Upload
ngokhuong
View
226
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
1
KANDUNGAN
TAJUK Mukasurat
1. “Motivasi Memburu Kejayaan” Oleh Datuk Maznah Hamid 2
Nama Pengulas : Leilawati Binti Zakaria
2. “The Charisma Effect” How To Make A Powerful And Lasting 6
Impression By Andrew Leigh
Nama Pengulas : Leilawati Binti Zakaria
3. Title: See You At The Top Author: Zig Ziglar 9
Nama Pengulas : Kannan S/O Rassiah
4. Kajidaya Bendalir Mat Nawi Wan Hassan 13
Nama Pengulas : Ruslan Bin Abdul Jalil
“Motivasi Memburu Kejayaan”
Oleh Datuk Maznah Hamid
Nama pengulas : Leilawati Binti Zakaria (JKM)
Datuk Maznah Hamid
The best recipe for Success, Happiness and Wealth is to identify your true
talent, embrace a life‐long learning process and continuous development,
and make it a source and capital of your life.
‐ Datuk Maznah Hamid, Motivasi Memburu Kejayaan.
Tajuk di atas adalah tajuk sebuah buku motivasi tulisan Datuk Maznah
Hamid. Beliau merupakan pakar motivasi wanita yang amat saya kagumi,
Pakar motivasi ini dikenali sebagai The Iron Lady atau Wanita Waja. Beliau
berpegang teguh pada falsafah ‘modal utama adalah diri sendiri’. Beliau
yakin dengan dorongan ini dari dalam dapat memacu individu itu menjadi
cemerlang. Beliau adalah kaunselor, motivator dan pendidik di radio dan
televisyen. Beliau juga adalah seorang usahawan yang berjaya dan menjadi
‘role model’ kepada usahawan lain. Beliau kini menjadi motivator dan
2
3
‘public speaking’ di institusi‐institusi pengajian tinggi, kementerian‐
kementerian, badan‐badan berkanun dan swata. Beliau telah menjelajah ke
seluruh pelosok tanahair semata‐mata memotivasi dan memberi kesedaran
seluruh masyarakat.
Ulasan
Kali ini saya mengulas sebuah buku motivasi yang bertajuk Motivasi
Memburu Kejayaan tulisan Maznah Hamid. Keseluruhannya buku ini
memang menarik dan perlu dibaca dari kulit ke kulit kerana ianya
mengadunkan antara kejayaan peribadi, rumahtangga dan kerjaya
(perniagaan) dengan menggunakan segala kebijaksanaan yang ada. Ia
mudah dijadikan panduan kerana penulisnya wanita, sudut pandangannya
juga adalah dari perspektif wanita (yang berjaya).
Pada bahagian awal buku ini, bermula dengan pengenalan matlamat
di mana penulis ini menyentuh bahawa anak kunci kejayaan diri dan
kehidupan adalah bermula dengan wujudnya tujuan hidup ataupun
matlamat yang spesifik dan realitistik. Beliau juga menekankan bahawa bagi
mencapai kehidupan yang seimbang, kita haruslah merancang matlamat
kita dengan meliputi ketujuh‐tujuh aspek kehidupan iaitu mental, jasmani,
rohani, kerjaya, kewangan, keluarga dan sosial. Tentukan aspek kehidupan
mana yang menjadi keutamaan kita ketika ini. Napoleon Bonarparte,
seorang pemimpin Perancis yang terkenal, pernah berkata, “Tidak ada
perkataan ‘tak boleh’ (impossible) dalam kamus aku” Dengan kata lain,
wujudkan matlamat dan berusahalah secara positif untuk memburu
kejayaan, seolah‐olah tidak ada apa pun yang mustahil untuk dicapai.
4
Bahagian seterusnya dalam entri buku ini adalah mengenai kesedaran diri
yang positif di mana ciri‐ciri orang yang berjaya perlu ada kesedaran yang
lebih dan sentiasa mempamerkan serta mempraktikkan positif self‐
awareness. Buku ini juga memberi pendekatan bagaimana untuk membina
imej diri dan membentuk personaliti yang sememangnya merupakan aset
paling berharga dan bernilai bagi manusia. Bagi mempunyai imej diri yang
sihat dan menyakinkan, penulis ini menggabungkan ke empat‐empat
elemen dalam pembentukan personaliti iaitu rasa penghormatan dan
penghargaan terhadap diri kita (self‐esteem), percakapan terhadap diri
sendiri (self‐talk and inner communication), disiplin diri (self‐discipline)
serta kawalan diri (self‐control). Apabila kita beri tumpuan terhadap empat
elemen tadi, nescaya kita dapat mempunyai imej diri yang sihat dan
menyakinkan.
