntal

Tak pasal-pasal kena bedalSebab selalu suka menggatal

Alamak alamak alamak makk..Mama pakai bedak tak perasanAlamak alamak alamak makk..

Papa tengok terus pengsan

Sudah serik pasang pukatMimpi sembilang, ketam dan parang

Wajah cik adek memang memikatTapi sayang suara macam abang

Page 100: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 100)

Ewah ewah ewah wahh..Nampak cantik dari belakang

Berubah berubah berubah bahh..Rupanya cik adek sama macam abang

Wah wah wah wahh.. Mak Dara kecuh buat-buat

Lawa memanglah lawa waa..Tak ada jodoh terkulat-kulat

Ewah ewah ewah wahh..Bukan main seronok dia ketawa

Ewah ewah ewah wahh..Bunyi kentut siapa punya

Ewah ewah ewah ewahh..Padan melirik dalam pagarEwah ewah ewah ewahh..Badan cantik macam gitar

Ya beda bedu duu..Dulu mintak sain dengan bini aku

Ya beda bedu duu..Aku nak kahwin dengan andartu

Hu hah hu hah hu hah hahh..Jumpa kawan macam-macam suara

Hu hah hu hah hu hah hahh..Antara mereka ada jantina dua

Sakit punyalah sakit kitt..Silap sakit tidur tak lena

Kenyit punyalah mengenyit nyitt..Silap kenyit kena seranah

Page 101: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 101)

Peram punyalah peram Silap peram jadi masam

Laram punyalah melaram Silap laram makan tak ngam

Aduh aduh aduh duu..Main main enjit-enjit semut

Madu madu madu duu..Sain sain jangan nak kemut

Tik terik tik tik tikk..Duduk dimeja godang godam

cantik cik adik cantik Tengok saja pegang lebam

Amboi amboi amboi amboii.. Belakang cantik tentunya menggoda

Adoi adoi adoi doiii........ Sangka cik adik rupanya pemuda

Bah bah bah bahh..Dulu kata tak takut sama bini gua

Bah bah bah bahh..Tinju kat mata nampak lebam jua

Eh eh eh ehh..Bini ajak main cari-cari

Eh eh eh ehh..Mana pulak aku nak cari ni?

Hu hah hu hah hu hah haa..Mak Limah kuat melatah

Boleh belah boleh belah lahh..Nak jual ubat boleh tahan lama

Page 102: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 102)

Senduk-senduk kuah kariSambil senduk mulut mengunyah

Duduk-duduk seorang diriSambil duduk mulut terngangah

Tersedak-sedak sambil mencelahMak Uda tak nak kain terbelah

Budak-budak main galah Pak Uda pula tak nak mengalah

Bodek bodek bodek dekk..Silap bodek kena herdikSolek solek solek lekk..

Silap solek muka benyek

Memek punyalah memek Silap memek oleh cik mek Cemek punyalah cemek

Silap cemek boleh benyek

Wah wah wah wahh..Bukan main gelek sama salwa

Tuah punyalah bertuah Bini cantik atas bawah

Pokpek pokpek pekk..Bukan main becuk dia bercakap

Soksek soksek sekk..Bukan main kusyuk dia melahap

Bunyi ribut berderum-derum

Terlalu teruk dia berbunyiBunyi kentut berdebum debum Bau busuk tak siapa yang sudi

Page 103: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 103)

Kain-kain basah sahh.. Lupa jamah gula-gula getah

Main-main kukba kukba baa..Papa main kukba dengan mama

Ha ha ha haa..Kalau hendak sain, sain sajalah

Ha ha ha haa..Kalau nak kahwin sapot danalah

Ehem ehem ehem hemm.. Apa punya haru asyik memutar Dehem punya dehem hemm.. Lama-lama tangan menjalar

Syut syut syut syutt.. Bunyi apa bawah lantai

Kecut perut tak sempat cabut Kena sergah tengah mengintai

Ciyut ciyut ciyut yutt..Bunyi siulan orang menggatal

Ciyut ciyut ciyut yutt..Ngeri, jeritan suami biang kena bedal

Eh eh eh ehh..Mana pulak bini aku ni?

Eh eh eh ehh..Rupanya main sembunyi-sembunyi

Wah wah wah wahh..Bukan main ramai anak-anak

Wah wah wah wahh..Berangan nak kahwin ramai pulak

Page 104: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 104)

Padan muka padan dann..Ada satu nak tambah duaPadan muka padan dann..

kenen dara dapat mak janda

Ish ish ish ishh..Tak serik-serik kahwin cerai

Ish ish ish ishh.. Tengah korek-korek kain terbarai

Surat punyalah menyurat Petang demam malam sihat

Mengurat punyalah mengurat Datang Pak Imam terkulat-kulat

Selipar banyaklah selipar Tak derap pasal getah

Celupar punyalah celupar Silap celupar kena penampar

Sedap punyalah sedap Bukan main dia melahap

Silap punyalah silap Isteri sain suami menyedap

Korek punyalah korek Silap korik badan tertimbus

Lirek punyalah melirek Silap melirek badan terjerumus

Ya beda bedu duu..Bini lawa siapa punya

Bila papa tengok mamaPipi mama macam tepung kurma

Page 105: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 105)

Masak pinang bersama taugehMari dimasak oleh Pak Andir

Masuk meminang terhegeh-hegehSori, mamak sudah ambil aleh

Eleh eleh eleh lehh..Salah lompat terjun perigiTak boleh tak boleh lehh..

Dah ada empat nak tambah lagi!

Eleh eleh eleh lehh..Bukan main lagi dia tunjuk gusi

Tak boleh tak boleh lehh..Dah tua tak boleh main goli

Korek-korek bawah laciBawa pasar buah pisang kaki

Kecik-kecik bola hockeySudah besar bola ragbi

Adu adu adu duu..Kena kahwin dengan andartu

Madu madu madu duu..Minta sain kena sepatu

Wah wah wah wahh..Bukan main sembang dengan si dara

Wah wah wah wahh..Dah nak tambah lagi rumah tangga?

Padan muka padan dann..Dulu kata cukup yang dah ada

Padan muka padan dann..Suruh sain kena selipa

Page 106: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 106)

Ish ish ish ishh..Haru pasal tak dapat janda

Ish ish ish ishh..Baru kenal dah nak mengada

Sakan sondol semua ketepiTermangu-mangu jumpa Pak Aji

Makan dodol tertelan gigiTunggu saja berak nanti

Kenen punyalah kenen Silap kenen mak mentua

Sain punyalah sain Silap sain bapak pasang dua

Ya beda bedu duu..Usah alas surat-surat palsu

Ya beda bedu duu..Dah melepas buat-buat tak tahu

Eleh eleh eleh lehh..Dari belakang saja berani Toleh punya toleh lehh..

Bini datang punya menyepi

Paling punyalah paling lingg.. Silap paling kepala terteleng Jeling punyalah jeling lingg..

Silap jeling mata juling

Buk berdebak debuk bukk..Bunyi jantung dalam dada

Buk berdebak debuk bukk..Kasi tolong pinjam janda

Page 107: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 107)

Pelesit punyalah pelesit Orang tidur dia menjerit

Sakit punyalah sakit Tunggang motor terjun parit

Soksek punyalah soksek Silap soksek kena gerutu Usik punyalah mengusik

Silap usik kena tinju

Biak punyalah membiak Kerap bodek sain dicelah

Terbeliak punyalah terbeliak Tatap cik adik kain terbelah

Duit punyalah banyak duit Kerana bakhil mana nak susut Cuit punyalah hendak mencuit

Kena sekel tapak kasut

Meniarap punyalah meniarap Basuh tudung terdengih dengih

Harap punyalah berharap Suruh dukung mana boleh

Lama sangat teman menjaja Mama berat simpan remaja

Lima berat sakan dijaga Purnama, empat pekan sahaja

Ewah ewah ewah wahh.. Bila mama pakai celana

Susah susah susah sahh.. Gila kerana pokai dana

Page 108: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 108)

Eh eh eh ehh.. Kuda desa main lumba lumba

Tak boleh tak boleh lehh..Sudah tua main kukba kukba

Tayar berat tiada kudrat Sepih tayar tak ingat mampat Biar empat semuanya dapat Lebih, mata tak sempat rapat

Ya beda beda bedu duu..Nasi lemak seringgit satu

Apa ada dalam baju Mandi tidak tengit bau

Dendam punyalah dendam Silap dendam muka masam

Godam punyalah godam Silap godam mata lebam

Celik punyalah celik Silap celik hari malam

Solek punyalah menyolek Yang cantik mak andam

Imuda cerdik suka berceloteh Hati bimbang renyai gerimis Dinda cantik kanda memileh Tapi sayang pandai menepis

Petang-petang campak goliSambil campak intai bini

Pulang-pulang terserempak biniTerkebil-kebil tak sempat sembunyi

Page 109: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 109)

Pantun Luahan

Pantun luahan ini saya karang berdasar kepada kekurangan dan kelemahan serta keinginan manusia yang menghadapi kesulitan dalam mendapatkan apa yang menjadi idaman untuk dimiliki dan dijadikan kenyataan dari apa yang diimpikan, apabila harapan atau impian ini menjadi nyata maka rianglah hati dan cerialah hidupnya serta merasa puas dengan pencapaian yang dikecapinya tapi jika sebaliknya maka kecewa dan hampalah perasaannya!

