16
1.0 PENGENALAN Kemajuan atau kecemerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada prestasi pekerja-pekerja yang menganggotai organisasi tersebut. Kegemilangan sesebuah organisasi bukan terletak pada satu kompleks bangunan tetapi amat bergantung kepada bakat, kebolehan dan kemampuan manusia sebagai pekerja. Pekerja yang berprestasi cemerlang merupakan `modal insan’ yang menjadi aset dan pemacu kepada organisasi yang cemerlang atau sebaliknya. Modal insan ini boleh di kelasifikasikan dalam dua keadaan, pertama ianya wujud dalam bentuk pemilikan oleh individu melalui kemahiran dan ilmu yang dikuasai. Ini bermakna orang yang berpendidikan atau berkemahiran tinggi secara dasarnya memiliki modal insan yang lebih besar atau lebih bernilai berbanding orang yang rendah tahap pendidikan atau kemahirannya. Kedua, individu itu sendiri boleh dilihat sebagai modal insan yang berguna untuk persekitarannya. Modal insan juga boleh dipertingkatkan potensinya. Penjanaan modal insan perlu mengabungkan dimensi kerohanian, akhlak, nilai dan unsur jati diri yang sesuai dengan keperluan organisasi. Faktor-faktor dalaman inilah yang menjadi asas kepada falsafah modal insan yang disebut oleh YAB. Perdana Menteri. Insan akan memiliki modal atau menjadi aset kepada organisasi adalah insan yang sedar akan amanah dan tanggungjawab, yang bekerja bersungguh-sungguh dengan ikhlas, dan yang sentiasa menggunakan akal fikiran dan kudrat yang ada padanya untuk memajukan dirinya, jabatannya dan juga organisasinya. Modal insan berbeza dengan modal fizikal yang boleh dimiliki dan mudah diurus tetapi modal insan amat kompleks dan memerlukan pihak atasan menggunakan kebijaksanaan dalam mengurusnya dan mengekalkanya. Di universiti, usaha mengekalkan modal intelektual ini amat penting seperti mana dinyatakan oleh Thurow (1997), ’… when a firm’s employee leaves, the firm’s unique ideas and technologies (human capital) automatically goes with that employee to the new employer’. Bagi merealisasikan hasrat YAB. Perdana Menteri, Datuk Naib Canselor UPSI dalam syarahan khas 2004-2005 “Melestari Pendidikan Gemilang Ke Arah Penjanaan Model Insan”, UPSI menyatakan bahawa pekerja yang cemerlang tidak boleh dipisahkan dengan nilai-nilai yang baik

