32
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. B-05-304-10/2014 ANTARA INOMA AFUEKWE VIVIAN …PERAYU DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No.45A-47-03/2012 Antara Pendakwa Raya Dan Inoma Afuekwe Vivian) CORAM: MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR TENGKU MAIMUN BT TUAN MAT, HMR AHMADI BIN HAJI ASNAWI, HMR

DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

  • Upload
    others

  • View
    147

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA

(BIDANGKUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO. B-05-304-10/2014

ANTARA

INOMA AFUEKWE VIVIAN …PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA …RESPONDEN

(Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam

Perbicaraan Jenayah No.45A-47-03/2012

Antara

Pendakwa Raya

Dan

Inoma Afuekwe Vivian)

CORAM:

MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR

TENGKU MAIMUN BT TUAN MAT, HMR

AHMADI BIN HAJI ASNAWI, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

2

PENGHAKIMAN

[1] Ini adalah rayuan perayu di atas sabitan dan hukuman mati

mandatori yang telah dijatuhkan ke atas beliau oleh Mahkamah Tinggi di

atas satu kesalahan di bawah s.39B, Akta Dadah Berbahaya, 1952 (‘ADB,

1952’) seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 17 September 2011, jam lebih kurang jam 11.30

malam di kawasan tuntutan Bagasi E, Balai Ketibaan Antarabangsa, Aras

3, MTB, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di dalam

daerah Sepang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedar

dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 2,245.9 gram. Oleh

yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen

39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah

seksyen 39B(2) Akta yang sama.”

[2] Kami telah mendengar dan seterusnya menolak rayuan perayu.

Sekarang kami perturunkan alasan-alasan kami.

Kes Pihak Pendakwaan

[3] Pada 17.9.2011, PW-2 (Sarjan Mejar Hairudin) dan anggota-

anggotanya yang sedang membuat pemerhatian rutin di kawasan

tuntutan bagasi telah melihat perayu berdiri berseorangan di kawasan

tersebut. Perayu kemudian bergerak dengan perlahan sambil menoleh

ke kiri dan ke kanan dan ada kalanya berhenti dan bergerak semula serta

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

3

teragak-agak sambil menolak sebuah troli yang mengandungi 4 buah

bagasi di atasnya.

[4] SP-2 kemudian mengarahkan anggota-anggotanya untuk

memeriksa penumpang-penumpang yang menghala keluar dari kawasan

tersebut menuju ke kawasan pemeriksaan Kastam. SP-2 bersama

Koperal Rusniyah pula telah menghampiri perayu dan selepas

memperkenalkan diri telah mengarahkan perayu untuk menjalankan

imbasan ke atas bagasi-bagasi yang dibawanya di mesin pengimbas

Kastam.

[5] Setelah membuat imbasan, SP-2 telah melihat satu bagasi warna

merah berjenama ‘Success’ (eksibit P10) dalam keadaan yang

mencurigakan. Setelah diarahkan oleh SP-2, perayu telah membuka beg

tersebut dengan menggunakan kunci yang ada padanya. Hasil

pemeriksaan mendapati banyak kotak-kotak yang mengandungi ‘Lip

Gloss’. Perayu kemudiannya telah dibawa ke Pejabat Siasatan Jenayah

Narkotik untuk pemeriksaan lanjut.

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

4

[6] Bagasi eksibit P10 tersebut mempunyai tag nama perayu di

atasnya. Hasil pemeriksaan di Pejabat Narkotik menunjukkan bagasi

tersebut mengandungi 25 kotak 5D Super Moisturing (eksibit P20 (A

hingga Y)) dan di dalam setiap kotak tersebut terdapat 24 batang

Romantic Super Lip Gloss (eksibit P21C (A hingga X)). Apabila setiap

penutup Lip Gloss itu dibuka terdapat plastik lut sinar (eksibit P22 (A

hingga X)) yang membaluti kertas timah (eksibit P23 (A hingga X)).

Dalam setiap balutan kertas timah tersebut mengandungi bahan-bahan

disyaki dadah.

[7] Perayu telah ditangkap dan barang-barang kes tersebut dirampas.

Pada 18.9.2011, kira-kira lebih kurang jam 6.00 pagi, perayu bersama-

sama dengan barang-barang kes dan Borang Bongkar telah diserahkan

kepada pegawai penyiasat (SP-5, Insp. Eddy Amin Hussin Ala).

[8] Ahli Kimia (SP-3, Dr. Vanitha Kunalan) telah menganalisis bahan-

bahan yang disyaki dadah tersebut dan mengesahkan bahan-bahan

tersebut adalah dadah Methamphetamine seberat 2,245.9 gram (selepas

ini dirujuk sebagai ‘dadah tersebut’). SP-3 juga menyatakan

Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama, ADB,

1952. Laporan beliau adalah eksibit P61.

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

5

[9] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara yang bijaksana telah

mendapati bahawa dadah tersebut dijumpai tersembunyi dalam bagasi

P10 yang dibawa oleh perayu dan perayu mempunyai kunci bagasi

tersebut. Hakim bicara yang bijaksana juga mendapati bahawa perayu

mempunyai kawalan dan milikan ke atas bagasi tersebut lantaran

perayulah yang telah check in bagasi tersebut bagi penerbangannya dari

Murtala Muhammed Airport, Lagos, Nigeria, ke KLIA, Malaysia. Semasa

ditangkap bagasi tersebut ada dalam jagaan dan kawalan perayu. Pada

akhirnya dalam Alasan Penghakiman di m.s. 11, Jilid 1, Rekod Rayuan

(RR), hakim bicara yang bijaksana mendapati:

“OKT ditangkap sememangnya secara fakta (tak tersangkal) semasa

ada kawalan dan milikan ke atas P10. Di bawah seksyen 37(d), Akta

Dadah Berbahaya 1952 dia adalah ‘deemed to have in his possession of

the drug and to have known the nature of such drug until the contrary is

proved’. Mahkamah membuat pendapat sedemikian.”

