Doa Majlis Kahwin 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

doa kahwin

Citation preview

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, ampunkanlah dosa-dosa kami.

Berikanlah taufik dan hidayah kepada jiwa-jiwa kami dan orang-orang yang kami sayangi.Janganlah Engkau memalingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kamidan berikanlah kami rahmat-Mu yang besar.

Ya Allah ya Tuhan kami,sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu dan ingin mencari keredhaan-Mu.Kayakanlah kami dengan ilmu, muliakanlah kami dengan takwadan elokkanlah kami dengan akhlak yang baik.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berkatilah majlis perkahwinan ini.Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada (nama) dan (nama).Kurniakanlah mereka kelak zuriat yang soleh dan solehah.Kekalkanlah jodoh mereka hingga ke jannah,juga sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada pasangan pengantin ini agar kekal abadi.Aman damai yang berkekalan di alam rumah tangga,sihat wal afiat, dimurahkan rezeki dan diberkatkan usiaserta mendapat syafaat daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,satukanlah hati (nama) dan (nama) seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha, juga seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.Jadikanlah ya Allah, maksud hidup Nabi Muhammad SAW sekeluarga sebagai maksud hidup kami dan umat ini hingga hari kiamat.