12
SULIT Pendidikan Moral [042] Bahagian A: Baca soalan dan pilih jawapan yang betul serta bulatkannya. 1 Pilih perlakuan berkaitan nilai kesederhanan. A Babu menghabiskan kesemua wang belanja sekolah hariannya B Siew memukul adiknya yang terambil pennya C Chong keluar bersama kawan-kawannya hingga larut malam D Siva menyiapkan semua kerja sekolahnya sebelum menonton televisyen. 2 Mak Liza mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menghulurkan bantuan kewangan kepadanya sekeluarganya. Orang ramai telah mengamalkan nilai ……………….. A baik hati B bertanggungjawab C harga diri D kesederhanaan 3 Jenny seorang yang tekun dan teliti ketika membuat sesuatu tugasan. Dia mengamalkan nilai …………………………… A baik hati B hemah tinggi C kerajinan D harga diri 4 Seseorang yang berfikiran……………. akan mudah dibawa berbincang. A kotor B sempit C negatif D positif 5 Kita wajar……………. dan menghargai anugerah Tuhan . A bergembira B bersyukur C berduka D berehat 6 Berbaik sangka dan berfikiran positif terhadap orang lain menunjukkan ………………. yang bersih. 042@2016Hak Cipta SK Bukit Kuchai SULIT 1

e-perkhidmatan.com · Web viewHai, adik-adik! Apa khabar, diharap semuanya sihat sejahtera. Hari ini Kak Siti ingin mengajak adik-adik untuk bersama-sama mensyukuri anugerah yang

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: e-perkhidmatan.com · Web viewHai, adik-adik! Apa khabar, diharap semuanya sihat sejahtera. Hari ini Kak Siti ingin mengajak adik-adik untuk bersama-sama mensyukuri anugerah yang

SULIT Pendidikan Moral [042]

Bahagian A: Baca soalan dan pilih jawapan yang betul serta bulatkannya.

1 Pilih perlakuan berkaitan nilai kesederhanan.

A Babu menghabiskan kesemua wang belanja sekolah hariannyaB Siew memukul adiknya yang terambil pennyaC Chong keluar bersama kawan-kawannya hingga larut malamD Siva menyiapkan semua kerja sekolahnya sebelum menonton televisyen.

2 Mak Liza mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menghulurkan bantuan kewangan kepadanya sekeluarganya. Orang ramai telah mengamalkan nilai ………………..

A baik hatiB bertanggungjawabC harga diriD kesederhanaan

3 Jenny seorang yang tekun dan teliti ketika membuat sesuatu tugasan. Dia mengamalkan nilai ……………………………

A baik hatiB hemah tinggiC kerajinanD harga diri

4 Seseorang yang berfikiran……………. akan mudah dibawa berbincang.

A kotorB sempitC negatifD positif

5 Kita wajar……………. dan menghargai anugerah Tuhan .

A bergembiraB bersyukur C berdukaD berehat

6 Berbaik sangka dan berfikiran positif terhadap orang lain menunjukkan ………………. yang bersih.

A amalanB jiwaC badanD minda

7 Setiap murid patut berusaha ……………. diri untuk mencapai cita-cita.

A memajukanB merendahkanC mendiamkanD merehatkan

042@2016Hak Cipta SK Bukit Kuchai SULIT 1

Page 2: e-perkhidmatan.com · Web viewHai, adik-adik! Apa khabar, diharap semuanya sihat sejahtera. Hari ini Kak Siti ingin mengajak adik-adik untuk bersama-sama mensyukuri anugerah yang

SULIT Pendidikan Moral [042]

8 Orang yang rajin akan berusaha secara ………… tanpa jemu.

A perlahanB diamC bersopanD berterusan

9 Perlakuan di atas menunjukkan …………………….

A gaya hidup sihatB gaya hidup orang yang gembiraC gaya hidup tidak suka bersosialD gaya hidup disukai ramai

10 Walaupun Encik Raman berjawatan tinggi di syarikatnya, dia tidak pernah ………….. diri terhadap pekerjanya.

A lupaB merendahC meninggiD merajuk

11 ……………………………. orang lain mesti diambil kira apabila menyelesaikan masalah.

A MasalahB KemarahanC KepentinganD Kesukaran

12 Rani meminta maaf kepada adiknya kerana telah …………….. adiknya merosakkan jam tangannya.

A memaksaB menuduhC menolongD membiarkan

13 Kita perlu mengawal perasaan …………… apabila ada rakan yang melakukan kesalahan.

A marahB kecewaC sedihD gembira

042@2016Hak Cipta SK Bukit Kuchai SULIT 2

Tidak merokok Tidak terlibat dalam aktiviti ponteng sekolah Tidak menagih dadah Tidak minum arak

Page 3: e-perkhidmatan.com · Web viewHai, adik-adik! Apa khabar, diharap semuanya sihat sejahtera. Hari ini Kak Siti ingin mengajak adik-adik untuk bersama-sama mensyukuri anugerah yang

SULIT Pendidikan Moral [042]

14 Jonny tetap mahu ………… dahulu tuduhan Ali yang mengatakan adiknya menghisap rokok.

A melihatB bertanyaC jumpaD menyiasat

15 Pilih amalan hemah tinggi dalam perkhidmatan kerajaanI. Bertanya keperluan pelanggan dengan sopanII. Menegur dengan baik kesilapan pelanggan mengisi borangIII. Sentiasa memberikan senyumanIV. Melayan kerenah warga tua dengan sabar.