[10] Hakim bicara yang bijaksana juga mendapati bahawa rantaian

keterangan barang kes tidak pernah terputus bermula daripada rampasan

barang kes tersebut oleh SP-2 dan serahan kepada pegawai penyiasat,

SP-5, sehinggalah penyerahan kepada SP-3 untuk dianalisis dan

seterusnya sehingga dikemukakan di Mahkamah sebagai barang kes

melalui SP-3.

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

6

[11] Berkaitan dengan perihal pengedaran dadah tersebut, hakim bicara

yang bijaksana mendapati bahawa adalah tidak munasabah

Methamphetamine seberat 2,245.9 gram tersebut adalah untuk kegunaan

perayu sendiri. Hakim bicara yang bijaksana seterusnya mendapati

bahawa berdasarkan kepada cara dadah tersebut disembunyikan dan

dibawa masuk dalam kuantiti yang banyak, maka hanya satu inferen yang

boleh dibuat iaitu dadah tersebut dibawa masuk dengan maksud untuk

tujuan pengedaran. Perbuatan perayu tersebut adalah terjumlah dalam

definisi mengedar dadah di bawah s.2, ADB, 1952. Dengan itu perayu

telah dipanggil untuk membela diri.

Pembelaan Perayu

[12] Perayu memberi keterangan secara bersumpah dan mendakwa

beliau adalah pembawa yang tidak bersalah (innocent carrier) yang tidak

tahu menahu tentang dadah dalam bagasi eksibit P10 tersebut.

[13] Perayu mengaku di Nigeria beliau adalah seorang wedding planner

dan telah datang ke Malaysia buat julung kalinya untuk membeli barang-

barang perkahwinan sambil bercuti. Beliau bercadang untuk membeli

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

7

beberapa cincin perkahwinan, mahkota perkahwinan dan pakaian-

pakaian perkahwinan seorang Islam.

[14] Beliau hanya membawa USD 3000 walhal budget perbelanjaannya

adalah USD10,000 dan akan meminta wang dari Nigeria sekiranya perlu.

[15] Di lapangan terbang di Nigeria sebelum berlepas ke Malaysia beliau

melihat seorang penumpang telah menangis dan menjerit-jerit kerana

kononnya dia telah diberitahu melalui telefon bahawa ibunya telah

meninggal dunia. Oleh itu penumpang tersebut tidak dapat meneruskan

perjalanannya ke Malaysia kerana terpaksa menghadiri upacara

pengebumian ibunya.

[16] Penumpang tersebut mengenalkan dirinya sebagai Dave dan telah

bertanya perayu sama ada perayu ingin ke Malaysia dan turut bertanya

sekiranya beliau (perayu) boleh membawa bagasinya yang mengandungi

gincu (lip gloss) yang telah tamat tempoh (expired) penggunaannya untuk

dipulangkan kepada pihak Kastam Malaysia.

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

8

[17] Perayu menyatakan kesanggupannya untuk memenuhi permintaan

Dave. Namun begitu beliau hanya bertanya tentang kandungan bagasi

tetapi tidak pula membuka bagasi tersebut untuk memeriksa sekiranya

benar wujud gincu berkenaan. Perayu juga telah diberi kunci bagasi

tersebut oleh Dave dan perayu turut diberitahu untuk menyerahkan

bagasi tersebut kepada kakak Dave bernama ‘Chuckwunouye’ setibanya

di KLIA, Malaysia.

[18] Setibanya di KLIA, perayu telah ditangkap oleh SP-2. Semasa

ditangkap beliau memiliki secara fizikal bagasi P10 yang telah diberikan

oleh Dave kepada beliau untuk dibawa ke Malaysia. Naratif seterusnya

adalah sama seperti naratif SP-2 di perenggan-perenggan terdahulu.

[19] Hakim bicara yang bijaksana telah memperincikan dalam Alasan

Penghakiman di m.s. 22 hingga 30, Jilid 1, RR, faktor-faktor yang

diambilkira untuk menilai keterangan pembelaan perayu yang didapati

tidak munasabah atau tidak masuk akal khususnya tentang dakwaannya

bahawa kedatangannya ke Malaysia adalah untuk membeli barangan

peralatan perkahwinan dan bahawa beliau bersimpati dengan Dave dan

bersetuju untuk membawa bagasi eksibit P10 tersebut ke Malaysia tanpa

mengetahui isi kandungannya.

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

9

[20] Di m.s. 30 Jilid yang sama hakim bicara yang bijaksana mendapati:

“Meneliti semua faktor keterangan yang diperturunkan di

atas….Mahkamah ini membuat pendapat bahawa bukan sahaja OKT ada

milikan dan kawalan ke atas P10 dan kandungannya, akan tetapi OKT

mengetahui dan mempunyai niat untuk mengedar dadah yang

tersembunyi secara licik dalam bagasi itu, yang semuanya adalah

terkandung dalam penutup gincu (‘lip gloss’).” OKT adalah jelas ‘wilfully

blind’ dan sememangnya jelas bukan seorang ‘innocent carrier’.

[21] Hakim bicara yang bijaksana seterusnya mendapati watak Dave

adalah satu rekaan semata-mata. Demikian juga dakwaan perayu

bahawa dia telah terserempak dengan Dave semasa beratur di lapangan

terbang di Lagos adalah satu rekaan juga dan watak Chuckwunouye yang

dikatakan kakak Dave langsung tidak boleh dipercayai. Hakim bicara

yang bijaksana pada akhirnya membuat dapatan tidak mempercayai

perayu langsung.

[22] Di akhir perbicaraan, Mahkamah mendapati bahawa pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan

yang munasabah dan pihak pembelaan telah gagal untuk membangkitkan

apa-apa keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Dengan

demikian perayu telah disabitkan di atas pertuduhan mengedar dadah

yang dikenakan ke atasnya dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati

di atas sabitan tersebut.

