18
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH JABATAN KEJURUTERAAN AWAM DIPLOMA GEOMATIK UKUR KURSUS PENGAJIAN MALAYSIA DUB 1012 TAJUK: DELEGASI KE LONDON DALAM PROSES MENUNTUT KEMERDEKAAN. SATU KAJIAN TINDAKAN. NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHAMMAD NOOR ZAIDI BIN ZAWAWI

delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHJABATAN KEJURUTERAAN AWAM

DIPLOMA GEOMATIK UKURKURSUS PENGAJIAN MALAYSIA DUB 1012

TAJUK:DELEGASI KE LONDON DALAM PROSES

MENUNTUT KEMERDEKAAN. SATU KAJIAN TINDAKAN.

NAMA PENSYARAH:ENCIK MOHAMMAD NOOR ZAIDI BIN

ZAWAWI

Page 2: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

AHLI KUMPULAN

NAMA AHLI NO. MATRIKS

WAN AHMAD NURUDIN BIN WAN SABRI

02DGU16F1009

MUHAMMAD AMIN BIN MOHD AZMAN

02DGU16F1060

MOHAMAD ALIFF HAIQAL BIN HASHIM

02DGU16F1042

MUHAMMAD BIN MOHD TAUFEK

02DGU16F1051

Page 3: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, segala puji ke hadrat Ilahi diatas limpahan rahmat dan Inayah-Nya,

dapatlah kami menyiapkan kajian Pengajian Malaysia yang bertajuk Delegasi Ke

London Dalam Proses Menuntut Kemerdekaan. Selawat dan salam ke atas rasul

junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.

Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, kami ingin merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohammad Noor Zaidi Bin

Zawawi selaku pensyarah Pengajian Malaysia yang telah memberikan tunjuk ajar

dan dorongan kepada kami sepanjang proses kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa kami

yang berjauhan kerana sentiasa memberikan sokongan moral mahupun kewangan

kepada kami sepanjang melaksanakan kajian ini. Sokongan moral daripada mereka

berdua amat penting di saat-saat kami ketandusan idea.

Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih juga diucapkan kerana sudi

memberi bantuan kepada kami seperti memberi sokongan dan mengeluarkan idea-

idea bernas sewaktu kami hampir berputus asa mnyiapkan kajian ini. Segala idea

kalian kami sambut dengan lapang dada. Semoga segala usaha dan cita-cita kita

diberkati Allah hendak-Nya.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam menyelesaikan kajian ini. Segala budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya

Allah S.W.T yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan

perlindungan daripada Allah S.W.T .

Page 4: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

PENGENALAN

Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu telah mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957 setelah sekian lama dijajah oleh kuasa luar. Satu

proses yang agak panjang telah diambil bagi mendapatkan kemerdekaan dengan

pelbagai proses dan cabaran dilalui.

Tanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya

pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah oleh kuasa luar menjadikan

rakyat Tanah Melayu kesedaran betapa semangat mereka untuk keluar daripada

jajahan kuasa luar dan seterusnya memiliki tanah air sendiri tanpa ditadbir oleh

kuasa luar.

Semangat untuk merdeka yang disuarakan oleh rakyat telah membuka mata

pembesar-pembesar di Tanah Melayu ketika itu. Pembesar-pembesar di Tanah

Melayu telah menempuh pelbagai cabaran dan proses termasuklah telah

mengadakan satu rundingan ke London diketuai oleh Tunku Abdul Rahman pada

1956 dan mengambil masa selama 3 minggu. Matlamat rombongan ini diadakan

bertujuan berunding kemerdekaan antara Tanah Melayu dengan British.

Setelah melihat kepada kesungguhan dalam memerdekakan Tanah Melayu,

usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejak dari itu, Tanah Melayu telah membentuk

sebuah negara yang mantap dan matang sehinggalah tercetusnya idea untuk

menukar Tanah Melayu kepada Malaysia. Akhirnya, terbentuklah Malaysia pada

16 September 1963 yang kini dikenali sebagai Hari Malaysia.

Page 5: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

TINJAUAN DELEGASI KE LONDON

Dalam usaha mencapai kemerdekaan daripada penjajah, semua negara di dunia

mempunyai pelbagai kisah dan pengalaman tersendiri dalam memperjuangkan

kemerdekaan. Ada yang berjuang sehingga berlakunya pertumpahan darah dan

melibatkan kehilangan nyawa, ada yang terpaksa bersekutu dengan militan dan

gerakan bawah tanah. Pada masa yang sama, ada juga yang percaya tanpa

keganasan atau senjata boleh membawa kepada keamanan dan kemerdekaan.

