105
INSTITUSI ISLAM BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 1 DAFTAR ISI KANDUNGAN HALAMAN Daftar Isi 1 - 5 Pengenalan 6 Objektif Pembelajaran 6 Hasil Pembelajaran 7 Bab 1: Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan 8 – 25 1.1 Perkahwinan Dalam Islam 1.1.1 Pengertian Nikah 1.1.2 Hikmah Nikah 1.1.3 Peminangan Dan Pertunangan 1.1.4 Rukun Nikah 1.2 Pembinaan Institusi Keluarga 1.2.1 Pengertian Keluarga Menurut Islam 1.2.2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1.3 Pembentukan Masyarakat 1.3.1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1.3.2 Hak Dan Tanggungjawab Dalam Masyarakat 1.4 Ummah Pertengahan (Ummatan Wasatan) & Terbaik (Khayru Ummah)

DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

  • Upload
    others

  • View
    17

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 1

DAFTAR ISI KANDUNGAN HALAMAN Daftar Isi 1 - 5 Pengenalan 6 Objektif Pembelajaran 6 Hasil Pembelajaran 7 Bab 1: Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan 8 – 25

1.1 Perkahwinan Dalam Islam 1.1.1 Pengertian Nikah 1.1.2 Hikmah Nikah 1.1.3 Peminangan Dan Pertunangan 1.1.4 Rukun Nikah 1.2 Pembinaan Institusi Keluarga

1.2.1 Pengertian Keluarga Menurut Islam 1.2.2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga

1.3 Pembentukan Masyarakat

1.3.1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1.3.2 Hak Dan Tanggungjawab Dalam Masyarakat

1.4 Ummah Pertengahan (Ummatan Wasatan) & Terbaik (Khayru Ummah)

Page 2: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 2

Bab 2: Pendidikan 26 – 36

2.1 Falsafah & Konsep Pendidikan 2.2 Konsep Ilmu 2.2.1 Pengkelasan Ilmu 2.2.2 Sumber Dan Jenis Ilmu 2.2.3 Hierarki Penerimaan Ilmu 2.3 Konsep Nilai 2.3.1 Sumber-Sumber Nilai 2.3.2 Hierarki Nilai 2.4 Adab Dalam Pengajaran & Pembelajaran

2.4.1 Adab Murid Terhadap Guru 2.4.2 Adab Guru Terhadap Murid

2.5 Peranan dan Tanggungjawab

2.5.1 Individu 2.5.2 Keluarga 2.5.3 Masyarakat 2.5.4 Para Ilmuan / Ulama 2.5.5 Pemerintahan

Bab 3:Pemerintahan Dan Pentadbiran 37 - 53

3.1 Sistem Pemerintahan & Pentadbiran

3.1.1 Konsep 3.1.2 Prinsip 3.1.3 Ciri-ciri Pemerintahan Islam 3.1.4 Istilah-istilah Sistem Pemerintahan Islam

3.2 Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin

3.2.1 Perlantikan Khulafa’ Al-Rasyidin Serta Jasa-jasa Mereka 3.2.2 Contoh Perlaksanaan Prinsip Dalam Pemerintahan Islam

Page 3: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 3

3.3 Sistem Syura

3.3.1 Pengertian Syura Dan Dalil 3.3.2 Prinsip Dan Amalan Syura 3.3.3 Demokrasi 3.3.4 Perbezaan Antara Syura Dengan Demokrasi

3.4 Institusi Hisbah

3.4.1 Pengertian Dan Dalil 3.4.2 Prinsip Hisbah 3.4.3 Tugas Dan Peranan Institusi Hisbah

Bab 4: Perundangan 54 - 76

4.1 Konsep, Prinsip & Falsafah Perundangan Islam

4.2 Sumber Perundangan Islam

4.2.1 Sumber Primer 4.2.2 Sumber Sekunder

4.3 Klasifikasi Hukum

4.3.1 Hudud 4.3.2 Qisas 4.3.3 Takzir 4.3.4 Perbezaan Antara Hukum Hudud, Qisas Dan Takzir

4.4 Pengenalan Mazhab Dalam Islam (Mazhab Mu’tabar)

4.4.1 Pengertian Mazhab 4.4.2 Sebab-sebab Kelahiran Mazhab 4.4.3 Mazhab-mazhab Fiqh Ternama

Bab 5: Ekonomi Islam 77 - 89

5.1 Pengenalan Sistem Ekonomi Islam

5.1.1 Definisi Sistem Ekonomi Islam 5.1.2 Falsafah Sistem Ekonomi Islam 5.1.3 Tujuan Ekonomi Islam 5.1.4 Ciri-ciri Ekonomi Islam

