Upload
phungkiet
View
233
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Wacana Pemikiran Dato' Dr Hassan Ahmad yang berlangsung pada 6 Mac 2012
membuka lembaran aktiviti Program Ilmu dan Budaya Membaca 2012. Perasmian wacana disempurnakan oleh YBhg Datuk A. Aziz Deraman, tokoh budayawan tersohor yang merupakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Wacana ini menampil-kan Datuk Zainal Abidin bin Borhan dari Yayasan Karyawan sebagai pembentang ucaptama dan telah menarik minat warga UPSI terutama pelajar dan juga komuniti luar. Pembentang kertas kerja lain adalah Dr. Mana Sikana, Dr. Awang Sariyan, Prof. Dr. Teo Kok Seng, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Dr. Raja Masittah Raja Ariffin dan Datuk Jaafar Abd. Rahim. Semoga budaya percambahan ilmu dan program ilmiah seperti ini akan terus mendapat sambutan dalam kalangan warga UPSI.
Business Name
INFO@PUSTAKA
Newsletter Date
BIL.14/JUN 2012 h p://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675‐7394
WACANA PEMIKIRAN DATO’ DR. HASSAN AHMAD
Kandungan:
Wacana pemikiran …………….. …...1
Dari meja Ketua Pustakawan …..2
Mesyuarat MySyL ………………. …..2
Sekitar wacana ………………….. …..3
Lawatan PTB …………………………….4
Sekitar majlis amanat ……………...5
Koleksi maklumat pilihan ………….6
Pameran & jualan ………………...7, 8
Gotong-royong ………………………...8
Buku kegemaran……………………….9
JSTOR ……………………………………….9
Lawatan premis ………………..…….10
Seminar PPM-LAS ……………..…….11
20 minutes a day! ………………..….12
JOM KE KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA MEMBACA!
Karnival Ilmu dan Budaya Membaca akan mewarnai kempen
galakan membaca di Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjong Malim
pada 14 Julai 2012 nanti. Nantikan kehadiran novelis Dhiya Zafira
dan Prof. Madya Dr. Hasnan Kasan (UKM). Dapatkan buku dan
majalah pada harga yang
MENARIK dan pemeriksaan
kesihatan secara PERCUMA.
JOM...jumpa kami di Karnival Ilmu
dan Budaya Membaca di Sekolah
Menengah Khir Johari, Tanjong
Malim, Sabtu 14 Julai 2012.
DARI MEJA KETUA PUSTAKAWAN Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera. Selamat bertemu kembali dalam Info@Pustaka keluaran ke-14. Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya buletin ini dapat diterbitkan seperti dirancangkan. Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam memastikan sumber ilmu dan maklumat disediakan kepada
pelanggannya, perpustakaan juga tidak lepas daripada tanggungjawabnya untuk memastikan sumber-sumber ini digunakan se-maksimumnya. Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai aktiviti keilmuan telah dan akan diadakan untuk menyemarakkan budaya membaca dan memperkasakan ilmu dalam kalangan warga UPSI serta masyarakat setempat. Saya mengharapkan melalui buletin ini, pihak perpustakaan dapat berkongsi maklumat dengan pembaca dan dapat mengenali perpustakaan dengan lebih rapat lagi. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perpustakaan yang telah memberi komitmen yang tinggi serta kerjasama yang baik dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Saya juga mengucapkan syabas kepada sidang redaksi buletin kerana berjaya menerbitkan buletin ini mengikut jadual.
Penasihat
Rusliza Yaacob
Ketua Pengarang
Hjh. Si Sumaizan Ramli
Pen. Ketua Pengarang
Najah Saghirah Haroman
Pengarang
Rozman Che Ross
Nurul Kashfi Subri
Wan Kar ni W. Sulaiman
M. Razalli A. Termizi
Firdausiah Ahamad
Norhalida Derasol
Nor Hanizah Zahid
Noriha Muhammad
Reka Bentuk dan Reka Letak
Teks
Mohd Hizam Samin
Penerbitan dan Edaran
Raja Radiah Raja Ahmad
Ahmad Fazli Ahmad Rasmi
Pereka Web
Rozman Che Ross
Jurufoto
Ahmad Nazim Ismail
Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem Maklumat Malaysia) BIL.1/2012
DARI MEJA KETUA PENGARANG
Bertemu kembali untuk Buletin Perpustakaan bagi isu kali ini yang memaparkan beberapa artikel dan heba-han menarik untuk tatapan semua pembaca. Perpustakaan sentiasa menggalakkan pelanggan untuk pencari-an maklumat dan ilmu samada secara fizikal di perpustakaan atau secara maya dengan mengakses sumber elektronik yang disediakan. Portal perpustakaan perlu menjadi suatu kemestian untuk dilawati terutama oleh pensyarah, penyelidik dan pelajar universiti. Ini adalah dalam usaha kami untuk membudayakan pembacaan, pembelajaran, pemikiran kreatif serta menyokong penyelidikan dan inovasi.
Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan disediakan untuk keperluan semua pelanggan. Di samping perkhidmatan di dalam perpustakaan, kami juga menemui masyarakat setempat untuk program bersama komuniti. Ia bertujuan untuk penyebaran maklumat dan menerangkan peranan perpustakaan dalam kehidupan. Ini adalah untuk menarik mereka mendapatkan tambahan ilmu pengetahuan dan menjadi ahli luar perpustakaan. Salam hormat dan selamat membaca!
M/Surat 2 INFO@PUSTAKA
Pada 29 Februari 2012, Perpustakaan Tuanku Bainun telah men-jadi tuan rumah untuk Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem Maklumat Malaysia) Bil.1/2012. Mesyuarat tersebut telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 30 orang pustakawan mewakili perpustakaan akademik IPTA seluruh negara. Mesyuarat di-pengerusikan oleh Cik Sarifah Abdullah, Timbalan Ketua Pustaka-wan, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merangkap Pengerusi MySyL. Antara agenda mesyuarat adalah Laporan Portal MyUniNet, MyTO & MyULIS, Laporan Sistem Aplikasi Inter Library Loan, Subject Area In MyUniNet dan Pelan Strategik ICT Perpun. Dalam mesyuarat ini, pihak Perpustakaan Tuanku Bainun juga telah memperkenalkan dua sistem yang dibangunkan sendiri oleh perpustakaan iaitu Pustaka VRS (Vendor Rating System) dan juga sistem I-SYS (Internal Indexing System). Penghujung acara, semua ahli dibawa melawat kampus baru UPSI yang terletak di Bandar Proton iaitu Kampus Sultan Azlan Shah.
Inside Story Headline
SEKITAR MAJLIS WACANA PEMIKIRAN DATO’ DR. HASSAN AHMAD
M/Surat 3 INFO@PUSTAKA
(foto atas-kanan) Bila 2
sahabat bertemu...apalah yang
dibualkan oleh Prof. Emeritus
Dato’ Dr. Mohd. Yusof Hasan
sehingga Prof. Emeritus Dato’
Dr. Abdullah Hassan tekun
mendengar!
ANTARA TETAMU YANG HADIR DALAM MAJLIS
TERSEBUT MERUPAKAN RAKAN SEPERJUANGAN
ARWAH DATO’ DR. HASSAN AHMAD DAN MEREKA
YANG MENGENALI BELIAU SEMASA HAYATNYA.
PAMERAN DAN JUALAN BUKU PARA PEMBENTANG KERTAS KERJA...
SEKITAR LAWATAN KE PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN
M/Surat 4 INFO@PUSTAKA
Caption describing picture or graphic.
LAWATAN SMK MENGABANG, TELIPOT TERENGGANU LAWATAN IPG MELAKA
LAWATAN DARI UiTM PUNCAK PERDANA
LAWATAN DARI UNIVERSITI CEBU , FILIPINA
Bil.