Dalam konteks kemerdekaan negara ini, negara kita telah memilih untuk tidak

melibatkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa, ia dicapai melalui cara yang

berhemah iaitu melalui rundingan tanpa perlu menumpahkan darah. Inilah perkara

paling unik yang membezakan Malaysia dengan negara-negara lain dalam

perjuangan kemerdekaan setelah dijajah selama 446 tahun. Tarikh keramat 31

Ogos 1957 terus terpahat dalam sejarah sebagai hari negara ini bebas dari

cengkaman penjajah yang sentiasa menjadi dalang demi untuk kepentingan

sendiri.

PERCUBAAN PERTAMA UNTUK

MENDAPATKAN KEMERDEKAAN

TERJADI PADA 1954

TIDAK BERJAYA

BERTEMPAT DI

LONDON

Page 6: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

Sebelum Tunku Abdul Rahman dan rombongan berangkat ke London pada

21 April 1954, sepucuk surat telah dihantar kepada Setiausaha Tanah Jajahan

Takluk British, Olivier Littleton untuk mengadakan pertemuan. Tetapi jawapan

yang diterima adalah sebaliknya.

Pada tahun yang berikut, Pilihan Raya Persekutuan yang pertama diadakan.

Parti Perikatan yang ketika itu merupakan gabungan UMNO dan MCA

memenangi 51 daripada 52 kerusi kerusi yang ditandingi. Satu kerusi lagi

dimenangi oleh PAS di kawasan Kerian, Perak. Tunku Abdul Rahman dilantik

sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dan MIC yang

mewakili kaum India menyertai parti tersebut pada tahun 1955. Beliau membentuk

sebuah kabinet yang dianggotai oleh 10 orang menteri yang terdiri enam orang

daripada UMNO, tiga orang daripada MCA dan seorang daripada MIC.

Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman sekali lagi pergi ke London untuk

berunding tentang kemerdekaan Malaya. Tunku Abdul Rahman telah membawa

rombongan untuk berunding di London. Antara anggota rombongan tersebut

adalah Tunku Abdul Rahman, seorang setiausaha, empat wakil PERIKATAN.

Rundingan mengenai Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ini berlangsung

selama 3 minggu di London merupakan satu lagi kejayaan Parti PERIKATAN.

Page 7: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu dan pemimpin

Parti Perikatan telah menghantar satu memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan

British di London pada Ogos 1955 untuk membuat rundingan kemerdekaan bagi

Tanah Melayu. Memorandum tersebut diserahkan kepada Alan Lennox-Boyd,

Setiausaha Negara Tanah Jajahan. Pada 1 Januari 1956, Tunku Abdul Rahman

telah mengetuai rombongan ke London untuk menuntut kemerdekaan. Rundingan

ini melibatkan empat orang wakil Raja Melayu dan empat orang wakil Perikatan.

Wakil Raja-raja

Melayu

Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin

Toh Muda Abdul Aziz (Wakil Sultan Perak)

Dato’ Nik Ahmad Kamil (Wakil Sultan Kelantan)

Dato’ Mohd Seth Mohd Said (Wakil Sultan Johor)

Abdul Aziz Majid (Wakil Sultan Selangor)

Abdul Kadir Shamsuddin (Setiausaha wakil raja-raja)

Wakil Perikatan Tunku Abdul Rahman

Dato’ Abdul Razak Hussein

ROMBONGAN KE LONDONBERLANGSUNG SELAMA 3

MINGGU

PERJANJIAN LONDON DIMETERAI

KEMERDEKAAN PADA AKHIR BULAN OGOS

RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Page 8: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

Dr. Ismail Abdul Rahman

Kolonel H.S.Lee

T.H.Tan (Setiausaha Perikatan)

Wakil Kerajaan

British

Alan Lennox-Boyd (Setiausaha Negara Tanah Jajahan

British)

John Hore (Menteri Negara)

Donald MacGillivary (Pesuruhjaya Tinggi British bagi

Persekutuan Tanah Melayu)

David Watherston (Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah

Melayu)

Oscar Spencer (Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Persekutuan Tanah Melayu)

Individu yang terlibat dalam rundingan ke London

Perjalanan Tunku Abdul Rahman bersama rombongan kemerdekaan ke

london mengambil masa yang agak lama kerana mereka pergi ke london dengan

belayar menaiki kapal. Tujuan mereka memilih kapal laut berbanding kapal

terbang adalah kerana pihak rombongan delegasi kemerdekaan ingin merangka

dan menyusun segala hujah dan membidas segala pertanyaan dan kekeliruan yang

akan dilontarkan pihak British. Akan tetapi mereka pulang ke tanah air menaiki

kapal terbang kerana mereka ingin menyatakan berita gembira kepada rakyat tanah

air. Pada 1hb Januari 1956, Tunku dan rombongan bertolak ke Karachi, Pakistan

dengan kapal laut MV Asia dari Singapura. Dari Karachi, mereka meneruskan

penerbangan ke Kaherah seterusnya ke London.