Page 4: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 4

5.2 Jual Beli Dalam Islam 5.2.1 Pengertian Dan Dalil 5.2.2 Hikmah Diharuskan Jual beli 5.2.3 Rukun Jual Beli 5.2.4 Syarat Jual Beli 5.2.5 Syarat Barang Jualan 5.2.6 Jual beli yang Diharamkan 5.3 Riba 5.3.1 Pengertian Dan Dalil 5.3.2 Jenis-jenis Riba

5.3.3 Perbezaan Antara Riba Dan Jual Beli

5.4 Hutang 5.4.1 Pengertian Dan Dalil 5.4.2 Hukum Hutang 5.4.3 Budaya Hutang Alaf Baru 5.4.4 Implikasi Hutang

Bab 6: Islam Dan Cabaran Semasa 90 - 102

6.1 Isu Globalisasi

6.1.1 Konsep Globalisasi 6.1.2 Implikasi & Kesan Globalisasi

6.2 Salah Faham Terhadap Islam

6.2.1 Di Kalangan Umat Islam 6.2.2 Di Kalangan Bukan Islam

6.3 Perpaduan Ummah

6.3.1 Sejarah Pembentukan Ummah 6.3.2 Cabaran-cabaran Masa Kini

Bibliografi 103 - 106

Page 5: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 5

PENGENALAN Subjek Pengajian Islam disediakan untuk melahirkan warganegara khususnya pelajar

Islam yang faham tasawwur Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan

seimbang serta mampu menyelesaikan sebarang masalah dan cabaran. Peringkat

pengajian semester ini pelatih akan belajar mengenai institusi Islam yang merangkumi

kekeluargaan dan kemasyarakatan, pendidikan, pemerintahan dan pentadbiran,

perundangan, ekonomi dan kewangan Islam, serta Islam dan cabaran semasa.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Memahami dan mengenali beberapa institusi yang terdapat dalam Islam.

2. Memberikan gambaran yang jelas tentang konsep kekeluargaan dan

kemasyarakatan, pendidikan, pemerintahan dan pentadbiran, perundangan serta

ekonomi dalam Islam.

3. Mempunyai kesedaran dan keinsafan untuk sentiasa bersiap-sedia bagi

menghadapi segala bentuk cabaran ke atas Islam dan umat Islam.

Page 6: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 6

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menerangkan konsep kekeluargaan dan kemasyarakatan dalam Islam yang

merangkumi perkahwinan, pembinaan institusi keluarga, pembangunan

masyarakat dan ummah pertengahan.

2. Menerangkan konsep pendidikan dalam Islam yang merangkumi konsep ilmu

dan nilai, abab-adab dalam pengajaran dan pembelajaran serta peranan dan

tangungjawab.

3. Menjelaskan konsep pemerintahan dan pentadbiran dalam Islam serta beberapa

sistem dan institusi yang berkaitan.

4. Menghuraikan konsep perundangan dalam Islam dan pengenalan tentang

beberapa mazhab.

5. Menjelaskan konsep ekonomi Islam yang meliputi jual beli, amalan riba dan

hutang piutang.

6. Menghuraikan beberapa bentuk salah faham terhadap Islam dan cabaran-

cabaran ke arah perpaduan ummah.

Page 7: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 7

BAB 1:

KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN PENGENALAN Kekeluargaan dan kemasyarakatan adalah di antara perkara teras dalam kehidupan

setiap insan. Islam menggariskan peraturan terperinci berkenaan dengan pengukuhan

institusi ini agar dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam kehidupan dunia dan

akhirat. Selaras dengan konsep Ummatan Wassatan dan juga Ummah Terbaik yang

ditekankan dalam dakwah Rasul Allah SAW demi mencapai kecemerlangan umat Islam

keseluruhannya.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar seharusnya dapat: 1. Memberikan pengertian nikah menurut Islam.

2. Menerangkan hikmah nikah dalam Islam dan rukunnya.

3. Menerangkan konsep peminangan dan pertunangan. 4. Menerangkan konsep kekeluargaan dalam Islam.

5. Membezakan makna hak dan tanggungjawab.

6. Mengenalpasti hak dan tanggungjawab suami, isteri, ibu bapa, anak-anak dan

hak serta tanggungjawab bersama.

7. Menyenaraikan tanggungjawab setiap anggota masyarakat.

8. Menyatakan pengertian masyarakat majmuk.

9. Menjelaskan peranan dan tanggungjawab setiap anggota masyarakat.

10. Menyatakan ciri-ciri umat terbaik.

11. Menjelaskan konsep ummah pertengahan dan ummah terbaik.

Page 8: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 8

1.1 PERKAHWINAN DALAM ISLAM

1.1.1 PENGERTIAN NIKAH MENURUT ISLAM Nikah adalah bermaksud satu akad atau perjanjian di antara lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan kelamin dengan kaedah dan syarat tertentu dalam bentuk yang kekal.Dengan sempurnanya akad atau perjanjian ini,maka pasangan yang telah menjadi suami isteri berkewajipan untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah ditentukan dalam suasana yang harmoni,aman damai,hormat menghormati dan berkasih sayang dalam sebuah keluarga. 1.1.2 HIKMAH NIKAH Di antara hikmah nikah dalam Islam adalah: i. Menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan mengikut panduan

