Upload
others
View
9
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Disusun oleh Norhairie Nordin
Norhairie Nordin
012-3387287
http://hairiebmtutor.wordpress.com/
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
2 PANDUAN Sijil Peperiksaan Malaysia : Bahasa Melayu
Rahsia Soalan SPM – Bahagian B
Bentuk Soalan:
Terdapat dua bentuk soalan :
1. Berformat Khusus
2. Berformat Umum.
3 jenis soalan yang ditanya:
1. Interpersonal – Sosial
2. Bidang Maklumat - Fakta
3. Bidang Estetika – Keperihalan
Aspek Pembahagian markah
Aspek Markah
Ketepatan
Isi
Bahasa
Pengolahan Bahasa
Jumlah Markah 100
Soalan Ruang Lingkup atau Tema Soalan
1 Isu yang berkaitan diri pelajar atau remaja
2 Isu yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan, warga tua dan
sebagainya.
3 Isu yang berkaitan dengan masyarakat dan persekitaran kita
4 Isu yang berkaitan dengan global atau serantau
5 Isu yang berkaitan dengan elemen KOMSAS
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
3 Tema – tema popular dalam percubaan SPM 2019
1. Amalan membaca – Isu membaca, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya, Pusat
Sumber Sekolah.
2. Remaja – Bakat dan Potensi, Sahsiah, Tingkah Laku Remaja.
3. Perniagaan – Koperasi Sekolah, Amanah Saham, Urus Niaga dalam Talian,
Keusahawanan, Pelaburan Asing
4. Kebajikan – Warga Emas, Orang Kelainan Upaya
5. Peranan Ibu Bapa – Anak (cemerlang, menguasai pelbagai bidang, amalan
membaca, bidang perniagaan)
6. Jati diri (Patriotisme) – Sastera, Permainan Tradisional, Buah-buahan tempatan
7. Pendidikan – Menghargai Jasa Guru,
8. Kesihatan – Tumbuhan Herba, Perubatan Tradisional, Makanan Tambahan
Nota Penting : Saya hanya memfokuskan soalan nombor 1 hingga nombor 3 pada kertas 1
bahagian B sahaja. Untuk peminat karangan format; fokuskan laporan.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
4
STRATEGI MEMBINA PERENGGAN 7 BINTANG
Catatan:
Ungkapan menarik boleh terdiri daripada peribahasa, simpulan bahasa, bidalan, pepatah,
perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang-
orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan juga moto atau slogan.
Fakta Menarik dan Tepat perlu dimasukkan dalam setiap karangan. Fakta menarik akan
membantu mengukuhkan sesuatu karangan agar kelihatan seperti betul, tepat dan sahih
sumbernya. Fakta tepat diperolehi melalui pembacaan sama ada dalam media cetak mahupun
media elektronik.
7 BINTANG
Isi Utama (Ayat Topik/ AT) :
Mesti menjawab tugasan yang
diberikan dalam soalan
Gunakan ayat majmuk
Contoh (Ayat Contoh / AC) :
Bukti penyokong kepada isi utama
dalam bentuk :
Data statistik
Pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati.
Penemuan atau kajian sains.
Contoh langsung.
Kosa Kata Menarik (KKM) :
Kata / istilah yang terkini,
tepat dan menarik
Frasa menarik (FM) :
Frasa puitis yang menarik dan
tepat dengan fakta
Ungkapan Menarik (UM) :
Kata-kata Tokoh / Peribahasa /
Kutip Langsung
Huraian (Ayat Huraian / AH) :
Pengembangan isi
berdasarkan isi utama.
Boleh merangkumi aspek
persoalan :
o Bagaimana
o Mengapa
o Dimana
o Siapa
o Apa
Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
Gunakan kosa kata,
ungkapan atau frasa
menarik.
Kesimpulan (AP) :
Penutup kepada perenggan
Menegaskan semula isi
utama.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
5 Penanda Wacana Menarik juga membantu kejelekitan dalam sesebuah karangan sama ada
kejelekitan dalam sesuatau perenggan sewaktu mengolah sesuatu isi mahupun kejelekitan antara
perenggan, iaitu antara suatu isi dengan isi-isi yang lain.
Huraian Ayat Contoh merupakan ayat yang menghuraikan contoh yang diberi. Sesuatu contoh
yang diberikan dalam menghuraikan sesuatu isi haruslah dihuraikan dengan baik. Huraian contoh
ini perlu menggunakan ayat-ayat yang ampuh dan dicanai dengan baik.
1. PANDUAN MUDAH UNTUK MENULIS SATU
PERENGGAN ISI 7 BINTANG BAGI BAHAGIAN
A DAN B.
2. PENANDA WACANA
Untuk menulis Ayat Topik anda perlu menjawab soalan
berikut.
Apakah isi yang menepati tugasan, tema atau
kehendak soalan?
Untuk menulis Ayat-ayat Huraian anda boleh
menggunakan soalan-soalan berikut.
Mengapakah isi ini berkaitan dengan tugasan?
Bagaimanakah isi ini dapat diaplikasikan?
Apakah impak atau kesan jika isi ini dilaksanakan?
Siapakah yang terlibat dengan isi ini?
Apakah ungkapan menarik yang dapat digunakan
untuk menggambar apa-apa situasi yang berlaku
semasa isi ini dikembangkan?
Apakah faedah yang diperoleh jika isi ini
diaplikasikan?
# Pilih dan gunakan soalan yang sesuai sahaja. Untuk
menulis Ayat Contoh anda boleh menjawab soalan-soalan
berikut.
Apakah contoh, pendapat orang ternama atau fakta
yang sesuai dengan isi ini?
Apakah kaitan contoh ini dengan isi?
Bagaimanakah contoh, pendapat orang ternama
atau fakta ini dapat membantu menguatkan hujah
anda bagi isi ini?
Apakah ungkapan menarik yang boleh digunakan
untuk ayat contoh?
Adakah contoh atau nama yang digunakan benar
dan tepat?
Untuk menulis Ayat Penegas anda boleh menggunakan
mana-mana satu soalan berikut.
Apakah perkaitan isi ini dengan tugasan, tema atau
kehendak soalan?
Apakah impak isi ini kepada tugasan?
Adakah contoh atau nama yang digunakan benar
atau tepat?
Penanda Wacana merupakan perangkai ayat untuk
menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea
dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenngan.
Beberapa penanda wacana yang sering digunakan adalah
seperti berikut :
Selain itu.
Akhirnya.
Pada umumnya.
Keadaan ini.
Seterusnya.
Keseluruhannya.
Namun begitu
Jadi.
Tegasnya.
Akibatnya.
Sementara.
Dalam nada berbeza.
Begitu jua
Kalau demikian.
Sebaliknya.
Walau bagaimanapun.
Sejajar dengan itu.
Walaupun.
Sebelumnya.
Meskipun demikian.
Kesimpulannya
Kini,
Oleh hal demikian,
Pada amnya,
Khususnya,
Dengan perkataan lain,
Pada keseluruhannya,
Ringkasnya,
Jelaslah,
Tuntasnya,
Intihannya,
Oleh yang demikian,
Selain itu,
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
6
Peringatan.
Semua jawapan mesti ditulis dalam satu
perenggan.
Susun jawapan anda mengikut kesesuaian atau
keutamaan
Gunakan penanda wacana untuk menjamin
kesinambungan ayat-ayat.
Gunakan istilah-istilah baru seperti cakna, culas,
luwes, anggun dan sebagainya.
Peringatan : Elakkan daripada menggunakan kata
hubung sebagai penanda wacana.
a. Penanda Wacana Untuk Memulakan
Ayat Pendahuluan Karangan.
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir
umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini
tentang isu…
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang
serba akal serta minda kita telah….
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita
semakin menghampiri ambang 2020.
Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai
cabaran dan rintangan yang bakal menghambat…
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak
lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan
Negara yang semakin gah di persada dunia kita
PENDAHULUAN
Jenis-jenis pendahuluan :-
(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana dan isu semasa
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah
bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis,
jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes
pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke
semasa.
PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT –
menyatakan pendapat seseorang tokoh
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan yang tidak terancang. Walau bagaimanapun pembangunan tidak
boleh dihentikan sama sekali. Tindakan yang perlu diambil adalah dengan mengurangkan
pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan dengan bijak.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
7 PENDAHULUAN JENIS SUASANA –
menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan
sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang
memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat
mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN –
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah
yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang
itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh
mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA –
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing”
amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah
komuniti.
PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASA
Mengaitkan isu semasa berdasarkan tema karangan.
Dewasa ini, amalan menabung kian terhakis dalam jiwa masyarakat terutamanya golongan
remaja yang obses dalam membelanjakan wang mereka ke arah keseronokan sementara angkara
pengaruh budaya kuning.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
8 Bahagian A
[Masa dicadangkan: 45 minit]
[30 markah]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda sumbangan masyarakat terhadap
orang kurang upaya. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PENDAHULUAN
- Zaman dahulu – OKU diabaikan
- Kini masyarakat perlu berubah
- OKU juga memberi sumbangan kepada Negara dalam pelbagai aspek – hak mereka
ISI-ISI:
1. Menyediakan bahan bacaan berbentuk `braille’.
- Menempatkan bahan-bahan tersebut di perpustakaan awam dan juga swasta.
- Menjual dengan harga subsidi
2. Membantu meringankan bebanan OKU.
- Sumbangan kerusi roda.
- Menyediakan kerusi roda di tempat-tempat strategik.
- Menyediakan kemudahan khusus untuk OKU yang berkerusi roda.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
9
3. Kemudahan belajar hingga ke universiti.
- Memberi ruang dan peluang kepada OKU untuk melanjutkan pelajaran di menara gading.
- Menyediakan pelbagai kemudahan belajar, seperti laluan, bilik asrama, kantin, bilik kuliah
yang mesra
OKU.
4. Sukan Paralimpik (Tambahan)
- Penganjuran sukan Paralimpik di peringkat daerah, negeri, negara dan kebangsaan.
- Memberi sokongan moral terhadap penyertaan mereka.
- Menyediakan bimbingan jurulatih.
KESIMPULAN
- OKU juga makhluk tuhan, berhak mendapat kehidupan sempurna seperti insan lain.
- Turut mempunyai kelebihan dan kemahuan seperti orang lain.
- Sumbang perlu berterusan sebagai tanggungjawab sosial.
- Bersama-sama berganding bahu membawa cabaran negara menjelang tahun 2020.
FAEDAH-FAEDAH KOPERASI DI SEKOLAH ( Bahagian A)
Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini, pihak sekolah telah
menubuhkan koperasi di sekolah untuk kemudahan warganya, khususnya golongan pelajar dan
juga guru. Kewujudan koperasi di sekolah sebenarnya menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam
usaha meningkatkan abiliti sekolah sebagai pusat perkembangan ilmu kerana turut menjadi
pemudah cara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di alma mater. Persoalannya kini, apakah
kebaikan penubuhan koperasi sekolah kepada warga sekolah itu sendiri?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar atau guru dapat membeli barangan
dengan harga yang lebih murah. Hal ini demikian kerana mereka dapat menikmati barangan
yang harganya berpatutan dan barangan yang berkualiti tidak seperti di kedai buku atau alat tulis
yang berada di luar sekolah. Sebagai analogi, pelajar dapat membeli sebatang pen di koperasi
dengan harga yang rendah berbanding membeli sebatang pen di pasar raya, secara tidak langsung,
pelajar dapat menjimatkan wang untuk membeli alat-alat tulis dan buku-buku rujukan bagi
meningkatkan prestasi pembelajaran. Tegasnya, koperasi menawarkan barangan yang harganya
berpatutan dan berkualiti kepada warga sekolah agar pembelian mereka lebih berbaloi bak kata
peribahasa, __________________________________________________________.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
10 Selain itu, koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid kerana mereka
tidak perlu pergi ke kedai-kedai yang jauh daripada rumah mereka kerana hanya ingin
memfotostat hanya sehelai kertas. Sudah tentu perkara ini akan menjadi suatu beban buat mereka
terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan
tersebut. Bukti terbaik ialah dengan adanya perkhidmatan fotostat di koperasi sekolah, perkara
ini dapat membantu murid-murid mengatasi kemelut yang melanda lantaran memudahkan kerja-
kerja kursus untuk disiapkan oleh pelajar terutamanya mereka yang berada pada peringkat
menengah rendah. Pendenk kata, para pelajar yang tidak memanfaatkan kemudahan dan
perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi sekolah bukan sahaja menyusahkan diri malah
dianggap seperti ________________________________________________________.
