Upload
vuthu
View
225
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
1
DEWAN MAJLIS
Sabtu, 19 Jamadilakhir 1438 / 18 Mac 2017
YANG DI-PERTUA
DAN AHLI-AHLI MAJLIS
MESYUARAT NEGARA
HADIR:
YANG DI-PERTUA
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji
Abdul Rahman bin Dato Setia Haji
Mohamed Taib, PSNB., SLJ., PHBS., PJK.,
PKL., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat
Negara, Negara Brunei Darussalam.
AHLI RASMI KERANA JAWATAN
(PERDANA MENTERI DAN
MENTERI-MENTERI)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,
Perdana Menteri, Menteri Pertahanan,
Menteri Kewangan dan Menteri Hal
Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan,
Negara Brunei Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda
Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah, DKMB., DPKT.,
King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi
Arabia), The Order of the Renaissance
(First Degree) (Jordan), Grand Cross of
Crown Order - G.K.K. (Netherlands),
Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore),
Order of Lakandula with the Rank of
Grand Cross (Philippines), The Order of
Prince Yaroslav the Wise, Second Class
(Ukraine), DSO (Military) (Singapore),
PHBS., Menteri Kanan di Jabatan
Perdana Menteri, Negara Brunei
Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji
Awang Abu Bakar bin Haji Apong, PSNB.,
DSLJ., SMB., PHBS., PIKB., PKL., Menteri
Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei
Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang
Haji Suyoi bin Haji Osman, PSNB.,
DPMB., PJK., PIKB., PKL., Menteri
Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
2
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila
Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul
Rahman bin Haji Ibrahim, PSNB., DPMB.,
PHBS., PIKB., PKL., Menteri di Jabatan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
II (Kedua), Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang
Lim Jock Seng, PSNB., SPMB., PHBS.,
PJK., PKL., Menteri di Jabatan Perdana
Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar
Negeri dan Perdagangan II (Kedua),
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Datu
Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri
Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad
Yasmin bin Haji Umar, PSNB., SPMB.,
PHBS., Menteri Tenaga (Energy) dan
Perindustrian di Jabatan Perdana
Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib
Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka
Haji Othman, PSSUB., DPMB., PHBS.,
PBLI., PJK., PKL., Menteri Hal Ehwal
Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang
Haji Bahrin bin Abdullah, PSNB.,
PSB., PJK., PIKB., PKL., Menteri
Pembangunan, Negara Brunei
Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang
Haji Ali bin Apong, PSNB., PJK., PIKB.,
PKL., Menteri Sumber-Sumber Utama
dan Pelancongan, Negara Brunei
Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang
Haji Mustappa bin Haji Sirat, PSNB., PJK.,
PIKB., Menteri Perhubungan, Negara
Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja
Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri
Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof,
DPKT., SMB., PHBS., Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara
Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia
Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji
Hanafi, PSNB., PIKB, Menteri Kesihatan,
Negara Brunei Darussalam.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-
ORANG YANG BERGELAR:
Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato
Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
Abdul Hamid bin Bakal, PSSUB., DSNB.,
PHBS., PBLI., PKL.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang
Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu,
DPKT., DPMB., SNB., PBLI., PJK., PKLP.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Putera Maharaja Dato Paduka Awang
Haji Abd. Ghani bin Pehin Datu Pekerma
Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim,
DPMB., SNB., PJK., PKL.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
3
AHLI YANG DILANTIK ORANG-
ORANG YANG TELAH MENCAPAI
KECEMERLANGAN:
Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, PSB., PIKB., PKL.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul
Hamid @ Sabli bin Haji Arshad, SMB.
Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.
Yang Berhormat Dayang Siti
Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa
Haji Abdul Rahman, PIKB.
Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti
Abdul Haadii.
Yang Berhormat Dayang Khairunnisa
binti Awang Haji Ash'ari, PIKB.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin
Ahmad, PIKB.
AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI
DAERAH-DAERAH:
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin
Pengiran Maon, PSB., PIKB., PKL.,
Penghulu Mukim Berakas ‘B’, Zon 1 –
Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Naim bin Haji
Khamis, PSB., PJK., PIKB., PKL.,
Penghulu Mukim Kota Batu, Zon 3 –
Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin
Haji Nudin, PIKB., Penghulu Mukim
Gadong "A", Zon 4 – Daerah Brunei dan
Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin
Haji Johari @ Jahari, Ketua Kampung
Limau Manis, Zon 5 – Daerah Brunei dan
Muara.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed
bin Pengiran Haji Osman @ Othman,
Ketua Kampung Masjid Lama,
Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong,
Zon 2 – Daerah Brunei dan Muara
Yang Berhormat Awang Haji Abdul
Hamid bin Haji Mumin, PJK., PKL.,
Penghulu Mukim Liang, Zon 1 – Daerah
Belait.
Yang Berhormat Awang Hanapi bin
Mohd. Siput, PIKB., Ketua Kampung
Labi I, Zon 2 – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul
Wahab bin Apong, SUB., PJK., PIKB.,
PKL., Penghulu Mukim Tanjong Maya,
Zon 1 – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin
Haji Lahit, PIKB., PKL., Penghulu Mukim
Telisai, Zon 2 – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Awang Haji Emran bin
Haji Sabtu, SMB., PSB., PIKB., PKL.,
Penghulu Mukim Bokok, Kelima-lima
Mukim di Daerah Temburong.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
4
HADIR BERSAMA:
Yang Dimuliakan, Pehin Orang Kaya
Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin
Haji Asar, DPMB., SLJ., POAS., PHBS.,
PBLI., PJK., PKL., Jurutulis Majlis
Mesyuarat Negara, Negara Brunei
Darussalam.
Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti
Haji Ismail, PSB., PIKB., Timbalan
Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara,
Negara Brunei Darussalam.
Mesyuarat mula bersidang
pada pukul 9.00 pagi
Yang Dimuliakan Jurutulis:
Mesyuarat Pertama
Dari Musim Permesyuaratan Ketiga
Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang
bagi hari kesepuluh pada hari Sabtu,
19 Jamadilakhir 1438 bersamaan
18 Mac 2017 didahului dengan Doa
Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang
Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka
Awang Haji Emran bin Haji Kunchang.
(Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
marilah kita memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu
Wata’ala jua kerana dengan limpah
kurnia, rahmat dan keizinan-Nya kita
dapat pagi ini bersama-sama hadir untuk
meneruskan lagi Mesyuarat Pertama Dari
Musim Permesyuaratan Ketiga Belas
Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta
salam ke atas Junjungan Besar kita,
kaum kerabat, para
sahabat serta pengikut-pengikut Baginda
yang ta’at lagi setia hingga ke akhir
zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan
Majlis Mesyuarat Negara pada pagi ini
akan kita sambung untuk bersidang lagi
setelah kita tangguhkan pada hari
Khamis petang dan kita masih lagi
membincangkan dan membahaskan
Rang Undang-Undang (2017) Perbekalan
2017/2018 yang telah dicadangkan oleh
Yang Berhormat Menteri di Jabatan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
II (Kedua) dan kita telah bersidang
di Peringkat Jawatankuasa.
Pada petang hari Khamis yang lepas, kita
telah mula membincangkan Belanjawan
Kementerian Perhubungan dan kita telah
mendengar penjelasan-penjelasan yang
terperinci tentang matlamat-matlamat
serta sasaran-sasaran kementerian yang
berkenaan itu sesuai dengan belanjawan
yang disediakan.
Perbincangan ini akan kita teruskan
di Peringkat Jawatankuasa. Maka bagi
membolehkan kita berbuat sedemikian
dan meneliti Belanjawan Tajuk
Kementerian Perhubungan di Peringkat
Jawatankuasa, saya ingin
menangguhkan Majlis Mesyuarat Negara
ini dan kita bersidang di Peringkat
Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai
Jawatankuasa)
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
5
Yang Berhormat Pengerusi:
Ahli-Ahli Yang
Berhormat. Sekarang Majlis ini bersidang
di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya
bagi menimbangkan Rang Undang-
Undang (2017) Perbekalan, 2017/2018
satu per satu bagi Tajuk SN01A hingga
Tajuk SN08A – Kementerian
Perhubungan dan jabatan-jabatan
di bawahnya.
Seperti yang saya nyatakan pada awal
tadi bahawa petang hari Khamis
yang lepas, Yang Berhormat Menteri
Perhubungan telah selesai membuat
pembentangan berupa ucapan
pendahuluan atau mukadimahnya, maka
pagi ini kita akan membincangkan dan
membahaskan belanjawan kementerian
yang berkenaan. Bersama saya terdapat
1 senarai bagi Ahli Yang Berhormat yang
suka untuk turut serta dalam
perbincangan bagi Tajuk ini. Maka saya
persilakan sekarang Yang Berhormat
Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji
Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji
Mohamed bin Pengiran Haji Osman
@ Othman: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi.
dan salam sejahtera. Lebih dahulu
izinkan kaola untuk merakamkan
penghargaan tahniah dan terima kasih
kepada Yang Berhormat Menteri
Perhubungan atas mukadimah
Peruntukan Perbelanjaan 2017/2018,
Kementerian Perhubungan yang telah
disampaikan pada petang hari Khamis
lepas. Yang Berhormat Pengerusi dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola sukacita
mengajukan persoalan dalam 6 perkara.
Yang Berhormat Pengerusi: Ahli Yang
Berhormat. Oleh sebab ada 6 perkara
jadi saya cadangkan supaya dibahagi 3
dahulu dan selepas itu dijawab oleh Yang
Berhormat Menteri yang berkenaan.
Selepas itu baharu 3 soalan yang lain
lagi. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pengiran Haji
Mohamed bin Pengiran Haji Osman
@ Othman: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi.
1. Kaola ingin merujuk mukadimah
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan yang menyatakan
Terminal Kontena Muara telah
diswastakan kepada Darussalam
Asset dengan harapan Pelabuhan
Muara dapat diurus tadbir dengan
cekap dan berkesan dan
dipromosikan sebagai destinasi
perdagangan transit dan eksport
proses zon.
Pertanyaan kaola, Terminal Kontena
Muara telah diambil alih oleh Muara
Port Company iaitu MPC iaitu syarikat
usaha sama antara Brunei
Darussalam Asset Sendirian Berhad
dan Guangxi Beibu Gulf International
Port Group Co. Ltd dari Negara China.
Kaola ingin bertanya:
I. Apakah perkembangan Terminal
Kontena Muara setakat ini dan
perancangan syarikat ini setelah
pengambilan alih terminal
tersebut?; dan
II. Adakah dengan perubahan ini
akan dapat memberikan peluang
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
6
pekerjaan jua kepada pencari-
pencari kerja?
2. Kaola cadangkan dalam Tajuk
SN05A - Jabatan Pengangkutan
Darat. Yang Berhormat
Pengerusi, kaola ingin
menghadapkan cadangan
di dalam Dewan yang mulia ini
mengenai Cukai Jalan yang
dikenakan kepada kenderaan,
yang kaola maksudkan bukanlah
kenderaan persendirian,
komersial, sewa tetapi ialah
kenderaan yang digunakan bagi
menunaikan kerja-kerja ibadah
atau fardu kifayah iaitu kereta
jenazah.
di Negara Brunei
Darussalam ini beberapa orang
tertentu dan pihak-pihak
organisasi telah mewakafkan
kereta jenazah kepada beberapa
buah masjid bagi tujuan
melaksanakan kerja-kerja dan
ibadah. Kerja-kerja wakaf ini
sangat-sangatlah dituntut dalam
Islam. Kenderaan jenazah yang
diwakafkan ini buat masa ini
dikenakan cukai jalan walaupun
ia lebih memberikan
perkhidmatan kepada orang
Islam.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola
sukacita memohon yang
Berhormat Pengerusi agar
Jabatan Pengangkutan Darat,
Kementerian Perhubungan akan
dapat menimbangkan supaya
kereta jenazah ini dikecualikan
daripada membayar cukai jalan
kerana ia bukanlah bagi tujuan
persendirian atau komersial.
3. Kaola ingin menyentuh mengenai
keselamatan jalan raya yang
sekarang ini sangat
membimbangkan dengan
kejadian kemalangan jalan raya
melibatkan kenderaan berat,
trak, bas yang menyebabkan
cedera parah dan juga kematian.
Dari pengamatan kaola
kebanyakan kenderaan, trak dan
bas sering dipandu dengan laju
melebihi had laju yang telah
ditetapkan. Perkara ini sangat
serius dan boleh mendatangkan
malapetaka kepada pengguna
jalan yang lain. Sikap pemandu-
pemandu kenderaan berat yang
tidak bertanggunjawab ini perlu
dibendung dan ditangani segera.
Memang diakui adalah sukar bagi
pegawai penguat kuasa yang ada
memantau seratus peratus dan
sepenuh masa perkara ini. Jika
pun diusahakan ia memerlukan
pegawai yang ramai dan kos yang
tinggi. Oleh itu, kaola
ingin mencadangkan kepada
Kementerian Perhubungan
untuk memperkenalkan sistem
pemantauan dengan pengawalan
sistem black box iaitu kotak hitam
kepada kenderaan berat, trak dan
bas-bas besar seperti mana yang
telah dikuatkuasakan di negara-
negara lain. Sebagai contoh
Malaysia, semua kenderaan berat
dan bas besar dimestikan
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
7
memasang kotak hitam tersebut
untuk membolehkan kenderaan
tersebut dapat dipantau had
kelajuan yang dipandunya.
Kebaikan sistem ini :
i. Membolehkan pemantauan
dan penguatkuasa
kenderaan berat, trak dan
bas besar dipandu dengan
had laju yang dibenarkan;
ii. Meningkatkan
penguatkuasaan kenderaan
berat secara berkesan
dengan sepenuhnya; dan
iii. Akan mengurangkan
kejadian kemalangan yang
dahsyat yang melibatkan
cedera parah dan kematian.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin
mengajukan lagi dalam Tajuk.
Yang Berhormat Pengerusi:
Disarankan Yang Berhormat berhenti
dulu bagi membolehkan Yang Berhormat
Menteri Perhubungan menjawab, selepas
itu Yang Berhormat boleh meneruskan
soalan Yang Berhormat. Silakan.
Yang Berhormat Pengiran Haji
Mohamed bin Pengiran Haji Osman
@ Othman: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi.
dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola akan
sedaya upaya untuk menjawab soalan-
soalan yang diutarakan. Jika sekiranya
ada perkara-perkara yang kaola
memerlukan maklumat lanjut kaola
memohon izin menjawabnya pada waktu
yang lain di dalam Dewan ini ataupun di
luar Dewan ini.
Lebih dahulu mengucapkan terima kasih
kepada Yang Berhormat Pengiran Haji
Mohamed, kerana membangkitkan
3 perkara yang berhubung dengan
Terminal Kontena Muara, isu mengenai
cukai jalan dan mengenai keselamatan
jalan raya.
Nampaknya persoalan pertama untuk
menghargai apa yang diusahakan oleh
Kementerian Perhubungan dan juga
kementerian-kementerian yang ada
berhubung dengan Sistem Perdagangan
Antarabangsa ataupun Cross Border
Trading.
Lebih dahulu kaola ingin memberi
penerangan mengenai isu-isu yang
berbangkit mengenai peranan Jabatan
Pelabuhan Muara dalam memberi
kemudahan perdagangan antarabangsa.
Isu menswastakan Jabatan Pelabuhan
Muara, bukan satu isu yang baharu
malah kita sudah melalui beberapa
pengalaman dalam menswastakan
perkhidmatan Pelabuhan di Muara.
Pernah dulu kita menswastakannya
kepada satu syarikat di negara jiran yang
nampaknya dari segi progres yang
dilaksanakan begitu menggalakkan, jika
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
8
dibandingkan dengan progres selepas itu
ataupun sebelum Pulau Muara Besar
diswastakan kepada Darussalam Asset.
Apa yang kita harus faham mengenai
kemasukan ataupun keluaran barang ini,
ia berkait rapat dengan ekonomi kita
sendiri sejauh mana kita mempunyai
volume yang banyak untuk menarik
kapal-kapal laut untuk datang ke Negara
Brunei Darussalam dan sejauh mana kita
dapat mengeluarkan barang-barang itu
untuk dieksport.
