24
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05-333-11/2014 ANTARA PENDAKWA RAYA PERAYU DAN BAASKARAN A/L VEERAPPEN ... RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA RAYUAN JENAYAH NO: B-05-336-11/2014 ANTARA PENDAKWA RAYA PERAYU DAN 1. TAMILSELVAM A/L SUBRAMANIAM ... RESPONDEN- 2. KABINDREN A/L MAZREVIRAN RESPONDEN (Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Kes No : 45B-251-2011 dan 45B-319-11/2011 Antara Pendakwa Raya Lawan 1. Baaskaran a/l Veerappen 2. Tamilselvam a/l Subramaniam 3. Kabindren a/l Mazreviran)

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

(BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO: B-05-333-11/2014

ANTARA

PENDAKWA RAYA … PERAYU

DAN

BAASKARAN A/L VEERAPPEN ... RESPONDEN

DIDENGAR BERSAMA

RAYUAN JENAYAH NO: B-05-336-11/2014

ANTARA

PENDAKWA RAYA … PERAYU

DAN

1. TAMILSELVAM A/L SUBRAMANIAM ... RESPONDEN-

2. KABINDREN A/L MAZREVIRAN RESPONDEN

(Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah

Alam Kes No : 45B-251-2011 dan 45B-319-11/2011

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

1. Baaskaran a/l Veerappen

2. Tamilselvam a/l Subramaniam

3. Kabindren a/l Mazreviran)

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

2

KORUM:

MOHTARUDIN BAKI, HMR

ZAKARIA SAM, HMR

ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMT

PENGHAKIMAN

Pengenalan

Ini ialah rayuan Pendakwa Raya (perayu) terhadap keputusan YA

Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam (YA Hakim bicara) yang

telah mensabitkan responden-responden atas pertuduhan pindaan di

bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (Kanun) dibaca bersama

dengan seksyen 34 Kanun yang sama.

[2] Responden-responden pada asalnya telah didakwa dengan

kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun dibaca bersama

dengan seksyen 34 Kanun yang sama. Pertuduhan terhadap mereka

adalah seperti yang berikut:

“Bahawa kamu bersama-sama dengan dua orang lagi, pada

31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak

kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

Daerah Petaling Jaya, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah

bersama-sama melakukan kesalahan membunuh iaitu menyebabkan

kematian ke atas Sundram a/l Arumugam (No Kad Pengenalan:

881022-10-5245) dan dengan itu, kamu telah melakukan satu

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

3

kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun

Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”

[3] Bagaimanapun, di akhir kes pembelaan YA Hakim bicara

mendapati kesemua responden telah berjaya menimbulkan keraguan

yang munasabah ke atas pertuduhan membunuh di bawah seksyen

302 Kanun. Namun begitu, YA Hakim bicara mendapati pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes yang boleh dihukum

di bawah seksyen 304 (a) Kanun terhadap ketiga-ketiga responden.

Kesemua responden kemudiannya didapati bersalah atas pertuduhan

pindaan di bawah seksyen 304 (a) dan dijatuhi hukuman pemenjaraan

selama 15 tahun dari tarikh tangkap. Terkilan, perayu merayu ke

mahkamah ini terhadap keputusan tersebut.

[4] Selepas mendengar hujahan kesemua pihak, kami dengan

sebulat suara telah membenarkan rayuan perayu. Ekoran itu, kami

mengetepikan keputusan YA Hakim bicara dan menggantikannya

dengan sabitan bagi kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302

Kanun (pertuduhan asal). Berikut ialah alasan kami dalam

membenarkan rayuan perayu.

Kes Pendakwaan

[5] Ikhtisarnya, pada 31 Disember 2010 Mohammad Anis Bin Kamal

Perumal, pengadu (SP14), semasa menghantar pulang pekerjanya,

Rajkumar a/l Satthi Murugan (SP8), telah berhenti di tepian lebuh raya

berdekatan kawasan kediaman SP8 iaitu di Flat Desa Mentari. Mereka

berbual-bual. SP14 kemudian terlihat ketiga-tiga responden sedang

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

4

memukul (si mati). SP14 menyuruh SP8 menghalang perbuatan ketiga-

tiga responden itu.

[6] SP14 kemudian turun daripada lori dan pergi untuk membantu si

mati yang sedang dipukul. Dia memarahi ketiga-tiga responden, namun

responden pertama bertindak dengan menyerang SP14 pula. Ini

disaksikan oleh SP8.

[7] Akur atas permintaan SP14, SP8 telah pergi untuk cuba

meleraikan dan menghalang tindakan responden-responden terhadap

si mati. SP8 telah melihat ketiga-tiga responden yang dikenalinya

sebagai “Baskaran” (responden pertama), “Boy” iaitu “Kabir” nama

sebenar “Kabindren” (responden ketiga), dan “Mynah” iaitu “Kili”, nama

sebenar “Tamilselvam” (responden kedua) sedang memukul si mati.

Dia telah melihat responden pertama memukul si mati dengan

menggunakan topi keledar, manakala responden kedua dan ketiga pula

sedang memukul si mati dengan kaki dan tangan bertubi-tubi di

bahagian badan terutama muka dan kepala. SP8 gagal untuk

meleraikan keadaan.

[8] Ketiga-tiga mereka telah melarikan diri ketika orang ramai mulai

tiba. Si mati didapati dalam keadaan parah dengan kecederaan teruk di

kepala, muka, dan badan serta berlumuran darah.