Bukan setakat itu sahaja, koperasi membolehkan anak-anak muridnya mengetahui asas
perniagaan kerana apabila pelajar mengendalikan urus niaga di koperasi, mereka dapat
memahami dan menguasai asas perniagaan. Pengalaman baru ini tidak dapat dipelajari dalam
silibus sekolah dan merupakan satu pendekatan yang baik untuk mempraktikkan apa-apa yang
dipelajari di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, pelajar dapat berinteraksi dan bertukar-tukar
pendapat dengan pelajar yang lain dan guru tentang selok-belok dalam urus niaga. Malah,
mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka supaya mereka tidak menjadi seperti
__________________________________________ apabila menceburi dunia keusahawanan
bagi menjanakan kemajuan negara.
___________________________________________, koperasi mendatangkan banyak
faedah kepada warga sekolah mahupun pihak sekolah. Oleh hal yang demikian kita perlu
bersyukur dan menghargai ahli jawatankuasa koperasi yang begitu bersungguh- sungguh
mengendalikan dan mengurus hal ehwal koperasi. Tanpa usaha gigih mereka, koperasi sekolah
sudah pasti bagai sebutir batu berlian yang tidak berguna. Marilah kita bersama-sama bagai
___________________________ meneruskan usaha kita dalam menjayakan koperasi sekolah
demi mengecapi visi kudsi wawasan 2020 yang diimpikan dan diwara-warakan oleh mantan
Perdana Menteri yang keempat dan semua lapisan masyarakat.
Menghargai Jasa Guru ( Bahagian A)
Tugas guru ialah mengajar di sekolah untuk mendidik pewaris kepimpinan masa hadapan
supaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Tidak syak lagi, guru juga ibarat
ibu bapa kedua kepada pelajar kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Atas
kesedaran inilah, sebagai murid kita sewajarnya menghargai guru lantaran terdapat banyak cara
untuk menghargai insan istimewa ini.
Salah satu cara terbaik untuk menghargai jasa guru ialah dengan menghormati mereka.
Sebagaimana kita maklum, guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu yang berguna
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
11 kepada diri kita. Sebagai contohnya, kita boleh mengucapkan salam apabila berjumpa
dengan guru. Usahlah kita bersikap sombong terhadap guru kerana segala ajaran yang mereka
sampaikan semata-mata untuk mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna bukannya
menjadi individu ____________________________.
Selanjutnya, pelajar juga dapat menghargai guru mereka dengan cara menyiapkan kerja
sekolah yang telah diamanahkan. Umum mengetahui bahawa guru memberikan kerja sekolah
bukannya untuk membebankan pelajar, sebaliknya sebagai latihan tambahan atau pengukuhan di
rumah. Bukti terbaik ialah kita mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan
kerana jika terdapat kesalahan dalam latihan, guru akan membetulkannya. Sudah pasti, hal ini
dapat membantu pelajar untuk membuat pembetulan sebagaimana kata falsafah,
______________________________.
Akhir sekali, pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada mereka dengan
mengenang jasa guru. Dalam konteks ini, pelajar boleh membantu guru dengan membawakan
buku-buku guru ke bilik guru atau mengadakan sesuatu program untuk menghargai mereka.
Contohnya, kita boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan Hari Guru pada setiap
16 Mei. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga terhadap pelajarnya sekaligus berasa
diri mereka dihargai bak kata pepatah,_______________________________________________.
_____________________________, guru ibarat lilin yang membakar diri, sanggup
menerangi orang lain. Sedarlah bahawa setiap pelajar perlu menghargai guru. Hal ini demikian
kerana, jasa guru tidak ternilai harganya dalam melahirkan insan-insan berjaya, iaitu individu
yang cemerlang, gemilang terbilang sebagai menyahut seruan mantan Perdana Menteri Malaysia,
Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Contoh karangan Bahagian B - Manfaat Amalan Membaca
___________________________, namun budaya membaca dalam kalangan rakyat
Malaysia masih rendah. Kajian menunjukkan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya
membaca dua buah buku setahun. Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan
rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara maju di dunia
ibarat _______________________________________. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia
sedar akan pelbagai faedah yang bakal diperoleh apabila mereka membaca?
Umum mengetahui bahawa, __________________________ justeru sikap membaca
buku ini merupakan cara terbaik dalam menambahkan pengetahuan. Hal ini demikian kerana
melalui pembacaan seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku di dalam
negara atau di luar negara. Oleh hal yang demikian mereka tidak akan menjadi
________________________, tidak peka dan endah akan perkembangan mutakhir. Bukti terbaik
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
12 ialah melalui pembacaan, pembaca berpeluang mempelajari sejarah dan budaya masyarakat
dunia untuk dijadikan pedoman dan iktibar. Umpamanya mereka dapat mempelajari tamadun
Mesopotamia, Indus, Hwang Ho, Mesir Purba dan tamadan agung dunia agar mampu
mengembangkan idea dan jangkauan minda dalam mencontohi peradaban mereka. Pembaca
juga dapat mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik dan berbeza di negara yang
berlainan kerana _________________________. Tuntasnya, untuk memupuk budaya membaca
ini, kita perlulah menggalakkan anak-anak ke perpustakaan dan membeli bahan bacaan yang
bersesuaian untuk mereka kerana banyak membaca luas pengetahuan dan membaca ialah jendela
ilmu.
Selain itu, amalan membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata dalam kalangan
pelajar. Dasawarsa, ramai pelajar lemah dalam kertas Bahasa Melayu terutamanya dalam
penulisan esei kerana mereka kurang menguasai kosa kata. Malahan pelajar juga kurang cekap
berbahasa Inggeris juga turut dikaitkan dengan kekurangan kosa kata bahasa tersebut. Sebagai
contohnya, hal ini menghalang kejayaan pelaksanaan program MBMMBI iaitu usaha kerajaan
untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris ke arah menguasai
pelbagai ilmu pengetahuan pada peringkat globalisasi. Tabiat ini juga boleh menyumbang
kepada penemuan perkataan-perkataan dan istilah baharu terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi. _________________________________________, begitulah keadaannya apabila
membaca, kosa kata seseorang itu sentiasa bertambah dan khazanah bahasa seperti peribahasa
dan ungkapan menarik serta bunga-bunga bahasa semakin dikuasainya. Secara tidak langsung,
kita mampu melahirkan lebih banyak pejuang bahasa untuk meneruskan kepuitisan dan
keindahan bahasa ibunda laksana kata orang terdahulu,
____________________________________
Seterusnya, tabiat membaca boleh membantu pelajar bukan sekadar lulus bahkan
cemerlang dalam pencapaian prestasi akademik mereka. Tidak syak lagi, tabiat membaca boleh
membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan cepat dan mudah. Apatah lagi,
apabila mereka rajin membaca, mereka mampu mengasah ketajaman minda dalam hafal biarpun
dalam kalangan pelajar lemah kerana _______________________________________________
Misalannya, menelaah buku rujukan sekurang-kurangnya dua jam sehari sangat disyorkan
kepada pelajar dalam usaha memapankan kemampuan mereka dalam peperiksaan. Hakikatnya,
budaya membaca tidak harus dipandang enteng kerana lihatlah kelompok ilmuwan dan
intelektual, acap kali digelar _________ kerana semangat cinta akan buku. Peribahasa
__________________________________ sesuai kepada pelajar yang rajin membaca kerana
tabiat membaca juga dapat meningkatkan mutu akademik pelajar. Jelaslah bahawa, setiap pelajar
wajarlah mempupuk budaya membaca ini sebagai suatu tabiat lazim sungguhpun agak sukar
dilakukan tetapi percayalah, _________________________________________.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
13 Di samping itu, tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat
berfaedah kepada kita terutamanya golongan muda. _______________, oleh sebab itu seseorang
seharusnya mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti mengamalkan hobi membaca
buku. Negara kita memerlukan rakyat yang berpengetahuan untuk membangunkan negara dari
segi mentaliti dan fizikalnya. Secara analogi, masyarakat di negara Jepun yang maju menjadikan
amalan membaca sebagai budaya hidup mereka sehari-hari. Di negara matahari terbit itu, kita
dapat menemukan masyarakat Jepun yang membaca buku ketika di dalam kereta api, di stesen
bas, di taman-taman, atau di mana-mana sahaja asalkan ada kesempatan. Sebaliknya, di negara
kita, rakyat kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi, bermain dam di atas wakaf, atau
melepak di pusat-pusat beli belah mencerminkan mentaliti negara kita yang masih pada paras
yang rendah. Tidak hairanlah kerajaan sering mewara-warakan slogan ___________________
yang menggambarkan peri pentingnya amalan ini demi kemajuan negara. Secara rumusnya,
rakyat yang banyak membaca berupaya menjamin kemajuan negara sekali gus mencapai hasrat
kudsi negara mengejar wawasan 2020.
Akhir sekali, tabiat membaca juga ialah suatu cara untuk kita memperoleh kemahiran
yang berguna demi masa hadapan. Hal ini demikian kerana melalui buku-buku panduan atau
tunjuk cara, kita mampu menguasai kemahiran yang sangat dialu-alukan dalam mengejar dunia
teknologi dan serba canggih kini. Lebih-lebih lagi, amalan ini mampu menjadikan kita lebih
fleksibel dan versatil umpama ___________________________________ dalam apa-apa situasi.
Tamsilnya, kita boleh menguasai bahasa asing melalui buku panduan yang terdapat di pasaran
bagi meningkatkan kemahiran komunikasi kita. Sudah pasti, majikan akan lebih tertarik untuk
menggajikan kita andai kata kita lebih berkebolehan dan berkemampuan menguasai lebih
daripada dua bahasa. Sedar atau tidak, membaca bukan sahaja meningkatkan kemahiran dalam
diri malah kebolehpasaran kita setelah menamatkan pengajian sebagaimana dikaitkan dengan
peribahasa, ________________________________. Pendek kata, melalui tabiat membaca, kita
dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia yang lebih kompetitif dan berwibawa untuk
memimpin negara kelak kerana __________________________________________________
Natijahnya, berdasarkan faedah-faedah yang telah dibicarakan,
_______________________________________ bahawa tabiat membaca amat signifikan untuk
membangunkan intelektual rakyat negara ini . Tabiat membaca harus dipupuk sejak kecil kerana
___________________________ bagi merealisasikan hasrat ke arah meningkatkan purata
pembacaan rakyat negara ini. Sesungguhnya semua pihak harus berganding bahu bagai
___________________________________________ untuk meningkat budaya membaca dalam
kalangan masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah kekal tetapi tamadun ilmu boleh
merentas zaman.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
14 Dunia remaja dikatakan sebagai dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Bincangkan penyataan di atas
Remaja dapat didefinisikan sebagai individu yang berusia di antara 13 hingga 24 tahun.
Zaman remaja merupakan proses persediaan individu untuk melangkah kea lam dewasa. Dunia
remaja dipenuhi pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh para remaja. Jati diri
yang utuh dan keimanan yang kuat diperlukan oleh para remaja bagi mengelakkan diri daripada
tergelincir daripada norma-norma kehidupan yang sebenar.
Salah satu cabaran yang remaja mesti ditempuhi dalam kehidupan ialah cabaran sosial.
Generasi pascamerdeka kini lebih mementingkan budaya popular dan hedonisme berbanding
dengan agama. Pengaruh-pengaruh Barat yang berjaya meracuni fikiran mereka menyebabkan
mereka alpa dan lalai dengan dunia. Sebagai remaja yang pintar, kita seharusnya tidak
mengamalkan keseronokan melebihi ketaatan kepada agama. Sebagai contoh, budaya berpasang-
pasangan kini merupakan perkara biasa bagi golongan remaja. Hal ini, mencetuskan pelbagai
gejala sosial rentetan pergaulan bebas para remaja. Remaja seharusnya mempunyai jati diri yang
utuh untuk menangkis pengaruh negatif. Tuntasnya, remaja harus bijak mengatasi cabaran sosial
yag dihadapi kerana _____________________________________________________.
Selain itu, remaja kini berdepan dengan cabaran pelajaran yang kian meningkat. Hal
ini demikian kerana persaingan dalam kalangan remaja dalam bidang akademik amat hebat.
Remaja kini bersaing untuk mendapatkan pencapaian gemilang dalam peperiksaan bagi
melayakkan mereka mendapat tawaran belajar di luar Negara. Sebagai tamsilan, remaja harus
mempunyai jadual waktu belajar bagi memudahkan mereka mengatur masa untuk menelaah
pelajaran. Hal ini dapat membantu para remaja untuk belajar secara konsisten dan mengurangkan
tekanan yang dihadapi. Hasilnya, keputusan yang cemerlang dapat dicapai melalui usaha secara
istiqamah laksana kata mutiara, __________________________________________________.