Salah satu perkara merupakan satu
cabaran kepada kita dan kita berhasrat
untuk menjadikan Muara Port itu sebagai
satu hub terutamanya bagi BIMP-EAGA.
Ini merupakan satu inspirasi yang begitu
baik dan realistik memandangkan
bahawa hubungan kerjasama antara
negara ASEAN dan khususnya negara
BIMP-EAGA adalah begitu rapat dan
negara-negara BIMP-EAGA pada masa ini
berusaha meningkatkan hubungan
pengangkutan, perdagangan dan
kawasan-kawasan BIMP-EAGA ini untuk
ditingkatkan kepada peringkat yang lebih
menggalakkan lagi.
Dengan adanya kenyataan ini,
munasabah bagi kita untuk memikirkan
bahawa Jabatan Pelabuhan Muara
mempunyai peranan yang penting untuk
memberikan kemudahan perdagangan.
Apa yang penting, harus dipastikan sejak
beberapa tahun kebelakangan, keadaan
import dan eksport kita begitu mendatar
keadaannya bukannya semakin
meningkat. Ia bergantung pada keadaan
ekonomi dalaman di Negara Brunei
Darussalam.
Dalam suasana kita menghadapi
cabaran-cabaran ekonomi sudah
setentunya pengimportan barangan akan
menurun. Terjadi penempatan daripada
perkhidmatan port ketika ini menurun
daripada 100 lebih ribu kontena kepada
96 ribu kontena sahaja dalam setahun.
Sedangkan dalam kapasiti, kita boleh
menerima kontena sebanyak 220 ribu
kontena setahun.
Ini bermakna kita menghadapi satu
keadaan apa yang dipanggil over
capasity. Over capacity ini diikuti dengan
suasana unemployment tinggi dan ini
merupakan satu perkara yang
membimbangkan. Kita harus berfikiran
secara di luar kotak pemikiran,
memikirkan dan memahami mengenai
sistem perkapalan antarabangsa dan
serantau ataupun sistem logistik untuk
memastikan bahawa Negara Brunei
Darussalam khususnya Port Pulau Muara
Besar itu masih relevan.
Dari itu, kita pelajari dari pengalaman
negara-negara yang terlibat dalam
pengeksportan, seperti China, Jepun,
Singapura. Apabila kita mempunyai
kerjasama dengan perkhidmatan port
seperti beberapa tahun yang lalu nampak
adanya transhipment yang semakin naik.
Semasa PSA Singapura kita dapat
menerima transhipment sebanyak lebih
daripada 30,000 containers dalam
setahun merupakan satu pergerakan
tetapi sejak itu apabila dipindahkan
perkhidmatan kepada syarikat lain
transhipment kita menurun.
Perlunya ada satu pemikiran bahawa
peranan Jabatan Pelabuhan sebagai
regulator harus dibezakan, jangan
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
9
terlibat sebagai operator. Jabatan
Pelabuhan harus memikirkan untuk
menghubungkan strategic partnership
dengan syarikat-syarikat lain yang
didatangkan dari negara yang
mempunyai eksport yang besar yang
akan mendatangkan akses
eksport dari negara-negara berkenaan ke
Negara Brunei Darussalam.
Makanya, Kementerian Perhubungan
seperti yang saya tegaskan tadi Yang
Berhormat Pengerusi pada hari Khamis
lepas, Kementerian Perhubungan
mengalu-alukan pembentukan satu joint
venture dengan syarikat dari China.
Memandangkan bahawa negara China
adalah merupakan salah sebuah negara
eksport yang besar dengan harapan
terbuka peluang-peluang lain untuk
menjadikan port Negara Brunei
Darussalam ini sebagai transhipment
point untuk menghantar barang Negara
Brunei Darussalam dahulu sebelum
dihantar ke tempat lain.
Mengambil advantage dari kapal-kapal
yang datang ke Negara Brunei
Darussalam penuh tetapi apabila
bertolak dari Negara Brunei Darussalam
kosong. Ini kenyataan yang harus kita
terima.
Adalah penting bagi Negara Brunei
Darussalam yang Kementerian
Perhubungan memikirkan bahawa
memang ada cara lain dan salah satu
daripada cara lain ialah untuk
membezakan peranan Jabatan
Pelabuhan sebagai regulator dengan
peranan syarikat sebagai operator untuk
memberi perkhidmatan pelabuhan.
Seterusnya untuk merangka strategi ke
mana kita dapat meluaskan lagi ataupun
memperbesarkan lagi peranan
Pelabuhan Muara sebagai transhipment
dan juga eksport processing zone.
satu pelancaran Muara Port
Company telah diadakan pada 21
Februari 2017. Seperti yang kaola
terangkan dalam satu jangka masa yang
pendek belum lagi sampai sebulan ini
sudah banyak perubahan yang telah
dibuat. Ini menunjukkan syarikat
berkenaan mempunyai pengalaman yang
banyak mengenai pengurusan kargo.
Kita mempunyai beberapa cabaran:
1. Memandangkan bahawa negara ini
attraction dari segi volume itu
sedikit. Maka kita harus berfikir
secara yang di luar dari apa yang
ada pada masa ini;
2. Kita juga mempunyai geographical
contain yang turnaround time bagi
kapal untuk datang ke Negara
Brunei Darussalam memunggah
barang-barang sekarang ini sampai
ke 31 jam dari sebuah kapal masuk
dan keluar memakan masa sampai
31 jam. Ini merupakan bukan satu
masa yang diinginkan oleh pihak-
pihak kapal, memandangkan kapal
ini kalau ia membuat untung harus
terus belayar bukannya berlabuh.
Kalau pelabuhan itu memakan masa
yang lama kapal-kapal akan
kehilangan peluang-peluang untuk
perdagangan;
3. Cabaran arah kita emerging
economies di sekeliling Negara
Brunei Darussalam ini. Kita berharap
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
10
agar Muara Port itu sebagai hub
tetapi cabarannya tempat-tempat
lain emerging. Di tempat-tempat
jiran lebih laju progressnya.
Tempat-tempat ini juga mempunyai
penduduk-penduduk yang besar
kapal-kapal besar lebih suka untuk
menuju ke sana dari menuju ke
tempat kita sendiri;
4. Sistem Perkapalan Antarabangsa
seperti yang pernah kaola katakan.
Kapal-kapal ini sudah trained
menjadi besar bukannya kapal-kapal
yang digunakan adalah kapal yang
besar. Kapal-kapal besar akan
menuju ke ekonomi yang pesat.
Kita akan terpencil kalau kita tidak
memikirkan satu perkara dengan
cepat dan harus menghubungkan
Negara Brunei Darussalam ini
dengan Sistem Perkapalan
Antarabangsa ini.
Darussalam Asset mungkin dalam
perkara ini akan dapat diterangkan
oleh rakan saya yang terlibat dalam
perkara ini. Darussalam Asset telah
merangka strategi:
i. Berkait rapat menubuhkan
satu Strategic Partnership
dengan syarikat-syarikat yang
berpotensi untuk menjadikan
Pulau Muara itu satu port
yang relevan yang dapat
diperluaskan; dan
ii. Mengadakan perkhidmatan
perkapalan kita sendiri. Kaola
melihat perkhidmatan
shipping akan memainkan
peranan penting sama ada
untuk menghubungkan
Muara Port itu kepada Sistem
Perkapalan Antarabangsa
atau memberi perkhidmatan-
perkhidmatan feeder
services.
Seperti yang kaola terangkan dalam
jangka masa yang belum sampai sebulan
ini sudah banyak perubahan dari segi
facilities (kemudahan) ataupun crane
services sudah diperbaiki dan waktu-
waktu memunggah barang-barang
sudah pun menjadi pendek.
Sebagai contoh vessel time at berth,
waktu kapal itu berlabuh sudah turun
dari 16 jam kepada 13 jam.
Pemunggahan on time dari 1 jam turun
kepada 35 minit. Pergerakan cranes dari
26 moves setiap 1 jam meningkat kepada
26.5 pergerakan setiap 1 jam.
Ini perubahan-perubahan yang
menggalakkan. dengan adanya
perubahan ini kapal-kapal dari negara
lain sudah mula memikirkannya.
Di Brunei laju sudah tu, you can go there
baru ke Kota Kinabalu dan sebagainya.
Begitu juga dengan tujuan membesarkan
lagi berthing area iaitu tempat pelabuhan
yang akan dimasukkan dalam projek
pembangunan yang sudah
diperuntukkan kira-kira dalam $50 juta.
Ia berhasrat untuk meluaskan lagi
pelabuhan itu dengan harapan pelabur-
pelabur asing dari negara-negara lain
mempunyai keinginan untuk membuat
perancangan yang membawa
keuntungan kepada syarikat berkenaan.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
11
Inilah tujuan yang sebenarnya.
Barangkali mudah-mudahan akan dapat
menjawab soalan pertama yang diajukan
oleh Yang Berhormat.
Cadangan untuk meniadakan cukai jalan
atau lesen kenderaan kepada kenderaan
jenazah. kaola sendiri apabila
mendengar cadangan ini merupakan
satu cadangan yang baik. Tidak dapat
kita tolak untuk dipertimbangkan.
Kementerian Perhubungan dan Jabatan
Pengangkutan Darat maklum bahawa
kebanyakan kenderaan ini merupakan
satu kewajipan ataupun kebajikan
daripada mereka yang menjadikannya
sebagai sedekah jariah. Ini juga
merupakan salah satu kewajipan fardhu
kifayah kepada orang sekeliling untuk
menyempurnakan jenazah yang akan
disempurnakan itu. Cuma ada beberapa
perkara yang ingin kaola terangkan:
1. Memandangkan ini merupakan satu
kenderaan dan akan dipandu oleh
pemandu yang diperuntukkan. Maka
masih ada kewajipan pihak-pihak
yang berkenaan ataupun pengurus
kenderaan tersebut untuk
memastikan bahawa kenderaan
tersebut adalah road worthy.
Ini bermakna kalau sekiranya pun
Kementerian Perhubungan ataupun
Jabatan Pengangkutan Darat ingin
mempertimbangkan sebarang
permohonan mengecualikan
daripada pembayaran cukai jalan ini
tetapi masih diperlukan bahawa
kenderaan tersebut harus dihantar
untuk diperiksa dan memastikan ia
lulus dari segi pemeriksaan
kenderaan yang telah ditentukan.
2. Setiap kenderaan di Negara Brunei
Darussalam ini memerlukan
insurance coverage sama ada untuk
pemandu terutamanya bagi
komprehensif policy ataupun
sekurang-kurangnya third party
policy yang akan memberi jaminan
kepada orang ketiga.
Jadinya dua perkara ini, mungkin
tidak dapat dipertimbangkan lebih
awal kaola memaklumkan, sebab
ia melibatkan keselamatan
penumpang-penumpang dan
pemandu yang akan menaiki bas
berkenaan.
Walau bagaimanapun dari
aspek mengecualikannya daripada
pembayaran lesen kenderaan
perkara ini akan kaola tunduki dan
akan berbincang dengan pihak-pihak
berkenaan yang mengawal peraturan
mengenai pembayaran cukai jalan.
Terima kasih.
3. Mengenai trak, bas dan kenderaan
berat. Kaola amat berterima kasih
kepada Yang Berhormat kerana
membangkitkan perkara ini sebab
perkara ini memang merupakan satu
perkara yang begitu diambil
perhatian oleh pihak Jabatan
Pengangkutan Darat, bermacam-
macam usaha dan pemikiran telah
diadakan bagaimana cara untuk
mengatasi masalah kenderan-
kenderan berat yang dipandu dengan
begitu laju.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
12
Pernah ketika ini, kitani mengadakan
sistem speed warning device. Yang
masalahnya dengan speed warning
device ini ialah kalau kitani
menguatkuasakan undang-undang
ini, ia macam tangkap lari. Ada yang
dapat ditangkap, tapi kebanyakannya
yang lari. Jadinya dari
keberkesanannya, memang
berkesan, kerana apa kalau sekiranya
kesalahan itu terlalu meluas, mudah
menangkap.
Tapi ada masalah lain jua, yang
berhubung dengan penyelesaian
masalah itu sehingga sebelum kitani
memperkenalkan sistem, semua
kesalahan kenderaan ini dikompaun,
hampir 800 kesalahan telah dirujuk
kepada mahkamah dan belum
diselesaikan.
Jadinya serba salah mengenai
aspek penguatkuasaan. Ditingkatkan
penguatkuasaan banyak lagi proses
yang akan diambil, terutama yang
berhubung dengan pelaksanaan
proses mahkamah. Ini menyebabkan
sebanyak hampir 800 cases
backdated di Negara Brunei
Darussalam ini sehinggakan pihak-
pihak berkenaan merasa adalah
wajar supaya kesalahan itu
dikompaun sahaja. Didenda terus
apabila seseorang itu didapati
melanggar undang-undang dan
peraturan jalan raya. Itu untuk
memudahkan proses mahkamah. Ini
harus difahami.
Walaupun demikian, masih terdapat
banyak kemalangan yang berlaku
yang bukan disebabkan oleh kelajuan
sahaja, tetapi terutamanya yang
berlaku di Jalan Tutong, yang trak
tersebut bukan dikhususkan untuk
kenderaan berkenaan membuat
U-Turn, mereka gunakan untuk
U-Turn, sehinggakan banyaknya
misuse berlaku dan pernah beberapa
kemalangan telah berlaku.
Kementerian Perhubungan dan Jabatan
Pengangkutan Darat berfikir usaha
menjaga keselamatan di jalan raya ini
tidak dapat diserahkan sepenuhnya
kepada Majlis Kebangsaan Keselamatan
Jalan Raya sahaja. Mesti ada penglibatan
dari pihak yang mengendalikan
kenderaan berat.
Salah satu usaha Jabatan Pengangkutan
Darat Yang Berhormat Pengerusi ialah
untuk meminta setiap pengendali
kenderaan berat menunjukkan kepada
Jabatan Pengangkutan Darat apakah
usaha yang mereka akan ambil dalam
memastikan bahawa setiap kenderaan
berat itu, akan memenuhi syarat-syarat
dan peraturan jalan raya.
Apakah safety ataupun security measure
yang akan mereka keluarkan untuk
memastikan setiap pemandu akan
mematuhi peraturan-peraturan jalan
raya.
Dari segi teknologi, ketika ini Jabatan
Pengangkutan Darat berfikir mungkin
speed warning device itu tidak lagi
efektif. Sekarang ini teknologi ICT sudah
banyak. salah satu pemikiran
yang sedang dicadangkan dan perkara ini
sudah pun ditunduki dan menunggu
masa payu sahaja lagi ialah dengan
menggunakan GPS System. Mungkin ini
sama dengan ‘black box’ yang digunakan
di luar negeri, ia berasaskan kepada
teknologi ICT.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
13
Ini akan memberi gambaran yang tepat
mengenai speed dan jalan-jalan yang
dilalui. Tidak dapat diubah ataupun di
tempered. So ini selaras
dengan cadangan Yang Berhormat tadi
untuk mengadakan black box ataupun
GPS System, salah satu perkara yang
pada masa ini ditunduki dan difikirkan
sedalam-dalamnya bagaimana untuk
melaksanakannya.
Tapi apa yang ingin ditekankan bahawa
keselamatan di jalan raya adalah
tanggungjawab bersama bukan
diserahkan kepada Jabatan
Pengangkutan Darat sahaja, tapi
pengeluar-pengeluar kereta, pengendali
kereta-kereta berat harus juga
mengambil tanggungjawab apakah
aspek-aspek keselamatan jalan raya
yang dapat mereka laksanakan untuk
memastikan pemandu-pemandu itu
bertanggungjawab untuk mematuhi
peraturan dan undang-undang jalan
raya.
Itu sahaja yang dapat kaola terangkan
Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Silakan
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed
bin Pengiran Haji Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji
Mohamed bin Pengiran Haji Osman
@ Othman: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi dan terima kasih
jua kepada Yang Berhormat Menteri
Perhubungan yang telah menjelaskan
perkara-perkara yang telah kaola ajukan.