[9] Si mati telah dibawa ke Hospital Universiti. SP8 menyatakan pada

awalnya dia tidak dapat mengecamkan si mati kerana kecederaan yang

dialami oleh si mati menyebabkan mukanya bengkak dan berlumuran

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

5

darah. Walau bagaimanapun, dia kemudiannya dapat mengecamkan si

mati sebagai seorang yang dikenali tetapi tidak tahu namanya ketika di

hospital.

[10] Pada keesokan harinya, SP14 telah membuat laporan polis di

Balai Polis Petaling Jaya (P55). Pada hari yang sama si mati telah

meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital.

[11] Pada 2 Januari 2011, pada pukul 11.00 malam, Dr Karunakaran

Mathiran, pakar bedah siasat (SP4) telah menjalankan bedah siasat

terhadap jasad si mati. Sebelum itu, jasad si mati telah dicamkan

sebagai Sundram a/l Arumugam oleh abangnya (SP6). Dalam

pemeriksaan luaran dan dalaman, SP4 mendapati keadaan dan

kecederaan seperti yang berikut:

“The following injuries were present on the body of Sundram a/l

Arumugam.

External Injuries

1. Periorbital heamatoma (black eye) over both eyes

2. Contusion over the inner aspect of upper and lower lips

3. Dark red abrasion over the posterior aspect of the left arm 2cm

above the left elbow measuring 2x1cm

4. Dark red abrasion over the lateral aspect of the distal end of the

left forearm measuring 0.5x0.5cm

5. Dark red abrasion over the anterior aspect of the left foot just

below the 2nd toe, measuring 1.5x 1cm

6. Dark red abrasion over the middle of the forehead measuring

3x0.5cm

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

6

7. Dark red abrasion over the left supraorbital ridge, above the left

eyebrow measuring 4x3cm

8. Dark red abrasion over the bridge of the nose measuring

4.5x2cm

9. Dark red abrasion just above the middle of the right clavicle

measuring 4x2cm

10. Sutured wound over right eyebrow. On removal of sutures,

laceration measuring 3.5x0.5cm x bone deep

11. Sutured wound over right side of cheek. On removal of sutures,

laceration measuring 4x0.5cm x muscle deep

12. Sutured wound over middle of the lower lip. On removal of

sutures, laceration measuring 2.5x 0.5cmx muscle deep.

Internal Injuries

1. There was subscalpal bruising extending from left

temporoparietal to occipital to right temporoparietal region.

2. Subdural and subarachnoid haemorrhage was present on

parietal and temporal areas of both cerebral hemispheres and

right occipital and anterior aspect of the cerebellum.

3. There was left haemothorax measuring 100ml. fracture of 6 th

left rib in the lateral aspect with bruising of surrounding soft

tissue was seen.

4. There was 200ml of blood present in the abdomen. Haematoma

was present over left psoas and mesentery surrounding the small

intestine. Focal areas of contusion were seen in the

retroperitoneum.”

(Laporan bedah siasat (P16) di m/s 439-441, Rekod rayuan Jilid

5).

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

7

[12] SP4 merumuskan kematian si mati disebabkan oleh pelbagai

bencana tubuh “Multiples Injuries”, yang disebabkan oleh objek tumpul

seperti hentakan daripada helmet, kayu atau batu, tumbukan tangan

atau kaki, ataupun kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Menurut

SP4 lagi, kecederaan tersebut tidak boleh disebabkan sendiri oleh si

mati (m/s 62, Rekod Rayuan (RR) Jilid 1).

Dapatan Hakim bicara di Akhir Kes Pendakwaan

[13] Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksimum

ke atas keterangan yang dibentangkan oleh pendakwaan, YA Hakim

bicara mendapati suatu kes ‘prima facie’ telah dibuktikan terhadap

responden-responden bagi kesalahan membunuh di bawah Seksyen

302 Kanun. Oleh yang demikian, responden-responden telah diarah

untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Kes Pembelaan

[14] Kesemua responden telah memilih untuk memberikan keterangan

secara bersumpah. Ikhtisarnya (secara ringkas), keterangan mereka

adalah seperti yang berikut:

(a) Pada hari kejadian, responden pertama menyatakan bahawa

dia bersantai bersama kawannya yang bernama Usi sambil

minum minuman keras di bawah flat kediamannya di Desa

Mentari Blok 10 sambil berbincang untuk pergi ke mana

sempena perayaan menyambut tahun baru.

(b) Kemudian, responden kedua dan responden ketiga telah

datang menyertai responden pertama dan Usi.

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

8

(c) Di situ juga terdapat sekumpulan lebih kurang 10 orang yang

sedang duduk bersantai di bangku berdekatan mereka

(kumpulan berkenaan).

(d) Responden-responden kemudian terdengar kumpulan

berkenaan menjerit “Tiger..Tiger..”. Mereka tidak

mengendahkan jeritan tersebut. Seketika kemudian, mereka

telah mendengar seseorang meminta tolong. Mereka terus

pergi ke arah jeritan tersebut iaitu di bangku kumpulan

berkenaan.

(e) Apabila tiba, responden-responden mendapati salah seorang

daripada kumpulan berkenaan yang berada di situ (si mati)

sedang dipukul. Apabila mereka bertanyakan mengapa si mati

dipukul, jawapan yang diterima adalah “ini adalah masalah

kami, jangan masuk campur”.

(f) Responden-responden cuba meleraikan keadaan dan

menghalang si mati daripada terus dipukul, sebaliknya mereka

pula telah diserang. Responden-responden terus melarikan diri

dan pulang ke rumah masing-masing kerana takut diapa-

apakan oleh kumpulan berkenaan.