Tegasnya, remaja harus pandai mengorak langkah menuju kejayaan agar mampu menggerakkan
pemodenan negara pada masa hadapan.
Seterusnya, dunia remaja juga sentiasa dipenuhi dengan cabaran emosi yang tidak stabil.
Remaja akan berdepan dengan pelbagai masalah yang dapat mengganggu kestabilan emosi
dalam meranjaui kehidupan mereka. Dalam hal ini remaja harus bijak mengatasi gangguan emosi
tanpa membiarkannya menular bagai kanser yang merosakkan anggota badan. Para remaja
seharusnya berfikiran positif dan sentiasa bersikap terbuka agar masalah yang memeningkan
kepala ini dapat diselesaikan. Secara analoginya, remaja harus bijak mengatasi perasaan sedih
agar perasaan itu tidak mematahkan semangat untuk berjaya dalam perkara yang sedang
diusahakan. Ironinya, remaja perlu menganggap segala musibah sebagai dugaan dan mempunyai
hikmat yang tersendiri. Oleh yang demikian, remaja harus kreatif dalam menggunakan sumber
yang ada untuk menghadapi kesukaran yang menimpa kerana kata orang, __________________
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
15 ______________________________________________
Akhir sekali, dunia remaja dipenuhi dengan cabaran mental dan fizikal yang
sebenarnya mematangkan usia. Remaja akan mengalami proses transformasi fizikal dan mental
yang menyebabkan mereka menjadi lebih berpengalaman dan berfikiran lebih terbuka. Para
remaja harus mempunyai mental yang kuat untuk menghadapi cabaran agar kecamukan minda
dapat dihindari. Bukti terbaik ialah remaja harus sentiasa berpandangan jauh agar mental tidak
tertekan dan sukma tidak menjadi resah. Para remaja juga harus menguatkan lagi fizikal mereka
agar biasa melakukan aktiviti harian dengan sempurna seperti yang disebut-sebut dalam
peribahasa, __________________________________________. Hakikatnya, remaja harus
mempunyai mental dan fizikal yang kuat ketika menghadapi peperiksaan. Intihanya, remaja
harus bijak mengatasi stress agar kesihatan diri terjamin dan mengecapi kualiti kehidupan yang
lebih bermutu dan bahagia.
________________________________________, remaja harus bijak menghadapi
cabaran yang mendatang sebagai persediaan melangkah ke alam dewasa. Remaja juga harus
menimba pengalaman berdasarkan cabaran yang dihadapi untuk digunakan pada masa hadapan
bagi menghadapi dunia yang diibaratkan __________________________________. Malar-
malar, remaja harus membuka fikiran mereka dan sentiasa berfikir di luar kotak untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Remaja merupakan cerucuk utama pelapis
kemajuan negara dan perlu dipupuk menjadi modal insan kelas pertama yang gemilang dari
segenap perspektif kerana _______________________________________________________.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi memartabatkan permainan
tradisional di negara kita.
Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat
berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan
disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk
kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh
yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan
tradisional yang _______________________________________. Antara jenis permainan
tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng,
guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang
diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional berkenaan
akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan
khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya
saya mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita?
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
16 Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional adalah
dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa ini
banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering
menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai
generasi muda, saya harus sedar bahawa saya berperanan memartabatkan permainan tradisional.
Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi berkaitan
dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan tradisional
agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang ada di negara kita.
Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan pelbagai permainan
tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri
untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden
yang semakin popular dalam kalangan remaja kerana _________________________________.
Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan
tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya
pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya
boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan
tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan-
rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat
memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan
diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada
pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik mengisi masa
dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini
sekali gus memanfaatkan waktu terluang kerana ________________________________
Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar sekolah
haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional menjadi
salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada pihak
sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian
daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan
permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan menyertai permainan tradisional
yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan
akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan
bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman
bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional
dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan
pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
17 jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan
tradisional kerana ___________________________________________
Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat cinta akan
budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional merupakan
budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh
generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil
sesuai dengan peribahasa___________________________. Jika asasnya telah kukuh maka
secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan memartabatkan
permainan tradisional. _________________________________kerana sesuatu yang sukar pada
awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga
yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula
menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan
tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia.
____________________________, remaja hendaklah berusaha mempopularkan
permainan tradisional agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati
masyarakat Malaysia umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu
berganding bahu dan meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus
dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Khazanah ini perlu
dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan
peribahasa ________________________________________.
Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu
tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan
kepada negara. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk
membantu golongan ini?
Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan
fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan
fizikal dan mental ini menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial,
rekreasi , pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) secara umumnya
dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang
upaya secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada , masyarakat kurang upaya ini
tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh
sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan dengan
sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran
golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
18 sebaiknya. Hal ini kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam
keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain.
Golongan Kelainan Upaya (OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut
mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan
dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam
keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di
dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam
mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati,belas kasihan dan
tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati kerana
___________________________________________________
Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga
berperanan penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu
menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat.
Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali memaparkah kisah sedih dan pilu OKU untuk
perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan
secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana
dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan
bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan mendapat
simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka sesuai dengan
keunikan amalan ________________________________________
Seterusnya, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang
kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang .
Golongan Kurang Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki
kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara,
Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Dalam
konteks ini, OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan
boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap dalam bidang
pekerjaan, mereka akan ______________________________________ dengan orang lain
membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri
dan keluarga.
Di samping itu, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan
bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian , tempat
tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan
melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja
dapat meringankan beban OKU malah dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan
kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan
sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
19 susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan
modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan
masing-masing. Oleh yang demikian, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk
membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada
pertolongan daripada orang lain dan mampu ______________________________
Berikutnya, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung
pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu
diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-
anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan dengan itu, kemudahan
pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan
pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota
pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat
keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah
nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki
itu kerana _____________________________________
_____________________, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita
semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk
merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah
berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh
membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara
menjelang tahun 2020 nanti. Kata hikmah _________________________ sangat sesuai
diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.
Contoh karangam Format (Laporan) – Hari Guru
LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2016
Pada hari isnin, 17 Mei 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota telah
mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei
2016. Sambutan tersebut diadakan di Dewan Sri Mahkota dan dataran perhimpunan dan disertai
oleh semua pelajar dan guru sekolah ini.
Semua murid dan guru telah berkumpul di Dewan Sri Mahkota pada jam 8.00 pagi.
Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah. Seterusnya,
ucapan alu-aluan oleh ketua murid sekolah iaitu Mohamad Hafizan bin Zulkefli. Dalam
ucapannya, ketua murid mewakili semua murid menyampaikan ucapan selamat hari Guru dan
ucapan terima kasih buat guru-guru, serta mendoakan mereka. Seterusnya, majlis diteruskan
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
20 dengan ucapan oleh pengetua sekolah. Sambutan hari guru ini dirasmikan oleh Encik Haji
Awang selaku NYD PIBG pada kali ini. Majlis kemudian digamatkan dengan persembahan
nyanyian lagu tema hari guru dan lagu "Kami Guru Malaysia" dan seterusnya bacaan ikrar hari
guru yang diketuai oleh Ustaz Zamrul.
Majlis kemudian diteruskan dengan acara sukaneka yang bermula pada pukul 9.30 pagi.
Guru-guru dan murid-murid menyertai pelbagai acara seperti membaling bola boling
menggunakan buah kelapa, tarik tali, pertandingan menganyam ketupat terbanyak antara guru-
guru perempuan dan sebagainya. Suasana begitu meriah dengan sorakan padu yang diberikan
oleh murid murid untuk guru-guru kesayangan mereka. Murid-murid juga dibekalkan bungkusan
makanan sambil melihat acara-acara yang sedang berlangsung. Aktiviti yang dijalankan berjalan
dengan lancar dan meriah sekali.
Setelah usai acara sukaneka, murid-murid dan guru berkumpul kembali ke dewan bagi
menyaksikan persembahan oleh pelajar yang terlibat dalam persembahan pentas. Mereka
memberi sepenuh tenaga dalam mempersembahkan persembahan mereka dengan baik.
Persembahan seperti mendeklamasikan sajak, nyanyian buat guru, persembahan koir, tarian dan
tayangan montaj yang dibuat oleh kelas terpilih. Guru-guru juga tidak lupa memeriahkan majlis
dengan membuat persembahan nyanyian.
Objektif sambutan Hari Guru ini ialah bertujuan untuk ___________________________.
Selain itu, _____________________________________________________________________.
Seterusnya, ____________________________________________________________________.
Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan acara pemberian
cenderamata daripada murid kepada guru masing-masing dan pertukaran hadiah antara guru.
Para pelajar beransur pulang manakala guru-guru dijamu dengan jamuan makan setelah majlis
tamat. Diharapkan, program sedemikian dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang bagi
menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak berbelah bagi ini.
Laporan disediakan oleh, 18 MEI 2019
Nzrul (Mohamad Nazrul Bin Azim)
Setiausaha,
Badan Pengawas Sekolah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
21 Peranan Ibu Bapa
Isi Huraian Lanjutan Con
toh
Huraian
contoh
Peribahasa Penegas
Dalaman
(Suri
teladan)
Idola
pertama ibu
bapa
Terikut-ikut
tabiat orang
tua
Kesan
Domino
Ke mana
tumpahny
a kuah,
kalau tidak
ke nasi.
Usah jadi
bagai ketam
menngajar
anaknya
berjalan
betul
Luaran
(Keperluan
anak-anak)
Penggalak
minat
cahaya mata
Pelaburan
awal demi
masa
hadapan
Perangsang
minat dan
dijadikan
kelaziman
Kalau
tidak
dipecahka
n ruyung,
manakan
dapat
sagunya
Melahirkan
generasi
muda yang
berwawasan
Mentaliti
(Didikan
awal/ agama)
Mudah
dibentuk
ketika kecil
Perasaan
takut akan
ibu bapa
Lebih cepat
menghadam
panduan
dan nasihat
Melentur
buluh
biarlah
daripada
rebungnya
Benih yang
baik,
dicampak ke
laut menjadi
pulau
Persekitaran
(Suasana
Kondusif)
Sesuai
untuk
menerapkan
sesuatu nilai
Meluangkan
masa
berkualiti
Aktiviti
bersama
pasti
melahirkan
keluarga
bahagia
Bagaimana
acuan
begitulah
kuihnya
Yang jauh
didekatkan,
yang dekat
dirapatkan,
yang rapat
dieratkan
Autoriti
(Hak/kuasa)
Ketegasan
dalam
memupuk
disiplin
Pendekatan
lebih
berhikmah
Memastikan
anak-anak
menjadi
insan
bersahsiah
Sayang
anak,
tangan-
tangankan
Pemuda
harapan
bangsa,
pemuda tiang
negara
Contoh karangan :
Anak-anak harus diterapkan dengan pendidikan keusahawanan sebagai persediaan
menceburi bidang perniagaan. Bincangkan peranan ibu bapa untuk mencapai hasrat
tersebut.
Sebagaimana kita maklum, ibu bapa didefinisikan sebagai pasangan ____________ yang
telah dikurniakan ________________ sebagai amanah dan tanggungan untuk dibesarkan
menjadi insan yang berguna. Dalam mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini, dunia
keusahawanan dilihat sebagai suatu lubuk emas kepada setiap insan malah pernah dikaitkan
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
22 dengan kata-kata, _________________________________________________. Justeru, ibu
bapa perlulah memainkan peranan utama dalam menerapkan pendidikan keusahawaan dalam diri
anak-anak agar mereka tidak menjadi ____________________________________________
apabila mereka dewasa kelak. Persoalannya kini, apakah peranan-peranan ibu bapa untuk
mencapai hasrat mereka dalam pendidikan keusahawanan ini?
Salah satunya, ibu bapa sendiri haruslah menjadi contoh dan suri teladan dalam
memastikan anak-anak mereka mengikut jejak langkah mereka. Tidak syak lagi, ibu bapa
merupakan ____________________________ kerana si ayah merupakan wira pertama dan si ibu
wirawati ulung mereka. Tambahan pula, mereka akan _________________________ mereka
terutamanya apabila dilakukan bersama-sama. Sebagai contohnya, ibu bapa mestilah mendalami
ilmu keusahawaan dengan menyertai aktiviti jualan bangsal atau perniagaan kecil-kecilan
sebagai pendedahan untuk anak-anak mereka. Hatta, hal ini akan memberikan ____________
kepada anak-anak kerana mereka juga akan berminat untuk menceburi dunia keusahawanan pada
dewasa kelak. Peribahasa bersesuaian dengan situasi ini ialah ___________________________.
Perlulah diingatkan bahawa si ibu bapa ini ______________________________________,
hanya tahu menasihati tetapi diri sendiripun kejahilan.