Diskriptor Nilai Bitara

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Diskriptor Nilai Bitara

1.0 PENGENALANKemajuan atau kecemerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada prestasi pekerja-pekerja yang menganggotai organisasi tersebut. Kegemilangan sesebuah organisasi bukan terletak pada satu kompleks bangunan tetapi amat bergantung kepada bakat, kebolehan dan kemampuan manusia sebagai pekerja. Pekerja yang berprestasi cemerlang merupakan `modal insan’ yang menjadi aset dan pemacu kepada organisasi yang cemerlang atau sebaliknya. Modal insan ini boleh di kelasifikasikan dalam dua keadaan, pertama ianya wujud dalam bentuk pemilikan olehindividu melalui kemahiran dan ilmu yang dikuasai. Ini bermakna orang yang berpendidikan atau berkemahiran tinggi secara dasarnya memiliki modal insan yang lebih besar atau lebih bernilai berbanding orang yang rendah tahap pendidikan atau kemahirannya. Kedua, individu itu sendiri boleh dilihat sebagai modal insan yang berguna untuk persekitarannya. Modal insan juga boleh dipertingkatkan potensinya. Penjanaan modal insan perlu mengabungkan dimensi kerohanian, akhlak, nilai dan unsur jati diri yang sesuai dengan keperluan organisasi. Faktor-faktor dalaman inilah yang menjadi asas kepada falsafah modal insan yang disebut oleh YAB. PerdanaMenteri. Insan akan memiliki modal atau menjadi aset kepada organisasi adalah insan yang sedar akan amanah dan tanggungjawab, yang bekerja bersungguh-sungguh dengan ikhlas, dan yang sentiasa menggunakan akal fikiran dan kudrat yang ada padanya untuk memajukan dirinya, jabatannya dan juga organisasinya. Modal insan berbeza dengan modal fizikal yang boleh dimiliki dan mudah diurus tetapi modal insan amat kompleks dan memerlukan pihak atasan menggunakan kebijaksanaan dalam mengurusnya dan mengekalkanya. Di universiti, usaha mengekalkan modal intelektual ini amat penting seperti mana dinyatakan oleh Thurow (1997), ’… when a firm’s employee leaves, the firm’s unique ideas and technologies (human capital) automatically goes with that employee to the new employer’. Bagi merealisasikan hasrat YAB. Perdana Menteri, Datuk Naib Canselor UPSI dalam syarahan khas 2004-2005 “Melestari Pendidikan Gemilang Ke Arah Penjanaan Model Insan”, UPSI menyatakan bahawa pekerja yang cemerlang tidak boleh dipisahkan dengan nilai-nilai yang baikdan murni seperti mana yang ditekankan dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran (1985), Tonggak 12, Pelan Integriti Nasional (PIN,2004) di peringkat kebangsaan dan Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Integriti (SPAI) di peringkat jabatan dan kementerian. Kesedaran untuk menjadi insan yang bermoral dan bermodal tinggi adalah menjadi agenda utama UPSI dan dilakukan secara berterusan kerana universiti yang wibawa tidak terbina dalam jangka masa yang singkat seperti mana kata perpatah ’perjalanan seribu batu bermula dengan satu tapak’. Bagi meletakkan tapakdan asas-asas yang kukuh untuk membolehkan universiti berkembang maju, maka setiap anggota UPSI perlu memahami visi, misi dan cabaran UPSI baru. Pelaksanaan visi, misi dan cabaran UPSI baru ini diterap melalui program nilai bersama (shared-values) BITARA UPSI supaya menjadi budaya dan diamalkan semasa menjalankan tugas seharian di universiti (attitude, behaviour, practices).

Page 2: Diskriptor Nilai Bitara

2.0 PROGRAM BITARA UPSI

Pada 23 April 2006, ahli-ahli pengurusan tertinggi universiti sebagai ‘Kumpulan Leading’ telah meluluskan enam nilai budaya kerja iaitu berintegriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan kreatif dan inovatif, 24 penunjang atau diskriptor sebagai nilai bersama (shared-values) BITARA UPSI. Ini merupakan salah satu usaha universiti dalam membina modal insan UPSI yang cemerlang untuk mencapai misi dan visi universiti. Program BITARA UPSI diperkenalkan kepada seluruh warga UPSI mulai Jun 2006.

3.0 NILAI BITARA UPSI

Enam nilai dan 24 penunjang atau diskriptor BITARA UPSI sebagai nilai bersama (shared-values) universiti diperkenalkan untuk menjadi amalan di kalangan staf akademik dan staf bukan akademik iaitu;i. Berintegriti:Amanah, Telus, Akauntabiliti, dan Adilii. Profesional:Beretika, Iltizam, Cinta Ilmu, dan Kompenteniii. Semangat Berpasukan:Muafakat, Fokus Matlamat, Hormat-Menghormati, danBangga UPSIiv. Berorentasikan Pelanggan:Responsif, Proaktif, Mesra, dan Berkualitiv. Prihatin Kebajikan Anggota:Empati, Penghargaan, Keselesaan Persekitaran, dan Peluang Untuk Majuvi. Kreatif dan InovatifPenambahbaikan Berterusan, Nilai Tambah, Rebut Peluang, dan Berdaya Cipta

4.0 KURSUS BITARA UPSI – LIVING

Kesedaran tentang enam nilai bersama BITARA UPSI dibuat melalui pelaksanaan kursus BITARA selama empat hari. Kursus dikendalikan di tiga buah kem latihan mengikut kumpulan (living) yang melibatkan staf akademik dan staf bukan akademik. Hari pertama kursus, peserta melalui pelbagai bentuk aktiviti kembara seperti berkayak, berkawat, silat, dan senaman aerobik. Ini diikuti dengan tiga hari kursus kesedaran tentang enam nilai bersama BITARA UPSI di bilik-bilik kuliah.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dibuat secara kuantitatif melibatkan dua fasa. Fasa 1, data dikumpulkan melalui borang penilaian kursus yang diedarkan kepada peserta pada setiap living (kumpulan). Peserta yang terlibat dalam kajian ini adalahseramai 287 orang (38.2 %)