(g) Kesemua responden menafikan ada menyentuh atau memukul

si mati.

(h) Responden pertama mengatakan dia tidak begitu mabuk dan

masih sedar ketika itu.

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

9

(i) Responden kedua dan ketiga mengakui ada meminum arak

tetapi tidak mabuk.

Dapatan Hakim Bicara di Akhir Kes Pembelaan

[15] Setelah membuat pertimbangan, YA Hakim bicara mendapati

pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah

terhadap kes ‘prima facie’ pihak pendakwaan bagi pertuduhan di bawah

seksyen 302 Kanun kerana (di muka surat 27/28:RR Jilid 1):

“Meneliti kepada senario kes ini secara keseluruhannya, saya

memutuskan yang insiden pukul memukul oleh ketiga-tiga Tertuduh

hingga membawa kepada kematian mangsa adalah terjadi hasil

daripada pengaruh mabuk, iaitu selepas ketiga-tiga Tertuduh meminum

minuman keras, sambil melepak untuk menyambut tahun baru.”

Bagaimanapun, YA Hakim bicara mendapati suatu kes homisid salah

yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304 (a) Kanun telah dibuktikan

tanpa keraguan yang munasabah terhadap ketiga-tiga responden

kerana (muka surat 30: RR Jilid 1):

“Namun walaupun perbuatan tersebut dilakukan dengan tanpa niat,

Tertuduh-tertuduh tidak boleh menjadikan mabuk sebagai alasannya

bagi dikecualikan dari Hukuman. Mangsa menemui ajalnya akibat dari

pukulan dan kecederaan yang dilakukan oleh ketiga-tiga Tertuduh

terhadapnya....... Jelaslah, perbuatan Tertuduh-tertuduh adalah suatu

perbutan (sic) yang keterlaluan.”

Oleh itu, responden-responden telah disabitkan atas kesalahan di

bawah seksyen 304 (a) Kanun dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun

setiap seorang daripada tarikh tangkap.

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

10

Rayuan Perayu

[16] Di hadapan kami, perayu membangkitkan satu isu sahaja iaitu YA

Hakim bicara telah terkhilaf apabila meminda pertuduhan asal di bawah

seksyen 302 Kanun kepada suatu kes homisid salah di bawah seksyen

304 (a) Kanun apabila:

(a) dapatan tersebut bertentangan dengan keputusan hakim

bicara di akhir kes pendakwaan; dan

(b) mabuk bukan pembelaan kesemua responden.

[17] Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang terpelajar menghujahkan

bahawa keputusan YA Hakim bicara amat tersasar dari segi undang-

undang dan fakta dan tidak disokong oleh keterangan yang

dikemukakan serta bertentangan dengan dapatannya di akhir kes

pendakwaan. Secara ringkas, ditegaskan YA Hakim bicara telah

membuat keputusan yang bertentangan (perverse) apabila membuat

dapatan bahawa kesemua responden dalam keadaan mabuk ketika

melakukan kesalahan yang dituduh dan dalam keadaan tersebut tidak

mampu untuk mempunyai atau membentuk sebarang niat untuk

membunuh si mati.

[18] Peguam yang terpelajar bagi kesemua responden bagaimanapun

menyokong keputusan YA Hakim bicara dan berhujah bahawa YA

Hakim bicara berhak untuk mendapati bahawa pembelaan semua

responden berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah ke atas

kes pertuduhan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun selaras

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

11

dengan prinsip kes Mohamad Radhi bin Yaakob v PP (1991) 1 CLJ

(Rep) 311.

Keputusan Kami

[19] Setelah mempertimbangkan penghujahan semua pihak dan

meneliti keterangan yang ada, kami mengambil pendirian bahawa

keputusan YA Hakim bicara dalam meminda pertuduhan di bawah

seksyen 302 Kanun adalah salah dan bertentangan dengan keterangan

dan dapatan fakta yang ditemukan olehnya.

[20] Kami berpendapat keputusan YA Hakim bicara di akhir kes

pendakwaan, setelah membuat penilaian yang maksimum, adalah jelas

dan betul. Tidak disangkal bahawa si mati telah meninggal dunia dan

tidak juga disangkal kematian si mati disebabkan oleh bencana tubuh

yang pelbagai (multiple injuries) yang dikenakan ke atas si mati seperti

mana yang ditemukan dan disahkan oleh SP4. Kesemua bencana

tubuh seperti mana yang diperincikan dalam P16 mempunyai kesan

kumulatif yang serius dan menyebabkan kematian si mati. Dr Azmani

bin Sahar (SP11) turut mengesahkan bahawa bencana tubuh yang

dialami oleh si mati itu amatlah serius sehinggakan si mati gagal

diselamatkan walaupun dengan penggunaan kaedah perubatan dan

rawatan yang terbaik. Elemen pertama dan kedua terbukti dan tidak

menimbulkan apa-apa keraguan.