Untuk menyambung perkara-perkara
seterusnya. kita melihat keadaan
pada masa ini iaitu seperti mana kaola
maksudkan ialah di kawasan Mukim
Serasa, prasarana yang telah dibina
makin bertambah termasuklah Projek
Pulau Muara Besar dan pembangunan
rumah persendirian dan termasuklah
Projek Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Mengenai perhentian bas. Pada masa ini
terdapat terminal iaitu perhentian bas
yang telah dibina oleh Kementerian
Perhubungan. Dalam kesempatan ini,
kaola merakamkan ucapan penghargaan
tahniah dan terima kasih kepada pihak
Kementerian Perhubungan atas usaha
dan melaksanakan projek terminal bas
yang baharu dibina di kawasan Pekan
Muara. terminal tersebut telah
pun siap dilaksanakan. Kaola ingin
mengajukan persoalan mengenai
terminal ini. Bilakah bangunan tersebut
akan mula beroperasi?
Mengenai perhentian Dermaga Feri
Terminal Muara. Memindahkan kawasan
Dermaga Feri Terminal Muara atau
membisaikan kawasan jalan masuk dan
keluar, seperti halnya kawasan Lapangan
Terbang Antarabangsa Brunei Berakas
sebagaimana semua maklum Dermaga
Feri Terminal Muara adalah satu pintu
keluar masuk bagi pelancong ke negara
ini.
Ia melambangkan imej negara. Apa yang
terdapat pada masa ini bangunan
tesebut masih belum memuaskan
kepada pelancong-pelancong, apatah
lagi kepada anak-anak tempatan kitani.
Kaola ingin mengajukan apakah
perancangan Kementerian Perhubungan
dan sejauh ini melihat kepada bangunan
tersebut tidak seperti bangunan
Lapangan Terbang Antarabangsa
Brunei?;
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
14
Kita melihat jalan masuk dan keluar oleh
pelancong-pelancong dari luar negara
melalui darat terdapat jalan yang
berlubang-lubang (berlopak) yang
menyusahkan pengguna jalan raya yang
melalui jalan itu dan mengenai
perkhidmatan telekomunikasi, seperti
bekalan telefon rumah, penyambungan
internet dan juga penerimaan isyarat
bagi telefon bimbit di kawasan
RPN Meragang dan Tanah Jambu.
Perkara ini pernah diutarakan oleh
penduduk kampung bahawa talian
telefon di rumah persendirian dan
internet belum ada di kawasan
berkenaan.
Status terkini sehingga bulan Ogos tahun
lepas terdapat pemasangan Cable Optic
di kawasan berkenaan. Pertanyaan
kaola, bilakah perkhidmatan
telekomunikasi ini boleh diguna pakai?
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Sebelum kaola
menjawab 3 soalan tambahan yang
diutarakan oleh Yang Berhormat, ingin
kaola menambah cadangan kaola yang
tidak lengkap tadi yang menyentuh
mengenai peluang pekerjaan dari
penswastaan Pelabuhan Muara.
Sebelum kaola menerangkan mengenai
peluang-peluang pekerjaan ini, kitani
harus faham industri maritim ataupun
perkhidmatan pelabuhan adalah
merupakan satu perusahaan yang
signikal, yang bermaksud signikal
bermakna suasana dalam keadaan
ekonomi yang baik dan peluang
pekerjaan itu akan bertambah.
Apabila suasana itu berubah
terutamanya apabila suasana itu di luar
dari jangkauan kitani sebagai contoh
seperti juga menurunnya harga minyak
dan gas. Jadinya, akan timbul keperluan
tenaga pekerjaan itu akan berkurangan,
dalam hal ini kitani harus faham akan the
nature of business ia signikal, ada masa
naik dan ada masanya turun.
Dalam usaha kitani menyediakan
pekerjaan untuk rakyat dan penduduk
di negara ini, kitani harus faham
di peringkat mana yang kita mahukan
bagi rakyat di Negara Brunei Darussalam
mengambil alih pekerjaan tersebut.
Di negara lain apa yang berlaku,
sandaran kepada pekerja-pekerja asing
itu masih tinggi malahan memudahkan
mereka bila mana suasana keadaan
ekonomi itu berkurangan, dikurangkan
sahaja pekerja-pekerja asing itu dan
pekerja-pekerja tempatan masih tetap
menetap di tempat yang lebih
permanent.
Inilah yang kitani harapkan dan semoga
pekerjaan yang disediakan untuk anak-
anak tempatan adalah pekerjaan yang
tetap dan apa pun suasana keadaan
ekonomi negara kita nanti yang akan
menjejaskan perindustrian maritim. Ini
merupakan di peringkat pengurusan,
teknikal dan sebagainya.
dengan adanya pembentukan
Aman Shipping dan Muara Corporation,
ini akan memberi peluang
pekerjaan lagi kepada anak-anak
tempatan dan dalam keadaan kitani
memerlukan tenaga untuk memastikan
operasi Aman Shipping dan Pelabuhan
Muara akan berjalan seperti sediakala
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
15
dan kitani juga memerlukan proses
latihan dan sebagainya. Maka, lebih
ramai lagi pekerja yang diperlukan untuk
memenuhi hasrat Darussalam Asset bagi
melaksanakan pemberian perkhidmatan
Pelabuhan Muara. Mudah-mudahan akan
memberikan peluang lagi pekerjaan
kepada anak-anak tempatan.
Seterusnya mengenai soalan beberapa
prasarana yang dibangunkan di kawasan
Muara. Khusus yang berhubung dengan
Perhentian Bas. Perkara ini sudah
pun selesai dibina. Kementerian
Perhubungan sedang dalam proses
meningkatkan sistem pengangkutan bas
awam. Salah satu perkara yang harus
difahami mengenai sistem baharu ini
ialah konsep bus terminal.
Mungkin konsep bus terminal dengan
sistem yang baharu ia tidak lagi relevan
kerana kitani memerlukan bas itu
sentiasa bergerak sehingga waktunya itu
sudah cukup beberapa jam akan diganti
dengan bas lain. Ini bermakna, bus
terminal di Bandar Seri Begawan pun
mungkin pada satu masa tidak
diperlukan lagi.
Walau bagaimanapun, kemudahan itu
akan disediakan kepada pengendali-
pengendali bas yang ingin menggunakan
kemudahan untuk menempatkan bas-
bas mereka. Konsep yang akan
diperkenalkan oleh Kementerian
Perhubungan ialah passenger terminal
bukannya bus terminal kitani mahu
bahawa penumpang boleh datang awal
menunggu bas dan sementara
menunggu bas itu mereka boleh minum,
membeli-belah dan sebagainya.
Itulah fasiliti moden yang diharapkan
untuk diadakan. Beberapa tempat telah
dikenal pasti dan mudah-mudahan
projek ini akan dapat dijadikan sebagai
peluang PPP kepada pihak swasta untuk
membangunnya dan menyewakan
kepada pihak-pihak yang berkenaan
untuk membuka bisnes dipassenger
terminal tersebut.
Dengan adanya perubahan konsep
terminal ini, apa yang kitani ingin
gunakan perhentian bas ini ialah
dikhususkan untuk pengendali-
pengendali bas menggunakan fasiliti ini.
Pengendali bas boleh menggunakannya,
mengusai dan membeli minyak sebelum
beroperasi memberi perkhidmatan bas.
Terima kasih atas cadangan Yang
berhormat mengenai feri terminal.
dari segi pemikiran Yang Berhormat
adalah sama dengan Kementerian
Perhubungan, sebab apa yang kitani
harus fahami feri terminal adalah tempat
kemasukan Negara Brunei Darussalam
yang berlakunya international transport
system. , mudah-mudahan
satu masa, apabila penumpang yang
datang dari Labuan ke Negara Brunei
Darussalam, tiket yang digunakan untuk
membayar feri itu dapat juga digunakan
untuk membayar bas ke Bandar Seri
Begawan. Bermakna ada 2 modul iaitu
water transportation and land
transportation.
Jadinya, konsepnya itu akan diubah dan
dengan demikian ferry terminal
akan menjalani beberapa proses
pengubahsuaiannya untuk memberikan
kemudahan-kemudahan seperti
perhentian bas dan juga perhentian
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
16
teksi. teksi sudah mula
beroperasi dan mudah-mudahan the idea
of interconnectivity dan juga multi-model
transport system ini dapat direalisasikan
dengan mengadakan sistem
pengangkutan yang seamless iaitu dari
pengangkutan laut ke pengangkutan
darat.
Hanya yang kitani harapkan macam juga
di beberapa tempat di Bandar Seri
Begawan, semua yang menggunakan bot
dari Daerah Temburong ataupun mana-
mana tempat akan menggunakan sistem
yang sama untuk menggunakan
pengangkutan bas di Bandar Seri
Begawan. Itulah harapan Kementerian
Perhubungan dalam usaha untuk
mempertingkatkan Land Transport
System di Bandar Seri Begawan.
Bermakna tempat-tempat ini akan
menjalani proses-proses untuk memberi
perkhidmatan kepada orang ramai
ataupun penumpang-penumpang yang
akan menggunakan sistem transport
berkenaan.
Mengenai jalan raya yang rosak
di tempat keluar masuk, perkara ini telah
dimaklumkan kepada pihak-pihak yang
berkenaan untuk memberi perhatian
sewajarnya. Abis kaola maklum ia
merupakan satu cabaran yang besar
dalam memastikan trucks ataupun
jentera berat membawa muatan yang
berat mematuhi peraturan-peraturan
jangan ada yang melimpasi had muatan
dibawa dari Pelabuhan Muara ke tempat
yang dituju. Ini bukan sahaja di kawasan
di Jalan Muara juga di tempat-tempat
lain kitani melihat keadaan ini
menjejaskan jalan raya di Negara Brunei
Darussalam.
Perkara ini sudah dibincangkan dengan
pihak Pelabuhan Muara bahawa salah
satu cadangan ialah untuk mengadakan
sistem timbangan seperti yang ada di
tempat pengangkutan batu ataupun
aggregate di Muara. Semua trucks yang
akan meninggalkan tempat itu, akan
lebih dahulu ditimbang dan tidak
melebihi jangka berat yang ditetapkan.
Mudah-mudahan dengan perundingan
bersama pihak Pengurus Pelabuhan
Muara juga menimbangkan bagaimana
caranya untuk memastikan bahawa
kenderaan-kenderaan tersebut tidak
melebihi muatan yang ditetapkan.
Persoalan yang terakhir Yang Berhormat
Pengerusi iaitu mengenai perbekalan
perkhidmatan telekom di tempat-tempat
perpindahan. Sebenarnya kaola ingin
berpanjang lebar sedikit Yang Berhormat
Pengerusi kalau sekiranya tidak ada
masalah mengenai perkara ini.
Seperti yang kitani maklum bahawa
perkhidmatan-perkhidmatan telekom
sudah diswastakan dan beberapa buah
service provider ataupun syarikat
pengendali telekom seperti Telbru, DST
dan PCSB telah berusaha sedaya upaya
untuk memberi perkhidmatan-
perkhidmatan terutamanya di tempat-
tempat yang belum dilengkapi dengan
sistem fibre-to-the home ataupun
pancaran-pancaran itu terhad kepada
satu tempat.
Jadinya untuk menjawab soalan ini, ada
2 pendekatan yang dapat kitani
pertimbangkan:
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
17
1. Melalui kerajaan sendiri untuk
menyediakan peruntukan ataupun
dengan cara;
2. Perkhidmatan itu diswastakan
dengan meminta syarikat-syarikat
berkenaan untuk meningkatkan lagi
usaha ke atas pemberian
perkhidmatan-perkhidmatan telefon
itu.
Memandangkan ICT ini merupakan satu
public goods. Public goods ini mesti ada
accessibility tidak ada sebab mana-mana
pihak ataupun lapisan masyarakat yang
terkecuali dalam usaha untuk
meningkatkan pembangunan ini. Kitani
telah menerima kenyataan bahawa
perhubungan ataupun dalam konteks
ICT ataupun internet adalah menjadi
salah satu aspek penting dalam
kehidupan kitani seharian.
Begitu juga dalam kitani bermasyarakat
dan bernegara, ICT ini merupakan
a pack of life sudah. Sebab apa, melalui
internet kitani mampu meningkatkan
ilmu pengetahuan dan menaikkan taraf
hidup kitani dengan memanfaatkan
segala maklumat yang boleh diperolehi
dari internet ataupun akses kepada
perkhidmatan telekom. Ini bererti ICT
mampu untuk membentuk peredaran
zaman kerana sudah ada apa yang
dipanggil sebagai digital economy, smart
society, masyarakat pintar dan smart
nation.
Jadinya, Yang Berhormat, bukan sahaja
memikirkan kepada kawasan-kawasan
yang di bawah pemantauannya sahaja
dan kaola pasti Ahli Yang Berhormat pun
ingau mengenai perkara ini di tempat-
tempat yang lain. Ini merupakan satu
kebimbangan yang sama.
Kesedaran Kementerian Perhubungan
adalah jelas untuk menjaga kepentingan
rakyat dan memastikan bahawa setiap
pembangunan dan perkembangan itu
hendaklah seimbang. Jangan ada orang
tinggal di bandar ganya dapat ampit all
these facilities, tapi orang di luar bandar
tidak dapat, sebab apa? For commercial
reason ataupun apa. Ini merupakan satu
isu yang dibangkitkan di mana-mana
negara terutama negara-negara luar
bandar yang besar, kawasan luar bandar
yang besar, penduduk-penduduknya
yang berselerak di tempat lain, penduduk
yang sparsely populated.
Kita harus awas bahawa ICT ini mampu
untuk membentuk peredaran zaman.
Sekarang ini kita sudah digital economy.
Kalau sekiranya digital economy itu
untuk memanfaatkan hanya sekelompok
masyarakat merupakan satu perkara
yang amat menyedihkan.
Lebih penting ialah mengenai ledakan
ICT ini, semakin cepat semakin deras,
hampir di luar dugaan seperti yang kaola
pernah sentuh dalam mukadimah
pancaran spectrum 5G mampu untuk
menyampaikan maklumat atau data dari
segi suara, gambar dan video dengan
jarak yang jauh. Sekarang ini kalau kan
melihat filem atau semua pakai iPhone
3G sahaja tidak lagi payah pakai internet.
Dulu mesti ada internet access baru
dapat melihat filem.
Apa yang berlaku dalam sedikit masa lagi
ialah semua barang ini ada signal yang
dipanggil internet of things dan
akan mengeluarkan maklumat-maklumat
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
18
mengenai karakter barang berkenaan,
berapa ramai orang memakai, ke mana
tujunya dan mengeluarkan maklumat-
maklumat (informations) yang ada nilai-
nilai perniagaan. Itu kenyataannya
sekarang ini.
Kitani tidak boleh ketinggalan dalam
embrace teknologi ini, kalau kitani
ketinggalan mungkin keadaan kitani
makin terpencil, makin irrelevant lagi
keadaan kitani. Setiap lapisan
masyarakat, setiap penduduk di negara
ini harus be part of this process
development.
Kalau dulu dengan 3G sahaja sudah
membuat cara hidup kitani sedikit
berubah, bayangkan kalau dengan 5G
boleh memberi maklumat-maklumat dari
tempat yang jarak jauh dari tempat sama
ada di laut ataupun di udara.
Memastikan jentera-jentera itu bergerak
dengan baik. Itu sahaja sudah
merupakan satu perkembangan yang
menakjubkan sejauh pengetahuan kaola.
Jadinya apa yang penting ialah untuk kita
terus mencapai kemajuan. Kitani harus
mempersiapkan rakyat dan penduduk di
negara ini dengan peredaran teknologi
terutamanya dengan menyediakan
prasarana-prasarana seperti yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.
Kita perlukan prasarana yang
mencukupi. Yang penting juga ialah
memastikan bahawa setiap
perkembangan itu adalah seimbang
(balance) dari segi kemanfaatannya
kepada seluruh lapisan rakyat akan dapat
menikmati perkembangan tersebut
bukan sahaja dari segi protection of the
envoirnment atau sebagainya tetapi juga
memastikan bahawa semua lapisan
rakyat akan dapat menikmati
perkembangan itu.