Sudah lumrah manusia yang mudah terpesona dengan apa yang dilihat atau yang dimiliki oleh orang lain yang menarik hatinya dan lantas berkeinginan untuk memiliki juga apa yang dilihat olehnya itu, namun menjadi sunnah Allah SWT untuk memberi kepada sesiapa yang hendak diberiNya atau tidak memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya, maka berbahagialah orang yang Allah swt pileh untuk menerima apa yang dihajatkan dan bersyukurlah kepada kurniaan tersebut tapi janganlah berputus asa jika tidak mendapatkan hajat di hati kerana kita senantiasa diuji Allah SWT baik dalam menikmati kesenangan atau menghadapi kesukaran dalam kehidupan di dunia ini!

Lantun melantun kian kemariLantun perlahan mula terjadiPantun memantun kita di siniPantun luahan nama diberi

Lantun melantun kian kemariUpaya lantun tepat sekali

Pantun memantun kita di siniSupaya pantun memikat hati

Page 110: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 110)

Rambutan kahwin patut diairi Cara mengimbang elok difikiri

Jemputan kahwin takut nak hadiri Kerana bimbang syok sendiri

Doronglah budak menjamu nasi Sama memimpin elak lari

Tolonglah mak anak mu ini Lama teringin nak berbini

Bantai saja apa peduli bukanya selalu persinggahan ini Mengintai dara ke sana ke mari

Rasanya aku tak tahan lagi

Nanti dulu tahan orang Karang mengganggu senyum kurang

Hati merindu bukan kepalang Orang ditunggu belum menjelang

Gaduh gaduh tidak hanya rasa Hirup kari malu tak kira

Aduh aduh tak tahannya siksa Hidup sendiri aku tak kuasa

Kenapalah benak menghinari ceria Rindu menganggu usai dijiwa

Bilalah tiba hari bahagia Aku menunggu bagai nak gila

Gerangan amat kerap menduga Mengapalah bayang selalu disua Bayangan nikmat hidup berdua Datanglah sayang padaku jua

Page 111: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 111)

Terdorong melayang hampirlah tumbang Mengangankan si buah hati ku sayang

Tolonglah sayang tolonglah abang Jangan kecewakan hati ku seorang

Pelawak hitam namanya Maidin Bukan kelakar cuma eksyen

Macam mana nak jadi pengantin Dalam kocek tak ada sen

Petang Raya merebus ketupat Kerana ghairah jatuh terpesuk Macam mana nak kaya cepat

Dengan tak payah menumbuk rusuk?

Derap punyalah derap Sedang tayang kasut baru

Harap punyalah mengharap Ulang tayang episod dulu!

Buah betik sibuah rambai Untuk dihidang tetamu yang datang

Kalau kocek selalu pokai Bagaimana nak pikat orang tersayang?

Apa ada di dalam guni Harum baunya tidak terperi Hajat hati hendak berbini

Tapi sayang tiada yang sudi

Berhari Raya di Kota Tinggi Kunjung mengunjung adat lebaran

Hantaran belanja semakin tinggi Bagaimana cara hendak buat hantaran?

Page 112: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 112)

Petang Raya pasang pelita Orang kata khurafat dibuat juga

Alangkah gembira masa bercinta Malangnya ribut datang melanda

Nampak ceria tidaklah walang Tindak hebat lambangkan riang

cantiknya dia tidak kepalang Hendak mengurat bimbangkan orang!

Tanam pinang rapat-rapat Biar senang puyuh berlari

Kalau dipinang tak dapat-dapat Bawa wang penuh selori?

Dara naik teratak Aki Sambil letak rambai sekati

Cara baik dia tak bagi Ambil pulak tak sampai hati!

Senget topi hendak berbisik Sembang tidak memandang membelek

Hajat di hati hendak merisek Bimbang pulak orang mencemik!

Mentua sendiri tak patut dirasuk Tidak senang esuk memujuk

Dua hati bertaut kusyuk Hendak meminang ditunjuk penumbuk!

Dingin berjalan patut tak selesa Buat-buat bersahaja nampak muka

Ingin berkenalan takut tak suka Terkulat-kulat apa nak kata

Page 113: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 113)

Benarkah tentang akan ada acara?Berapa kakitangan turun malam ini?Bolehkah diterangkan pada saya?Kenapa dengan pantun luahan ini?

Bila budak dapat sama memanjatBiarkanlah dia sama menyuluhApabila tidak dapat apa dihajatBolehkah kita terus mengeluh?

Upaya memberi kalimat meransangkanSetelah menempa nama yang diinginnyaSaya dapati pantun ini amat mengesankanAdakah sesiapa minta dikarang untuknya?

Rasa dingin suhu kebelakangan agaknyaJika pulang bawalah sekali selimutnyaSaya ingin tahu cadangan untuknyaAda cadang menambah isi pantunnya?

Citarasa tak kedapatan lagiDari redup cahaya matahariSaya rasa tak ada harapan lagiDari hidup baiklah saya mati

Selasih diberi dibalas jarangPulang berdua belahan jiwaKekasih hati dikebas orangSedang dia harapan yang ada

Aduhai ilmuan yang ada di sana Sudilah melihat keadaan kami Wahai tuan yang bijaksana Berilah nasihat untuk kami ini

Pecahan dan perpuluhan lama diminatinyaMenjadi hebat bakat yang dipahatnyaLuahan dan keluhan sama ertinyaAkibat tak dapat yang dihajatinya

Berpeluh sampai minta dikipaskanTadi budak sebelah disuruh uruskanMengeluh sebagai tanda kekecewaanTapi tidak bolehlah sampai berterusan

Melebarnya embun turun ke permukaanBanyak pula di semak sebelah sanaSebenarnya pantun luahan ini hanya rekaan Tidak ada kena mengena dengan sesiapa

Bercambah kasih sayang yang lepasSetelah ada ikatan berubah hatinyaTerima kasih cadangan yang bernasInsyaAllah saya akan tambah isinya

Eh kenapa sorok surat tuLetak balik suruh budak tuEh, kenapa teruk sangat tuTak baik mengeluh begitu

Kenangan berselang seli mengutus rasaKelibat menyerlah segera menjelmaJangan sekali-kali berputus asaRahmat Allah senantiasa ada bersama

Memahat duka mensiakan usiaMengalah membuta pasti binasaNasihat saya kepada anda semuaAllah murka yang cepat putus asa

Soal Jawab Pantun Luahan

Page 114: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 114)

Apa yang yang nak lagi ni? Ah, macam-macam keinginan dan macam-macam kemahuan yang adakalanya munasabah dengan kemampuan yang ada pada diri yang nak lagi tu dalam segala segi, dan tak kurang juga yang tidak ada kemampuan pada sesaorang tapi masih nak lagi! Kalau ada kemampuan untuk dapatkan benda atau perkara tersebut tak apalah juga tapi yang tak ada kemampuan ni macam mana agaknya ya?

Nasihat saya pada mereka yang mampu samaada berkahwin lagi atau memadukan isteri, anda wajib ada kemampuan juga untuk berlaku adil antara isteri anda atau jika anda mewah dengan kewangan dan berkemampuan membeli jangan sampai berlaku pembaziran ingat-ingatlah kepada mereka yang daif ringan-ringankanlah tangan menghulurkan bantuan dan mengeluarkan zakat harta!

Kepada yang tidak ada kemampuan atau ada kemampuan tapi terbatas cuba-cubalah ikut kata pepatah orang tua-tua dahulu "Ukur baju di badan sendiri, jangan ukur di badan orang!" dan pepatah ini “jangan ikut rasa nanti binasa dan jangan ikut hati nanti mati!”

Berjimatlah dalam perbelanjaan jangan dilakukan perkara yang membazir kerana amalan membazir adalah amalan syaitan laknatullah!

Lantun melantun kian kemariLantun asak ke tepi itu terjadiPantun memantun kita di siniPantun nak lagi nama diberi

Lantun melantun kian kemariLuka sakit diberi ubat

Pantun memantun kita di siniMuga sedikit memberi manfaat

Pantun Nak Lagi

Page 115: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 115)

Dari kota menyemak menelitiSiri cerita hendak dibeliSuami minta anak lagi

Isteri pula tak hendak bagi

Tali kebel tali kekisiHendak mengikat di sebelah sini

Isteri membebel dah lama tak berisiAnak kecil dikehendaki lagi

Susah ditemui walau dicariSemuanya selalu dikuatiri

Salah suami atau isteriKeduanya tak mampu memberi?