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

10

Alasan Rayuan

[23] Perayu telah mengunjurkan 3 alasan berikut:

(i) anggapan pengetahuan di bawah s.37(d), ADB, 1952 telah

dibangkitkan (invoked) secara salah oleh hakim bicara;

(ii) tidak ada perbuatan nyata (overt acts) dibuktikan untuk

menunjukkan perbuatan pengedaran dadah; dan

(iii) pembelaan perayu tidak dipertimbangkan dengan betul.

Keputusan Kami

Alasan (i) - Anggapan pengetahuan di bawah s.37(d) dibangkitkan

secara salah

[24] Peguambela yang bijaksana menghujahkan bahawa anggapan di

bawah s.37(d), ADB, 1952, tidak boleh dibangkitkan untuk membuktikan

pengetahuan dalam keadaan di mana wujud keterangan langsung

bahawa perayu mempunyai pengetahuan tentang dadah di dalam bagasi

eksibit P10 yang dibawanya dari Nigeria ke KLIA, Malaysia. Ini telah

memprejudiskan perayu kerana beliau perlu memikul beban keterangan

(evidential burden) yang lebih berat untuk mematahkan anggapan

tersebut di atas imbangan kebarangkalian berbanding dengan beban

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

11

untuk hanya menimbulkan keraguan yang munasabah sekiranya beliau

didapati mempunyai milikan dan pengetahuan mens rea ke atas dadah

tersebut. Seterusnya hakim bicara yang bijaksana juga tidak membuat

dapatan di akhir perbicaraan sama ada perayu telah berjaya mematahkan

anggapan di bawah s.37(d) tersebut atau sebaliknya. Ketinggalan ini

adalah fatal.

[25] Kami telah meneliti keseluruhan keterangan yang diunjurkan

dengan cermat dan kami mendapati tidak wujud sebarang keterangan

bahawa perayu telah mengakui beliau membawa bagasi eksibit P10

tersebut dengan pengetahuan bahawa bagasi tersebut mengandungi

dadah. Timbalan Pendakwa Raya (‘TPR’) yang bijaksana juga tidak

mendakwa perayu ada membuat pengakuan yang sedemikian.

[26] Kami juga mendapati tidak wujud keterangan langsung yang

menunjukkan bahawa perayu telah membawa bagasi tersebut dengan

pengetahuan ia mengandungi dadah. Peguambela yang bijaksana tidak

pula menunjukkan apakah keterangan langsung yang wujud untuk

mengatakan bahawa perayu mempunyai pengetahuan bagasi yang

dibawa tersebut mengandungi dadah.

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

12

[27] Apa yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan adalah perayu,

ketika ditangkap, mempunyai kawalan dan jagaan ke atas bagasi eksibit

P10 yang mengandungi dadah tersebut. Keterangan juga menunjukkan

beliau telah check-in bagasi tersebut di Murtala Muhammed Airport,

Lagos, Nigeria dan bagasi tersebut diberi nombor tag yang eksklusif atas

nama perayu seorang. Keterangan juga menunjukkan perayu telah

berangkat terbang dari Nigeria bersama bagasi tersebut.

[28] Dalam keadaan yang sedemikian TPR yang bijaksana menyatakan

melalui Ucapan Pembukaannya (di m.s. 261, Jilid 4, RR) bahawa pihak

pendakwaan akan bergantung kepada anggapan di bawah s.37(d), ADB,

1952, untuk membuktikan bahawa perayu mempunyai pemilikan dan

pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai di dalam bagasi eksibit P10

berkenaan dan akan bergantung kepada definisi perbuatan mengedarkan

dadah seperti diperuntukkan di bawah s.2, ADB, 1952 untuk membuktikan

bahawa perayu telah mengedarkan dadah tersebut. Ini merupakan

konsesi pihak pendakwaan bahawa tidak wujud keterangan langsung

(direct evidence) yang menunjukkan perayu mempunyai pengetahuan

bahawa bagasi eksibit P10 yang dibawa itu mengandungi dadah.

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

13

[29] Pemilikan (possession) yang melibatkan elemen kawalan (control)

atau jagaan (custody) tidak boleh wujud tanpa elemen pengetahuan

(knowledge). Berbeza dengan elemen kawalan atau jagaan yang boleh

dibuktikan melalui keterangan langsung (direct evidence), elemen

pengetahuan yang melibatkan keadaan minda seseorang, amat sukar

untuk dibuktikan melainkan wujud pengakuan yang nyata. Malah

Thomson H (pada ketika itu) dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 1

LNS 17, menyatakan pengetahuan tidak boleh dibuktikan melalui

keterangan langsung dan hanya boleh dibuktikan melalui inferen dari

keadaan sekeliling yang menyelubungi kes berkenaan (lihat juga Parlan

Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717; Emmanuel Yaw Teiku v PP [2006] 3 CLJ

597; Samurdee Devan Muthu Kerishnan v PP [2010] 3 CLJ 269)

[30] Anggapan undang-undang yang diunjurkan melalui s.37(d), ADB,

1952, adalah sebahagian daripada arsenal yang dimiliki oleh pihak

pendakwaan yang boleh dibangkitkan kerana sukarnya untuk

membuktikan elemen pengetahuan melalui keterangan langsung atau

untuk menutup kelompangan dalam aliran keterangannya seperti yang

dianjurkan oleh Thomson H dalam kes Chan Pean Leon v PP (supra).

