Delphi Technique

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Research Design

Citation preview

  • 1

    BAB 1

    PENGENALAN

    Pendahuluan

    Perkembangan dalam bidang teknologi mengubah cara manusia belajar

    (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004; Ting, 2007). Proses pembelajaran kini

    melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) bersifat

    globalisasi dan sepanjang hayat (Sharples, 2000). Pada masa kini ramai penyelidik dalam

    bidang akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mudah alih

    untuk menyokong pembelajaran (Sharples, 2000; Sharples, 2002; Liu, Wang, Chan, Ko,

    & Yang, 2003). Kajian-kajian lalu menunjukkan teknologi mudah alih dapat memberikan

    kesan yang signifikan dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran (Perry, 2003;

    Zurita & Nussbaum, 2004). Sementara itu Wood (2003) pula berpendapat penggunaan

    teknologi wireless dalam pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang

    digital dalam kalangan negara-negara membangun, kerana pada umumnya peralatan

    teknologi seperti telefon bimbit dan PDA adalah lebih murah berbanding komputer meja.

    Perkembangan dalam bidang teknologi mudah alih mendorong pelbagai pihak

    merangka projek M-Pembelajaran. Di seluruh dunia terdapat banyak projek M-

    Pembelajaran sama ada projek besar atau kecil. Misalnya "Projek Leonardo da Vinci"

    dan "IST FP5" di Eropah (Keegan, 2005), projek UniWap (Sariola, Sampson, Vuorinen

    & Kynaslahti, 2001). Di samping itu terdapat juga usaha dan kajian untuk merangka

    kursus dan membina bahan supaya bersesuaian dengan peralatan mudah alih (Bull &

    Reid, 2004; Colley & Stead, 2004; Ramsden, 2003).

    Hasil kajian lepas menunjukkan penggunaan peralatan mudah alih dalam

    pengajaran dan pembelajaran meningkatkan prestasi serta merangsang minat pelajar

    dalam mata pelajaran seperti sains dan matematik (Metcalf, Milrad, & Cheek, 2008).

  • 2

    Perkembangan teknologi yang pesat daripada sistem analog kepada sistem digital

    dan kini mula beralih kepada sistem digital generasi ketiga (3G) ( Kolahi, 2002) perlu

    dimaanfatkan oleh bidang kurikulum bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran

    yang lebih menarik dan berkesan. Sesuai dengan perubahan semasa dan kepentingan

    kurikulum pendidikan di Malaysia pada masa hadapan, maka penghasilan sebuah

    kurikulum yang sesuai dengan perubahan teknologi semasa adalah penting.

    Teknologi mudah alih pada masa kini sedang berkembang pesat. Kejayaan

    pembangunan dalam Bluetooth, WAP (Wireless Application Protocol), GPRS (General

    Packet Radio System), EDGE (Enhanced Data Rates for GSM Evolution), WiFi dan

    UMTS (Universal Mobile Telecomuncational System), perkembangan rangkaian 3G

    menunjukkan struktur teknologi untuk telefon mudah alih dan komputer berteknologi

    mudah alih tersedia (Attewell, 2005). Di seluruh dunia pada hari ini teknologi mudah alih

    menggantikan sistem talian tradisional, misalnya e-commerce bergerak ke arah m-

    commerce; m-perniagaan menggantikan e-perniagaan; e-perbankan digantikan dengan

    m-perbankan (Keegan, 2005; Mashkuri, 2003; Shim & Shim, 2003). WiFi menjadi

    teknologi pilihan untuk rangkaian wireless setempat dalam persekitaran perniagaan

    ataupun di kediaman (Henry & Luo, 2002). Malah WiFi juga pada masa kini dipasang di

    kawasan awam bagi membolehkan pengguna mencapai akses internet jalur lebar (Henry

    & Luo, 2002).

    Reka bentuk kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia pada masa kini perlu kepada

    perubahan dengan menampilkan isi kandungan dan kaedah pengajaran yang lebih terkini

    dan sesuai dengan teknologi semasa. Kaedah pengajaran yang dilaksanakan pada masa

    kini masih bersifat tradisional. Kurikulum yang dibentuk tidak sepenuhnya mengambil

    kira perubahan dalam teknologi semasa. Lagipun pada masa kini banyak sekolah di

    Malaysia mempunyai pelbagai program ICT. Antara program ICT sedia ada seperti

  • 3

    Sekolah Bestari, School-net, computing tablet, Partners in learning, Primary English

    Literature dan komputer pra-sekolah (Hishammuddin Tun Huseein, 2004). Kementerian

    Pendidikan turut mengadakan beberapa projek perkongsian pintar dengan agensi-agensi

    kerajaan dan syarikat-syarikat swasta. Antaranya ialah "Projek Rintis E-Pembelajaran"

    dengan United Multimedia dan Sun Microsystem, "Projek Rintis e-Learning" dengan

    United Nations Development Programme dan Coca-Cola, "Projek Rintis Komputer

    Nasional" dengan DRB-Hicom IT Sdn. Bhd., "Projek Rintis e-Learning" dengan Apple

    Sdn. Bhd., "Projek Rintis Computing Tablet PC" dengan Microsoft (M) Sdn Bhd., dan

    "Projek Rintis Computing Tablet" dengan Multimedia Development Corporation

    (Hishammudin Tun Hussein, 2005)

    Makmal-makmal komputer turut dibekalkan dengan wireless access point.

    Syarikat Intel menyumbang wireless access point dan penggunaan teknologi wireless

    dalam rangkaian setempat (LAN) kepada 800 buah sekolah. Projek ini dilaksanakan

    dalam dua fasa dan bermula pertengahan Mac 2005. Fasa pertama melibatkan 157 buah

    sekolah dan fasa kedua melibatkan 643 buah sekolah. Projek kemudiannya diperluaskan

    ke 1,200 buah sekolah diseluruh negara (Hishammudin Tun Hussein, 2005). Selain

    penggunaan teknologi mudah alih, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK)

    juga menyediakan insfrastruktur akses kepada internet melalui projek "SchoolNet" yang

    dilaksanakan oleh GITN Sdn. Bhd. Projek "SchoolNet" bertujuan menyediakan akses

    internet kepada semua institusi pendidikan termasuk sekolah, Pusat Kegiatan Guru

    (PKG), Pusat Sumber Pelajaran Negeri (PSPN), Kolej Matrikulasi dan Maktab

    Perguruan. Projek SchoolNet dijangka siap pemasangannya pada Mei 2005 dan sehingga

    bulan Mac 2005 hampir 6,000 daripada 10,000 sekolah disambung dengan SchoolNet

    (Hishammudin Tun Husein, 2005).

  • 4

    Dengan segala kemudahan insfrastruktur yang tersedia adalah tidak mustahil

    untuk melaksanakan kurikulum M-Pembelajaran di sekolah-sekolah dalam masa yang

    terdekat ini.

    Penyataan masalah

    Perkembangan dalam teknologi mudah alih masa kini turut mengubah corak

    pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Pembelajaran tidak

    tertumpu di bilik darjah tetapi boleh berlaku di mana dan pada bila-bila masa dengan

    menggunakan peralatan mudah alih dan disokong dengan teknologi mudah alih.

    Kajian-Kajian lalu telah menunjukkan M-Pembelajaran sangat efektif dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Kajian oleh Saran, Cagility dan Seferoglu (2008)

    mendapati M-Pembelajaran menggunakan peralatan telefon bimbit telah meningkatkan

    kemahiran pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui penggunaan bahan

    berbentuk multimedia. Motivasi pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris meningkat dan

    pelajar dapat menggunakan masa lapang untuk belajar Bahasa Inggeris. Kajian juga

    mendapati penggunaan MMS dan SMS dapat mempertingkatkan perbendaharaan kata

    pelajar dengan berkesan. M-Pembelajaran juga berkesan untuk pengajaran dan

    pembelajaran di luar bilik darjah yang melibatkan pungutan data dilapangan seperti

    aktiviti pemerhatian burung (Chen, Kao, & Shen, 2003), aktiviti lawatan sambil belajar

    (deCrom & de Jager, 2005). Selain daripada itu M-Pembelajaran menunjukkan kejayaan

    yang memberangsangkan apabila digunakan untuk pengajaran kepada pelajar-pelajar

    yang tidak boleh membaca dan menulis (Collet & Sstead, 2002; Traxler, 2002). M-

    Pembelajaran dapat juga digunakan untuk pembelajaran kursus-kursus di Universiti

    seperti Kursus Actuarial di Malaga Universiti (Mayorga-Toledano & Fernandez-Moales,

    2003).

  • 5

    M-Pembelajaran masih lagi diperingkat awal sama ada di Eropah mahupun di

    Malaysia. Walaupun terdapat banyak kajian di Eropah dan di Asia tetapi kajian tertumpu

    kepada fungsi digital sesuatu peralatan mudah alih (Pownell & Bailey, 2001; Savill-

    Smith & Kent, 2003; Vahey & Crawford, 2002) dan dilakukan oleh syarikat-syarikat

    telekomunikasi gergasi seperti Ericsson, Apple, Intel & Sun untuk tujuan perdagangan

    dan persaingan komersial. Disamping itu, terdapat juga kajian-kajian yang menumpukan

    keberkesanan sesuatu alat dalam menyediakan aktiviti belajar (Colley & Stead, 2003;

    Ketamo, 2002; Waycott, 2001) serta kursus dan latihan dalam talian untuk golongan

    professional (Burke, Colter, Little, & Riehl, 2005). Terdapat juga pengkaji-pengkaji yang

    menumpukan kajian mereka kepada penggunaan sesuatu alat sahaja seperti komputer

    bimbit (M-Learning Project, 2005; MOBIlearn Project, 2005, Chen, Kao, & Shen, 2003;

    Becta Report, 2005; Megan Fox, 2005). Walau bagaimanapun kajian-kajian tentang reka

    bentuk kurikulum M-Pembelajaran agak kurang. Antara kajian terawal dalam bidang M-

    Pembelajaran di Malaysia ialah kajian penilaian pelaksanaan program M-Pembelajaran

    kepada pelajar-pelajar tahun 5 di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur (Saedah Siraj

    dan Norlida Alias, 2005). Tujuan kajian ialah untuk menyiasat sama ada pelaksanaan

    program M-Pembelajaran mencapai hasrat yang ditetapkan ke atasnya dan juga menilai

    kekuatan dan kelemahan program. Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-

    Pembelajaran telah mencapai hasarat yang ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati

    program M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan disamping terdapat beberapa

    kelemahan.

    Berdasarkan kepada kurangnya kajian reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran

    seperti objektif kurikulum, kandungan mata pelajaran, cara pelaksanaan dan bentuk

    penilaian, maka perlunya satu kajian reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran dijalankan.

  • 6

    Dapatan kajian ini akan dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran

    dan pembelajaran menggunakan M-Pembelajaran. Dapatan kajian juga dapat membantu

    Kementerian Pelajaran Malaysia mempertingkatkan prasarana teknologi di sekolah

    seperti membekalkan ke sekolah lebih banyak peralatan mudah alih dan melaksanakan

    latihan-latihan kemahiran kepada guru-guru.

    Objektif Kajian

    Objektif utama kajian ini ialah untuk mereka bentuk garis panduan kurikulum

    M-Pembelajaran sekolah menengah. Kajian ini dijalankan dalam tiga fasa. Objektif

    kajian fasa pertama ialah untuk mengenal pasti apakah keperluan M-Pembelajaran di

    peringkat sekolah menengah berdasarkan pandangan guru. Satu kajian analisis keperluan

    dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai apakah keperluan M-Pembelajaran

    sekolah menengah mengikut pandangan guru. Soal selidik diedarkan kepada guru-guru

    sekolah menengah yang mempunyai latar belakang Teknologi Maklumat untuk

    mendapatkan maklumat ini.

    Objektif kajian fasa kedua ialah mereka bentuk satu garis panduan kurikulum M-

    Pembelajaran sekolah menengah. Bagi memenuhi objektif ini, kajian yang dijalankan

    menggunakan teknik Delphi iaitu soal selidik diedarkan kepada kumpulan pakar bagi

    mengenal pasti elemen-elemen yang dapat dimasukkan dalam mereka bentuk kurikulum

    M-Pembelajaran sekolah menengah.