Menyebutkan isu accesibility dan
mengenai isu dengan affordability, ada
sesetengah negara apabila tidak dapat
mencapai speed yang dikehendaki untuk
mereka membuat akses ataupun
memuat turun (download) maklumat-
maklumat itu, diberi pula bantuan supaya
boleh memuat turun maklumat-
maklumat yang memerlukan kelajuan
yang tinggi sebagai contoh, kita di Brunei
, kelajuan yang kita sediakan
itu sudah tinggi 25 bits/second itu
merupakan satu perkembangan yang
baik. Atas tujuan ini, Yang Berhormat
Pengerusi dalam Perintah
Telekomunikasi 2001 ada satu
peruntukan di bawah Seksyen 58 iaitu
untuk melaksanakan rancangan dalam
rangka apa yang dipanggil sebagai
Universal Services Obligation.
Universal Services Obligation ini
bertujuan meluaskan penggunaan
perkhidmatan telekomunikasi di seluruh
Negara Brunei Darussalam khususnya,
bagi tempat-tempat yang tidak
menerima liputan atau under surf area.
Dari pemantauan Kementerian
Perhubungan sebanyak 81 buah
kampung yang sehingga sekarang ini
belum lagi menerima liputan berkenaan
dan ini pun banyak yang belum
memasukkan beberapa kampung di
daerah-daerah Brunei Muara ini.
Masalahnya di kampung-kampung ini
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
19
penduduknya ada yang dalam 300 orang
sahaja.
Dari segi keperluan menara-menara yang
akan ditubuhkan kita memerlukan
sebanyak 60-65 buah menara lagi dan
setiap menara itu harganya kira-kira
$650,000.00. Apa yang diharapkan ialah
dengan adanya perancangan USO ini,
menubuhkan satu dana, iaitu pihak
penyelia telekomunikasi membuat
komitmen untuk menyumbang kepada
dana itu berapa peratus dari
pendapatannya digunakan sebagai
modal untuk pembinaan infrastruktur.
Kementerian Perhubungan berharap
akan dapat dilaksanakan dalam sedikit
masa lagi dengan tujuan berunding
dengan pihak-pihak penyelia
telekomunikasi.
, apa yang difikirkan oleh Yang
Berhormat itu merupakan satu
kebimbangan dari pihak yang berkenaan.
Perlunya kita mengambil langkah ini dan
meminta kepada pihak yang berkenaan
untuk memberi sumbangan kepada
pertumbuhan ICT di negara ini.
Ini sahaja yang kaola terangkan
mengenai usaha Kementerian
Perhubungan untuk mengatasi isu yang
dipanggil sebagai jurang perbezaan
digital ataupun digital divide di negara
ini. Terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima
kasih Yang Berhormat Menteri
Perhubungan yang telah memberikan
penerangannya yang begitu terperinci
mengenai perkara yang ditimbulkan.
Saya persilakan Yang Berhormat Awang
Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy
bin Ahmad: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi.
Kaola mengucapkan
tahniah kepada Yang Berhormat Menteri
Perhubungan atas segala usaha yang
dilaksanakan seperti yang disebutkan
dalam mukadimah.
Kaola ingin menyentuh mengenai
3 perkara yang mempunyai 4 soalan
ataupun cadangan:
1. Tajuk SN05A - Jabatan
Pengangkutan Darat (Kod Akaun
001/001) – Pembangunan Dasar.
Apakah dasar pihak kementerian
untuk menggalakkan pihak
kenderaan yang lebih fuel efficient
terutama sekali kereta hybrid yang
ada pada masa ini dengan harganya
lebih premium daripada harga
kereta yang sebanding?
2. Tajuk SN01A – Jabatan Kementerian
Perhubungan. Kaola menjunjung
tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam semasa Istiadat
Pembukaan Rasmi beberapa hari
yang lalu baginda ada menyentuh
bahawa “Ilmu, maklumat,
kemahiran boleh diperlukan melalui
perkhidmatan teknologi internet
yang boleh diakses dengan mudah
dan cepat ” dan untuk teknologi
baharu ini digunakan dengan
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
20
sepenuhnya perlulah talian internet
kita cepat, reliable dan affordable
seperti yang dinyatakan oleh Yang
Berhormat Menteri Perhubungan
tadi serta pengguna diberi
pengetahuan untuk menggunakan
dengan sebaiknya. Mungkin sudah
tiba masanya kita mungkin sahaja
banyak pesaing tapi juga service
providers dalam hubungan ini.
Sehubungan dengan itu, selain
bagi memastikan menyediakan
prasarana, apakah usaha pihak
kementerian untuk menggalakkan di
Brunei Darussalam untuk
mengadaptasi teknologi-teknologi
baharu yang menggunakan talian
internet kelajuan tinggi.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan menyebut mengenai
big data dan internet off things
adalah disambut dengan baik,
termasuk juga teknologi lain seperti
next generation security system,
biomatrix dan behavioural analitics
dan dalam pendidikan massive
online open course move bahawa
dimana orang dapat belajar melalui
online dan teknologi-teknologi lain,
visuality dan lain-lain teknologi
baharu ini yang dijangka akan dapat
membantu pertumbuhan pengguna
kerajaan dan ekonomi serta eko
sistem lainnya seperti pertahanan,
perhubungan infrastruktur dan lain-
lain?
Tajuk yang sama mungkin
menyentuh AITI bagi
menggalakkan penglibatan
masyarakat inclusive online
participation, negara haruslah
mengambil langkah-langkah untuk
meningkatkan akses ke internet,
untuk orang ramai termasuk orang-
orang yang berada seperti di luar
bandar dan juga Orang
Berkeperluan Khas serta Orang
Kurang Upaya termasuk program
pendidikan media.
Program-program ini perlu memberi
perhatian asas-asas teknikal internet
dan juga meneroka bagaimana
untuk memanfaatkan penglibatan
masyarakat belia dalam
mewujudkan dialog dengan
masyarakat dan penyertaan syarat
civil engagement.
Soalan kaola adalah apakah ada
usaha pihak kementerian untuk
menyediakan platform rasmi online
untuk masyarakat menyertai dialog
muzakarah melalui internet ini?
3. Tajuk SN08A - Jabatan Kaji Cuaca
(Kod Akaun 002/000).
tahniah diucapkan pihak Jabatan
kajicuaca mempunyai laman
sesawang serta aplikasi yang
cukup mesra kepada pengguna
untuk orang ramai mengetahui
ramalan cuaca.
Kaola ingin bertanya menyusul
semula cadangan yang pernah
dibawa di Dewan yang mulia ini
kalau tidak silap kaola pada tahun
2014. Adakah negara sudah
mempunyai early warning system
yang cukup nauzubillahiminzalik,
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
21
sekiranya cuaca lebih ekstrim
berlaku seperti tsunami, gempa
bumi, ribut dan lain-lain untuk
orang ramai mengetahui
akan amaran-amaran tersebut.
Terutama sekali penduduk di
kawasan pedalaman atau yang
tidak mempunyai liputan ataupun
mungkin liputan rendah? Terima
kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi dan terima kasih
juga kepada Yang Berhormat yang
membangkitkan beberapa perkara
mengenai Jabatan Pengangkutan Darat,
mengenai ICT dan ramalan cuaca.
Mengenai hybrid cars. Kenderaan-
kenderaan yang mempunyai fuel
efficiency. Dasar mengenai penggunaan
fuel efficiency ini, Jabatan
Pengangkuatan Darat mengambil
direction dari Kementerian Tenaga dan
Perindustrian yang telah menentukan
dasar-dasar kerajaan yang berhubungan
dengan fuel efficiency dan
sejauh mana teknologi pada masa kini
yang memenuhi akan dipatuhi dan
dilaksanakan.
Dengan adanya kenderaan-kenderaan
yang berteknologi tinggi pada masa ini
bukan merupakan satu perkara yang
susah untuk dilaksanakan sebab
pembekal-pembekal kereta mempunyai
kesedaran mengenai perkara ini.
Mengenai hybrid car banyak
perkembangan yang positif. Beberapa
syarikat, pelabur-pelabur dari luar
negara pun ada menujukkan minat
melabur di negara ini untuk
mengeluarkan kereta hybrid, reffering to
electric cars specifically, kereta-kereta
jentera elektrik.
Untuk penjelasannya Jabatan
Pengangkutan Darat mengalu-alukan
perkembangan-perkembangan ini dan
mudah-mudahan perkara ini akan dapat
dilaksanakan, tapi apa yang penting ialah
mengenai infrastruktur yang harus
disediakan lebih dahulu terutamanya
charging station khususnya harus
diadakan di seluruh negara.
dengan adanya perancangan-
perancangan untuk menubuhkan
syarikat-syarikat pengeluar kenderaan
yang hybrid, mudah-mudahan perkara ini
akan dapat dilaksanakan lagi dengan
jayanya.
Tadi ada spesifik cadangan yang
berhubung dengan rancangan untuk
mengadakan forum rasmi online supaya
ada perbincangan. Ini mungkin lebih
mirip kepada pihak-pihak yang lain
sebagai contoh Jabatan Penerangan
dapat memberi penjelasan sejauh mana
platform tersebut dapat diadakan untuk
perbincangan orang ramai.
Tapi sejauh penglibatan AITI semua
perkara ini dengan teknologi yang ada,
sama ada rasmi ataupun tidak dapat
seperti yang kita maklumi perbincangan
atau forum-forum ini memang sudah ada
yang berlaku cuma apa yang kita
pastikan ialah supaya forum-forum
perbincangan itu biar ia menurut adat
resam kita dan mematuhi undang-
undang yang ada di negara ini.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
22
Jangan sampai perkara-
perkara itu terkeluar dan kita pun
mengamalkan Islam sebagai cara hidup
kita. Biar apa yang kita tutur katakan itu
mengikut Undang-Undang Islam
terutamanya mengeluarkan gambar-
gambar yang mengaibkan orang ramai
dan membuat tuduhan-tuduhan yang
tidak menentu itu sangat
mendukacitakan dan akan melumpuhkan
harapan kita untuk membawakan forum
yang lebih sihat, positif dan dapat
memajukan negara kita ke satu peringkat
sosial yang lebih baik lagi.
Walau bagaimanapun, mengenai perkara
ini, ada baiknya kaola rujuk kepada pihak
yang berkenaan memikirkan sejauh
mana kesesuaiannya untuk mengadakan
satu forum rasmi untuk digunakan
sebagai forum perbincangan online
di negara ini.
Tadi ada menyentuh mengenai dengan
prasarana untuk memberi akomodasi
kepada teknologi-teknologi baharu.
A AITI bekerja rapat dengan
pengendali-pengendali perkhidmatan
telefon khususnya DST, TelBru dan
PCSB. Kita mempunyai kerjasama rapat
dan mempunyai vision yang begitu up to
date dan wawasan untuk memastikan
bahawa Negara Brunei Darussalam tidak
akan ketinggalan dengan perkembangan
teknologi baharu ini. Kesedaran
mengenai ini
Perkara ini cukup up to date, baik dari
segi pihak penyelia perkhidmatan dan
juga pihak kawal selia ataupun AITI dan
perkara ini adalah penting untuk
diketahui.
Dengan yang demikian, khususnya pihak
DST telah berusaha untuk memberi
infrastuktur yang begitu moden (up to
date). Sehinggakan sekarang ini sudah
ada 4G di Negara Brunei Darussalam,
kita berpindah dari 3G kepada 4G, yang
memberi keupayaan untuk menerima
teknologi, kreativiti ataupun inovasi
baharu, yang di luar jangkaan kita.
tidak mustahil satu masa kalau
kita akan mengadakan 5G, ini
bergantung pada perkembangan.
Dalam perkara ini juga, pihak AITI
sedang berusaha untuk mengeluarkan
konsep-konsep bahawa teknologi baharu
ini akan dapat digunakan atau dihargai
sebagai contoh konsep-konsep smart
nations, smart society, macam mana kita
membentuk satu negara pintar. Apakah
apsek-aspek yang melibatkan untuk
menjadikan Negara Brunei Darussalam
itu sebagai smart nations?
Semua ini sudah ada dalam perancangan
pihak AITI dan mudah-
mudahan perancangan ini akan dapat
diberigakan dan terserah kepada pihak
swasta/orang ramai untuk memikirkan di
mana penglibatan mereka.
Kita tidak seharusnya bersandar kepada
pihak kerajaan sahaja untuk
mengeluarkan idea-idea ini tetapi
terserah kepada pihak swasta idea itu
dapat diadakan dan sustainable. Kita
tidak dapat mengadakan idea-idea yang
sustainable lagi masa ini sebab apa ia
melibatkan perbelanjaan yang besar.
Jadinya dari segi mengadakan satu
konsep smart nations, banyak perkara
yang boleh kita buat, yang boleh
mendatangkan keuntungan kepada
pihak swasta.
Ini yang sedang difikirkan oleh pihak
berkuasa AITI dan juga pihak pengendali
telekomunikasi, untuk diberigakan dan
digalakkan kepada orang ramai
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
23
mengambil peluang untuk menjadi
perdagangan kepada orang ramai.
Bukan satu konsep yang 60% atau 70%
bersandar kepada perbelanjaan
kerajaan. Mungkin itu konsepnya sudah
berbeza dengan negara-negara yang
lain. Sehinggakan memberi maklumat-
maklumat itu tidak seharusnya free
tetapi berperingkat-peringkat (graduate
bases) sebagai contoh. Inilah permulaan
sebagai a big data ataupun I-Cloud itu
dimanfaatkan, yang maklumat itu akan
diberikan secara graduated.
Yang terakhir mengenai dengan keadaan
kaji cuaca ini. Proses Jabatan Kaji Cuaca
ini ialah mereka bekerja selama 24 jam
(on 24 hours bases). Dan seperti yang
kaola jelaskan semasa mukadimah, kita
memerlukan kaji cuaca ini beroperasi
secara inter perineal operation. Dimana
Jabatan Kaji Cuaca berupaya untuk
memberi maklumat yang lebih detail
(more advance) yang diperlukan oleh
pihak-pihak tertentu bukannya pihak
orang ramai.
Tapi, dari segi memberi early morning
system, itu sudah memang the latest pun
kalau sekiranya barang itu terjadi, ia
boleh berlaku barangkali dalam 1 jam
atau lebih tetapi sebelum itu dapat
diberikan secara awal sehinggakan 3 ke
4 hari lebih awal sudah dapat di
anticipate.
Itu pun sejauh yang melibatkan cuaca
tapi Yang Berhormat tadi mention
mengenai tsunami, earthquake dan
sebagainya. Itu di luar daripada
penglibatan Jabatan Kaji Cuaca.
Jabatan Kaji Cuaca hanya akan memberi
maklumat mengenai angin, hujan dan
juga ombak-ombak yang on the surface
itu, this are penglibatan kaji cuaca,
hopefully itu jelas. Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima
kasih Yang Berhormat Menteri
Perhubungan. Saya persilakan Yang
Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi. Kaola ingin
memberikan sedikit penjelasan
mengenai soalan yang dikemukakan
oleh Yang Berhormat berkaitan dengan
early morning system seperti kejadian
tsunami. Bagi Negara Brunei Darussalam
perkara ini ditangani bersama
oleh National Disaster Management
Centre (Pusat Pengurusan Bencana
Kebangsaan).
Pusat ini bekerjasama dengan ASEAN
Humanitarian Assistance (AHA) Centre
yang berpusat di Jakarta. Maklumat-
berkaitan dengan kejadian tsunami,
gempa bumi, semuanya akan dikongsi
bersama oleh negara-negara ASEAN
yang disalurkan melalui pusat ini. Kita
menerima berita atau hal-hal kejadian
di mana-mana negara ini melalui Pusat
AHA Centre di Jakarta dan ia akan
dikongsi sama dengan agensi-agensi
yang tertentu di Negara Brunei
Darussalam. Terima Kasih Yang
Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima
kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri atas maklumat tambahan
yang telah diberikan mengenai perkara
yang dikemukakan. Sekarang saya
persilakan Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
24
Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji
Sabtu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Pendikar Alam Dato Paduka Seri
Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka
Haji Sabtu: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi
dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola lebih
dahulu mengucapkan ribuan terima kasih
atas mukadimah dan penerangan yang
telah disampaikan oleh Yang Berhormat
Menteri Perhubungan. Seperti mana
yang telah dibangkitkan dalam
mukadimah Yang Berhormat Menteri
Perhubungan iaitu mengenai pelbagai
usaha yang telah dilaksanakan oleh
Kementerian Perhubungan melalui
Jabatan Pengangkutan Darat khususnya
dalam menaiktarafkan infrastruktur
dan kemudahan pengangkutan awam
di negara ini agar ia lebih efisien terkawal
selia dan mapan.