Pemakaian anggapan di bawah seksyen ini hanya tertakluk kepada rider

bahawa seseorang yang dituduh tersebut terbukti mempunyai kawalan

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

14

atau jagaan ke atas apa jua barangan (container) yang mengandungi

dadah tersebut sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

[31] Dalam nafas yang sama, anggapan ini tidak dimaksudkan untuk

dibangkitkan dalam keadaan di mana seseorang tertuduh itu didapati

mempunyai kawalan atau jagaan atau milikan ke atas dadah tersebut

secara fizikal, misalnya dadah tersebut berada di dalam genggamannya,

atau di dalam poket seluarnya atau diikat pada badannya atau berada di

dalam perutnya. Dalam keadaan seperti ini di mana kategorinya tidak

pernah tertutup, elemen pengetahuan sememangnya sudah tersedia

embedded dalam keseluruhan rangka (scheme) pengawalan atau jagaan

atau milikan dadah tersebut. Keadaan-keadaan seperti ini pada

kebiasaannya juga boleh menimbulkan inferensi yang kuat bahawa

tertuduh tersebut mempunyai pengetahuan penuh tentang dadah yang

berada dalam kawalan atau jagaan atau milikannya. Juga, di mana wujud

keterangan yang menunjukkan milikan sebenar (actual/mens rea

possession) oleh tertuduh, hakim bicara sewajarnya membuat satu

dapatan positif bahawa tertuduh mempunyai milikan sebenar ke atas

dadah tersebut dan anggapan di bawah s.37(d) tidak sepatutnya

dibangkitkan.

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

15

[32] Walau apa pun, anggapan di bawah s.37(d), ADB, 1952, bukanlah

satu mechanism automatik bagi menggesa (compel) Mahkamah

membangkitkan anggapan pemilikan dan pengetahuan apabila jagaan

dan kawalan dibuktikan. Dalam kes Emmanuel Yaw Teiku v PP (supra),

Mahkamah Persekutuan menyatakan:

“[14] Hence, under the Act there is no mandatory rule to require for the

invocation of s.37(d) to establish the element of possession on a charge

of trafficking of dangerous drugs. Where the facts and circumstances

warrant, it would be sufficient to establish actual possession cum

knowledge from the totality of the evidence adduced. As to the nature or

kind of evidence required to show knowledge, it would depend on the

facts and circumstances of each case.”

[33] Di dalam rayuan di hadapan kami, pihak pendakwaan nyata telah

berjaya membuktikan perayu mempunyai kawalan atau jagaan penuh ke

atas bagasi eksibit P10 tersebut. Ini adalah persoalan fakta dan juga

dapatan fakta yang diperoleh oleh hakim bicara yang bijaksana. Dalam

ketiadaan keterangan langsung bahawa perayu mempunyai pengetahuan

berkenaan dengan dadah yang terkandung di dalam bagasi tersebut,

yang juga merupakan satu persoalan fakta yang perlu diputuskan oleh

hakim bicara, maka pada hemat kami hakim bicara tidak khilaf dan telah

bertindak dengan betul apabila beliau membangkitkan anggapan di

bawah s.37(d) untuk mengaitkan (fasten) perayu dengan pemilikan dan

pengetahuan ke atas dadah tersebut atau untuk membuktikan bahawa

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

16

perayu mempunyai pemilikan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut.

Kesemua pre-requisite untuk membangkitkan anggapan tersebut telah

dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Maka tidak ada asas untuk

mempertikaikan keputusan hakim bicara membangkitkan anggapan di

bawah s.37(d) tersebut yang memihak kepada kes pendakwaan. Juga,

dalam situasi yang seperti ini, tidak ada undang-undang yang boleh

menghalang hakim bicara dari membangkitkan anggapan tersebut ke

atas perayu.

[34] Berdasarkan kepada segala keterangan yang telah dikemukakan,

kami dapati bahawa hujahan yang dibangkitkan oleh peguambela yang

bijaksana berkenaan dengan isu ini tidak mengandungi apa-apa merit

langsung.

[35] Seterusnya kami bersetuju dengan hujahan peguambela yang

bijaksana bahawa hakim bicara telah khilaf apabila gagal untuk membuat

dapatan sama ada perayu telah berjaya mematahkan anggapan di bawah

s.37(d) yang dibangkitkan ke atasnya atau sebaliknya. Namun

ketinggalan atau kegagalan ini pada hemat kami tidak fatal dan langsung

tidak memprejudiskan perayu. Ini kerana hakim bicara yang bijaksana

telah mengenakan beban yang lebih rendah ke atas perayu untuk

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

17

menyangkal anggapan tersebut iaitu dengan menggunakan ujian

‘menimbulkan keraguan yang munasabah’ dan tidak (instead of)

menggunakan bebanan yang lebih tinggi iaitu dengan ujian ‘di atas

imbangan kebarangkalian’ – lihat para 16, m.s. 36, 37, Jilid 1, RR. Perayu

sebenarnya telah mengaut faedah (benefit) dari kekhilafan hakim bicara

yang menggunakan ujian yang lebih rendah ke atasnya. Sungguhpun

begitu pada hemat hakim bicara, perayu masih gagal untuk melepaskan

bebanan tersebut. Mengambilkira keseluruhan hal keadaan yang

menyelubungi kes ini, kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan fakta

hakim bicara yang bijaksana tersebut.

Alasan (ii) – tidak ada overt acts dibuktikan untuk menunjukkan

perbuatan mengedarkan dadah

[36] Peguambela yang bijaksana menghujahkan berdasarkan kepada

anggapan pemilikan dan pengetahuan tentang dadah tersebut dan

kuantiti dadah yang cukup besar, hakim bicara yang bijaksana telah

membuat inferen bahawa jumlah dadah yang besar tersebut tidak

mungkin untuk kegunaan sendiri tetapi untuk diedarkan dan dengan itu

telah memanggil perayu untuk membela diri. Peguambela yang bijaksana

lantas berhujah bahawa ini adalah satu kaedah yang digunakan untuk

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

18

circumvent larangan untuk membangkitkan anggapan berganda seperti

yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammed bin

Hassan v PP [1998] 2 MLJ 273. Seterusnya, tidak ada overt acts telah

dibuktikan terhadap perayu yang menunjukkan beliau telah mengedarkan

dadah tersebut selain memiliki dan membawa dadah tersebut dari Nigeria

ke Malaysia.