agama. ii. Memelihara diri dari melakukan perkara yang haram seperti zina dan

muqaddimahnya. iii. Melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. iv. Membentuk keluarga sempurna disisi Islam. v. Mewujudkan sifat kerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab

dalam keluarga. 1.1.3 PEMINANGAN DAN PERTUNANGAN Setelah calon pasangan yang dicari telah diperolehi maka proses seterusnya adalah peminangan. Peminangan bermaksud menyatakan keinginan berkahwin dengan perempuan yang berkenaan dengan memberitahu kepadanya atau kepada walinya. Sekiranya peminangan diterima dan sementara menanti waktu ijab dan qabul, tempoh ini dikatakan pertunangan. Peraturan dalam pertunangan adalah: i. Islam tidak membenarkan pasangan yang belum sah berkahwin bergaul

bebas. ii. Perempuan yang sudah bertunang,haram dipinang oleh lelaki lain.

Haram membatalkan pertunangan tanpa sebab dan alasan kukuh.

1.1.4 RUKUN NIKAH Rukun nikah terdapat lima iaitu: i. Suami : pengantin lelaki ii. Isteri : pengantin perempuan

iii. Wali : dari pihak perempuan iv. Dua Orang Saksi : : samada dari kedua belah pihak v. Ijab dan qabul : lafaz

Page 9: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 9

1.2 PEMBINAAN INSTITUSI KELUARGA 1.2.1 PENGERTIAN KELUARGA MENURUT ISLAM Menurut Islam keluarga merupakan sebuah institusi yang amat penting kerana keluarga merupakan kesatuan masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Kepentingan institusi ini jelas apabila Allah SWT mengadakan undang-undang dalam urusan kekeluargaan yang disebut sebagai munakahat مناكحات . Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi individu yang baik kerana daripada peribadi yang baik akan terbina keluarga yang baik, daripada keluarga yang baik akan lahir masyarakat yang berdisplin dan mantap, seterusnya daripada masyarakat yang berdisplin akan tertegak negara yang cemerlang dan diredhai oleh Allah SWT . Selain itu, pembentukan keluarga juga penting untuk:

i. Mengekalkan kesinambungan generasi manusia kerana pengabaian pembentukan institusi keluarga akan membawa kepada kehancuran sesebuah masyarakat.

ii. Memelihara akhlak, tata susila dan kemuliaan manusia melalui ikatan perkahwinan.

iii. Mencapai kebahagiaan, keharmonian, kebaikan, kasih sayang sesama manusia, kepuasan rohani serta jasmani.

iv. Membentuk umat yang kuat dan mantap kerana individu yang kukuh dan kuat dibentuk oleh ibu bapa.

v. Mencetus dan memupuk semangat pengorbanan, tolong-menolong, kerjasama dan perpaduan dalam jiwa setiap anggota keluarga.

1.2.2 HAK DAN TANGGUNGJAWAB DALAM KELUARGA Hak bermaksud milik atau kepunyaan, manakala tanggungjawab pula bermaksud kewajipan yang dipikul oleh seseorang atau segala yang wajib ditanggung. PERTAMA: HAK-HAK DALAM KELUARGA a. Hak Suami Terhadap Isteri i. Isteri wajib mengiktiraf suami sebagai ketua di dalam rumahtangga. Pengiktirafan

ini penting bagi membolehkan dan memudahkan suami menjalankan tugas dan tanggungjawab. Seperti firman Allah SWT yang berbunyi:

Maksudnya: “Lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas wanita.”

Page 10: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 10

An-Nisaa’ (4): 34 Sekalipun suami sebagai ketua, tetapi pihak isteri mempunyai tugas dan

tanggungjawab lain yang seimbang, ini kerana suami isteri memainkan peranan yang sama penting di dalam sesebuah rumahtangga.

ii. Ketaatan isteri kepada suaminya haruslah tidak berbelah bagi. Seorang isteri

seharusnya memberikan ketaatan dan kesetiaan kepada suami yang melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai ketua di dalam rumahtangga. Antara kepatuhan kepada suami ialah menjaga maruah suaminya, menguruskan hal ehwal kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak. Walaubagaimanapun ketaatan dan kesetiaan hanya dalam hal- hal yang tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak sahaja.

iii. Memelihara amanah, iaitu wajib ke atas isteri menjaga dirinya, rumah suami,

harta suami dan anak-anaknya semasa ketiadaan suami. Ini berdasarkan kepada Hadith Ibn al-Ahwas yang bermaksud:

“Adapun hak kamu ke atas isteri-isterimu, bahawa ia tidak membenarkan

hamparan kamu ditiduri oleh orang yang kamu tidak sukai dan tidak membenarkan mereka yang kamu tidak suka memasuki rumahnya.”