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

12

[21] Mengenai elemen ketiga, YA Hakim bicara telah menerima

keterangan saksi-saksi pendakwaan dan membuat dapatan yang

berikut (ms 14-19: RR: Jilid 1)

“Terhadap elemen ketiga, iaitu Tertuduh-Tertuduh telah menyebabkan

kematian simati atau mendatangkan kecederaan tubuh terhadap simati

yang mana Tertuduh-Tertuduh tahu kecederaan itu cukup pada lazimnya

boleh menyebabkan kematian, pihak pendakwaan menghujahkan

bahawa mereka bergantung kepada keterangan secara langsung dari

SP8 dan SP14 (saksi mata yang menyaksikan kejadian) dan juga

keterangan mengikut keadaan (circumstancial (sic) evidence)

berdasarkan kepada keterangan lain-lain saksi, seperti yang

diperuntukkan dibawah Seksyen 60(1)(a) dan (b) Akta Keterangan,

1950. Namun sebelum dikupas elemen ketiga ini, wajar diteliti

keterangan saksi-saksi bagi menentukan sama ada kecederaan yang

dialami oleh simati itu telah dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh.

Pergantungan khusus diberikan terhadap keterangan oleh SP8 secara

terperincinya bagi membuktikan perlakuan Tertuduh-Tertuduh tersebut.

Di dalam keterangannya, SP8 menyatakan yang dia mengenali mangsa

dan juga ketiga-tiga Tertuduh. Oleh kerana telah lama tidak berjumpa,

SP8 menyatakan yang dia tidak dapat mengecamkan Tertuduh-

Tertuduh. Dia tidak dapat mengecamkan Tertuduh-Tertuduh ini semasa

perbicaraan di atas sebab seperti yang dinyatakan olehnya. Namun,

simati dapat dicamkan melalui gambar. Semasa saya menanyakan

tempat tinggal Tertuduh-Tertuduh, SP8 terus memberikan dengan tepat,

tingkat dan blok tempat tinggal Tertuduh-Tertuduh. SP8 akui dia melihat

sendiri kejadian yang dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh terhadap simati.

Dia menyatakan yang ketiga-tiga Tertuduhlah yang telah menyebabkan

kecederaan serta memukul sehingga menyebabkan kematian terhadap

simati. Keterangan beliau selanutnya (sic) di Mahkamah:

“Pada 31/12/2010 jam lebih kurang 7.00 petang, saya bersama-

sama dengan majikan saya bernama Mohamad Anis telah selesai

pendawaian di Subang Jaya. Kemudian majikan saya memandu

motorlori satu tan dan menghala balik ke Puchong. Saya

menumpang lori majikan saya untuk balik ke rumah saya di Desa

Mentari. Seterusnya jam lebih kurang 7.30 petang kami sampai di

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

13

tempat yang ditujui. Majikan saya memberhentikan lori ditepi jalan

iaitu jalan yang menghala ke Puchong. Kemudian kami berdua

berbual seketika di dalam lori.

Pada waktu itu, saya nampak 3 lelaki India sedang memukul

seorang lelaki India yang lain. Kemudian majikan saya meminta

saya untuk pergi melihat keadaan. Seketika kemudian majikan saya

pun berada di tempat kejadian.

Apabila sampai di situ, saya nampak 3 lelaki India tersebut yang

saya kenali iaitu “BASKARAN”, “BOY” iaitu Kabir ataupun nama

sebenar Kabindran, “MYNAH” iaitu Kili ataupun nama sebenar

Tamilselvam, sedang memukul seorang lelaki India. Saya nampak

Baskaran memukul lelaki India yang diserang itu dengan

menggunakan topi keledar warna hitam dibahagian muka dan

kepala. BOY dan MYNAH pula memukul lelaki India tersebut

dengan menggunakan tangan dan kaki bertubi-tubi di seluruh

badan dan paling banyak dibahagian muka dan kepala. Selepas itu,

saya nampak Baskaran membuang topi keledar ke bawah dan

memukul lelaki India tersebut dengan menggunakan tangan dan

kaki bertubi-tubi di bahagian muka dan kepala juga. Mereka juga

memukul badan mangsa.

Apabila sampai disitu, saya terus menarik Baskaran. Manakala Boy

dan Mynah pula selepas memukul bersandar ditepi sebuah lori.

Pada ketika itu, majikan saya pun sampai dan bertanyakan kepada

mereka kenapa pukul lelaki India tersebut. Ketika itu, Baskaran pula

cuba menyerang majikan saya. Apabila orang ramai tiba, Baskaran,

Boy, Mynah telah melarikan diri.”

Selanjutnya beliau menyatakan:

“Saya kenal Baskaran, Boy dan Mynah. Saya mengenali mereka

lebih kurang 2 tahun. Mynah pula selalu bergaul dengan Baskaran

dan Boy. Baskaran tinggal di alamat B10-13-20, Desa Mentari 2.

Boy pula tinggal di alamat B10-14-4, Desa Mentari 2, Mynah pula

saya tidak tahu alamat kerana beliau tinggal di Lembah Subang.

Pada mulanya saya tidak dapat mengecam lelaki India yang dipukul

tersebut kerana mukanya berlumuran darah dan mukanya bengkak.

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

14

Saya hanya boleh cam lelaki India yang kena pukul itu apabila

sampai di Hospital Universiti dan lihat wajahnya. Saya kenal lelaki

yang kena pukul itu lebih kurang setahun. Nama saya tidak tahu,

tetapi beliau adalah seorang lelaki India yang baik, tidak suka

campur hal orang lain dan beliau adalah peramah. Si mati juga

tinggal dikawasan sekitar sini iaitu di No. 14, Tingkat 12 Blok 9,

Desa Mentari 2, Jalan PJS 2B/1, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.”

SP14, selaku majikan kepada SP8, di dalam keterangannya

menyatakan:

“Pada 31/12/2010 saya bersama dengan Raj Kumar telah pergi

bekerja di SS13, Subang Jaya untuk membaiki letrik. Kami keluar

pada 31/12/2010 jam lebih kurang 9.00 pagi. Seterusnya saya telah

selesai tugas di Subang Jaya pada jam lebih kurang 7.00 petang.