Salah satu sistem dalam pengangkutan
awam yang dipertingkatkan dan
dimantapkan ini ialah Sistem Teksi
Bermeter Negara Brunei Darussalam
yang dilancarkan pada bulan September
2016 sebagai sebahagian daripada
Projek Transformasi Sistem
Pengangkutan Awam di negara ini.
Perkhidmatan teksi ini telah mula
menunjukkan kesan yang positif dengan
peningkatan pengguna-pengguna teksi.
Manakala imej perkhidmatan teksi ini
pula semakin berkembang atas inisiatif
Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi
Negara Brunei Darussalam.
Di samping itu kaola menyambut
baik akan usaha pihak Kementerian
Perhubungan untuk memperkenalkan
sistem ICT atau Teksi mobile
application untuk memudahkan
panggilan perkhidmatan teksi selaras
dengan perkembangan teknologi global.
1. Apakah ada perancangan bagi
pihak Kementerian Perhubungan
untuk membantu meningkatkan
lagi publisiti perkhidmatan
teksi bermeter ini?. Pada hemat
kaola belum ramai yang tahu
akan perkhidmatan berkenaan
termasuklah Talian Pusat Panggilan
(Call Center). Jika ada kadar tarif
yang dikenakan serta lokasi-lokasi
penempatan bagi penempatan teksi
bermeter ini; dan
2. Beralih kepada perkhidmatan bas
awam di Negara Brunei Darussalam.
telah pun menunjukkan
peningkatan dari segi efficiency,
reliability and connectivity yang
diharap akan dapat membantu
mengadakan satu masyarakat yang
dinamik dan seterusnya ekonomi
yang vibrant.
Adakah perancangan pihak Kementerian
Perhubungan untuk memperkenalkan
tambang konsesi ataupun concession
fare khusus bagi golongan warga emas
serta Orang Berkeperluan Khas dan
Orang Kurang Upaya dalam
menggunakan perkhidmatan bas awam
ini, sekian.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Terima kasih Yang
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
25
Behormat Pengerusi. Kaola menghargai
pandangan daripada Yang Berhormat
mengenai perkembangan teksi bermeter
dan perkhidmatan bas awam. Ini adalah
penting, mengenai kesedaran orang
ramai betapa pentingnya pengangkutan-
pengangkutan awam ini. Kalau kita lihat
dari segi prespektif perbelanjaan orang
ramai yang tinggi di Negara Brunei
Darussalam.
Ada 3 perkara yang ditumpukan iaitu:-
1. Ialah mengenai Perumahan;
2. Ialah mengenai Permakanan; dan
3. Yang tinggi dalam kenaikan orang
ramai ialah pengangkutan.
Jelas perlunya Kementerian
Perhubungan memikirkan alternatif
form of transportation. Sistem
pengangkutan alternatif untuk
membolehkan rakyat di negara ini
mengurangkan perbelanjaan ke atas
pengangkutan.
Mengenai teksi bermeter yang
dilancarkan pada September 2016.
Sebenarnya perkara ini atas ketunjungan
ataupun kesediaan pihak-pihak
pemandu teksi itu sendiri untuk
mempertingkatkan imej perkhidmatan
mereka dan satu perundingan yang
begitu terperinci telah diadakan
khususnya yang berhubung dengan
kadar tarif yang akan dikenakan.
Bagaimana kita untuk memberigakan
maklumat mengenai perkhidmatan
teksi ini.
Ketika ini jumlah perkhidmatan teksi
masih kecil walaupun jumlah
pendaftarannya tinggi. Tapi yang
beroperasi di Negara Brunei Darussalam
ini tidak sampai 50 buah teksi yang
melibatkan keempat-empat daerah
mungkin tidak termasuk Temburong,
Brunei Muara, Tutong dan Kuala Belait
ketika ini.
Sistem perhubungan dengan orang
ramai atau pun Taxi call servies sistem,
itu adalah sementara. Ia ditempatkan
di Lapangan Terbang Antarabangsa pada
masa ini. Tumpuan teksi-teksi, kalau
sekiranya ada panggilan nombor yang
disediakan itu adalah lapangan terbang
punya nombor dan seorang pegawai
telah disediakan untuk membantu
perkhidmatan teksi untuk menyalurkan
maklumat dan keperluan ataupun
panggilan teksi itu kepada pemandu
teksi.
Tapi kita akan bersandar kepada sistem
aplikasi teksi ini seperti di negara
lain terdapat seperti uber, grab taxi
dan sebagainya yang lebih banyak
memudahkan orang ramai untuk
memanggil teksi melalui telefon ataupun
melalui sistem aplikasi.
perkara ini sudah hampir
payu dan mudah-mudahan dapat
dilancarkan dalam sedikit masa lagi.
Masih menunggu endorsement
Kementerian perhubungan.
pada minggu depan perkara ini akan
ditetapkan dan dilancarkan dengan
secepat yang mungkin.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
26
Dengan yang demikian, call center
seperti yang menggunakan citizen band
radio itu tidak berapa relevan lagi
di tempat lain pun tidak berapa
digunakan lagi makanya Jabatan
Pengangkutan Darat lebih bersedia untuk
menunggu dahulu sistem aplikasi kerana
ia lebih berkesan dan mudah untuk
dilaksanakan. Apa yang hanya tinggal
ialah pasaran kepada orang ramai
supaya menggunakan sistem itu dengan
cepat dan mudah.
Ketika ini Kementerian Perhubungan
dan Jabatan Pengangkutan Darat sedang
mengeluarkan video untuk
mempromosikan perkhidmatan teksi ini.
2 perkara yang perlu dingat ialah:-
1. Tarif yang telah disediakan itu adalah
regulated bermakna tarif itu tidak
dapat diubah-ubah tanpa kebenaran
dari Jabatan Pengangkutan Darat;
dan
2. Sistem sekuriti, pemandu-pemandu
teksi mesti memaparkan identiti
mereka seperti nama, telefon dan
sebagainya untuk memastikan
keselamatan perkhidmatan orang
ramai dan meningkatkan keyakinan
mengenai dengan perkhidmatan
teksi di negara ini.
Satu perkara lagi yang perlu difahami
ialah mengenai tarif ini mungkin banyak
dibangkitkan oleh pemandu-pemandu
teksi sama ada tarif itu sesuai ataupun
tidak dikenakan. Perlu difahami tarif ini
bukannya atas kehendak Kementerian
Perhubungan ataupun Jabatan
Pengangkutan Darat menentukan berapa
yang sesuainya. Apa yang difahamkan
mengenai demand and supply, forces
dan market forces ini, ia berasaskan
kepada tarif kalau dinaikkan dan
diturunkan berapa ramai orang hendak
naik.
kalau dikaji dari segi
pendapatan-pendapatan pemandu-
pemandu teksi di negara ini cukup
menggalakkan Yang Berhormat
Pengerusi, makanya abiskaola
menggalakkan orang ramai untuk datang
dan barangkali menimbangkan untuk
memberi perkhidmatan yang sama.
Ketika ini pun Jabatan Pengangkutan
Darat membuka permohonan-
permohonan sehingga kepada
200 orang lagi untuk memastikan
stability order market itu sehingga 200
orang untuk rakyat dan penduduk
di negara ini berkecimpung dalam
pemberian perkhidmatan teksi
Mengenai bas awam. Perkara mengenai
kemudahan-kemudahan untuk warga
emas, Orang yang Berkeperluan Khas
dan sebagainya. Ini memang salah
satu daripada aspek yang akan
dipertimbangkan dalam sistem baharu
ini. Sistem yang ada sekarang ini pun
warga emas atas persetujuan pihak
pengendali bas juga diberikan percuma
untuk menaiki bas dan juga untuk
kanak-kanak yang di bawah umur
7 tahun untuk menggalakkan ibu bapa
mereka menggunakan alternative
transportation.
dengan adanya sistem baharu
semua perkara ini akan dipertimbangkan,
bukan dari segi concession charges saja
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
27
tapi dari segi standard bas itu mungkin
ada yang sudah notice bas-bas yang ada
di Bandar Seri Begawan sekarang ini
menggunakan apa yang dipanggilnya
sebagai low floor bus untuk
memudahkan mereka yang Berkeperluan
Khas menaiki bas berkenaan.
kita akan memasukkan prinsip cara hidup
kita supaya tempat duduk itu diutamakan
kepada wanita, orang tua dan juga
kanak-kanak. Seperti juga yang berlaku
di tempat lain ada priority seats
kepada mereka yang berkenaan.
perkara itu sedang
dalam pertimbangan Kementerian
Perhubungan. Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Saya
persilakan Yang Berhormat Awang
Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji
Ramli bin Haji Lahit: Terima kasih
Yang Berhormat Pengerusi.
dan salam sejahtera.
Yang Behormat Pengerusi dan Ahli-Ahli
Yang Berhormat. Kaola dalam
menyokong Anggaran Perbelanjaan
2017/2018 Kementerian Perhubungan
yang telah dibentangkan oleh Yang
Berhormat Menteri Perhubungan.
Kaola akan bercakap mengenai:-
1. Di bawah Tajuk SN01A - Jabatan
Kementerian Perhubungan. Kod
Akaun 001/000 iaitu mengenai
Pentadbiran dan Pengurusan.
Pejabat-pejabat yang jadi tumpuan
orang ramai di kementerian ini
adalah seperti Pejabat Pengangkutan
Darat, Pejabat Pos, ruang legar
Lapangan Terbang Antarabangsa
Brunei.
Oleh itu kaola bertanya, adakah
pemikiran jabatan ini untuk membantu
mempamerkan contoh-contoh produk
Majlis Perundingan Mukim dan Kampung
di setiap jabatan yang disebutkan tadi
bagi produk-produk tahan lama. Yang
pembungkusan menarik dan diakui halal.
Jadi dengan cara ini membantu
perkembangan produk mukim dan
kampung. Kerjasama semua pihak
adalah penting untuk membantu
mencerahkan masa depan ekonomi
negara. Mungkin juga pejabat-pejabat di
kementerian lain yang sering menjadi
kunjungan orang ramai dapat juga
memberikan kerjasama;
2. Di bawah Tajuk SN05A - Jabatan
Pengangkutan Darat. Kod Akaun
003/000 - Peningkatan dan
Kemajuan Pengangkutan Awam.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-
Ahli Yang Berhormat kaola
menyentuh tentang connectivity atau
kesinambungan dari satu destinasi ke
destinasi lain seperti mana isi
kandungan mukadimah Yang
Berhormat Menteri Perhubungan.
Yang Berhormat Pengerusi dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola
menumpukan perhatian di kawasan
bandar dan pekan di setiap daerah
di negara ini. Iaitu
masalah pelancong-pelancong
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
28
menuju ke tempat-tempat yang
menarik di sekitar bandar dan pekan.
Kaola bertanya, adakah perancangan
jabatan ini untuk membenarkan
perkhidmatan beca bermotor iaitu jika
boleh dan bersesuaian? Hanya
merupakan satu cadangan saja bagi
mengatasi masalah pelancong berjalan
kaki dari hotel melawat ke tempat-
tempat menarik dan sebaliknya.
Contohnya dari hotel ke Lapau Diraja dan
dari Lapau Diraja ke hotel dan
sebagainya. Beca-beca ini boleh
menunggu penumpang di tempat-tempat
tumpuan orang ramai kerana beca
mudah melalui lorong-lorong dan jalan
raya yang sempit. Dengan perkhidmatan
ini memberi peluang pekerjaan dan
meningkatkan sektor pelancongan.
Malah khidmat beca ini boleh digunakan
untuk menghantar dan mengambil anak-
anak sekolah di kawasan yang
bersesuaian dan berhampiran. Apa yang
kita lihat sekarang ini hanya sejauh 500
meter pun ibu bapa menggunakan
kereta. Jadi ibu bapa tidak perlu lagi
risau bergegas datang dan keluar
pejabat. Kakitangan pejabat pula boleh
menggunakan khidmat beca untuk
makan tengah hari ke restoran yang
berhampiran tidak perlu lagi
menggunakan kenderaan.
Jadi dalam membantu kelancaran
perkhidmatan ini, pihak berkenaan
hendaklah membuat peraturan supaya
tidak berlakunya perkhidmatan secara
haram dan tidak teratur. Umpamanya
perkhidmatan beca ini hendaklah
didaftarkan untuk mendapatkan
kebenaran perkhidmatan dan dimestikan
mengambil perlindungan insurans dan
ditentukan laluan accessibility.
Jadi secara tidak langsung untuk
perkhidmatan ini menambahkan
rangkaian perniagaan. Bagi pengendali
yang kreatif pula mungkin menghias
beca mereka dengan keindahan yang
menarik perhatian penumpang; dan
3. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli
Yang Berhormat. Di bawah Tajuk
SN02A - Jabatan Laut. Kod Akaun
001/000 - Pentadbiran dan Dasar dan
kemungkinan juga berkaitan dengan
Jabatan Pengangkutan Darat. Kita
sering melihat trailer perahu ditunda
sama ada siang atau malam di jalan
raya dan lebuh raya. Kekhuatiran
kita ialah dari segi keselamatan
penunda itu sendiri atau pengguna
jalan raya yang lain. Kadang kala
berlaku kerosakan dalam perjalanan
dan pernah berlaku trailer terlepas
dari penunda. Ada yang dilihat
tidak sepadan apabila kereta saloon
atau kereta kecil menarik trailer
perahu yang besar. Jadi sehubungan
dengan itu, kaola inginkan
penjelasan mengenai perkembangan
dan pelaksanaan penguatkuasaan
penundaan trailer perahu yang
terkini.
Sekian saja yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi. Terima kasih
kepada Yang Berhormat yang telah
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
29
mengajukan beberapa soalan
berhubungan dengan:-
1. Mempromosikan di setiap jabatan-
jabatan kerajaan produk-produk dari
Majlis Perundingan Mukim dan
Kampung;
2. Mengenai beca bermotor. Sama ada
beca bermotor ini dapat atau tidak
diperkenalkan?; dan
3. Mengenai trailer perahu yang telah
dikuatkuasakan dengan undang-
undangnya.
Mengenai mempromosikan di setiap
jabatan kerajaan produk-produk dari
Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.
Kaola sendiri Yang Berhormat Pengerusi
tidak melihat sebarang masalah
mengenai perkara ini bergantung pada
dasar-dasar atau tumpuan jabatan-
jabatan kerajaan masing-masing untuk
memberi akomodasi mengenai cadangan
ini dan abiskaola dulu pun semasa dalam
tugas kaola yang lama menggalakkan
diadakan satu macam groceries,
kedai-kedai untuk memudahkan
pekerja-pekerja kementerian itu untuk
membeli barang-barang keperluan
khususnya seperti minyak makan,
barang-barang keperluan memasak
di rumah dan sebagainya tanpa perlu
pergi ke tempat-tempat yang sesak
dengan kereta.
Ini satu cadangan yang baik walau
bagaimanapun terserah kepada pihak-
pihak yang ingin mempromosikan
produk-produk yang berkenaan sama
ada viability nya atau tidak. Ini
merupakan cadangan yang khusus dan
harus dipertimbangkan sejauh mana
pihak-pihak yang ingin mempromosikan
produk mereka itu melihat jika ada
peluang-peluang itu. Kalau sekiranya ada
kedai runcit di kementerian-kementerian
mungkin dapat disimpan produk-produk
tempatan sejauh mana produk-produk
tersebut laku untuk dibeli oleh pembeli.
Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli
Yang Berhormat saya harap perkara
itu tidak akan merupakan janji sebab
saya kira jabatan-jabatan kerajaan
kadang-kadang tidaklah begitu sesuai
untuk mempamerkan bahan-bahan
makanan dan seumpamanya. Saya harap
ia bukan merupakan satu janji kepada
jabatan-jabatan berkenaan.