Mereka tiba di london pada 14 Januari 1956. Mereka kemudiannya

berunding dengan perwakilan kerajaan British, Setiausaha Negara bagi Tanah

Page 9: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu dan lain-lain.

Rundingan berjalan dari 16 Januari hingga 6 Februari 1956.

Persidangan Meja Bulat di Lancaster House, London bermula pada 18

Januari 1956. Persidangan diadakan untuk membuat rundingan yang berkaitan

dengan kemerdekaan Tanah Melayu, hal-hal kewangan, pentadbiran, keselamatan

dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal negeri serta penubuhan jawatankuasa

bebas untuk membentuk perlembagaan baharu dan mengkaji kedudukan istimewa

Raja-raja Melayu. Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

ditandatangani pada 8 Februari 1956 bagi mengakhiri rundingan kemerdekaan

selama tiga minggu tersebut dengan beberapa persetujuan telah berjaya dicapai.

Pada kali ini, beliau berjaya dan hasil daripada rundingan ini Perjanjian

London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan mengikut pada perjanjian

tersebut Tanah Melayu akan mendapat kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957.

Selepas persidangan tersebut, sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan.

Suruhanjaya ini dinamakan suruhajaya Reid. Dalam penggubalan perlembagaan

Persekututan Tanah Melayu, suruhanjaya ini mestilah mengambil semua

pandangan daripada masyarakat Tanah Melayu. 131 memorandum bertulis

daripada orang perseorangan dan beberapa pertubuhan telah diterima oleh

suruhanjaya tersebut.

Delegasi rundingan kemerdekaan yang kembali dari London pada 20

Februari 1956 disambut dengan meriah sepanjang jalan, iaitu dari Lapangan

Terbang Batu Berendam ke Padang Hilir, Melaka dengan iringan sepasukan

pemuda bermotosikal dan berpuluh kereta. Tunku Abdul Rahman mengumumkan

kemerdekaan akan dicapai secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di hadapan 100 000

orang berkumpul di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Page 10: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

Sejak itu, tanah air ini telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan

kemakmuran yang membanggakan selama 52 tahun untuk dikongsi bersama setiap

warganya tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.

KESIMPULANSejarah untuk mencapai kemerdekaan telah membuktikan bahawa Tanah

Melayu diceroboh oleh kuasa asing. Justeru masyarakat Melayu selaku masyarakat

pribumi telah mengusahakan pelbagai cara untuk mengembalikan kedaulatan

dengan mengorbankan jiwa dan raga mereka. Perjuangan ini kemudiannya disusuli

bersama-sama berusaha untuk memartabatkan sebuah negara yang merdeka.

Kerjasama dan tolak ansur antara kaum akhirnya membuahkan hasil apabila

kemerdekaan berjaya dikecapi dan matlamat mendirikan negara berdaulat tercapai

pada tahun 1957.

Seiring dengan perjalanan masa dan perkembangan politik, rancangan

menubuhkan persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura,

Sabah, Sarawak dan Brunei digagaskan dan akhirnya dilaksanakan pada 16

September 1963. Namun, Singapura telah terkeluar daripada Persekutuan Malaysia

selepas 2 tahun Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Penubuhan Malaysia

sesungguhnya telah memberi banyak faedah pada Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak sama ada dari segi politik mahupun sosioekonomi.

Page 11: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

LAMPIRAN

ROMBONGAN DELEGASI KEMERDEKAAN KE LONDON

BENDERA UNION JACK DITURUNKAN

Page 12: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

DELEGASI KEMERDEKAAN BERSAMA PEMIMPIN PARTI PERIKATAN

TUNKU ABDUL RAHMAN MENANDATANGANI PENETAPAN TARIKH KEMERDEKAAN

Page 13: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

PERARAKAN SEMPENA MENYAMBUT KEMERDEKAAN KALI PERTAMA

TANDATANGAN TOKOH YANG TERLIBAT DALAM RUNDINGAN KEMERDEKAAN 1956 DI LONDON

Page 14: delegasikemerdekaankelondon.files.wordpress.com · Web viewTanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah

RUJUKAN

m.utusan.com.my/rencana/tiga-kali-ke-london-1.129620

fourstargirls.blogspot.my/2016/03/kursus-pengajian-malaysia-dub-

1012.html?m=1

amirulrique.blogspot.my/2014/10/pengenalan.html?m=1

wanmuhamadsyahmi.blogspot.my/2014/09/pembentukan-kemerdekaan—

malaysia.html?m=1

Buku Pengajian Malaysia Tahun 2016