Buku ini juga mengulas tentang bagaimana untuk membangunkan
potensi diri dan bagaimana untuk mengubah apa jua sikap negatif yang
berada dalam diri kita. Dalam bab ini juga, ada beberapa formula
didedahkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan menghadapi
kegagalan serta mengajar bagaimana untuk menjadikan diri kita “a stronger
survivor” setiap kali mengharungi rintangan.Untuk episod yang berikutnya,
saya begitu tertarik dengan entri bab ketujuh iaitu erti sebuah kemaafan di
mana buku ini memberi beberapa panduan atau petua yang berkesan bagi
mendorong kearah kemaafan. Sebenarnya kemaafan adalah umpama pisau
bedah yang membuang segala parut luka emosi dan ubat yang paling
mujarab bagi membuang segala luka emosi lama yang mendorong ke arah
kemaafan adalah rasa kasih sayang. Penulis ini juga ingin berkongsi
5
pengalaman beliau mengenai rumah tangga bahagia, kerja kuat membawa
kejayaan, ciri‐ciri keusahawanan tulen dan prinsip‐pinsip hidup yang telah
membawa kejayaan besar kepada dirinya.
Antara kata‐kata yang saya rasa begitu tertarik dalam sedutan buku
ini ialah:
“ Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak
membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf).
Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan tidak ingin
memperbaiki dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak
boleh membesar lagi!”
Buku ini bukan sekadar memberi panduan untuk menjadi usahawan
berjaya, malah ia dapat mencetuskan pelbagai ilham baru dan membantu
bagaimana cara kita berfikir untuk menerima dan mengolah sesuatu sama
ada yang negatif atau positif agar menghasilkan kesan yang positif untuk
kita melangkah maju dan memperbaiki kualiti hidup. Dengan
kebijaksanaan, anda mampu menjadikan suami, anak‐anak, keluarga,
persekitaran dan apa sahaja yang anda miliki sebagai sumber sokongan
untuk anda menggapai impian anda dan bukan menjadi pemerhati
kejayaan orang lain.
“The Charisma Effect”
How to Make a Powerful and Lasting Impression
By Andrew Leigh
A Review by :
Leilawati binti Zakaria (JKM)
About the author
Andrew Leigh is a founding director of Maynard Leigh Associates, the
development and consultancy service whose mission is to unlock people’s
potential.
For some years he was a business feature writer on The Observer and later
worked for many years as an Assistant Director in the public sector. Author
of more than a dozen books on management, leadership and presentation,
he is a Fellow of the Chartered Institute of Personnel and Development. 6
7
Summary
We all know people who have charisma. In the new execubook: "The
Charisma Effect" reveals how . Is charisma something that can be learned,
or is it an attribute that only a lucky few are born with it or not? Find out
how to harness the powerful effects of charisma to improve "all "aspects of
your life. Want to have it too? So you can learn to generate your own
personal palette of impact skills, establish a rapport with everyone you
meet and convey gravitas wherever you go.
While the conventional view is that only a few extraordinary people
posses charisma, the author of this execuBook, Andrew Leigh, says each of
us can ‐ to a degree ‐ develop our own Charisma Effect.
This involves the ability to use all aspects of our unique personality to
influence the people we deal with emotionally, physically and intellectually,
and to address their specific thoughts, attitudes and behaviors. Leigh
explains how charisma can be developed through the process – three key
elements ‐ A‐B‐C :Aim, Be yourself and Chemistry. This combination of
these three elements is alternate necessitate because sometimes one
elements influences the other and vice versa, the interactions can become
complicated.
For the early part of this book (Part 1) explores about your aims‐
discover and clarify you real purpose and also their impact how you come
across the people. Example, you are meeting for a reason and be clear what
you aim is and also you know ‐what do you want to achieve. The second
part (Part 2) shows how,through natural behaviours‐the seven Charisma
8
Effect behaviours like fluency, confidence,presence,authenticity, courage,
passion and demeanour that you can be yourself while affecting how
people experience you. The third part (Part 3)dissects the difficult area of
chemistry, through the relationships you create with other people.