Jadi ada baiknya perkara itu diteliti oleh
kementerian yang berkenaan barangkali
seperti di dewan kah boleh dipamerkan.
Sekiranya kita berebut-rebut dengan
kelulut barangkali agak mengaibkan juga
kita dengan perkara ini.
Walau macam manapun niat kitani yang
baik dan kesukaan kita untuk membantu
seberapa yang boleh, tapi ia menurut
peraturan dan kesesuaian juga bahawa
kita merupakan jabatan kerajaan
mempunyai peraturan dan undang-
undang. Jadi ada baiknya kita
stick to that suasana macam itu, silakan.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi. pihak
kaola akan meneliti perkara ini dengan
lebih lanjut mengikut keupayaan
kementerian kaola sendiri.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
30
Soalan yang kedua mengenai Beca
Bermotor. Ini pun satu perkara yang
harus diteliti lebih dahulu sejauh mana
perkara ini akan dapat memastikan
keselamatan orang ramai dan yang
paling utama dalam fikiran kaola ialah
sejauh mana Beca Bermotor ini akan
dapat dipertimbangkan dari perspektif
keselamatan orang ramai dan apakah
spesifikasi kenderaan Beca Bermotor
yang harus dipenuhi sebelum perkara
ini dapat dipertimbangkan. Kalau kita
memikirikan rumah ke sekolah
bergantung di mana sekolah itu dan
di mana rumah itu kalau ia melibatkan
jalan-jalan raya yang besar seperti
highway mungkin tidak bersesuaian. Ini
bergantung apa yang dimaksudkan
sebagai Beca Bermotor itu.
Kalau Beca Bermotor yang berbasikal
mungkin tidak berapa sesuai barangkali
untuk diadakan di tempat-tempat yang
sesak. Kalau di kawasan Bandar sahaja
mungkin ada kemampuannya tapi
bergantung pada Beca Bermotor itu
sendiri. Jadinya perkara ini harus diteliti
lebih lanjut lagi mengenai apa
sebenarnya cadangan yang ingin
dicadangkan itu.
Mengenai trailer perahu. Seperti Yang
Berhormat maklum sebagaimana yang
saya jelaskan isu yang mengenai
penguatkuasaan ini dan kalau kitani
kadang-kadang memandu di jalan yang
besar kita lihat ada trailer perahu yang
usulnya tidak memenuhi piawaian yang
ditetapkan dalam peraturan-peraturan
lalu lintas khususnya yang dipanggil
Akta Lalu Lintas Jalan Raya Penggal 68
Bab 8(1) ialah setiap perahu hendaklah
ditarik dengan menggunakan trailer
yang tertentu yang memenuhi dimensi
dan sebagainya.
Penguatkuasaan merupakan satu
cabaran yang besar dalam aspek
manapun seperti yang dimaklumkan tadi,
ramai yang dibawa ke mahkamah
sehingga 800 kes yang tidak dapat
diuruskan dan mungkin kita sekali-sekala
melihat ada trailers yang tidak sesuai itu
mungkin itu terjadi.
Walau bagaimanapun tidak semestinya
pihak yang berkuasa tidak melaksanakan
penguatkuasaan undang-undang ini. Kita
masih lagi menguatkuasakannya dan
perkara ini akan dipantau lagi
memikirkan sejauh mana option yang
lebih baik. Apa yang difikirkan ketika
ini Yang Berhormat Pengerusi ialah untuk
mengadakan tempat-tempat yang sesuai
untuk meninggalkan perahu.
Jadinya perahu tidak payah ditarik
ke rumah-rumah ataupun membentuk
satu mariner. Bukan sahaja perahu-
perahu menangkap ikan, mungkin
perahu-perahu yang besar pun boleh.
Perkara ini sedang difikirkan dan salah
satu jawatankuasa telah dibentuk untuk
memikirkan di mana tempat yang
bersesuaian.
Apa pendekatan yang boleh kita ambil
untuk menjadikannya sebagai satu
realiti. Mungkin ini juga merupakan satu
peluang kerjasama antara kerajaan
dengan pihak swasta dalam rangka
PPP sebagai contoh pendekatan
yang sedang difikirkan ialah tidak
mengalakkan mereka yang terlibat
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
31
dalam menangkap ikan dan sebagainya
untuk menarik perahu-perahu mereka
ke rumah.
mudah-mudahan jawatankuasa
akan dapat menghadapkan cadangan
yang lebih baik dan akan dimaklumkan
kepada Yang Berhormat mengenai usaha
ini. Terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli
Yang Berhormat saya berpandangan
ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa
kita ini ditangguhkan dahulu selama
20 minit.
(Mesyuarat Jawatankuasa
berehat sebentar)
(Mesyuarat Jawatankuasa
bersidang semula)
Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli
Yang Berhormat,
sekarang majlis ini bersidang
semula untuk menyambung
membincangkan dan membahaskan
Tajuk SN01A hingga Tajuk SN08A -
Kementerian Perhubungan dan jabatan-
jabatan di bawahnya.
Sebelum ini saya difahamkan bahawa
Yang Berhormat Menteri di Jabatan
Perdana Menteri dan Kewangan II
(Kedua) ingin untuk membuat kenyataan
terhadap beberapa soalan yang telah
ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang
Berhormat semasa mesyuarat yang kita
adakan, sebelum kita berehat tadi.
Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan
Perdana dan Menteri Kewangan
II (Kedua): Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi. dan
salam sejahtera.
Kaola sebenarnya akan menambah
sahaja sedikit maklumat mengenai
dengan soalan yang dikemukakan oleh
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed
bin Pengiran Haji Osman @ Othman
khususnya mengenai Pengendalian
Pelabuhan Muara oleh Muara Port
Company. Yang Berhormat tadi
bertanyakan mengenai pekerjaan dan
sebagainya yang dapat dijana dari usaha
sama Muara Port Company ini. Jadi
terima kasih juga atas soalan Yang
Berhormat.
Sebagaimana yang sudah diterangkan
oleh rakan sejawatan kaola, Yang
Berhormat Menteri Perhubungan, Muara
Port Company (MPC) ini ialah
satu syarikat Joint Venture antara
Darussalam Assets Sdn Bhd iaitu
GLC kitani, dengan Guangxi Beibu Gulf
International Port Group Co Ltd, yang
baharu beroperasi belum lagi sampai
satu bulan iaitu pada 21 Februari 2017.
Seperti yang juga diterangkan oleh
Yang Berhormat Menteri Perhubungan
tadi, walaupun baharu beroperasi
belum sampai sebulan, beberapa
improvement telah dapat dilaksanakan
oleh syarikat ini. Semua improvement
ini merupakan pelaburan yang dibuat
sendiri oleh syarikat tersebut dan
bukannya melalui suntikan kerajaan. Ini
adalah satu contoh dari Public Private
Partnership (PPP), yang perlu
dipergiatkan di negara kitani.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
32
Setakat ini pelaburan yang telah dibuat
sebagai suntikan awal ialah sebanyak
$10 juta, yang dijangka , akan
meningkatkan produktiviti Pelabuhan
Muara yang amat diperlukan bagi
meningkatkan penarikan Pelaburan
Langsung Asing melalui pelan-pelan
tindakan dalam tahun pertama dan
kedua seperti yang diterangkan tadi
oleh Yang Berhormat Menteri
Perhubungan jua iaitu melalui pembaikan
kren, sistem IT yang baharu dan
juga mesin-mesin operasi seperti forklift,
yang perlu penggantian dan tambahan.
Setelah perkara ini dapat ditingkatkan,
Muara Port Company ini akan menyuntik
pelaburan sebanyak $50 juta dalam
tahun ketiga hingga ke tahun kelima,
operasi bagi kontena terminal dan
conventional terminal yang berkaitan
dengan menambah baik lagi infrastruktur
yang ada.
Apa yang lebih menarik, yang masih lagi
dalam peringkat perundingan, ialah
peringkat ketiga dalam jangka
masa yang panjang, Muara Port
Company ini akan seterusnya membuat
pelaburan sebanyak kira-kira $100 juta
hingga $150 juta bagi membangunkan
tempat-tempat baharu khususnya dalam
usaha penarikan Pelaburan Langsung
Asing melalui Free Trade Zone di negara
ini dengan membawa lagi beberapa
pelabur asing lain ke Negara Brunei
Darussalam
Menyentuh mengenai pertanyaan
pekerjaan. Setakat ini MPC telah
mengambil alih pekerja-pekerja dari
syarikat yang sebelum itu, seramai 106
orang dan, pengambilan ini akan
meningkat dengan penambahan seramai
153 orang lagi setelah mengambil alih
conventional terminal sepenuhnya. Apa
yang penting lagi ialah spin off yang akan
dijana oleh aktiviti ini bagi pemberian
bisnes kepada Micro Small Medium
Enterprise kitani yang bergiat langsung
dalam aktiviti pelabuhan ini yang
setentunya akan menambah
peluang-peluang pekerjaan kepada
anak-anak tempatan di masa-masa akan
datang
Itu sahaja yang dapat kaola maklumkan
di Dewan ini, Yang Berhormat Pengerusi,
bagi menjawab soalan tadi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima
kasih, Yang Berhormat Menteri
di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan II (Kedua) atas maklumat
tambahan yang dikongsikan bersama
mengenai perkara yang telah
ditimbulkan oleh Yang Berhormat
Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji
Osman @ Othman, awal tadi.
Sekarang saya mempersilakan, Yang
Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran
Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali
bin Pengiran Maon: Terima kasih,
Yang Berhormat Pengerusi.
dan salam sejahtera.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
33
Terima kasih atas mukadimah yang
telah disampaikan oleh Yang Berhormat
Menteri Perhubungan pada hari Khamis
lalu, dan menyokong Belanjawan
Kementerian Perhubungan. Kaola
menyampaikan 1 soalan iaitu mengenai
Tajuk SN05A - Jabatan Pengangkutan
Darat.
Soalan kaola menyentuh mengenai tahap
pengeluaran carbon di negara ini.
Menurut laporan daripada ASEAN
Secretariat yang dikeluarkan oleh
The Brunei Times pada 4 November
2013, Negara Brunei Darussalam telah
mengeluarkan tahap carbon yang
tertinggi per capita iaitu 15.5 metric ton
setiap tahun. Manakala negara jiran
seperti Malaysia, mengeluarkan dua kali
ganda lebih rendah iaitu 7.1 metric ton
dan Singapura 6.39 metric ton.
Menurut kajian Economic Research
Institute yang berpangkalan di Jakarta
bersama dengan Universiti Brunei
Darussalam pada tahun 2011, bahawa
Negara Brunei Darussalam
mengeluarkan carbon dioxide telah
meningkat sebanyak 2% setiap
tahun. Antara sumber yang diakui
menyumbang kepada pengeluaran
carbon ialah sumber daripada sektor
pengangkutan darat.
Yang Berhormat Pengerusi. Ke arah
pembangunan yang mapan dalam
konteks pembangunan darat, apakah
dasar-dasar pembaikan dan pemulihan
kerajaan bagi mengurangkan
pengeluaran carbon sekali gus
menyokong hasrat negara, Wawasan
Brunei 2035 dalam strategi alam sekitar.
Kaola ingin mecadangkan jika
bersesuaian, bagi pihak kementerian
menerokai kaedah penggunaan
berbasikal untuk pergi bekerja bagi
dijadikan sebagai alternatif. Siapa tahu,
dengan memperkenalkan kaedah ini, ia
akan disambut baik oleh rakyat
terutamanya belia negara. Ini juga
boleh mengurangkan peratusan
penjawat awam sebanyak 70% yang
tidak melakukan aktiviti fizikal yang
mencukupi seperti yang diterangkan
oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan
dalam mukadimahnya yang lalu.
Selain pemeliharaan alam sekitar, ia akan
memberi faedah kepada kesihatan,
pengurangan kesesakan lalu lintas dan
mungkin sahaja membuka ruang untuk
penjanaan pertumbuhan ekonomi.
Kaedah ini bukan baharu, ia juga
digunakan di negara lain seperti Jepun,
Belanda, Sweden dan banyak lagi. Tidak
dinafikan bagi menjayakan program ini,
ia memerlukan penyediaan lorong khas
berbasikal, kempen dan sebagainya.
Sekian sahaja soalan kaola dan cadangan
pembaikan kaola agar kaedah
pembaikan ini dapat diterokai dan
jika ia bersesuaian. Terima kasih,
Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Terima kasih, Yang
Berhormat Pengerusi. Seperti yang kaola
terangkan tadi mengenai carbon
emission ini, pihak Jabatan
Pengangkutan Darat bersandar kepada
peraturan dan dasar-dasar yang
ditentukan oleh Jabatan Tenaga
dan Perindustrian di Jabatan Perdana
Menteri dan detail lanjut
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
34
mengenai beberapa sasaran yang
dihajati akan kaola maklumkan
kemudian.
Mengenai strategi untuk menggalakkan
penggunaan basikal untuk bekerja, minat
untuk menggunakan basikal
semakin meningkat terutama dengan
adanya Bandarku Ceria. Mudah-
mudahan perkara ini akan dilaratkan
kepada penggunaan lain lagi, bukan
sahaja untuk rekreasi tetapi mungkin
digunakan bagi keperluan untuk ke
tempat bekerja.
Walau bagaimanapun, penggunaan
basikal ini sedang dipertimbangkan oleh
Jabatan Pengangkutan Darat mengenai
keperluan infrastruktur dan sebagainya,
terutama dalam suasana Jabatan
Pengangkutan Darat sedang sibuk
menimbangkan infrastruktur keperluan
laluan bas dan sebagainya. Ini harus
difikirkan secara komprehensif.
Walau bagaimanapun, mana-mana pihak
yang ingin menggunakan basikal untuk
menuju ke tempat bekerja, silakan tetapi
hendaklah mengambil atau mengetahui
sedikit sebanyak mengenai peraturan
lalu lintas di negara ini dan kemudahan-
kemudahan untuk berbasikal belum
banyak yang disediakan dan harus
diambil pertimbangan mengenai perkara
itu.
Dan masa ini Jabatan Pengangkutan
Darat sudah berusaha untuk
memberigakan kepada orang ramai
mengenai dengan konsep-konsep
“sharing the roads” antara pemandu
kereta dan juga pembasikal, supaya
memberi ruangan sebanyak 1.5m antara
satu dengan lain dan sebagainya, dan
perkara ini akan diberigakan kepada
orang ramai.
Tapi cadangan untuk menggunakan
basikal perkara itu tidak ditegah,
mana-mana pihak ingin menggunakan
basikal terserah kepada pihak berkenaan
walau bagaimanapun, harus memahami
mengenai dengan keselamatan jalan
raya dan memandangkan jalan raya yang
ada di negara ini belum menumpukan
kepada aspek keselamatan berbasikal di
negara ini perkara ini sedang
dipertimbangkan selaras dengan
keperluan untuk menyediakan lorong-
lorong khusus untuk pengangkutan bas.
Terima Kasih.
Yang Berhormat Menteri Tenaga
(Energy) dan Perindustrian
di Jabatan Perdana Menteri: Yang
Berhormat Pengerusi. Boleh kaola
menambah sedikit tentang carbon
emission. Terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi. Selaku negara yang
telah membuat pengesahan terhadap
perjanjian ‘Paris’. Adalah menjadi
keutamaan negara bagi
mengetengahkan usaha-usaha yang
menjurus kepada penurunan dan
perlepasan carbon.
Sebagai langkah pertama Jabatan
Tenaga dan Perindustrian sedang
meneliti laporan Intended National
Determine Contribution (IMDC) yang
telah dihadapkan kepada UNFCC pada
bulan November 2015, yang mana
merupakan indikasi awal negara bagi
menunjukkan komitmen terhadap
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
35
penanganan isu perubahan iklim
dan menggariskan usaha-usaha yang
akan diambil bagi menjadikan
mengehadkan pelepasan carbon negara.
