5
Kumpulan Baca dialog petikan dibawah dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas. Rabu :Wah penatnya, saya sudah tidak larat untuk berlari lagi. Irfan :Eh, disana ada Cikgu Masyitah. Hilman :Oh, saya sentiasa melihat beliau datang ke sini berjoging setiap petang Irfan :Hilman, mengapa kamu kelihatan tidak penat? Hilman :Saya sudah terbiasa dengan aktiviti bersenam. Kita patut bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Barulah badan kita akan menjadi cergas dan otak pun cerdas. Irfan :Oh inilah rahsia kamu sentiasa kelihatan cergas dan bertenaga setiap masa. Rabu :Lihat, disana ada peniaga gerai kecil. Mereka ada menjual roti canai, nasi lemak dan mee goreng. Minuman pun ada. Saya teringin hendak minum milo ais bagi menghilangkan dahaga. Hilman :Rabu, kita baru sahaja selesai berjoging, tetapi awak hendak memakan makanan yang berat. Irfan :Benar kata Hilman. Kita seharusnya mengurangkan makanan berminyak apatah lagi yang berlemak. Hilman :Makanan sebegini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Apabila gemuk, penyakit seperti darah tinggi dan penyakit jantung akan mudah menyerang kita.

Dialog

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PETIKAN DIALOG AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

Citation preview

Kumpulan Baca dialog petikan dibawah dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas.Rabu:Wah penatnya, saya sudah tidak larat untuk berlari lagi.

Irfan :Eh, disana ada Cikgu Masyitah.

Hilman:Oh, saya sentiasa melihat beliau datang ke sini berjoging setiap petang

Irfan:Hilman, mengapa kamu kelihatan tidak penat?

Hilman:Saya sudah terbiasa dengan aktiviti bersenam. Kita patut bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Barulah badan kita akan menjadicergasdan otak puncerdas.

Irfan:Oh inilah rahsia kamu sentiasa kelihatan cergas dan bertenaga setiap masa.

Rabu :Lihat, disana ada peniaga gerai kecil. Mereka ada menjual roti canai, nasi lemak dan mee goreng. Minuman pun ada. Saya teringin hendak minum milo ais bagi menghilangkan dahaga.

Hilman :Rabu, kita baru sahaja selesai berjoging, tetapi awak hendak memakan makanan yang berat.

Irfan :Benar kata Hilman. Kita seharusnya mengurangkan makanan berminyak apatah lagi yang berlemak.

Hilman :Makanan sebegini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Apabila gemuk, penyakit seperti darah tinggi dan penyakit jantung akan mudah menyerangkita.

Rabu :Baiklah, saya akan mengikut nasihat kalian untuk mengamalkan makanan yang seimbang.

Irfan:Kesihatan diri perlulah dijaga untuk menjamin kehidupan sempurna. Ini kerana "Akal Yang Sihat Berada Dalam Tubuh Yang Sihat"

Baca petikan dibawah dengan teliti dan jadikan perkataan yang bergaris menjadi imbuhan awalan yang bermakna.

Siti adalah seorang murid tahun 3 di kelas Ibnu Sina. Dia sangat suka 1)senam. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk dia 2) jaga kesihatan diri. Gurunya menasihatkan agar melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain itu Siti telah melibatkan diri dengan aktiviti sukan di sekolah. Kesihatan tubuh badan akan lebih 3) jamin. Badan akan 4) jadi sihat, dan 5) ransang otak yang cerdas apabila datang ke sekolah.Makanan 6) imbang dan 7) khasiat penting untuk kesihatan tubuh. Oleh itu Siti telah mengurangkan makanan yang 8) lemak dan manis. Ini kerana ia boleh menyebabkan badan menjadi gemuk dan mudah didatangi penyakit.Siti selalu 8) jaga kesihatan diri untuk 9) jamin kehidupan yang sempurna. Ayah sering 10) pesan akal yang sihat berada pada tubuh badan yang sihat.

rabu : Malam ini ada episode akhir cerita kegemaran saya, saya tak sabar untuk menontonnya.

'Badan Sihat Otak Cerdas'

Setiap orang perlu mengamalkan sikap suka bersenam. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menjaga kesihatan diri. Kita patut bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kita patut mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali bersenam. Berat badan juga dapat dikekalkan jika selalu bersenam. Badan kita akan menjadicergasdan otak puncerdas.

Kita juga perlu mengamalkan pemakananyang seimbang. Makanan seimbang danberkhasiatpenting untuk kesihatan tubuh. Kita hendaklah mengurangkan makan makanan yang berlemak dan manis. Makanan sebegini boleh menyebabkan badan kita menjadi gemuk. Apabila gemuk, penyakit seperti darah tinggi dan penyakit jantung akan mudah menyerangkita.

Tidur dan rehat yang mencukupi juga amat penting untuk menjaga kesihatan. Badan yang lemah akibat tidak cukup tidurakan mudahdijangkitipenyakit. Kesihatan diri perlulah dijaga untuk menjamin kehidupan sempurna. Lakukan senaman secara berterusan agar hidup sentiasaceria.