Seorang isteri mestilah juga menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan

suaminya, seperti tidak membenarkan lelaki bukan muhrimnya atau lelaki yang tidak disukai oleh suaminya memasuki rumahnya ketika ketiadaan suaminya. Rasullullah SAW telah bersabda :

“Sebaik-baik perempuan ialah apabila engkau pandang menyenangkan

engkau, apabila perintah ia taat dan jika tinggalkan di belakang ia menjaga pada dirinya dan hartanya.”

iv. Isteri menggauli suami dengan baik, tidak menyakiti hati, menghina dan

sebagainya, sebagaimana wajib atas suami menggauli isteri dengan baik. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tidak menghina seorang perempuan akan suaminya di dunia melainkan

isteri bidadarinya berkata: Jangan kamu menghinanya, Allah akan murka kepadamu. Sesungguhnya ia disisimu dibawa masuk, takut nanti ia berpisah daripada kamu untuk datang kepada Kami.”

v. Memberi pengajaran kepada isteri jika isteri tidak mematuhi suami pada perkara-

perkara yang baik. Allah SWT menyuruh suami memberi pengajaran kepada isteri dengan memulaukannya dan memukul ketika ia tidak mentaati suami, jika ia taat kembali, maka wajib dihentikan daripada menyakitinya kerana Allah SWT berfirman:

Maksudnya:

Page 11: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 11

“Jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari cari jalan untuk menyusahkan mereka..”

An-Nisaa’ (4): 34

Manakala perempuan yang solehah tidak perlu diajar adab kerana Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Perempuan-perempuan yang salehah itu ialah yang taat (kepada Allah

dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah”.

An-Nisaa’ (4): 34 Perempuan yang tidak solehah,iaitu perempuan yang tidak menyempurnakan

hak-hak perkahwinan dan tidak mematuhi suami, maka dialah yang perlu diberi pengajaran. Cara memberi pengajaran kepada isteri yang nushuz ialah dengan memberi nasihat oleh suami dengan kata-kata yang baik dan cara yang lembut pada kesalahan.

b. Hak Isteri Terhadap Suami

i. Isteri berhak mendapat mahar dari suaminya. Mahar merupakan hak isteri

sebagai suatu pemberian yang wajib dari suami. Perkara ini ada disebutkan di dalam al-Quran yang berbunyi:

Maksudnya: “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang wajib.”

An-Nisaa’ (4): 40 Namun tiada ketentuan berkaitan dengan mahar. Apa sahaja yang berharga boleh dijadikan mahar. Ayat al-Quran juga wajar dijadikan mahar jika tiada apa-apa pada diri calon suami tersebut. Ini ada berlaku pada zaman Rasullullah SAW yang mana seorang lelaki telah mengahwini seorang perempuan dengan memberi mahar ayat al-Quran yang dihafaznya.

ii. Suami bertanggungjawab memberikan nafkah zahir dan batin. Ia merupakan hak

isteri yang perlu dipenuhi oleh suami mengikut kadar kemampuan, dan isteri

Page 12: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 12

perlu redha di atas kemampuan suami. Nafkah zahir iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal yang sederhana dan sesuai dengan kemampuan kepada isteri dan anak-anaknya. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT :

Maksudnya: “Wajiblah orang berkesanggupan memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang sempit rezekinya itu ketika memberi nafkah menurut apa yang diberikan Allah kepadanya.”

At-Talaaq (65): 7

Nafkah wajib diberikan jika isteri memenuhi syarat-syarat berikut seperti menjadi isteri yang sah (nikah), suami menikmati penyerahan diri isteri, isteri menikmati penyerahan diri suami dan taat kepada suami dalam hal kebajikan. Apabila seseorang isteri memenuhi syarat-syarat tersebut maka tidak ada sebab seseorang suami tidak mahu memberikan nafkah. Islam memberi amaran keras kepada suami yang gagal memberikan nafkah kepada isterinya. Hal ini dijelaskan oleh Rasullullah SAW di dalam hadis yang bermaksud:

“Cukup berdosa orang mengabaikan orang yang ditanggungnya.” iii. Suami bertanggungjawab memberikan pendidikan agama kepada isterinya.Ini

kerana suami sewajarnya mendidik isterinya sehingga mencapai tahap boleh menjauhkan ahli keluarga daripada seksaan api neraka.Jika tidak berkesempatan, ia harus menggalakkan isterinya menghadiri kelas-kelas atau ceramah- ceramah fardhu ain di masjid dan sebagainya. Suami juga bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada isteri dalam segala hal demi kebajikan dan kesempurnaaan rumahtangga dengan menggunakan cara yang terbaik iaitu nasihat dengan cara yang lemah- lembut.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat maka janganlah ia menyakiti jirannya. Dan berilah nasihat kepada wanita (isteri) secara yang baik. Kerana sesungguhnya mereka itu diciptakan daripada tulang rusuk iaitu satu tulang yang bengkok bahagian atasnya. Apabila kamu hendak meluruskannya tetap jua ia bengkok. Sebab itu berilah nasihat pada wanita dengan cara yang baik.”

