8
GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014 GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 1 GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2014 JABATAN PERANCANGAN INFRASTRUKTUR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 1.0 TUJUAN 1.1 Garis Panduan Jalan Dan Perparitan 2014 ini disediakan adalah bertujuan untuk menyeragamkan kehendak-kehendak DBKL semasa memproses Pelan Jalan Dan Perparitan. 1.2 Panduan kepada Jurutera Perunding Pemaju untuk merekabentuk dan menyediakan Pelan Jalan Dan Perparitan serta menjadi panduan kepada kakitangan DBKL untuk memproses dan meluluskan Pelan Jalan Dan Perparitan. 1.3 Garispanduan ini juga adalah untuk memperjelaskan maksud yang terkandung dalam Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974 berhubung dengan kehendak teknikal jalan dan Perparitan 2.0 SYARAT - SYARAT TEKNIKAL JALAN DAN PERPARITAN 2.1 Jalan dan parit disempadan tapak pembangunan hendaklah dibina (jika tiada) atau menaik taraf jalan dan parit sekiranya sediada. 2.2 Jalan dan parit hendaklah disambung kepada  jalan dan parit yang sedia da.

Dbkl Jpif - Garis Panduan Jalan Perparitan - 2014

  • Upload
    hasif21

  • View
    446

  • Download
    40

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GARIS PANDUAN JALAN PERPARITAN

Citation preview

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 1

    GARIS PANDUAN

    JALAN DAN PERPARITAN

    WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    2014

    JABATAN PERANCANGAN INFRASTRUKTUR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN

    1.0 TUJUAN

    1.1 Garis Panduan Jalan Dan Perparitan 2014 ini disediakan adalah bertujuan untuk menyeragamkan kehendak-kehendak DBKL semasa memproses Pelan Jalan Dan Perparitan.

    1.2 Panduan kepada Jurutera Perunding Pemaju untuk merekabentuk dan menyediakan Pelan Jalan Dan Perparitan serta menjadi panduan kepada kakitangan DBKL untuk memproses dan meluluskan Pelan Jalan Dan Perparitan.

    1.3 Garispanduan ini juga adalah untuk memperjelaskan maksud yang terkandung dalam Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974 berhubung dengan kehendak teknikal jalan dan Perparitan

    2.0 SYARAT - SYARAT TEKNIKAL JALAN DAN

    PERPARITAN

    2.1 Jalan dan parit disempadan tapak pembangunan hendaklah dibina (jika tiada) atau menaik taraf jalan dan parit sekiranya sediada.

    2.2 Jalan dan parit hendaklah disambung kepada jalan dan parit yang sediada.

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2

    2.3 Rekabentuk rezab jalan hendaklah mematuhi hairaki kelebaran rezab jalan iaitu 40, 50, 66, 80,100 dan 132.

    2.4 Cadangan jalan dan perparitan yang melibatkan kawasan LLM dan rezab TNB hendaklah memperolehi persetujuan terlebih dahulu daripada agensi tersebut.

    2.5 Keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) di siarkaki hendaklah disediakan.

    2.6 Penutup sump dan penutup longkang dalam kawasan siarkaki hendaklah menggunakan PCC Slab.

    2.7 Rekabentuk untuk Rezab Jalan 40 hingga 132 DBKL hendaklah berdasarkan Jadual 2.7.1 dan 2.8.1 seperti berikut:

    Jadual 2.7.1 : Dimensi Pelan Keratan Jalan

    Rezab Jalan Lebar

    Median Lebar Jalan

    Kawasan Hijau +Siarkaki + Slab Longkang

    (Rujuk Pelan Piawaian JPIF 2014)

    40 0

    (12192mm) -

    24 0

    (7315mm)

    JPIF/STD/0023 SYIT 58 DAN 59

    50 0

    (15240mm) -

    20 0 /28 0

    (6100mm-8534mm)

    JPIF/STD/0023 SYIT 60 DAN 61

    66 0

    (20117mm) -

    40 0

    (12192mm) JPIF/STD/0023 SYIT 62

    80 0

    (24384mm)

    8 0

    (2438mm)

    2 x 22 0

    2 x (6706mm)

    JPIF/STD/0023 SYIT 63

    100 0

    (30480mm)

    15 0

    (4572mm)

    2 x 24 0

    2 x (7315mm)

    JPIF/STD/0023 SYIT 64

    132 0

    (40233mm)

    15 0

    (4572mm)

    2 x 36 0

    2 x (10972mm)

    JPIF/STD/0023 SYIT 65

    Jadual 2.8.1: Ketebalan minima Crusher Run dan Premix hendaklah berdasarkan jadual berikut.

