3
Di antara cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan guru bekerja pada hari Sabtu adalah seperti berikut: Insentif perguruan Untuk mengurangkan ketidakhadiran guru pada hari Sabtu, pembayaran intensif penting kepada guru yang terpaksa bejerja pada hari Sabtu kerana tugas-tugas tertentu atau terdapat aktiviti tertentu yang berkaitan pendidikan. Ini bertepatan dengan pendapat (Jacobson, 1989) bahawa pembayaran insentif memainkan peranan penting dalam mengurangkan ketidakhadiran guru, walaupun bayaran insentif tidak begitu besar Aduan bertulis Sehubungan itu, melalui (myMetro, 5 Julai 2011) guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat dibela.

Di Antara Cadangan Dan Resolusi Yang Perlu Dipertimbangkan Berkaitan Guru Bekerja Pada Hari Sabtu Adalah Seperti Berikut

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Di Antara Cadangan Dan Resolusi Yang Perlu Dipertimbangkan Berkaitan Guru Bekerja Pada Hari Sabtu Adalah Seperti Berikut

Di antara cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan guru bekerja pada hari Sabtu adalah seperti berikut:

Insentif perguruan

Untuk mengurangkan ketidakhadiran guru pada hari Sabtu, pembayaran

intensif penting kepada guru yang terpaksa bejerja pada hari Sabtu kerana

tugas-tugas tertentu atau terdapat aktiviti tertentu yang berkaitan pendidikan. Ini

bertepatan dengan pendapat (Jacobson, 1989) bahawa pembayaran insentif

memainkan peranan penting dalam mengurangkan ketidakhadiran guru,

walaupun bayaran insentif tidak begitu besar

Aduan bertulis

Sehubungan itu, melalui (myMetro, 5 Julai 2011) guru yang tidak berpuas

hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah

masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk

berehat pada hari itu dapat dibela.

Kami menyokong kenyataan diatas bahawa aduan bertulis kepada (NUTP)

penting untuk menjaga kebajikan guru. Selain itu, dengan membuat aduan ini

guru akan mempunyai lebih banyak masa untuk berehat bersama-sama keluarga

dan sekaligus kualiti guru dalam memberikan khidmat juga akan meningkat

apabila guru diberikan rehat yang secukupnya tanpa ada tekanan daripada

mana-mana pihak untuk bekerja lebih masa terutama pada hari Sabtu.

Page 2: Di Antara Cadangan Dan Resolusi Yang Perlu Dipertimbangkan Berkaitan Guru Bekerja Pada Hari Sabtu Adalah Seperti Berikut

Mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005

Disamping itu, kementerian perlu mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil

8/2005 yang memberi kelonggaran kepada sekolah melaksanakan program

pendidikan tidak lebih dua kali Sabtu dalam sebulan agar kebajikan pihak terjaga

dan terjamin.

Pengetua dan guru besar mestilah akur surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran. 

Tindakan segelintir pengetua dan guru besar yang memaksa guru mengajar

kelas tambahan pada setiap Sabtu hanya merugikan pihak sekolah dan guru

sendiri. Ini kerana menurut Presiden NUTP, Hashim Adnan, dalam (B.harian, 5

Jun 2010) yang menyatakan bahawa :

“Jika guru dikerah mengajar setiap Sabtu, ia boleh menyebabkan mereka

hilang fokus akibat keletihan apabila mengajar pada minggu berikutnya. 

“Keputusan supaya guru wajib diberi rehat dua hari Sabtu dalam tempoh

sebulan adalah langkah yang tepat, namun NUTP tetap berpendapat guru

wajib rehat pada setiap Sabtu,” katanya. 

Kami bersetuju sekiranya, pengetua dan guru besar masih tidak sedar

dan tidak akur akan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pelajaran, ini akan menjejaskan reputasi sekolah. Ini disebabkan oleh, bukan

guru sahaja yang terlibat dengan aktiviti yang diadakan pada hari Sabtu bahkan

murid juga akan terlibat sama. Sekiranya, kedua-dua pihak tiada rehat

menyebabkan mereka hilang fokus dan tidak menumpukan sepenuh perhatian

terhadap pengajaran dan pembelajaran. Disini kami ingin menegaskan bahawa

kita perlulah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.