10

Click here to load reader

Dasar Dan Program

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dasar Dan Program

DASAR DAN PROGRAM BAGI KEMAJUAN MATEMATIK KANAK-KANAK

Secara umum, pendidikan matematik sebagai satu bidang yang telah mula

berkembang pada akhir abad ke-19. Seiring dengan perkembangan tersebut, dasar

dan program bagi kemajuan matematik kanak-kanak dalam bidang pendidikan

matematik turut mendapat perhatian. Namun, dasar dan program yang dijalankan

perlulah sistematik dan memenuhi kehendak yang baik serta dapat membekalkan

maklumat yang sangat berguna dan penting untuk kebaikan pendidikan matematik

itu sendiri terutama kepada pelajar dan guru. Sekiranya bidang ini tidak mengikut

aliran terkini, maka adalah mustahil untuk sesebuah negara itu berkembang maju

kerana ianya amat bergantung kepada perubahan-perubahan yang menyumbang

kepada peningkatan dalam bidang ini dan selaras dengan hasrat kerajaan yang

ingin menjadikan Malaysia Negara maju.

Dasar dan program bagi kemajuan matematik ini merupakan penggerak dan

jaminan kepada pelajar untuk menjadi warga dunia masa depan yang berjaya

selaras dengan peredaran zaman era globalisas. Justeru, segala program

pendidikan matematik kanak-kanak harus berpusatkan dengan keperluan sezaman

dan sejajar dengan teori pembelajaran berasaan otak dan kecanggihan teknologi

dunia yang menjadi penentu keperluan kehidupan masa depan mereka.

Dasar dalam matematik ialah mengamalkan pembelajaran holistik.

Matematik pada pandangan saya ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti,

imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat

berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini. Oleh itu, inovasi dan kreativiti

adalah hasil pemikiran holistik yang harus diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran harian dalam bilik darjah secara jelas dan emprikal. Saya yakin

bahawa dasar ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar merasai inovasi pada

setiap masa di dalam bilik darjah. Saya berpendapat bahawa sesuatu pengajaran

dan pembelajaran haruslah fokus kepada murid, mementingan nilai kognitif dan

afektif, dan penggunaan TMK dalam bilik darjah supaya murid sentiasa berkembang

mengikut arus keperluan dan kemahiran generik sezaman. Dengan keberkesanan

konsep ini pelajar mampu menyumbang terhadap perkembangan matematik dan

melahirkan insan yang mampu merealisasikan hasrat kerajaan ke arah

pembentukan Negara maju.

Page 2: Dasar Dan Program

Seterusnya ialah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan

matematik dalam bahasa Inggeris yang telah menjadi isu hangat dan topik

perdebatan dalam kalangan para pendidik dan ahli akademik saban hari. Saya

menegaskan pendirian bahawa dasar ini tidak patut dimansuhkan kerana agenda ini

mampu membangunkan generasi pelajar yang mampu menguasai bidang sains

dan teknologi di tahap t inggi serta berupaya menjana ilmu dan teknologi baru

dalam pelbagai bidang. Justeru, guru harus menggunakan pelbagai inisiatif untuk

melaksanakan dasar ini pada peringkat awal sekolah secara konsisten seperti

mengajar dalam suasana yang tenang dan menyeronokkan apalagi dibantu '

teaching courseware' yang dibekalkan oeh PPK. Hal ini kerana penguasaan dalam

bahasa antarabangsa ini terhadap bidang asas kemajuan Negara ini memudahkan

perkembangan ilmu supaya rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus globalisasi

.

Seterusnya ialah dasar kurikulum standard sekolah rendah yang

merupakan transformasi kurikulum yang mula dilaksanakan pada tahun 2010

terhadap pelajar tahun 1 dan 2. Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era

globalisasi yang mencabar ini kerana teknik pengajaran dan pembelajaran akan

menjadi lebih menarik dan interaktif di mana guru akan membuat penilaian dengan

terperinci perkembangan setiap pelajar berdasarkan band dan melibatkan

penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu

dalam pengajaran Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang

sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tambahan pula konsep 4M dalam

pendidikan telah diperkenalkan ialitu menulis, membaca, mendengar dan menaakul.

Saya sangat setuju dengan penggunaan amalan menaakul lebih-lebih lagi dalam

matematik kerana ia megasah otak dan daya berfikir sesorang tentang sesuatu yang

dipelarinya dan diaplikasikan dalam kehidupan.