    Rezab Jalan

    Lebar Jalan

    (carriageway)

    Sand Bedding

    (mm)

    Crusher Run

    (mm)

    Binder Course

    (mm)

    Wearing Course

    (mm)

    20 14 50 300 40 50

    40 24 50 300 50 50

    50 20/28 50 300 50 50

    66 40 100 450 50 60

    80 2 x 22 100 450 50 60

    100 2 x 24 100 450 50 60

    132 2 x 36 100 450 50 60

    2.9 Cul-de-sac hendaklah diturap sepenuhnya iaitu dari longkang ke longkang. Siarkaki tidak perlu dicadangkan disini.

    2.10 Acceleration lane / Deceleration lane yang sesuai hendaklah dicadangkan dan

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 3

    dihubungkan dengan jalan sedia ada. Butir-butir bagi tanda-tanda jalan (Road Marking) untuk Acceleration lane / Deceleration lane tersebut hendaklah mengikut piawaian semasa.

    2.11 Kerb di persimpangan dua jalan utama hendaklah menggunakan horizontal curve 35 kaki radius.

    2.12 Aras laras cadangan jalan baru hendaklah diselaraskan dengan jalan sediada dan disahkan dengan perkataan The finished level of the proposed roads and platform levels proposed are such that it will permit connection to adjoining existing or future roads di dalam pelan.

    2.13 Garisan sempadan mesti ditunjukkan didalam setiap gambarajah dan pelan keratan rentas.

    2.14 Pelan-pelan keratan rentas / keratan memanjang untuk kerja-kerja jalan dan perparitan perlu dikemukakan.

    2.15 Semua bebendul konkrit jalan yang dicadangkan hendaklah menggunakan jenis extruded kerb dan mengikut piawaian jabatan ini.

    2.16 Catch pit tepi jalan disediakan bersama Galvanised Steel Grating bersaiz 610mm x 250mm pada sela 6m.

    2.17 Outlet pipe hendaklah dibina daripada paip konkrit 225mm dengan disalut konkrit 100mm disekelilingnya dan di tempatkan pada sela 6m atau pada tempat-tempat yang difikirkan bersesuaian dengan cerun 1:40 bersama dengan pemasangan catch pit.

    2.18 Bagi cadangan jalan dan perparitan yang melibatkan LLM / TNB / SYABAS / IWK, kelulusan/persetujuan daripada pihak tersebut hendaklah diperolehi oleh Juruperunding.

    2.19 Siarkaki jenis concrete (wire brush / broom finish) atau seumpama dengannya hendaklah dicadangkan di dalam semua sekim pembangunan baru dan butir-butir binaannya hendaklah dikemukakan.

    2.20 Kesemua cadangan sump untuk siarkaki hendaklah ditutupi dengan menggunakan Precast Compressed Concrete Slab (PCC Slab), bersaiz 600mm x 395mm x 2 no bersama dengan cast-in-situ slab.

    2.21 Siarkaki disediakan lubang pemeriksaan dengan PCC Slab bersaiz 600mm x 395mm x 1no (minimum) pada sela 6m.

    2.22 Kemudahan (OKU) hendaklah disediakan di atas siarkaki baru mengikut MS 1331 : 2003 (contohnya guiding block, drop kerb dan lain-lain).

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 4

    2.23 Guardrails / Pagar Keselamatan (Anti Climb G.I guardrails) yang bersesuaian hendaklah diadakan dikedua-dua belah jalan yang dibina di atas tambak (embankment) dan kawasan yang beza ketinggian melebihi 1 meter.