Kemudian saya telah membawa pekerja saya iaitu Raj Kumar untuk

pulang ke rumah dengan menaiki lori saya.

Apabila sampai berhampiran dengan Flat Desa Mentari 2, saya

telah memberhentikan lori ditepi jalan menghala ke Kuala Lumpur.

Kemudian saya bersama-sama Raj Kumar telah berbual-bual di

dalam lori. Pada ketika itu, saya telah ternampak 3 lelaki India

sedang memukul seorang lelaki India lain. Saya kemudian meminta

Raj supaya pergi menghalang 3 lelaki India yang sedang memukul

itu. Raj kemudian telah menghalang tetapi tidak berjaya.

Saya kemudian turun dari lori dan pergi untuk membantu lelaki

India yang sedang dipukul itu. Apabila sampai disitu saya terus

marah ketiga-tiga lelaki itu tetapi mereka menjadi agresif dan salah

seorang mahu menyerang saya. Saya tanya salah seorang dari

mereka yang kemudiannya saya ketahui bernama Baskaran

mengapa jadi begini dan dia memberitahu simati adalah orang luar

kawasan dan mengganggunya. Apabila saya tanya beberapa kali

kepada Baskaran, jawapan yang sama diberi.”

Keterangan SP14 ini secara langsungnya menyokong akan keterangan

SP8 mengenai kejadian tersebut.

Adalah jelas melalui keterangan yang ditampilkan itu bahawa ketiga-tiga

Tertuduh adalah orang-orang yang telah memukul serta

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

15

mencederakan simati dimasa dan tarikh kejadian sepertimana

Pertuduhan. Jelas juga, ketiga-tiga Tertuduh terlibat secara

langsung di dalam mendatangkan kecederaan hingga membawa

kepada kematian simati. Berdasarkan kepada fakta dan keterangan,

adalah juga jelas, bahawa ketiga-tiga Tertuduh mempunyai niat untuk

membunuh simati semasa mereka memukul serta langsung

cederakan simati di dalam insiden yang dinyatakan itu.

Merujuk kepada Laporan Bedah Siasat (P16), didapati terdapat pelbagai

jenis kecederaan yang dialami oleh simati yang terdapat pada tubuh

badannya hasil dari serangan tersebut. Adalah jelas melalui keterangan

SP8 dan SP14 bahawa segala perlakuan ketiga-tiga Tertuduh terhadap

mangsa telah secara langsung membawa kepada kematian mangsa.

Tertuduh-Tertuduh jelas mempunyai pengetahuan akan segala

kecederaan dan luka yang dilakukan oleh mereka itu. Di dalam kes

Visha Singh Air 1958 SC 465, diputuskan: “The intention of a man is a

question of fact which can be gathered from his act before and after the

incident.”

Sesuatu yang amat jelas bahawa ketiga-tiga Tertuduh melalui

keterangan saksi-saksi menyatakan bahawa perbuatan Tertuduh-

Tertuduh itu menjurus membawa kepada perbuatan membunuh mangsa.

Keterangan menunjukkan Tertuduh (1) telah memukul mangsa dengan

topi keledar serta kaki dan tangan. Manakala Tertuduh (2) dan Tertuduh

(3) telah memukul mangsa dengan kaki dan tangan mereka.” (Tekanan

diberikan)

[22] Kami juga dapati YA Hakim bicara telah membuat dapatan yang

jelas tentang kategori niat bagi maksud pertuduhan membunuh seperti

mana yang berikut (muka surat 20: RR: Jilid 1):

“Di dalam aspek yang lain pula, keterangan oleh SP4 jelas menunjukkan

bahawa kecederaan yang dialami oleh simati juga secara lazimnya

menyebabkan kepada kematiannya. Dinyatakan juga peluang untuk

simati hidup adalah amat tipis. Lantas, kecederaan-kecederaan yang

dialami oleh simati adalah mencukupi secara lazimnya menyebabkan

kepada kematian.

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

16

Melalui keterangan saksi-saksi SP4, SP8 dan SP14 adalah amat jelas

bahawa tiada sebab lain yang mengakibatkan kecederaan yang dialami

oleh simati yang membawa kepada kematiannya melainkan oleh

perbuatan Tertuduh-Tertuduh sendiri yang dilakukan dengan penuh

niat. Oleh itu, secara prima facienya, keterangan adalah mencukupi

untuk memutuskan yang perbuatan Tertuduh-Tertuduh itu jatuh di

bawah limb (a) kepada Seksyen 300 Kanun Keseksaan.” (Tekanan

diberikan)

[23] Bagaimanapun di akhir perbicaraan YA Hakim bicara telah

membuat beberapa penemuan yang bukan sahaja bertentangan

dengan keputusannya di akhir kes pendakwaan malahan telah terkhilaf,

dalam fakta dan undang-undang, apabila memutuskan semasa

responden-responden memukul si mati mereka dalam keadaan mabuk

dan tidak berupaya untuk membentuk niat yang diperlukan di bawah

seksyen 300 Kanun. Pembelaan ini menurut YA Hakim bicara berjaya

menimbulkan keraguan munasabah ke atas pertuduhan di bawah

seksyen 302 Kanun.

