27
The University of Nottingham Malaysia Campus NO: NAME: STUDENT NO: FACULTY 1 ALAN YAP WAI LUN 013379 Faculty of Engineering 2 JAMES LEU TOH HUAT 010661 Faculty of Engineering 3 ADRIAN VOO CHEE SHENG 013455 Faculty of Engineering 4 LEE HAO JIE 013359 Faculty of Engineering 5 LAU WEI KHENG 014075 Faculty of Engineering 1 MODULE NAME: HUBUNGAN ETNIK MODULE CODE: MPU 3112 MY SEMESTER: 1 TOPIC: ( 3)

Dasar Ekonomi Baru Hubungan Etnik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

DEB

Citation preview

The University of Nottingham Malaysia CampusMODULE NAME:HUBUNGAN ETNIK

MODULE CODE:MPU 3112 MY

SEMESTER: 1

TOPIC:

( 3)

NO:NAME:STUDENT NO:FACULTY

1ALAN YAP WAI LUN013379Faculty of Engineering

2JAMES LEU TOH HUAT010661Faculty of Engineering

3ADRIAN VOO CHEE SHENG013455Faculty of Engineering

4LEE HAO JIE013359Faculty of Engineering

5LAU WEI KHENG014075Faculty of Engineering

ASSESSMENT CRITERIA

TOTAL MARKSGIVEN MARKS

Cover page

1

Table of content

1

Introduction

2

Content

2

Conclusion

2

Reference / Citation

2

Appendix

2

Total

20

TO BE COMPLETED BY LECTURER

GRADE / MARK AWARDED

COMMENTS:

DATE:LECTURERS SIGNATURE:

Penalties will apply to all late work, except in the case of protracted (and certified) illness. 20% will be deducted if you submit your work one day late. 50% will be deducted if you submit your work two (2) days after the due date. You will not be given any marks if you submit your work three (3) days after the due date.

ISI KANDUNGANIsiMuka Surat

Pengenalan4-5

Objektif DEB6-10

Kajayaan DEB merapatkan jurang ekonomi10-16

Kesimpulan17

Lampiran18

Rujukan19

Pengenalan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah suatu pelaksanaan khasnya untuk sosioekonomi di Malaysia. Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein (Bapa Pembangunan) yang memperkenalkan DEB pada tahun 1971 selepas kejadian berdarah pada 13 Mei 1969. Tempoh untuk merangka DEB dalam masa 20 tahun iaitu dari tahun 1970 hingga 1990. Dasar perintah dan pecah Inggeris telah melambatkan proses perpaduan penduduk di Tanah Melayu. Klasifikasi kaum bergantung kepada pekerjaan dan sistem pembelajaran yang berlainan untuk mengelakkan interaksi antara penduduk terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan Orang Melayu tinggal di kampong dan mencari rezeki sebagai petani dan nelayan, manakala Kaum Cina bekerja sebagai pelombong dan peniaga bijih timah, sementara itu Kaum India menetap di ladang dan bekerja sebagai buruh, telah melahirkan perasaan mencurigakan sesama sendiri, menyebabkan kejadian peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan ekspresi sebenar perasaan tiga etnik yang utama di Malaysia. Sejak kemerdekaan, Kaum Melayu masih tidak maju dari segi penguasaan pendidikan dan ekonomi oleh sebab ramai orang Melayu menetap di kampung. Bangsa Cina pula lebih menguasai bidang ekonomi kerana mereka menetap di bandar serta memiliki kawasan perlombongan. Kewujudan kesedaran dalam kalangan bangsa Melayu merasai bahawa mereka ditindaskan disebabkan kebuluran. Kaum Cina dan bangsa India risau akan hak kerakyatan. Untuk Kaum Cina yang berkaya raya berhasrat untuk meguasai Tanah Melayu kerana kemajuan Tanah Melayu telah diberi sumbangan yang terbesar oleh mereka. Kaum India pula tidak terbabit dengan penderitaan tersebut. Hal ini tidak ditolakan kerana bangsa Melayu masih dalam bidang pertanian yang bersifat tradisional.

Faktor seterusnya ialah ketika penjajahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, pihak Jepun mewujudkan dasar pro-Melayu dan anti-Cina telah melanjutkan lagi kemarahan dan prasangka Kaum Cina ke atas bangsa Melayu. Sebelum Orang British sampai dan Jepun menyerah kalah, ramai kaum Cina merupakan anggota Parti Komunis Malaya. Kesempatan mereka untuk membalas dendam telah diambil oleh mereka. Ramai bangsa Melayu mengetuai anggota keselamatan dalam jangka masa 1948 sehingga 1960.

Konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" untuk mengeluarkan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 yang berselisihan dengan status orang Melayu. Hal ini meyebabkan Lee Kuan Yew membangkitkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kebangkitan tersebut menyebabkan peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 berlangsung. Kejadian ini telah mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta-benda sebagai akibatnya. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku setelah keputusan pilihan raya umum 1969 dimaklumkan.