[37] Peguambela yang bijaksana telah memperkukuhkan hujahannya

dengan mengunjurkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes

Soorya Kumar a/l Narayanan & Anor v PP [2013] 1 MLJ 1, di mana fakta-

fakta dalam kes tersebut telah dibezakan dengan fakta-fakta yang

terdapat dalam kes PP v Abdul Manaf bin Muhammad Hassan [2006] 3

MLJ 193, lalu diputuskan:

“[28] Accordingly, having considered the facts and circumstances of this

case we are of the view that the learned trial judge should have been

slow in making the inference of trafficking based solely on the

quantity of drug found. This case can be distinguished from that of

Manaf’s case. For instance, except for the large quantity of drug found in

both cases, the circumstances when the drugs were found differed. In this

case the drug was found in bulk inside the plastic sacks. In Manaf’s case

the accused was travelling in a taxi when he was caught with the drug

packed in small packets and tucked at his waist as well as inside the

pockets of his track top and trousers. (Penekanan oleh kami).

[29] It is therefore reasonable and plain common sense to infer in Manaf’s

case that the accused must have known of the existence of the drug and

in view of the large quantity and the manner it was packed it could

reasonably be inferred that it was for sale and thus satisfied the element

of trafficking. In our view there were two factors considered in Manaf’s

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

19

case that let this court to make the inference of trafficking, namely,

‘the manner the drug was being carried’ and ‘the total amount of the

drug involved’. (Penekanan oleh kami).

[30] But the same cannot be said in the present case. The appellants

merely loaded the plastic sacks onto the lorry. There was no evidence that

they had the opportunity to open any of the plastic sacks to check their

contents. Meanwhile, each of the plastic sacks must have been heavy

since each had to be dragged by the appellants from the river bank onto

the back of the lorry. But such fact proves nothing. No evidence was

adduced to show the comparable weight of one plastic sack of batik

clothes so as to allow an inference that the apparent weight of the contents

of the plastic sacks could not have been batik clothes as asserted by the

appellants.

[31] At best therefore is that the appellants were caught while carrying the

drug from the river bank onto the lorry. And it was said ini Manaf’s case

and which we agree that ‘the mere act of carrying is not sufficient to

constitute the offence of trafficking’.”

[37] Berpandukan kepada nas di atas, peguambela yang bijaksana

lantas menghujahkan ketika ditangkap, perayu dalam kes semasa hanya

membawa bagasi eksibit P10 tersebut dan dengan itu beliau tidak boleh

dikatakan telah mengedar dadah tersebut.

[38] Berhubung dengan hujah bahawa anggapan yang dibangkitkan di

bawah s.37 (d) ADB, 1952 untuk membuktikan pemilikan dan berat dadah

per se telah digunakan untuk membuktikan elemen pengedaran sebagai

satu helah untuk circumvent larangan anggapan berganda, pada hemat

kami isu ini merupakan isu basi yang telah ditangani oleh Mahkamah

Persekutuan dengan muktamad bertahun-tahun yang lalu. Sehubungan

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

20

dengannya memadai bagi kami untuk hanya merujuk kepada kes PP v

Lim Hock Boon [2009] 3 MLJ 604, di mana Mahkamah Persekutuan

melalui Nik Hashim, HMP, di m.s. 628 telah memutuskan:

“[32] Thus, the reliance placed by the Court of Appeal on Chow Kok

Keong, to hold that the definition section under s.2 of Act could never be

invoked to impose criminal liability, was, with respect, misplaced.

[33] A good example where the definition of trafficking in s.2 of the Act

was invoked is in the case of Public Prosecutor v Abdul Manaf Muhamad

Hasan [2006] 3 MLJ 193; [2006] 2 CLJ 129. There the Federal Court, in

order to avoid contravening the bar against the use of double presumptions

following the case of Muhammed Hassan v Public Prosecutor [1998] 2 CLJ

170, substituted the presumption of trafficking under s.37(da) of the Act

relied on by the trial court, to find trafficking in the dangerous drugs by

carrying under s.2 of the Act. The Federal Court ruled that the Court of

Appeal ought to have applied the proviso to s.60(1) of the Courts of

Judicature Act 1964 and upheld the conviction and sentence

notwithstanding the misdirection by the learned trial judge in applying the

double presumptions under 37(d) and (da) of the Act to convict the

accused.

[34] It is worthy of note that there is only one offence of trafficking under

the Act. However, there are several acts that may constitute the offence.

If the prosecution is not able to bring its case within one of the acts (see

Ong Ah Chuan v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64) under s.2 of the Act,

but is nevertheless able to establish the existence of primary facts that

draw the presumptions under the Act, then the court is enjoined to draw

those presumptions, subject of course to the bar as set out by Muhammed

Hassan.

[39] Dalam kes PP v Abdul Manaf bin Muhamad Hassan (supra) pula,

fakta kes dan isu yang berbangkit di hadapan Mahkamah Persekutuan

secara ringkasnya adalah sebagaimana dihuraikan dalam head note kes

tersebut seperti berikut:

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

21

“Responden/tertuduh telah ditangkap semasa menaiki teksi, Paket-paket

kecil mengandungi heroin telah ditemui dalam lipatan seluar di bahagian

pinggangnya, poket sebelah kanan dan kiri baju treknya dan dalam poket

seluarnya. Responden telah dituduh kerana kesalahan mengedar dadah

berbahaya di bawah s.39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta

tersebut’). Beliau telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh

Mahkamah Tinggi.