Selain itu, ibu bapa hendaklah menyediakan keperluan asas untuk anak-anak untuk
mereka mendalami dunia keusahawanan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap keperluan
disediakan akan menjadi __________________________ agar mereka lebih fokus dalam sesuatu
perkara. Malahan, jangan ada sikap kedekut untuk mengeluarkan wang untuk tujuan tersebut
kerana hal ini merupakan _________________________________ . Bukti terbaik ialah
hantarlah anak-anak menyertai aktiviti keusahawanan seperti ceramah atau program pendidikan
di sekolah mahupun di institusi swasta. Sebagai akibatnya, hal ini bakal menjadi
____________________ dalam kehidupan mereka. Bukankah peribahasa pernah menyebut
bahawa ______________________________________________________________? Pendek
kata, melalui usaha murni ibu bapa ini ____________________________________________
terutamanya dalam dunia keusahawanan.
Selanjutnya, didikan awal sejak mereka kecil lagi merupakan suatu inisiatif yang
sepatutnya ditekankan oleh ibu bapa terutamanya ketika mereka masih usia setahun jagung,
darah setampuk pinang. Dalam konteks ini, anak-anak mudah _________________________
dan tidak mudah beremosi jika ditegur. Malar-malar, ____________________________ masih
menebal dan hal ini dapat memastikan anak-anak tidak melawan kata-kata orang tuan mereka.
Misalnya, didiklah mereka pengurusan wang dan perbelanjaan yang berhemat agar mereka dapat
mempraktikkan budaya ini dalam dunia keusahawanan kelak. Hakikatnya, anak-anak yang
terdidik ini akan _____________________________________ ayahanda bonda mereka.
Bertepatan dengan kata-kata orang terdahulu, ________________________________________.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
23 Sesungguhnya, anak-anak tertanam jiwanya dengan ilmu pastinya membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan kerana _____________________________________________________.
Seterusnya, suasana dan persekitaran yang kondusif wajarlah disediakan oleh ibu bapa
bersesuaian dengan pemupukan budaya keusahawanan dalam diri anak-anak. Secara umumnya,
ibu bapa boleh meluangkan masa bersama untuk menyertai program keusahawanan pada hujung
minggu agar situasi ini _______________________________________________. Sementalahan
pula, melalui cara ini ibu bapa dapat ______________________________ bagi mengeratkan
hubungan kekeluargaan bagai isi dengan kuku. Tamsilnya, ekspo dan pameran keusahawanan
seperti pameran MAHA di Serdang mampu membuka mata anak-anak mengenai dunia
perniagaan yang luas dan pelbagai variasinya. Lebih penting lagi,____________
____________________________________ di samping memupuk pendidikan keusahawanan.
Bak kata peribahasa,______________________________________________________ Budaya
meluangkan waktu terluang bersama ibu akan mewujudkan nilai_________________
________________________________________________________________
Akhir sekali, ibu bapa hendaklah memainkan peranan dominan mereka dalam
mencorakkan keperibadian anak-anak dalam pembudayaan keusahawanan. Hal ini dikaitkan
dengan _______________________________________ anak-anak terutamanya dalam
mengawal cara perbelanjaaan anak-anak. Kendatipun begitu, didikan anak-anak haruslah
menggunakan _______________________________________, tegas tetapi tidak sampai
mendera. Secara analoginya, ajar anak-anak membuat buku kira-kira untuk perbelanjaan mereka
dan memberikan wang saku mengikut belanjawan minggu yang telah dirancang oleh anak-anak.
Budaya sedemikian bukan sahaja mengelakkan anak-anak menjadi boros, bahkan jua
_______________________________________________. Benarlah kata-kata orang bijak
pandai, _________________________________________. Pokok pangkalnya, anak-anak yang
terlatih jiwanya akan menjadi modal insan yang berwibawa sebagai pewaris bangsa kerana kita
tahu bahawa _______________________________________________
_____________________________, ibu bapa seyogianya memainkan peranan utama
dalam pemupukan pendidikan keusahawanan dalam diri anak-anak agar mampu menjanakan
ekonomi negara sebagai salah satu usahawan berjaya pada masa hadapan. Peranan ibu bapa ini
dianggap sangat mustahak sehinggakan digambarkan dalam peribahasa, ___________________
_________________________________________. Dengan ini, kita dapat melahirkan generasi
muda yang cemerlang, gemilang terbilang sebagai menyahut seruan mantan Perdana Menteri
Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
24 Remaja kini banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet yang memberikan
pelbagai kesan kepada mereka. Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan
Internet dalam kalangan anak-anak.
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Lirik lagu Warisan di atas mengenai nasib anak bangsa pada masa akan datang sekiranya
kita membiarkan sahaja minda kita dijajah oleh anasir luar. Umumnya mengetahui bahawa
penjajahan minda lebih berbahaya daripada penjajahan secara fizikal kerana penjajahan minda
ini bersifat halus dan sukar untuk dikesan berbanding dengan penjajahan Internet. Melalui
Internet, penjajahan minda ini lebih halus dan mudah disebarkan kerana generasi muda hari ini
terlalu leka dengan Internet sehingga terikut-ikut akan budaya kuning serta hedonisme yang
dibawa oleh anasir luar. Dakyah hendonisme amat dasyat sehingga remaja merupakan benteng
pertahanan negara dikongkong dan kehidupan mereka lebih mengutamakan hiburan dan
keseronokan sehinggakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar hapus daripada minda.
Sebelum nasi menjadi bubur, ibu bapa orang yang paling hampir dengan remaja perlu
mengawasi anak-anak mereka agar budaya kuning serta hendonisme ini tidak menjadi ikutan
anak-anak. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam
kalangan anak-anak?
Salah satu peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu bapa perlulah memberi
didikan agama yang mantap kepada anak-anak sebagai pendinding kepada anak-anak agar
terelak daripada dakyah songsang Barat. Internet bukanlah sesuatu yang mudah dikawal
“programming”nya. Oleh sebab itu, banyak laman-laman web yang mengandungi unsur-unsur
negatif seperti budaya Black Metal, Skin Head dan pornografi tersebar dengan begitu pantas di
Internet. Melalui didikan agama yang mantap sahaja, anak-anak dapat membezakan yang mana
perbuatan yang keji dan yang mana perbuatan yang mulia. Sabda Rasulullah SAW ‘akhlak yang
buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu’. Sekiranya anak-anak melayari laman-
laman web yang berunsur negatif sudah pasti pasti merosakkan minda mereka dan menyebabkan
mereka lalai untuk menyelesaikan tuntutan agama yang wajib mereka tunaikan seperti
sembahyang lima waktu sehari semalam serta menjalankan tanggungjawab belajar kerana hanya
dengan pendidikan mereka mampu mengubah status ekonomi keluarga. Oleh itu, jelaslah
bahawa memberikan didikan agama yang mantap kepada anak-anak adalah penting bagi
mengurangkan masalah penyalahgunaan Internet.
Selain daripada memberikan didikan agama yang mantap kepada anak-anak, ibu bapa
juga perlu mengehadkan masa penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Memang tidak
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
25 dinafikan bahawa Internet mempunyai pelbagai kebaikan tetapi ibu bapa perlulah sedar bahawa
Internet juga boleh mendatangkan pelbagai keburukan kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa yang
bertanggungjawab, mereka mestilah menetapkan masa penggunaan Internet dalam kalangan
anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa hanya membenarkan anak-anaknya menggunakan Internet
pada waktu-waktu tertentu terutama jika mereka ingin mencari bahan ilmiah ataupun untuk
menghilangkan stres. Hal ini secara tidak langsung akan mengajar anak-anak agar menggunakan
masa dengan baik di samping bijak menggunakan Internet. Sekiranya anak bebas menggunakan
internet setiap masa, impaknya Internet mungkin akan melalaikan anak-anak. Jadi, tegaslah
bahawa ibu bapa perlu mengehadkan masa penggunaan Internet oleh anak-anak agar anak-anak
lebih berdisiplin ketika menggunakan Internet.
Seterusnya, ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang Internet kepada anak-anak.
Pendedahan berkaitan Internet ini adalah penting supaya anak-anak mengetahui kebaikan dan
keburukan Internet sewaktu akhlak mereka masih boleh dibentuk seperti kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini akan menyebabkan mereka akan lebih berhati-hati dalam
menggunakan aplikasi-aplikasi yang melibatkan penggunaan Internet. Ibu bapa perlulah
menunjukkan sikap yang positif ketika menggunakan Internet di hadapan anak-anak dan
mengajar mereka tentang cara penggunaan Internet yang betul. Hal ini kerana tunjuk menjadi
telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Cuba bayangkan sekiranya anak-anak tidak diberikan
pendedahan tentang Internet daripada kecil. Mungkin apabila dewasa kelak mereka akan terikut-
ikut budaya-budaya yang tidak bermoral yang telah dipelajarinya daripada Internet. Natijahnya,
pendedahan tentang Internet daripada ibu bapa kepada anak-anak akan dapat membantu untuk
mengurangkan masalah penyalahgunaan Internet.
Di samping itu, sebagai ibu bapa yang menyayangi anak-anak, mereka perlulah
mendekatkan diri anak-anak semasa mereka aktiviti pembelajaran menggunakan internet. Pada
masa kini, pembelajaran menjadi lebih mudah dengan adanya Internet. Pelbagai laman sesawang
telah diwujudkan bagi kemudah pembelajaran. Sekiranya anak-anak kerap menggunakan Internet
untuk menuntut ilmu, ibu bapa perlulah menyokong tindakan anaknya itu. Ibu bapa tidak perlu
risau sekiranya anak-anak tidak menggunakan buku untuk belajar malah mereka harus berbangga
kerana anak-anak mereka merupakan generasi yang pintar dalam menggunakan Teknologi
Maklumat dan Telekomunikasi. Tambahan pula, sebagai ibu bapa yang tahu penggunaan internet,
mereka tidak perlu risau kerana mereka boleh mengesan aktiviti Internet anak-anak dengan
memantau bahagian “history” atau sejarah penggunaan enjin carian sama ada Google, Al-Tavista,
Monzila Firefox, Yahoo atau MSN. Hanya dengan cara ini ibu bapa akan tahu sama ada anak-
anak mereka menggunakan Internet untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya Jadi, sebagai ibu bapa,
mereka haruslah menyokong tindakan anak-anak dalam proses meningkatkan IQ melalui
penggunaan Internet dalam masa yang sama ibu bapa juga boleh memantau dan terlibat sama
semasa aktiviti Internet anak-anak.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
26 Akhir sekali, ibu bapa mestilah memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan
Internet. Janganlah terlalu mempercayai anak-anak kerana sikap tersebut akan membawa
masalah kepada ibu bapa pada masa akan datang. Hal ini boleh dilihat dalam filem Allahyarham
Tan Sri P. Ramlee yang berjudul ‘Anakku Sazali’ yang berkisahkan seorang bapa yang terlalu
mempercayai anaknya sehingga anaknya sanggup menipu dirinya. Pemantauan terhadap
penggunaan Internet oleh anak-anak mungkin sukar dilakukan kerana pada masa kini anak-anak
telah mempunyai gajet peribadi seperti telefon pintar dan komputer riba. Namun, sebagai ibu
bapa berminda kelas pertama dan arif berkaitan kemahiran Internet dan bertanggungjawab,
mereka mampu mengesan penyalahgunaan Internet dalam kalangan anak-anak dengan
memantau aktiviti penggunaan Internet. Sebagaimana saya perkatakan sebelumnya iaitu ibu bapa
boleh melihat aktiviti internet anak-anak pada bahagian “history” atau sejarah enjin carian
Internet, bukan sahaja dalam masa sehari, malah sepanjang masa. Tegasnya, ibu bapa mestilah
memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan Internet untuk kebaikan anak-anak,
keluarga dan bangsa.
Sudah terang lagi bersuluh, dapatlah disimpulkan bahawa peranan ibu bapa dalam
mengawal penggunaan Internet amatlah penting. Selain daripada ibu bapa dapat mengelakkan
anak-anak daripada penjajahan minda, ibu bapa juga dapat melahirkan anak-anak yang celik
dalam penggunaan Internet. Dengan adanya generasi yang bijak dalam penggunaan Internet,
sudah pasti negara kita akan bertambah maju setanding dengan negara-negara lain. Oleh itu, ibu
bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang bijak,
berakhlak serta dapat memajukan bangsa, agama dan negara. Sebelum saya mengakhiri
penulisan ini, nasihat saya kepada ibu bapa yang bijak dan mahir dalam penggunaan Internet,
kebijaksanaan ibu bapa dalam aplkikasi Internet mempunyai banyak kelebihan, ibarat anak
seorang pelari pecut sedang berada di garisan penamat dengan larian 50 km dan ibu bapa perlu
berlari lebih laju daripada pecutan anak mungkin 80 km. Barulah anak akan tahu kehebatan
seorang ayah kerana ayah borek anak rintik dan ayah suri teladan bagi seorang anak.
KESAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
(Untuk bacaan dan rujukan)
Sejak kecil, kita telahpun dididik dan diingatkan berulang-ulang kali oleh ibu bapa dan guru
tentang kepentingan pemakanan seimbang. Namun, tahukah kita maksud makanan seimbang?
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan
manusia yang amat memerlukan makanan dan vitamin untuk tumbesaran dan penjagaan
kesihatan. Sekiranya seseorang mengamalkan pemakanan seimbang, sudah pasti dia akan
membesar dengan sempurna, memperoleh vitamin yang mencukupi dan dapat mengelakkannya
daripada dijangkiti penyakit. Walau bagaimanapun, seiring dengan perkembangan dunia yang
semakin pantas dan peningkatan jumlah penduduk dunia, keperluan makanan seimbang juga kian
berbeza. Dengan pelbagai inovasi dan teknologi yang canggih, pelbagai jenis makanan baru
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
27 dicipta untuk memenuhi keperluan pemakanan manusia. Persoalannya, adakah pengambilan
makanan tambahan ini dapat membantu memenuhi keperluan makanan seimbang?
Pengambilan makanan tambahan penting bagi meningkatkan imunisasi badan. Pengambilan
makanan tambahan seperti pil-pil vitamin, spriluna,makanan organik dan susu dapat memberikan
antibodi kepada badan. Contohnya, makanan tambahan yang dapat meningkatkan imunisasi
badan ialah pati ikan kod. Buktinya,makanan tambahan ini dapat mencegah pelbagai penyakit
kronik seperti kanser kulit, usus dan otak. Hal ini demikian, kerana kandungan makanan
tambahan ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiat yang dapat meningkatkan imunisasi
badan dan sekali gus dapat meningkatkan daya ketahanan penyakit. Oleh itu, pengambilan
makanan tambahan tentunya memberikan faedah kepada pengguna.
Pengambilan makanan tambahan secara konsisten boleh mencegah pelbagai penyakit kronik.
Penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi dan kanser dapat diatasi dengan pengambilan
makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan seperti pil-pil vitamin, spriluna,makanan
organik dan susu dapat mencegah pelbagai penyakit kronik kerana megandungi pelbagai nutrisi
dan khasiat. Buktinya,pengambilan pil vitamin B17 dapat mencegah pelbagai penyakit kanser
seperti kanser kulit, kanser usus dan kanser otak. Amalan memakan makanan tambahan dapat
meningkatkan imuni sistem manusia dan secara tidak langsung dapat memulihkan sel-sel
mati.Oleh itu, pengambilan makanan tambahan dapat mencegah pelbagai penyakit kronik.
Pengambilan makanan tambahan penting dalam usaha menjayakan pemakanan secara sihat oleh
masyarakat. Pengambilan makanan seperti spriluna, pil-pil vitamin dan makanan organic
merupakan satu gaya hidup sihat bagi masyarakat moden kini. Mereka berasakan pengambilan
makanan tambahan secara berkala atau sampingan dapat memberikan banyak manfaat kepada
mereka. Hal ini demikian, kerana masyarakat kini sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai
masa rehat yang cukup untuk melakukan senaman. Kebanyakan masyarakat kini mempunyai
masa rehat mereka kurang daripada 5 jam sehari. Oleh itu,pengambilan makanan tambahan dapat
membantu mereka menjaga kesihatan.
Pengambilan makanan tambahan dapat meningkatkan tahap kecerdasan. Makanan tambahan
akan memberi kesan positif semasa proses pembesaran baik dari segi fizikal mahupun mental
kerana makanan tambahan yang mengandungi nutrisi tambahan dapat memberi tenaga sepanjang
hari. Nutrisi tambahan seperti kalsium, zat besi dan serat dapat membantu tumbesaran dari segi
fizikal. Kesannya, tulang-tulang akan menjadi lebih kuat. Selain itu,makanan tambahan seperti
daun gingko dan pati ikan kod dapat menguatkan ingatan seseorang. Oleh itu, pengambilan
makanan tambahan secara terancang dapat memberi kebaikan kepada penggunanya.
Namun demikian, pengambilan makanan tambahan yang tidak terancang juga boleh memberikan
kesan negatif iaitu menjadi punca penyakit. Pengambilan makanan tambahan secara berlebihan
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
28 akan menyebabkan punca penyakit seperti kencing manis, kanser dan sakit jantung. Buktinya,
makanan tambahan yang mengandungi paras gula berlebihan akan menyebabkan penyakit
kencing manis. Nutrisi yang berlebihan di dalam badan seperti protein,karbohidrat dan zat besi
akan menyebabkan sel-sel kanser menjadi aktif. Hormon seseorang juga menjadi tidak stabil
akibat pemilihan makanan tambahan yang tidak tepat. Oleh itu,pemilihan makanan tambahan
yang tepat boleh menghindarkan seseorang terkena penyakit.
Pengambilan makanan tambahan secara berlebihan akan menyebabkan kerosakan organ dalaman.
Kesan bahan kimia yang berlebihan dalam produk atau makanan tambahan tertentu boleh
merosakkan organ dalaman yang penting seperti otak,buah pinggang dan hati.Hal ini
demikian,kerana bahan kimia tersebut akan larut dalam darah. Darah akan mengalir ke otak
bersama-sama dengan larutan kimia tersebut. Keadaan ini akan menjejaskan fungsi otak. Selain
itu, para pengguna yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan suplemen seperti pil-pil
vitamin,kologen dan pil pelansingan boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna.
Oleh itu, penyalahgunaan makanan tambahan boleh mendatangkan komplikasi yang teruk pada
organ dalaman.
Kesimpulannya, pengambilan makanan tambahan dapat memberikan banyak manfaat kepada
pengguna. Namun demikian,pengambilan makanan tambahan yang tidak terkawal atau
berlebihan akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna. Walaupun pengambilan
makanan tambahan merupakan alternatif baru masyarakat kini untuk menjaga kesihatan mereka
tetapi kesihatan juga boleh terganggu jika pemakanan berkhasiat tidak diamalkan. Pilihlah
makanan tambahan yang terbaik, lebih semulajadi, selamat dan tidak mengandungi bahan kimia
kerana dikhuatiri makanan tambahan yang kita makan tidak bertindak seperti yang sepatutnya
tetapi menjadi racun kepada kita tanpa sedar.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
29 KERTAS 2
Soalan 1 - Rumusan
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang tanggapan negatif
sesetengah anggota masyarakat terhadap warga tua dan kesan-kesannya. Panjang rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Jumlah warga tua akan berganda kepada kira-kira 828 juta orang pada tahun 2020 dan sejumlah besar
daripada mereka berada di negara-negara membangun. Pertambahan ketara warga tua menjelang waktu
itu nanti sebenarnya telah menimbulkan satu kesedaran yang mendesak kepada pengenalan cara dan corak
pendekatan yang inovatif dalam sistem ekonomi, sosial dan politik, sama ada dari sudut sebuah negara
mahupun dari sudut institusi keluarga. Bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi perubahan demografi
sejagat, semua pihak perlu mengambil langkah pada usia muda untuk menjaga kesihatan, menuntut ilmu
yang bermanfaat, bijak dalam mengatur urusan kewangan, mewujudkan rangkaian kenalan yang luas serta
mendidik generasi muda dengan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi.
Peningkatan golongan tua di negara ini bukanlah satu perkara yang membimbangkan tetapi persoalan
yang wujud sekarang ialah penerimaan sebahagian anggota masyarakat terhadap golongan tua. Mereka
berpandangan bahawa warga tua merupakan satu kelompok masyarakat yang tidak produktif. Tidak
banyak orang yang melihat golongan ini sebagai golongan yang patut dihormati sepanjang masa. Mereka
mengabaikan golongan tua sebagai pusat rujukan dalam mengharungi cabaran hidup ini. Selain itu,
golongan ini dipeleceh sebagai golongan yang sudah ketinggalan zaman.
Pertambahan jumlah penghuni rumah orang-orang tua di negara ini jelas menampakkan kelemahan yang
wujud dalam struktur institusi keluarga. Adakah warga tua hanya layak tinggal di tempat-tempat seperti
itu? Jumlah mereka yang semakin banyak di tempat-tempat sedemikian seolah-olah mengiakan
pandangan tersebut! Perkembangan yang mencemaskan ini membuktikan bahawa sebahagian generasi
kini sudah kehilangan nilai-nilai murni, lalai terhadap tanggungjawab serta sibuk sepanjang masa.
Penggerak utama masyarakat, termasuk sektor awam dan swasta, media massa, badan sukarela dan juga
kanak-kanak haruslah ditanam dengan satu sikap yang wajar terhadap warga tua menerusi wahana
pendidikan yang betul. Warga tua tidak harus dianggap sebagai golongan yang terlalu mengongkong
kebebasan. Pembinaan lebih banyak rumah orang-orang tua bukanlah jalan penyelesaian kerana selain
menunjukkan kelemahan institusi keluarga, rumah-rumah itu juga akan menambahkan beban kerajaan,
khususnya dari segi kewangan, sedangkan hal ini boleh dibendung oleh ahli keluarga itu sendiri. Kita
perlu melahirkan semula potensi kepakaran warga tua bagi membuktikan nilai harga diri mereka kepada
masyarakat, memberi kefahaman tentang proses penuaan, menolak pandangan buruk terhadap warga tua
dan meningkatkan kesejahteraan warga tua melalui penyediaan suasana persekitaran yang penyayang.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
30 Soalan 2(a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud seolah-olah mengiakan pandangan tersebut. [2 markah]
ii. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghargai sumbangan warga tua?
[3 markah]
iii. Pada pendapat anda, mengapakah isu warga tua perlu diberi perhatian? [4 markah]
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
31 Soalan 2 (b) Prosa Moden
MUNSYI
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota
dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif
di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut
bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan
bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga
pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu, bonda
menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan
disegani. Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang
berkaitan dengan bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda,
asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan
kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar
untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama
dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama
Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada
kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai
bangsa dan budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di
pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri.
Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa
perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila
‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah
di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah
Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.
Tema
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan
warga negara. Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama,
budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.
Persoalan
1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Contohnya, ‘saya’
memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti
kebanyakan remaja yang lain.
2. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara. Contohnya,
pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
32 tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati
rakyat.
3. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum
berhijrah ke bandar.
4. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya. ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang
tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih
belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
5. Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu keberatan untuk
melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif
yang terdapat pada remaja di bandar.
Watak dan Perwatakan
Watak utama ‘Saya’ (Mel)
Seorang yang taat - ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke
bandar.
Seorang yang amanah. - ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang
sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
Seorang yang gemar membaca - ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat
Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
Seorang yang tidak mudah putus asa - ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila
sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh
ibunya.
Watak sampingan
1. Bonda ‘saya’
a. Seorang yang berpengetahuan luas. Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah
pahit tanah air.
b. Seorang yang bersifat patriotik. Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama,
bahasa ibunda dan negara.
c. Seorang yang amat memahami. Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila
didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.
2. Munsyi
a. Kawan lama bonda. Seorang yang cinta akan budaya Melayu. Munsyi berpakaian
tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
b. Seorang yang mengalu-alukan tetamu. Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’
masuk ke rumahnya.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
33 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan
agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama saya masih terlalu
cetek dan nipis. Bimbang , saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang sedang
melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa
yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun . Bahasa yang
diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan
perubahan social yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran
kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya.
Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam
menuju arus perdana.
“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti
agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua
sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati
Allah”.
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati.
Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan
kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota.
(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)
(i) Nyatakan alasan-alasan yang telah diberikan oleh bonda setiap kali penulis meluahkan
hasratnya untuk bermastautin di ibu kota. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara membentuk jati diri yang kukuh? [3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
nilai kemanusiaan yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
34 Sinopsis (Komsas Tingkatan 4)
Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul : Sinopsis (Komsas Tingkatan 4)
( Maskiah Haji Masrom )
Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang
ke Malaysia. Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya
sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang
lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukkan untuk pembelian cenderahati tersebut
serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya. Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu
pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta
rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada
tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya. Melintasi
sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam
di rak cermin.
Aku mengimbas akan abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada
sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda
Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak
berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya. Hajah Normah dan dan Dr. Liza
tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya
dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. Aku tiada pilihan mengikut rakan-
rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan
sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit
beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin.