iv. Isteri berhak mendapat penjagaan yang sempurna dari suaminya. Suami

mestilah mengambil tahu tentang kesihatan, pakaian, makanan dan hal-hal yang berkaitan dengan peribadi isterinya. Termasuklah di dalam hal berhak untuk menaruh cemburu kepada suaminya dalam kadar yang sederhana dan

Page 13: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 13

munasabah. Ini dijelaskan oleh Rasullullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mempunyai rasa cemburu. Dan sesungguhnya seorang mukmin mempunyai rasa cemburu pula. Dan rasa cemburu Allah iaitu supaya seseorang hamba tidak melakukan perbuatan haram.”

v. Suami juga wajib menjaga rupa diri dan kebersihan diri. Jika seorang suami suka

melihat isterinya bersolek dan kemas, demikian juga sebaliknya. Suami yang kemas dan rupa diri yang terurus serta bersih merupakan salah satu tarikan terhadap isterinya. Begitu juga kehormatan diri, suami perlu menjaga kehormatan dirinya apabila berjauhan atau berpisah lama dengan isterinya. Kehormatan diri suami adalah perlu dijaga apabila mereka berhadapan dengan wanita cantik dan godaan yang boleh menjerumuskannya ke lembah maksiat. Sabda Rasullullah SAW daripada Jabir r.a :

“Apabila seseorang kamu melihat seorang wanita yang mempersonakan perasaannya, maka lebih baik sahaja isterinya, sebab apa yang ada pada wanita cantik itu ada pula pada isterinya sendiri.”

c. Hak Anak Dalam Keluarga i. Diberi Nama Yang Baik Ibubapa perlu menamakan anak mereka dengan nama yang baik. Ini kerana nama itu bukannya hanya digunakan di dunia sahaja tetapi juga di akhirat. Nama yang elok diberikan kepada anak-anak ialah nama-nama nabi dan nama-nama malaikat. Manakala nama yang paling disukai Allah SWT ialah seperti Abdullah dan Abdul Rahman.

ii. Diaqiqahkan Selepas Kelahiran Ibu bapa yang dikurniakan anak hendaklah melakukan aqiqah untuk anak tersebut kerana ia merupakan suatu perkara sunat mu’akkad iaitu sunat yang dituntut kita melaksanakannya. Ia biasanya dilakukan pada hari ke tujuh selepas kelahiran anak. Aqiqah bagi anak lelaki afdhalnya ialah dua ekor kambing manakala anak perempuan satu ekor kambing. Pada hari tersebut juga anak tersebut diberikan namanya. iii. Mendapat Pendidikan Al-Quran Antara kewajipan yang utama kepada anak-anak ialah mengajar anak-anak al-Quran agar anak-anak dapat membaca dengan sempurna dari segi bacaan tajwid untuk memudahkan anak-anak melakukan ibadah-ibadah lain yang dituntut dalam Islam.

iv. Mendapat Pendidikan Agama Yang Sempurna

Page 14: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 14

Ibu bapa hendaklah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan memahami akan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah di muka bumi ini. v. Mendapatkan Nafkah Daripada Ibu Bapa Anak-anak merupakan amanah yang diberikan kepada pasangan suami isteri untuk menyerikan lagi sebuah keluarga. Oleh yang demikian menjadi suatu kewajipan bagi ibubapa untuk memberi nafkah kepada anak-anak daripada sumber yang halal kerana ia mempengaruhi pembesaran anak-anak untuk menjadi orang-orang mulia. vi. Mendapat Keadilan Daripada Ibu Bapa Ibu bapa adalah dianjurkan untuk memberikan kasih sayang yang adil dan sama tanpa ada perbezaan antara anak-anak.Juga perhatian dan kasih sayang yang sempurna kerana ianya akan mewujudkan hubungan yang lebih erat dalam keluarga. Dengan ini ianya dapat mengelakkan dari berlakunya masaalah sosial dalam masyarakat dan negara. vii. Diuruskan Perkahwinan Oleh Ibu Bapa Setelah meningkat dewasa ibubapa hendaklah menguruskan perkahwinan anak-anak mereka sebagaimana saranan Rasulullah SAW agar ibubapa mengahwinkan anak-anak mereka yang sudah matang agar anak-anak tersebut tidak terjebak dengan maksiat dan perkara-perkara terkutuk. KEDUA: TANGGUNGJAWAB DALAM KELUARGA a. Tanggungjawab Suami i. Pembayaran mahar semasa berkahwin / mas kahwin ii. Menggauli isterinya dengan cara yang baik. iii. Hendaklah sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan selain menunjukkan

perwatakan yang kemas dan rapi di hadapan isteri. iv. Mencari nafkah untuk keluarga bagi menyediakan segala keperluan

rumahtangga dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal yang sesuai dengan kemampuan suami.