Semasa merayu ke Mahkamah Rayuan ia telah diputuskan bahawa hakim

perbicaraan telah terkhilaf dalam menggunakan andaian berganda

terhadap responden, iaitu pertama dengan menggunakan s.37(d) Akta

tersebut untuk membuktikan pemilikan dan berikutnya menggunakan

s.37(da) Akta tersebut untuk membuktikan pengedaran. Mahkamah

Rayuan kemudian memutuskan bahawa di bawah penyalaharahan hakim

perbicaraan itu, tertuduh patut didapati bersalah terhadap kesalahan yang

lebih ringan iaitu pemilikan sahaja. Responden oleh itu dijatuhkan

hukuman 16 tahun penjara dan 10 sebatan rotan. Pihak pendakwa telah

merayu ke mahkamah ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan

tersebut.

Pihak pendakwa berhujah bahawa meskipun berlaku penyalaharahan

oleh hakim perbicaraan yang bijaksana dalam menggunakan andaian

berganda itu, adalah wajib untuk Mahkamah Rayuan menimbangkan

keseluruhan keterangan di hadapan mahkamah dan tiba kepada

penemuan sama ada fakta tersebut yang diputuskan oleh hakim

perbicaraan itu menyokong sabitan di bawah s.39B(1)(a) Akta tersebut.

[40] Mahkamah Persekutuan, melalui Arifin Zakaria, HMP (pada ketika

itu) telah mengetepikan anggapan pengedaran di bawah s.37(da) dan

atas fakta-fakta yang telah dikemukakan, menggantikannya dengan

pengedaran dadah dengan cara membawa, salah satu perbuatan

pengedaran di bawah definisi s.2, ADB, 1952, seperti berikut, di m.s. 206:

“[21] In the present case, the drug was carried in small plastic packets

each containing small quantity of the drug. According to the evidence,

39.77g of heroin was found in a number of small plastic packets tucked in

his waist, while 50 small plastic packets containing 9.09g of heroin was

found in the right side pocket and another 30 small plastic packets

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

22

containing 5.57g of heroin was found in the left side pocket of the track top

he was wearing. 20 small plastic packets were found in each of the right

and left pockets of his trousers, containing a total of 7.66g of heroin.

Judging from the manner the drug was being carried, ie in small

plastic packet and taking into account the total amount of the drug

involved, the reasonable inference that may be drawn is that the

respondent was in fact carrying it for the purpose of trafficking. And

bearing in mind the large quantity of the drug involved, it cannot be

seriously contended that the drug was for his own consumption. In

any event, it was never suggested in his defence that it was so. His

defence was a mere denial that the drug was ever found on him. This was

rejected by the learned trial judge. We are satisfied he was not just a

passive carrier. Armed with these facts, we are satisfied that had the

learned trial judge properly directed himself, he would nonetheless have

come to the same finding. In the circumstances, we hold that the Court of

Appeal ought to have applied the proviso to s.60(1) of the CJA and upheld

the conviction and sentence notwithstanding the misdirection by the

learned trial judge. For the above reasons, this appeal is allowed and the

order of the Court of Appeal is set aside. Accordingly, the conviction and

sentence imposed by the High Court are reinstated and affirmed.”

(Penekanan oleh kami)

[41] Berdasarkan kepada otoriti-otoriti di atas kami dapati hujahan

peguambela yang bijaksana berhubung dengan isu wujudnya usaha

untuk circumvent larangan pemakaian anggapan berganda tidak

mengandungi sebarang merit sama sekali.

[42] Seterusnya kami dapati selain daripada jumlah dadah yang sama-

sama besar, fakta-fakta dalam kes Soorya Kumar (supra) dengan kes

rayuan semasa di hadapan kami dapat dibezakan. Pertamanya, dalam

kes semasa dadah tersebut disorokkan dalam berpuluh-puluh penutup

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

23

gincu dengan begitu licik sekali manakala dalam kes Soorya Kumar

(supra) dadah hanya dimasukkan dalam karung-karung guni plastik tanpa

diselindungi. Keduanya, perayu dalam kes semasa mempunyai segala

peluang untuk menyiasat apa yang dibawa olehnya atas permintaan

Dave, manakala dalam kes Soorya Kumar, tidak ada keterangan bahawa

perayu telah melihat kandungan guni-guni tersebut selain dari dilihat

memunggah berguni-guni dadah tersebut ke atas lori.

[43] Dalam kes rayuan semasa, hakim bicara yang bijaksana mendapati

tidak terdapat apa-apa keterangan bahawa dadah tersebut adalah untuk

kegunaan perayu dan tidak munasabah dadah seberat 2,245.9 gram

adalah untuk kegunaan perayu sendiri. Seterusnya beliau mendapati

bahawa berdasarkan kepada cara dadah tersebut disembunyikan dan

dibawa masuk dalam kuantiti yang banyak itu, maka hanya ada satu

inferen yang boleh dibuat, iaitu ia adalah untuk tujuan pengedaran – sila

lihat para 6, m.s. 17, Alasan Penghakiman, Jilid 1, RR.

[44] Kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan hakim bicara di atas.

Beliau tidak bergantung hanya kepada amaun dadah yang besar untuk

membuat inferen bahawa dadah tersebut di bawa masuk ke negara ini

dengan tujuan untuk diedarkan seperti didakwa oleh peguambela yang

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

24

bijaksana, tetapi juga telah mengambilkira dan mendapati cara dadah

tersebut disembunyikan semasa dibawa hanya menimbulkan satu inferen

bahawa dadah tersebut dibawa dengan tujuan untuk diedarkan, satu

perbuatan yang terangkum di bawah definisi mengedarkan dadah di

bawah s.2, ADB, 1952.