Aku dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar
membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain
yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati rakan-rakannya
atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan jaket kulit tersebut. Aku
tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk
membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan
mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket
tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan mengeluarkan
kata-kata kesat. Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan
bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan
Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas
kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat
Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di
lengan Aku.
Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak
sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga AS$100.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
35 Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga menggambarkan tidak
praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia.
Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak
pula tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan
dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit. Akhirnya Aku berhasrat untuk menggembirakan
orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo
yang mempunyai kandang kijang, sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban
demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan
TEMA
Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit
kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta
dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi kelangsungan
kehidupan moden.
PERSOALAN
Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban
kerana kulitnya.
Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu
menyakitkan hati pekedai Turki itu.
Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya
dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada
pelanggannya.
Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki.
Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan
jualan.
Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli
untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
36 Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana penangan
sentuhan Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang disebutkan. Aku tidak ada duit
sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu.
Dr. Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket kulit pilihan hati. Wajah
kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam kami berada di
dalam kedai itu.
Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar kedai.
Kak Chah dan Shahmeen turut mengikuti langkah mereka. Tinggal aku sahaja yang masih
berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai.
“Sorry sir. I have no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high quality
and only for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very much for
everything,” kataku berbudi bahasa sambil cuba menanggalkan jaket itu.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah hati aku berdebar-debar?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh peniaga untuk
menarik minat pelanggan membeli barangan yang didagangkan?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan
lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam
petikan.
[4 markah
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
37 Soalan 2 (c) Prosa Tradisional
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
SINOPSIS:
- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh sesiapa.
Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka
menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan
menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun
Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka dengan tujuan supaya
mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam
dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka
serta dilantik sebagai bentara.
- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan bahawa Tun Perak
mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun Perak berkata dia bertugas
untuk negara. Dia meminta sultan memecatnya jika percaya fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat
gembira dengan percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka
Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai
perjumpaan.
- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian berpihak Seri Nara
Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermaufakat hingga boleh membinasakan negara.
Sultan sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua.
- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara
Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh
Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka Raja dan Seri Nara
Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.
- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai pertahanan Melaka untuk
menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah
sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki perahu dan melanggar banyak perahu Siam
hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.
- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api
dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai.
Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi
menyerang Melaka.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
38 - Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam, Paduka
Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan
pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya.
- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama) iaitu
Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya mengarahkan ke Siam sambil
mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu
mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.
- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu
Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak
Seri Nara Diraja.
TEMA:
- Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.
- Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya
mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.
PERSOALAN:
1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi - Contohnya, Sultan Muzaffar menggunakan strategi
mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja.
2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara - Contohnya, perbalahan antara
Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam
keadaan bahaya.
3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh - Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi
awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.
4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga
boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka.
5. Keberanian menghadapi cabaran - Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah
orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang baik
hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri.
6. Taat setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan memberikan daulat kepada sultan
Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju.
WATAK DAN PERWATAKAN:
1. Tun Perak:
- pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.
- bijaksana - mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam.
- baik hati - menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula.
- berani - memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.
- berpengaruh - beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengkita dengan Seri Nara
diraja.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
39 2. Sultan Muzaffar Syah:
- mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja
untuk memakmurkan Melaka.
- perihatin - meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.
- bijaksana - mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.
- Tidak terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil
Tun Perak menceritakan keadaan yang sebenarnya.
- menghargai rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau
Pandan.
LATAR:
1. Latar tempat:
- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
- Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.
2. Latar masa:
- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.
- Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42 tahun dan
Melaka menjadi negeri yang makmur.
- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran
Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.
NILAI:
1. kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar bokok bakau pada waktu malam hingga cahaya
api itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan askar Siam.
2. baik hati - Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang
persalinan.
3. bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar Siam.
4. Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara
supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
5. keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua kali percubaan
Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.
6. Pengorbanan - Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan Seri Nara Diraja
dengan Paduka Raja.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
40 Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prasa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, "Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda,
kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?"
Maka kata Seri Nara Diraja, "Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula
dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu."
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka
menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti
saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah,"Tuanku,
baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."
Maka titah baginda, "Baiklah."Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.Syahadan, Bendahara
Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, keranapada zamat itu tiga buah negeri yang
sama besamya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai;ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu,
ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit,Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya
Kanayan; dan di Melaka, BendaharaPaduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu
bendahari.
(i) Berikan maksud ia sedia anak bendahara.
(ii) Berdasarkan petikan, siapakah orang bijaksana yang terdapat di dalam negeri-negeri?
(iii) Kepimpinan yang hebat merupakan ciri utama kegemilangan sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri lain yang menunjukkan kegemilangan sesebuah
negara itu?
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
41 Soalan 2 (d) – Puisi
ERTI HIDUP BERERTI
Maksud
Rangkap 1
Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak
pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua
yang kesunyian.
Rangkap 2
Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga
penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup
untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari
kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang
kukuh.
Rangkap 3
Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak
kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau
yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar hidup dengan
berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Manusia jangan leka,
dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.
Tema
Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri.
- Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya.
Namun begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil tanggungjawab menjaganya. Jauh
di sudut hatinya masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.
Persoalan
1. Kasih sayang seorang ibu
Contoh: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil
2. Berbakti kepada ibu
Contoh: anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka
3. Kebahagiaan hidup ialah impian semua orang
Contoh: harapan seorang ibu agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada hari tuanya
4. Tanggungjawan seorang anak
Contoh : anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan ibu kandung dan
memberikan kebahagian kepadanya
5. Kekuasaan Tuhan
Contoh: ada yang mati, ada yang hidup, tiada yang kekal kecuali Tuhan
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
42
GAYA BAHASA
(a) Personifikasi
malam sepi
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
(b) Simile, bagai kalung
(c) Sinkope
yang melingkari leherku
siapa yang akan datang menjengukku
kucari erti hidup
anakku bakaku
(d) Anafora
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
ada yang mati
ada yang hidup
(e) Responsi
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
(f) Metafora:
semoga disirami benih keinsafan
embun cinta atasi angin dingin
(g) Imejan atau imej alam; Keheningan tasik, kehijauan rumput
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
43
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
44 Puisi Tradisional (Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga ) : Maksud Gurindam (Komsas
Tingkatan 4)
RANGKAP MAKSUD
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya
supaya tidak melihat sesuatu perkara
yang dilarang oleh tuhan
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar
segala hasutan dan kejian.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Seseorang yang menjaga tutur kata akan
mendapat banyak manfaatnya
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Tangan perlu dipelihara daripada
mengambil barang yang bukan hak kita.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak
melakukan perbuatan yang dilarang.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Kehidupan seseorang perlulah dijalani
dengan penuh semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Anggota kaki perlulah dipelihara dari
melangkah ke tempat-tempat yang
maksiat.
Praktis 1
Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas. [2 markah]
Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak kebaikan atau manfaat.
eribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita agar menjaga tutur kata. Pada
pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang itu gemar menuturkan kata-kata
negatif? [3 markah]
tidak akan disukai/dihormati
tidak akan dipercayai
kehilangan rakan/sahabat/teman
Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]
Kita hendaklah memelihara penglihatan agar tidak menimbulkan keinginan yang tidak baik.
Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
45 Praktis 2
Berdasarkan gurindam, mengapakah kita perlu memelihara anggota diri? [2 markah]
Tidak muncul keinginan yang tidak baik
Menghindari diri daripada berita yang tidak sahih
Tidak berperangai yang tidak senonoh
Tidak pergi ke tempat yang tidak berfaedah
Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi wadah kepada individu
yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh mempengaruhi minda pembacanya. Pada
pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya anda menerima sesuatu berita yang
diragui kebenarannya? [3 markah]
bertanya kepada badan yang bertanggungjawab/menyiasat
melaporkan berita kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya
mengabaikan berita
Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]
Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan. Cth: Mata haruslah dipelihara sebaik-
baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)
Persoalan kebaikan memelihara tutur kata. Cth: Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat
banyak manfaat. (Rangkap 3)
Persoalan pentingnya memelihara pendengaran. Cth: Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala
hasutan dan kejian. (Rangkap 2)
Persoalan semangat penting dalam kehidupan. Cth: Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan
penuh semangat. (Rangkap 6)
Praktis 3
i. Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi
Kemukakan maksud rangkap gurindam di atas. [2 markah]
Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang mendorong kepada maksiat.
Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial. Pada pendapat anda, bagaimanakah
seseorang remaja dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan negatif?
[3 markah]
Mendalami ilmu agama
Bergaul dengan rakan yang berakhlak mulia
Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah
Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam gurindam tersebut. [4 markah]
Kebijaksanaan Cth: Bijak dalam menuturkan kata-kata.
Kesederhanaan Cth: Sentiasa bersederhana ketika memperoleh rezeki.
Kesabaran Cth: Sentiasa bersikap sabar untuk memelihara anggota badan terutamanya mata daripada
melihat sesuatu yang ditegah oleh Tuhan.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
46 Soalan 3 (a) – Bina Ayat
PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT
1. Boleh bina ayat tunggal.
2. Boleh bina ayat majmuk.
3. Boleh bina ayat aktif.
4. Boleh bina ayat pasif.
5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan
tanda baca (tanda petik).
Pelajar dilarang :
1. Menambah atau menggugurkan imbuhan. (SILA BACA SOALAN DAHULU)
2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud.
Contoh soalan:
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) Jinjing
(ii) Junjung
(iii)Cantas
(iv) Pangkas
(v) Kikis
(vi) Kikir
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) baring-baring
(ii) faham-faham
(iii) makan-makan
(iv) betul-betul
(v) nyaris-nyaris
(vi) sungguh-sungguh
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
47 Soalan 3 (b) - Sintaksis
AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK.
A. MAKSUD AYAT:
1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal.
- ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja.
2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang.
- ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat.
B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :
Syarat penukaran:
i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.
ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.
iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.
a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya.
b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun
….namun dan lain-lain.
iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan.
v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.
vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan
daripada perkara yang sebelumnya.
vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.
C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :
1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka
membeli ikan.
Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.
2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.
Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.
3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.
Ayat majmuk :
1. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur.
2. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
48 4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.
Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.
5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.
Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.
D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :
Contoh 1 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)
Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari
Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai
pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati
suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan
peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi
bersama rakan-rakan.
Jawapan :
1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual
pelbagai barang dengan harga yang murah.
2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati
suasana pasar malam yang meriah tersebut.
3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu
bapa dan rakan-rakan.
LATIHAN :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)
Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian.
Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan
masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-
undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan
disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.
Jawapan :
1.
2..
3.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
49 Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal
1. Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Puterajaya.
2. Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
3. Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
KEMAHIRAN MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH DAN
SEBALIKNYA
A) Ayat Cakap Ajuk
Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu perkara. Oleh sebab itu cakap ajuk
berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.
Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan ( “................”)
B) Ayat Cakap Pindah
Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada
bentuk karangan.
Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata.
Walaupun bentuknya berbeza daripada bentuk ayat cakap ajuk tetapi maksud yang disampaikan
adalah sama.
Tips atau panduan menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah:
i. Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata.
ii. Mengenal pasti kata kerja yang sesuai,
Jenis ayat ( Cakap Ajuk) Kata kerja boleh digunakan untuk semasa menulis cakap
pindah
Ayat penyata berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan,
menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.
Ayat silaan mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
Ayat permintaan meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
Ayat suruhan menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
Ayat larangan melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang
Ayat tanya bertanya, menanyakan, menyoalkan, ingin tahu, ingin
kepastian.
Ayat seruan bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada
"marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar,
merayu dan sebagainya".
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
50
iii. Menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang digunakan, contoh:
Semasa menukar cakap ajuk kepada cakap pindah, kata ganti nama diri, kata ganti nama tempat,
kata ganti nama tunjuk, kata keterangan masa, dan kata keterangan cara akan berubah seperti di
bawah. Pastikan pelajar peka dengan pernyataan di atas supaya penghasilan cakap ajuk anda
tepat dan gramatis.
Golongan kata Ayat Cakap Ajuk Ayat Cakap Pindah
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama tempat
Kata ganti nama tunjuk
Kata keterangan masa
Kata keterangan cara
· saya, aku
· kami
· beta
· awak, kamu, engkau
· kamu semua
· dia
· sini
· ini
· sekarang
· hari ini
· esok
· semalam
· malam tadi
· kelmarin
· begini
· dia, beliau
· mereka
· baginda
· dia ,-nya
· mereka
· -nya
· situ
· itu
· masa itu
· hari itu
· keesokkan harinya
· pada hari yang lepas
· malam yang lepas
· dua hari yang lalu
· begitu
Contoh penukaran ayat:
i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapah:
ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan:
iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
Jawapan:
iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan:
v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan:
vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.