Memandangkan laporan Intended
Nationally Determine Contribution
(INDC) ini akan dijadikan rujukan utama
bagi komiten negara yang akan diikat
secara langsung secara undang-undang
di bawah Perjanjian Paris. Negara telah
diberi peluang untuk menghadapkan
laporan Intended Nationally Determine
Contribution (INDC) yang baharu bagi
mengganti laporan Intended Nationally
Determine Contribution (INDC) yang
sudah dihadapkan.
Dalam pada itu, jabatan pada masa
ini sedang dalam proses penyediaan
laporan Intended Nationally Determine
Contribution (INDC) yang baharu
yang mana nanti akan menekankan pada
sasaran negara bagi mengurangkan
intensity pelepasan carbon dengan
mengambil kira perkembangan dan
kemajuan industri negara.
Adapun ini adalah sangat penting bagi
usaha kepelbagaian ekonomi negara,
jadi ia perlu dilaksanakan dengan cara
carbon rendah. Perjanjian ini juga
telah membukakan peluang kepada
negara untuk menuju ke arah ekonomi
carbon rendah yang mana akan
mempromosikan industri carbon rendah
dan juga perusahaan-perusahaan dalam
sektor berkenaan.
Langkah-langkah yang dikenal pasti
bagi pengurangan pelepasan carbon
negara juga dan bagi mencapai sasaran
penurunan pelepasan carbon intensity
adalah seperti berikut:-
1. Intensity Tenaga; Pertama adalah
mengurangkan intensity tenaga
negara sebanyak 45% menjelang
tahun 2035 dari tahap tahun 2005
tenaga diperbaharui;
2. Untuk meningkatkan share tenaga
boleh diperbaharui untuk sekurang-
kurangnya 10% dalam campuran
panjang tenaga pada tahun 2035;
3. Untuk meningkatkan liputan hutan
melindungi negara dari 41% ke 55%
daripada keseluruhan keluasan
tanah;
4. Yang paling mustahak sekali ialah
kesedaran awam. Jabatan Tenaga
dan Perindustrian akan terus
bekerjasama dengan semua
pihak termasuklah agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan yang
berkenaan berserta pihak-pihak
yang berkepentingan terutamanya
penuntut sekolah dan orang awam
bagi meningkatkan kesedaran
pentingnya usaha sama dalam
menangani isu perubahan iklim.
Sasaran untuk Co2 kita adalah
sebanyak 27% pengurangan pada
tahun 2035.
Itu sahaja yang dapat kaola kongsikan
Yang Berhormat Pengerusi. Terima
kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima
kasih Yang Berhormat atas maklumat
tambahan yang dikongsikan.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
36
Sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Putera
Maharaja Dato Paduka Awang Haji
Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma
Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Putera Maharaja Dato Paduka
Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin
Datu Pekerma Dewa Dato Paduka
Haji Abdul Rahim: Terima kasih
Yang Berhormat Pengerusi.
Di Dewan yang mulia ini kaola ingin
membangkitkan 3 soalan:-
1. Mengenai dengan pembinaan
Jambatan Penghubung ke Daerah
Termburong. Kita sering
didedahkan dengan tarikh-tarikh
penyiapannya, yang terbaharu
kaola terima ialah bulan Mac
2019, tetapi wakil Yang
Berhormat dari Daerah
Temburong mengatakan akhir
tahun 2019. Kaola ingin bertanya
kepada Yang Berhormat Menteri
Perhubungan bila kah tarikh
sebenar penyiapan Jambatan
Penghubung ke Daerah
Termburong tersebut?
Sehubungan dengan itu, kaola
juga ingin mencadangkan supaya
dengan terbukanya nanti
penggunaan Jambatan ke Daerah
Temburong agar semua pihak
dalam kerajaan dan juga
masyarakat umum memikirkan
mengenai dengan keadaan di
Daerah Temburong dari segi
sosio ekonomi penduduknya.
Perkara ini terlalu hampir di hati
kaola kerana kaola berasal dari
sana walaupun kaola telah
menetap di bandar, kaola
kadang-kadang turun ke sana
melihat keadaan masyarakat di
sana yang tidak banyak berubah
daripada dahulu hinggalah
sekarang ini dari segi
perekonomian dan juga sosio
ekonomi mereka. Jadinya, kaola
sarankan perlulah ada pemikiran
untuk menukarkan status Daerah
Temburong itu daripada apa
yang dipanggil Daerah pelintasan
menjadi Daerah persinggahan
apabila siapnya nanti jambatan
ke Daerah itu;
2. Mengenai dengan syarat-syarat
bagi orang-orang yang telah
berumur lanjut untuk terus
memandu dan mendapatkan
lesen kenderaan. Kaola
difahamkan setakat ini sama ada
tepat atau tidak mereka-mereka
yang berumur 70 tahun ke atas
adalah dikehendaki untuk
menjalani semula driving test
(ujian memandu). Jadi,
memandangkan kita semua akan
menuju ke sana jua dan telah pun
ada yang umur sedemikian sudah
berada atau melebihi kaola ingin
tahu adakah perkara ini betul dan
bagaimankah syarat-syaratnya
bagi memastikan pemanduan
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
37
mereka itu masih bagus
kualitinya dan tidak
mendatangkan bahaya kepada
pemandu-pemandu yang lain,
kerana kaola sendiri melihat
ada beberapa pemandu yang
berumur ini nampaknya memberi
khuatir untuk mengikuti mereka
di belakang. Ada yang tidak
bersignal dan sebagainya untuk
menyimpang ke kiri dan ke
kanan; dan
3. Perkara yang seterusnya yang
kaola ingin tanyakan ialah
kadang-kadang semasa
memandu kitani terpandang di
bahagian belakang bas atau truck
ada bertulis aduan MTLA.
Kaola ingin mengetahui apakah
bendanya perkara ini walaupun
kaola ada memahami perkataan
aduan, kemungkinan orang ramai
yang mengikut di
belakang apabila melihat
kenderaan di hadapannya
itu memandu secara tidak betul
mungkin boleh mengadukan ke
pihak berkenaan kerana disimpan
juga di belakang itu nombor
telefon MTLA ini dan kaola juga
ingin penjelasan sejauh manakah
perkara ini diambil tindakan?
Adakah sudah sambutan
daripada orang ramai mengenai
perkara ini? Mereka selama ini
tidak tahu di mana tempat
mengadukannya.
Adakah itu sebagai satu panduan kepada
pemandu yang terlihat akan
pelanggaran-pelanggaran peraturan
jalan raya.
Demikian sahaja soalan dan saranan
kaola Yang Berhormat Pengerusi, terima
kasih.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi dan terima kasih
juga kepada Yang Berhormat. Yang
Berhormat Pengerusi, mengenai soalan
pertama bilakah tarikh penyiapan
jambatan yang menghubungkan Daerah
Brunei Muara ke Daerah Temburong.
Perkara ini bukan di bawah
tanggungjawab kaola maka kaola
serahkan kepada rakan kaola
Kementerian Pembangunan untuk
memberi penjelasannya.
Mengenai kesan sosioekonomi kepada
Daerah Temburong ini merupakan satu
isu yang very broad jua cuma kaola
ingin memberikan pandangan sedikit
mengenai kesan-kesan yang akan
timbul daripada penghubung jambatan
tersebut.
Barangkali dari segi demografi penduduk
di Daerah Temburong, mudah-mudahan
dengan adanya program-program lain,
kemudahan yang menghubungkan
Daerah Temburong dengan Daerah
Brunei-Muara, akan meningkatkan lagi
penduduk yang berada bermastautin
di Daerah Temburong.
Dengan demikian akan membawa
faedah-faedah ekonomi dengan
sendirinya di Daerah Temburong.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
38
Tetapi untuk menjadikannya sebagai
tempat atau daerah persinggahan
bukannya daerah pelintasan,
kementerian-kementerian yang
berkenaan terutama daripada
Kementerian Sumber-Sumber
Utama dan Pelancongan yang pada
masa ini sedang berusaha untuk
mempromosikan Daerah Temburong
sebagai satu destinasi pelancongan dan
ini bukan sahaja untuk rakyat di Negara
Brunei Darussalam. Akan tetapi mudah-
mudahan ia menjadi satu tempat
persinggahan bagi pengunjung-
pengunjung luar negara khususnya dari
Sabah, Malaysia untuk melawat
ke Negara Brunei Darussalam bersedia
menggunakan jalan laluan di Daerah
Temburong. Mudah-mudahan ini akan
menjadi satu realiti bagi penduduk
di Daerah Temburong.
Mengenai aduan MTLA yang terlekat
di kenderaan-kenderaan besar
khususnya. Kenderaan-kenderaan ini
adalah diluluskan oleh satu autoriti yang
dipanggil Motor Transfer Land
and Authority. Pengeluaran dan
pelesenannya sebelum ia didaftarkan
lebih dahulu diberikan kebenaran
oleh pihak MTLA. Mengenai sejauh mana
perkara ini sudah berkesan akan kaola
mohonkan dari jabatan yang berkenaan.
Walau bagaimanapun, tujuan untuk
mengadakan pelekat itu adalah untuk
kemudahan orang ramai membuat aduan
mengenai “kalibat” atau perangai
pemandu yang melanggar peraturan
jalan raya dan boleh juga dibuat
aduan jika kenderaan tersebut keluar
asap hitam yang mengeluarkan
carbon emission yang di luar daripada
had-had yang ditentukan. Perkara
itu boleh dilaporkan kepada Jabatan
Pengangkutan Darat melalui nombor
talian hotline yang ditentukan iaitu
7292017.
Jadinya, apa yang pada pandangan
orang ramai bahawa perkara itu
di luar dari peraturan yang ditentukan
untuk kenderaan berat dan wajib untuk
dilaporkan kepada Jabatan
Pengangkutan Darat untuk memastikan
keselamatan orang ramai. Setiap laporan
ini tidak semestinya menggunakan
telefon.
Jika menggunakan whatsapp pun boleh
jua. Itu sahaja yang dapat kaola
terangkan dan mengenai keberkesanan
itu. Kaola akan kembali semula kepada
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Putera Maharaja Dato Paduka Awang
Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma
Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul
Rahim. Terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi:
Barangkali Yang Berhormat harus
memberikan penerangan mengenai
dengan lesen bagi orang-orang yang
mencapai umur 70 tahun untuk
pengetahuan Ahli Yang Berhormat.
Saya juga salah seorang daripada orang
yang berkenaan dan saya telah pun
mendapat lesen setiap tahun. Saya harap
saya belum lagi sampai ke peringkat
orang takut untuk memandu di belakang
kereta saya sendiri.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
39
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi. Peraturan ini
dinyatakan dalam Peraturan Lalu Lintas
Negara Brunei Darussalam bahawa
setiap yang sudah mencapai umur 70
tahun hanya akan diberikan lesen
memandu kalau pendapat Pegawai
Melesen bahawa pemandu berkenaan
masih dalam keadaan sehat wal’afiat.
Walau bagaimanapun, lesen
yang akan diberikan itu hanya untuk 1
tahun sahaja dan pemandu berkenaan
dikehendaki untuk membaharui lesen
berkenaan setiap tahun.
Yang Berhormat Pengerusi. Sebenarnya
tujuan peraturan ini dimasukkan dalam
akta adalah untuk menjaga keselamatan
pemandu berkenaan. Perkara ini
sudah abiskaola pertimbangkan, tunduki
bagaimana caranya untuk memperbaiki
keadaan tersebut dengan mengambil
kira tahap kesihatan rakyat dan
penduduk di Negara Brunei Darussalam.
Khususnya yang berhubung dengan
life expectancy dan secara informal
pun kaola ada berunding dengan rakan
sejawatan kaola berhubung dengan
kesihatan mengenai perkara ini.
Tetapi dari segi statistiknya Yang
Berhormat Pengerusi mengenai
permohon-pemohon dan keramaian
orang yang ditolak untuk memandu, ada
sesetengah daerah bahawa penolakan
itu ratenya adalah agak tinggi.
di Daerah Brunei Muara, penolakan itu
ada 2 ke 3 orang sahaja yang seperti
tidak layak untuk diberikan lesen
berkenaan. Tetapi ini berhubung dengan
consciousness ataupun awareness
mengenai safety dalam kawasan
setempat itu.
Makanya jumlahnya itu besar. Ada
sesetengah keluarga itu sendiri berjumpa
ke Jabatan Pengangkutan Darat meminta
supaya pemandu berkenaan tidak perlu
diberikan lesen demi menjaga
keselamatan.
Pada keseluruhannya jumlahnya
masih rendah kalau dibandingkan
dengan keramaian orang yang
memohon memandu. Makanya abiskaola
fikirkan sudah tiba masanya untuk
dipertimbangkan semula ataupun
dinaikkan umur itu kepada 1 atau 2
tahun. Walau bagaimanapun, harus juga
dirujuk kepada tahap kesihatan
penduduk dan rakyat di negara ini dan
mungkin perkara itu rakan sejawatan
kaola dapat memberikan pencerahan
mengenai perkara itu sedikit.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan:
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Ringkas sahaja kaola menerangkan
mengenai perkara ini. Dari segi kesihatan
apa yang kitani harus maklum ialah apa
outcome sebenarnya yang kitani
kehendaki dari segi keselamatan.
Jadi kalau kitani melihat keselamatan
di jalan raya ini banyak fakta yang
tertentu sama ada fakta infrastruktur,
orangnya, fakta vehicle dan sebagainya.
Dari segi faktor individu ini, Kementerian
Kesihatan, melihat mana-mana isu yang
dapat diubah ataupun di control untuk
mitigasi agar keselamatan orang ini
terjamin. Pihak kaola berkerjasama
dengan pihak Kementerian Perhubungan
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
40
ini. Jika kita melihat di negara-negara
lain, sekiranya mereka sudah berumur
lanjut, mereka terpaksa mendeklarasikan
sama ada mereka ada penyakit
yang boleh mengakibatkan keselamatan
semasa memandu ataupun
mengoperasikan apa-apa mesin pun.
Masalah-masalah ini termasuklah
masalah kronik yang tidak berjangkit,
masalah dimentia, masalah kencing
manis, parkinson, epilepsy dan
sebagainya ini.
Ini sebenarnya bukan sahaja untuk
keselamatan individu yang menjalankan
ataupun memandu kereta itu, malah juga
untuk menjamin keselamatan pengguna-
pengguna jalan raya yang lain sama ada
mereka memandu ataupun pedestrian
juga Yang Berhormat Pengerusi.
Pihak abis kaola berkerjasama dengan
Yang Berhormat Menteri Perhubungan
pada melihat bagaimana kita boleh
mengatasi isu-isu ini seperti mana jua
Yang Berhormat tadi mengatakan pernah
orang berjalan di belakang orang ini,
kadang-kadang abis kaola pernah jua
terlihat di traffic light orang tertidur
bila lampu itu sudah hijau. Jadi ini
mengkhuatiri jua. Itu sahaja Yang
Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri
Pembangunan: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi. Kaola ingin
menjawab mengenai soalan bilakah
akan siapnya Jambatan Temburong
Yang Berhormat Pengerusi? Terima
kasih atas soalan itu dan kaola sentuh
jua perkara ini sewaktu mukadimah
kementerian kaola.
Walau bagaimanapun, kaola jawab
direct sahaja pendek benar juga mungkin
tidak memberi kepuasan.
Jambatan Temburong akan siap pada
penghujung tahun 2019. Izinkan kaola
jua mengongsikan status projek ini,
sebenarnya projek ini menghadapi
sedikit kelambatan pada masa ini,
progres adalah kira-kira 17% sahaja dan
ada beberapa punca kelambatan bagi
projek ini:-
1. Mobilisasi, penyediaan dan tempat
casting yard, penyimpanan bahan
dan jentera besar atau berat dan
tapak untuk menempatkan pekerja-
pekerja dan ofis binaan memakan
masa yang agak lama dan di luar
jangkaan. Seluas kira-kira 20 hektar
kawasan diperlukan dan penyediaan
tapak sahaja memakan masa lebih
kurang 8 bulan. Begitu juga kesulitan
dari segi accessibility untuk ke
kawasan berkenaan sangat sukar
terutama sekali di kawasan bakau di
Daerah Temburong yang tidak dapat
dimasuki oleh kenderaan air dan
darat pada peringkat awalnya Yang
Berhormat Pengerusi;
2. Punca kelambatan access peraliran
sungai di sepanjang laluan untuk
jambatan yang akan dibina adalah
terlalu cetek atau tohor. Sejauh 13
meter panjang sungai perlu didalami
dan dikorek bagi membolehkan batch
barangan dan jentera-jentera piling
dibawa ke tempat yang diperlukan.