    2.24 Cadangan untuk kerja-kerja didalam rezab parit / sungai dan lencongan saliran (sekiranya ada) hendaklah ditunjukkan didalam pelan dan seterusnya kemukakan sesalinan pelan perakuan daripada Jabatan Perancangan Infrastruktur.

    2.25 Longkang tepi jalan hendaklah dibina baru di luar lot mengikut garisan sempadan dan sistem perparitan yang baru ini hendaklah dapat dihubungkan dengan baiknya dengan sistem yang sedia ada.

    2.26 Saiz minima cadangan pipe culvert adalah bergarispusat 900mm dan perlu disahkan dengan pengiraan Juruperunding.

    2.27 Dinding-dinding batu-bata 9(225mm) tebal hendaklah berada di atas concrete haunching dan hendaklah diplaster dengan simen mortar setebal (19mm) tebal. Sila tunjukkan dalam gambarajah keratan rentas.

    2.28 Dinding-dinding batu-bata 9(225mm) tebal hendaklah dibina kepada ketinggian maksima 36(1050mm) dan ditambah menjadi

    13(350mm) bagi ketinggian melebihi 36(1050mm) tetapi tidak melebihi 50(1500mm).

    2.29 Longkang tepi jalan hendaklah dicadangkan dari jenis 12(300mm) Half Round Glaze Ware(HRGW).

    2.30 Tebal konkrit asas longkang hendaklah sekurang-kurangnya 6(150mm) tebal.

    2.31 Semua longkang tepi jalan yang dibina baru dan yang sedia ada terbuka hendaklah ditutupkan dengan cast-in-situ slab setebal 4(100mm) (min).

    2.32 Cadangan laluan utiliti hendaklah ditunjukkan dengan jelas dalam pelan tapak dan pelan keratan dan ianya hendaklah selaras dengan pelan piawaian jabatan ini (Rujuk nombor lukisan JPIF/STD/0023 SYIT 60 hingga SYIT 65). Didalam hal ini sebarang laluan utiliti tidak dibenarkan berada dalam kawasan laluan jalan(carriageway)

    2.33 Pelan berasingan atau `superimposed plan didalam pelan tapak hendaklah menunjukkan garisan jalan seperti garisan putus, garisan berterusan, garisan berhenti, `zebra crossing, arrow marking, yellow box, chevron dan seumpamanya termasuk kedudukan papantanda-papantanda jalan, kedudukan tiang lampu, lampu isyarat,

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 5

    feeder pillar dan papan tanda nama jalan hendaklah dikemukakan bersama-sama pelan jalan dan perparitan serta mematuhi piawaian jabatan ini/DBKL

    2.34 Lokasi kedudukan tiang lampu, lampu isyarat, feeder pillar dan papan tanda nama jalan ini hendaklah berada dalam kawasan yang tidak menjadi halangan kepada pergerakan pejalan kaki (sebagai panduan rujuk Nombor Lukisan JPIF/STD/0023 Syit 66)

    3.0 SYARAT - SYARAT TEKNIKAL PEMBETUNG

    PINTU MASUK

    3.1 Dinding batu-bata berukuran 9(225mm) tebal hendaklah dibina kepada ketinggian maksima 36(1050mm) dan ditambah menjadi 13(350mm) bagi ketinggian melebihi 36(1050mm) tetapi tidak melebihi 50(1500mm).

    3.2 Bahagian jalan masuk yang menghubungkan slab culvert pintu masuk dan jalan sedia ada hendaklah dibina daripada 3(75mm) premix diatas 12(300mm) batu crusher run.

    3.3 Bahagian teratas slab culvert pintu masuk hendaklah dibina rata dan separas dengan bahagian jalan dalam rezab jalan.

    3.4 Perunding dikehendaki mengesahkan dan menyatakan sama ada buir-butir culvert pintu masuk yang diberikan adalah mewakili satu atau kesemua culvert pintu masuk atau tidak. Butir binaan untuk setiap culvert pintu masuk hendaklah dapat dirujukkan.

    3.5 Dinding batu-bata 9(225mm) tebal hendaklah di atas concrete haunching dan hendaklah di plaster dengan simen mortar setebal (19mm) tebal. Sila tunjukkan dalam gambarajah keratan rentas.

