Upload
sweet-misery
View
300
Download
14
Embed Size (px)
1.0 PENGENALAN
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan salah satu
program melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang
dilaksanakan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan dalam usaha
melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman
dadah dan gejala sosial.
Program ini diadakan disekolah bertujuan untuk memberi impak yang
lebih dengan penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti sepert pertandingan
sajak, pertandingan melukis poster, kuiz dan mesej PPDa. Ini adalah selaras
dengan Dasar dan Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan tahun
2012 sebagai tahun ‘SEKOLAH BEBAS DADAH’. Matlamat Pendidikan Pencegahan
Dadah adalah untuk mempastikan semua murid memahami akan bahaya dadah,
inhalan, rokok dan AIDS. Justeru itu, dapat membina ketahanan diri yang tinggi
bagi menolak dadah. Empat strategi utama pencegahan awalan ini dilaksanakan
melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum, pembentukan sahsiah serta pengurusan
dan kepimpinan.
Oleh itu, Pengetua, guru-guru, kakitangan sekolah serta murid perlu
berganding bahu dan berusaha dengan lebih gigih untuk mempastikan tiada
murid yang akan terlibat dengan dadah pada hari ini, esok dan selama-lamanya.
MEMENUHI MASA LAPANG DENGAN KEGIATAN YANG
BERFAEDAH
MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERGUNA
DAN MANFAAT KEPADA MASYARAKAT
MENJADI RAKYAT BERILMU, BERAKHLAK MULIA DAN
MENGAMALKAN CARA HIDUP SIHAT DAN CERGAS
MENYEDIAKAN DIRI UNTUK MENGISI KEPERLUAN WAWASAN
PENDIDIKAN DAN
MEMBANTU SEGALA USAHA BAGI MEMBEBASKAN NEGARA
MALAYSIA DARIPADA ANCAMAN DADAH
2.0
IKRAR ANTI-DADAH
BAHAWASANYA KAMI
PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
BERIKRAR
UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARIPADA DADAH
PADA SETIAP MASA
DENGAN
3.0 LAPORAN AKTIVITI MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
(PPDa)
3.1 PELANCARAN MINGGU PPDa
Tanggal 11 Jun 2012 hingga 15 Jun 2012 merupakan Minggu PPDa
peringkat sekolah SMK Jinjang bagi tahun 2012. Tema Minggu PPDa pada
tahun ini ialah ‘1 Malaysia Membanteras Dadah’. Pelancaran tersebut
telah dilakukan oleh Pn. Tian Lee Yuan, PK HEM. Pada hari pelancaran juga
turut diadakan bacaan ikrar oleh wakil pelajar. Tujuan diadakan minggu
PPDa ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya
najis dadah, inhalan, rokok dan AIDS.
Pelbagai aktiviti telah dirancang yang melibatkan murid-murid di
antaranya ialah:
Bacaan Ikrar Antidadah oleh wakil pelajar seramai lima orang.
Penyampaian Mesej 5 Minit dan kuiz tentang dadah semasa
perhimpunan disampaikan oleh murid. Mesej 5 Minit dijalankan
ketika perhimpunan sesi pagi dan petang.
Persembahan Drama oleh pelajar Tingkatan 6 Atas dibimbing oleh
Pn Banusha A/P Balasingam
Persembahan Melukis Poster Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 4.
Pertandingan Mendeklamasi Sajak
Ceramah mengenai dadah
Pameran di Dewan PIBG
3.2 LAPORAN AKTIVITI PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TINGKATAN
PERALIHAN, TINGKATAN 1, 2 DAN 4
Pertandingan melukis poster telah di jalankan dari 11 Jun hingga 13 Jun
2012. Guru Pendidikan Seni Visual memastikan pelajar melukis poster
bertemakan ‘1 Malaysia Membanteras Dadah’. Kelas yang terlibat ialah
Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4. Pelajar telah menunjukkan kesungguhan untuk
melukis poster berdasarkan tema yang di beri. Guru Penyelaras Pertandingan
Melukis Poster ialah En. Yusly (Pagi) dan Cik Najibah (Petang). Lukisan Poster
yang menang telah dipamerkan semasa pameran PPDa.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
TINGKATAN PERALIHAN
BIL NAMA TINGKATAN1.2.3.
TINGKATAN SATU
BIL NAMA TINGKATAN1.2.3.
TINGKATAN DUA
BIL NAMA TINGKATAN1.2.3.
TINGKATAN EMPAT
BIL NAMA TINGKATAN1. WONG SUM YUE 4A102. YUP SENG KIT 4A63. LOKE CHEN MUN 4A6
3.4 LAPORAN CERAMAH
Aktiviti yang dijalankan pada Minggu PPDa ialah ceramah. Ceramah ini
diadakan pada 15 Jun 2012 (Jumaat) jam 7.30 pagi dan sesi petang 2.45 petang
bertempat di Tapak Perhimpunan. Penceramah Jemputan ialah En. Roslan Bin
Yahya, merupakan wakil dari Persatuan PENGASIH Malaysia. Beliau
berpengalaman menyampaikan ceramah di sekolah, menyertai konsultan dan
sering mengadakan ceramah untuk Badan-badan Bukan Kerajaan. Tajuk
ceramah beliau ialah “Cara Menangani Dadah dalam Kalangan Murid”.
Ceramah disampaikan selama 45 minit ini Berjaya menarik minat pelajar dimana
beliau telah mengemukakan soalan serta memberi hadiah kepada pelajar yang
dapat menjawab dengan pantas dan tepat. Pelajar dapat mengutip banyak
maklumat dan pengetahuan dari ceramah yang telah diadakan.
GAMBAR SEKITAR MINGGU PPDa 2012
PERINGKAT SEKOLAH
Soalan Kuiz PPDa
1. Apa itu OPIAT?
2. Sebahagian dari opiate seperti candu, morfin, heroin dan kokain di perolehi
dari?
3. Apakah itu pergantungan terhadap dadah?
4. Rawatan Detofikasi ialah?
5. Rawatan Detofikasi yang diamalkan di pusat-pusat pemulihan dan hospital
adalah rawatan?
6. AIDS adalah?
7. AIDS adalah penyakit penularan seksual yang disebabkan oleh virus?
8. Virus HIV hanya dapat memasuki badan melalui 3 cara sahaja iaitu?
9. Nikotin adalah sejenis?
10. 2 Langkah untuk berhenti merokok ialah
11. Bagaimana mengelakkan diri daripada terpengaruh dadah?
3.5 KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) ZON SENTUL
TARIKH : 30 Jun 2012 (Sabtu)
TEMPAT : SMK Segambut Jaya
MASA : 7.00 pagi – 2.00 petang
TEMA : “1 Malaysia Membanteras Dadah”
BIL PERTANDINGAN TINGKATAN
1.
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER Peserta (Menengah Atas) ialah Lee Can
Mei (4A10)Pn. Wan Noraini
2.PERTANDINGAN SAJAK
Peserta ialah Nor Farhana (3A1) Pn. Wan Noraini
Dalam pertandingan yang telah di sertai oleh wakil sekolah, SMK Jinjang
tidak berjaya memperolehi kemenangan. Berusaha lagi untuk tahun lepas.
4.0 PENUTUP
Secara keseluruhan Minggu PPDa Peringkat Sekolah 2012 telah Berjaya
dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Melalui program ini
warga sekolah khususnya murid, guru, kakitangan pendidik dan ibu bapa dapat
diberi pengetahuan, kesedaran agar mereka menjauhi dadah. Kerjasama dan
sokongan daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk merealisasikan
“Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”