Perintah darurat diamalkan kerana pengorbanan nyawa yang bersia-sia dan perdamaian di Tanah Melayu tergugat. Hal ini menyebabkan sistem kerajaan berparlimen dibatalkan. Tun Razak bin Dato Hussein dilantikan sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) menjalankan kuasa pemerintahan di Tanah Melayu untuk mengurangkan huru-hara di Tanah Melayu.

Penubuhan Majlis Perpaduan Negara mengesahkan keberkesanan MAGERAN, berbincang tentang isu-isu perpaduan negara serta mengatasi urusan masyarakat berbilang kaum. Sistem masyarakat yang majmuk merupakan masalah utama di Malaysia, dikesan oleh Majlis Perpaduan Negara.Terdapat anggota masyarakat Malaysia dibahagikan kepada agama, keturunan dan pekerjaan. Penggabungan sosial dan ekonomi terbabit dalam pencapaian perpaduan di Malaysia.

Akhirnya, DEB dilaksanakan menerusi Majlis Perundingan Negara untuk mengurangkan beban Negara. Majlis Perundingan Negara juga telah mengemukakan kepada kerajaan untuk membentuk Jabatan Perpaduan Negara bagi mengamalkan aktiviti berbentuk jalinan Pejabat Muhibbah dan Majlis Muhibbah.

ObjektifTerdapat beberapa objektif utama pelaksanaan DEB. Antaranya ialah bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan semua pelbagai kaum tanpa mengira etnik, menyusunkan dan memperkemas semula masyarakat, serta membasmikan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.

Dari segi pembasmian kemiskinan dalam masyarakat, kadar kemiskinan Semenanjung semakin berkurangan dan diturunkan kepada 15.0% pada tahun 1990 berbanding 49.3% pada tahun 1970. Kadar kemiskinan luar Bandar juga menurun kepada 19.3% pada tahun 1990 berbanding dengan 58.7% pada tahun 1970.

Jenis MasyarakatTahunSasaran

19701990

Semenanjung49.315.016.7

Bandar21.37.39.1

Luar Bandar58.719.323.0

Melayu65.020.8

Cina 26.05.7

India39.08.0

Jadual 1 : Pencapaian untuk membasmikan kemiskinan dalam jenis masyarakat

Salah satu daripada strategi pembangunan sosio-ekonomi yang digariskandalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990) melalui RancanganLima Tahun Malaysia adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum iaitumerangkumi kaum Bumiputera, Cina dan India. Kemiskinan di Malaysia tidak bolehdisamakan dengan kemiskinan di negara-negara lain. Kemiskinan adalah berbezadari negara ke negara, dari masa ke masa, mengikut tahap pembangunan ekonomidan mengikut struktur sosial. Walaupun sesebuah negara itu maju, di dalam negaratersebut masih juga wujud kemiskinan. Oleh sebab itu tidak bermakna negara yangmaju tidak wujud kemiskinan. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat danBritain juga menghadapi masalah kemiskinan.

Terdapat dua cara pengukuran kemiskinan yang selalu digunakan iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak bermaksud pendapatan tidak mencukupi untuk menyara hidup manakala kemiskinan relatif adalahketidakseimbangan pendapatan di antara penduduk. Pada umumnya, kemiskinanmerupakan satu sifat keadaan ekonomi dan sosial yang dialami oleh orang yangberkurangan pendapatan mahupun mutu penghidupan seharian.Pendapatan adalah perlu untuk menganggar kadar kemiskinan. Melaluipendapatan, pengukuran kemiskinan boleh ditentukan melalui penetapan GarisKemiskinan. Garis kemiskinan adalah satu paras pendapatan sekadar cukup untukmembeli makanan seisi rumah, kesihatan sempurna dan keperluan-keperluan asaslain (pakaian, perumahan, tenaga dan bahanapi, pengangkutan dan persekolahan).Kumpulan yang pendapatan mereka berada di atas garis kemiskinan ini tidak beradadalam kemiskinan.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Malaysia (OPP) 1971-90, memberipenekanan terhadap mengurangkan kadar kemiskinan. Di Semenanjung Malaysia,kadar kemiskinan dijangkakan akan berkurang daripada 49.3 peratus dalam tahun1970 kepada 16.7 peratus dalam 1990. Ini dapat dicapai melalui pertumbuhan pesatsosio-ekonomi, dan melalui penyertaan menyeluruh masyarakat miskin. Programpembasmian kemiskinan memberi penekanan kepada peluang-peluang untukmasyarakat miskin menyertai proses pertumbuhan ekonomi untuk menikmati feadahpembangunan.