v. Mendidik isteri dan anak mengikut lunas-lunas Islam. vi. Layanan yang munasabah dan kasih sayang, termasuk zahir dan batin kepada

isteri. vii. Bersikap adil dikalangan isteri-isteri jika mengamalkan poligami. viii. Suami bertanggungjawab merahsiakan kecacatan isteri kepada orang lain. ix. Suami berhak menghalang isteri keluar rumah dengan menunjukkan

perhiasannya kepada orang lain, mencegah dari bercampur gaul dengan lelaki bukan muhrim serta tidak boleh membiarkan akhlak dan agama isterinya rosak

Page 15: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 15

b. Tanggungjawab Isteri i. Mengakui kepimpinan suami. ii. Taat kepada semua kehendak suami selagi tidak bertujuan maksiat. iii. Menjaga maruah, akhlak dan harta samada berada di hadapan ataupun di

belakang suami demi mengelakkan nusyuz. iv. Meminta keizinan daripada suami sebelum keluar daripada rumah. v. Bertanggungjawab merahsiakan kecacatan suami kepada orang lain. vi. Meminta keizinan suami terlebih dahulu untuk berpuasa sunat andaikata suami

berada di rumah. vii. Tidak membenarkan lelaki lain masuk ke rumah semasa ketiadaan suami. viii. Hendaklah sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya dengan mengambil

makanan yang seimbang disamping menjaga kebersihan tempat tinggal, pakaian, suami dan anak-anak.

ix. Berusaha memahami suami dari segi rohani dan jasmani. x. Mendidik anak-anak mengikut lunas-lunas Islam. c. Tanggungjawab Anak Kepada Ibu bapa i. Mentaati ibu bapa dalam segala hal selagi tidak bertentangan dengan ajaran

Islam. ii. Menyahut seruan dan panggilan mereka dan segera hadir apabila diperlukan. iii. Jangan meninggi suara apabila bercakap dengan kedua-duanya. iv. Berdoa untuk kedua-duanya sama ada ketika hidup mahupun sesudah

meninggal dunia. v. Melaksanakan wasiat yang ditinggalkan oleh ibu bapa. vi. Menyebut segala kebaikan ibu bapa dan melupakan segala kesilapan dan

kekurangannya. d. Tanggungjawab Bersama i. Mendalami ilmu fardhu ain. ii. Selalu berbincang dalam segala hal untuk kebaikan bersama. iii. Tolong menolong dalam hal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran. iv. Bersikap jujur dan menepati janji. v. Saling memaafkan jika berlaku kesilapan dan nasihat menasihati. vi. Digalakkan sembahyang berjemaah. vii. Bertawakal kepada Allah SWT setelah berusaha untuk mencapai kebahagiaan. viii. Suami dan isteri sama-sama bertanggungjawab mengeratkan hubungan

silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

Page 16: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 16

1.3 PEMBENTUKAN MASYARAKAT 1.3.1 PENGERTIAN MASYARAKAT ISLAM DAN MAJMUK Masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam, hidup bersama-sama golongan bukan Islam dalam satu kelompok masyarakat. Masyarakat majmuk pula adalah masyarakat yang berlainan bangsa, bahasa, kebudayaan dan agama hidup dalam sebuah negara dengan aman dan damai.

Mendirikan sesebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai keislaman merupakan suatu kewajipan yang dibebankan ke atas bahu semua orang Islam. Masyarakat Islam yang pertama terbentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya di Madinah, sebaik sahaja baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masehi.

Umat Islam yang berada di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW pada ketika itu telah melaksanakan tugas mendirikan masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai Islam dengan cekal, gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal dan menjadi contoh dan model bagi masyarakat selepasnya.

1.3.2 HAK & TANGGUNGJAWAB DALAM MASYARAKAT Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab untuk menjaga keamanan, kedamaian serta kesejahteraan masyarakat secara kolektif. Setiap anggota masyarakat berhak mendapat kebebasan hidup setakat yang dibenarkan, dan menjalankan aktiviti yang tidak mengganggu orang lain. Maruah dan nilai diri setiap ahli tidak boleh dihina atau dicela.