    3.6 Tebal minima slab culvert pintu masuk ialah 6(150mm) tebal. Kelebaran slab perlu setakat melepasi lebar perparitan sahaja.

    3.7 Galvanised Steel Grating with hinge sahaja hendaklah di cadangkan dengan saiz minima 450mm x 610mm dan hendaklah di tempatkan di tengah-tengah culvert pintu masuk. Hot-dipped grating tidak dibenarkan.

    3.8 Pelan-pelan keratan rentas / keratan memanjang untuk kerja-kerja pembentung pintu masuk perlu dikemukakan.

    3.9 Panjang wing-wall hendaklah tidak melebihi lebar span culvert pintu masuk.

    3.10 Panjang culvert pintu masuk hendaklah dicadangkan di antara 120(3600mm) hingga 200(6100mm) panjang bagi

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 6

    pembangunan kediaman; dan maksima 30(9144mm) panjang bagi pembangunan stesen minyak.

    3.11 Tebal konkrit asas longkang hendaklah sekurang-kurangnya 6 (150mm) tebal.

    3.12 Garisan sempadan mesti ditunjukkan di dalam setiap gambarajah keratan rentas.

    3.13 Bagi setiap permohonan/pembangunan; yuran pemeriksaan tapak bagi kerja-kerja Jalan dan Perparitan hendaklah dibayar dengan menggunakan Bank Deraf atas nama `Bendahari Bandaraya berdasarkan jadual berikut:

    Jadual 3.13.1 : Perkiraan yuran pemeriksaan Jalan dan Perparitan

    SAIZ PEMBANGUNAN

    (mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh Unit Pusat Setempat OSC)

    YURAN YANG DIKENAKAN (RM)

    KECIL TIADA BAYARAN

    SEDERHANA 500

    BESAR 2000

    4.0 PERMOHONAN KELULUSAN PELAN JALAN DAN PERPARITAN (TERMASUK PELAN PEMBENTUNG PINTU MASUK)

    4.1 3 set pelan yang lengkap perlu dikemukakan kejabatan ini yang terdiri dari Pelan Lokasi, Pelan Tapak, Pelan Keratan Jalan, Pelan Pengurusan Lalulintas, Pelan Laluan Utiliti termasuk Pelan-pelan butiran siarkaki, longkang, kerb, scupper drain, papantanda jalan, papantanda arah dan butiran lain yang berkaitan jalan dan perparitan

    Kesemua pelan-pelan ini hendaklah mematuhi semua kehendak syarat teknikal jalan dan perparitan yang dinyatakan pada para 2.0 dan 3.0 termasuk menjelaskan yuran pemeriksaan mengikut Jadual 3.13.1 diatas.

    4.2 Senaskah perkiraan rekabentuk perparitan dan yang berkaitan dengan cadangan jalan dan perparitan hendaklah dikemukakan bersama semasa membuat permohonan

    4.3 Borang JPIF 1 dan 3 yang telah lengkap diisi dan disahkan oleh Jurutera Perunding hendaklah dikemukakan bersama-sama Pelan Jalan dan Perparitan

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 7

    5.0 PERMOHONAN KELULUSAN PELAN LAMPU JALAN

    5.1 Pelan cadangan lampu jalan boleh juga dikemukakan/(superimposed) bersama-sama Pelan tapak Jalan dan Perparitan(atau pelan yang berasingan) dan dikemukakan serentak pada satu masa untuk diluluskan oleh Jabatan ini.

    Didalam hal ini semua kehendak syarat teknikal lampu jalan yang dinyatakan dalam Garispanduan Lampu Jalan dan Lampu Hiasan Pejalankaki 2014 hendaklah dipatuhi dan ditunjukkan dalam pelan berkenaan.

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 8

    Slope 1:12

    Parit tepi jalan Tacktiles

    Kawasan Pejalan Kaki Bebas Halangan

    Kawasan Hijau

    Tiang Lampu Jalan Feeder Pillar

    Zebra Crossing

    Kerb separas dengan paras jalan

    PELAN SUSUNATUR PERSIMPANGAN MENUNJUKKAN LOKASI PERABUT JALAN DAN TANDA JALAN

    Papantanda nama jalan