The final part (Part 4) is using A‐B‐C in real life and brings it all
together to show how you can use chosen parts of the approach to modify
and enhance your charisma effect to create a powerful and lasting
impression.
Whenever you have an impact on another human being, you will be
using your own version of the Charisma Effect.
This summary is a how‐to guide to developing personal charisma. It
will be of interest to anyone who wishes to be more effective at influencing
others. This book aims to help you develop this natural ability further and it
is working for you each time you succeed in influencing a group, a team, a
boss, a colleague or anyone you encounter.
“If you think you’re too small to have an impact, try going to bed with a
mosquito in the room”
Anita Roddick, founder of the Body Shop
Title: See You At The Top
Author: Zig Ziglar
Publisher: Pelican Publishing Company (2000)
Page: 353
ISBN: 978‐1‐56554‐706‐3
Review by: Kannan s/o Rassiah (Mechanical Engineering
Department PMM)
Segment One: Stairway to the top
Segment Two: Your Self – Image
Segment Three: Your Relationship with others
Segment Four: Goals
Segment Five: Attitude
Segment Six: Work
Segment Seven: Desire
Ziglar was born Hilary Hinton Ziglar in Alabama in 1926 with 12
siblings. His family lived in financial hardship, but he managed to go to
college in Jackson, Mississippi and the University of South Carolina. Ziglar
spent many years as a cookware salesman in Mississippi, rising to become
9
10
the second best performer in his national firm. In 1946 he married Jeon
Abernaty, with whom he would have several children. Ziglar has been
recognized three times in the Congressional Record of the United Stated for
his work with youth in the drug war and for his dedication to America and
the free‐enterprise system.
This book tells us the importance of honesty, loyalty, faith, integrity
and strong personal character. “See you at the top” shows us the value of a
healthy self‐image and how to build it. Personal goals are an essential part
of any program for success. This important book tells us how to set and
achieve those goals and provides step by step instructions on how to
change the way you think about yourself and your surroundings.
The ideas, procedures and the techniques came from the lifetime of
living. It incorporates a lifetime of people development experience as well
as personal involvement with many of the world’s top professionals.
In this book, the author had divided the contents to seven segment
or chapter. In every segment there are sub topics which show more detail
about the topics.
In the first segment, author wants the readers to understand the
purpose of this book by preparing our self or identify the things you want in
life and course of action to get them. In this chapter, the author shows
picture of a guy who need to used a stairs to reach to the top. Each step of
the stairs is main segment of this book.
11
In the second segment or the first step on the stair way to the top,
will be the development of a healthy self‐image. In this segment, the author
demonstrates the important of a healthy self‐image, to identify the causes
of a poor self‐ image, to reveal the manifestations of a poor self‐image and
to encourage the readers to choose and then remain on the road to a
healthy self‐image.
In the third segment which is the second step in this book. The
second step is the recognition of the worth and ability of other people, as
well as the necessity of effectively living and working with them. Here the
author want to clarify the way a person should see other people and treat
other people like you see them. Here he also highlighted that if a person
wants to establish his or her life, they need to help other people get what
they want.
In the fourth segment which is the third step is strong goal
orientation. The author tried to say that when we need to build a house,
first we need to have a plan. So, to build a life, a person needs to have a
plan or goal. In this segment shows the important of goal in personal life
and explained why most people never set goals. To identify the kind of
goals one should have to elaborate on the characteristic of the goal, how to
set a goal and how to reach a goal. This chapter is important because it is
guideline to a person to achieve what they had set in their life.
12
In the fifth segment or the fourth step in this book highlight or
collaborate more on the attitude. Here the author tried to demonstrate the
important of a right mental attitude and to identify some of the many
characteristic of attitude. He tried to show us how to control our attitude
so that regardless of the circumstance, the attitude foundation to be solid.
By going through this chapter, a person can learn how to avoid or eliminate
destructive habits and acquire good ones.
In the sixth segment or the fifth step of the book, the author tried to
highlight that a person should have the willingness to work because “there
ain’t no free lunch”. Every person need to have right mental or attitude to
work which is related to the job or profession. He tried to stress the fact
that the most practical, beautiful, workable philosophy in the world won’t
work if you don’t work.
In the seventh segment or the last step of this book talk about a
person must have a burning desire to excel and have a lot of “want to”
attitude. In this chapter, the author want us to learn how to use obstacles
as stepping stones for the richer life.