Antara program-program yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinandalam tempoh 1971-1980 termasuk penyediaan kemudahan di kawasan-kawasanpertanian, pengenalan kepada pertanian moden kepada petani miskin, penyediaanpeluang-peluang pekerjaan di sektor-sektor yang produktif, penyediaan perkhidmatan masyarakat dan kemudahan awam seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, air dan bekalan elektrik. Kerajaan telah menentukan sembilan kumpulan miskin utama untuk tujuan pembasmian kemiskinan iaitu pekebun kecil getah, penanam padi, nelayan, pekebun kecil kelapa, pekerja ladang, penduduk Kampung Baru, buruh pertanian, Orang Asli dan kumpulan miskin di bandar. Strategi pembasmian kemiskinan di bandarditumpukan kepada penyediaan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakatmiskin dan kemudahan asas seperti perumahan, air dan bekalan elektrik,pengangkutan dan perancangan keluarga. Boleh dikatakan bahawa kebanyakankelompok-kelompok masyarakat ini terdiri dari selain daripada masyarakat Melayu, masyarakat India terutamanya pekebun kecil getah dan pekerja ladang.

Sekiranya garis kemiskinan tersebut diturunkan maka kadar kemisinan akan menurun dan jika garis kemiskinan dinaikkan maka lebih ramai yang miskin. Kerajaan menyatakan bahawa kadar kemiskinan telah turun daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 17.3 peratus pada tahun 1987. Dalam tempoh 18 tahun selepas pelaksanaan DEB kadar kemiskinan telah menurun kira-kira 32 peratus. Ini menakjubkan kerana kadar ini telahjatuh dari 29.2 peratus pada tahun 1980 kepada 17.3 peratus pada tahun 1987 iaitu sebanyak 12 peratus dalam tempoh tujuh tahun.Kemiskinan di kalangan masyarakat India juga boleh dilihat melalui kedudukan sub-etnik mereka. Masyarakat India itu sendiri adalah terdiri daripada pelbagai budaya` bahasa dan agama. Kumpulan sub-etnik seperti Malayali, Ceylonese dan Sikh jika dilihat secara kasar adalah baik dari segi kedudukan mereka jika dibandingkan dengan Tamil dan Telugu. Kumpulan ini adalah berpendidikan Inggeris semasa pihak penjajah British membawa mereka ke Malaya untuk bekerja di perkhidmatan awam. Anak-anak mereka telah merebut peluang-peluang pendidikan tinggi di Malaya. Mereka telah mencapai kedudukan yang lebih baik dari buruh-buruh India di estet-estet bahkan kedudukan mereka lebih baik dari orang-orang Melayu. Kemakmuran golongan ini tidak melimpah kepada golongan etnik lain dari kaum tersebut. Golongan kedua itu terus tertumpu sebagai pekerja lading dan penduduk bandar yang miskin. Kebanyakan daripada sub-etnik Tamil dan Telugu terdiri dari buruh-buruh yang bekerja di sektor perladangan.

Mobiliti di antara estet-estet adalah rendah dan hampir 50 peratus daripadamereka telah bekerja di estet yang sama sejak dari 20 tahun yang lalu. Ini adalahdisebabkan kerana upah di antara estet tidak banyak berbeza.Hampir 19.3 peratus daripada tenaga buruh estet tidak menerima pendidikanformal. Ini adalah kerana kemudahan pendidikan yang tidak mencukupi dankadar keciciran yang tinggi. Kemudahan bekalan elektrik yang tidak baik.Purata pendapatan bulanan pekerja estet adalah RM154. Ia adalah berbezaberbanding dengan saiz estet dan status MAPA atau bukan MAPA. Puratapendapatan bulanan bagi estet yang besar adalah RM159, estet pertengahanRM 149 dan estet kecil RM 144. Dari segi pendapatan perkapita, 43 peratus isirumah adalah di bawah garis kemiskinan. Ia adalah berbeza dengan angka yang diberikan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketiga, yang menyatakan 38 peratus pekerja estet tinggal di bawah garis kemiskinan. Pendapatan purata isirumah adalah RM302 jika dibandingkan dengan RM417 bagi isu rumah luar bandar seperti yang dinyatakan dalam Preliminary Report of The Agricultural Census, l 977. Oleh sebab pendapatan purata adalah RM302 dan purata perbelanjaan adalah RM299 maka menunjukkan bahawa mereka membelanja segala pendapatan yang diterima. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak berpeluang untuk menyimpan. Kajian yang dilakukan oleh SERU ini adalah selepas sepuluh tahun perlaksanaan DEB. Kesimpulan daripada penemuan SERU adalah bahawa pekerja- pekerja estet getah adalah ketinggalan dari segi kedudukan sosio-ekonomi mereka. Majoriti daripada pekerja-pekerja di sektor ini adalah terdiri dari masyarakat India. Walaupun, pekerja estet dikenalpasti sebagai kumpulan sasaran dalam program pembasmian kemiskinan, bukti-bukti yang diperolehi menunjukkan bahawa faedah yang diperolehi oleh mereka daripada program tersebut adalah tidak mencukupi. Ini dapat dilihat selepas tamatnya DEB, keadaan sosio-ekonomi masyarakat India masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Dari segi kemiskinan di bandar, Keadaan kemiskinan wujud sama ada di bandar atau di luar bandar, tetapi keadaannya lebih serius di kawasan luar bandar jika dibandingkan dengan keadaan di bandar. Golongan termiskin di kalangan kaum India tidak hanya terdiri dari pekerja-pekerja estet yang berpendapatan RM10 hingga RM 12 sehari tetapi sebahagian besar kaum India yang tinggal di kawasan-kawasan bandar juga mempunyai pendapatan rendah. Ini termasuk pekerja kilang peringkat bawahan, pekerja di bidang perkhidmatan termasuklah tukang-tukang kebun dan pencuci kain.adalah golongan orang-orang India miskin di bandar. Bagaimanapun kebanyakan daripada mereka mempunyai pekerjaan yang terjamin dan berpendapatan tetap jika dibandingkan dengan pekerja-pekerja estet.Migrasi dari luar bandar ke bandar di kalangan masyarakat India adalahterdiri daripada muda-mudi. Seperti yang dinyatakan oleh SERU dalam kajianmereka ke atas pekerja ladang getah, purata peratus pekerja estet adalah 38 tahun.Purata umur pekerja estet berumur di bawah 25 tahun adalah 15.6 peratus berbandingdengan 35.2 peratus daripada jumlah tenaga buruh negara. Malaysia sedang menuju ke arah mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadi negara perindustrian menjelang tahun 2020. Ini telah menyebabkan wujud banyak peluang-peluang pekerjaan sama ada pekerja-pekerja mahir atau tidak mahir. Kerajaan melalui Dasar Perindustrian Negara telah berjaya menarik ramai pemuda dari luar bandar ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan. Perkembangan pendidikan negara juga telah menyebabkan ramai beliaberhijrah ke bandar untuk mendapatkan pendidikan profesional. Ini adalah keranakeadaan pendidikan di estet serba kekurangan.