Ramai budak ke sana ke mari Melamun sedih menyelam di hati

Ramai anak itu dihajatiNamun maseh belum menjadi

Susu kuda petua diberiDapat anak mungkin terjadi

Lesu bonda tua menantiMenimang cucu itu dihajati

Lampinkan budak perlu bertaliIkat sekali usah dua kaliInginkan anak satu lagi

Hajat di hati entah bila terjadi

Berlainan cara dakwah mesti dikajiMenguji menyalin diperbarui

Beriman dan bertakwa isteri sejatiSuami kahwin lagi dia restui

Budi Zaleha banyak sekaliMemberi kain berkodi-kodiIsteri solehah isteri sejati

Suami kahwin lagi tak sakit hati

Page 116: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 116)

Wah wah wah wahh..Bila mama pakai celana

Pandai sorok membuat helahJika Papa pandai nak pasang tiga

Bagi cinta bukan nak pujiLoghat dan loyar buruk dibagiSuami minta nak tambah lagi

Empat tayar tak cukup lagi

Menggerutu punya si biniTak kurang makin menjadi

Aku tanya sama biniBoleh abang tambah lagi?

Periuk belanga terbang melayangSuami menepis terhuyung hayangSyok sehingga terbayang-bayang

Dah ada empat suami maseh gila bayang

Rajuk merajuk sudah bersemiCinta bercambah satu hatiPujuk memujuk oleh suami

Minta tambah satu lagi

Banyak bidadari bukan di siniBoleh dimiliki selepas mati

Nyenyak si isteri tidur sendiriCuri cap jari nak tambah lagi

Rasmi budak mesti dibantuMerajuk nanti tak mahu menyusu

Suami nak lagi kerana mampuMemujuk bini tak jemu-jemu

Beri bedak sudahlah tadiKerana melekit pipi si Tanjung

Suami hendak tambah lagiKerana sakit isteri tak berpenghujung

Page 117: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 117)

Merata diredah pusat beli belahCuci mata tidak terhingga

Kereta dah ada dua tiga buahIsteri minta nak tambah juga

Angan berselirat bukan menghalangKaseh menguntum seikhlas budiLengan bersirat dengan gelang

Maseh belum puas hati lagi

Isteri sibuk dengan melaramBedak disapu penuh minat

Sudah lama suami mengidamTambah anak itu diperingat

Kelibat anak selain di siniBersemadi indah di dalam diriMelihat budak bermain di sisiSuami isteri nak tambah lagi

Kaseh bersemi anak sendiriMengikat kaseh sesama sendiri

Suami isteri nak anak lagiAmbil anak angkat tak jumpa lagi

Beri bedak tidak sekaliBeri juga tak sampai hatiIsteri hendak anak lagi

Suami pula sama sekodi

Susu kuda cuba diamaliMemang lama baru menjadi Lesu ayah tua lama menantiMenimang cucu itu dihajati

Hairan suami isteri tak sabarTadi meluru mengasak sendiri

Jiran beli peti sejuk besarIsteri cemburu desak suami

Page 118: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 118)

Ish ish ish ishh..Tadah muka hendak berlaga

Ish ish ish ishh..Dah ada dua nak pasang tiga

Tua-tua main goli Nampak tak berubah yang satu ini

Dah dua minta sain lagiNak tambah satu lagi bini

Mencemik pula seorang niTak kena, isteri bagi tinju

Merengek suami pada isteriNak juga, nak lagi satu

Gula melaka nira kelapaSelain dimakan enak dibuat inti

Ala mama tolonglah papaTolonglah sain surat izin ini

Bukan lupa membeli benderaAnak resah isteri nak pulang

Sakan bercinta suami dan daraHendak nikah isteri halang

Bata terbiar berkulat di paraBantal disedia anak biniMata meliar melihat dara

Gatalnya dia nak isteri lagi

Pulasan berisi tidak disokongNanti tersembam di atas bumiAlasan isteri tak mengandungSuami ingin tambah satu lagi

Seni anyaman tak usah diakhiriPeranan dan tumpuan silih berganti

Suami berangan nak kahwin lagiKerana perempuan lebih dari lelaki

Page 119: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 119)

Soal Jawab Pantun Nak Lagi

Tidak memburu angin berlaluMuda usia merangkap remajaBudak baru ingin nak tahuKenapa manusia tak cukup yang ada?

Bilakah pengetahuan berguna membantuMenjaga memelihara diri tidak terburuBolehkah tuan bijaksana beritahu?Kenapa perkara ini banyak berlaku?

Apakah pengetahuan menghubung didikanBersua berbicara mulai diri menyerlahBolehkah tuan tolong jelaskan Dua perkara disukai dan dibenci Allah?

Cara semakan kebesana tujuanSamalah pengekalan yang disuaSaya inginkan penjelasan tuan Apakah amalan yang mulia?

Bayaran disegerakan dengan pendahuluanSupaya terbina hakikatnya yang murniPembaziran itu kejahatan, cadangan tuanKepada mereka yang sifatnya begini?

Waspada membeli jangan sampai rugi Beri masa kaedah peruntukkanAda lagi soalan untuk Pantun Nak LagiTapi masa sudah kesuntukkan

Pelbagai cakup bidalan dinyataBukan menyindir tapi untuk kebaikanSebagai penutup soalan dari sayaPesanan terakhir yang boleh tuan berikan

Bila berbicara dingin selaluPadah menahan kalimat rahsiaJika saudara ingin tahu Inilah kelemahan sifat manusia

Dikala bahananya tidak dihiraukanBaru beringat bila kesusahan berlakuAda kalanya banyak kerugian Berlaku akibat melayan nafsu

Memberi jangan sampai kikir Kerana kekiran dibenci AllahMembeli jangan sampai membazirKerana pembaziran dimurkai Allah

Menyemat menyulam perlu segeraMenyerlah buatan seperti dimintaBerjimat dalam berbelanjaItulah amalan yang mulia

beri pada yang memerlukan Boleh mencambah sifat yang alimDaripada wang dihambur tanpa tujuanLebih berfaedah disedekah anak yatim

Haluan supaya segera dibetulkanElaklah hilang mudik tujuanSeruan saya kepada sekelianIngatlah, yang dimilik hanyalah pinjaman

Semailah budi keperibadian menyerlahTingkatkan amalan itulah kewajaranHargailah rezeki pemberian AllahTinggalkan amalan pembaziran

Page 120: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 120)

Pantun Paradigma

Pantun paradigma, pantun ini saya karang untuk memberi gambaran apakah dia maksud paradigma yang sebenarnya, apa yang saya tahu paradigma adalah bermaksud cara pemikiran yang dinamik yang mungkin boleh memberi penghasilan yang lumayan (jika kita mengasah cara berfikir kita) atau boleh membantu mempermudahkan lagi hidup sendiri dan orang ramai dengan penghasilan barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu barangan yang telah sedia ada kemudian dikilangkan semula atas pengubahsuaian tersebut!

Paradigma juga sinonim dengan enovasi dimana mereka yang ada sikap atau berfikiran paradigma ini berfikir secara terbalik yang mampu mencari dan memperbaiki sesuatu barangan atau kemudahan yang sedia kepada yang lebih efektif dan lebih banyak manfaat dari yang asal atau mencipta sesuatu yang baru, ini berbeza dari cara berfikir orang ramai atau orang biasa yang hanya tahu menggunakan sesuatu barangan atau kemudahan tersebut.tanpa mampu berfikir sebagaimana cara mereka berfikir!

Sesuai dengan perintah Allah SWT yang banyak terdapat di dalam al Quran memerintahkah kita supaya memerhati dan memikirkan kejadian alam ciptaanNya ini termasuk apa yang Allah SWT tetapkan kepada manusia dalam rekaan dan ciptaan kerana manusia juga termasuk makhluk ciptaanNya dan sebahagian dari alam ciptaanNya!

Dengan adanya ciptaan orang lain yang Allah SWT kurniakan kelebihan kepadanya, mempermudahkan kita mencontohi, mencipta atau membaiki ciptaan mereka.(Semua ciptaan manusia bersumber dari alam dan al Quran)

Sebelum saya terlupa, apa yang manusia cipta berdasarkan apa yang diizinkan Allah akan kejayaan ciptaan tersebut, tanpa izin Allah mustahil manusia mampu mencipta walau apa pun ciptaan!