Page 3: Diskriptor Nilai Bitara

staf akademik dan seramai 465 orang (61.8 %) staf bukan akademik yang telah mengikuti kursus BITARA UPSI. Fasa 2 pula data dikumpulkan melalui dua set soal selidik iaitu untuk staf akademik dan staf bukan akademik. Soal selidik ini diedarkan kepada setiap peserta sekurang-kurangnya enam bulan selepas mengikuti kursus BITARA UPSI. Soal selidik menggunakan skala 5 point iaitu ’1’ Tidak Bersetuju’, ’2’ Kurang Bersetuju, ’3’ Tidak Pasti, ’4’ Bersetuju’ dan ’5’ Sangat Bersetuju dalam mendapatkan tahap persetujuan peserta tentang amalan nilai bersama BITARA UPSI di tempat kerja masing-masing. Soal selidik mengandungi dua bahagian, Bahagian A tentang profil peserta dan Bahagian B tentang amalan enam nilai bersama BITARA UPSI. Bagi tujuan kertas kerja ini laporan kajian hanya melibatkan staf bukan akademik dan menggunakan statistik diskriptif sahaja. Tiada sebarang analisis statistik inferen dibuat.

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Penilaian Semasa kursus – Fasa 1Berdasarkan Jadual 1, sebanyak 89% peserta kursus mempunyai pandangan yang amat baik tentang enam nilai bersama BITARA UPSI, 9% peserta berpandangan sederhana dan hanya 2% berpandangan kurang baik. Semasa kursus dijalankan, seramai 91% peserta kursus menyatakan objektif kursus BITARA UPSI ini tercapai dengan amat baik dan baik dan 8% sederhana dan hanya 1% kurang tercapai. Dari aspek kefahaman bahan kursus yang digunakan, 86% peserta dapat memahami isi kandungan kursus dengan amat baik dan baik, 12% sederhana dan 2% kurang baik dalam memahami bahan-bahan kursus yang digunakan. Seramai 82% peserta kursus pula amat bersetuju bahawa enam nilai bersama BITARA UPSI ini amat bersesuaian untuk diamalkan di kalangan staf, 12 % sederhana dan hanya 3% menyatakan kurang sesuai untuk diamalkan ditempat kerja masing-masing.

Antara respon secara terbuka dinyatakan oleh peserta kursus adalah seperti berikut;

Kursus BITARA ini amat baik dan berkesan kepada semua staf UPSI.Perlu dilaksanakan kepada semua kakitangan UPSI.Kursus BITARA perlu ada lanjutan.Nilai BITARA yang diajar perlu diamalkan berterusan di universiti.Kursus ini membentuk ‘team building’ di kalangan staf UPSI.Kursus yang baik dan perlu diaplikasikan kepada semua staf UPSI.Sangat baik dan perlu diteruskan.Pembahagian kumpulan meliputi semua peringkat kakitangan kerana dapat membantu staf yang lain untuk memahami kandungan kursus,Kursus ini memang sungguh berkesan dan bagus, ianya sesuai dijalankan di UPSI.Pendekatan yang digunakan amat baik.

Page 4: Diskriptor Nilai Bitara

6.2 Penilaian selepas kursus - Fasa 2Profil sampel kajian Dari Jadual 2, seramai 270 orang (58.1 %) staf bukan akademik memberi maklum balas kepada soal selidik yang diedarkan. Didapati seramai 145 orang (53.7 %) lelaki dan 27 orang (46.3 %) perempuan. Seramai 36 orang bawah 25 tahun (13.3 %), 110 orang berumur antara 26 hingga 30 tahun (40.7 %), 56 orang (20.7 %) berumur antara 31 hingga 35 tahun, 30 orang berumur antara 36 hingga 40 tahun (11.1 %) dan 38 orang (14.1 %) berumur lebih daripada 40 tahun. Didapati seramai 52 orang (19.3 %) mula berkhidmat di UPSI antara tahun 1997 hingga 1999, 119 orang (44.1%) antara tahun 2000 hingga 2003 dan 99 orang (36.7 %) mula khidmat pada tahun 2004 hingga 2007. Seramai 221 orang (81.9 %) staf bukan akademik bersetuju dan 49 orang (18.1 %) kurang bersetuju kursus BITARA UPSI ini diteruskan.