    Objektif fasa ketiga dalam kajian ini ialah menilai kepenggunaan Kurikulum M-

    Pembelajaran sekolah menengah yang dibina oleh pelajar. Penilaian berasaskan kepada

    Stake Countenance Model of Evaluation (SCEEM) (Stake, n.d.). Seramai 8 pelajar

    tingkatan satu dipilih sebagai sampel untuk melaksanakan penilaian kepenggunaan

    Kurikulum M-Pembelajaran.

  • 7

    Soalan Kajian

    Berdasarkan objektif kajian di atas, soalan-soalan kajian berikut dibentuk:

    Fasa 1 : Analisis keperluan

    1) Apakah keperluan M-Pembelajaran sekolah menengah mengikut pandangan guru?

    Fasa 2 : Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran

    2) Bagaimanakah reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah dari segi

    objektif, jenis perkakasan, perkhidmatan elektronik, perkakasan sokongan di sekolah,

    cara pelaksanaan, kandungan kurikulum, strategi pengajaran pembelajaran, kemahiran

    guru, kemahiran pelajar dan bentuk penilaian mengikut pandangan pakar?

    Fasa 3 : Penilaian

    3) Apakah penilaian kepenggunaan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah oleh

    pelajar dalam aspek mata pelajaran Sejarah?

    Rasional Kajian

    M-Pembelajaran membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa

    terhad dengan lokasi dan masa (Sharples, Taylor, & Vavoula, 2005). Perkembangan

    teknologi mudah alih pada masa kini menjadikan proses pembelajaran tidak terhad dalam

    tembok fizikal bilik darjah tetapi bergerak keluar ke persekitaran pembelajaran pelajar

    dan bentuk pembelajaran menjadi lebih bersituasi, personal, berkerjasama dan sepanjang

    hayat (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Penggunaan peralatan mudah

    alih dalam M-Pembelajaran membantu dalam meningkatkan motivasi pelajar,

    meningkatkan kemahiran mengorganisasi, menggalakkan perasaan tanggungjawab,

    mengggalakkan pembelajaran secara kolaboratif, dan membantu menyemak kemajuan

    pelajar dengan lebih cepat dan cekap (Savill-Smith & Kent, 2003).

  • 8

    Pembangunan sesuatu kurikulum adalah berkaitan dengan pembinaan

    pengalaman pembelajaran pelajar di sekolah (Hlebowitsh, 2005). M-Pembelajaran

    menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang berbeza dengan pengalaman

    pembelajaran tradisional. Ini kerana M-Pembelajaran bersifat dinamik, kolaboratif,

    beroperasi masa sebenar, personal dan komprehensif (Leung & Chan, 2003). Disamping

    itu kemajuan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat membantu

    pelajar menguasai kemahiran-kemahiran yang kompleks abad ke-21 (Dede, 2000).

    Terdapat banyak firma swasta bukan dalam pendidikan melaksanakan kursus dan

    latihan menggunakan sistem M-Pembelajaran (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005).

    Malangnya dalam bidang pendidikan pelaksanaannya masih terhad. Reka bentuk

    kurikulum M-Pembelajaran ini diharapkan menjadi perintis kepada perkembangan

    pengajaran dan pengajaran menggunakan teknologi terkini.

    Kurikulum M-Pembelajaran menyediakan pilihan kepada pendidik dan institusi

    pendidikan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekolah-sekolah di

    Malaysia dibekalkan dengan teknologi wireless dan kemudahan akses Internet jalur lebar

    (Hishammuddin Tun Hussein, 2006) yang dapat menyokong pelaksanaan kurikulum M-

    Pembelajaran.

    Pelajar-pelajar pada peringkat sekolah menengah memerlukan pembacaan yang

    mendalam dan maklumat yang terkini. Tanpa pembacaan mendalam dan maklumat

    terkini adalah sukar untuk pelajar menghasilkan jawapan peperiksaan yang baik. M-

    Pembelajaran dengan sokongan teknologi mudah alih menyediakan ruang yang luas

    kepada pelajar mencari dan membaca maklumat dari pelbagai sumber dengan lebih

    mudah dan cepat (Moura & Carvalho, 2008)

    Pembelajaran pada peringkat menengah memerlukan perbincangan, latihan dan

    bertukar-tukar fikiran. Melalui sistem M-Pembelajaran pelajar diharapkan dapat

  • 9

    memanfatkan teknologi untuk berhubungan dengan guru secara lebih mudah dan cepat.

    Mereka juga dapat berhubung dengan bukan sahaja dengan pelajar dalam negara tetapi

    juga pelajar luar negara. Oleh yang demikian mereka dapat berbincang dan mendapatkan

    lebih banyak maklumat berkaitan tajuk yang dipelajari. Mereka dapat berhubung dengan

    guru dan rakan-rakan mereka khususnya melalui e-mel, forum, chatting dan sebagainya.

    Kajian mendapati hampir 70% pelajar lebih suka menggunakan peralatan mudah alih

    seperti telefon mudah alih berbanding komputer meja untuk menerima pelajaran mereka

    (Thornton & Chris, 2005).

    Kepentingan kajian

    Dapatan kajian ini berguna bagi pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan

    pendidikan di Malaysia dalam merangka hala tuju sistem pendidikan di negara ini.

    Pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran pada masa depan dapat menarik minat pelajar

    untuk terus belajar dan ruang yang lebih luas kepada pelajar untuk meneroka.

    Pembelajaran mereka tidak terhad sekadar kepada bahan daripada buku teks dan dibatasi

    oleh dinding bilik darjah. Mereka berpeluang meneroka ke dunia luar dan melalui

    pembelajaran yang lebih interaktif.

    Kajian ini juga penting kepada Kementerian Pendidikan di Malaysia dalam

    menambah nilai kepada insfrastruktur yang sedia ada di sekolah-sekolah dari segi

    peralatan teknologi. Kemudahan yang tersedia seperti makmal komputer dan komputer

    komputer riba yang dibekalkan kepada guru-guru hanya perlu dipertingkatkan dari segi

    keupayaannya bagi membolehkan M-Pembelajaran dilaksanakan. Misalnya kementerian

    boleh menambah lagi peralatan seperti Personal Digital Assistant (PDA), komputer

    bimbit dan komputer tablet. Disamping itu peralatan Access Point (AP) yang dibekalkan

    ke sekolah-sekolah sebolehnya biarlah yang mempunyai jarak capaian yang lebih luas.

  • 10

    Ini membolehkan seluruh sekolah dapat dihubungkan dengan rangkaian teknologi

    wireless.

    Dapatan kajian ini juga penting kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam

    merangka latihan kepada guru-guru dalam melaksanakan M-Pembelajaran. Ini penting

    kerana guru-guru perlu mempunyai kemahiran tertentu dalam mengendalikan pengajaran

    dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknologi yang intensif.

    Dapatan kajian ini juga penting kepada guru-guru dalam menyediakan diri

    mereka dari segi kemahiran dan pengetahuan berhubung dengan perkembangan dalam

    bidang teknologi perkomputeran, terutamanya teknologi yang dapat memperbaiki dan

    mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Pelajar-pelajar juga perlu

    bersedia dalam menghadapi perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di

    sekolah.

    Batasan kajian

    Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran yang dibina merupakan satu garis

    panduan kurikulum yang tidak menumpukan kepada mana-mana mata pelajaran tertentu.

    Walau bagaimanapun panduan reka bentuk kurikulum yang dibina diuji kepada pelajar-

    pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Sejarah sahaja. Begitu juga hanya tajuk-tajuk

    tertentu dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan satu dipilih untuk menilai

    kebolehgunaan pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran. Pemilihan mata pelajarn

    Sejarah Tingkatan 1 untuk kajian ini adalah berdasarkan keputusan analisis keperluan

    fasa 1.

    Pelaksanaan kajian menggunakan insfrastuktur sistem wireless yang sedia ada di

    sekolah. Sistem yang sedia ada merupakan sistem wireless yang dibekalkan oleh pihak

    schoolNet ke sekolah-sekolah. Sementara itu bagi perkhidmatan telefon mudah alih pula

  • 11

    ianya menggunakan talian perkhidmatan pembekal mudah alih yang telah ada di sekolah

    berkenaan.

    Kajian hanya menggunakan tiga peralatan mudah alih iaitu komputer riba, telefon

    bimbit dan Personal Digital Assisant (PDA).

    Definisi Istilah

    Berikut adalah definisi untuk istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian

    ini.

    Kurikulum M-Pembelajaran

    Dalam kajian ini kurikulum M-pembelajaran merujuk kepada satu panduan

    perancangan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran pelajar di sekolah melalui

    aktiviti-aktiviti yang menggunakan peralatan mudah alih seperti komputer riba, telefon

    bimbit dan PDA yang bermatlamat menghasilkan Pengajaran dan Pembelajaran yang

    bersifat mobile. Reka bentuk Kurikulum dalam kajian ini tidak memberi penekanan

    kepada kandungan kurikulum tetapi hanya kepada jenis mata pelajaran yang sesuai.

    M-Pembelajaran

    M-Pembelajaran ialah apa saja pembelajaran yang berlaku di tempat dan lokasi

    yang tidak ditetapkan atau pembelajaran yang berlaku apabila pelajar menggunakan

    teknologi mudah alih (OMalley, Vavoula, Glew, Taylor, Sharples, dan Lefrere, 2003).

    M-Pembelajaran juga meliputi penyediaan pendidikan dan latihan menggunakan PDA,

    palmtops, komputer bimbit, telefon pintar dan telefon bimbit (Keegan, 2005).

    Dalam kajian ini M-Pembelajaran ialah pengajaran dan pembelajaran

    menggunakan peralatan mudah alih dan pelaksanaannya dirancang termasuk aktiviti

    berasaskan teknologi mudah alih.

  • 12

    Penilaian kepenggunaan

    Untuk tujuan kajian ini penilaian kepenggunaan ialah proses menilai

    aktiviti pembelajaran beberapa tajuk matapelajaran sejarah mengunakan M-Pembelajaran

    dalam fasa 3 penyelidikan.

    Wireless

    Istilah wireless biasanya digunakan dalam industri telekomunikasi yang merujuk

    kepada sistem telekomunikasi (seperti pancaran dan penerimaan radio, kawalan jauh,

    rangkaian komputer dan terminal rangkaian) yang menggunakan satu bentuk tenaga

    (seperti frekuensi radio (RF), cahaya infrared, cahaya laser dan tenaga akuistik) untuk

    menghantar maklumat tanpa menggunakan wayar. Maklumat yang dihantar dalam

    bentuk ini sama ada dalam jarak dekat atau jauh (http://en.wikipedia.org/wiki/Wireless).

    Peralatan mudah alih

    Peralatan mudah alih dalam kajian ini merujuk kepada peralatan seperti komputer

    riba, PDA, telefon bimbit, palmtop (Keegan, 2005; Kukulska-Hulme & Traxler, 2005).

    Teknologi mudah alih

    Teknologi mudah alih dalam kajian ini merujuk kepada suatu bentuk teknologi

    komunikasi yang bergantung kepada signal radio dan pancaran infrared untuk

    memperoleh capaian rangkaian setempat (LAN), berkomunikasi dengan komputer riba

    lain, mengakses server data dan internet.

    Rangkaian Wireless

    Rangkaian wireless yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada sistem

    rangkaian yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui projek

    SchoolNet. Melalui projek ini Wireless Access Point diletakkan di bilik server makmal

    komputer bagi membolehkan ia mendapat liputan internet ketika menggunakan komputer

  • 13

    riba yang berteknologi mudah alih. Liputan yang dari tempat Wireless Access Point

    berada dalam sekitar 50 meter.