[24] Demi memahami pendapat kami itu, wajar bagi kami

memperturunkan penghakiman hakim bicara tentang dapatan tersebut:

“Bentuk pembelaan yang dibangkitkan oleh pihak Tertuduh-Tertuduh

adalah mabuk, setelah meminum minuman keras. Di dalam keadaan

mabuk tersebut, mereka dikatakan tidak mempunyai niat yang spesifik

di dalam melakukan pembunuhan ke atas simati. Namun hakikat yang

Tertuduh-Tertuduh ada melakukan kecederaan terhadap simati hingga

membawa kepada kematian simati, tidak boleh disangkal. Ini seperti

mana keterangan yang telah disampaikan oleh SP8 dan SP14 saksi

mata yang menyaksikan insiden tersebut.

Melalui keterangan yang ditampilkan, khususnya keterangan oleh SP8

dan SP14 selaku saksi mata, apa yang dilihat jelas oleh mereka

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

17

adalah, 3 lelaki India yang dikenali oleh mereka sebagai “BASKARAN”,

“BOY iaitu Kabir ataupun nama sebenar Kabindran”, “MYNAH iaitu Kili

atau nama sebenar Tamilselvam”, sedang memukul seorang lelaki

India. SP8 nampak Baskaran memukul lelaki India yang diserang itu

dengan menggunakan topi keledar warna hitam dibahagian muka dan

kepala. BOY dan MYNAH pula memukul lelaki India tersebut dengan

menggunakan tangan dan kaki bertubi-tubi diseluruh badan dan paling

banyak dibahagian muka dan kepala. Selepas itu, nampak Tertuduh 1

membuang topi keledar ke bawah dan memukul lelaki India tersebut

dengan menggunakan tangan dan kaki bertubi-tubi dibahagian muka

dan kepala juga. Mereka bertiga juga dilihat memukul badan mangsa.

Jelaslah bahawa Tertuduh-Tertuduh adalah orang yang terlibat secara

langsung di dalam mendatangkan kecederaan hingga membawa

kepada kematian simati. Namun, Tertuduh-Tertuduh menyatakan yang

mereka tidak berniat untuk membunuh simati. Ini berulang kali disebut

oleh mereka di dalam keterangan pembelaan mereka. Dinyatakan yang

perlakuan mereka itu adalah disebabkan oleh mereka mabuk diketika

itu, iaitu sebelum kejadian yang membawa kematian simati berlaku,

dimana mereka sedang lepak minum minuman keras untuk menyambut

tahun baru.

KEPUTUSAN

Setelah meneliti dan menimbangkan akan keseluruhan keterangan

....... saya memutuskan yang Pihak Pembelaan telah berjaya

membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak

Pendakwaan. Oleh itu, Pertuduhan terhadap ketiga-tiga Tertuduh

dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak dapat dipertahankan.

Meneliti kepada senario kes ini secara keseluruhannya, saya

memutuskan yang insiden pukul memukul oleh ketiga-tiga Tertuduh

hingga membawa kepada kematian mangsa adalah terjadi hasil

daripada pengaruh mabuk, iaitu selepas ketiga-tiga Tertuduh

meminum minuman keras, sambil melepak untuk menyambut tahun

baru.

Ketika sedang minum, mereka terdengar jeritan “Tiger!... Tiger!” dari

suatu kumpulan yang lain yang juga sedang minum, tidak jauh dari

tempat mereka. Tiba-tiba mereka terdengar jeritan minta tolong dari

kumpulan itu. Mereka bertiga kemudiannya pergi ke tempat itu, tujuan

untuk meleraikan pergaduhan yang terjadi. Akan tetapi disebaliknya

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

18

mereka bertiga telah diserang oleh kumpulan tersebut. Menurut

mereka, mereka tidak kenal simati. Meneliti kepada intipati

keterangan dari ketiga-tiga Tertuduh ini, keterangan oleh mereka

ini adalah sesuatu yang munasabah. Hakikat mereka ini mabuk

sebelum kejadian pukul memukul, tidak dinafikan, hatta oleh pihak

Pendakwaan sendiri. Oleh itu di dalam keadaan mereka yang mabuk

itu telah pergi ke tempat kejadian untuk meleraikan suatu pergaduhan

apabila melihat simati dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak

dikenali, adalah satu pembelaan yang ‘probable’. Mereka jelas tiada

mempunyai niat spesifik semasa pergi untuk membantu.”

[25] Dalam pertimbangan kami, dapatan mabuk oleh YA Hakim bicara

amat tersasar dan tidak disokong oleh keterangan. Pertamanya, mabuk

bukan merupakan pembelaan yang dikemukakan oleh kesemua

responden. Walaupun mereka mengakui sedang lepak dan meminum

minuman keras, namun mereka masih sedar dan tahu apa yang

berlaku di sekeliling mereka. Ini dijelaskan dalam keterangan mereka

seperti mana yang berikut:

“Responden 1 [m.s 183-184 Jilid 2]

Q: Kamu ada mengambil minuman keras?

A: Masa saya pergi saya membeli dan bawa. Saya telah pergi

bersama dengan kawan saya bernama Ussi

Q: Apa kamu buat masa itu?

A: Kami telah lepas sambal minum keras dan kami telah

berbincang untuk pergi kemana. Saya dan Usi minum minuman

keras

Q: Selain daripada kamu, Usi, Tamilselvam dan Kabindren ada

orang lain bersama kamu?