Lantun melantun kian kemariSantun Salmah menyerlah sendiri

Pantun memantun kita di siniPantun paradigma itulah diberi

Lantun melantun kian kemariLantun tertiarap luka melandaPantun memantun kita di sini

Pantun diharap membuka minda

Page 121: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 121)

Orang kota tentu tak bakhil Selalu sedia tak mungkin berdalih

Orang kata itu mustahil Aku pula yakin boleh (dgn.izin Allah)

Sarang anai usah dibakar Jungkit sahaja hanya sekejap Yang ramai bukanlah benar Sedikit pula bukannya silap

Gerangan sakit diri dibedah Batang cermai tiada gunanya

Kalangan sedikit memberi faedah Yang ramai pula menggunakannya

Biar menyemai petua dikelek Ingat disebar akan bahaya

Biar ramai ketawa mengejek Semangat berkobar teruskan usaha

Nanti sahaja setelah berdalil Tiada pasti lahir semua

Pasti berjaya bukanlah mustahil Masa dinanti pasti lahir juga

Bakal isteri sampai kebetulan Simpoh sopan itulah dikenan Cekal berani sebagai bekalan Tempoh cabaran arah berlainan

Pelaksanaan arti tiada penangguhanMencungkil halangan mengubah nilaiKebijaksaan menjadi kesungguhan

Menghasil barangan menambah nilai

Barangan turut diteliti penggunaanMembina pembaikannya jika kaitan

Jangan takut hadapi cabaran Kerana hasilnya amatlah lumayan!

Page 122: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 122)

Melakar harapan puncak terbinaTekun bekerja kerap cetus ideaBiar cabaran banyak menimpa

Namun usaha tetap diterus juga

Mencapai perjuangan berwawasanTekun memburu faedah diserlah

Berbagai halangan datang berterusanNamun aku tidak menyerah kalah

Upaya memberi banyak buktiPasti perolehi tujuan dicapai

Usaha kaji selidik tidak berhentiBagi memenuhi keperluan ramai

Layak disiar idea bermutu berkalaMemberi pengetahuan bentuk isinyaTidak dibiar idea berlalu begitu saja

Mencari penyelesaian untuk hasilnya

Banyak terbukti berkat kesabaranMembina idea nyata berkesanTidak berhenti sekerat jalan

Mereka dan mencipta berterusan

Sedia maklumat berperingkat berkalaTurut disediakan pengukuh kewajaranBersedia berkhidmat semangat waja

Menyahut cabaran menempoh dugaan

Seperti petir juga selayang kilatBanyak faedah jika mampu didedah Memerhati memikir apa yang dilihatTidak pernah jemu dan merasa lelah

Pejuang sasa sedia bila-bila masaMemahat cita-cita dan juga usaha

Sepanjang masa bersedia berusahaMencatat idea di mana saja dijumpa

Page 123: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 123)

Soal Jawab Pantun Paradigma

Ubah haluan arah sendiriSetelah kusut fikiran terjadiBolehkah tuan jelaskan musykil iniApakah maksud paradigma ini?

Adakah boleh dimaklum lebih dalam lagiAdakah paradigma berfaedah pada kitaSaya masih belum faham lagiApakah paradigma ini merekacipta?

Rasa dingin bukannya membantutkannyaSetelah pengalaman membentuk wibawaSaya ingin bertanya selanjutnyaApakah peranan paradigma untuk kita?

Adalah berbicara bukan sebarangan tujuanFaedah saranan yang diperlukannyaBoleh saya dapatkan pandangan tuan Apakah peranan dan penghasilannya?

Cara berulang membentuk merekaAdalah diharapkan menjana penghasilanSaya cadang nak tumpu rekaciptaBolehkah dijadikan mata pencarian?

Potonglah kiri melihat tujuanSupaya menuju jalan yang diperluTolonglah beri nasihat tuanApa perlu saya lakukan bila buntu?

Hanya masa menyatu membentuk jati diriTabah berpenat mahirkan diri Nampaknya masa begitu suntuk sekaliApakah nasihat terakhir tuan nak beri?

Merubah keselesaan segera dihadirSisip jati diri bijaksana serlahannyaMemecah kebiasaan cara berfikir Wajib pelajari cara dan kaedahnya

Mencari idea disegala benda Mencuba membina barang direkaMemberi jasa kepada penggunaMencipta perkara yang berguna

Paradigma berarti kreatif dijanaPeluang beroleh meneliti membinaMeneliti mengkaji barangan diguna Yang boleh diperbaiki di mana-mana

Jika tertip bersila dikala membacaMembentuk dan meransangkan hafalan Kita wajib peka pada rekaciptaUntuk mendatangkan penghasilan lumayan

Suka kekalkan saranan memberangsangPeranan memberi memasyhur diciptaJika penghasilan keluaran berulangBayaran diperolehi seumur hidup kita

Amatilah persekitaran dengan menumpuUpaya menjerat idea diburuLawatilah pameran barangan baruSupaya mendapat idea bermutu

Rekacipta satu elemen mencabarPerlukan jati diri dan jiwa yang sasaRekacipta perlu kometmen besarDisplinkan diri dan jangan putus asa

Page 124: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 124)

Pantun Pendatang

Pantun pendatang ini saya karang bercampur aduk antara bangga dan bimbang dengan limpahan kehadiran mereka di negara kita Malaysia yang aman dan makmur ini.

Bangga kerana kehadiran mereka boleh membantu negara mencambah ekonomi yang lebih giat dan juga membawa masuk wang untuk sektor pelancungan, institiusi-institiusi pengajian tinggi dalam negara dan juga untuk mengisi kekosongan pekerjaan di sektor-sektor tertentu dan sumbangan kepakaran mereka dalam bidang teknoloji tinggi seperti untuk Lembah Silikon atau Cyberjaya dan pembinaan bangunan tinggi dan lain-lain.

Bimbang kerana ada antara pendatang ini mempunyai dua peranan yang berbeza!1. Sebagai pelabur atau pakar dalam sektor perniagaan atau pekerjaan2. Penghasud dan penyebar fahaman sesat lagi menyesatkan

Antara mereka ada yang menghasud rakyat supaya membenci kerajaan dan menggalakkan rakyat supaya bangkit menentang kerajaannya sendiri yang didalangi oleh mereka yang terdesak untuk mendapat kuasa tanpa memperdulikan nasib masa depan anak bangsa sendiri, dan ada yang menyebarkan fahaman syiah!

Satu puak menyebarkan fahaman kebebasan beragama dengan membuat pengakuan semua agama sama, samaada menyembah Allah SWT atau menyembah syaitan laknatullah boleh masuk syurga asalkan ikhlas, dan satu lagi menyebarkan fahaman kahwin kontrak atau zina halal dan fahaman dajjal sebagai Imam Mahadi dan banyak lagi fahaman sesat lagi menyesatkan oleh kedua golongan ini!

Jika kedua-dua fahaman ini berjaya mempengaruhi sebahagian besar rakyat, anda boleh bayangkan sendiri apa yang akan berlaku kepada negara kita ini!

Saya berdoa kepada Allah SWT agar Allah SWT selamatkan negara kita dari ancaman golongan ini dan saya juga berdoa kepada Allah SWT semuga para pembaca ebuku MyPantun ini mampu berfikir secara matang serta memberi perhatian sepenuhnya dalam memahami apa yang saya utarakan ini!

Lantun melantun kian kemariLantun terlentang tak sedar diriPantun memantun kita di sini

Pantun pendatang sajak diberi

Lantun melantun kian kemariLuka berlaga sesama sendiriPantun memantun kita di sini

Ada berguna ada tak dikehendaki

Page 125: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 125)

Haluan membujur kurang di tamanBersiar tadi kerana menyendiri

Pengakuan jujur seorang JermanMalaysia menjadi pilihan hati

Berpada-pada leka melakarMengalas lengan agar tak calarAda antara mereka yang pakar

Bertugas dengan syarikat besar

Berjela-jela luka hendak membesarCuba berubat jarum disuntik

Ada antara mereka tidak pakarBerkerja sebagai mamat kontrak

Rakan belanja roti burgerTapi piza pula yang diminta

Bukan sahaja mereka berkerjaTapi ada juga yang berniaga

Bilik kenamaan Bunga RayaSudah masyur di KLIA sana

Di sebalik projek binaan bermulaRumah kongsi juga dibina sama

Yang paling kekal bukit hitamBerteduh kalau sudah kemari

Yang paling nakal si kulit hitamBergaduh walau salah sendiri

Mula menyantap rebus keladiPinggan dulang segera diberi

Suka menetap terus di siniEnggan pulang ke negara sendiri

Antara mereka ada agendaMerosak negara cara sembunyiWaspada kita kepada merekaJarak cara hubungan peribadi

Page 126: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 126)

Gula-gula Batang BenarSama-sama harus disuapMula-mula datang belajarLama-lama terus menetap

Memakai suasa memakai mutiaraToleh berat tak semena-mena

Berbagai bangsa berbagai negaraBoleh dilihat di mana-mana

Lada dibuang kari digunaLada muda basah itulah disukaAda yang datang memberi guna

Ada juga yang menyusahkan kita

Peluang bersaing sudah disuaSegala usaha semakin membuahPendatang asing melimpah luah

Mencuba nasib di negara bertuah

Koleh dibuat timba perigiBersua suasa mula disedariBoleh dilihat di negara iniSemua bangsa ada di sini

Lada ditumbuk si lada basahLada muda jangan diperamAda yang masuk secara sah

Ada juga secara haram

Datang berteman sama dimasyhurPulang nanti berseorang diri

Pendatang direman kerana terlanjurDihantar pulang ke negara sendiri

Berperi-peri bukan menekaUpaya mengagak pasal diminati

Berhati-hati dengan merekaSupaya tidak menyesal nanti

Page 127: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 127)

Melihat orang mengubah menyemaiKaki melangkah kerana menyua padiMelihat pendatang bertambah ramaiDari manakah mereka semua ini?