  • 14

    BAB 2

    KAJIAN LEPAS

    Pendahuluan

    Bab ini membincangkan pengertian tentang beberapa konsep penting yang

    terlibat dalam kajian ini. Konsep-konsep ini berdasarkan kepada pandangan para

    penyelidik dari segi teori dan amalannya serta dapatan-dapatan daripada kajian-kajian

    yang pernah dijalankan. Oleh yang demikian perbincangan dalam bab ini menjurus

    kepada topik-topik utama yang berikut.

    1) Konsep M-Pembelajaran;

    2) Kerangka teori;

    3) Penggunaan teknologi dalam kurikulum; dan

    4) Kajian-kajian M-Pembelajaran.

    Konsep M-Pembelajaran

    Definisi dan konsep M-Pembelajaran

    Quinn (2002) mendefinisikan M-Pembelajaran sebagai belajar menerusi peralatan

    mudah alih seperti Palms, PDA dan juga telefon bimbit. Ini berbeza dengan Nyiri (2002)

    yang menyatakan M-Pembelajaran sebagai pembelajaran yang berlaku apabila

    komunikasi antara individu dengan individu yang lain berlaku secara wireless. Sementara

    OMalley, Vavoula, Glew, Taylor, Sharples, dan Lefrere (2003) mendefinisikan M-

    Pembelajaran sebagai apa saja pembelajaran yang berlaku di tempat dan lokasi yang

    tidak ditetapkan atau pembelajaran yang berlaku apabila pelajar menggunakan teknologi

    mudah alih. Keegan (2005) menyatakan ramai pengkaji memberikan definisi yang

    kompleks mengenai M-Pembelajaran. Bagi beliau M-Pembelajaran ialah penyediaan

  • 15

    Pendidikan jarak jauh

    Pembelajaran bersemuka

    Pembelajaran jarak jauh berasaskan kertas

    ePembelajaran

    Pembelajaran dalamtalian

    mPembelajaran

    pendidikan dan latihan menggunakan PDA, palmtops, komputer bimbit, telefon pintar

    dan telefon bimbit. Kesimpulannya M-Pembelajaran ialah apa saja pembelajaran atau

    latihan yang dijalankan menggunakan peralatan berteknologi mudah alih seperti

    komputer riba, PDA, telefon bimbit yang membolehkan pembelajaran dapat berlaku di

    mana sahaja dan pada bila-bila masa.

    Brown (2003) menerangkan dengan jelas tentang konsep M-Pembelajaran.

    Menurut beliau M-Pembelajaran adalah subset kepada E-Pembelajaran. E-Pembelajaran

    ialah konsep makro yang melibatkan persekitaran pembelajaran dalam talian dan M-

    Pembelajaran. Gambarajah di bawah dapat menunjukkan dengan jelas perhubungan di

    antara E-Pembelajaran dengan M-Pembelajaran. Gambarajah menunjukkan M-

    Pembelajaran ialah subset kepada E-Pembelajaran. Sementara E-Pembelajaran ialah

    subset kepada pembelajaran jarak jauh. Pembelajaran jarak jauh pula menjadi subset

    kepada pembelajaran fleksibel.

    Pembelajaran Fleksibel

    Rajah 2.1. Model M-Pembelajaran Afrika Sumber: Dipetik daripada T. H. Brown (2005). Towards a model for m-learning ini Africa. International Journal on E-Learning, 4(3), 299-315.

  • 16

    Seperti yang dinyatakan di atas M-Pembelajaran ialah apa saja pembelajaran atau

    latihan yang dijalankan menggunakan peralatan berteknologi mudah alih seperti

    komputer riba, PDA, telefon bimbit yang membolehkan pembelajaran dapat berlaku di

    mana sahaja dan pada bila-bila masa (Devinder Singh & Zaitun, 2006; Efaw, Hampton,

    Martinez, & Smith, 2001; Strohlein, 2005; McNeal & vant Hooft, 2006).

    Menurut Nyiri (2002) pada masa kini capaian kepada internet melalui peralatan

    mudah alih semakin dominan, maka E-Pembelajaran dengan mudahnya menjadi M-

    Pembelajaran tanpa perubahan yang khusus dalam isi kandungan.

    Komputer riba menyokong paradigma "capaian bila-bila masa, dimana-mana

    sahaja" membawa maksud pengguna boleh terus menggunakan komputer untuk

    mengakses laman web pada setiap masa dan di mana-mana sahaja dia berada (Devinder

    Singh & Zaitun, 2006; Efaw, Hampton, Martinez, & Smith, 2001).

    Terdapat banyak bukti yang menunjukkan kemunculan era M-Pembelajaran

    (http://www.empoweringtechnologies.net/mobile.htm). Antaranya seperti: 1) Lebih 50%

    pekerja menghabiskan separuh daripada masa mereka di luar pejabat; 2) Purata seorang

    pekerja mendapat latihan kurang daripada tiga hari sepanjang tahun 2004; 3) Pengguna

    telefon bimbit diseluruh dunia hampir 1.5 bilion pada pertengahan 2005, iaitu 1/4

    penduduk dunia; 4) M-commerce mencecah 600 bilion pada tahun 2005; 5) Pendaftar

    internet wireless di seluruh dunia mencecah 2 bilion pada tahun 2006; 6) Komputer

    bimbit seperti PDA dan telefon bimbit menjadi barangan yang sangat laris dipasaran; dan

    7) Kebanyakan syarikat-syarikat besar di Amerika Syarikat bertukar atau memilih

    menggunakan rangkaian wireless menjelang 2008.

    Banyak universiti di seluruh dunia melaksanakan kursus-kursus tertentu

    menggunakan kaedah M-Pembelajaran. Misalnya, Universiti Sheffield melaksanakan

    program sarjananya menggunakan sistem M-Pembelajaran (Mc Connel & Lally, 2002).

  • 17

    Di Universiti of South Dakota semua pelajar-pelajar undang-undang dan perubatan

    menggunakan PDA untuk kegunaan pembelajaran mereka. Penggunaan PDA untuk M-

    Pembelajaran membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak terhad dalam

    bilik darjah sahaja (Harris, 2001). Kajian di Jepun pula menunjukkan semua

    universitinya mempunyai insfrastruktur yang lengkap untuk persekitaran M-

    Pembelajaran (Goda, Kogure, Shimoyama, Kimura, & Obari, 2008).

    Peralatan komputer mudah alih

    Pada hari ini komputer riba tidak hanya melaksanakan aplikasi interaktif seperti

    pemerosesan perkataan dan lembaran kerja tetapi dilengkapi dengan pelbagai fungsi.

    Berbagai-bagai peralatan dengan pelbagai fungsi, kini disatukan fungsi-fungi tersebut

    dalam satu alat sahaja (Kozyrakis & Patterson, 1998). Komputer peribadi menjadi

    sebahagian daripada kehidupan harian sebagai peralatan yang dibawa ke mana sahaja

    seperti telefon bimbit. Kemunculan komunikasi wireless dan kemajuan dalam teknologi

    membolehkan intergrasi pelbagai fungsi dalam satu cip. Komunikasi pemerosesan data

    dan hiburan disokong melalui platform yang sama, dipertingkatkan melalui sambungan

    keseluruh dunia melalui internet.

    Pada umumnya modem wireless berdasarkan sistem telefon selular atau

    rangkaian wireless setempat (WLAN). Rangkaian wireless setempat (WLAN)

    kebiasaannya untuk digunakan dalam bangunan dan berjarak dekat berbanding jarak

    beberapa kilometer untuk telefon selular. Peralatan yang berteknologi mudah alih yang

    wujud pada masa kini ialah seperti komputer riba, komputer tablet, buku digital (e-

    books), Komputer Peribadi Bimbit (HPC), Pembantu Peribadi Digital (PDA), telefon

    pintar dan terminal wireless.

  • 18

    Dye, Solstad dan K Odingo (2003) mengemukakan beberapa perkara yang

    menjadi asas kepada sistem perhubungan wireless. Elemen utama dalam dalam sistem

    perhubungan siber ialah sambungan Internet.

    Internet bermula pada tahun 1969 dalam tentera Amerika Syarikat apabila empat

    buah komputer bertukar maklumat antara satu sama lain. Sebelum Internet ada,

    "ARPAnet" (US Defense Advanced Research Projects Agency) atau Jabatan Pertahanan

    Amerika pada tahun 1969 membina jaringan komputer yang tersebar untuk

    menghindarkan terjadinya informasi terpusat, supaya apabila terjadinya perang ia dapat

    mudah dihancurkan. Jadi apabila satu bahagian dari sambungan terganggu oleh serangan

    musuh, jalur yang melalui sambungan tersebut secara otomatik dipindahkan ke

    sambungan lainnya. Kemudiannya, Internet digunakan oleh ahli akademik (UCLA)

    untuk keperluan penelitian dan pengembangan teknologi. Pada awal tahun 1990 barulah

    pemerintah Amerika Syarikat memberikan izin untuk Internet digunakan untuk

    komersial.

    Sistem sambungan dalam rangkaian telefon mudah alih menggunakan protokol

    tertentu. Protokol yang meluas digunakan pada masa kini ialah GSM. Terdapat beberapa

    variasi ke atas protokol GSM. GSM 900 dan 1800 digunakan di Eropah sementara GSM

    1900 digunakan di Amerika Syarikat. Melalui kombinasi protokol dua band telefon

    bergerak (GSM 900 + 1800) atau tiga band (termasuk GSM1900), pengguna dapat

    menggunakan telefon sama ada untuk membuat panggilan, mengakses internet dan lain-

    lain perkhidmatan telefon bergerak (Schreiner, http://www.cbl.fns.hagenberg.ac.at/

    ~schreine).

    Berbeza dengan teknologi GSM, UMTS ialah perkhidmatan telefon bergerak

    generasi ketiga yang dibangunkan di Eropah. Di Malaysia ia baru diperingkat pengenalan

    dan penggunaanya belum meluas pada masa kini. UMTS menyokong aplikasi suara, data

  • 19

    dan persembahan multimedia lebih baik. Teknologi ini membolehkan kelajuan

    penghantaran data sehingga 2Mbps. Bagaimanapun kos permulaan yang tinggi

    diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun apabila

    perkhidmatan ini berkembang dipasaran dan mempunyai ramai pengguna, kosnya

    menurun seperti yang berlaku dalam teknologi GSM. Kelajuan penghantaran data

    menggalakkan penghasilan kandungan bahan pendidikan dengan ciri-ciri yang lebih

    menarik seperti klip video.

    HSCSD adalah perkhidmatan tambahan kepada rangkaian Global System for

    Mobile Communicatin (GSM) yang memperbaiki kadar penghantaran sehingga empat

    kali ganda. Kadar penghantaran data mencapai 57.6Kbt/s yang membolehkan akses

    kepada Internet seperti modem dail-up biasa. Melalui sistem ini kos dibayar hanya untuk

    masa panggilan bukan kuantiti data yang dihantar seperti GPRS.

    Kebolehan menghantar jumlah teks yang terhad daripada satu telefon bimbit

    kepada telefon bimbit yang lain dipanggil Short Messaging System (SMS). Ia boleh

    digunakan untuk menghantar sejumlah maklumat penting. Kelemahan dalam penggunaan

    SMS ialah boleh disalah gunakan dengan menghantar mesej-mesej yang tiada berkaitan.

    Penggunaan multimedia dalam telefon bimbit membolehkan penghantaran gambar di

    antara satu telefon bimbit dengan telefon bimbit yang lain. MMS merupakan versi

    lanjutan SMS.

    WAP merupakan akronim untuk Wireless Application Protocol, satu spesifikasi

    selamat yang membenarkan pengguna-pengguna mengakses maklumat dengan cepat

    melalui peralatan mudah alih seperti telefon bimbit, pager, radio dua hala, PDA dan lain-

    lain telefon pintar. WAP menyokong kebanyakan jaringan wireless. Ini termasuk CDPD,

    CDMA, GSM, PDC, PHS, TDMA, FLEX, ReFLEX, iDEN, TETRA, DECT, DataTAC,

  • 20

    dan Mobitex. WAP menyokong semua system operasi (OS) seperti PalmOS, EPOC,

    Windows CE, FLEXOS, OS / 9, dan JavaOS yang digunakan untuk peralatan bimbit.