Sekolah / Institusi Tarikh
1. IPG KSAH SUNGAI PETANI, KEDAH 8 MAC 2012 2. SMK LANDAS AJIL, TERENGGANU 8 MAC 2012 3. SMK SG PASIR, SG PETANI KEDAH 10 MAC 2012 4. IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,MELAKA 13 MAC 2012 5. SMK AGAMA NAIM KOTA BHARU 23 MAC 2012 6. SMK POKOK SENA, KEDAH 23 MAC 2012 7. SMK PADANG SERAI, KEDAH 28 MAC 2012 8. SM AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN, TERENGGA-
NU 30 MAC 2012
9. SMK MENGABANG TELIPOT, TERENGGANU 12 APRIL 2012
10 CEBU NORMAL UNIVERSITY 18 APRIL 2012
11 SMK AGAMA SHEIKH ABD MALEK TERENGGANU 27 APRIL 2012
12 LAWATAN ANAK PERAK USM 28 APRIL 2012
13 SMK KALUMPANG 28 APRIL 2012
14 BADAN AMAL & KEBAJIKAN ISTERI-ISTERi MEN-TERI (BAKTI)
30 APRIL 2012
15 UiTM PUNCAK PERDANA 17 MEI 2012
16 MAAHAD AS SULTAN AHMAD SHAH ADDINI 26 MEI 2012
17 SMK DATO’ KAMARUDDIN, BATU KURAU, PERAK 28 MEI 2012
18 SMK GUAR CEMPEDAK, KEDAH 29 MEI 2012
19 SMK UNDANG JELEBU, N.SEMBILAN 11 JUN 2012
20 SMK TUN PERAK, PDG RENGAS 12 JUN 2012
21 MADRASAH ALJUNIED AL-ISLAMIAH,SINGAPURA 12 JUN 2012
PROGRAM ILMU UNTUK KAKITANGAN PTB
M/Surat 5 INFO@PUSTAKA
Kursus ‘Knowledge Management:
changing roles of librarian’
disampaikan oleh Dr. Siti Arpah bt
Noordin, pensyarah dan Dekan Fakulti
Pengajian Maklumat, PM Dr. Laili
Hashim, UiTM Shah Alam.
Dilaksanakan di Makmal Latihan IT
pada 8 Mac 2012 dan menyasarkan
pustakawan sebagai peserta
membawa perubahan terhadap
karier dalam bidang
kepustakawanan.
8 Januari 2012– Bahagian Perolehan PTB telah menganjurkan taklimat untuk pembekal buku perpustakaan. Taklimat ini ber-tujuan memberikan panduan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat yang hendak memberikan pembekalan buku, terbitan bersiri dan bahan sumber media kepada PTB. Taklimat diberikan oleh Encik Mohd Razalli bin Ahmad Termizi bagi pihak
PTB dan Encik Nazrul Azlan bin Musa dari Jabatan Bendahari dijemput memberikan penerangan berkaitan sistem IMS untuk pembekal dan kaedah pembayaran oleh pihak UPSI .
Sekitar Taklimat Pembekal Buku 2012
Sekitar Bicara Amanat Ketua Pustakawan 2012 Bengkel E-Jurnal telah diadakan pada Februari 2012 di Makmal Latihan IT, PTB.
Kakitangan yang hadir mendengar amanat Ketua Pustakawan pada 20 Februari 2012
Koleksi Maklumat Pilihan yang disediakan oleh Unit Perundingan Penyelidikan Pengguna, Bahagian Pengurusan Perkhidmatan & Maklumat , Perpustakaan Tuanku Bainun yang dibangunkan sejak tahun 2010 sehingga kini mengandungi pelbagai bahan maklumat pilihan yang berkaitan dengan keperluan maklumat semasa untuk kegunaan universiti. Pembangunan Koleksi Maklumat Pilihan ini merangkumi pelbagai keperluan maklumat khusus berkaitan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam koleksi ini terdapat bahan maklumat dalam bentuk akhbar, keratan artikel makalah, artikel dan laporan. Semua koleksi bahan ini boleh diakses melalui Pangkalan Data I-Sys (Internal Indexing System). Berikut dinyatakan beberapa koleksi yang telah dibangunkan iaitu: Berita UPSI Himpunan keratan akhbar dari akhbar arus perdana yang mengandungi berita berkaitan
dengan UPSI yang telah diimbas dan didigitalkan. Pro Canselor UPSI – Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim Koleksi Khas berkaitan dengan Pro- Canselor UPSI, Tan Sri Yahaya Ibrahim sendiri dan
Kolej Kirkby. Bahan – bahan maklumat yang boleh didapati dalam koleksi ini adalah dalam bentuk keratan akhbar, keratan artikel dari majalah dan buku ta-hunan.
Koleksi Artikel – Prof Dato’ Dr. Zakaria Kasa Koleksi Khas yang menghimpunkan artikel keratan akhbar berkaitan dengan Naib Can-
selor UPSI yang juga Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara(MPN).