Jawapan:
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
51 vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.
Jawapan:
Contoh menukarkan ayat dan jawapan:
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.
Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah.
Aziz : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,
Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
tempatan .pelancong di dalam negeri.
Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
percutian mereka.
Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu
ditanam dalam diri.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
52 POLA AYAT
Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu
frasa nama yang yang menjadi pelengkap kepada pola FS, yang juga dahulunya disebut (FSN)
oleh sesetengah penulis buku tatabahasa.
Ada 3 binaan Frasa sendi nama yang perlu kita kuasai jika mahu menguasai sintaksis pola ayat.
Lihat maklumat di bawah dengan telitinya. Predikat yang mempunyai ciri-ciri berikut
menjadikannya berpola FN+FS. Lihat contoh di bawah.
(1) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
(1a) Wanita tua itu di jambatan. (FN+FS)
NOTA:
Kelemahan calon peperiksaan ialah mereka keliru apabila ternampak kata sendi nama walaupun
fungsinya hanya menjadi keterangan predikat sahaja. Satu patah perkataan sahaja sudah boleh
menjadi pengganggu dalam soalan yang mengelirukan calon peperiksaan jika mereka tidak
menguasai kata sendi nama dengan baiknya. Lihat contoh di bawah.
(1b) Wanita tua itu berdiri di jambatan. ( )
(1b) Wanita tua itu lama berdiri di jambatan. ( )
(2) Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
2(a) Ibu saya di belakang rumah. (FN+FS)
2(b) Ibu saya ke belakang rumah. (FN+FS)
2(c) Ibu saya dari belakang rumah. (FN+FS)
NOTA:
Calon juga boleh dikelirukan dengan pengganggu yang terletak sebelum kata sendi nama
sehingga mereka yang goyah ilmu kata sendi nama dan subjek + predikat menyebabkan mereka
terpengaruh oleh soalan, akhirnya menulis pola ayat yang salah. Lihat contoh di bawah.
2(b) Ibu saya menanak nasi di belakang rumah. (FN+FK)
2(c) Ibu saya berkebun di belakang rumah. (FN+FK)
2(d) Ibu saya datang dari belakang rumah. (FN+FK)
(3) Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + (Frasa Keterangan)
3(a) Ayah saya ke utara negara Jepun pada tahun lalu. (FN+FS)
3(b) Ayah saya dari selatan Johor dengan bapanya. (FN+FS)
3(c) Anak kecil itu di atas pangkuan ibunya setiap waktu. (FN+FS)
NOTA:Kelemahan calon yang berikutnya ialah kekeliruan antara kata nama dengan kata sendi
nama dan kekeliruan antara kata hubung dengan kata sendi nama.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
53 3(d) Untuk anak mami berdiam diri memang susah. ( )
3(e) Bahawa berita esok cuti am adalah palsu. ( )
3(f) Kakak memotong kek dengan menggunakan pisau. ( )
Soalan Unik :
Bina ayat berdasarkan pola ayat diberikan.
1. FN + FN
2. FN + FK
3. FN + FS
4. FN + FA
Soalan 3 (c) (d) Kesalahan Bahasa
Penggunaan penanda wacana dalam setiap penulis amatlah penting. Namun, penggunaannya
secara salah juga perlu diberikan perhatian sewajarnya. Lihat contoh di bawah:-
Hal ini kerana SEPATUTNYA
Sehubungan itu SEPATUTNYA
Selain daripada itu SEPATUTNYA
Ini kerana SEPATUTNYA
Oleh itu SEPATUTNYA
Justeru itu SEPATUTNYA
Jika kita rajin mengamati sesuatu yang berlaku di sekeliling, nescaya banyak perkara yang boleh
diperkatakan. Pada pandangan cikgu, isu-isu yang ingin diperkatakan itu bukanlah bertujuan
untuk merendah-rendahkan pihak lain, sekadar cuma untuk penambahbaikan.
Cuba amati frasa nama yang hendak dikongsi bersama-sama:-
Pusat membeli-belah SEPATUTNYA
Kawasan meletak kereta SEPATUTNYA
Seni mempertahankan diri SEPATUTNYA
Sudut membaca buku SEPATUTNYA
Lorong berjalan kaki SEPATUTNYA
Penggunaan penjodoh bilangan amat penting. Walau bagaimanapun, kaedah penggunaannya
juga sama penting dan perlu diberikan penekanan.
Lihat contoh di bawah:-
sebuah masyarakat SEPATUTNYA
sebuah cita-cita SEPATUTNYA
beberapa buah sungai SEPATUTNYA
tiga buah lebuh raya SEPATUTNYA
setiap buah kereta SEPATUTNYA
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
54 Frasa jamak sering kali disalahgunakan kerana kita kadang-kadang tidak menyedari bahawa
sesetengah kata yang kita gunakan itu sebenarnya membawa maksud jamak. Misalannya antara,
deretan, berkeliaran ……. sudah membawa maksud jamak.
Lihat contoh di bawah:-
antara sebab-sebab SEPATUTNYA
deretan kedai-kedai SEPATUTNYA
lembu-lembu berkeliaran SEPATUTNYA
himpunan syair-syair SEPATUTNYA
timbunan batu-batan SEPATUTNYA
beraneka kuih-muih SEPATUTNYA
semua rakyat SEPATUTNYA
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
55 Contoh soalan :
1. “Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,”
sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
2. Baginda sultan sampai di istana hinggap pada pukul 5 petang.
3. Putera mahkota dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital akibat cedera ketika beriadah.
4. Rakyat berterima kasih kepada baginda sultan yang telah berkenan mencemar duli.
5. “Arahkan memanda beta, Tun Perak untuk bersiap-siaga menghadapi musuh!” Perintah
Sultan Mansur Syah kepada hulubalangnya.
Kesalahan istilah:
Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak
sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.
Contoh 1:
Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke
luar negara.
Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke
luar negara.
Contoh 2:
Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Contoh soalan:
1. Adik memanggil abang beberapa kali tetapi langsung tidak dibinakannya.
2. Jalan menuju ke rumah Taufiq incang – incang.
3. Dia memikul seikat rotan yang dikumpul untuk dibawa pulang.
4. Kereta itu terhumban setelah pemandunya gagal mengawal kenderaan kerana jalan licin.
5. Sajat memakai telefon pintarnya untuk tujuan merakam aksi kelakarnya itu.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
56 Soalan 3 (e) Peribahasa
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu
menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
_____________________________________________________________________
(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
____________________________________________________________________
(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
____________________________________________________________________
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
_______________________________________________________________________
(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
________________________________________________________________________
(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.
________________________________________________________________________
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa
dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia
peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia
tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh
menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun
begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak
mempercayainya lagi.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
57 Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang
menggambarkan setiap situasi tersebut.
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari
dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding
dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
_______________________________________________________________________
(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang
mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
_______________________________________________________________________
(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon.
Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya
kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
________________________________________________________________________
Lengkapkan peribahasa yang berikut.
(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,____________________________________
_______________________________________________________
(ii) Banyak udang, banyak garam _________________________________________
(iii) Lain hulu lain parang __________________________________________________
(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain, ____________________________
________________________________________________________________
(v) Tak tumbuh tak melata _________________________________________________
(vi) Ada ubi ada batas______________________________________________________
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
58 Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di
bawah.
(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan
raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan
pengguna jalan raya.
______________________________________________________________________
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara
menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu
tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.
________________________________________________________________________
(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya
menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini
merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan
hubungan semangat kejiranan sesama mereka.
_____________________________________________________________________________
Lihat peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian pilih tiga peribahasa untuk dijadikan satu
perenggan ayat.
1. Lebah menghimpun madu
2. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
3. Belakang parang lagikan diasah menjadi tajam
4. Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
59 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan
setiap situasi tersebut.
(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi
orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja
lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.
_______________________________________________________________________
(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan
perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat
tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di
tempatnya.
______________________________________________________________________
(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis
dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.
______________________________________________________________________________
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala
Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau
telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa
________________________________________________________________________
ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara
kecil-kecilan. "________________________________________________________, biarlah
aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.
iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan
yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam
lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu _________________________________________
___________________________________________________
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
60 Peribahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SPM
Buku Teks Tingkatan 4
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.
Darah daging.
Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.
Meninggi diri.
Bermuka dua.
Baik hati
Tulang belakang.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang.
Bagai kaca terhempas ke batu.
Tangan kosong.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi.
Seperti lembu dicucuk hidung.
Yang berat sama dipikul,yang ringan sama
dijinjing.
Dayung sudah di tangan,perahu sudah di air.
Terang hati.
Rendah hati.
Murah hati.
Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek
panas.
Buku Teks Tingkatan 5
Lintah darat.
Bagai aur dengan tebing.
Anak dagang
Hujan emas di negeri orang,hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Kalau takut dilambung ombak,jangan
berumah di tepi pantai.
Indah khabar daripada rupa.
Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.
Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama
dicecah.
Bukit sama didaki,lurah sama dituruni.
Kacang lupakan kulit.
Di mana bumi dipijak,di situ langit
dijunjung.
Masuk kandang kambing
mengembek,masuk kandang kerbau
menguak.
Ibarat telur sesangkak,pecah sebiji,pecah
semua.
Memerah otak.
Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan
dapat sagunya.
Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke
tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-
senang kemudian.
Yang bulat tidak datang menggolek,yang
pipih tidak datang melayang.
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Bulat air kerana pembetung,bulat manusia
kerana muafakat.
Yang kita kejar tak dapat,yang kita kendong
berciciran
Biar mati anak,jangan mati adat.
Sediakan payung sebelum hujan.
Berbesar hati.
Anak buah.
Tuan rumah.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Yang lama dikelek,yang baharu didukung.
Batu penghalang.
Untung anak lelaki cari-carikan,untung anak
perempuan nanti-nantikan.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
61 Soalan 4 : Novel – Analisis Novel (15 markah)
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa (F4 – Selangor)
Plot Novel
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:
Permulaan
Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi
dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki
kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu. Dia berkahwin dengan Sophia dan
mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.
Perkembangan
Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu bagi
menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.
Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan
hospital tentera. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun
sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan
bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan
peluru.
Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu
terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban
sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan
Adanan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera
Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu
ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Peleraian
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia
membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai
guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.
Teknik Plot
Imbas Kembali
Contoh : Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam Leftenan Adnan
yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun
setelah kesihatannya pulih.
Imbas Muka
Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang
askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga. Dia memang selalu digigit kerengga apabila
memanjat pokok buah-buahan. Dan setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya. Apatah lagi kalau digigit
pada bahagian yang paling sulit.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
62 Saspens
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
Kejutan
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
WATAK SAMPINGAN
Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Watak
sampingan novel ini ialah Pak Saidi. Pak Saidi merupakan bapa kepada Adnan dan penduduk kampung Sungai
Ramal berketurunan Datuk Siamang Gagap.
Antara perwatakan yang ditunjukkan oleh watak Pak Saidi ialah beliau seorang yang bertanggungjawab. Contohnya,
beliau masih menoreh getah di kebun getahnya. Pak Saidi memikul tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan
mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah. Beliau turut menjemputnya balik
pada waktu tengah hari.
Selain itu, Pak Saidi seorang yang berpandangan jauh. Misalnya, beliau amat mementingkan pelajaran anak-anaknya.
Dia mengambil keputusan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris. Walaupun tindakannya ditentang
oleh penduduk kampung, namun dia tetap menetapkan pendiriannya. Beliau sedar bahawa anak-anaknya akan
memperoleh ilmu pengetahuan yang luas di sana.
Akhir sekali, Pak Saidi seorang yang berani. Buktinya, semasa kehadiran tentera Jepun di Sungai Ramal untuk
mencari keluarga Leftenan Adnan, beliau sempat membunuh beberapa askar Jepun yang mengiringinya. Beliau
hanya menggunakan keris sebelum beliau ditembak mati. Keberanian Pak Saidi mendapat pujian daripada penduduk
Sungai Ramal. Mereka menganggap Pak Saidi sebagai wira.
Novel Jendela Menghadap Jalan (F4 – Perak)
PLOT
Permulaan
Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan
percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati. Dalam
perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas. Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan
Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
63 Perkembangan
Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau. Kekalutan turut timbul apabila Sugi
dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional. Geetha memaklumkan
kepada Lili bahawa datuknya telah berjaya menyembuhkan ibunya Letchumi yang sakit dengan menggunakan herba
tradisional. Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai
memasak dan masakan nenek sangat sedap. Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan
perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati. Danel
sering menulis artikel tentang pisang. Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun berjaya diselamatkan oleh Danel.