Seperti yang kita tahu kecanggihan teknologi pada masa kini, maklumat

hanya berada di hujung jari dengan satu klik sahaja dan terpulang kepada guru

untuk membawa penggunaan internet ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan

kemudahan yang sedia ada. Proses ini mampu menghasilkan pelajar yang

Page 3: Dasar Dan Program

menguasai superficial learning dan terus menggalakkan Deep learning. Contohnya

maklumat yang boleh diperolehi pelajar dan guru secara mendalam ialah mengenai

rancangan pengajaran, online exercise,pendekatan dan pembelajaran penyelesaian

masalah serta kesenian dan perisian matematik yang boleh dijadikan rujukan. Saya

yakin bahwa penggunaan internet atau TMK membantu mewujudkan suasana

pembelajaran bestari yang lebih berpusatkan murid dan menjayakan matlamat

perlaksanaan sekolah bestari dan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan

warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia.

. Matematik adalah subjek yang melibatkan kemahiran mengira dan daya

pemikiran dan kreativiti yang tinggi dan juga memerlukan kefahaman sesuatu

konsep dengan tepat dan menyeluruh. Justeru guru-guru dan pelajar harus

menerapakan daya kerativiti yang tinggi dalam matematik ini bagi melahirkan

insan yang kreatif dan inovatif serta mampu menghasilkan idea dan ciptaan baru.

Guru-guru harus menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif

dalam matematik contohnya seperti penglibatan aktif pelajar, permainan, analogi

dan latihan yang pelbagai.

Berdasarkan konsep holistik pula program model pengajaran dan

pembelajaran 3P diperkenalkan iaitu Big Picture Thinking (nilai kognitif),

Emaphatizing (nilai efektif) dan Informing(kemahiran generik). Dengan model Big

Picture Thinking, pelajar akan memperolehi idea bernas dan pengalaman matematik

yang banyak melalui kepelbagaian gambaran yang disampaikan di dalam bilik darjah

bukan hanya kepada contoh dan latih tubi. Saya mencadangkan bahawa kaedah ini

terus digunakan kerana ia mampu meningkatkan kreativiti dan inovatif pelajar dan

menggalakan pembelajaran aras tinggi melalui kaedah Taksonomi Bloom. Selain itu,

model yang kedua ialah proses In-forming yang melibatkan pencarian maklumat

melalui laman-laman internet yang merupakan rangkaian terbesar antarabangsa

seperti ejen pencarian Google search.

Proses ketiga ialah proses Emphatizing yang melibatkan tiga nilai afektif iaitu

rationalisme, kemajuan dan keterbukaan yang perlu diterapkan dalam matematik.

Seperti kita tahu, kemajuan menekankan kepada penyelesaian alternatif dan

galakan kepada pelajar mencapai idea-idea umum yang secara tidak langsung

dapat memupuk kreativiti dan inovasi pelajar. Nilai keterbukaan ialah nilai

Page 4: Dasar Dan Program

pendemokrasian pengetahuan yang mendedahkan pelajar untuk mengemuka dan

memaparkan idea mereka sendiri di dalam kelas dengan kreativiti tersendiri seperi

menjelaskan tiga cara membuktikan teorem phytagoras.

Rajah ini menunjukkan kaitan Model 3P.

Program seterusnya ialah Program Sekolah Bestari yang merupakan salah

satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia

Super Corior). Sebagai seorang bakal guru saya berpendapat bahawa sistem

pendidikan harus dimantapkan dengan perkembangan teknologi maklumat dan

komunikasi sejajar dengan konsep sekolah bestari untuk mengoptimumkan potensi

murid dalam penggunaan TMK dan lebih memberi tumpuan kepada aplikasi dan

proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Natijahnya pelajar tidak mudah

berasa bosan dan lebih berminat untuk belajar dengan kaedah pembelajaran akses

kendiri,terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Program PERMATA ialah Program Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak

yang teah ditubuhkan oleh Pusat Perkembangan kanak-kanak Negara atau NDDRC

di UPSI berdasarkan cetusan idea daripada Datin Seri Rosmah Mansor.

Kurikulumnya digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-

kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak

secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal.

Model 3P

Informing( kemahiran generik)

Emphatizing (nilai afektif)

Big picture thinking (nilai

kognitif)

Page 5: Dasar Dan Program

Pada pandangan saya, program ini mmembantu kanak-kanak mencapai

perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, stabil,

ceria dan berkeyakinan diri berdasarkan konsep FPK. Maka, dari peringkat awal

inilah menjadi penentu kepada pembangunan sesebuah Negara.

Selain itu, Projek INSPIRE atau Sistem Integrasi Arahan Terancang Untuk

Persekitaran Luar Bandar merupakan projek penyelidikan yang membina dan

menguji pendekatan tertentu demi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah-sekolah rendah di luar Bandar. Oleh itu, guru-guru harus

mewujudkan suatu inovasi atau idea baru untuk aktiviti pemulihan di dalam

pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam subjek matematik yang

merupakan matapelajaran yang dibenci oleh kebanyakan pelajar. Saya pasti projek

ini akan memberi peluang kepada pelajar luar Bandar untuk mengembangkan

potensi dan keazaman untuk terus melanjutkan pelajaran sekaligus dapat

meningkatkan perkembangan matematik.