Kemasukan buruh-buruh asing terutamanya daripada Indonesia danBangladesh adalah satu lagi faktor yang menyebabkan penghijrahan. Buruh-buruhasing ini menerima bayaran yang lebih murah jika dibandingkan dengan buruh-buruhtempatan. Buruh-buruh asing ini menjalankan kegiatan mereka secara kontrak.Melalui cara ini pemilik ladang dapat mengurangkan kos-kos menyediakan tempattinggal dan lain-lain kemudahan kepada pekerja mereka.Faktor-faktor di atas telah menyebabkan masyarakat India berhijrah kebandar-bandar untuk mencari peluang-peluang pekerjaan yang baru. Ini secara tidaklangsung telah menyebabkan wujudnya kemiskinan di bandar-bandar. Kebanyakandaripada golongan miskin di bandar terlibat dengan pekerjaan di peringkat rendah dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan dan kemudahanawam, perdagangan dan perkhidmatan, penjaja serta pekerja awam berpendapatanrendah.15 Kebanyakan daripada mereka yang mencari nafkah hidup dalam sektorperkilangan, pembinaan, kemudahan awam, perdagangan, perhubungan danpengangkutan, perkhidmatan dan lain-lain tinggal di kawasan setinggan.

Di kawasan bandar, sejak tahun 7oan, masalah perumahan telah menjadisemakin rumit berikutan dengan pertambahan penduduk pada kadar yang pesat. Pada masa yang sama, harga tanah telah melambung naik. Keadaan sedemikian telahmenyebabkan harga rumah semakin meningkat dan adalah dianggarkan hampir 75peratus dari penduduk bandar yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulantidak mampu memiliki rumah sendiri. Hanya sebilangan kecil dari golongan berpendapatan rendah ini mampu membeli rumah kos rendah yang dijual denganharga tidak melebihi RM25,000 seunit. Namun demikian, pembinaan rumah kosrendah ini sangatlah terhad dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan yangsebenar. Tambahan pula masyarakat India terpaksa bersaing dengan kaum lain didalam mendapatkan rumah kos rendah. Prestasi penyediaan rumah kos rendah pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan kerana projek ini tidak berdayamaju dari segi komersial dan beban subsidinya adalah terlalu tinggi jika penyediaanya dikendalikan oleh sektor awam tanpa melibatkan pemberian milik tanah dan penyediaan kemudahan prasarana oleh pihak kerajaan sendiri. Manakala itu sektor swasta tidak berminat menyediakan rumah kos rendah seperti yang diarahkan oleh kerajaan. Taraf kelayakan untuk membeli atau menyewa unit-unit seumpamanya ini adalah berdasarkan kepadapendapatan isirumah bulanan sebanyak RM500. Ini bermakna sebilangan besarmasyarakat yang berbilang kaum di bandar tidak mampu menikmati kemudahan perumahan yang sempurna.

