DIARI PELANCONGAN.docx

Embed Size (px)

Citation preview

BULAN JANUARI

LEGOLANDPada bulan januari tempat atau destinasi yang akan menjadi pilihan syarikat untuk mengadakan lawatan ialah di Legoland. Tempat ini sentiasa menarik minat pelancong untuk mengunjunginya dan terdapat beberapa aktiviti menarik yang terdapat di tempat ini. Ianya mempunyai lebih 40 wahana permainan yang dibuka pada September 2012. Tempat ini sesuai dengan namanya, Legoland kerana terdapat berbagai mini atur yang dibuat dari lego. Contohnya menara kembar petronas yang telah dibuat dengan menggunakan lego terdapt di tempat ini.Destinasi ini juga terdapat hotel dan water park yang disediakan. Harga tiket untuk memasuki tempat ini adalah RM120 manakala harga untuk lego water park adalah RM 95. Akan tetapi apabila pelancong membeli tiket combo untuk memasuki kawasan lego dan water park harganya adalah pada RM150.Para pelancong digalakkan datang ke tempat ini kerana terdapat aktiviti menarik yang disediakan untuk pelancong. Para pelancong juga boleh membawa keluarga masing-masing untuk melancong ke tempat ini.

LEGOLAND

Bulan febRuari

Hello Kitty TownPada bulan Februari pula syarikat kami telah merancang untuk melancong ke Hello Kitty Town. Tempat ini baru dibuka dan terdapat banyak aktivi menarik yang disediakan. Tempat wisata ini yang bertemakan Hello Kitty sangat disukai oleh wanita dan kanak-kanak dari seluruh penjuru dunia.Tempat ini juga berhampiran dengan Singapura. Terdapat juga barang-barang yang boleh dijadikan hadiah apabila melancong ke tempat ini. Antara barang yang boleh dijadikan cenderamata untuk dibawa pulang ialah seperti beg, botol air, mainan dan banyak lagi. Harga tiket untuk memasuki tempat ini adalah RM75.Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka melancong ke tempat ini kerana kebiasaannya kanak-kanak sangat menggemari watak kartun ini iaitu Hello Kitty.

HELLO KITTY TOWN

BULAN MAC

JOHOR PREMIUM OUTLETPada bulan Mac, Johor Premium Outlet menjadi destinasi pilihan syarikat. Tempat ini dibuka pada akhir tahun 2011 yang berlokasi di Kulai Jaya, Johor Bahru. Johor Premium Outlet adalah sebuah kompleks yang berisi jenama-jenama ternama dan terkenal seperti Armani,braun buffel dan burerry.Sekiranya pelancong mengunjungi tempat ini, para pelancong akan dapat mengelilingi pusat ini yang kurang dari satu jam kerana ukurannya yang tidak terlalu besar. Para pelancong boleh membeli belah di tempat ini dengan senangnya.Terdapat juga pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh para pelancong. Tempat ini juga telah menjadi tarikan para pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara.

JOHOR PREMIUM OUTLET

BULAN APRIL

MASJID SULTAN ABU BAKARPada bulan April syarikat telah memilih Masjid Sultan Abu Bakar untuk destinasi pelancongan. Tempat atau destinasi ini adalah sebuah masjid yang telah menjadi salah satu tarikan di negeri Johor. Masjid ini dinamakan Masjid Sultan Abu Bakar kerana dulunya diawasi secara lansung ole pemimpin Johor iaitu Sultan Abu Bakar. Masjid ini juga antara masjid yang paling indah di Malaysia kerana mempunyai perpaduan struktur Malaysia,Arab dan Inggeris.Para pelancong yang beragama islam yang mengunjungi masjid ini juga dapat berkesempatan untuk mengerjakan fardu solat di masjid ini. Manakala yang beragama lain boleh berkunjung untuk melihat masjid ini.

MASJID SULTAN ABU BAKAR

BULAN MEI

KEBUN BINATANG JOHORKebun Binatang Johor adalah destinasi pilihan syarikat pada bulan Mei. Tempat wisata ini terletak di Johor Bharu yang sesuai untuk anak-anak kerana biasanya mereka sangat suka untuk berinteraksi dengan binatang.Tempat yang berlokasi di Jalan Gertak Merah ini mempunyai banyak binatang tidak kira samada binatang jinak atau liar. Koleksi-koleksi atau binatang yang terdapat dan dimiliki oleh KBJ berjumlah lebih dari 100 spesies da nada juga diantaranya hamper pupus dan memerlukan perlindungan.Para pelancong juga digalakkan melancong ke tempat ini kerana mereka boleh mengenali binatang-binatang yang terdapat di tempat ini dengan lebih dekat dan mendalam. Tempat ini juga dikenali sebagai zoo Johor.

KEBUN BINATANG JOHOR

Bulan jun

Night market johor bharuPada bulan Jun tempat atau destinasi yang menjadi pilihan syarikat ialah Night Market Johor Bharu. Tempat ini berlokasi di belakang KSL City Mall. Night market ini mula dibuka pada jam 4 petang.Para pelancong yang menunjungi tempat ini akan dapat membeli banyak barang dengan harga yang murah. Terdapat banyak barang yang di jual di sini. Antaranya adalah seperti aksesori, CD, makanan dan banyak lagi.Para pelancong juga dapat membeli barangan yang diminati kerana harga setiap bang adalah berpatutan dan mampu dibeli oleh setiap pelanggan yan mengunjungi tempat ini.

NIGHT MARKET JOHOR BHARU