Gaya melihat berbagai ragam kerana sulitSetelah datang kereta menghalang mataSaya lihat macam-macam warna kulitApakah yang mereka buat di negara kita?

Tabah berani mencuba lagiKalah tak serik untuk berjayaAda setengah dari mereka iniDah balik tapi masuk semula!

Masa singgah sempat juga cuci mataLetih memikul berehat sebelum berjalanAda setengah tempat saya dapati merekaLebih menonjol dari rakyat tempatan

Mengapa terjadi kurang tertip dirasaMenyalin logam tak rasa selesa bermainBangsa apa lagi yang kita wajib waspada Selain kulit hitam, ada bangsa lain?

Cara pasang gelas buatan chinaLupa melihat panduan dibungkusnyaSaya kurang jelas kegiatan merekaApa nasihat tuan seterusnya?

Bermain bola di petang hariKeputusan seri tak setujuSelain apa yang tuan nyatakan tadiAda lagi yang tuan nak beritahu?

Penanda gemilang di negara tercintaPeruntukan berguna bila dilaburMereka datang dari seantero duniaMenunjukkan negara kita ini makmur

Perangai mereka terbahagi beberapa Ada kurang ajar ada juga yang bergunaPelbagai bangsa dari pelbagai negaraAda yang belajar ada yang bekerja

Kebanyakan peserta segan dijulangMereka berdiri tanpa mahu pulangKebanyakkan mereka enggan pulangKerana di sini banyak peluang

Mencari-cari bukan sengajaMengguna ruang sedikit di dalamberhati-hati dengan merekaTerutama yang berkulit hitam

Membenci bukan mengata yang dustaMangsa terdiri yang tidak berdosa Tetapi jangan lupa yang paling bahayaBangsa parsi menyebar fahaman mereka!

Berkali-kali jangan dicubaBerangan mendakap satu duniaBerhati-hati dengan merekaJangan terperangkap tipu daya

Selaman nyata memalingkan selamaNyata memperbudakkan ketenteraman kitaFahaman mereka memesongkan agamaMereka menidakkan kepercayaan kita

Soal Jawab Pantun Pendatang

Page 128: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 128)

Lantun melantun kian kemariBunga manggis merata di bawah

Pantun memantun kita di sini Laksana majlis cara berkhemah

Lantun melantun kian kemariLukis takut murka Allah

Pantun memantun kita di siniMajlis ikut cara agama

Pantun Pengantin

Pantun ini berupa cerita pertemuan, perbincangan atau permuafakatan antara pihak lelaki dan perempuan untuk melansungkan majlis pernikahan, tentang kesibukkan persiapan, tentang kesibukkan semasa majlis berlansung dan tentang suasana setelah selesai majlis, juga saya memuatkan sedikit pantun-pantun yang berbentuk nasihat untuk memberi kesedaran betapa pentingnya kita kembali kepada ajaran Islam dalam melaksakan majlis supaya mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Dalam menjayakan majlis hendaklah kita memperhatikan apakah majlis pernikahan yang kita rancang memenuhi kehendak Allah SWT kerana kita wajib bersegera untuk mendapatkan keberkatan dari Allah SWT bukan saja untuk kedua mempelai bahkan untuk anak-anak yang akan mereka perolehi nanti! Kita harus sedar ukuran keberkatan dan keredaan Allah SWT bukan besar atau kecilnya sesuatu majlis akan tetapi keberkatan datang apabila kita mematuhi perintah dari Allah SWT tuhan Yang Maha Pencipta yang mana kita semua akan berhimpun atau dihimpunkan di hadapanNya di padang Masyar kelak untuk menerima balasan akan apa yang kita kerjakan semasa di dunia ini!

Page 129: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 129)

Pancang memancang bergema kini Tukang menukang barulah dituruti

Rancang merancang sesama sendiri Tunang bertunang itulah diikuti

Dari rumbia salin pelikat Mula menyimpan sepatu raya Hari bahagia semakin dekat

Segala kelengkapan perlu disedia

Pasti bersua pulang raya Ramah berkias uda dan dara Hari bahagia menjelang tiba

Rumah dihias bonda dan saudara

Belek membelek lepas tak faham Kosek mengosek satu talam

Solek menyolek kerja mengandam Usek mengusek itu disulam

Berborak hingga hari senja Kerana bercakap bersulam cerita

Berdebak berdebuk hati dirasa Kerana mengadap Pak Imam tercinta

Padi rumbia ditampi-tampi Isi keladi beremi dan turi Hari bahagia dinanti-nanti

Resmi jadi suami isteri

Selesai berpakat selesai perundingan Duduk beradap malu berjelingan

Selesai berakad diadakan hidangan Untuk dijamu tetamu undangan

Dalam mencanai sibesi waja Dibanding segala malah dijaga

Malam berinai adat sahaja Bersanding pula samalah juga

Page 130: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 130)

Mengagak menduga terlerai masaalah Banyak membilang niat dan helah Gegak gempita selesailah sudah Tidak kepalang penat dan lelah

Banyak merata hanya disini Jarang dijaja kini kembali

Tidak terkata gembiranya hati Orang disuka berada di sisi

Beria bercakap diintai keluargaPetah bercerita teman semua

Bahagia diharap sampai ke syurgaItulah dicita dan idaman oleh kedua

Berperi-peri madah diberiHarap nanti saling mengerti

Berseri-seri wajah isteriMenatap suami baring di sisi

Pengumuman merisek mula dimeteraiSupaya huraian difahami semua

Senyuman melerek kedua mempelaiBahagia menjelma impian jadi nyata

Setuju bermalam patuh diberiNantilah pulang di hari selasa ini

Bersatu di malam penuh suciInilah yang dinanti selama ini

Mengapalah benak meracau kiniAdakah kerana hajat tak menjadi?

Setelah onak dan ranjau dilaluiBarulah kini menyatu dua sejoli

Penantian kini tiada lagi Salam bahagia bersulam senda

Menanti suami berada di sisi Malam bahagia malam pertama

Page 131: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 131)

Saudara tetamu belumlah berangkat Caranya makin meleka menyakat

Bersenda berjamu itulah niat Rasanya mungkin mereka nak sekat

Guling bantal diberi menantu Esuk balik minta dikunjung Paling nakal si isteri baru

Masuk bilik minta dikendung

Risikan berperi sungguh dinantiMemberi ikrar patuh menyatuBisikan suami penuh berarti

Isteri mendengar sungguh mengharu

Berhenti di sini berhari-hariBila pulang tepatkan janji Berjanji suami berperi-peri

Apa yang dihajat akan diberi

Bagi penuhi segala janjiBukan seperti pagi tadi

Isteri berjanji kepada suamiAkan menjadi isteri sejati

Mengapa tidak diperhati budak iniPerlulah bersemangat dalam diri

Menjaga hak suami dan anak nantiBegitulah tekad dan azam si isteri

Bayangkan faedah akan kita tempah Sedia mencapai peringkat tertinggi

Senang dan susah sama dilapahKedua mempelai mengikat janji

Menjelma kini si dia bidadariBakal menyedia rumah jadi berseri

Sebagaimana suami, isteri juga hajatiKekal bahagia tak pisah sampai mati

Page 132: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 132)

Soal Jawab Pantun Pengantin

Bengkoknya haluan sudah diperhatikanElok memakai pangkal peta tadiSibuknya tuan rumah membuat persiapanUntuk merai bakal raja sehari

Riuh berpakat mengarut adanyaUsah meransang yang bahayanyaJauh dan dekat dijemput semuanyaKemah dipasang panjang berjelanya

Bermain mengusik bertambah buasBalingan dielakkan terkena dadaSelain musik dan dj ditempah khasPersandingan dan perarakkan juga ada