PERSEPSI STAF BUKAN AKADEMIK TENTANG AMALAN NILAI BERSAMA (shared values) BITARA UPSI

6.3 BERINTEGRITI

Dari Jadual 3, min keseluruhan nilai berintegriti adalah 4.55 dan SD 0.41. Ini menunjukkan staf bukan akademik ’sangat sersetuju’ bahawa nilai integriti menjadi amalan mereka semasa menjalankan tugas pengurusan, pentadbiran, dan perkhidmatan sokongan di universiti. Bagi penunjang (diskriptor) nilai telus, mereka ’sangat bersetuju’ bahawa terdapat ketelusan dalam proses kenaikan pangkat dan penilaian prestasi tahunan (Min = 4.5) dalam pengurusan dan pentadbiran universiti dan mereka juga bersedia menerima pandangan dari pelbagai pihak dan memperbaiki prestasi mereka dalam urusan pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan sokongan(Min = 4.5). Begitu juga dengan penunjang nilai akauntabiliti, di mana mereka ’sangat bersetuju’ bahawa amalan nilai akauntibiliti dilaksanakan mengikut bidang kuasa dalam pentadbiran danpengurusan di universiti (Min = 4.5) serta bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan oleh mereka tanpa menyalahkan orang lain (Min = 4.5). Mereka turut ’bersetuju’ bahawa dapat mematuhi arahan dan peraturan yang dikuatkuasakan di universiti berkaitan dengan perkhidmatan mereka di universiti.Bagi penunjang nilai amanah pula, mereka juga ’sangat bersetuju’ bahawa sentiasa menjaga dan menyanyangi harta dan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti (Min = 4.5) dan tidak menyalahguna kuasa serta menyimpan rahsia pusat tanggungjawab masing-masing. Mereka hanya ’bersetuju’ dapat hadir ke pejabat tepat pada masa yang ditetapkan dan menyelesaikan tugas dalam tempoh yang ditetapkan di pusat tanggungjawab masing-masing. Bagi penunjang nilai adil (Min = 4.3), mereka ’bersetuju’ bahawa amalan ini diamalkan semasa mereka membuat merancang danmelaksanakan kerja dengan mengambil kira kebajikan semua warga universiti.

Jadual 3: Min Bagi Nilai Berintegriti dan Penunjang (Diskriptor) Penunjang Amalan BITARA

Amanah1. Menghadiri kerja dan tugasan rasmi tepat pada masanya2. Menyelesaikan tugas yang diamanahkan dalam tempoh yang ditetapkan3. Menjaga dan menyayangi harta dan kemudahan universiti dengan amanah

Page 5: Diskriptor Nilai Bitara

4. Tidak menyalahgunakan kuasa yang dimiliki dan sentiasa menyimpan rahsia

Telus1. Menerima pandangan dari pelbagai pihak dan memperbaikinya2. Menjalankan tugas secara telus dalam semua proses penilaian seperti kenaikanpangkat, prestasi tahunan dan urusan yang berkaitan dengan perjawatan dan perolehan

Akauntabiliti1. Melaksanakan tugas dengan kuasa yang diperuntukkan dengan dedikasi danbertanggungjawab2. Mematuhi arahan dan peraturan yang telah dikuatkuasakan3. Bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan sendiri dan tidak menyalahkanorang lain

Adil1. Merancang dan melaksanakan kerja dengan teratur mengikut keutamaan dan peraturan serta mengambil kira kebajikan semua pihak