    WAP ialah protokol yang menyokong Wireless Markup Language (WML) yang direka

    khusus untuk paparan skrin kecil dan navigasi tanpa papan kekunci. WAP juga

    menyokong WMLScript. Ia menyerupai JavaScript, tetapi menggunakan ingatan memori

    yang minimum kerana ia tidak mengandungi fungsi-fungsi yang tidak perlu seperti

    dalam skrip bahasa yang lain (http://www.webopedia.com/TERM/W/WAP.html).

    WiFi merupakan satu bentuk teknologi komunikasi mudah alih. Ia juga dikenali

    sebagai rangkaian 802.11 dan rangkaian wireless. Kelebihan besar WiFi ialah mudah

    dikendalikan. Melalui WiFi komputer dihubungkan di mana sahaja sama ada di rumah

    atau di pejabat tanpa menggunakan wayar (Brain, 2004)

    Telefon bimbit pada hari ini mempunyai pelbagai keupayaan yang kita tidak

    pernah terfikir sebelum ini. Keupayaan tersebut seperti menyimpan teks, grafik, gambar,

    suara dan video. Ini kerana telefon bimbit pada hari ini dilengkapi dengan kad memori

    yang dapat menyimpan pelbagai data dan maklumat.

    Pada asalnya PDA ialah komputer bimbit yang digunakan sebagai pengurus

    peribadi. Fungsi asas PDA seperti kalendar, buku alamat, senarai tugas dan buku nota.

    Kebelakangan ini keserasian di antara komputer meja dan komputer riba dengan PDA

    banyak diperbaiki yang membolehkan data dihantar dalam kapasiti yang lebih besar dan

    cepat. Hari ini PDA mempunyai skrin warna, RAM yang tinggi, modem terbina dalam,

    speaker dan slot tambahan. Seperti komputer peribadi, PDA beroperasi melalui Sistem

    Operasinya (OS) sendiri. Sistem operasi yang dominan seperti PocketPC dan Palm OS.

    Model-model keluaran terbaru peralatan mudah alih telah tersedia teknologi

    mudah alih. Terdapat juga PDA yang dipasang dengan chip Bluetooth. Teknologi

  • 21

    Bluetooth membolehkan penghantaran data secara wireless ke komputer atau peralatan

    yang lain (yang juga ada teknologi Bluetooth) dalam jarak yang terhad.

    Kerangka Teori

    Kajian ini menggunakan 2 model asas. Pertamanya, Model Taba (1962)

    digunakan untuk reka bentuk kurikulum dan keduanya, Model Instructional System

    Design (Tsai, Young, & Liang, 2005) digunakan sebagai asas kepada pembinaan yang

    khusus iaitu kurikulum M-Pembelajaran peringkat menengah.

    Model Taba (1962)

    Taba (1962) dalam modelnya menggariskan tujuh langkah dalam mereka bentuk

    sesuatu kurikulum

    Langkah 1: Diagnosis keperluan. Pereka bentuk kurikulum memulakan proses mereka

    bentuk kurikulum dengan mengenal pasti keperluan pelajar iaitu mereka yang menjadi

    target untuk kurikulum yang dirancang.

    Langkah 2: Membentuk objektif. Selepas mengenal pasti keperluan yang perlu diambil

    perhatian, objektif untuk kurikulum perlu dibentuk.

    Langkah 3: Memilih isi kandungan. Objektif yang dipilih atau yang dibentuk

    membayangkan mata pelajaran dan kandungan kurikulum.

    Langkah 4: Menyusun kandungan. Perancang kurikulum tidak hanya memilih isi

    kandungan, tetapi mesti mengaturnya secara tersusun dengan mengambil kira

    kematangan pelajar, pencapaian pelajar dan minat mereka.

    Langkah 5: Memilih pengalaman pembelajaran. Isi kandungan mesti disampaikan kepada

    pelajar dan isi kandungan perlu menarik perhatian pelajar. Kaedah pengajaran guru mesti

    melibatkan pelajar dengan isi kandungan.

    Langkah 6: Menyusun pengalaman pembelajaran. Jika isi kandungan perlu teratur dan

    tersusun, begitu juga aktiviti pembelajaran. Kerapkali aktiviti pembelajaran yang teratur

  • 22

    ditentukan oleh isi kandungan. Walau bagaimanapun tahap kebolehan pelajar perlu

    diambil kira dalam melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran

    Langkah 7: Menentukan apa dan bagaimana menilai kurikulum. Perancang kurikulum

    perlu mengenal pasti apakah objektif yang dicapai. Prosuder penilaian perlu

    dipertimbangkan oleh guru dan pelajar.

    Model Instrutional System Design (Tsai, Young & Liang, 2005)

    Berdasarkan kepada ADDIE (Seels & Richey, 1994) dan ASSURE (Heinich,

    Molenda, & Russell, 1994) model dalam rekabentuk pengajaran Tsai, Young dan Liang

    telah membina satu model baru untuk pembinaan model Instructional System Design

    (ISD).

    Rajah 2.2. Model Instructional System Design Sumber. I. H. Tsai, S. S. C. Young & C. H. Liang. Exploring the course development model for the mobile learning context: A preliminary study. Kertas kerja Fifth IEEE International Conference on Advanced Learning Technologies (ICALT05). Kaohsiung, Taiwan.

    Model ini mengandungi enam langkah iaitu: (1) Analisis keperluan pelajar dan

    situasi mobile; (2) Intergrasi pengajaran berasaskan teknologi mudah alih; (3) Reka

    bentuk strategi M-Pembelajaran; (4) Reka bentuk dan pembangunan isi kandungan bahan

    Pelajar

    M-Pembelajaran

    Pelajar

    Teknologi

    Kandungan Situasi

    Guru

    Analisis keperluan pelajar dan Situasi mobile

    Reka bentuk dan pembangunan M-Pembelajaran

    Reka bentuk strategi pengajaran M-Pembelajaran

    Intergrasi pengajaran berasaskan teknologi muda alih

    Menilai kesan M-Pembelajaran

    Melaksanakan aktiviti pengajaran

  • 23

    M-Pembelajaran; (5) Melaksanakan aktiviti pembelajaran; dan (6) Menilai kesan M-

    Pembelajaran.

    Berdasarkan Rajah 1, langkah 1 dalam model ISD ialah Analisis keperluan

    pelajar dan situasi mobile termasuklah menganalisis keperluan untuk menganalisis

    keperluan mengintergrasikan teknologi mudah alih dalam pembelajaran, menganalisis

    kesediaan terhadap kemahiran pelajar menggunakan teknologi, mengumpul pelbagai

    sumber pembelajaran dan menganalisis persekitaran pembelajaran luar bilik darjah

    seperti cuaca, angin, keselamatan, keaadaan trafik dan sokongan logistik.

    Dalam langkah 2, model ISD iaitu Intergrasi pengajaran berasaskan teknologi

    mudah alih termasuklah keperluan mempertimbangkan kesesuaian teknologi mudah alih

    seperti berat, resolusi, saiz skrin, spefisikasi dan lain-lain. Langkah lain termasuk juga

    menganalisis dan membangunkan persekitaran wireless untuk kegunaan luar bilik darjah.

    Langkah 3, dalam model ISD ialah reka bentuk strategi M-Pembelajaran Langkah

    ini termasuklah keperluan merancang dalam penyediaan bahan pembelajaran untuk M-

    Pembelajaran, supaya pelajar dapat memberikan tumpuan di dalam persekitaran

    pembelajaran yang terbuka. Seterusnya guru boleh mengaplikasikan strategi

    pembelajaran secara kolaborasi apabila pelajar melakukan aktiviti M-Pembelajaran di

    luar bilik darjah.

    Langkah 4 dalam model ISD ialah reka bentuk dan pembangunan isi kandungan

    bahan M-Pembelajaran termasuklah merancang untuk penyusunan bahan pembelajaran,

    penyediaan objektif pembelajaran, pemilihan media pengajaran yang sesuai,

    pembangunan bahan pembelajaran multimedia dan menyusun jadual waktu serta kos

    buruh.

    Dalam langkah 5 model ISD pula ialah melaksanakan aktiviti pembelajaran.

    Langkah ini termasuklah menyusun keseluruhan aktiviti M-Pembelajaran merancang dan

  • 24

    situasi pembelajaran mengikut enam langkah pengajaran oleh Gagne. Selain daripada itu

    termasuk juga dalam langkah lima ini ialah melatih pelajar menggunakan peralatan

    mudah alih terutamanya fungsi-fungsi asas, memerhati aktiviti kolaborasi kumpulan di

    luar bilik darjah semasa pelajar menggunakan peralatan mudah alih seperti PDA dan

    Komputer Tablet.

    Langkah yang keenam dalam ISD model ialah menilai kesan M-Pembelajaran.

    Dalam langkah ini guru boleh menggunakan pelbagai bentuk penilaian untuk menilai

    kesan pembelajaran, termasuk ujian kuantitatif dan laporan kualitatif.

    Aplikasi model untuk kajian ini

    Kajian ini telah mengambil kedua-dua model TABA(1962) dan Model ISD

    (2005) yang telah diadaptasikan daripada model ASSURE dan ADDIE dijadikan sebagai

    asas untuk kajian ini. Model TABA yang mengandungi tujuh langkah digunakan untuk

    membangunkan kurikulum M-Pembelajaran pada keseluhurannya. Model ISD pula

    digunakan sebagai asas kepada pembinaan yang khusus iaitu kurikulum M-Pembelajaran

    peringkat menengah.

    Reka bentuk sistem M-Pembelajaran

    Para penyelidik mereka bentuk beberapa prototaip untuk sistem M-Pembelajaran.

    Salah satu contoh prototaip yang dipaparkan di sini ialah reka bentuk sistem M-

    Pembelajaran yang dibangunkan oleh Universiti Mannheim, Sweden.

    Reka bentuk sistem M-Pembelajaran Universiti Mannheim, Sweden (2003)

    Universiti Mannheim membangun dan melaksanakan perisian yang dipanggil

    Wireless Interactive Learning Devices (WILD). Sistem WILD menggabungkan computer

    bimbit dengan persekitaran pembelajaran. Satu prototaip WILD direka bentuk untuk

    PocketPC (PDA) dan komputer riba untuk bilik darjah dan pelaksanaan pengajaran

    secara jarak jauh.

  • 25

    Reka bentuk sistem WILD seperti yang tertera dalam Rajah 2.5. Pusat kawalan

    utama iaitu server mempunyai beberapa fungsi, antaranya: pengurusan perhubungan,

    pengurusan pengguna dan pengurusan perkhidmatan. Perkhidmatan WILD menyediakan

    fungsi interaksi yang spesifik. Perkhidmatan ini dibina sebagai module yang bebas (Java

    classes) yang boleh diisi oleh server pada masa server dihidupkan. Perisian student client

    yang dipasang dalam peralatan mudah alih pelajar mudah digunakan kerana ia mesra

    pengguna. Sistem ini direka bentuk bagi memudahkan pemasangan port untuk peralatan

    mudah alih tambahan seperti komputer tablet dan telefon pintar.

    Handheld Computers

    Rajah 2.3. Reka bentuk Sistem WILD. Nota. Server melaksanakan fungsi komunikasi asas, perkhidmatan WILD secara plug-ins. Client boleh menggunakan mana-mana komputer yang mempunyai perisisan Java. Sumber. M. Zitterbart, R. Fruchter, B. Pehrson & W. Effelsberg (2003). Mobile learners in dSpace: WGLN Final Report. Dimuat turun pada Mac 24, 2005 daripada http://www. learninglab.de/mobile_learner/index.html

    SERVER

    Online feedback

    Destop PC

    Call-in

    Quiz

    Deliver server

    Basic Server Functionally

    Destop PC

    Remote Server

    Remote point

    Foreign System

  • 26

    Dalam projek ini penyelidik telah melaksanakan empat perkhidmatan WILD iaitu;

    perkhidmatan maklum balas online, perkhidmatan kuiz, perkhidmatan panggilan masuk

    dan perkhimatan SMS. Untuk menilai sejauh manakah sistem WILD berguna dan

    berkesan sebagai alat pengajaran dua eksperiman telah dilaksanakan dalam bilik darjah

    di Universiti Mannheim. Eksperimen ini direka bentuk untuk mengukur tahap

    penerimaan sistem WILD. Eksperimen kedua cuba untuk mengenal pasti sama ada

    sistem WILD benar-benar memperbaiki interaktiviti dan meningkatkan motivasi. Kajian

    juga untuk mengenal pasti kesan ke atas pencapaian pelajar (Zitterbart, Fruchter, Pehrson

    & Effelsberg, 2003).