[45] Kami mendapati dalam hal ehwal keseluruhan keadaan yang

menyelubungi kes ini, cara dadah tersebut disembunyikan/disorokkan

semasa dibawa dengan amaunnya yang begitu besar adalah overt acts

oleh perayu untuk mengedarkan dadah tersebut. Dari cara dadah

tersebut disorokkan dalam bagasi eksibit P10 tersebut, adalah nyata niat

perayu adalah untuk mengelakkan dadah tersebut dikesan oleh pihak

berkuasa dan seterusnya membawa masuk dadah tersebut ke negara ini

untuk diedarkan. Selanjutnya perayu telah terbang beribu-ribu batu dari

Nigeria dan transit di tengah-tengah perjalanan sebelum sampai ke

negara ini dengan membawa bagasi yang berisi dadah tersebut.

[46] Situasi yang sama telah ditangani oleh Mahkamah ini dalam kes

Wjchai Onprom v PP [2006] 3 CLJ 724. Kami tidak berhasrat untuk

menyisih (depart) dari keputusan kes tersebut di m.s. 733, para 11, yang

memutuskan:

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

25

“….Here the appellant was caught conveying a large quantity of cannabis

from Thailand to Malaysia. In view of the amount involved, it is safe to

infer that the drug was intended for a third person or persons, known or

unknown. That other person or persons may, to borrow Lord Diplock’s

words, be the ‘actual consumer or a distributor or another dealer’. So this

is not a case of mere passive possession. There were overt acts done

by the appellant, namely the active concealment of the drug on his person

followed by its conveyance from Thailand into Malaysia which reasonably

supports the existence of criminal purpose proscribed by the Act. We

may add that the very same facts also give rise to a strong inference that

the appellant was aware of his possession, knew the nature of the drug

possessed and had the power of disposal over it.”

[47] Isu yang sama dengan keputusan yang sama juga digarap oleh

Mahkamah ini dalam kes Mohamad Yazri Minhat v PP [2003] 2 CLJ 65,

yang menerima pakai prinsip dalam kes Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ

64, di m.s. 69, bahawa:

“As a matter of common sense, the larger the quantity of drugs involved,

the stronger the inference that they were not intended for the personal

consumption of the person carrying them, and the more convincing the

evidence needed to rebut it.”

[48] Dari segi fakta dan undang-undang seperti diterakan di atas, kami

sebenarnya tidak mempunyai asas untuk mengganggu dapatan hakim

bicara yang bijaksana bahawa amaun dadah yang besar dan cara dadah

tersebut dibawa dengan disorokkan sebegitu licik hanya membawa

kepada satu inferen sahaja iaitu dadah tersebut dibawa dengan tujuan

untuk diedarkan.

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

26

Alasan (iii) – pembelaan perayu tidak dipertimbangkan dengan betul

[49] Peguambela yang bijaksana menghujahkan ‘Dave’ bukan satu

figura rekaan tetapi benar-benar wujud yang ditemui oleh perayu semasa

beratur di Lapangan Terbang Murtala Muhammed di Lagos. Dave telah

menyerahkan bagasi eksibit P10 yang berisi expired lip gloss kepada

perayu, meminta dihantarkan kepada kakaknya, Chukwononye, di

Malaysia dengan tujuan supaya lip gloss tersebut dipulangkan kepada

pihak kastam Malaysia. Dave juga telah membekalkan perayu dengan

SIM kad Malaysia untuk membolehkannya menghubungi Chukwononye.

Di KLIA perayu telah berjaya menghubungi Chukwononye. Beliau

meminta Chukwononye mengambil bagasi eksibit P10 tersebut. Selepas

ditangkap oleh SP-2, telefon yang mengandungi SIM kad yang dibekalkan

oleh Dave berdering beberapa kali tetapi beliau telah dihalang oleh SP-2

untuk menjawab panggilan-panggilan telefon tersebut.

[50] Perayu mengadu bahawa pegawai penyiasat, SP-5, gagal untuk

menyiasat Dave dan Chukwononye walaupun SP-5 mengakui dalam

kenyataan beramarannya, perayu ada menyatakan bagasi eksibit P10

tersebut kepunyaan Dave dan perayu telah diminta oleh Dave supaya

menghantar bagasi tersebut kepada Chukwononye di KLIA.

Page 27: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

27

[51] Perayu turut mengadu bahawa SP-5 gagal untuk menyiasat 3

telefon bimbit yang diserahkan kepadanya oleh SP-2 atas alasan bateri

ketiga-tiga telefon tersebut sudah habis. SP-5 juga gagal untuk

menyerahkan ketiga-tiga telefon tersebut untuk penyiasatan pihak

forensik.

[52] Seterusnya dihujahkan bahawa SP-5 mendakwa perayu gagal

untuk membekalkan butir-butir lengkap berkenaan dengan nama, alamat

tempat tinggal dan passport Dave dan Chukwononye. Sungguhpun

begitu, dihujahkan dengan lantang bahawa ia tetap menjadi

tanggungjawab SP-5 untuk menyiasat pembelaan perayu.

[53] Keterangan menunjukkan watak Dave tidak pernah ditimbulkan

oleh pihak pembelaan kepada SP-2, orang pertama yang confront perayu

dengan dadah tersebut.

[54] Pemeriksaan balas ke atas SP-2 berkenaan dengan Chukwunonye

hanya setakat (di m.s. 57, Jilid 1, RR):

“Put: Masa itu OKT ada kata kepada kamu dia sedang hendak ‘contact’

seorang bernama Chukwunonye.

Page 28: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

28

J: Tak benar. Saya tak periksa handphone yang OKT pegang masa

itu.

Put: Beg P10 kepunyaan Chukwunonye dan OKT cuba hubungi dia.

J: Tak tahu.”

[55] Perayu ditangkap oleh SP-2 pada kira-kira jam 11.30 malam pada

17.9.2011 dan hanya diserahkan kepada SP-5 pada jam 6.00 pagi,

18.9.2011. Tidak diketahui bila rakaman percakapan perayu yang

mendedahkan kewujudan Dave dan peranan yang dimainkan oleh beliau

dalam kes ini diambil dan diserahkan kepada SP-5 untuk disiasat.