6.4 PROFESIONAL

Jadual 4, menunjukkan min keseluruhan nilai professional adalah 4.26 dan SD 0.54. Ini menunjukkan bahawa staf bukan akademik ’bersetuju’ bahawa nilai profesional ini menjadi amalan mereka semasa merancang, mengurus, melaksanakan dan menyokong usaha budaya kerja yang cemerlang di universiti. Keempat-empat penunjang nilai profesional iaitu iltizam, cinta ilmu, kompeten dan beretika dinyatakan pada tahap ’bersetuju’ dalam amalan mereka semasa bertugas di pusat tanggungjawab masing-masing. Bagi penunjang nilai iltizam (purata Min = 4.3), mereka ’bersetuju’ dalam menjalankan tugas dengan penuh semangat dan dedikasi, membuat perancangan secara terperinci, menjalankan tugas tanpa mengira masa, dan berani mencuba dan bersedia memperbaiki kesilapan semasa menjalankan urusan pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan sokongan. Bagi penunjang ’beretika’ (purata Min = 4.3), mereka ’bersetuju’ bahawa amalan semasa melaksanakan urusan-urusan yang berkaitan dengan tadbir urus, mengutamakan kepentingan organisasi dan sentiasa menjaga maruah rakan sekerja dipraktikkan. Begitu juga dengan penunjang’kompenten’, di mana staf bukan akademik ini ’bersetuju’ bahawa mereka dapat menyiapkan kerja yang berkualiti dan efisyen seperti mana yang ditetapkan oleh pusat tanggungjawab masing-masing. Seterusnya, bagi penunjang ’cinta ilmu’, mereka turut ’bersetuju’bahawa amalan membaca menjadi budaya kerja dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas masing-masing serta menyokong aktiviti keilmuan yang dijalankan di universiti.

Jadual 4: Min Bagi Nilai Profesional dan Penunjang (Diskriptor)

Penunjang Amalan BITARA

Iltizam

Page 6: Diskriptor Nilai Bitara

1. Menjalankan tugas dengan penuh semangat dan dedikasi2. Merancang dan melaksanakan kerja dengan terperinci dan teliti3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepenuh hati tanpa mengira masa4. Memberanikan diri untuk mwncuba dan bersedia memperbaiki kesilapan

Cinta Ilmu

1. Mengamalkan pembacaan sebagai satu budaya2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas3. Melibatkan diri dalam aktiviti keilmuan4. Menyokong usaha dalam memgembangkan ilmu5. Menjalinkan rangkaian kerja dengan jabatan luar yang berkaitan dengan tugas

Kompeten

1. Menyiapkan kerja yang berkualiti dan efisien dalam jangka masa yang ditetapkan2. Mencapai tahap kecekapan yang ditetapkan dalam tempoh yang ditentukan.

Beretika

1. Mengamalkan tadbir urus yang sistematik dan memenuhi kod etika profesion2. Mengutamakan kepentingan organisasi3. Menjaga maruah rakan sekerja dan pelajar

6.5 SEMANGAT BERPASUKAN

Bagi nilai semangat berpasukan, Jadual 5 menunjukkan min keseluruhan adalah 4.31 dan SD 0.56. Ini menunjukkan bahawa staf bukan akademik ’bersetuju’ bahawa nilai semangat berpasukan wujud di kalangan staf UPSI. Keempat-empat penunjang nilai semangat berpasukan iaitu ’bangga UPSI’ (purata Min = 4.4), ’fokus matlamat’ (purata Min = 4.4) diikuti dengan nilai ’hormat-menghormati’ (purata Min = 4.2) dan ’muafakat’ (purata Min = 4.2), dinyatakan pada tahap ’bersetuju’ bahawa nilai-nilai tersebut menjadi amalan mereka semasa menjalankan tugas seharian mereka di universiti.Bagi penunjang ’bangga UPSI’, mereka ’bersetuju’ bahawa sentiasa berusaha memerlihara dan mempertahankan imej dan nama baik UPSI (Min = 4.4) dan berkongsi kejayaan dan kegagalan UPSI (Min = 4.3) dan mempromosi kehebatan dan pencapaian UPSI dalam bidang pengurusan dan pentadbiran universiti (Min = 4.2). Bagi penunjang ’fokus matlamat’, mereka ’bersetuju’ untuk melaksanakan matlamat universiti (Min = 4.3), dan juga melaksanakan tugas demi untuk menaikan reputasi serta mencapai matlamat visi dan misi UPSI (Min = 4.3). Persetujuan juga dinyatakan bahawa wujudnyapemaufakatan di setiap pusat tanggungjawab masing-masing semasa menyelesaikan masalah secara bersama (Min = 4.1), menghindar salah faham atau prasangka dan saling percaya mempercayai di tempat kerja (Min = 4.2), membantu dan memberi galakan kepada rakan sekerja supaya meningkatkan prestasi kerja masing-masing (Min = 4.3) dan mereka turut ’bersetuju’ menerima penghormatan yang setimpal daripada pihak pengurusan universiti bagi perkhidmatan dan pengurusan yang cemerlang.