Tujuan DEB adalah untuk mewujudkan peluang-peluang yang memadaidengan satu pembahagian pembangunan atau kekayaan negara yang lebih adilkepada semua kaum. Ini terutamanya terhadap mereka yang kurang menerimakeuntungan daripada pertumbuhan ekonomi negara/Soleh dikatakan bahawabahagian besar daripada kaum India telah tidak memperolehi keuntungan yangsepatutnya seperti yang dijangkakan daripada proses penyusunan semula masyarakat.Kebanyakan daripada mereka telah diabaikan oleh kerajaan secara tidak langsungdalam rancangan DEB.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat berbilang etnik

Penyusunan Semula Masyarakat

Salah satu strategi serampang dua mata yang dilaksanakan oleh DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan. Matlamat DEB untuk menyusun semula masyarakat biasanya merujuk kepada aspek-aspek seperti agihan milik saham syarikat, gunatenaga dan pembangunan wilayah. Tujuan DEB yang lebih positif lagi dalam usaha menyusun semula masyarakat adalah untuk meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan.Sejarah telah memperlihatkan bagaimana pihak British melaksanakan 'Dasar Pecah dan Perintah' ke atas Tanah Melayu semasa penjajahannya. Menurut Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (1991) dasar ini bertujuan untuk memecahbelahkan kaum yang terdapat di Tanah Melayu bagi tujuan untuk menguatkan dan mengekalkan pemerintahan mereka. Dasar ini telah membahagikan kaum di Tanah Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing dan ditempatkan di kawasan yang berlainan. Interaksi antara kaum amat terhad. Sejak sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi, orang Melayu telah sedar tentang kedudukan ekonomi mereka dan telah menyuarakan bantahan mereka terhadap kaum Cina yang dibenarkan oleh kerajaan menguasai ekonomi luar bandar dengan mengavval pengangkutan luar bandar dan pengilangan beras. Beberapa usaha dan program telah dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat. Menurut Tengku Anuar (1991) usaha-usaha yang dijalankan serentak dengan program-program membasmi kemiskinan terutama sekali di kawasan luar bandar dan Bandar. Program menyusun semula masyarakat dalam tempoh DEB telah dirangka seperti berikut meninggikan daya pengeluaran dan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui permodenan kawasan luar Bandar,mengurangkan keadaan tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang secara berperingkat-peringkat melalui pertumbuhan ekonomi, supaya guna tenaga dalam berbagai-bagai sektor ekonomi dan peringkat pekerjaan mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum di negara ini, menambahkan dengan lebih cepat lagi melalui perkembangan ekonomi, bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif dalam ekonomi termasuk saham sektor syarikat berdasarkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya,perhatian berat akan ditumpukan kepada kaum bumiputera yang pada masa ini memiliki bahagian modal yang terlalu kecil berbanding dengan bilangan mereka dalam jumlah penduduk, memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera supaya dalam tempoh satu generasi, mereka akan memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian negara dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi serta menjadi rakan seperjuangan penuh dalam kegiatan ekonomi negara.

Menurut Ishak b Saat (2005) dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia mengatakan kerajaan telah berusaha menyusun semula hak milik sektor syarikat secara berperingkat-peringkat supaya pada keseluruhannya rakyat Malaysia akan memiliki dan menguasai sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah modal saham dengan kaum bumiputera menjelang tahun 1990. Walau bagaimanapun, matlamat DEB untuk orang Melayu mencapai 30% pemilikan ekuiti selepas 20 tahun, iaitu pada tahun 1990 tidak tercapai sepenuhnya. Peratusan ini turun naik sekitar 20% sahaja. Bahkan pada tahun 2002, pegangan ekuiti orang Melayu hanya berjumlah 18.7%. Apabila dipecahkan hanya segelintir sahaja menjadi hak milik pemodal Melayu atau bumiputera.Berhubung dengan penyusunan semula masyarakat, usaha-usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan ekuiti bumiputera dalam perniagaan. Pada masa ini, bumiputera hanya memiliki 19.1% daripada ekuiti korporat.

Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bahagian pemilikan mereka kepada sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010. Dalam penentuan pemilikan ekuiti oleh bukan bumiputera, bahagian bagi keturunan India akan diberi perhatian. Memandangkan syarikat bumiputera telah menembusi sektor pembinaan, pengangkutan dan pertanian, mereka perlulah mempelbagaikan kegiatan dalam aktiviti lain yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi terutama sektor pembuatan, perkhidmatan dan runcit. Persekitaran yang boleh membantu mereka akan diwujudkan, termasuk penyediaan insentif dan pembiayaan bagi membantu bumiputera memperolehi teknologi yang sesuai serta kepakaran pengurusan. Di samping itu, program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak peluang untuk usahawan bumiputera di peringkat korporat.

Dasar Ekonomi Baru Penting Ke Arab Perpaduan Kaum Dari Aspek Ekonomi

Sebenarnya, pihak kerajaan telah menjangka keciciran ekonomi Melayu jika sebarang tindakan tidak dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Tindakan yang diambil o!eh kerajaan dalam memperbaiki kedudukan ekonomi selepas Mei 1969 adalah berdasarkan keperluan untuk berkompromi di dalam politik yang akhirnya telah mendorong kepada pembentukan DEB sebagai lambang ekonomi politik. Dua strategi utama dalam DEB ke arah pembentukan perpaduan nasional ialah pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan terhadap seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ini dapat dicapai melalui program -program yang dirangka daripada seluruh peringkat produktiviti.Perkembangan peluang-peluang antara sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti yang rendah ke peringkat yang lebih tinggi di samping peruntukan yang lebih meluas terutamanya dalam perkhidmatan sosial telah dirangka untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan-kumpulan yang berpendapatan rendah. Menurut Ahmad Idris (1988) penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurangkan dan mengetepikan pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi. Program-program tersebut termasuklah pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan aktiviti Bandar yang pesat dan seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru dan pengwujudan Masyarakat Industri dan Komersial Melayu di semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi negara.