    Kajian ini mendapati skor pelajar-pelajar yang mengikuti kuliah menggunakan

    sistem WILD adalah lebih tinggi berbanding pelajar yang mengikuti kuliah secara sistem

    tradisional. Pelajar-pelajar berpendapat mereka terlibat lebih aktif melalui kuliah dalam

    sistem WILD berbanding sistem lama. Bahagian-bahagian kursus yang dijalankan secara

    interaktif menunjukkan pencapaian yang lebih signifikan tinggi berbanding yang

    dijalankan secara tradisisonal. Pelajar juga memperoleh lebih banyak ilmu dalam kursus-

    kursus yang dijalankan secara interaktif. Ini menunjukkan system WILD sesuai untuk

    dilaksanakan untuk pengajaran dan pembelajaran (Zitterbart, Fruchter, Pehrson, &

    Effelsberg, 2003).

    Sementara Baker, Krull dan Mallinson (2005) pula mengemukakan model M-

    Pembelajaran untuk negara-negara membangun seperti yang ditunjukkan dalam rajah

    2.6. Model cadangan M-Pembelajaran Baker, Krull dan Mallinson (2005) mengandungi

    persekitaran M-Pembelajaran yang turut menyokong persekitaran pembelajaran

    tradisional dan juga disokong oleh panduan dan polisi M-Pembelajaran yang berkesan.

    Seperti yang tertera dalam model persekitaran pembelajaran tradisional masih boleh

    mengambil bahagian melalui komputer destop. Dalam persekitaran pembelajaran M-

  • 27

    Pembelajaran, terdapat insfrastruktur komunikasi yang mengandungi wireless access

    point yang membolehkan komunikasi di antara peralatan mudah alih. Peralatan mudah

    alih dalam model ialah telefon bimbit, PDA, atau mana-mana peralatan komputer

    bimbit. Model cadangan juga menunjukkan peralatan mudah alih dapat digunakan

    sebagai sokongan akademik untuk pelajar melalui penilaian dalam talian, menyediakan

    kandungan kursus, dan capaian kepada internet. Peralatan mudah alih seperti dalam

    model cadangan membolehkan komunikasi di antara pelajar dengan pelajar dan juga

    pelajar dengan guru (Baker, Krull, & Mallinson, 2005).

    Rajah 2.4. Model Cadangan M-Pembelajaran Baker, Krull dan Mallinson. Sumber. A. Baker, G. Krull, dan B. Mallinson, (2005). A Proposed Theoretical Model for M-Learning Adoption in Developing Countries. Kertas Kerja yang dibentangkan di 4th World Conference on Mobile Learning, Cape Town, South Africa.

    CRITICAL SUCCESS FACTORS Coordination Mobility Communication Interactivity Organisation of material Negotiation Motivation Collaboration

    M-LE

    AR

    NIN

    G PO

    LICI

    ES A

    ND

    G

    UID

    LIN

    ES

    TRADISIONAL LEARNING ENVIRONMENT

    Desktop pc Desktop pc

    Device Vendor

    System Designers

    Parents

    LEARNING INSTITUTION

    Teachers

    Learners

    Support staf

    internet

    Device

    learner to teacher

    learner to learner

    video audio

    course content

    online assessment

    M-LEARNING ENVIRONMENT

    COMMUNICATION INFRASTRUCTURE

    Access Point sms/e-mail

  • 28

    Penggunaan teknologi dalam kurikulum

    Revolusi Teknologi

    Penggunaan teknologi dalam kurikulum bermula dari sistem pendidikan jarak

    jauh (distance learning) kemudian kepada E-Pembelajaran dan kini mula beralih kepada

    M-Pembelajaran (Keegan, 2002). Perkembangan tiga tahap ini adalah sejajar dengan

    kesan perkembangan dalam masyarakat iaitu zaman Revolusi Perindustrian pada abad ke

    18 dan 19, Revolusi Elektronik pada tahun 1980-an dan Revolusi Teknologi Mudah Alih

    pada akhir abad ke-20 (Keegan, 2002).

    Dalam sistem pendidikan jarak jauh, jelas menunjukkan terdapat perubahan kesan

    daripada perkembangan teknologi. Bates (1995) menyatakan terdapat tiga generasi

    pendidikan jarak jauh. Pembahagian yang dibuat oleh Bates adalah berdasarkan kepada

    tahap teknologi yang digunakan dalam penyampaian pembelajaran kursus-kursus.

    Generasi pertama kurang menggunakan teknologi dan kekurangan interaksi secara terus

    di antara pelajar dengan pensyarah. Pendidikan secara pos banyak berlaku. Bahan-bahan

    bercetak banyak digunakan dan dikirim melalui pos kepada pelajar.

    Generasi kedua melibatkan pelbagai media komunikasi seperti telefon dan sidang

    audio bersama-sama kiriman bahan pembelajaran yang direka khusus untuk pendidikan

    jarak jauh. Berlaku komunikasi dua hala dengan pengantara iaitu orang ketiga.

    Generasi ketiga berdasarkan media komunikasi dua hala yang membolehkan guru

    berinteraksi secara terus dengan pelajar. Media yang paling popular digunakan ialah

    komputer dengan perhubungannya menerusi internet. Ini mewujudkan apa yang

    dipanggil konsep E-Pembelajaran iaitu apa saja pembelajaran, latihan atau pendidikan

    yang menggunakan kemudahan teknologi komputer khasnya berdasarkan rangkaian

    teknologi internet (Fallon dan Brown (2003). Pujari (2001) pula berpendapat E-

    pembelajaran adalah suatu pilihan pembelajaran yang boleh dicapai melalui penggunaan

  • 29

    teknologi internet dan boleh ditambah nilainya dari segi isi kandungan, pengurusan dan

    komuniti. Imel (2002) mendefinisikan E-pembelajaran sebagai pengajaran dan

    pengalaman pembelajaran yang disampaikan melalui teknologi elektronik seperti

    internet, audiotape dan videotape, penyiaran satelit, televisyen interaktif dan CD-ROM.

    Pada waktu itu dalam masyarakat yang menghadapi ledakan maklumat E-Pembelajaran,

    pembelajaran dalam talian menjadi cara manusia berkomunikasi dan belajar secara

    elektronik (Roff , 2002).

    Proses dan aplikasi yang digunakan untuk melaksanakan E-Pembelajaran ialah

    seperti sistem pengurusan pembelajaran (LMS), pembelajaran berasaskan web (WBL),

    dan latihan dalam talian. Setiap sistem mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-

    masing. Talian Internet pula menjadi platform untuk penyampaian pengajaran dan

    pembelajaran.

    Sementara Holmberg (1995a) pula membuat pembahagian pendidikan jarak jauh

    berdasarkan skala. Menurut beliau pendidikan jarak jauh pada abad ke-20 dapat

    dibahagikan dalam dua bentuk yang utama: 1) Pendekatan dalam skala yang besar seperti

    institusi atau universiti-universiti terbuka yang menjalankan kursus untuk beribu-ribu

    pelajar (sehingga 50,000 untuk satu kursus); dan 2) Pendekatan skala kecil iaitu kursus-

    kursus yang dijalankan biasanya direka bentuk, ditulis dan diurus oleh penulis sendiri.

    Penyelidikan mendapati sesetengah penggunaan teknologi memberi kesan

    terhadap pembelajaran pelajar manakala sesetengahnya tidak (Butzin, 2001).

    Penyelidikan berkenaan keberkesanan teknologi dibahagikan kepada dua bahagian; 1)

    Pembelajaran dengan komputer yang menggunakan komputer sebagai tutor (kerapkali

    untuk latih tubi dan praktis); dan 2) Belajar daripada komputer, iaitu pelajar

    menggunakan komputer sebagai alat dalam proses pembelajaran untuk berkomunikasi,

    kolaborasi, penyelidikan dan penerbitan (Barnet, 2001). Kulik (1994) dalam

  • 30

    penyelidikannya mendapati teknologi dapat memberi kesan kepada pembelajaran pelajar

    apabila beberapa syarat berikut dipatuhi: 1) Pelajar mempunyai capaian yang mudah

    kepada teknologi; 2) Teknologi dalam bilik darjah di mana ia boleh memberi kesan yang

    besar berbanding dalam makmal; 3) Perubahan dalam pengajaran dengan ada

    keseimbangan di antara pengajaran tradisional dengan pengajaran yang menggunakan

    teknologi; dan 4) Perisian sesuai dengan keperluan pelajar dan menepati objektif

    pengajaran.

    Revolusi teknologi dalam pendidikan yang berterusan bukan sahaja berkaitan

    dengan capaian kepada maklumat tetapi juga cara perkongsian maklumat. Pengajaran

    berasaskan teknologi dalam dekad akan datang menyokong interaksi Asynchronous

    Learning Network (ALN) dan Synchronous Learning Network (SLN) di antara pelajar

    dengan sumber maklumat. Pada masa depan pembelajaran menggabungkan teks digital,

    audio, grafik, animasi, video, makmal, belajar sendiri dan aktiviti komunikasi antara

    individu dan kumpulan menjadi perkara biasa. Real-time, simulasi video dua hala,

    persembahan multimedia, sistem sokongan personal dan pendidikan atas permintaan

    menjadikan pembelajaran dapat disampaikan di mana-mana sahaja pelajar tersebut

    tinggal dan bekerja (Gillespie, 2005).

    Bagi menentukan kejayaan pelaksanaan M-Pembelajaran dalam kurikulum pada

    masa depan, empat komponen teknikal yang asas perlu diperkenalkan, iaitu (Saedah

    Siraj, 2005):

    1) Content management System (CMS) dan produk berkaitan Software Development Kit

    (SDK) pakej bandwidth-intensive video, audio dan kandungan kursus atau mata

    pelajaran untuk penyampaian pembelajaran secara interaktif;

    2) Kelengkapan hardware dan networking berwayar atau tidak berwayar bagi

    membolehkan sambungan ke Internet atau tempat simpanan sumber ilmu;

  • 31

    3) Net meeting - untuk menyokong pembelajaran secara kolaboratif; dan

    4) Personal Digital Assistants (PDA), komputer riba, Compaq i-Paq atau lain-lain alat

    teknologi. Mudah alih dengan portable keyboard yang boleh digunakan oleh pelajar

    seperti akses nota, tugasan atau kerja rumah dari guru, menerima e-mail dan menjana

    ujian.

    Pada hakikatnya M-Pembelajaran bukanlah satu revolusi teknologi yang baru,

    tetapi adalah kesinambungan dari corak pembelajaran yang menggunakan WWW dan

    internet yang tidak boleh ditolak kehadirannya dalam dunia pendidikan. Oleh itu, para

    perancang kurikulum perlu mengambilnya sebagai trend yang memerlukan perancangan

    teliti untuk masa depan (Saedah Siraj, 2001).

    Penggunaan teknologi dalam kurikulum juga bukanlah perkara baru. Ia

    dilaksanakan di banyak negara. Negara-negara seperti Australia, England, Perancis,

    Belanda, Sweden dan Amerika Syarikat membangunkan program teknologi pendidikan

    mereka dengan pesat sejak sepuluh tahun yang lalu dan melaksanakan penyelidikan,

    eksperimen serta pembangunan bahan pembelajaran dilakukan di negara-negara seperti

    Australia, England, Belanda dan Amerika Syarikat (Rasinen, 2003). Australia misalnya

    mempunyai beberapa projek inovasi ke arah M-Pembelajaran dalam sektor

    pendidikannya. Terdapat juga beberapa kajian dan percubaan sedang dilakukan bagi

    melaksanakan M-Pembelajaran di Australia (Ragus, Meredith, Dacey, Ritcher, Paterson,

    & Hayes., 2005).

    Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

    Pendidikan dan latihan yang berasaskan kepada komputer berkembang dengan

    begitu pesat di seluruh dunia. Ini menunjukkan bidang pendidikan dan juga industri

    menerima teknologi sebagai kaedah yang berkesan, fleksibel, cekap dan pantas dalam

    melaksanakan pendidikan dan latihan (Riley & Gallo, 2000). Walau bagaimanapun di

  • 32

    sesetengah institusi pendidikan tinggi terdapat halangan dalam mengintergrasi peralatan

    teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya terdapat di kalangan pembuat

    polisi pendidikan bimbang penggunan komputer dalam pengajaran akan mengubah

    dengan mendadak sistem pendidikan tradisional dan menjadikan guru-guru dan pembuat

    polisi sendiri tidak biasa dengan objektif, isi kandungan dan hasil pembelajarannya

    (Nasser & Abouchedid, 2001). Faktor kritikal dalam mempertimbangkan pelaksanaan

    teknologi dalam mana-mana latihan atau program akademik ialah untuk membentuk visi.

    Sesetengah visi tidak dapat dibentuk dengan sempurna tanpa memahami persepsi guru

    yang menjadi kunci utama dalam kurikulum dan penilaian (OMalley & McCraw, 1999;

    Tam, 1999). Sementara itu kajian oleh Jaffa (2004) mendapati penggunaan kaedah

    pembelajaran seperti E-Pembelajaran menunjukkan pencapaian yang

    memberangsangkan. Misalnya pelajar yang menggunakan E-Pembelajaran untuk enam

    jam atau lebih mencapai lima GCSE mata lebih tinggi berbanding pelajar yang tidak

    menggunakan E-Pembelajaran.

    Terdapat juga kajian mengintergrasikan teknologi ke dalam bilik darjah. Kajian

    mendapati teknologi secara bersendirian tidak membolehkan terjadinya perubahan dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran dan guru dengan mudah dapat mengelak

    menggunakan teknologi (Norizan, 2005).

    Faedah penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan

    Penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan dapat memberikan faedah

    yang besar kepada sistem pembelajaran sepanjang hayat, kepada pelajar separuh masa,

    pelajar pendidikan jarak jauh mahupun pelajar-pelajar dalam kampus (Wenger, 1998).

    Melalui penggunaan pendekatan dan model pedagogi yang sesuai M-Pembelajaran

    memberikan faedah yang besar kepada pendidikan (Satrayanan, 2003).

    Penggunaan komputer berteknologi mudah alih diinstitusi pendidikan tinggi

  • 33

    membolehkan: 1) Pembelajaran tidak terhad dalam bilik darjah; 2) capaian kepada bahan

    elektronik dalam setiap masa; 3) Komunikasi dengan komuniti pelajar dan guru melewati

    sempadan institusi; 4) Kebolehan melakukan kerja lapangan di luar bilik darjah seperti

    pemungutan data dan merekod pengalaman; dan 5) Capaian kepada maklumat seperti

    jadual dan lokasi bilik kuliah (Freitas & Levene, 2003; Green, 2001).

    Kajian-kajian M-Pembelajaran

    Pendahuluan

    M-Pembelajaran telah dikenal pasti sebagai pembelajaran masa depan atau

    sebagai salah satu bahagian yang penting dalam proses pendidikan pada masa depan.

    Oleh kerana M-Pembelajaran merupakan bidang yang baru banyak penyelidikan dan

    pembangunan perlu dilaksanakan. Para penyelidik cuba untuk memahami bagaimana

    peralatan mudah alih boleh membantu untuk mencapai sistem pendidikan yang lebih

    baik.

    Pedagogi M-Pembelajaran

    Semenjak istilah M-Pembelajaran muncul buat kali yang pertama banyak

    penyelidikan telah dilaksanakan untuk menyelidik aspek kognitif dan pedagogi dalam

    penggunaan peralatan mudah alih dalam pendidikan. Penyelidikan juga telah

    dilaksanakan untuk melihat bagaimana peralatan mudah alih dapat digunakan untuk

    membaca dan untuk aktiviti di tempat kerja (Waycott, 2001). Sesetengah penulis seperti

    Roibas dan Sanchez (2002) cuba memberi panduan kepada pereka bentuk aplikasi dalam

    bidang ini mengenai apakah bentuk peralatan mudah alih paling berguna, bagaimana dan

    mengapa, sesuai dengan pengalaman mereka dengan pelajar-pelajar. Penyelidik yang lain

    seperti Rogers (2002) menganalisis teori mengenai pembelajaran tidak rasmi orang

    dewasa. Orang dewasa lebih cenderung belajar secara bebas tanpa terikat dengan jangka

  • 34

    masa pembelajaran yang lama kerana mereka mudah menjadi jemu. Oleh sebab itu M-

    Pembelajaran akan dapat menyokong corak pembelajaran orang dewasa.

    Mohammad Alley (2008) dalam kajiannya mengenai menyediakan pelajaran

    tatabahasa untuk English as Second Language (ESL) kepada orang dewasa menggunakan

    latihan yang interaktif. Sistem M-Pembelajaran yang dibangunkan cukup menarik

    kerana pelajar boleh membuat latihan interaktif menggunakan telefon bimbit yang

    mempunyai akses internet pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja yang ada waktu

    lapang.

    Dalam kebanyakan penyelidikan banyak perkara menarik penggunaan teknologi

    baru digariskan, misalnya para peserta sangat ghairah dengan teknologi baru dan ingin

    mencubanya. Banyak kajian mendapati apabila memperkenalkan bentuk baru pengajaran,

    ia menjadikan pelajar menghabiskan lebih banyak masa terhadap mata pelajaran tersebut

    berbanding mata pelajaran yang lain. Teknologi baru pula memberi peluang baru kepada

    pelajar dan guru untuk melatih kebijaksanaan mereka (Mifsud, 2002). Penilaian dan

    analisa ke atas projek M-Pembelajaran sehingga kini menunjukkan banyak keputusan

    yang positif. Kebanyakan penyelidik mengesyorkan PDA dan peralatan mudah alih yang

    lain patut dilihat sebagai suatu kesinambungan bukan menggantikan alat pembelajaran

    sedia ada (Kukulska-Hulme, 2002; Waycott, Scanlon, & Jones, 2002). Tambahan pula,

    tidak semua isi kandungan pembelajaran atau aktiviti pembelajaran sesuai untuk

    peralatan mudah alih (Keegan, 2002).

    Perkakasan dan Teknologi M-Pembelajaran

    Penggunaan perkakasan dan teknologi dalam M-Pembelajaran sangat berkait

    rapat. Penyelidik menguji pelbagai teknologi untuk disesuaikan dengan perkakasan

    mudah alih bagi tujuan pendidikan. Salah satu projek M-Pembelajaran yang menguji

    penggunaan teknologi WAP di institusi pendidikan tinggi ialah projek "UniWap"

  • 35

    (Sariola, Sampson, Vuorinen, & Kynaslahti, 2001). Pasukan ini cuba meneroka proses

    mereka bentuk persekitaran operasi untuk belajar dan mengajar melalui telefon pintar

    dan telefon WAP. Institusi pengajian tinggi perlu menyokong mobiliti para peserta dalam

    proses pembelajaran (para pelajar dan guru-guru). Salah satu fasa dalam projek ialah

    membentuk modul kursus dan menyelidiki masalah dan nilai kursus-kursus tersebut.

    Kajian ini menghasilkan keputusan yang positif (mudah dibangun, mudah diterima dan

    penggunaan modul yang meluas) menggalakkan lagi mereka untuk meneruskan kajian-

    kajian terhadap teknologi yang baru muncul seperti teknologi 3G. Satu lagi kajian

    dilakukan oleh Goh & Chen (2002) iaitu membangunkan Mobile Information Service,

    yang dinamakan mobile GP booking system menggunakan teknologi WAP. Objektif GP

    booking system ialah untuk membolehkan pengguna membuat temujanji dengan doktor

    menggunakan telefon bimbit yang menyokong teknologi WAP seperti telefon Ericsson

    R380s. Sistem ini membolehkan pengguna mendaftar masuk, membuat temujanji,

    menyemak temu janji atau membatalkan temu janji. Hasil kajian yang dijalankan

    menunjukkan percubaan ini berjaya tetapi memerlukan banyak lagi penambah baikan.

    Chen dan Kinshuk (2005) pula membangunkan prototaip sistem M-Pembelajaran

    menggunakan teknologi WAP. Hasil penilaian ke atas prototaip yang dibina

    menunjukkan sistem M-Pembelajaran yang dibina sangat berguna sebagai pelengkap

    kepada sistem komputer meja yang sedia ada. Melalui M-Pembelajaran guru dan pelajar

    mendapat faedah kerana capaian kepada sumber-sumber pendidikan lebih mudah dan

    cepat.

    Sementara Chen, Kao, dan Shen (2003) melakukan kajian menggunakan PDA

    dengan teknologi Wifi (IEEE 802.11b). PDA digunakan untuk aktiviti pemerhatian

    burung. Kajian dilakukan untuk mengenal pasti; 1) Sejauh manakah peralatan mudah

    alih boleh membantu dalam kajian pemerhatian burung; dan 2) Mengenal pasti sama ada

  • 36

    pelajar mendapat faedah daripada sifat mobiliti, mudah alih dan keindividualan peralatan

    pembelajaran mudah alih. Hasil kajian mendapati PDA dengan Wifi sangat membantu

    dan berfaedah kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Kajian ini

    menunjukkan M-Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan untuk aktiviti luar bilik

    darjah.

    Di Universiti Tennessee, USA (Burke, Colter, Little, & Riehl, 2005)

    melaksanakan projek yang dipanggil Wireless Instructional Initiatives (WII). Dalam

    projek ini pelajar-pelajar daripada kursus Food Science, Animal Science dan

    Enviromental Science (GIS) dibekalkan dengan Pocket-PC untuk aktiviti di lapangan.

    Teknologi mudah alih yang digunakan ialah IEEE 802.11b/g. Hasil kajian menunjukkan:

    (1) Aktiviti WII dan peralatan yang dibekalkan bersesuaian dengan keperluan kursus; (2)

    Terdapat peningkatan dalam keinginan untuk mengintergrasikan teknologi dalam

    kurikulum; (3) Pelajar sering membantu di antara satu sama lain. Perasaan berkongsi

    tanggungjawab terhadap proses dan hasil dari pelaburan wang yang banyak dalam projek

    ini juga turut meningkat; dan (4) Kemahiran pelajar dalam penggunaan teknologi dan

    kerjasama dalam kumpulan meningkat dari semester ke semester.

    Pasukan penyelidik di dalam projek "Ultralab" M-Pembelajaran (Collet & Stead,

    2002; Traxler, 2002) menghasilkan bahan kepada pelajar-pelajar yang tidak boleh

    membaca dan menulis. Hasil kajian menunjukkan teknologi baru memberikan kesan

    yang sangat positif terhadap mata pelajaran tertentu.

    Teknologi mudah alih yang maju seperti IEEE 802.11b/g, Bluetooth dan GPRS

    digunakan dalam pembangunan bilik darjah segera (ad-hoc) dan sistem eSchoolbag di

    Universiti Aletheia, Taiwan (Chang & Sheu, 2002). Sistem ini juga dipanggil

    Pendidikan tanpa kertas. Bilik darjah tradisional diganti dengan peralatan pendidikan

  • 37

    yang baru seperti papan hitam elektronik, pemadam, kapur warna dan sebagainya. Pelajar

    digalakkan berkomunikasi dan belajar bersama-sama dalam kumpulan.

