4
P اَ ل حَ مْ دُ ِ له لِ ، ُ هُ دَ مْ حَ نُ هُ نْ يِ عَ تْ سَ نَ وُ هُ رِ فْ غَ تْ سَ نَ وُ ذْ وُ غَ نَ وِ له ل اِ بْ ) نِ مِ رْ وُ رُ . ش اَ نِ سُ فْ نَ 3 اْ ) نِ مَ وِ اتَ 3 ِ ّ يَ س اَ نِ ل اَ مْ عَ 3 اْ ) نَ مِ هِ دْ هَ يُ له ل اَ لاَ فَ ّ لِ ضُ مُ هَ لْ ) نَ مَ وُ هْ لِ لْ ضُ يَ لاَ فَ يِ اذَ هُ هَ ل، وَ ص ل اَ ّ لاَ هُ وَ س ل اَ ّ لاَ مُ عَ ى لَ رَ سُ وْ لِ نَ ا3 لا اَ مِ نْ ) نِ وَ عَ ى لَ لT اِ هِ وَ 3 اَ صْ حَ ابِ هِ 3 اَ جْ مَ عِ نْ ) نَ . Ya Allah , Tuhan Semesta Alam , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada- Mu kerana telah mengizinkan kami untuk menyambut dan meraikan lawatan Penanda Aras Jabatan Pelajaran Negeri Kedah/Sarawak ke Jabatan Pelajaran Selangor pada pagi yang berbahagia ini . Mudah-mudahan lawatan ini akan menjadi medan yang subur untuk kami bekerjasama dan bertukar-tukar pengalaman demi

Doa Lawatan Penanda Aras PPG Kota Kinabalu 2005

Embed Size (px)

Citation preview

P

P

.Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk menyambut dan meraikan lawatan Penanda Aras Jabatan Pelajaran Negeri Kedah/Sarawak ke Jabatan Pelajaran Selangor pada pagi yang berbahagia ini . Mudah-mudahan lawatan ini akan menjadi medan yang subur untuk kami bekerjasama dan bertukar-tukar pengalaman demi memantapkan proses pengurusan pendidikan negeri kami khasnya dan pendidikan di Malaysia amnya, di samping mengeratkan tali silaturrahmi antara kami .

Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid ,

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja dan puji pancaran cahaya langit dan bumi,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .

Ya Allah , Tuhan Yang Mencipta Makhluk Berpasang-pasangan ,

Ya Allah , jadikanlah majlis permuafakatan kami ini sebagai perkongsian pintar yang diberkati dan dirahmati . Dan berikanlah kami kekuatan untuk menyebarluaskan pengalaman dan nikmat yang telah kami perolehi setakat ini untuk dikongsi pakai oleh sahabat seperjuangan kami, moga dengan ini kami akan sama-sama menuju kecemerlangan.