Koleksi Artikel – Majlis Profesor Negara Bahan berita berkaitan dengan Majlis Profesor Negara yang disiarkan di media. Koleksi
ini menghimpunkan maklumat berkaitan 14 Kluster di dalam MPN. Koleksi Artikel – Penyandang Kursi Za’Ba Koleksi ini adalah tulisan artikel oleh Penyandang Kursi Za’Ba yang diterbitkan di media
cetak. Ia dikumpulkan untuk membantu pengguna dalam pencarian bahan maklumat.
Koleksi Sasterawan Negara Koleksi Khas ini dibangunkan untuk menghimpunkan bahan dan maklumat berkaitan
dengan Sasterawan Negara untuk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Koleksi Maklumat Bajet Koleksi ini dibangunkan dalam mengumpul maklumat dan bahan laporan yang diterbit-
kan untuk belanjawan negara. Bahan – bahan ini dikumpul bagi membantu para penyelidik dan pelajar bagi mendapat-kan bahan maklumat yang berkaitan untuk membantu dalam penyelidikan dan tugasan mereka. Bahan ini hanya boleh diakses melalui Pangkalan Data I-Sys dan juga Ezproxy perpustakaan.
KOLEKSI MAKLUMAT PILIHAN PERPUSTAKAAN Oleh: Nurul Kashfi Bin Subri
M/Surat 6 INFO@PUSTAKA
Jualan Buku dan Penebusan Baucar di PTB
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2012 turut dime-riahkan dengan kehadiran para pensyarah UPSI yang membuat pemilihan buku perpustakaan untuk fakulti masing-masing. Per-pustakaan mendapat kerjasama yang amat baik daripada setiap fakulti termasuk Institut Pengajian Siswazah, Unit Kenderaan dan pustakawan PTB.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
PAMERAN PERPUSTAKAAN
M/Surat 7 INFO@PUSTAKA
Jualan dan Penebusan
Baucar buku telah
diadakan pada 27
Februari sehingga 2 Mac
2012, bertempat di
Perpustakaan Tuanku
Bainun.
PESTA BUKU UPSI DATANG LAGI…. Pesta Buku UPSI 2012 akan berlangsung di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah mulai 24 hingga 29 September 2012. Dapatkan
buku kegemaran anda dengan diskaun yang HEBAT! Temui penulis FEISAL TEHRANI dan RAMLI AWANG MURSYID di sana.
Pada 16hb Mac 2010, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah menerima sumbangan bahan courseware sebanyak 1617 judul dari pihak Pusat Teknologi Maklumat dan Komu-nikasi, juga dikenali se-bagai rancangan mengajar yang dise-diakan oleh pelajar-
pelajar UPSI. Disebabkan kekangan ka-kitangan, satu aktiviti gotong- royong diadakan untuk mem-percepatkan pemprosesan bahan ini. Taklimat dan pen-erangan ringkas telah disam-paikan oleh Encik Mohd Hi-zam, Puan Nora Jamaharee dan Puan Zarinah Abdul Rah-man. Seramai 9 orang ka-kitangan sokongan terlibat dalam melaksanakan projek ini. Di harap kerjasama dan kerja berpasukan seperti ini akan menjadi contoh dan berterusan pada masa akan datang.
Encik Mohamed Zaid Mohamed Idris dan Encik Rozman Che Ross telah mewakili PTB ke Lawatan Penandaarasan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
LAWATAN PENANDAARASAN KE BANGKOK 28 Mac (Rabu) – 1 April (Ahad) 2012
Projek gotong royong bahan ‘Courseware’
Oleh : Norhalida bt. Derasol
M/Surat 8 INFO@PUSTAKA
“Nantikan sudut kopi di PTB suatu hari nanti…”
OPAC di Universiti Mahidul, Bangkok
Sudut kopi di Perpustakaan Bank of Thailand
Ringkasan Persembahan: Buku yang menghimpunkan 444 buah hadis dan riwayat yang memberikan peringatan kepada kita yang bersifat pelupa (ihsan) tentang hakikat hidup kita di dunia dan akhirat. Hadis dan ri-wayat disusun mengikut bab sep-erti bab 1 mengenai fadilat umat Muhammad S.A.W. dan bab-bab lain sehingga ke bab 21. Oleh: Mohd Hizam Samin
Setiap artikel membawa pengajaran yang berbeza. Kritikan ditujukan kepada semua lapisan masyarakat disulami nasihat serta pengajaran dan pengalaman hidup. Oleh: Najah Saghirah Haroman
PANGKALAN DATA ATAS TALIAN
BUKU KEGEMARAN
M/Surat 9 INFO@PUSTAKA
PROGRAM BUKU
KEGEMARAN SAYA
DIADAKAN PADA
PERJUMPAAN
PAGI RABU DI
BILIK SERBAGUNA
PTB.