Antara hak-hak anggota masyarakat ialah:

i. Setiap orang mempunyai hak untuk hidup dengan aman dan damai. Tidak ada seorang pun yang dibenarkan menggangu ketenteraman orang lain, sama ada gangguan fizikal, emosi ataupun kebisingan.

ii. Hak untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Tidak patut seseorang itu ditegah daripada bercakap atau mengeluarkan pendapat kecuali percakapan yang berbentuk fitnah.

iii. Hak untuk memiliki harta. Setiap orang boleh bekerja dan memiliki harta benda, khasnya rumah tempat tinggal dan kenderaan yang sesuai. Menafikan hak ini adalah salah pada pandangan Islam.

iv. Hak untuk mendapat pendidikan. Pemerintah wajib menyediakan kemudahan pendidikan dan pelajaran kepada ahli masyarakat atau warganegara.

v. Hak untuk mendapat pertolongan di kala kecemasan. Setiap ahli masyarakat mesti prihatin kepada anggota masyarakat lain, lebih-lebih lagi jiran yang terdekat.

vi. Hak untuk mendapat pembelaan jika dituduh di mahkamah. Pihak pemerintah haruslah menyediakan kemudahan guaman untuk pembelaan orang yang tertuduh atau teraniaya.

Page 17: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 17

Antara tanggungjawab anggota masyarakat ialah:

i. Setiap orang mesti menjaga nama baik masyarakatnya. Tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan nama baik masyarakat, atau menyebabkan negaranya diserang.

ii. Memberi pertolongan kepada anggota masyarakat, lebih-lebih lagi jiran apabila keadaan memerlukan pertolongan.

iii. Bekerjasama membangun dan memajukan masyarakat. iv. Menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kezaliman.

Ajaran Islam sangat menekankan kewajiban memelihara persaudaraan Islam, serta memupuk kasih-sayang antara anggota keluarga seterusnya sesama masyarakat. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadith menjelaskan kewajipan ini. Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”

Al-Hujurat (49): 10

Kehidupan dalam persaudaraan Islam adalah penuh dengan keharmonian berbanding dengan hidup dalam permusuhan akan mendatangkan kesulitan dan kesengsaraan. Memupuk persaudaraan merupakan agenda penting dalam Islam. Agenda ini dimulakan oleh Rasulullah SAW sejak baginda tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Perbandingan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain dalam soal kasih mengasihani, sayang menyayangi, hubung menghubungi dan hormat menghormati adalah seperti satu jasad. Apabila salah satu anggota badannya mengadu sakit, seluruh anggota yang lain sama-sama merasai kesakitannya dengan demam dan berjaga malam.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Masyarakat yang dibina berasaskan perpaduan sentiasa mengutamakan kasih sayang. Samada kasih sayang dalam keluarga, saudara mara,jiran tetangga dan rakan-rakan. Dalam negara juga, sebagai rakyat kita haruslah menyayangi dan menghormati majikan dan juga pemimpin. Sifat inilah yang bertanggungjawab mengikat dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat Islam buat selama-lamanya.

Page 18: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 18

Dalam masyarakat moden sekarang, ramai anak yang terpelajar sanggup menghantar ibu bapa mereka yang telah tua dan uzur ke rumah orang tua dengan alasan di sana mereka akan lebih terjaga. Anak-anak yang sebegini tidak mempunyai ciri-ciri masyarakat dan nilai-nilai murni. Sifat seperti ini bercanggah dengan konsep hidup bermasyarakat dan berkeluarga yang mengutamakan kasih sayang. Kewajiban dan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pergaulan juga perlu ditekankan bagi mematuhi tatacara pergaulan yang dikehendaki oleh negara yang hidup dalam masyarakat pelbagai kaum. Untuk membentuk sebuah masyarakat yang penyayang, antara yang ditekankan dalam pergaulan ialah:

i. Anggota masyarakat tidak boleh memandang rendah dan menghina

sesiapa jua. ii. Tidak ada sebarang pertentangan atau permusuhan kecuali sekiranya

ingin menentang seseorang yang melakukan kemungkaran. iii. Sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang baik. iv. Sifat suka membalas dendam terhadap orang yang pernah menyakiti

hati tidak boleh diamalkan. v. Dalam pergaulan, masyarakat hendaklah sentiasa berjaga-jaga daripada

pelbagai kejahatan, tipu daya dan peras ugut, kecurian dan sebagainya. Masyarakat Bukan Islam Bagi masyarakat bukan Islam, mereka yang tinggal dengan aman di bawah pemerintahan menurut sistem Islam dan menurut undang-undang Islam, maka ia bertanggungjawab untuk tunduk kepada undang-undang Islam kerana ia tertakluk kepada tanggungjawab politik, bukan tanggungjawab akidah atau agama. 1.4 UMMAH PERTENGAHAN (UMMATAN WASATAN) &

TERBAIK (KHAYRU UMMAH) Pembentukan keluarga Islam (Usrah Muslimah) yang merealisasikan ajaran Islam menjadi asas pembinaan masyarakat sebagai satu kesatuan ummah di bawah ikatan ukhuwah Islamiyah. Umat Islam dijadikan oleh Allah SWT sebagai Umat Pertengahan (Ummatan Wasatan) dan Umat Terbaik (Khair Ummah). a. Umat Pertengahan (Ummatan Wasatan) Islam adalah satu agama yang memiliki keistimewaan dengan sifat ummatan wasatan iaitu umat pertengahan dengan maksud umat yang mengamalkan kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan. Kesederhanaan adalah perkara yang paling baik, paling betul dan paling wajar diikuti. Firman Allah SWT :

Page 19: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 19

Maksudnya: “Demikianlah kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kalian menjadi saksi atas (perbuatan) manusia, dan agar Rasul menjadi saksi atas (perbuatan kamu).”