“See You At The Top” is a magnet for those who simply want the best
for their family, to be successful at work and to feel they are free to choose
their own course in life. In this book, it would make a person to understand
that ability can take you to the top, but it takes character to keep there.
This book was written to motivate you in to action.
13
ULASAN BUKU
TAJUK
KAJIDAYA BENDALIR
(ISBN : 983‐9585‐03‐7)
PENULIS
MAT NAWI WAN HASSAN
Cetakan Ketiga 2001
PENERBIT
UNIT PENERBITAN AKADEMIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SEKUDAI
JOHOR DARUL TA’ZIM
PENGULAS
RUSLAN BIN ABDUL JALIL
PEG. PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI DH41
POLITEKNIK MERLIMAU
KB 1031 PEJ. POS MERLIMAU
77300 MERLIMAU, MELAKA
14
Ulasan Eksekutif
Dalam penulisan ulasan buku ini, saya ingin membincangkan secara
terperinci berkenaan isi kandungan dalam buku “Kajidaya Bendalir”, yang
memfokuskan tentang fakta‐fakta penggunaan prinsip asas kajidaya
bendalir dalam kehidupan dan memudahkan siswa untuk memahami
kajidaya bendalir lebih mendalam serta meningkatkan ilmu pengetahuan
siswa di IPTA
Penulisan bermula dengan konsep asas bendalir, dimana kita dapat
membahagikan jirim kepada dua keadaan iaitu pepejal dan bendalir.
Perbezaan yang utama dalam kedua‐dua keadaan ini ialah perubahan
bentuk secara berterusan apabila dikenakan daya ricih yang disebabkan
oleh pergerakan zarah. Keadaan yang bebas dari regangan dikenali sebagai
regangan hidrostatik. Bendalir dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
cecair dan gas. Seterusnya didalam bendalir terdapat sifat‐sifat yang
tersendiri iaitu ketumpatan, modulus kekenyalan pukal, tegangan
permukaan, dan kelikatan yang akan mempengaruhi bendalir. Selain itu
bendalir dikelaskan mengikut jenis dan sifat kemampatan dan kelikatan
yang berbeza antara satu sama lain. Antara jenis‐jenis bendalir ialah
bendalir unggul, bendalir termampat, bendalir invisid, bendalir jati, bendalir
Newtonan, bendalir tak newtonan, dan gas sempurna.
Dalam konsep asas bendalir penulis juga telah menyertakan sistem
unit yang digunakan untuk bendalir. Pada tahun 1960, suatu persetujuan
15
mengenai sistem unit telah dicapai pada “General Conference on Weights
and Measuares” dan sistem ini dinamakan “Systeme International d’ Unites‐
international System of units (SI units)”. Antara unit yang biasa digunakan
ialah kilogram, meter, saat, darjah Kelvin, ampere, candela, mole, radian,
steradian, Newton, joule, watt, dan pascal. Seterusnya dalam bendalir
terdapat beberapa jenis aliran iaitu aliran laminar dan gelora dan aliran
tetap. Pada tahun 1883, Osberne Reynolds telah menjalankan satu ujikaji
untuk mendapat gambaran jelas mengenai bentuk aliran dalam paip
dengan mengunakan tiub kaca.
Penulis seterusnya membincangkan tentang statik bendalir,
kefahaman mengenai statik bendalir sangatlah penting terutamanya
mengenai struktur hidrolik, merekabentuk kapal, manometri, dan
meteorology. Dalam statik bendalir terdapat tegangan atau tekanan pada
suatu titik yang berhunbung dengan Hukum pascal ( Blaise pascal‐1623
hingga 1662 ialah ahli falsafah perancis ). Selain itu, persamaan asas bagi
statik bendalir turut dibincangkan dengan mencari perubahan tekanan yang
berlaku terhadap ketinggian. Di dalam statik bendalir terdapat dua
keseimbangan statik iaitu keseimbangan boleh mampat dan tak mampat,
dimana pada keseimbangan boleh mampat berlaku pada troposfera,
stratosfera, dan isentopik atmosfera yang ditumpukan kepada perubahan
tekanan terhadap ketinggian di atmosfera. Pada keseimbangan tak mampat
pula berlaku pada tekanan pada suatu kedalam dan turus. Untuk
mendapatkan nilai bacaan perubahan tekan terdapat beberapa alat
pengukur antaranya tekanan tolok, barometer, manometer tiub U,
manometer condong, manometer songsang, dan manometer mikro.