Dasar-dasar yang dirangka dan cuba dilaksanakan oleh kerajaan mencerminkan komitmen serta kesungguhan untuk mewujudkan masyarakat Melayu yang bersedia ke arah membentuk aktiviti-aktiviti perniagaan dan kegiatan keusahawanan.Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3 (1992) relevannya, DEB yang mempunyai agenda 'serampang dua mata' bukan setakat menyatupadukan pelbagai etnik di negara ini tetapi yang pentingnya ia menandakan satu titik permulaan baru orang-orang Melayu mula bergiat dalam bidang perdagangan, perindustrian serta kegiatan keusahawanan. Hakikatnya, konsep keusahawanan telah wujud sejak dua ratus tahun dahulu dan ia lebih tertumpu di Britain dan Jepun. Pada awalnya,usahawan telah diwakiii oleh golongan saudagar yang dianggap kelas bawahan tetapi akhirnya ia berubah kepada satu golongan yang berpengaruh berteraskan industri dan komersil. Oleh hal demikian, untuk memajukan satu masyarakat yang berteraskan industri dan komersil, pengertian konsep keusahawanan adalah satu syarat mutlak.

Dalam menyusuri sejarah perkembangan usahawan Melayu dapat dirumuskan bahawa pencapaian mereka adalah kurang berjaya. Keadaan ini sekali gus mencerminkan kegagalan untuk mencapai 30% sasaran penguasaan golongan bumiputera dalam bidang perniagaan dan perindustrian di kawasan kajian sebagaimana yang dicatatkan dalam Rancangan-rancangan Malaysia. Secara makronya; pengwujudan 30% Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam Rancangan-rancangan Malaysia hanyalah sekadar teori kerana sepanjangtempohpelaksanaan DEB (1970-1990) masih menggambarkan bahawa pencapaian penyertaan orang-orang Melayu dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih berada di tahap yang kurang membanggakan. Keadaan ini membawa kepada permasalahan pencapaian pemilikan modal antara syarikat-syarikat bumiputera Melayu dan bukan Melayu khususnya syarikat milik Cina.Apa yang menjadi persoalan adalah pemilikan modal Cina telah meningkat selepas tamatnya DEB pada tahun 1990 sebaliknya sasaran kerajaan untuk memiliki 30% pemilikan saham tidak kesampaian walaupun bantuan, galakan dan insentif kerajaan lebih menjurus kepada usahawan Melayu.

Ditinjau pada dimensi yang lain pula, orang-orang Melayu masih ketinggalan dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) yang sedang rancak digiatkan sejajar dengan usaha kerajaan merealisasikan matlamat mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera dalam DEB mahupun DPN. Meninjau kepada perspektii kegagalan pencapaian pengusaha-pengusaha kaum bumiputeraMelayu, antara yang dominan adalah kurangnya komitmen mewujudkan satu budaya niaga (business culture) di kalangan orang-orang Melayu. la secara tidak langsung menyumbang ke arah iinplikasi yang negatif dalam usaha membentuk satu MPBB yang berwibawa. Program untuk membangunkan MPPB lebih memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ramai usahawan bumiputera yang berdikari, yang berdaya tahan dan yang bertaraf dunia yang mampu bersaing secara berkesan dalam perniagaan tempatan dan antarabangsa. Usahawan bumiputera perlu menerap nilai dan etika perniagaan yang baik supaya mereka lebih berjaya dan mampu berdikari.Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3 (1992) bagi memajukan lebih ramai usahawan bumiputera, program pembangunan vendor dan francais sedia ada akan diperkukuh serta diperluaskan.Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan DEB (1970-90), kerajaan memberi tumpuan utama dalam memajukan profesion bumiputera terutama orang-orang Melayu dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, peguam dan akauntan. Di samping itu, usaha peningkatan kerjaya profesional diperhebatkan serta meletakkan profesion usahawan sebagai kerjaya yang mencabar dan menguntungkan.Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan bagi menggantikan DEB pada tahun 1990 yang pada asasnya meneruskan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan adil yang cuba dicapai sejak DEB. Sementara DPN pula menetapkan 'Pembangunan Seimbang' sebagai falsafah pembangunan dengan menekankan pencapaian matlamat-matlamat pertumbuhan, pengagihan, pembangunan mapan dan pertumbuhan sektor-sektor utama seperti perindustrian, pertanian dan perkhidmatan.