Page 7: Diskriptor Nilai Bitara

Jadual 5: Min Bagi Nilai Semangat Berpasukan dan Penunjang (Diskriptor)Penunjang Amalan BITARA

Muafakat1. Menyelesaikan masalah secara bersama melalui syura2. Menghindari salah faham/prasangka di kalangan anggota3. Membantu dan menggalakkan rakan sekerja dalam meningkatkan prestasi kerja

Fokus Matlamat

1. Berkerjasama di dalam melaksanakan tugas demi menaikkan reputasi UPSI2. Menetapkan dan melaksanakan matlamat UPSI secara bersama3. Mengingatkan satu sama lain tentang visi dan misi UPSI

Hormat menghormati

1. Memberi penghormatan yang selayaknya kepada semua anggota tanpa mengirausia dan pangkat Membantu dan menggalakkan rakan sekerja dalam meningkatkan prestasi kerja

2. Memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai di kalangan anggota3. Menghormati hak dan keistemewaan rakan sekerja

Bangga UPSI1. Mempromosi kehebatan dan pencapaian UPSI2. Memelihara dan mempertahankan imej dan nama baik UPSI3. Berkongsi kejayaan dan kegagalan

6.7 BERORIENTASIKAN PELANGGAN

Jadual 6, min keseluruhan bagi nilai ’berorientasikan pelanggan’ adalah 4.28 dan SD 0.54. Ini menunjukkan bahawa staf bukan akademik ’bersetuju’ bahawa nilai berorientasikan pelanggan ini menjadi amalan mereka semasa berurusan dengan pelajar, rakan sekerja dan membantu fakulti dan pensyarah dalam urusan berkaitandengan pengajaran pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan yang melibatkan pihak luar. Staf bukan akademik ’bersetuju’ mereka sentiasa responsif(purata Min = 4.35) kepada permintaan pelajar, pensyarah dan pihak luar dan memberi perkhidmatan yang mesra melayan pelajar, rakan sekerja, pensyarah dan pelanggan luar UPSI semasa berurusan di pusat tanggungjawab masing-masing. Mereka juga ’bersetuju’ sentiasa proaktif (purata Min = 4.28) dan mesra (purata Min = 4.29) semasa berurusan dengan pelajar, pensyarah dan pihak luar. Amalan melayan pelanggan dan pelajar dengan bahasa dan perlakuan yang sopan, memudahkan proses kerja dengan pelanggan dan pelajar serta memberi keutamaan dan kemudahan kepada pelajar kurang upaya. Mereka turut menyatakan persetujuan dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti (purata Min = 4.23) di pusat tanggungjawab masing berdasarkan kepada maklumat dan prasarana sedia ada.

Jadual 6: Min Bagi Nilai Berorientasikan Pelanggan dan Penunjang (Diskriptor).

Page 8: Diskriptor Nilai Bitara

Penunjang Amalan BITARA Responsif1. Bertindak segera terhadap permintaan dan aduan pelanggan2. Melaksanakan aktiviti pembetulan untuk mengatasi kesulitan

Proaktif1. Menyediakan strategi pencegahan untuk mengelakan sebarang kesulitan2. Menjangka dan merancang keperluan pelajar dan staf berdasarkan keperluan pasaran kerja3. Menyediakan sistem maklumat yang boleh memberi petunjuk untuk perancangan masa depan

Mesra1. Melayan pelanggan dengan bahasa dan perlakuan yang sopan2. Melaksanakan proses kerja yang memudahkan pelanggan3. Menggunakan kios maklumat yang memudah kan saluran komunikasi pelanggan4. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang mesra OKU

Berkualiti1. Memberi maklumat yang dipohon oleh pelanggan dengan lengkap dan tepat2. Menyediakan maklumat dalam pelbagai media3. Melengkap dan mengemas kini portal UPSI4. Memastikan setiap proses kerja mematuhi sistem kualiti