Pasti letih dan gusar difikirannyaMenjaga budak bungkam perasaannyaMesti lebih besar dari majlis jirannyaBelanja tak cukup pinjam di banknya

Hendak berdiri betapa tidak bertenagaMelayang berpusing pada perasaannyaTidak peduli berapa banyak belanjaYang penting majlis membanggakannya

Jauh meredah itulah mungkinMemandu kenderaan sendiri tertulisRiuh rendah di rumah pengantinLagu dan hiburan penyeri majlis

Berilah bantuan mencari manfaat bersamaAkan dicuba membentuk ruang yang legaSudilah tuan beri nasihat bergunaBukan saja untuk saya orang lain juga

Rawatlah kudis seusai makan kurmaMencerai luka nanah yang adaBuatlah majlis sesuai dengan agamaMerai mereka biarlah berpada

Makan dimajlis hadiah kedapatan jugaBerapa berkhidmat sebagai penanggahBukan majlis meriah jemputan berjuta Apa yang amat penting hanya reda Allah

Riuh rendah rumah pusakanyaMengetam papan sama dibantuPatuhlah perintah Allah dan RasulNyaDalam memulakan rumahtangga baru

Bukan menyuruh gadis pasang kainDegil memanjang suka mengada-ngada Jangan terpengaruh majlis orang lainKecil orang kata besar pun orang kata juga

Adalah seakan mencari faedahBila disuruh mengharap upahnyaAllah akan memberi hidayah Jika kita patuh perintahNya

Gigihkan upaya dalam diri dijalinKelam cahaya pelita berbeza disebelahLebihkan budaya Islam dari yang lain Dalam usaha kita mendapat reda Allah Saranan berfikir menjana kebaikanBercambah minda turut ada faedahPesanan akhir ingin saya berikanBersegeralah kita merebut kurnia Allah

Page 133: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 133)

Pantun Remaja

Pantun ini diharap mampu memberi tunjuk ajar yang berguna kepada remaja sekelian, inilah tujuan saya mengarang pantun ini atas kesedaran bahawa para remaja kita adalah benteng yang penting dalam usaha membentuk jati diri kepada mereka dan jenerasi masa depan khasnya jenerasi Islam terutamanya dan kepentingan negara pada amnya, pelbagai usaha kerajaan kita dalam memberi perhatian dan pengembelingan sumber tenaga dan potensi mereka untuk menggantikan pemimpin sekarang yang akan pergi dan diambil alih oleh remaja sekarang supaya dapat memenuhi kepentingan Islam dan kepentingan negara serta rakyatnya.

Sudah tentu kita semua mengharapkan setidak-tidaknya ada kesinambungan corak kepimpinan sekarang atau yang lebih menonjol dengan pembaharuan yang prograsif yang diharap mampu mereka ini sumbangkan kepada negara demi memajukan lagi agama Islam dengan menurut lunas-lunas al Quran dan hadis Nabi SAW khasnya dan negara kita yang tercinta ini amnya. Nasihat saya kepada para remaja sekelian tidak kira apa bangsa dan suku kaum supaya anda semua berazam dengan bersungguh-sungguh dalam usaha meneruskan kejayaan yang ada tanpa sebarang perasaan buruk atau tindakkan yang boleh mengancam keselamatan negara serta membantutkan matlamat negara mencapai kemajuan dan kemakmuran untuk rakyatnya, jangan musnahkan harapan negara kepada anda!

Nasihat saya, berhati-hatilah dengan perangkap dadah dan anasir perosak dari dalam mahupun dari luar, ingatlah jika remaja rosak maka negara juga akan turut rosak!

Pesan pujangga:"Jangan ditanya apakah sumbangan negara untuk anda, tapi tanyalah,

apa sumbangan anda kepada negara"

Lantun melantun kian kemari Lantun bersahaja sudah sebati Pantun memantun di laman ini

Pantun Remaja nama diberi

Lantun melantun kian kemari Tertiarap terluka sembuh tiada Pantun memantun di laman ini Harap remaja penyuluh negara

Page 134: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 134)

Kasih sejajar mengolah budiTurun menjajar bantu membantu

Maseh belajar di sekolah lagiTekun belajar itu ditumpu

Jangan himpit rakan sebayaMula menyapa meramah mesraJangan merempit di jalan raya

Kerana bahaya melibatkan nyawa

Kala senja hanya sementaraGuna sembahyang ruang disedia

Ketika remaja bukannya lamaMasa yang ada guna bijaksana

Kenapa puding kekal diusungPecah lumat tak siapa sukakannyaKe menara gading bakal diharung

Itulah matlamat dan tujuannya

Kerja menurap di jalan rayademi memberi keselesaan rakyat jelata

Remaja dipersiap sedaya upayaBagi mengganti pemimpin yang ada

Lemah gemalai kain diseterikaUbah bagi menyusun rapiUsah lalai bermain saja

Usahalah mencari kehidupan berarti

Kerja merapi sama diselenggaraKain sulapan tiga haluan

Remaja hadapi dua geloraSelain kawan juga perempuan

Memagar dari pelbagai gejalaWaspada berhemat selagi upayaMendaftar diri sebagai sukarelaRemaja berkhidmat demi negara

Page 135: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 135)

Secawan kopi disua Lebai tadiAjar budak pasal mandi

Berkawan jangan sampai lupa diriAgar tidak menyesal nanti

Peralehan wajib kita rencanaMasa hadapan tertip dijana

Latehan PLKN wajib laksanaRemaja harapan nusa bangsa

Gagah berusaha remaja bekerjaMemunggah pasu bagi tuannya

Usah sia-sia masa yang adaTuntutlah ilmu selagi terdaya

Mengapa memerap di kala senjaAkan mengada-ada jalan duka

Remaja diharap menyara keluargaJangan sia-sia harapan ibu bapa

Buku dibaca cerita ceriaPagi kelmarin dibaca lapan mukaIbu bapa berusaha sedaya upaya

Bagi menjamin masa depan remaja

Waspada bukan perkara sia-siaElak jurang penyebab petaka

Ada kawan membawa bahagiaTak kurang membawa celaka

Makan saja apa yang adaSendawa alamat berhenti menjilatJangan derhaka pada ibu dan bapaSupaya selamat dunia dan akhirat

Akan celaka jika terpedayaBahaya direncana petualang negara

Jangan derhaka pada negara Supaya bencana tak timpa kita

Page 136: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 136)

Soala Jawab Pantun Remaja

Itulah seruan dilaungkan bila dimintaMemecah buntunya dalam bersengketaBoleh tuan terangkan pada sayaBilakah bermulanya alam remaja?

Bilangan pekerja tidak dihirauknnyaUpah sukarela lebih menjimatkannyaZaman remaja banyak cabarannyaApakah cara bagi menghindarinya?

Pengkalan runtuh dilanggar haiwanSudah disuruh meminta bantuanPergaulan dan juga pengaruh kawanSeolah musuh jika tidak berhaluan

Bilamana kesal kelihatan terpahatBerubah haluan bukannya muslihatBagaimana nak kenal hasutan jahat Boleh tuan jelas supaya tak terlibat?

Gula buatan sejat dan padatBolehkah dibuat sarapan dengannyaJika hasutan jahat tak terubatApakah akibat dan kesan darinya?

Bahulu lama dijaja merataMula merasa kepenatan bermulaSetahu saya remaja aset negaraCuba dibinasa hasutan durjana

Bekerja matlamat itulah ditumpuMenangkap panduan rakus bersainganRemaja amat mudah tertipu Harap tuan terus beri bimbingan

Selam berasak-asak sesama sendiri Cuba beralasan setelah ditanyaAlam kanak-kanak beransur pergiUsia belasan bermulah remaja

Mengapa berangan waktu senjaLaungan azan mendayu sekaliMereka jangan dibiar begitu sajaBimbingan berterusan perlu diberi

Capai persaudaraan elak berkelahiMinta disiar setelah sah bersuaBagai kenderaan bergerak sendiriJika dibiar tentulah menyusah semua

Jejaka tertib dari mana berasalMemberi perkhabaran jemputan saudaraRemaja wajib berjiwa kentalMenghadapi cabaran hasutan durjana

Bila liar bencana membusutBantulah supaya cegah berlakunyaJika dibiar mereka dihasutTentulah binasa itulah akibatnya

Penghalang kita penghianat yang tegarUsaha memecah perpaduan dan ikatan Petualang berusaha membuat makar Remaja mudah termakan hasutan

Saya yakin Allah memenangkan kitaInsya Allah segera dapat kita saksikannya Jika diizin Allah yang maha kuasaInsya Allah saya akan lakukannya

Page 137: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 137)

Pantun Teka Teki

Lantun melantun kian kemariSantun Zaki memohon diri

Pantun memantun kita di siniPantun tekateki jawapan sekali

Lantun melantun kian kemariLantun kena beruk peliharaanPantun memantun kita di siniPantun hanya untuk hiburan

Pantun ini hanya untuk hiburan disamping itu mungkin juga untuk menduga akal selain dihidangkan sebagai nilai tambah kepada pantun-pantun yang lain, saya harap kepada yang berminat mengarang pantun berbentuk menduga akal boleh mengambil contoh dari pantun-pantun karangan saya ini sebagai prototaip untuk mengarang pantun-pantun teka teki atau pantun-pantun berbentuk menduga akal untuk laman web anda.