16
Dalam topik statik bendalir juga, tujah haiderostatik pada permukaan
turut dibincangkan dimana tujah yang berlaku pada permukaan satah,
pusat tekanan pada permukaan satah, dan tujah pada permukaan
melengkung dalam keadaan komponen ufuk dan komponen pugak. Selain
itu, keseimbangan bendalir yang bergerak pada gerakan putaran seragam
terhadap paksi pugak turut dibincangkan. Dalam statik bendalir juga konsep
keapungan turut ditekankan dengan menghuraikan tentang kesetabilan
jasad terapung yang berhubung kait dengan tinggi pusat meta terhadap
pusat apung. Disamping tinggi pusat meta, ayunan dari kapal perlu
diketahui untuk menetukan keselesaan kepada penumpang dan tegasan
yang berlebihan pada struktur kapal dengan menggunakan kaedah tempoh
ayunan.
Penulis juga menghuraikan tentang kinematik aliran yang
menjelaskan tentang halaju, pecutan aliran, kedudukan bendalir dan
penyelesaian masalah sebenar aliran dengan melakukan andaian yang
munasabah. Suatu aliran dapat di jelaskan dalam bentuk medan aliran yang
dinyatakan dalam fungsi ketumpatan, halaju, tekanan dan suhu yang boleh
dijelaskan lagi secara Lagrange atau Euler. Bagi suatu aliran dimana, pada
suatu saat tertentu, sifat aliran adalah sama dimana‐mana dalam medan
aliran tersebut dinamakan aliran seragam. Bagi aliran dengan sifatnya
berubah dari satu tempat ke tempat lain pada saat tersebut dinamakan
aliran tak seragam. Didalam kajian bendalir yang melibatkan bentuk aliran,
gambaran mengenai rupabentuk aliran sangat berguna. Gambaran
17
mengenai rupabentuk aliran ini dapat diberikan dalam bentuk garis arus,
garis laluan dan garis strik. Persamaan keterusan merupakan pernyataan
kekekalan jisim satu sistem yang ditinjau dengan menyelesaikannya
menggunakan kaedah bentuk kamilan, bentuk kebezaan dan koordinat
silinder.
Suatu aliran dua dimensa dapat dijelaskan secara matematik bagi
menggambarkan garis arus, sempadan, dan halajunya pada suatu titik yang
dikhendaki. Didalam aliran bendalir terdapat pecutan yang terdiri daripada
pecutan konvektif dan pecutan setempat. Suatu unsur bendalir yang
bergerak didalam suatu aliran mungkin mengalami gerakan lurus, gerakan
putaran, perubahan bentuk sudut atau perubahan bentuk lelurus.
Penerangan mengenai cirri‐ciri aliran dan sifat‐sifat bendalir memerlukan
hukum asas (hukum kekekalan jisim, hukum kedua Newton, hukum
kekekalan tenaga, hukum kedua termodinamik) dan hukum tambahan
(hukum kelikatan Newton dan persamaan tingkat keadaan bagi suatu gas
jati). Pernyataan hukum asas adalah dalam bentuk Lagrange, hukum ini
perlu diubahsuai kedalam bentuk Euler dengan menggunakan teorem
pengangkutan Reynolds supaya penggunaannya dapat diselaraskan bagi
suatu aliran.
Selain itu, penulis juga membincangkan tentang persamaan asas bagi
sistem dan isipadu kawalan dengan menggunakan persamaan keterusan,
persamaan momentum lelurus (cara sistem dan cara isipadu kawalan),
persamaan momentum sudut (cara sistem, cara isipadu kawalan,
persamaan momentum sudut untuk turbin dan pam, persamaan
18
momentum sudut untuk roda pelton), persamaan tenaga (cara sistem dan
cara isipadu kawalan), persamaan Bernoulli, pemakaian persamaan
Bernoulli, dan hukum termodinamik kedua (cara sistem dan cara isipadu
kawalan).