JSTOR merupakan pangkalan data yang dibangunkan bukan
berorientasikan keuntungan semata-mata tetapi dengan misi untuk
membantu para sarjana, penyelidik dan pelajar mendapatkan
artikel-artikel jurnal akademik daripada sumber primer. JSTOR menawarkan
artikel jurnal terpilih daripada pelbagai bidang bagi menyokong proses pengaja-
ran dan pembelajaran yang meliputi bidang-bidang seperti bidang Kemanusiaan,
Sains Sosial, Sains, Bahasa, Muzik, Ekonomi dan pelbagai lagi. Kebanyakkan jurnal-jurnal yang ter-
dapat di dalam JSTOR dapat diakses daripada volume 1 isu 1 sehingga yang terkini. Artikel-artikel di
dalam JSTOR boleh diakses secara teks penuh dan mempunyai imej yang berkualiti tinggi serta
mempunyai capaian terhadap berjuta ‘citation’ dan rujukan. Untuk mengakses JSTOR, pengguna perlu
mendaftar masuk ke dalam portal Perpustakaan Tuanku Bainun dan terus kepada capaian Ezproxy.
Oleh: Wan Kartini Wan Sulaiman
Ringkasan Persembahan: Kompilasi artikel mengenai pandangan dan kritikan terhadap suasana yang berlaku dalam masyarakat tidak mengira bangsa, usia dan budaya. Penulis mengumpul dan membukukan artikel-artikel nukilannya yang pernah disiarkan di majalah dan suratkhabar.
Pada 24 Feb 2012, Unit Ter-bitan Bersiri (UTB), BPK telah mengadakan lawatan kerja ke premis syarikat pen-jilidan yang akan dan pernah berurusan dengan Per-pustakaan Tuanku Bainun. Dalam siri lawatan kali ini, kakitangan UTB iaitu Pn. Nor Hanizah dan En. Wan Mohd
Fazli telah mengunjungi 3 buah premis syarikat pen-jilidan di sekitar Batu Caves dan Wangsa Maju. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk mengenal pasti dan memperakui kelayakan syari-kat berkenaan di samping meninjau proses kerja men-jilid yang dilaksanakan.
Hasilnya, kunjungan ini telah berjaya membuka mata dan minda tentang aspek-aspek penjilidan yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berke-naan. Semestinya lawatan seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Bahagian Perolehan juga tidak ketinggalan mengadakan sesi lawatan ke premis pembekal buku terletak di Bandar Tun Razak dan Shah Alam. Lawatan diketuai oleh Encik Mohd Razalli ke Syarikat Ashe Enterprise
pada 29 Mei 2012 dan Puan Najah Saghirah ke Syarikat DRL Kenyal pada 23 Mei 2012. Antara tujuan lawatan ialah untuk memastikan setiap syarikat yang berurusan dengan PTB mempunyai premis sendiri, ada kakitangan yang tetap dan ada ruang atau bilik pameran. Perb-incangan telah diadakan antara pihak syarikat pembekal buku dan kakitangan Bahagian Perolehan bagi melicinkan lagi kerja-kerja memproses invois dan pembekalan buku.