    Di Universiti Multimedia, Malaysia satu kajian telah dijalankan untuk menguji

    keupayaan PDA sebagai perkakasan yang boleh mempertingkatkan pembelajaran pelajar

    di universiti. Kajian mendapati PDA memang mempunyai keupayaan untuk

    meningkatkan prestasi pelajar, tetapi keupayaan pelajar untuk memiliki PDA agak

    kurang kerana harganya masih tinggi (Keat, Cum, Wah, Shin, & Hoong, 2003).

    Selain daripada itu menurut Al-khamayseh, Zmijewska, Lawrence, dan Culjak

    (2007) perkakasan mudah alih seperti iPod video, telefon 3G dan PDA mempunyai

    potensi untuk merevolusikan pengalaman pembelajaran pelajar abad ke-21. Gabungan

    penggunaan perkakasan mudah alih seperti iPod dan podcasting dapat menyediakan

    peluang pembelajaran baru dan menarik dalam M-pembelajaran. Ini kerana iPod mudah

    digunakan dan guru hanya memerlukan kemahiran ICT yang asas sahaja untuk

    mengendalikannya (Haaparanta, Kiili & Multisilta, 2007).

    Perisian M-Pembelajaran

    Penggunaan perisian tertentu juga penting dalam M-Pembelajaran. Peralatan

    mudah alih seperti telefon bimbit dan PDA memerlukan perisian yang sesuai untuk

    melaksanakan kandungan pembelajaran. Dalam Projek "From eLearning to

    mLearning"(Keegan, 2005), penyelidik membangunkan perisian kursus untuk telefon

    mudah alih, telefon pintar dan PDA. Perkara yang paling penting dalam projek ini ialah

    penyelesaian kepada masalah pedagogi utama dalam membangunkan M-Pembelajaran

    untuk PDA. Persekitaran pembelajaran yang selesa telah berjaya dicipta menggunakan

    perisian Microsoft Reader Works. Setiap pelajar menggunakan perisian Microsoft Reader

    untuk memaparkan isi kandungan, dan hasil daripada soal selidik yang dijalankan,

    pelajar berpuas hati mengikuti kursus secara M-Pembelajaran dengan menggunakan

  • 38

    PDA. Projek ini juga berjaya membangunkan perisian kursus untuk telefon mudah alih.

    Hasil tinjauan juga mendapati pelajar-pelajar dari Norway, German dan Itali sangat

    berpuashati dengan kursus M-Pembelajaran yang dijalankan (Keegan, 2005).

    Sementara dalam projek "Mobile Learning: The Next Generation of Learning"

    (Keegan, 2005), penyelidikan dilaksanakan untuk menghasilkan perisian kursus yang

    sesuai untuk telefon pintar (smartphones). Antara aktiviti yang dilakukan ialah

    memasang perisian membina laman web seperti Macromedia Dreamweaver MX Version

    1.0, memasang perisisan enjin pencari seperti Opera 6.3, menggunakan XHTML 1.0

    Transitional untuk kod laman Web, menggunakan Cascading Style Sheets (CSS) untuk

    mengasingkan gaya persembahan daripada isi kandungan dokumen, menyusun muka

    surat isi kandungan kursus supaya berbentuk menegak dengan 208 piksel, mereka

    bentuk interface supaya ruangan skrin yang terhad dapat dimanfaat sepenuhnya dan

    menggunakan Adobe Photoshop untuk menghasilkan GIFs yang sesuai untuk peralatan

    mudah alih.

    Teknologi seperti penerokaan lokasi menerusi GPS dan frekuansi radio dapat

    dimanfaatkan dalam M-Pembelajaran. Salah satu contoh kajian penggunaan teknologi ini

    ialah projek yang dipanggil "LAND" (Location Activated Nomadic Discovery). "LAND"

    adalah sebuah pangkalan data yang dapat dicapai oleh peralatan mudah alih. Data statik,

    seperti data pemetaan, disimpan dalam PDA manakala data dinamik seperti maklumat

    pengurusan destinasi dihantar menggunakan perkhidmatan wireless. Sistem ini dapat

    mengenal pasti lokasi fizikal pengguna melalui GPS. Maklumat digunakan bagi

    menyediakan pengguna dengan satu panduan pelawat yang pintar. Pemetaan kawasan

    sekitar dalam bentuk 3D dipaparkan di atas skrin PDA yang membolehkan pengguna

    mengemudi arah mengikut minat mereka menggunakan GPS (Taylor, Peake, Philip,

    Robertshaw, n.d.).

  • 39

    Projek "Buku Panduan Elektronik" (Hsi, 2002) ialah isi kandungan web yang

    direka bentuk untuk eksplorasi (interaktif muzium sains) di San Francisco. Guru

    merasakan isi kandungan laman Web mudah alih direka bentuk menjadi lebih berguna

    sebagai aktiviti pembelajaran sebelum dan selepas melawat muzium. Sementara majoriti

    pengguna melahirkan kebimbangan mengenai skrin komputer bimbit yang terhad, dan

    memberi maklum balas yang positif mengenai kandungan laman Web mobile.

    Sementara muzium di Jepun (Kusunoki, Sugimoto, & Hashizume, 2002)

    menjalankan satu percubaan dengan mencipta satu sistem panduan interaktif untuk

    membiasakan kanak-kanak dengan pameran dan menarik minat pengguna. Melalui

    sistem ini pengguna dapat berinteraksi dengan pameran maya di atas papan sensor, dan

    menyediakan mereka dengan maklumat. Papan sensor dalam sistem ini dapat mengenal

    pasti dengan cepat bentuk dan lokasi pelbagai objek menggunakan RFID (Radio

    Frequency Identification) dan mencipta persekitaran yang mengasyikkan dengan

    memberikan pengguna maklum balas gambar dan suara kepada manipulasi mereka ke

    atas papan sensor. Selepas analisis dilakukan mengenai penerimaan sistem tersebut

    pasukan ini mendapati pelajar, kanak-kanak begitu juga ibu bapa mereka seronok

    menggunakan sistem ini dan mereka merasakan ia sangat berguna.

    Pelajar-pelajar kursus Ecotourism di Tshwane University of Technology,

    Pretoria, Afrika Selatan (de Crom & de Jager, 2005) pula menerima latihan ektensif

    dalam bidang Biologi melalui penggunaan PDA semasa lawatan ke kawasan alam

    semula jadi. Kajian ini dijalankan sebagai satu alternatif kepada kaedah tradisional yang

    menggunakan buku nota dan sebagainya. Objektif kajian yang dilakukan ialah untuk

    mengenal pasti bagaimana peralatan mudah alih boleh membantu dan mempertingkatkan

    pembelajaran pelajar semasa lawatan. Semasa lawatan diadakan pelajar mengambil nota

    dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan dalam PDA. Hasil kajian

  • 40

    mendapati terdapat peningkatan dalam motivasi pelajar. Kaedah penilaian hasil kerja

    juga lebih mudah dan cepat dilakukan. Hasil intergrasi PDA dengan Sistem Pengurusan

    Pembelajaran (LMS) dan teknologi mudah alih, pelajar dapat menerima dan menghantar

    tugasan mereka dengan mudah dan cepat.

    Para penyelidik membuat kajian dalam pelbagai bidang yang berbeza dengan

    tujuan untuk mencari cara yang terbaik mengaplikasikan peralatan mudah alih dalam

    bidang pendidikan. Salah satu bidang yang menjadi perhatian pengkaji ialah bidang

    bahasa. Di Stanford Learning penerokaan M-Pembelajaran telah dilakukan dengan

    membangunkan prototaip untuk M-Pembelajaran bahasa asing. Prototaip yang

    dibangunkan membolehkan pengguna mempraktikkan perkataan baru, menjawab kuiz,

    capaian kepada terjemahan perkataan dan frasa, dan berhubung dengan jurulatih secara

    langsung dan menyimpan perbendaharaan kata di dalam buku nota. Kajian menghasilkan

    beberapa penemuan yang berguna. Pelajar mendapati M-Pembelajaran adalah satu

    pengalaman yang berbeza. Ia memerlukan tumpuan dan perhatian yang tinggi.

    Pembelajaran adalah proses personal dan emosional. Interaksi personal dalam

    persekitaran membantu dan selamat adalah penting dalam meningkatkan kebolehan

    pelajar. Pembelajaran adalah proses yang sensitive dan pembelajaran bahasa terutamanya

    memerlukan persekitaran yang membantu dan selamat. (http://acomp.stamford.edu/

    acpubs/SOC/Back_Issues/SOC55/#3).

    Kajian ini juga mendapati pelajar kecewa dengan tahap teknologi yang

    dilaksanakan. Talian selular yang lemah dan bising mengganggu sesi pembelajaran.

    Selain daripada itu respon yang salah seperti interaksi dalam sesi pembelajaran kuiz

    mengecewakan pengguna dan membuatkan mereka kurang percaya dengan sistem yang

    ada. Keadaan ini membuatkan mereka tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran.

  • 41

    Pihak Stamford menyedari sistem yang dilaksanakan tidak begitu sempurna dan mereka

    memperbaikinya pada masa akan datang.

    Projek-projek lain yang masih dalam pembangunan ialah mereka bentuk dan

    menilai modul pengajaran M-Pembelajaran untuk peringkat sekolah menengah (Saedah

    Siraj, 2008), mencipta bahan pembelajaran untuk PDA (Bull & Reid, 2003; Colley &

    Stead, 2004) dan WAP serta membangunkan program-program istimewa yang lain

    seperti organizer, jadual waktu dan lain-lain bagi membantu pembelajaran dengan

    peralatan mudah alih.

    Aktiviti-aktiviti M-Pembelajaran

    Sistem pesanan ringkas (SMS) merupakan aplikasi yang paling popular dalam

    peralatan M-Pembelajaran. Misalnya di Malaysia sepanjang tahun 2005 sebanyak 21

    bilion SMS dihantar (Utusan Malaysia, 2005, Mac 16). Aplikasi ini boleh menjadi

    sebagai satu alat sokongan kepada sistem pendidikan. Terdapat beberapa badan tertentu

    yang membuat kajian berkaitan perkara ini.

    Di Kingston Universiti kajian telah dibuat untuk melihat keberkesanan kempen

    SMS timbal balik dalam persekitaran universiti (Stone, Briggs, & Smith, 2002). Pasukan

    ini telah membangunkan sistem yang dapat menghantar SMS kepada pelajar, mendaftar

    perkhidmatan, jadual pelajar, perubahan-perubahan jadual, tarikh dan tempat

    peperiksaan, markah pelajar dan lain-lain. Selepas mendaftar pelajar secara automatik

    dibahagikan kepada 5 kumpulan. Satu kumpulan menerima pengumuman menerusi

    email, 3 kumpulan lagi menerima menerusi SMS dan kumpulan terakhir menerusi web.

    Hasil kajian menunjukkan pelajar lebih suka menerima pengumuman melalui SMS

    berbanding melalui email atau laman web. Mereka merasakan data lebih personal dan

    mereka menyukainya. SMS boleh menjadi berkesan dalam pendidikan (M-Pembelajaran)

  • 42

    sebagai media sokongan. Teknologi kini menjadi semakin baik. Contohnya EMS dan

    MMS mempunyai antara muka yang lebih mesra pengguna.

    Di Universiti Helsinki eksperimen ke atas program "LIVE" (Learning in Virtual

    Environment), yang dijalankan menerusi sistem SMS dan telefon WAP menunjukkan

    hasil yang positif (Seppala, 2002). Projek bermula dengan memperkenalkan digital imej

    dan berkongsi di antara perserta. Kesimpulan daripada projek ini menunjukkan adalah

    tidak mustahil pengenalan kepada MMS dan perkhidmatan 3G yang lain dalam skala

    besar dapat mempertingkatkan lagi keupayaan pelaksanaan M-Pembelajaran.