Konflik
1. Konflik dengan diri sendiri
Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan
perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.
2. Konflik dengan orang lain
Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan
tradisional berbanding perubatan moden.
Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-
anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering
mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan. Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di
kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi
kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.
Klimaks / Puncak
Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh
Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.
Peleraian
Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan
dipulihkan. Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan
tanah mereka. Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili. Sugi memaklumkan bahawa dia
berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan dan penanaman Jatropha Cuncas. Ibu
pulang menaiki bas tanpa ayah. Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.
Teknik Plot
Imbas Kembali
Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan
pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu keagamaan.
Imbas Muka
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
64 Saspens
Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangka bahawa kubah surau dilarikan
oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung yang mempunyai anggapan yang sama.
Kejutan
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
Novel Tirani
Plot (Jalan Cerita)
PERMULAAN
Pengenalan kepada watak Waheeda yang melayari laman sesawang berkaitan kecantikan wajah dan pembedahan
plastik pada wajah.Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada
wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri.
PERKEMBANGAN
Monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi
kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit
monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Waheeda. Waheeda dibawa ke hospital oleh Raidah
dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda. Waheeda ke Singapura untuk
bertemu dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical Center (SMC) yang akan menguruskan
proses pembedahan mata dan hidungnya. Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak matanya yang
dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh manakala pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr.
Rushdi. Waheeda dimaklumkan bahawa pembedahan akan memakan masa antara 10-15 jam. Apabila mendapat
tahu berita itu, Raidah, ibu kepada Waheeda terus terbang ke Singapura untuk menemani Waheeda. Waheeda
mendapat tawaran bekerja di Flamingo de La Rossa di Singapura sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Waheeda
berkenalan buat pertama kali dengan Zahid di Flamingo. Zahid berhasrat untuk meminang Waheeda. Majlis
pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas abangnya
antara Ghazi dengan Fatimah. Selepas itu, majlis perkahwinan Waheeda dengan Zahid diadakan dengan meriah dan
penuh dengan adat Melayu Sarawak. Zahid mencari Waheeda selepas isterinya itu tidak muncul di restoran untuk
makan tengah hari. Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas
yang mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda itu.
PERUMITAN
Halloway dan Dr Rushdi membuat kejutan mengunjungi penginapan Waheeda di Matang dan kedatangan mereka
mencetuskan rasa cemburu suaminya. Waheeda leka berbual dengan Halloway dan Dr. Rushdi disebabkan mereka
sudah lama tidak bertemu sekali lagi mendatangkan rasa cemburu kepada suaminya , Zahid. Malam itu berlaku
krisis antara Zahid dan Waheeda sehingga Zahid mengambil keputusan untuk tidak pulang ke bilik tidurnya. Raidah
dapat merasakan sikap menantunya semakin menjauhkan diri daripada isterinya, Waheeda dan seluruh ahli
keluarganya. Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eklusif Hospital pakar Normah, Zahid tidak
datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila
suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
65
KLIMAKS
Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan
sikap curiganya yang terlampau itu.Waheeda mengalami masalah kemurungan dan masalah migrain dan meroyan
akibat tindakan Zahid yang kejam kerana dia terlalu mencintai suaminya itu. Ghazi dan Raidah menemani Waheeda
untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda
dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron
Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah.
PELERAIAN
Selepas 20 tahun, Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan
bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. Zahid menangis
apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati
merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap
Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala
Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan bapanya, Zahid.
TEKNIK PLOT
IMBAS KEMBALI – Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah
dialami
1. Waheeda teringat akan kain sarung birunya terbelah sehingga paras peha seperti busana cheongsam kerana
mengejar rakan-rakan sekolahnya yang selalu mengejeknya berhidung pesek.
2. Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang semasa dia dan Ghazi berada dalam kereta sewaktu
perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya mengatakan bahawainsan tanpa kejayaan
umpama mati sebelum ajal.
IMBAS MUKA – Teknik atau cara mengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa
yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
1. Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim
digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur
pembedahan dari Dr Zahari.
2. Semasa menantikan kedatangan doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas Waheeda, dia
membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.
3. Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan di Chalet Tajau Emas yang
sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman
e-mel yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah.
SASPENS – peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam
kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
1. Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan
suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk
menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Pembaca
tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa Hospital oleh
Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.
2. Peristiwa tulang rawan hidung Waheeda dirasakan runtuh akibat demam selesema, walhal tarikh
pertunangan Waheeda dan Zahid hampir tiba. Pembaca tertanya-tanya, adakah sempat hidung Waheeda
pulih sebelum pertunangannya? Akhirnya majlis pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa dibatalkan dan
digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
66 3. Peristiwa Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas
mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka Zahid. Pembaca tertanya-tanya, adakah rumah tangga
Zahid dan Waheeda bertahan atau tidak disebabkan perasaan cemburu buta Zahid. Akhirnya, rumah tangga
mereka tidak bertahan, Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu.
4. Peristiwa ketika keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan. Pembaca tertanya-tanya, adakah Izzati anak
kepada Zahid atau tidak? Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid.
5. Peristiwa Zahid pertama kali Zahid melihat anak mereka Izzati. Pembaca tertanya-tanya, apakah
penerimaan Zahid terhadap anak itu. Akhirnya Zahid tidak dapat menerima hakikat Izzati adalah anak
kandung memandangkan anak itu tidak mempunya ciri-ciri persamaan dengannya.
KEJUTAN – Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa di duga oleh pembaca / watak.
1. Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak menyangka bahawa monyet-
monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.
2. Peristiwa Waheeda akan menjalankan pembedahan di Singapura. Pembaca terkejut ibu Waheeda , datang
ke Singapura dan sudah berada di hadapan rumah Waheeda, sedangkan pada awal cerita ibu Waheeda tidak
bersetuju dengan hasrat Waheeda itu.
3. Peristiwa Izzati dan Zahid bertanyakan nama ibu Izzati. Izzati menyatakan ibunya bernama Waheeda
Nurliyana. Zahid berasa terkejut bahawa di hadapannya ialah anak kandungnya yang sekian lama ingin
ditemunya.
4. Peristiwa Waheeda menunjukkan keputusan DNA kepada Zahid. Pembaca terkejut dengan tindakan Zahid
mempertikaikan keputusan DNA yang ditunjukkan oleh Waheeda. Zahid telah menuduh Waheeda
bersubahat dengan pakar DNA.
5. Peristiwa Waheeda sangat sedih kehilangan suami. Pembaca terkejut kerana tidak menyangka waheeda
mengalami tekanan perasaan sehingga meracau dan bercakap yang bukan-bukan.
Watak Sampingan (Raidah)
Novel yang saya pelajari dalam tingkatan 5 ialah Tirani karya Beb Sabariah. Watak sampingan novel ini ialah
Raidah. Dalam novel ini, watak sampingan ini memainkan peranan tertentu dalam mengambangkan dan
menggerakkan cerita.
Antara peranan penting watak Raidah ialah dia telah mencurah kasih sayang yang penuh kepada watak utama, iaitu
Waheeda. Misalnya, apabila Waheeda diejek oleh kawan-kawannya di sekolah, Raidah tidak jemu memujuknya.
Raidah juga menjahit baju sekolah Waheeda yang terkoyak akibat mengejar rakan-rakan yang mengejeknya. Raidah
turut menemani Waheeda ketika menjalani pembedahan plastik di Singapura.
Selain itu, Raidah yang berfikiran terbuka berperanan untuk menyokong keputusan yang telah dibuat oleh watak
utama, iaitu Waheeda. Misalnya, Raidah dapat menerima idea Waheeda untuk menetap di Semenanjung Malaysia
bagi mengambil alih perniagaan chalet dan ladang-ladang strawberi kepunyaan Abdul Aziz. Dia sedar bahawa
Waheeda perlu mengatur hidupnya sendiri, tambahan pula anaknya itu ibu tunggal.
Seterusnya, Raidah juga berperanan untuk mematuhi arahan suaminya. Buktinyanya, sebelum diserang oleh seekor
monyet Belanda, Waheeda ingin memperbaiki paras rupanya yang hodoh. Namun, suami Raidah tidak bersetuju
dengan Waheeda untuk melakukan pembedahan plastik sekadar untuk kelihatan cantik. Raidah akur akan arahan
suaminya dan sedaya upaya untuk menasihati Waheeda agar tidak meneruskan niatnya untuk melakukan
pembedahan mata dan hidungnya.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
67 Novel Songket Berbenang Emas
Binaan Plot
Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa.
Permulaan
1. Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola jaring. Mereka
berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.
2. Semasa berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan. Azhari datang menemuinya di
kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti.
3. Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke
rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.
Perkembangan
1. Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah pada waktu senja.
Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk emaknya balik ke rumah dengan
bantuan orang kampung.
2. Nek Kiah menyalahkan Embong yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman.
3. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital
Permai di Johor Bahru kerana keadaannya semakin serius.
4. Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menguruskan adik-adiknya. Ayah
Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana dipatuk ular.
Perumitan/Konflik
1. Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi kawasan
tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak
mampu membayar sebanyak RM15,000. Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk
menyediakan wang sebanyak itu.
2. Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia telah berusaha
untuk menyelamatkan Said.
3. Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke rumah Dahlia. Begitu
juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.
4. Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang merisik Dahlia kerana
bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.
5. Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap orang lain.
Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang kampungnya agar bersatu dan prihatin
kepada jiran tetangga.
Klimaks/Kemuncak
1. Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang mengandungi
jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar membuangnya ke sungai.
Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya. Nek Kiah pula sakit dan dirawat di
hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal
dengan keluarga Dahlia sehingga benar-benar pulih. Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan
keluarga Dahlia.
2. Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk kampung
bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah dinasihati oleh
Haji Sulaiman.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
68
Peleraian/ Pengakhiran
1. Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.
2. Keluarga Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat.
3. Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk mengikuti pengajian di
Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama enam bulan.
4. Majlis pertunangan Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia
di stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun
berada di mana-mana jua.
Teknik Plot
Imbas Kembali
Tiba-tiba pantun yang diungkapkan Azhari sewaktu menghantar Dahlia pulang pada hari Khamis bergema
pada telinga Dahlia.
Saspens
Peristiwa Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said; Peristiwa ini dikatakan saspens kerana
pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia selamat dan berjaya menjumpai
Said di dasar sungai.
Peristiwa pertemuan Najib dan Azhari di rumah Dahlia; Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca
tertanya-tanya peristiwa yang terjadi antara Najib dan Azhari apabila bersua muka pada masa yang
sama .Azhari cemburu kepada Najib dan pulang tanpa bertemu dengan Dahlia.
(a) Watak sampingan memainkan peranan penting dalam membantu watak utama.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan.
Novel Jendela Menghadap Jalan Haji Abdul Rahman
Novel Songket Berbenang Emas Embong
[7 markah]
JAWAPAN
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Haji Abdul Rahman
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Embong
1. Seorang yang alim dan kuat beribadat. Datuk
mengetahui ilmu agama Islam secara mendalam dan
sentiasa berwirid dan berzikir setiap kali selesai
solat.
1. Seorang yang taat akan perintah Tuhan. Embong
sentiasa menjaga solat fardunya dengan
mengerjakannya secara berjemaah atau bersendirian
di rumahnya.
2. Seorang yang bertanggungjawab. Datuk
membantu sedaya upaya pesakit yang datang berubat
dengannya menggunakan kaedah perubatan
tradisional berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun
herba.
2. Seorang yang pemaaf / tidak berdendam. Embong
tetap melayani ibu mertuanya Nek Kiah dengan baik
walupun ibu mertuanya itu selalu berprasangka
buruk terhadap dirinya sekeluarga.
3. Seorang yang penyayang. Datuk merasai
kehilangan anaknya iaitu ibu Lili yang tidak lama
menetap di Kampung sentosa lantaran ibu Lili
banyak menghabiskan masa mudanya belajar di luar
Negara dan bekerja di ibu kota.
3. Seorang yang penyayang. Embong merasai
kehilangan isterinya Saleha yang sedang dirawat di
Hospital Permai akibat penyakit kemurungan. Dia
sentiasa berdoa semoga isterinya sihat.
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
69
RUANG NOTA
Kegagalan ialah kejayaan yang tertunda
Lirik Nasyid
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
70
RUANG NOTA
“Fail to prepare, prepare for fail”
Roy Keane
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
71 RUANG NOTA
“Learning is to correcting the mistake”
Tsun Tzu
Norhairie Nordin ~hairiebmtutor
72
Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://hairiebmtutor.wordpress.com untuk rujukan
dan mencari contoh karangan yang diinginkan.
Hairisme@Creative
Disusun dan disediakan oleh Norhairie Nordin untuk
kegunaan seminar dan bengkel Bahasa Melayu 2019