A I, II dan IVB I, III dan IVC II, III dan IVD I, II, III dan IV

(30 markah)

Bahagian B: Gariskan jawapan yang betul.

1 Orang yang mengamalkan nilai kesederhanaan tidak akan bersikap ( keterlaluan , ketakutan )

2 ( Pertemuan , Perbincangan ) adalah perlu untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

3 Seseorang yang ( bercakap , berfikir ) sebelum bertindak akan membuat tindakan yang akan memuaskan hati semua pihak.

4 Encik Ali telah memanggil isterinya duduk berbincang untuk ( menyelesaikan , menghapuskan ) masalah anak mereka yang kerap ponteng sekolah.

(4 markah)

Bahagian C: Baca soalan dan jawab semua soalan dibawah

1 Nyatakan tiga orang bekas Perdana Menteri Malaysia.

(a) ______________________________________________________________________________

(b) ______________________________________________________________________________

(c) ______________________________________________________________________________

2 Nyatakan tiga cara untuk kita menghargai jasa tokoh negara.

(a) ______________________________________________________________________________

(b) ______________________________________________________________________________

(c) ______________________________________________________________________________

(6 markah)

042@2016Hak Cipta SK Bukit Kuchai SULIT 3

Page 4: e-perkhidmatan.com · Web viewHai, adik-adik! Apa khabar, diharap semuanya sihat sejahtera. Hari ini Kak Siti ingin mengajak adik-adik untuk bersama-sama mensyukuri anugerah yang

SULIT Pendidikan Moral [042]

Bahagian D: Lengkapkan perbualan di bawah dengan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Sanjay : Abu, Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar berasa (1)……………………..……. dan

(2)………………………….…….. kepada Tuhan dengan keadaan negara kita yang

(3) ……………………….…………. damai.

Abu : Betul tu Sanjay. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain sering dilanda

peperangan dan bencana alam. Malaysia pula sebaliknya. Malah hari demi hari (4)

…………………………….…………. di negara kita semakin (5)

……………………..…………..…

Sanjay : Kita lihat sahaja industri pelancongan. Semakin ramai pelancong asing yang

datang kerana tertarik dengan (6) …………….…………………………..….. yang

(7) ………………...…………………. dan indah di Negara kita. Banyak kawasan

Tanah tinggi, hutan, pantai dan laut yang menjadi tumpuan pelancong.

Misalnya Pulau Langkawi. Tanah Tinggi Genting, Taman Negara dan

(8) ………………………………………..…….

Abu : Rakyat pula walaupun pelbagai kaum, masih dapat (9) ………...…………………..

dan (10) …………………………….. Masing-masing menjalani kehidupan dengan

amalan hidup (11) …………………………………… Saban hari mereka dengan

tugas masing-masing tetapi masih ada masa untuk beriadah dan bersenam.

Kesemuanya untuk memastikan diri sentiasa (12)……………..……………………

dan sihat.

(12 markah)

042@2016Hak Cipta SK Bukit Kuchai SULIT 4

Alam sekitar bersih bersatu padu sihat bekerjasama aman

Pulau Redang pesat bersyukur gembira pembangunan cergas

Page 5: e-perkhidmatan.com · Web viewHai, adik-adik! Apa khabar, diharap semuanya sihat sejahtera. Hari ini Kak Siti ingin mengajak adik-adik untuk bersama-sama mensyukuri anugerah yang

SULIT Pendidikan Moral [042]

Bahagian E: Tanda (√ ) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah.

1 Ah Chong berdiri tegak ketika menyanyikan Lagu Negaraku. ( )

2 Raju mengalas meja dengan menggunakan Jalur Gemilang. ( )

3 Mala menyanyikan Lagu Negaraku ketika duduk dalam kereta. ( )

4 Aravind berhenti bermain di padang apabila terdengar nyanyian Lagu Negaraku. ( )

5 Siti dan kawannya Leela leka makan, walaupun Lagu Negaraku sedang dimainkan. ( )

6 Seorang pegawai polis meminta duit untuk tidak memberi saman. ( )

7 Ahli sukan negara mengharumkan negara tanpa mengharapkan apa-apa balasan. ( )

8 Pemimpin negara yang baik ialah pemimpin yang tidak menyalahgunakan kuasa. ( )

9 Mewujudkan sifat jati diri cintakan Negara merupakan cara menghormati negara. ( )

10 Raju hanya berkawan dengan Ganesh dan Siva sahaja. ( )

(10 markah)

Bahagian F: Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat.