A: Sebelah sini ada bangku, tidak Nampak di dalam gambar. Pada

hari tersebut aada lebih kurang 10 orang lepak disana. Bangku

disebelah dengan Highway. Kami mendengar dioarang menjerit

“tiger...tiger” kami tidak layan dankami sambung perbincangan

kami. Selepas itu saya terdengar orang meminta tolong. Selepas

dengar bunyi “tolong...tolong” kami berempat telah menuju ke

tempat bangku tersebut, bila kami tiba disana kami

nampakorang duduk disitu telah memukul salah seorang

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

19

daripaada mereka (kumpulan 10 orang). Selepas itu kami telah

bertanya kenapa mereka memukul budak tersebut dan mereka

telah memberitahu ini masalah kami dan jangan masuk campur.

Tapi kami cuba menghalang pergaduhan tersebut untuk elak

pukul budak itu tetapi mereka telah serang kami. Bila mereka

hendak menyerang kami, kami telah pergi melepaskan diri dan

pergi ke bawah flat kami. Selepas itu kami telah pulang ke

rumah masing-masing. Kami fikirkan esok adalah tahun baru

dan jika kami ada lagi di bawah mereka akan kerjakan kami.

Semasa disoal balas [m.s 187 Jilid 2]

Q: Adakah kamu berada di dalam keadaan mabuk?

A: Tidak berapa mabuk, masih boleh berjalan.

Responden 2 [m.s 198 jilid 2]

Q: Sesampai dipondok itu masa itu adakah kamu berada di dalam

keadaan mabuk?

A: Tidak ada

Q: Masa itu adakah itu mereka berada di dalam keadaan mabuk?

A: Bila saya nampak macam itu, sebab mereka boleh sembang

macam biasa.

Q: Jadi kamu telah minum bila sampai sana?

A: Ya

Q: Ketika kamu semua minum ada apa-apa kejadian yang berlaku

pada waktu itu?

A: Masa kami sedang minum kami telah dengar bunyi

“tiger...tiger...tiger”. Kami tidak ambil peduli dan kami

meneruskan minum. Kemudian, kami dengar orang minta tolong

dan apabila dengar jeritan tolong tolong itu, Baaskaran dengan

Arivendran telah lari dahulu dan saya dan Kabindren telah

mengikut belakang mreka Mereka pergi kea rah tempat yang

dengar bunyi jeritan itu. Kami pergi ke kawasan bangku

disebelah parking lot.

Q: Sampai disana apa yangkamu lihat?

A: Bila tiba ditempat bangku tersebut kami dapati ada seorang telah

dipukul dan kami semua cuba menghalang dan kami cuba

meleraikan pergaduhan tetapi kami tidak dapat kawal. Bila kami

cuba meleraikan pergaduhan itu mereka pula hendak

menyerangkan diri dan kami semua melepaskan diri

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

20

Responden Ketiga [m.s 209-211]

Q: Ada kamu berjumpa dengan 3 orang kawan kamu, Baskaran,

Tamilselvam dan Avendren?

A: Bila saya tiba ditaman permainan saya lihat mereka duduk di

pondok

Q: Apa mereka sedang buat?

A: Mereka sedang minum minuman keras

Q: Semasa kamu berempat duduk dibawah pondok dan minum

arak, ada apa-apa peristiwa berlaku tak berhampiran?

Semasa kami sedang lepak disitu, kami terdengar suara “tiger..tiger” dan

kami tidak pedulikan dan terus minum. Kami buat tidak tahu dan bincang

tentang tahun baru, lebih kurang 10 minit kami ada dengar orang minta

tolong. Selepas itu Arivendran dan Baaskaran telah berlari dahulu ke

tempat dengar orang minta tolong itu dan saya dan Tamilselvam

mengikut dari belakang.

Bila kami tiba ditempat jeritan itu kami dapati kumpulan itu dalam 10

orang telah memukul seseorang

Mula-mula Baaskaran dan Arvindrean cuba meleraikan pergaduhan dan

saya Tamilselvam juga cuba meleraika pergaduhan itu tetapi mereka

cuba untuk menyerang kami berempat pula. Selepas itu kami kami

berlari daripada situ dan pergi ke bawah Flat. Sayala orang yang akhir

sekali.”

[26] Keduanya, oleh sebab mabuk bukan merupakan pembelaan

mereka, peruntukan seksyen 85 (2), 86 (1) dan (2) Kanun tidak terpakai

dan tidak seharusnya dipertimbangkan oleh YA Hakim bicara.

[27] Pada kami, penghujahan berkenaan dengan isu mabuk dan

pemakaian seksyen 85 dan 86 Kanun lebih merupakan red herring dan

tidak seharusnya dipertimbangkan. YA Hakim bicara ternyata telah

tersalah arah dirinya dengan tidak mengarahkan dirinya untuk

pertimbangkan isu sebenar dan menyisihkan isu yang tidak relevan itu.

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

21

[28] Ketiganya, setelah menyemak dan meneliti keterangan kesemua

responden, pembelaan yang dikemukakan ialah mereka tidak terlibat

langsung dengan insiden memukul atau menyebabkan bencana tubuh

ke atas si mati. Kesemua responden menegaskan bahawa mereka

hanya bertindak untuk meleraikan dan menghalang kumpulan

berkenaan daripada terus memukul si mati. Mereka telah gagal berbuat

sedemikian malahan telah diserang oleh kumpulan tersebut dan ini

telah menyebabkan mereka melarikan diri. Kami perhatikan dalam

penghakimannya hakim bicara telah juga terkeliru dan terkhilaf apabila

membuat dapatan yang berikut:

“...Oleh itu di dalam keadaan mereka yang mabuk itu telah pergi ke

tempat kejadian untuk meleraikan suatu pergaduhan apabila melihat

simati dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali, adalah satu

pembelaan yang ‘probable’. Mereka jelas tiada mempunyai niat

spesifik semasa pergi untuk membantu.” (Tekanan oleh kami)

Adakah dapatan ini merujuk kepada pembelaan mabuk atau penafian

penglibatan dalam memukul si mati atau kedua-duanya sekali?