    Projek di Universiti Sheffield, Hallam (Garner, Francis, & Wales, 2002)

    menggunakan pesanan ringkas (SMS) untuk membantu pelajar ijazah pertama dalam

    bidang psikologi. Walau bagaimanapun pelaksanaan sistem ini tidak digunakan untuk

    pembelajaran tetapi untuk mengurus aktiviti pembelajaran seperti memberi panduan

    kepada pelajar dan membantu dalam pembelajaran mereka. Dapatan kajian sangat positif

    dengan pelajar melihat sistem ini sebagai cepat, sesuai dan personal. Kajian lain di

    sebuah universiti di Norway juga menunjukkan hasil yang positif. Hampir 100% pelajar

    di universiti tersebut mempunya telefon bimbit dan sistem SMS diterima dengan mudah

    (Divitini, Haugalokken, & Norevik, 2002). Dalam kajian ini sistem SMS digunakan

    untuk menyebarkan maklumat mengenai kuliah-kuliah, pembetulan jadual kuliah dan

    sebagainya. Dalam sesetengah kes pelajar mendapati ia sangat sesuai berbanding emel

    atau laman web kerana maklumat sentiasa sampai pada masa yang tepat.

    Projek ini dua isu yang sangat penting dalam melakukan penyelidikan yang lebih

    lanjut dalam bidang M-Pembelajaran. Pertama, teknologi semasa memberi instrumen

    yang cukup berkuasa untuk menyokong kebanyakan bentuk alat pembelajaran baru.

    Kedua, ia juga menunjukkan keghairahan pelajar untuk menerima teknologi baru ini.

  • 43

    Aktiviti SMS dan MMS dalam M-Pembelajaran juga sesuai untuk pelajar yang

    mempunyai masalah membaca dan menulis (Attewell, 2005). Aktiviti-aktivi melalui

    SMS dan MMS telah berjaya membantu membina kemahiran membaca dan menulis

    dalam kalangan pelajar serta mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran.

    Kebelakangan ini banyak sistem yang dibangunkan beberapa universiti seperti

    projek "HyWeb" (Jones, Jo, & Cranitch, 2002) di Universiti Griffith di Gold Coast,

    Australia, "mid-2000" (Virtanen, John, & Wright, 2002) di Universiti Negeri Minnesota

    dan "NAIT m-learning" (http://www.nait.ab.ca/MobileLearning) di Kanada yang

    mengandungi aktiviti pembelajaran menggunakan SMS.

    Pembelajaran sepanjang hayat, kolaboratif atau pembelajaran penyelesaian

    masalah

    Universiti Birmingham telah mereka bentuk suatu sistem dalam bidang M-

    Pembelajaran yang dinamakan projek "HandLer" (http://www.eee.bham.ac.uk/

    handler/default.asp). "HandLer" merupakan reka bentuk dalam sistem komputer bimbit

    yang menyediakan perisian, perkakasan, komunikasi dan reka bentuk antara muka

    sebagai sumber pembelajaran. Projek ini cuba memahami dengan mendalam proses

    pembelajaran dalam konteks yang berbeza dan meneroka pembelajaran sepanjang hayat.

    Penekanan diberikan kepada komunikasi dan reka bentuk sistem berpusatkan manusia

    (human-centered system design). Konsep utama yang diselidiki ialah konsep pemetaan

    dan berkongsi pengetahuan, pembelajaran sepanjang hayat, teknologi pembelajaran tanpa

    mengira tempat dan perbincangan di antara pelajar mobile (Sharples, 2000).

    Projek yang dijalankan di Universiti Teknologi Tampere Finland (Ketamo, 2002)

    mempunyai persamaan dari konsep dengan projek "HandLeR." Dalam projek ini PDA

    digunakan untuk pembelajaran sepanjang hayat (pendidikan matematik) kanak-kanak.

    Kandungan pelajaran disampaikan dalam bentuk permainan di mana pelajar boleh

  • 44

    berkomunikasi dan menolong di antara satu sama lain dan peralatan elektronik

    digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan pelajar dan untuk menyampaikan

    pembelajaran dengan lebih cepat.

    Dalam projek "KNOWMOBILE" di Norway (Smordal, Gregory, & Langseth,

    2002), PDA dan telefon pintar digunakan untuk membuat eksperimen dalam bidang

    pendidikan perubatan kepada pelajar-pelajar daripada sekolah perubatan Universiti Oslo.

    Pelajar diletakkan dalam persekitaran yang berbeza dan diberikan peralatan yang berbeza

    (Kebanyakan daripada mereka tinggal bersama dan mempunyai PDA yang membolehkan

    mereka berhubung di antara satu sama lain; sementara kumpulan pelajar yang lain boleh

    berhubung di antara satu sama lain melalui internet tetapi bekerja dalam lokasi yang

    berbeza, dan sebagainya). Selepas beberapa minggu kajian mereka mendapati pelajar

    menggunakan alat ini setiap hari untuk membaca maklumat daripada buku digital

    perubatan (tidak mendapatkannya melalui internet seperti yang dijangkakan) dan juga

    sebagai alat komunikasi (untuk membincangkan masalah dengan rakan-rakan mereka)

    tetapi selalunya untuk menghantar pesanan SMS dan juga mengatur kegiatan sosial masa

    lapang mereka. Hasil interview dengan pelajar-pelajar ini mendapati perkara ini terjadi

    kerana pelajar-pelajar ini menghadapi masalah teknikal walaupun mereka berminat

    menguji dan menyelidiki faedah penggunaan PDA untuk pembelajaran. Dengan memberi

    panduan yang lebih sempurna dan mendidik mereka cara menggunakannya masalah ini

    boleh diatasi. Para pengkaji menyimpulkan PDA tidak patut dianggap sebagai Pembantu

    Peribadi Digital (PDA) tetapi lebih sebagai jalan keluar daripada laman web yang sukar.

    Kajian ke atas bentuk baru melaksanakan kolaborasi sedang dijalankan oleh

    beberapa institusi yang berbeza, sekolah dan universiti. Dalam beberapa projek yang

    berbeza penyelidik membuat eksperimen keatas pemetaan konsep kolaboratif dan sistem

    mengambil nota kuliah (Ketamo, 2002; Milrad, Perez, & Hoppe, 2002). Antara contoh

  • 45

    kajian kolaboratif ialah sebuah projek di MIT (Klopfer, Squire, & Jenkins, 2002).

    Pasukan ini menggunakan PDA untuk merangsang persekitaran (dalam bentuk

    pemetaan) dan menggunakan simulasi untuk permainan video. Mereka menggunakan

    PDA yang dilengkapi dengan sambungan GPS. Dalam kajian ini PDA dilengkapi

    dengan simulasi dunia yang mempunyai ciri-ciri seperti dunia yang sebenar. Dunia ini

    pula telah mengalami pencemaran udara dan air. Pelajar perlu mengambil sampel udara

    dan air yang tercemar ini dan menganalisanya. Penyiasatan juga boleh dilakukan melalui

    interview dengan orang ramai dan membaca maklumat mengenai situasi yang serupa dan

    akhirnya satu rumusan diperoleh. Semasa permainan mereka bekerjasama dengan

    melakukan penyiasatan dan analisis yang berbeza dan memberikan keputusan (laporan)

    kepada rakan sekelas atau meletakkan laporan berkenaan pada tempat-tempat tertentu

    dalam peta, dimana pelajar lain boleh mencari dan menggunakannya. Pelajar perlu

    bekerjasama kerana mereka diberi tempoh masa tertentu untuk menyiapkan tugasan

    mereka (Klopfer, Squire, & Jenkins, 2002)

    Sementara di National Central Universiti, Taiwan dibangunkan satu prototaip

    bilik darjah yang dihubungkan melalui teknologi mudah alih (Chang, Wang, Liang, Liu,

    & Chan (2004). Bilik darjah ini ada yang terletak dalam sekolah yang sama dan ada juga

    sekolah dari negeri yang berbeza. Antara aktiviti pembelajaran yang diadakan ialah

    pertandingan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris merangkumi aspek perbendaharaan

    kata, tatabahasa, perbualan dan pendengaran. Pertandingan diadakan dalam dua fasa.

    Fasa pertama selama tiga bulan ialah ujian dalam talian sementara dalam fasa kedua

    pelajar memuat turun bahan pertandingan, menjawab soalan bagi mendapatkan gred

    mereka sendiri. Dalam fasa ini perserta dibekalkan dengan alat kawalan wireless (tanpa

    wayar - EduClick). Kajian ini mendapati teknologi mudah alih dan peralatan mudah alih

    memberi faedah yang besar kepada pertandingan yang diadakan. Lebih banyak peserta

  • 46

    boleh mengambil bahagian dan tidak terikat kepada saiz dan ruang. Ia memberikan daya

    tarikan dan interaksi yang lebih banyak dalam pertandingan (Chang, 2004).

    Kemahiran pelajar dalam M-Pembelajaran

    Kemahiran pelajar menggunakan peralatan mudah alih adalah penting dalam

    pelaksanaan M-Pembelajaran. Di Amerika Syarikat penggunaan peralatan mudah alih

    dalam kalangan pelajar K12 diteroka dengan meluas. Salah satu perkara khusus dalam

    Pendidikan K12 ialah kanak-kanak mendapat tugasan memungut data dilapangan.

    Sebagai contoh membuat soal selidik dan memungut pelbagai data seperti mengambil

    ukuran daripada suhu berhampiran sekolah dan lain-lain. Pelajar juga menggunakan

    aplikasi untuk merekod data dan mengambil nota menggunakan peralatan mudah alih.

    (Aleahmad & Scotta, 2002; Farooq, Schafer, Rosson, & Carroll, 2002; Slotta, Clark, &

    Cheng, 2002).

    Satu lagi kajian ialah mengenai penggunaan TI-83 (kalkulator khusus untuk

    pendidikan sains) oleh 80% daripada pelajar-pelajar sekolah di Amerika Syarikat.

    Contoh eksperimen penggunaan prototaip T1-83 yang dijalankan dibeberapa buah

    sekolah di Amerika Syarikat dalam kelas matematik (Davis, 2002). Satu sistem

    rangkaian dipasang menghubungkan komputer bimbit kepada kumpulan-kumpulan yang

    mengandungi 4 orang satu kumpulan telah dipasang. Selepas membuat semakan tahap

    kebolehpercayaan dalam bilik darjah satu lagi versi prototaip dibuat. Sistem ini

    mempunyai pelayan pengkalan data untuk mengawasi aktiviti pelajar dan menyimpan

    data pelajar. Ia disusun dalam sambungan dan access point (AP) yang menghubungkan

    komputer bimbit pelajar dengan komputer guru. Dengan menggunakan sistem ini, pelajar

    terlibat dalam aktiviti kumpulan. Hasil kerja mereka dapat dilihat oleh semua pelajar lain

    dalam kelas dan dalam masa yang sama, guru dapat melihat melalui komputernya siapa

    yang membuat kesilapan dan mengapa ia berlaku. Penilaian dibuat melalui beberapa siri

  • 47

    interview dengan pelajar mengenai pendapat mereka tentang sejauh manakah sistem ini

    berguna dan mesra pengguna. Pelajar berpendapat sistem ini sangat berguna; dan ia

    memberikan mereka kebebasan dan keselesaan; mereka tidak merasa malu jika mereka

    tidak mengetahui jawapan dan mereka melihat pelajar-pelajar lain juga menghadapi

    kesukaran untuk memahami apa yang dipelajari. Pelajar menjadi lebih aktif di dalam

    kelas dan teknologi yang baru memberikan mereka peluang untk memperoleh maklum

    balas terus dalam kelas dan memberi perhatian ke atas perkara yang sukar difahami oleh

    pelajar. Keputusan peperiksaan setiap pelajar meningkat. Kajian ini dijalankan oleh

    penyelidik daripada kumpulan Texas Instrument dan mereka ingin menyambung kajian

    mereka untuk mengenal pasti elemen reka bentuk rangkaian bilik darjah yang bagaimana

    mempunyai kesan positif ke atas persekitaran pembelajaran.

    Eksperimen yang hampir serupa dijalankan di Taiwan (Liu, Wang, Liang, Chan,

    & Yang, 2002) di mana pelajar dilengkapi PDA yang dirangkaikan dan pencapaian

    mereka ditunjukkan di papan putih. Keputusan daripada sudut pandangan pedagogi

    sekali lagi positif. Berbanding dengan bilik darjah tradisional persekitaran virtual (maya)

    dan teknologi, menggalakkan lebih banyak penyertaan dan k