6.8 PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA

Dari Jadual 7, min keseluruhan bagi nilai prihatin kebajikan anggota adalah 4.12 dan SD 0.68. Ini menunjukkan bahawa staf bukan akademik ’bersetuju’ bahawa pengurusan UPSI mengambil berat tentang kebajikan anggota, memberi penganugerahan kepadaanggota yang cemerlang, menyediakan persekitaran tempat kerja yang selesa dan memberi galakkan dan sokongan untuk menghadiri kursus dan perkembangan diri stafnya. Bagi nilai penunjang ’penghargaan’, staf bukan akademik ’bersetuju’ bahawa pengurusan UPSI sentiasa memberi penghargaan kepada stafnya yang menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan sokongan semasa Hari Kualiti UPSI yang diadakan setiap tahun. Begitu juga dengan nilai penunjang’keselesaan persekitaran’, dimana pengurusan universiti menyediakan kemudahan berkaitan dengan kesihatan keluarga anggota dan memberi sokongan dalam aktiviti sukan pada peringkat universiti dan kebangsaan. Mereka juga turut ’bersetuju’ bahawa pengurusan universiti bersikap empati dengan menyediakan kemudahan dalam membantu mereka yang memerlukan khidmat kaunseling dan penasihatan, memberi bantuan kepada anggota yang ditimpa musibah dan bertindak ke atas pandangan yang dikemukakan oleh persatuan kakitangan sokongan (USIA) dan kakitangan pentadbiran (PRESTASI).

Jadual 7: Min Bagi Nilai Prihatin Kebajikan Anggota dan Penunjang Penunjang Amalan BITARA

Empati

Page 9: Diskriptor Nilai Bitara

1. Menawarkan khidmat kaunseling dan penasihatan2. Menziarahi keluarga dan memberi bantuan kepada anggota yang ditimpa musibah3. Menjadi rakan pembimbing dan pendengar yang baik.

Penghargaan1. Mencadang, menyokong penganugerahan yang bersesuaian2. Membudayakan ucapan terima kasih dan penghargaan3. Memperingati dan meraikan hari lahir setiap anggota

Keselesaan Persekitaran1. Meningkatkan penggunaan kemudahan sokongan untuk keluarga seperti nurseri dantadika2. Meningkatkan penggunaan kemudahan perkhidmatan perubatan dan pergigian3. Melibatkan diri dan mengiatkan aktiviti riadah serta sukan4. Mengamalkan gaya hidup sihat5. Saling menghormati, memahami dan berbudi bahasa

Peluang Untuk Maju1. Menghadiri kursus dalam perkhidmatan2. Menonjolkan keterampilan diri dalam bidang sukan dan kebudayaan4. Membangunkan potensi diri dalam bidang kepakaran masing-masing

6.9 KREATIF DAN INOVATIFJadual 8, min keseluruhan bagi nilai kreatif dan inovatif adalah 4.1 dan SD 0.65. Ini menunjukkan bahawa staf bukan akademik ’bersetuju’ bahawa nilai kreatif dan inovatif ini diamalkan semasa urusan pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan sokongan di pusat tanggungjawab masing-masing. Mereka ’bersetuju’ bahawa penambahbaikan berterusan (purata Min = 4.1) dan nilai tambah (purata Min = 4.0), diamalkan semasa aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penilaian kerja, pengurusan latihan dan mengubahsuaiproses kerja untuk penjimatan dan menggunakan teknologi dan media untuk berkomunikasi dan memberi perkhidmatan yang lebih baik. Walaubagaimanapun, mereka ’tidak pasti’ bahawa rebut peluang (purata Min = 3.9) dan berdaya cipta (purata Min = 3.7) ini wujud dan diamalkan dalam urusan pengurusan, pentadbiran danperkhidmatan sokongan di pusat tanggungjawab masing-masing.