Projek imbuhan (compensatory Project) telah dilaksanakan untuk

membetulkan ketidaksamaan pendidikan dan merapatkan jurang pendidikan antara

golongan kaya dan miskin. Dengan keadaan dunia yang semakin melangkah ke

zaman kemodenan di samping taraf hidup yang kian meningkat menyebabkan

sesetengah pelajar yang lahir daripada golongan kurang berkemampuan dan luar

bandar mempunyai pendidikan yang terbantut. Saya sangat tertarik dan sokong

dengan projek ini kerana pelajar luar Bandar tidak lagi dipinggirkan dan mampu

bersaing sebagai pelajar cemerlang setanding dengan pelajar-pelajar lain selaras

dengan konsep pendemokrasian pendidikan yang menyeragamkan pendidikan

tanpa mengenal kaum, bangsa, agama dan golongan kaya atau miskin. Projek ini

selaras dengan konsep Negara iaitu ‘’rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’’

kerana pelajar-pelajar lemah dan kurang kemampuan dapat dibantu. Bantuan-

bantuan yang diberikan seperti subsidi makanan,bantuan kewangan dan rancangan

pembelajaran mampu membantu pelajar untuk meneruskan pelajaran dengan lebih

bersemangat dan secara tidak langsung dapat mengasah potensi yang ada dalam

diri terutama dalam bidang matematik yang sentiasa ada disekeliling kita untuk

diaplikasikan dalam kehidupan. Pada firasat saya, projek sebegini sudah tentu

dapat memajukan sesebuah kawasan tidak kiralah luar Bandar atau pedalaman, hal

Page 6: Dasar Dan Program

ini kerana kemajuan sesebuah Negara bergantung kepada tahap pendidikan

sesebuah masyarakat.

Selain itu program pendidikan matematik di sekolah rendah dilaksanakan

dengan menggunakan kaedah Mokhdar untuk menghasilkan kekuatan memori

yang luar biasa terhadap input-input matematik. Sebagai contoh kecekapan

menyimpan maklumat sifir asas hingga lebih mencabar dengan hanya mencongak

dan lebih pantas tanpa alat bantuan lain pada usia seawal tujuh. Saya jamin bahawa

penggunaan Mokhtar advance membantu pelajar menyelesaikan masalah tanpa

menyebabkan kekusutan minda kerana ia tidak melibatkan kaedah meghafal dan

menjadi teras penting dalam pemikiran sains dan matematik. Kaedah abakus juga

digunakan sejak zaman dahulu untuk membantu dalam pengiraan matematik

dengan pantas dan cekap daripada penggunaan kalkulator saintifik. Saya

berpendapat jika kaedah ini diteruskan, sudah tentu kita akan melahirkan pelajar-

pelajar yang genius sekaligus memperkembangkan matematik di dunia.

Akhir sekali ialah program pendidikan sekolah menengah yang menggunakan

Perisian Geometrical sketchpad dan GeoGebra iaitu alat teknologi maklumat

yang memberikan gambaran konsep algebra dan penyelesaian masalah dalam

pelbagai bidang matematik serta dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Perisian ini mampu menggalakkan kreativit pada matematik KBSM

sekaligus dalam pencapaian pelajar melalui pembelajaran gambarajah, lukisan dan

ukuran.

Matematik ethno dalam pengajaran dan pembelajaran harus diaplikasikan

yang melibatkan perbezaan kelompok kecil murid-murid berdasarkan kedudukan

geografi,persekitaran dan status ekonomi. Kaedah ini akan menunjukkan

kepelbagaian proses pemikiran murid-murid yang kreatif dan inovatif melalui kaedah

menulis alternatif seperti cara mengira altrenatif yang melibatkan kaedah menaakul

dalam matematik.

Page 7: Dasar Dan Program

Matematik ethno adalah tindihan antara tiga konsep.

Kesimpulannya, dalam usaha kita untuk meningkatkan prestasi pendidikan

matematik di negara kita, sumbangan padu daripada pelbagai pihak sangat

diperlukan sebagai pemangkin kearah reformasi pengajaran dan pembelajaran

matematik secara berterusan. Maka, semua pihak haruslah bekerjasama untuk

melaksanakan dasar dan program yang digubal ini untuk memperkembangkan lagi

pendidikan matematik dan melahirkan insan yang seperti dikehendaki oleh konsep

FPK serta membentuk sebah Negara yang megah membangun.

Matematik Model matematik

Amalan setempat