LAWATAN KERJA KE PREMIS SYARIKAT PENJILIDAN
M/Surat 10 INFO@PUSTAKA
LAWATAN KERJA KE PREMIS PEMBEKAL BUKU
Seminar ini dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia dengan kerjasama Universiti Multimedia (MMU) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM). Tema yang dipilih adalah “Sharing Best Practices”. Tujuan diadakan seminar ini adalah untuk :-
Berkongsi amalan terbaik antara kedua negara dalam bidang kepustakawanan Menjalinkan semula hubungan persatuan antara dua negara iaitu Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)
dan Persatuan Perpustakaan Singapura (LAS) yang pernah terjalin Mewujudkan satu platform baharu supaya peluang menjalinkan hubungan dapat diteruskan oleh generasi
muda
Dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sharif bin Mohd Saad, iaitu Yang DiPertua PPM (Malaysia) dan Mr. Gene Tan, Presiden LAS (Singapura). Sesi perkongsian maklumat telah dibentangkan oleh mereka yang berkalibar dalam dunia kepustakawanan iaitu Puan Rashidah Begum Fazal Mohamed (Kolej Disted, Penang) dari PPM dan Mr. Choy Fatt Cheong ( Nanyang Technological University, Singapura) dari LAS dengan mengenang kembali hubungan PPM-LAS dan mengimbau sejarah penubuhan persatuan yang ada pada hari ini. En. Nurhazman bin Abdul Aziz, Pustakawan Bahagian Teknologi dan Sistem, Universiti Nanyang Teknologi, me-wakili LAS telah berkongsi maklumat berupa inovasi yang telah dilaksanakan iaitu “Bibliographic paradigm and the digital information resources”. Dr. Noor Harun bin Abdul Karim mewakili PPM telah membentangkan kepentingan penyelidikan kuantitatif kepada pustakawan dan keperluan mengendalikannya dalam pembentangannya yang bertajuk A quantitative approach to empirical studies in LIS. Pembentangan diteruskan oleh dua orang tokoh hebat dalam bidang kepustakawan iaitu Mr. Choy Fatt Cheong (President LAS pada tahun 1997) dengan tajuk Achieving career excellence in librarianship dan Y. Bhg. Dato’ Dr. Zaiton Osman dari PPM dengan tajuk Librarianship as an accredited profession. Pengisian seminar persatuan antara dua negara ini diserikan lagi dengan “networking dinner ,menyusuri sungai Melaka, lawatan ke Perpustakaan Digital Tun Dr. Siti Hasmah di Universiti Multimedia, Perlawanan Persahabatan Bowling antara dua persatuan dan berakhir dengan lawatan Bandar di Kompleks Sejarah Banda Hilir, Kampung Morten, Kampung Portugis dan Jonker Walk.
LAPORAN PPM-LAS JOINT CONFERENCE 2012, 15-16 MAC 2012 HOTEL MAHKOTA, MELAKA Oleh: Noriha Muhammad
M/Surat 11 INFO@PUSTAKA
SELAMAT BERTUGAS
Perpustakaan Tuanku Bainun mengalu-alukan selamat datang dan selamat bertugas kepada saudara Muhammad
Mukris bin Muslim, Pembantu Am Pejabat. Semoga ceria bekerja bersama kami .
Once a child begins to read, it is essential to continue reading aloud together. Like other skills, reading is mastered over time, with lots of practice, and with the help of another person. There is practically no way to do it wrong, but there are ways to do it better. We are here to help you. The routine of sharing books together creates lifelong readers. The magic of this process is the simplicity of action. Any adult can do it, in just about any place, with lit-tle or no expense. It doesn't matter what language is spoken. Non-reading parents can make up stories to go with the illustrations. The essential elements are scheduled time with books and a positive attitude! Make reading together the most important - and hap-piest - 20 minutes of your day!
Just 20 minutes a day reading aloud with young chil-dren strengthens relationships, encourages listening and language skills, promotes attention and curiosity, and establishes a strong reading foundation. These skills are essential for success in school and in life. It takes hundreds of hours of “lap time” for a child to acquire the pre-literacy skills necessary for learning to read early and well. From birth to age five, the pleasant activity of listening to and talking about stories trains a child's brain, ears, and eyes for eventual success in learning to read. “The early years set the stage for later learning…the single most important activity for building the knowledge required for eventual success in reading is reading aloud to children.”
HAVE YOU READ WITH YOUR CHILD TODAY?
20 Minutes A Day Read to your children Twenty minutes a day; You have the time, And so do they. Read while the laundry is in the machine; Read while dinner cooks; Tuck a child in the crook of your arm And reach for the library books. Hide the remote, Let the computer games cool, For one day your child will be off to school; Remedial? Gifted? You have the choice.
Let them hear their first tales, In the sound of your voice. Read in the morning, Read over noon, Read by the light of Goodnight Moon. Turn the pages together, Sitting close as you'll fit, 'Till a small voice beside you says, “Hey, don't quit.” Author Unknown "Have you read with a child today?" The Children's Read-ing Foundation. N.p., n.d. Web. 29 Nov. 2011. <http://www.readingfoundation.org>.