Laluan ini perlu dikorek 100 meter
sedalam 2.5 meter dan membuang
sisa-sisa tanah yang dikorek
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
41
ke tempat yang sesuai memakan
masa yang di luar dari jangkaan;
3. Keadaan geologi strata tanah yang
di bawah air yang tidak menentu
amat menyukarkan kerja-kerja piling.
Purata kerja-kerja piling mengikut
keadaan strata tanah dibawah air
ialah sedalam 600 meter ke 900
meter panjang. Konkrit pile yang
berukuran 900 milimeter besar
diperlukan untuk kerja-kerja cerucuk
atau piling.
4. Keadaan cuaca yang tidak menentu
pun juga salah satu penyebab
kelambatan projek ini walaupun
sudah dimasukkan dalam perkiraan
semasa merancang tempoh
pelaksanaan;
5. Bahan-bahan binaan dan jentera
khas bagi projek ini yang tidak
terdapat di negara kita perlu
didatangkan dari luar negara
seperti Korea, China dan Malaysia
menggunakan kapal laut memakan
masa yang lama mengikut keadaan
cuaca juga; dan
6. Walaupun perkara ini sudah diduga
dalam perancangan awal projek-
projek yang berskala besar seperti
ini tidak dapat lari dari menghadapi
isu-isu teknikal sehingga projek
ini bermula dan dengan
adanya kepakaran, pengalaman yang
ada, kita akan sentiasa membuat
pemantauan yang rapi dan bagi
mengatasi kelambatan ini dari
berlarutan.
Bagaimanapun semua cabaran
ini dapat diatasi pada masa ini, dan pihak
pemborong telah melipatgandakan
usaha untuk menambah pekerja dan
jentera-jentera untuk mempercepatkan
projek ini. Jadi jawapan yang ringkas
tadi, pada penghujung tahun 2019
jambatan ini akan siap, terima kasih
Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima
kasih Yang Berhormat Menteri
Pembangunan dan Yang Berhormat
Menteri Kesihatan atas maklumat
tambahan yang diberikan. Sekarang
saya persilakan Yang Berhormat Awang
Haji Tahamit bin Haji Nudin.
Yang Berhormat Awang Haji
Tahamit bin Haji Nudin: Terima kasih
Yang Berhormat Pengerusi.
Kesesakan jalan raya pada waktu peak
hours sering berlaku di mana-mana. Ini
disebabkan oleh adanya sekolah-
sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan
gedung-gedung perniagaan berdekatan
dengan main road. Di beberapa buah
negara maju perkara seperti ini
sudah tidak dibuat lagi. Kesesakan jalan
raya ini sudah terjadi sejak tahun
1980-an. Apatah lagi sekiranya terjadi
kemalangan. Kaola kira sudah sampai
masanya kita memilih alternatif lain bagi
mengurangkan kesesakan jalan raya:-
1. Membanyakkan pengangkutan awam
dan prasarananya seperti tempat
menunggu dan turun penumpang
dari bas yang selesa.; dan
2. Pengangkutan melalui sungai
direalisasikan.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
42
Sekian terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Silakan
Yang Berhormat Menteri Perhubungan.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi. Terima kasih
juga kepada cadangan-cadangan yang
dikemukakan oleh Yang Berhormat,
dalam usaha untuk mengatasi isu
kesesakan jalan raya. Memang ini
merupakan salah satu isu yang difikirkan
iaitu perlunya ada alternative
transportation di Negara Brunei
Darussalam. Ia bukannya sahaja mahal
tetapi ketika ini sudah mula
menampakkan kesan-kesannya bahawa
terdapat kesesakan jalan raya
terutamanya di waktu-waktu sekolah.
Terima kasih jua atas cadangan untuk
memperbaiki lagi pengangkutan awam.
Mudah-mudahan apa yang dicadangkan
dan usaha ketika ini akan tercapai dan
dengan sendirinya sistem pengangkutan
bas awam yang baharu itu akan dapat
mengatasi isu kesesakan jalan raya.
Walau bagaimanapun, masih banyak
perkara yang harus kita fikirkan di sana
sebab sistem pengangkutan jalan raya
ini bukan sahaja pengangkutan sistem
bas connectivity and availability jua
tapi ia juga menimbulkan usaha-usaha
mengenai undang-undang/peraturan
seperti memberi laluan prioriti kepada
bas-bas awam, isu infrastruktur
pengangkutan bas awam ataupun
dedicated land harus diadakan supaya
mempercepatkan lagi penghantaran
penumpang.
Dari segi isu connectivity,
di Daerah Brunei Muara sahaja dari
segi coverage tempat-tempat yang
penting seperti sekolah, tempat-tempat
pekerjaan dan sebagainya.
Di Brunei Muara coverage ataupun
liputan dalam lingkungan 600 meter
standard yang dipakai adalah 70%.
Di sekolah-sekolah, universiti dan
institutions 100%, Pusat Tingkatan
Enam 100%, sekolah-sekolah menengah
45%, sekolah-sekolah rendah dan
agama 65% dan sekolah-sekolah
persendirian 71%.
Mudah-mudahan dengan adanya Sistem
Pengangkutan Awam yang efisien ini
akan dapat mengatasi isu orang
ramai menggunakan kereta persendirian
untuk menghantar dan mengambil
anak-anak sekolah dan lebih
cenderung untuk menggunakan Sistem
Pengangkutan Awam yang berkesan.
Penggunaan transport melalui sungai.
ini juga perkara yang sedang
difikirkan. Kita menggalakkan untuk
mengadakan satu domestic class yang
membolehkan untuk mengadakan
transport pengangkutan orang ramai
yang menepati piawaian yang akan
disediakan oleh pihak Jabatan Laut.
Ini salah satu usaha yang akan
diusahakan lagi Yang Berhormat
Pengerusi bagi negara ini mengadakan
lagi domestic plan khasnya sendiri bagi
membolehkan kapal-kapal berukuran
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
43
lebih besar dari yang ada sekarang
ini dan digunakan untuk muatan yang
lebih besar dan juga penumpang-
penumpang yang lebih besar digunakan
sebagai mode of transportation. Ini
bergantung kepada keadaan tempat itu
yang boleh dijadikan sebagai tempat
persinggahan kalau kebetulan ada
sekolah mempunyai fasiliti yang boleh
dapat dibuat itu dapat diusahakan
dengan menggunakan PPP tambahan.
Yang Berhormat Pengerusi: Saya
kira barangkali kesesakan jalan raya
ataupun traffic jam ini biasanya menjadi
satu measurement bagi kemajuan
sesebuah bandar ataupun kota. Saya
kira barangkali bagi Brunei jauh berbeza
kalau dibanding sahaja dengan Kota
Kinabalu, jangan Kuala Lumpur
tetapi Kota Kinabalu ataupun Kuching,
keadaan kita jauh lebih selesa dan lebih
baik dibandingkan dengan bandar-
bandar yang saya sebutkan. Saya kira
barangkali we should’nt pay too much
attention to soal-soal seperti itu.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Kaola, Yang
Berhormat Pengerusi. Kaola setuju
dengan pandangan Yang Berhormat
Pengerusi kalau dibandingkan dengan
negara lain keadaan kita belumlah
seteruk seperti apa yang berlaku
di negara-negara jiran.
Walau bagaimanapun, kita harus
mengambil tindakan awal sebelum
perkara itu terjadi. Salah satu usaha
yang ingin kaola maklumkan di sini
ialah mengenai Motor Claim Guidelines
ini. Seperti yang kaola nyatakan tadi
apabila berlaku kemalangan dan
kesesakan jalan raya terjadi dengan
mengambil masa yang panjang untuk
mencapai ke suatu tujuan.
Yang Berhormat Pengerusi:
Barangkali kesesakan yang timbul
apabila adanya kemalangan orang kita ini
very curious. Semua ingin melihat apa
hal yang terjadi bukan disebabkan
seriousness ataupun bagaimana
teruknya kemalangan yang berlaku.
Kadang-kadang sedikit sahaja tergesel
jadi sampai sebatu traffic jam. Sebab
orang itu berhenti untuk melihat apa
halnya, siapa yang terlibat dan
seumpamanya.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Betul Yang
Berhormat Pengerusi. Sebenarnya itu
yang berlaku. Adalah menjadi satu
kepentingan bagi kita untuk meleraikan
suasana itu secepat yang mungkin.
Masalahnya, kalau sistem yang ada pada
masa ini terpaksa menunggu Anggota
Polis datang dahulu baru dileraikan.
Dengan adanya sistem baharu ini, Motor
Claim Guidelines ini, tidak lagi perlu
kereta-kereta yang terlibat itu untuk
menunggu Polis datang melainkan ia
melibatkan kecederaan, kematian atau
kerosakan harta benda kerajaan. Kalau
sekiranya terlanggar depan dan belakang
sahaja boleh fill up the insurance form
dan terus jalan tidak lagi payah
menunggu. Ini sistem baharu yang
mudah-mudahan dapat dilaksanakan
dalam sedikit masa lagi.
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
44
Atas sokongan dan persetujuan dari
pihak insurans khususnya Pertubuhan
Insurans di Negara Brunei Darussalam
bahawa mereka bersetuju untuk
mengadakan satu guidelines ini untuk
membolehkan tuntutan-tuntutan itu
dibuat tanpa ada laporan-laporan Polis.
Dengan adanya perkara ini mudah-
mudahan orang yang curious melihat apa
yang berlaku, siapa yang kena, siapa
yang terlanggar itu tidak akan lagi
terjadi. Yang Berhormat Pengerusi.
Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Saya
persilakan Yang Berhormat Awang Haji
Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul
Hamid @ Sabli bin Haji Arshad:
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
dan
selamat sejahtera.
Dalam kesempatan ini, kaola ingin
merakamkan terima kasih kepada
Yang Berhormat Menteri Perhubungan
yang telah menyampaikan
mukadimahnya pada petang hari
Khamis, 17 Jamadilakhir 1438
bersamaan 16 Mac 2017.
Tahniah atas usaha yang dibuat oleh
Kementerian Perhubungan mengenai
penswastaan Terminal Kontena Muara
kepada Darussalam Asset JV dengan
Guanghzou. Setelah mendengar
hujah-hujah yang disampaikan juga
daripada Yang Berhormat Menteri
di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan II (Kedua) yang menunjukkan
positif akan peluang-peluang perniagaan
dan pekerjaan juga , kos untuk
membawa barang import dari China akan
menurun dan sebagainya.
Ada beberapa perkara Yang Berhormat
Pengerusi yang ingin kaola pertanyakan
dan soalkan kepada Yang Berhormat
Menteri Perhubungan:-
1. Perkhidmatan Teksi. Dalam
mukadimah yang disampaikan,
sasaran jumlah teksi akan dinaikkan
kepada 200 buah teksi. Adakah
dalam perancangan Yang Berhormat
Menteri Perhubungan untuk
mempelbagaikan jenis teksi yang ada
pada masa ini? Misalannya dari segi
keselesaannya, muatan untuk
membawa barang, keselesaannya
untuk menjadikan teksi sebagai
van seperti yang kita lihat di negara-
negara lain;
2. Pemberian lesen teksi. Adakah ia
hanya diberikan kepada
perseorangan ataupun dilaratkan
kepada syarikat-syarikat yang ingin
menceburi dalam bidang teksi
kerana perkara ini telah pernah
dibuat apabila dikenalkan pada satu
ketika dahulu iaitu dipanggil Purple
Taxi atau CTS yang mengenakan
bayaran hanya sebanyak $3.00
dalam satu perjalanan tidak mengira
jumlah passenger tidak melebihi
4 orang dalam lingkungan 5km.
Adalah diharapkan jika franchise atau
kontrak diberikan yang telah
mengikut perjanjian dan tidak
mengambil kira tidak merugikan
kepada syarikat yang terlibat;
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
45
3. Masalah teksi yang sering
mengenakan sewa yang berlebih-
lebihan. Baru-baru ini juga terdapat
keluhan daripada pelancong yang
teksi mengenakan bayaran dalam
perjalanan yang dekat dari $30.00 ke
$40.00, manakala meternya ditutup
dengan kain Yang Berhormat
Pengerusi; dan
4. Kemudian masalah mengenai teksi
ini ialah “teksi sapu” yang semakin
berleluasa dan apa yang
mendukacitakan “teksi sapu” ini ada
yang dikendalikan oleh orang asing.
Kaola beralih kepada perkhidmatan bas.
Pada masa ini bas awam seolah-olah
keperluan pekerja asing sahaja kerana
kalau melihat Yang Berhormat Pengerusi
orang-orang kitani kurang menaikinya
disebabkan mungkin kurang keselesaan,
bau dan sebagainya dalam bas
berkenaan. Perkhidmatan bas ini perlu
diambil kira masa yang tepat bagi
menarik lebih banyak pelanggan untuk
menggunakan bas.
Bas memerlukan pelaburan yang besar
tetapi ROI (Return of Investment) tidak
begitu menggalakkan pada awalnya dan
keadaan ekonomi yang tidak
mengizinkan kemungkinan penjualan
kereta akan berkurangan, bas mungkin
ada satu pilihan yang akan diambil kira.
Pekerja-pekerja dalam kerajaan dan
swasta, perlu perkhidmatan alternatif
seperti bas, anak-anak sekolah juga
perlu pengangkutan alternatif.
Mengurangkan pekerja di jabatan
kerajaan keluar mengambil anak yang
perlu diambil kira. Berkurangnya bas
sekolah juga akan harusnya diambil kira.
Soalannya adakah perancangan
atau pemikiran mana-mana pihak
GLC untuk membuat kajian mengenai
apa yang kaola maksudkan?
Ada satu lagi mengenai permasalahan
bengkel-bengkel ataupun workshop
yang pada masa ini kaola rasakan masih
tidak dikawal. Kalau tidak silap, Jabatan
Pengangkutan Darat ada membuat
satu grading atas bengkel-bengkel kereta
yang ada di negara ini, pertanyaannya
adakah masih dikuatkuasakan?
Mengenai bengkel-bengkel sekarang
ini yang berleluasa yang kekadang
menggunakan kawasan kedai-kedai
atau bangunan kedai dan kawasan
perumahan yang menyebabkan keadaan
bising kepada orang-orang kitani. Maka
perkara ini barangkali melibatkan agensi-
agensi lain supaya perkara ini akan
diambil perhatian.
Persoalannya yang tadi Yang Berhormat
Pengerusi adakah masih grading ini
berjalan dan diharapkan pengawalan
bagi menangani permasalahan yang
dihadapi oleh orang-orang ramai
mengenai kebisingan dan sebagainya
disebabkan bengkel yang tidak
berlesen ataupun tidak sesuai dengan
tempatnya akan diambil tindakan.
Sekian terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli
Yang Berhormat. Sebelum Yang
PAGI HARI SABTU, 19 JAMADILAKHIR 1438 / 18 MAC 2017
46
Berhormat Menteri Perhubungan
menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan, saya beri kesempatan bagi
Yang Berhormat itu untuk menyiasat
dengan lebih lanjut dan memikirkan
jawapan yang sesuai bagi
perkara-perkara yang dikemukakan dan
oleh Yang Berhormat.
Maka saya berpandangan ada
baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini
ditangguhkan dahulu dan kita bersidang
semula di Persidangan Majlis Mesyuarat
Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa
ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang
semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun
berbincang dengan panjang lebar
dan kita telah pun meluluskan
beberapa Tajuk dalam undang-undang
yang berkenaan ini apabila kita
berunding dalam Mesyuarat
Jawatankuasa sepenuhnya.
Maka saya ingin menangguhkan
Mesyuarat kita ini untuk kita berehat
pada tengah hari ini dan kita
akan menyambung Mesyuarat ini
semula pada pukul 2.30 petang, sekian.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)