Page 138: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 138)

Pantun Teka Teki Dan Jawapannya

Jika dipetik tidaklah jatuhMenerang semua dekat dan jauhMembantu kita tiadalah mengeluhTerang tiada payah seluruh

Boleh melihat jauh dan dekatJika tiada jalan tersekatPerlu diguna supaya tak sesatPanduan kita untuk melihat

Badannya nipis lagilah besarPersegi dan bulat itulah berkisarMerata tempat ada dipasarSelalu diguna dimajlis kecil besar

Ada kecil ada besarTerdapat di desa juga dibandarSelesa dan cantik itulah disasarJika tiada amatlah sukar

Terang dan gelap ada ketikaBoleh terdapat dimana juaMemenuhi maksud tujuan kitaJika tiada sukarlah semua

Panjang dan nipis bentuk badannyaBoleh terdapat dimana juaMemenuhi maksud tujuan semuaDiguna oleh tua dan muda

Betapa pandangan mudah difahamiBerupaya amati cukup sempurnaApa cadangan yang boleh diberiSupaya sel mati hidup semula?

Baru tadi berjalan hilang dipenglihatanBagai melayang tidak seperti kebiasaanSatu lagi soalan yang berkaitanApa yang tidak baik jadi amalan?

Diri sedia menjalin masa depannyaBagi mengesut supaya makin kukuhIni tiada lain akan jawapannyaMatahari dimaksud saya yakin sungguh

Kenalan jadi tunang diharapnyaBukannya berbohong nikah setujuSoalan ini senang jawabnyaJawapannya teropong sudahlah tentu

Bila makin mudah menatapnyaHarapan bersama setelah bertunangSaya yakin boleh menjawabnyaJawapan saya adalah dulang

Bidalan diberi mengajak bersusilah Bicara kesopanannya nampak nyataSoalan ini agak susah sikitlahSaya rasa jawapannya kereta

Bekalan padi dihimpun dijagaLagaknya bukan betul ditolak Soalan ini pun susah jugaAgaknya bulan betul tak?

Berkali-kali diminta usah disuapTeringin hanya betik diberiSoalan ini juga susah dijawabMungkin jawapannya pemetik api

Berbulan menjaga sudah lengkapHarapannya biarlah didikan berarti Soalan saudara mudah dijawabJawapannya ialah makanan nutrisi

Kenapa belum susut semulaNampaknya susah pada pengamatanSaya maklum maksud dimintaJawapannya ialah ubat-ubatan

Page 139: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 139)

Pantun Uda Dan Dara

Lantun melantun kian kemariLantun bersama nanti meranaPantun memantun kita di sini

Pantun uda dan dara diberi nama

Lantun melantun kian kemariLamun sidia di senjakala

Pantun memantun kita di siniSemuga uda dan dara boleh terima

Pantun yang hampir sama dengan pantun untuk remaja tetapi golongan ini telah berubah dan meningkat kepada hampir dewasa, mereka datang dari alam remaja ke alam belia dan alam belia ke alam dewasa dan dari alam dewasa ke alam berumahtangga betul tak? Golongan inilah yang telah hampir layak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas dosa dan pahala yang mereka lakukan bukan lagi ditanggung oleh ibu bapa mereka sebagaimana semasa alam remaja (yang belum baligh).

Nasihat saya kepada anda semua para uda dan dara, ingatlah masa depan anda dan keluarga anda sendiri (apabila sudah bernikah dan memiliki anak-anak) adalah di bawah tanggungjawab anda maka jangan dirosakkan masa depan anda dan mereka dengan kegiatan yang boleh memberi mudarat kepada semua pihak seperti gejala penagihan dadah, judi, minum arak, kegiatan dalam golongan yang bertentangan syari'at agama kita dan banyak lagi!

Jadilah uda dan dara yang berjasa dan memberi guna kepada bangsa, negara dan khususnya agama kita Islam yang diredai Allah SWT dunia dan akhirat! Dan jadilah rakyat Malaysia yang bersatu padu tak kira bangsa, suku kaum dan agama demi kepentingan kita dan anak cucu kita kelak!

Pesan pujangga:"Jangan ditanya apakah sumbangan negara untuk anda, tapi

tanyalah, apa sumbangan anda kepada negara"

Page 140: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 140)

Rasa adil sebar bedak Indah segar menggigil tiada Masa kecil bergelar budak Sudah besar bergelar uda

Kata diluah mata dikengit Tangan menggapai kumis menjalar

Cinta di sekolah cinta monyit Akan terlerai habis belajar

Kata diputus tidak sehala makin meliar duga si dia

Cinta di kampus ada tak rela Ingin belajar hingga berjaya

Bahu diurut urat berpintal Tadi jatuh cedera melanda

Dulu takut mengurat menggatal Kini jaguh dara digoda

Mengada-ngada rasa digoda Hendak menayang muka dihala

Ada uda berguna berjasa Tak kurang juga keluarga diseksa

Jika berlalu bersahaja aksi Beredar bila kerana menyendiri

Masa dulu belanja diberi Bergelar uda kena berdikari

Jika berjaga meniarap berdiri Kenangan pada si dia dini hari

Uda bekerja setiap hari Keinginan ada sedia beristeri

Bila dekat tangan diberi Minta suakan kelapa tadi

Uda mendapat pasangan dicari Bercinta sakan lupa diri

Page 141: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 141)

Mula menyapa berdiri di sisi Duga berkisar bincang diajak

Ada lupa mencari bini Hingga bergelar bujang terlajak

Mula pasti mengapa diri di siniGalakan berdikari upaya menyedarkan

Uda mesti ada jati diriJauhkan diri budaya merosakan

Mula bekerja dapat ganjaranSama berganding capai pendapatan

Uda berusaha menamat pelajaranDi menara gading selesai perjuangan

Jika sama asah parang diperlukanSegera dipapar persamaan padanan

Uda terima ijazah yang diimpikan Mula melamar pekerjaan dikenan

Cuba memadam perlu dipercepatPembatas masa perlu juga diingat

Uda memendam satu tekadMembalas jasa ibu bapa dihajat

Turun bersahaja jika tidak disapaMeninjau kaedah budak dibedahTekun bekerja uda tidak terleka

Walau didedah hiburan tak berfaedah

Kenyataan yang ada mungkin diserahSebagai pemusatan dalam siasatan

Kejayaan uda semakin terserlahMenyelesai kekusutan dalam jabatan

Kecepatan kuda melompat di titianBukan setakat kuda belasahan

Kehebatan uda mendapat perhatianKenaikan pangkat uda dianugerahkan

Page 142: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 142)

Rasa bersabar mungkin berpada Bagi berhadapan mentua mengada Dara membesar makin menggoda

Menjadi tatapan tua dan muda

Rela beralah hindar dosa Kaji laku perlu diutama

Bila sudah bergelar dara Diri perlu selalu waspada

Bicara remaja perlu dijaga Jangan juga usik mengata

Dara bekerja membantu keluarga Jangan leka asyik bercinta

Bulan kelam tiada terang Kemana menghilang senja menjelang

Berjalan malam dara dilarang Kerana bimbang bahaya mendatang

Bicara mengusik kata berdalih Berangan dikala suria beralih Dara asyik bercinta berkaseh Pasangan pula si buaya putih

Jualan dijaja supaya dibeli Satu tidak siapa peduli

Berjalan sahaja ke sana kemari Membantu emak dara hindari

Cara jahitan mesti bermutu Sedia sepuluh agar dibantu

Dara pingitan menanti dipintu Tiada jodoh bergelar andartu

Tiada jodoh bergelar andartu Baldi belanga ada mutu

Kerana takut digelar andartu Mandi bunga itu tak perlu

Page 143: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 143)

Peniaga asing gila nak sain Canang diri dulu hendak join

Keluarga bising bila nak kahwin Pinang lelaki itu tak main

Menjaga budi bahagianya dianugerahBersatulah kita tidak pecah belah

Harga diri keluarga bukannya murahTeruslah dara menjaga maruah

Letak budi menaruh harapan Dara yakin layak diberi penghormatanElak diri pengaruh kawan dan rakan