Strategi DPN secara terperinci terangkum dalam rancanganpembangunan lima tahun Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Menurut Supian Ali & Mohd. Zainudin Saleh (1994) Pelancaran Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) (1996-2000) menunjukkan bahawa ekonomi negara memasukifasa kedua selepas Rangka Rancangan Malaysia Keenam (RME) 1991-1995, maka penyediaan RMT adalah berasaskan kejayaan pelaksanaan RME dan bertujuan untuk membawa negara ke abad ke-21 dengan lebih berkesan.Walau bagaimanapun, teras pembangunan dalam tempoh RMT adalah berlandaskan konsep pembangunan seimbang sebagaimana yang termaktub dalam pembentukan DPN. la memberi perhatian khusus terhadap dasar dan strategi untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berterusan di samping mencari hasil pertumbuhan ekonomi negara untuk diagihkan secara saksama di kalangan rakyat semua kaum, negeri, bandar dan luar bandar. Berdasarkan matlamat tersebut, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM162.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan keseluruhan sektor awam bagi tempoh 1996-2000. Hakikatnya, masyarakat Melayu telah lama mengenal perubahan dari segi sejarahnya hasil dari pertemuan dengan unsur kebudayaan, ekonomi, agama, penjajahan mahupun kemerdekaan. Menerusi perspektif tersebut, masyarakat Melayu kini mula terasa bahawa mereka ketinggalan berbanding negara-negara yang mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan berada di peringkat pemodenan yang tinggi untuk menaikkan taraf hidup mereka. Hasil dari keinsafan ini beberapa iangkah telah diambil oleh kerajaan untuk mengubah nasib orang Melayu dengan melaksanakan DEB mahupun rancangan- rancangan pembangunan Malaysia. Sepanjang pelaksanaan DEB, secara tidak langsung mempengaruhi struktur dan sosioekonomi orang Melayu. Antara faktor yang menentukan aliran ini adalah perkembangan peluang pelajaran tinggi dan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan tinggi, perkembangan peluang untuk menambah hak milik di bidang perusahaan, perniagaan dan pertanian serta pemindahan penduduk desa ke bandar.Di samping itu, terdapat satu perkembangan yang penting dalam menilai pencapaian orang-orang Melayu dalam pelaksanaan DEB iaitu lahirnya golongan Melayu menengah. Kedudukan mereka dianggap 'istimewa' sebagai wakil kaum Melayu menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan DEB. Mereka mengambil bahagian yang cergas dalam bidang perniagaan dan perusahaan serta menikmati kemudahan yang diberikan seperti lesen dan pinjaman perniagaan.Golongan menengah Melayu secara kumpulannya, meningkat dari segi kenaikan pangkat dan pendapatan yang cepat. Sebagai wakil kaum Melayu mereka ini sedang mengalami proses konsolidasi untuk mempertahankan dan memperbaiki kedudukan mereka secara persendirian mahupun secara kumpulan. Perkembangan ini mewujudkan kuasa kewangan di kalangan mereka dan ia dapat menentukan pendidikan generasi masa hadapan.Menurut Masalah Dan Prospek Ekonomi Bumiputera (1978) sementara golongan Melayu ini berperanan di dalam perniagaan dan perusahaan, pada penghujung tahun 60-an, bandar-bandar besar Malaysia mula membangun dan aliran pembangunan yang pesat mula dikesan. Tidak lama selepas pelancaran DEB, bandar-bandar terutamanya Kuala Lumpur telah menghadapi 'property boom' dan menarik ramai golongan Melayu di bandar terhadap peluang kekayaan melalui pemilikan dan spekulasi tanah bandar. Apakah keadaan ini dapat melahirkan golongan usahawan di kalangan orang-orang Melayu berpandukan kelebihan pemilikan tanah atau mereka hanya berfungsi sebagai masyarakat 'statik' dengan memberi laluan kepada kaum asing mengembangkan perekonomian negara? Oleh hal demikian, masyarakat Melayu menonjolkan diri dalam bidang keusahawanan serta membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian seterusnya memenuhi matlamat DEB yakni menyusun semula masyarakat. Antara rancangan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-70) lalah mewujudkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipertanggunjawabkan untuk mencapai matlamat mempertingkatkan kedudukan kaum Melayu dari segi kedudukan ekonomi.

Tugas pertama MARA ialah memberikan pendidikan dan latihan, bantuan teknik dan kewangan, menubuhkan perusahaan baru dan memberi khidmat pengurusan. Kedua, MARA berperanan aktif dalam projek perniagaan dan perindustrian secara bersendirian atau usahasama dengan modal tempatan dan asing. Penyertaan ini bertujuan untuk memindahkan hak milik kepada golongan usahawan Melayu.Rasionalnya; pelaksanaan DEB memperkuatkan lagi matlamat pemerintah untuk melahirkan golongan usahawan Melayu dan menjamin agar ekonomi Melayu cidak ketinggalan. Menurut Anuwar Ali &C Rajah Rasiah, 1996: 82, kejayaan DEB dan usaha membangunkan ekonomi Melayu sebenarnya bergantung penuh pada bangsa Melayu itu sendiri.