Bagi aliran tetap, penyelesaian untuk mendapatkan daya‐daya, halaju
purata, momen puntir dan lain‐lain dapat dicari, namun demikian cara
tersebut tidak dapat dilakukan untuk memperolehi keterangan yang lebih
mendalam mengenai aliran. Keterangan ini dapat dicari dengan
menggunakan cara kebezaan. Penggunaan persamaan kebezaan dapat
ditunjukkan dengan menggunaan persamaan momentum (daya pada jisim
bendalir dan persamaan navier‐stokes). Penyelesaian menggunakan
persamaan navier‐stokes dapat dilakukan dengan tiga cara iaitu ujikaji,
analitik atau teori, dan kaedah berangka. Dengan cara ujikaji persiapan
model, alat‐alat pengukuran dan tempat serta keperluan lain hendaklah
disediakan. Bagi cara analitik, banyak persoalan tidak dapat diselesaikan
kerana kerumitan dalam mencari penyelesaian yang tepat. Bagi cara
kaedah berangka, masalah telebih dahulu disederhanakan dengan
menggunakan anggapan‐anggapan yang berpatutan.
Selain itu, penulis turut membincangkan tentang analisis dimensa
dan penyelesaiannya. Didalam analisis dimensa ini pembentukan dimensa
asas akan digunakan iaitu berdasarkan cirri‐ciri geometri, sifat bendalir dan
cirri‐ciri aliran. Setelah kaedah penentuan parameter yang terlibat
diketahui, hubungan diantara parameter mestilah diketahui untuk
melakukan pengujian seminimum yang mungkin. Tanpa menggunakan
19
analisis dimensa usaha yang dilakukan untuk mencarikan hubungan antara
parameter amatlah banyak. Analisa dimensa dapat dilakukan dengan dua
cara iaitu cara indeks Rayleigh dan cara Buckingham.
Dalam kajidaya bendalir, perpindahan haba dan termodinamik
terdapat banyak kumpulan tak berdimensa yang digunakan, lazimnya nama
yang diberikan mengikut nama penemunya seperti Reynolds, Rayleigh dan
Euler. Seperti yang di jelaskan oleh penulis, pengujian yang dilakukan pada
suatu model adalah untuk memudah dan mengurangkan kos perlaksanaan
ujikaji. Ujikaji ini perlu disertakan dengan syarat yang mesti dipatuhi yang
lebih dikenali sebagai keserupaan fizik. Terdapat tiga syarat keserupaan
yang penting antaranya ialah keserupaan geometrik, keserupaan kinematik,
dan keserupaan dinamik. Disamping tiga jenis keserupaan diatas terdapat
keserupaan termal dan keserupaan kimia. Contoh penggunaan analisa
dimensa dapat dilihat pada aliran didalam paip dan aliran melalui
permukaan bebas.
Akhir sekali, penulis membincangkan tentang pengaliran di dalam
paip dengan tujuan untuk memindahkan bendalir dari suatu tempat ke
tempat banyak digunakan dengan meluas. Pembentukan aliran penuh
dapat dijelaskan dari teori lapisan sempadan. Pembentukan lapisan
sempadan ini terjadi pada aliran lamina mahupun aliran gelora. Dalam kes
aliran lamina, lapisan sempadan bermula dengan keadaan lamina dan
bertahan dalam bentuk ini pada seluruh panjang kemasukan. Pembentukan
aliran penuh, dimana lapisan sempadan di seluruh dinding paip bertemu
pada jejari paip, terjadi jauh di dalam paip. Dalam kes aliran gelora pula,
20
lapisan sempadan bermula dengan lapisan lamina, kemudian terjadi lapisan
peralihan dan di ikuti dengan lapisan gelora. Panjang kemasukan untuk
untuk lapisan sempadan gelora adalah lebih pendek.
Dalam proses pengaliran bendalir di dalam paip terdapat faktor
geseran yang bergantung kepada nombor Reynolds seperti yang disebut
oleh Sir Thomas E.Stanton (1865‐1931) dan Johann Nikuradse (1894).
Gambarajah Moody banyak digunakan untuk menetukan nilai faktor
geseran. Selain itu, kehilangan tenaga di dalam paip dan kehilangan kecil
pada paip yang disebabkan oleh paip bengkok, sambungan, perubahan luas
keratan rentas juga terdapat semasa proses pengaliran bendalir di dalam
paip. Selain itu, kebiasaannya masalah pengaliran di dalam paip berlaku
pada paip siri, paip selari, paip bercabang, dan rangkaian paip yang
melibatkan dengan penentuan garis pusat paip, penentuan kadaralir,
penentuan kehilangan turus, dan rekabentuk sistem rangkaian paip.