Jadual 8: Min Bagi Nilai Kreatif dan Inovatif dan Penunjang Penunjang Amalan BITARA

Penambahbaikan Berterusan1. Menjalankan penilaian kerja dan melakukan tindakan pembetulan dari semasa ke semasa2. Meningkatkan prestasi staf melalui latihan dan bimbingan3. Melaksanakan perubahan selaras dengan keperluan semasa dan akan datang4. Menanda aras proses kerja dengan organisasi yang berjaya dari semasa ke semasa5. Mengubahsuai proses kerja untuk penjimatan tanpa menjejaskan kualiti dan kecekapan

Nilai Tambah

1. Menggunakan pelbagai teknologi dan media untuk menghasilkan komunikasi danperkhidmatan yang lebih baik

Page 10: Diskriptor Nilai Bitara

2. Berkemahiran dalam bahasa inggeris untuk mengakses ilmu dan maklumat baru3. Berdaya cipta untuk meningkatkan nilai produk dan perkhidmatan

Rebut Peluang

1. Mencari, menggunakan dan menghebahkan peluang yang didapati untuk menceburi diri dalam aktiviti yang dapat meningkatkan kecemerlangan diri.2. Meningkatkan daya saing yang sihat3. Memberi pendedahan kepada staf melalui persidangan dan pameran di peringkatantarabangsa

Berdaya Cipta1. Memberanikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru2. Melibatkan diri dalam pertindangan bagi merangsang daya cipta dan inovasi

7.0 RUMUSAN

1. Secara keseluruhan, lebih daripada 80 % peserta kursus BITARA UPSI yang melibatkan staf akademik dan staf bukan akademik menerima enam nilai bersama (shared values) BITARA UPSI dengan baik dan sesuai untuk menjadi amalan semasa bertugas di universiti dan 62.8 % staf akademik dan 81.9 % staf bukan akademik bersetuju kursus BITARA UPSI ini diteruskan.2. Dari enam nilai bersama (shared values) ini, staf bukan akademik ini sepakat ’sangat bersetuju’ bahawa nilai berintegriti ini dengan penunjang-penunjang amanah, telusdan akauntabiliti sentiasa menjadi amalan mereka semasa pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan sokongan berkaitan dengan urusan dengan fakulti, pelajar, pensyarah dan pihak luar.3. Bagi nilai-nilai profesional, semangat berpasukan, prihatin kebajikan anggota, berorientasikan pelanggan dan kreatif dan inovatif serta penunjang bagi nilai-nilai tersebut, staf bukan akademik sepakat ’bersetuju’ bahawa nilai-nilai tersebut diamalkan oleh mereka semasa pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan sokongan melibatkan fakulti, pelajar, pensyarah dan pihak luar.4. Bagi penunjang ’rebut peluang’ dan ’berdaya cipta’ bagi nilai kreatif dan inovatif, staf bukan akademik kurang pasti kewujudan dan amalan nilai-nilai tersebut semasapengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan sokongan di pusat tanggungjawab mereka.5. Penunjang-penunjang bagi nilai profesional, semangat berpasukan, prihatin kebajikan anggota dan berorientasikan pelanggan, staf bukan akademik mencapai persetujuan pada tahap ’bersetuju’ sahaja dalam amalan mereka semasa pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan sokongan yang diberikan di universiti.

8.0 KESIMPULAN

Proses pembangunan negara akan kelihatan kurang mantap dan lompang jika ketiadaan tumpuan kepada elemen modal insan. Dalam konteks pembangunan universiti, konsep modal insan perlu diperluaskan bagi merangkumi elemen-elemen nilai. Sebelum penjanaan modal insan itu dilaksanakan perlu diwujudkan mekanisme

Page 11: Diskriptor Nilai Bitara

penyelidikan dan pembangunan yang mengkaji sedalam-dalamnya kepelbagaian faktor yang mempengaruhi keperluan terhadap modal itu. Jesteru itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam usaha membentuk model atau prototaip modal insan yang sesuaidengan keperluan negara di samping mencapai visi dan misi university khususnya.

RUJUKAN

[1] Ahmad Shukri Abdul Hamid (2006, 3 Mac). Modal Insan Pelengkap Pembangunan. Berita Harian, muka surat 13.

[2] Drucker, P. (2002). Managing the next society. New York: St. Martin Press.

[3] Muhammad Rais Abdul Karim. (2006). Melestari Pendidikan Gemilang ke Arah Penjanaan Modal Insan. Tanjung Malim: Pencetakan Universiti Pendidikan Sultan Idris.