Masalah Dan Prospek Ekonomi Bumiputera (1978) tegasnya, orang-orang Melayu tidak seharusnya menggunakan 'hak-hak istimewa' Melayu berlandaskan undang-undang mahupun akta-akta yang memihak kepada bangsa Melayu sehingga tidak mampu mengembangkan potensi ekonomi. Kebanyakan kemajuan yang dicapai oleh orang-orang Melayu masih menggambarkan jurang yang besar. Umpamanya; daripada bilangan lesen yang dikeluarkan pada tahun 1976, hanya 14.9% dimiliki oleh kaum bumiputera. Kelebihan yang diberikan oleh kerajaan harus digunakan sepenuhnya oleh masyarakat Melayu yang ingin mempertingkatkan graf pencapaian dalam perekonomian setanding dengan kaum-kaum asing di negara ini.Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa pelaksanaan DEB dapat menyusun semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu dalam kegiatan ekonomi moden yang bertapak di bandar dan ia meningkat dalam sektor ekonomi moden seperti perkilangan dan perkhidmatan di bandar. Penyertaan golongan pemodal Melayu dalam sektor perindustrian amat kurang, kerana sebelum tahun 1957 pihak penjajah tidak memberikan sebarang sokongan institusi yang berkesan kepada orang Melayu untuk bergiat dalam perniagaan apatah lagi dalam sektor perindustrian.Apa yang wujud hanyalah perniagaan dan perindustrian bersifat kecil-kecilan dan tidak mampu melahirkan golongan usahawan Melayu yang bersifat korporat.Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dengan harapan dapat menambah penyertaan kaum Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Dari aspek perindustrian, strategi terpenting adalah meningkatkan peranan IKS terutama melahirkan golongan usahawan Melayu yang benar-benar tulen dan dinamis.Sejajar dengan itu, beberapa kementerian terutamanya Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Awara menyokong pengembangan industri kecil-kecilan terutama yang ditubuhkan oleh pemodal Melayu mahupun bumiputera. Kegiatan mereka merangkumi berbagai-bagai bidang, antaranya bantuan kewangan, teknologi,perkhidmatan dan pengurusan.Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang digubal memberikan tumpuan kepada pembentukan satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Menurut Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3, 1992: 251, DPN menjelaskan bahawa pemilikan ekuiti tidak mencukupi untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan. Oleh hal demikian, penekanan perlu dialihkan kepada penyusunan semula dan segi gunatenaga dan pengurusan.. Apa yang dapat dinyatakan di sini ialah orangorang Melayu masih menghadapi masalah yang agak kritikal dalam usaha menempatkan diri mereka dalam kelompok usahawan yang berjaya. Perubahan paradigma ke arah mewujudkan satu MPPB akan memberi nafas baru kepada orang-orang Melayu untuk menaikkan taraf ekonomi mereka serta memberi sumbangan positif ke arah pembangunan negara.

Kesimpulan

Integrasi ekonomi antara kaum khususnya masyarakat bumiputera Melayu dan masyarakat Cina dapat dipupuk menerusi perkongsian kemakmuran yang dijana oleh pelaksanaan dasar-dasar kerajaan terutamanya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN). Perkongsian ekonomi yang dicetuskan melalui pembukaan pasaran dapat mengikat keserasian dan tolak ansur ekonomi yang akhirnya membawa kepada usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga dapat mengendurkan jurang di antara golongan kaya dan miskin. Falsafah pembangunan dalam dasar- dasar kerajaan seperti DEB dan DPN adalah untuk mencapai matlamat keseimbangan pencapaian ekonomi di kalangan kaum khususnya masyarakat bumiputera Melayu yang suatu ketika dahulu dianggap terpinggir dalam arena perdagangan dan perniagaan yang rata-rata dikuasai oleh masyarakat Cina.Namun, selepas hampir 50 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan keadaan pencapaian masyarakat bumiputera Melayu khususnya golongan usahawan Melayu dalam bidang perniagaan boleh dibanggakan berdasarkan penglibatan dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan. Usahawan bumiputera turut menerima konsep perkongsian perniagaan dengan masyarakat bukan bumiputera dengan tujuan untuk memperluaskan rangkaian perniagaan.Perkongsian kemakmuran ini adalah interpretasi kepada 'win- win situation' di kalangan etnik pelbagai kaum yang akhirnya mendapat manfaat bersama dalam konteks ekonomi negara. Justeru itu, ketidakseimbangan ekonomi secara tidak langsung dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama demi mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan Negara.

Lampiran

Jadual 1 : Kadar kemiskinan di Malaysia

Jadual 2 : Taburan Etnik yang miskin di Malaysia

RujukanLaman Web:1. http://www.epu.gov.my/dasar-ekonomi-baru2. http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru4. http://www.isis.org.my/attachments/390_MAZ_Kompass_220907.pdf

Buku Teksi. Zaid Ahmad (Editor), Ruslan Zainuddin, Ahmad Tarmizi Talib & Nazri Muslim, Najeemah Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Lee Yok Fee, Ho Hui Ling, 2013 , Hubungan Etnik di Malaysia, Malaysia, Oxford Fajar.

19