Kerana mungkin merosak masa depan

Tinjau cara pemantauanUbah posisi diharap perlahan

Walau dara di perantauanMaruah diri tetap dipertahan

Kota dan desa sama redupTanda suria hilang di barat

Merata dara berusaha menyara hidupAda kerja kilang dan pejabat

Supaya cara melatih tersemat di hatiMemberi panduan seberapa dayaAda antara dara lebih hebat lagi

Menjadi usahawan muda yang berjaya

Memakai halia kaedah diusahaPetua diamalkan paling asing

Ramai dara sudah berjayaKetua di jabatan masing-masing

Dara rasai cabaran dan hambatanCuba dicapai seusai dihadang

Ada kuasai pelajaran dan jabatanDara menguasai pelbagai bidang

Page 144: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk (MS 144)

Soalan JawapanKalam bermula penyatuan dilaksanaSudi bersua semakin ketaraSalam kepada tuan yang bijaksanaKami berdua ingin berbicara

Selasih berseri putih bersinar Dari kurang selera menjadi sukaKasih kami tak pernah pudarKami sayang mereka berdua

Demi bersua silih bergantiMembaca saling dapat disejajarKami berdua masih terikat lagiDi menara gading tempat kami belajar

Demi menekun haluan di daratSupaya sampai cepat sekaliKami pohon panduan dan nasihatSupaya tercapai hasrat kami

Apakah seri bayang mentariBuruan menyengat dari cahayanyaAdakah lagi yang dapat tuan beriPanduan nasihat kami dahagakannya

Dari buntu tak tahu kami alamiKeluarga miskin simpanan berkuranganKami mampu menumpu pelajaran kamiBiasiswa kami terima ringankan bebanan

Pohon rambutan tumbuhnya tinggiSehingga sampai puncak pohon turiMohon doakan kami wahai tuan bistariBerjaya mencapai cita-cita kami

Hanya kata salam pembuka bicaraManakala ketara tertiblah silu menyapaKeduanya berusia muda dan remaja Uda dan dara wajiblah taati ibu dan bapa

Begitulah hendaknya pada kamu berduaMentaati kedua ibu bapa perlu dijagaSelalulah bertanya khabar beritaJika berjauhan dengan mereka

Seharusnyalah kamu begituSantun bersabar menggapai upayaBaguslah kalau begituTekun belajar sampai berjaya

Menjamu mentua pengat keladiUpayakan apa yang dimintaKamu berdua mesti ligat stadiSupaya akan membahagiakan ibu bapa

uruskan supaya bermula semangatSejajar sebagai puncak segalanyaTeruskan usaha tanpa rasa penatBelajar sampai nampak hasilnya

Bayangkanlah diri tidak dipeduliMembawa merata penatlah mengejar Kenanglah budi pihak yang memberiBiasiswa diterima janganlah lupa bayar

Menjaga dan menyara bukanlah mudahTenaga dipacu semua tak bersisaKeluarga dan negara perlukan andaSemuga kamu berdua membalas jasa

Soal Jawab Pantun Uda Dara

Page 145: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk(MS 145)

Kumpulan A (Perempuan) Kumpulan B (Lelaki)Bersama pelihara melihat memerhati Cegah hilang bijaksana dipunyaBagaimana cara jadi rakyat sejatiBoleh yang bijaksana terangkannya?

Berperi mencambah rasa yang yakinUpaya menyata membantu mendedahMencari merubah segala yang mungkin Keduanya mencipta sesuatu berfaedah

Kuah basi walau dimasaknyaSenyum mengubat kuranglah laparnyaApa lagi kalau bukan kerananyaSebelum terlambat carilah penawarnya

Bersatulah kita negara dicintaiperkara dirancang tekun diamatiTahukah saudara perkara terjadiApa yang memberansang tahun ini?

Bekalan segera upaya disediakannyamengagih bijak membuahkan hasilnyaBelanjawan negara saya makluminyaLebih banyak peruntukan antara faedahnya

Salahkah beramai menampi padiBoleh juga usik rakan diseli Bukankah ramai kami di siniPileh saja mana berkenan di hati

Segalanya ketentuan dari IlahiMengubah tiada ketetapan pastiRupanya pertemuan singkat sekaliBegitulah juga harapan kami

Bukan hanya berangan sahajaHendaklah sama berikan tenagaJangan ditanya sumbangan negaraSemaklah apa sumbangan kita

Gagah melekap keupayaan diri Menjana meralisasi menyerlah pasti Boleh jawab pertanyaanku iniApa makna inovasi dan kreativiti?

Kayak dan rakit meredah hutanMungkinkah berguna papan rendaman Banyak penyakit di tubuh badan Adakah kerana makan dan minuman?

Bekalan diberi membina membaikiUsahawan segera melangkah jayaSoalan saudari berteka tekiBelanjawan negara itukah maksudnya?

Pelancung diharap damai di siniUpaya mendedah sifat berbudiTolong jawab wahai saudariAntara faedah rakyat nikmati?

Upaya diri kasih sayang sejatiSudilah lamaran bagi diri sendiriSaya ini masih bujang lagiApakah cadangan dari saudari?

Nyata resah bukannya disedariTerlelap di bangku kain diberiKita berpisah hanya di siniHarap bertemu dilain kali

Berbalas Pantun

Page 146: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk www.mypantun.tk(MS 146)

Assallamuallaikom dan salam sejahtera kepada anda semua, demikian deretan pantun-pantun karangan saya dan kata-kata nasihat yang saya utarakan dalam eBuku MyPantun ini dengan harapan memberi guna untuk anda dan keluarga, saya berharap amat sangat agar pantun-pantun dan kata nasihat saya tidak dianggap serong atau disalah anggap, saya benar-benar ikhlas mengarang pantun-pantun tersebut dan kata nasihat untuk faedah kita bersama, sebagai Umat Islam walau apa juga fahaman yang hendak kita ikut wajiblah kita semak dan berilmu mengenainya dengan merujuk al Quran dan hadis Nabi SAW agar kita tidak menyesal selepas mati, dan sebagai rakyat Malaysia kita wajib taat setia kepada negara walau siapa jua yang menjadi pemimpin selagi pemimpin kita tidak memerintahkan kita melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah Allah SWT selagi itu kita wajib mentaati mereka, kerana inilah perintah Allah dan RasulNya yang boleh kita semak melalui al Quran dan hadis Nabi SAW.

Seruan saya kepada semua pembaca dan peminat MyPantun agar kita melaksanakan tanggungjawab masing-masing baik sebagai penganut agama Islam kepada tuhannya iaitu Allah SWT dan RasulNya jangan kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan agama sendiri dengan menyertai golongan pengganas dan seumpamanya, dan cintai negara dengan bersungguh-sungguh dengan mentaati pemimpin (ini juga termasuk perintah Allah SWT dan RasulNya) jangan kita lakukan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara sendiri hingga menyebabkan kerosakkan keamanan yang sedang kita nikmati sekarang supaya anak cucu kita tidak mengutuk kita bila mereka dewasa kelak.

Page 147: eBuku MyPantun

Pantun-pantun Karangan BJ Muhammad www.mypantun.tk www.mypantun.tk(MS 147)

Sebagai suami kepada isteri dan sebagai bapa kepada anak-anaknya, sebagai isteri kepada suaminya, ibu kepada anak-anaknya dan sebagai anak kepada kedua ibu dan bapanya, dan lain-lain yang yang mana semuanya mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan! Jika kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat kita wajib melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, kerana kita akan ditanya Allah SWT akan apa yang Allah SWT amanahkan kepada kita! Takutlah azab Allah SWT semasa kita tidak melihatnya! Hisablah diri sendiri sebelum kita menghisap diri orang lain, senantiasa cari ilmu dan berdoa kepada Allah SWT supaya diberi petunjuk jalan yang benar, bermuhasabahlah pada diri sendiri senantiasa supaya kita tidak menyesal di kemudian hari!

Kesimpulannya: 1) Sebagai Umat Islam, wajib kita berhati-hati supaya tidak merosakkan kesucian agama sendiri! Senantiasa mentelaah al Quran dan hadis serta berdoalah kepada Allah SWT dengan meminta kefahaman dalam agamaNya.2) Sebagai warganegara, wajib kita berhati-hati dalam setiap tindak tanduk demi mengelak dari merosakkan negara sendiri dengan perlakuan yang prajudis dan buruk sangka kerana ikut-ikutan dengan membuat tuduhan membabi buta tanpa sebarang bukti nyata! Kita wajib berilmu dalam perkara yang kita melibatkan diri padanya dan senantiasa mengamalkan berfikir dahulu sebelum bertindak! Ingatlah , merosakan amat mudah, tetapi membaikinya amat susah!

AllahuaklamWassallammuallaikom

BJ Muhammad www.mypantun.tk

Page 148: eBuku MyPantun