Berdasarkan huraian kami di atas, kami berpendapat YA Hakim bicara

telah mengambil pendekatan yang terkhilaf dan bertentangan dengan

dapatannya berkenaan dengan penglibatan kesemua responden di

sepanjang perbicaraan. Dalam penghakimannya, YA Hakim bicara

telah membuat dapatan yang jitu, sama ada di akhir kes pendakwaan

atau di akhir kes pembelaan, bahawa ketiga-tiga responden yang telah

menyebabkan bencana tubuh ke atas si mati. Dengan dapatan

tersebut, YA Hakim bicara telah menolak pembelaan penafian secara

menyeluruh oleh responden-responden. Dengan itu bagaimana

mungkin YA Hakim bicara boleh mengatakan cubaan untuk meleraikan

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

22

suatu pergaduhan dan responden-responden tidak terlibat dalam

mencederakan si mati boleh dianggap sebagai satu pembelaan yang

‘probable’? YA Hakim bicara ternyata terkhilaf di sini.

[29] Setelah dipertimbangkan secara keseluruhan, kami mendapati YA

Hakim bicara telah ternyata terkhilaf apabila memutuskan perayu telah

gagal membuktikan satu kes membunuh di bawah seksyen 302 Kanun

terhadap kesemua responden. Terdapat limpahan keterangan yang

menunjukkan bahawa kesemua responden berniat untuk menyebabkan

bencana tubuh ke atas si mati seperti mana yang dijelaskan oleh SP4

dan laporan P16 nya dan bencana tubuh yang dimaksudkan itu,

menurut SP4 dan SP11, pada lazimnya mencukupi untuk

menyebabkan kematian (rujuk Visha Singh AIR 1958 SC 465; Tham

Kai Yau v PP (2006) 1 LNS 159). Walaupun YA Hakim bicara di akhir

pendakwaan memutuskan pemakaian, secara tidak langsung, cabang

(a) dan (c) pada seksyen 300, kami berpendapat seksyen 300 (c)

Kanun lebih tepat di sini. Seperti mana yang telah kami huraikan di

atas, pembelaan kesemua responden merupakan satu penafian

semata-mata dan tidak terjumlah kepada satu keraguan yang

munasabah ke atas pertuduhan membunuh di bawah seksyen 302.

Selain itu, kami juga mendapati perayu telah berjaya membuktikan

kesemua inti pati niat bersama di bawa seksyen 34 Kanun berdasarkan

fakta-fakta berikut:

(a) kesemua responden berada di tempat kejadian;

(b) kesemua responden telah terlibat dengan menyerang dan

memukul si mati;

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

23

(c) kesemua responden bukan hanya melihat kejadian semasa

di tempat kejadian tetapi turut bersama-sama membantu

dalam niat bersama untuk melakukan perbuatan jenayah

tersebut;

(d) berdasarkan proximity si mati dengan kesemua responden

semasa si mati dipukul, kesemua responden tidak

mengambil apa-apa tindakan untuk menghalang antara satu

sama lain daripada terus memukul si mati ; dan

(e) kesemua responden tidak meninggalkan si mati sebaik

sahaja si mati telah berlumuran darah, tetapi mereka

meneruskan niat bersama untuk mencederakan si mati dan

kecederaan yang dilakukan telah menjadi punca kematian si

mati.

(Rujuk kes: PP v Neoh Bean Chye (1975) 1 MLJ 3; Goh Wee

Khian & Ors v PP (2013) MLJU 555).

[30] Berdasarkan alasan-alasan tersebut, kami dapati rayuan perayu

bermerit dan kami membenarkan rayuan perayu. Susulan itu, kami

mengetepikan keputusan YA Hakim bicara. Kami mendapati kesemua

responden bersalah dan mensabitkan mereka atas pertuduhan asal di

bawah seksyen 302 Kanun. Dalam menentukan hukuman yang harus

dijatuhi, kami dapati responden pertama dan ketiga merupakan seorang

kanak-kanak di bawah seksyen 97 (1) dan (2) Akta Kanak-kanak 2001.

Dengan itu kami mengarahkan responden pertama dan ketiga ditahan

di penjara atas perkenan DYMM Sultan Selangor selaras dengan

peruntukan seksyen 97 (1) dan (2) Akta yang sama. Manakala

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA … · 31/12/2010, jam lebih kurang 7.45 petang, bertempat di tempat letak kereta Desa Mentari, Blok 9, PJS 2B/1, Taman Medan di dalam

24

responden kedua dijatuhi hukuman mati mandatori di bawah seksyen

302 Kanun.

t.t

ABDUL KARIM ABDUL JALIL

Hakim Mahkamah Tinggi

Tarikh: 20 April 2017

Bagi pihak Perayu:

Norinna Bahadun Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Responden:

Bagi pihak Responden Pertama: Sreekant Pillai Tetuan Sreekant Pillai Bagi pihak Responden Kedua: Stanislaus Vethanayagam Tetuan M S Vethanayagam & Associates Bagi pihak Responden Ketiga: Suzanawati binti Ismail Tetuan Suzana Ismail & Partners