1 Raja membantu __________ rumah sepupunya yang telah ditenggelami air akibat banjir.

2 Zaidi membantu Encik Fatih ___________ keretanya yang rosak ke bahu jalan.

3 Danny melibatkan diri dalam program _____________ darah yang diadakan di balai raya.

4 Zain membantu jirannya ______________ pakaian kepada mangsa gempa bumi di Sabah.

5 David dan rakan- rakannya turut memberi _____________ moral kepada waris mangsa gempa bumi .

(5 markah)

042@2016Hak Cipta SK Bukit Kuchai SULIT 5

sokongan membersihkan mengagihkanmenolak derma

Page 6: e-perkhidmatan.com · Web viewHai, adik-adik! Apa khabar, diharap semuanya sihat sejahtera. Hari ini Kak Siti ingin mengajak adik-adik untuk bersama-sama mensyukuri anugerah yang

SULIT Pendidikan Moral [042]

Bahagian G: Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan.

Hai, adik-adik! Apa khabar, diharap semuanya sihat sejahtera. Hari ini Kak Siti ingin mengajak adik-adik untuk bersama-sama mensyukuri anugerah yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita. Bersyukur adalah satu kewajipan, ia bermaksud setiap manusia mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah diberikan.

Tuhan menganugerahkan kita kesihatan yang baik. Oleh itu, kita perlu menunjukkan kesyukuran dengan menjaga kesihatan supaya kita tidak

mudah jatuh sakit. Kita mesti mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan riadah, bersenam, mengambil makanan yang seimbang dan tidur secukupnya.

Keluarga yang bahagia merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Kita perlu mematuhi segala suruhan Tuhan dengan menjaga dan menyayangi keluarga kita. Ini akan memupuk kemesraan antara keluarga dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tahukah adik-adik, tuhan telah mencipta alam ini dengan begitu indah sekali? Oleh itu kita tidak boleh melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Kita hendaklah bersama-sama menjaga anugerah tuhan ini dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat, mengamalkan kitar semula dan membersihkan kawasan sekitar tempat tinggal atau sekolah.

1 Apakah yang dimaksudkan dengan “Bersyukur kepada Tuhan”?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

2 Nyatakan 2 cara menjaga kesihatan yang dianugerahkan oleh tuhan.

a) ________________________________________________________________________

b) ________________________________________________________________________

3 Bagaimanakah kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

4 Nyatakan apakah kepentingan membina keluarga yang bahagia?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

5 Pada pandangan kamu, apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak mensyukuri nikmat yang

dikurniakan oleh Tuhan?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(6 markah)

042@2016Hak Cipta SK Bukit Kuchai SULIT 6

Page 7: e-perkhidmatan.com · Web viewHai, adik-adik! Apa khabar, diharap semuanya sihat sejahtera. Hari ini Kak Siti ingin mengajak adik-adik untuk bersama-sama mensyukuri anugerah yang

SULIT Pendidikan Moral [042]

Bahagian H: Tulis nilai yang menunjukkan maksud nilai yang betul.

No Maksud Nilai Nilai

1 Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

2 Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

3 Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

4 Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

(4 markah)

Bahagian I: Tulis dialog yang mempunyai nilai adab sopan berdasarkan gambar.

1

Anak : “…………………………………………………………………….

……………………………………………………………………”

2

Kerani : “…………………………………………………………………….

…………………………………………………………………….”

042@2016Hak Cipta SK Bukit Kuchai SULIT 7

Harga diriBerterima kasihKasih sayangHemah tinggi

Page 8: e-perkhidmatan.com · Web viewHai, adik-adik! Apa khabar, diharap semuanya sihat sejahtera. Hari ini Kak Siti ingin mengajak adik-adik untuk bersama-sama mensyukuri anugerah yang

SULIT Pendidikan Moral [042]

3

Anak : “…………………………………………………………………….

…………………………………………………………………….”

(3 markah)

Soalan Tamat

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................................ ..............................................................(RAJESWARE GOVINDASAMY) (PN MEERA RAMASUNDRAN)Guru Pendidikan Moral Tahun 6 Ketua Panitia Pendidikan MoralSK Bukit Kuchai SK Bukit Kuchai

Disahkan oleh, Dilihat oleh:

.............................................................................................. ..........................................................(EN KHAIRI ANUAR BIN MOHAMED YUSOP) ( )Penolong Kanan Pentadbiran ibu/bapa/penjagaSK Bukit Kuchai

042@2016Hak Cipta SK Bukit Kuchai SULIT 8

PENILAIAN MARKAHKomunikasi / 5Kerajinan / Kerja harian / 5Kelakuan / sikap / 5Kebersihan / 5

JUMLAH / 20