[56] Pada hemat kami pendedahan tentang Dave dan peranan yang

dimainkan oleh Dave yang dibuat hanya semasa percakapan perayu

dirakamkan merupakan satu belated disclosure yang mencadangkan ia

menjurus kepada afterthought dan rekaan terbaharu semata-mata.

[57] Kelewatan tersebut memberi ruang untuk perayu mereka-reka

cerita. Dave dan peranan yang dimainkan oleh Dave merupakan teras

(core) pembelaan perayu. Maka sewajarnya pembelaan ini

diketengahkan atau didedahkan seawal mungkin iaitu sebaik sahaja

dadah tersebut dijumpai oleh SP-2 dari dalam bagasi eksibit P10 yang

dibawa oleh perayu. Pada waktu itu perayu sepatutnya boleh sahaja

Page 29: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

29

memberitahu SP-2 bahawa bagasi tersebut sebenarnya kepunyaan Dave

dan beliau diminta oleh Dave membawa bagi tersebut untuk diserahkan

kepada kakaknya di Malaysia.

[58] Kegagalan untuk memberi notis tentang Dave seawal mungkin

melalui SP-2 memberi kesan tentang keberatan (weight) yang wajar

diberikan ke atas pembelaan yang berteraskan kepada peranan yang

dimainkan oleh Dave tersebut. Dalam kes Teng Howe Sing v PP [2009]

3 MLJ 46 di m.s. 62, Mahkamah Persekutuan memutuskan:

“[30]….The learned trial judge’s comments on the late disclosure of the

real identity of ‘Ho Seng’ at the defence stage merely goes to show the

weight that the court attached to the appellant’s defence which is permitted

by the law. On this point we would like to refer to the case of Public

Prosecutor v Badrulsham bin Baharom [1988] 2 MLJ 585, wherein Lim

Beng Choon J at p 591 said that:

…So we are left with nothing more than the bare oral assertion

of the accused that it was Noor Azlan who asked him to collect

the bag on behalf of the former and that the accused himself

had no knowledge of the contents of P3. If that be the case,

one would hardly imagine that he would not have told either

PW3 or PW5 at the railway station at Alor Setar at the time of

his arrest that P3 belonged to Noor Azlan instead of saying that

there was nothing in P3.

[31] In Badrulsham’s case, the court was of the view that the failure of

the accused to inform the raiding officers that the white plastic bag

belonged to Noor Azlan at the time of his arrest and only revealing this

information during the interrogation two hours after his arrest, goes some

way to support the case for the prosecution.”

Page 30: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

30

[59] Selanjutnya kami dapati dalih SP-5 beliau tidak dapat menyiasat

Dave dan Chukwunonye kerana ketiadaan nama lengkap, alamat tempat

tinggal dan passport kedua-dua penama tersebut merupakan dalih yang

munasabah. Tanpa perincian tersebut bagaimana gerangannya SP-5

hendak menyiasat mereka berdua. Berpusing satu dunia pun belum tentu

dapat mengesan mereka.

[60] Berkaitan dengan kegagalan untuk menyiasat ketiga-tiga telefon

bimbit tersebut, kami berpandangan kegagalan tersebut tidak

berkeupayaan untuk menggugat kes pihak pendakwaan. Ini kerana

keterangan tentang telefon tersebut hanyalah bersifat corroborative.

Keterangan substantive datangnya dari keterangan SP-2, SP-3 dan SP-5

dan keterangan mereka tetap utuh hingga ke akhir kes. Lagi pun perayu

telah ditangkap redhanded membawa bagasi eksibit P10 yang

mengandungi dadah tersebut. Ini adalah keterangan substantive yang

cukup kuat. Kegagalan untuk menyiasat telefon-telefon tersebut tidak

dapat mengubah fakta ini. Dan beliau pula gagal untuk mendedahkan

kewujudan Dave dan peranannya seawal mungkin.

Page 31: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

31

Pembelaan Innocent Carrier

[61] Di hadapan Mahkamah Tinggi, teras pembelaan perayu ialah beliau

adalah seorang innocent carrier tanpa notis. Hakim bicara yang

bijaksana telah menganalisis pembelaan ini dengan panjang lebar dari

m.s. 22 hingga 36, Alasan Penghakiman, Jilid 1, RR. Kami tidak

berhasrat untuk memanjang-manjangkan penghakiman ini dengan

mengulangi faktor-faktor yang diambilkira oleh hakim bicara yang

bijaksana di dalam keputusannya untuk menolak pembelaan tersebut.

Memadai untuk kami menyatakan bahawa kami bersetuju sepenuhnya

dengan dapatan dan keputusan yang diperolehi oleh hakim bicara yang

bijaksana yang mana ianya jelas disokong oleh fakta-fakta dan

keterangan-keterangan yang dibentangkan di hadapannya. Kami tidak

mempunyai asas sama sekali untuk mengganggu dapatan serta

keputusan hakim bicara yang bijaksana tersebut.

Kesimpulan

[62] Berdasarkan kepada segala alasan di atas kami mendapati sabitan

yang dikenakan ke atas perayu adalah selamat. Dengan itu kami

menolak rayuan perayu seraya mengesahkan dan mengekalkan sabitan

dan hukuman gantung sampai mati dengan menggunakan tali yang diikat

pada lehernya yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas beliau.

Page 32: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Kami telah mendengar dan seterusnya

32

BERTARIKH: 5hb. Jun 2017.

( AHMADI HAJI ASNAWI )

Hakim

Mahkamah Rayuan Malaysia

Peguambela Perayu:

Chong Yin Xin

T/N Thong Seng Kong & Assoc.

Peguambela Responden:

Puan Norinna Bahadun

Timbalan Pendakwaraya

Jabatan Peguam Negara