Al-Baqarah (2): 143

Perkataan wasat (tengah-tengah) mempunyai makna yang banyak, di antaranya ialah:

i. Bahagian Yang Paling Mulia Atau Paling Baik Dan Paling Aman Bahagian tengah adalah pusat kekuatan kerana dikawal oleh yang sekelilingnya dan juga kerana para pemimpin sentiasa berada ditengah dan pengikut disekelilingnya. Sabda Rasulullah SAW (bermaksud):

“ Sebaik-baik perkara adalah yang paling tengah daripadanya.” ii. Adil Iaitu tidak memihak kepada salah seorang dari mereka yang sedang berselisih, hanya berpegang atau memihak kepada kebenaran. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Telah berkata orang yang paling adil di antara mereka: Bukankah aku telah mengatakan kepadamu hendaklah kamu bertasbih kepada Tuhanmu?”

Al-Qalam (68): 28 iii. Sederhana Atau Seimbang Antara Dua Sifat Atau Sikap Yang Melampau Iaitu tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu lembut, tidak terlalu boros dan tidak kedekut, tidak berlebihan dan tidak juga kekurangan, tidak terlalu mementingkan material sehingga mengabaikan masalah kerohanian.

Page 20: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 20

iv. Jalan Yang Lurus Iaitu Jalan Yang Tidak Menyimpang Atau Menyeleweng Garis yang paling tengah dari garis-garis yang menghubungkan dua titik adalah garis yang paling lurus dan merupakan juga garis yang paling pendek dan paling singkat. Maka jalan yang lurus bererti jalan yang tidak menyimpang atau menyeleweng. Umat Islam sebagai umat pertengahan ialah umat yang mengamalkan kesederhanaan dalam semua aspek. Di bawah ini akan dinyatakan beberapa contoh kesederhanaan Islam:

i. Akidah: Islam berada ditengah-tengah antara akidah komunisme yang tidak percaya kepada adanya tuhan dan akidah yang percaya kepada banyak tuhan. Dalam Islam konsep ketuhanan adalan berdasarkan ketauhidan (Tuhan Yang Maha Esa).

ii. Ibadah: Islam berada ditengah-tengah antara kumpulan yang hidup mereka hanya untuk beribadah di rumah-rumah ibadah dan kumpulan yang hidup mengejar keduniaan tanpa ikatan langsung dengan ibadah. Islam mengajar umatnya agar sentiasa beribadah dan juga mengajar mereka supaya jangan lupa habuan mereka di dunia.

iii. Halal-haram: Islam berada di tengah-tengah golongan yang

mengharamkan semua benda kecuali sedikit sahaja dan golongan yang menghalalkan semua perkara.

iv. Perkahwinan: Islam berada di tengah-tengah antara golongan yang mengharamkan kepada mereka perkahwinan dan golongan yang bebas berkahwin sebanyak mana yang mereka inginkan.

v. Pemilikan harta: Islam berada di tengah-tengah antara golongan

komunis yang tidak membenarkan rakyat memiliki harta dan golongan kapitalis yang bebas memiliki harta sebanyak mana yang mereka mahu dengan apa cara sekalipun walaupun melalui penindasan.

b. Umat Terbaik (Khayru Ummah) Allah SWT telah menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik dengan perintah amar makruf dan nahi mungkar agar manusia beriman dan menjauhi perbuatan-perbuatan keji dan dicela. Firman Allah SWT:

Page 21: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 21

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang dari segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Ali ‘Imran (3): 110 Demikianlah kemuliaan dan keistimewaan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada umat Muhammad SAW (umat Islam) selagi mereka tetap setia menjalankan tiga dasar Islam yang utama iaitu, menyuruh berbuat kebaikan (amar makruf), mencegah kemungkaran (nahi mungkar) dan beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya.Perintah amar makruf dan nahi mungkar didahulukan daripada ungkapan keimanan kepada Allah SWT kerana kedua hal tersebut merupakan pagar dan benteng keimanan. Oleh itu, mendahulukan penyebutan keduanya menepati dengan kebiasaan yang diketahui manusia bahawa membuat sesuatu pagar itu perlulah didahului daripada yang dipagar. Tanggungjawab melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar terletak di atas bahu semua umat Islam. Kewajiban ini bukan hanya tanggungjawab waliyul amri (pemimpin) sahaja. Setiap umat Islam bertanggungjawab melaksanakan kedua perintah ini berdasarkan kemampuan masing-masing.

Sabda Rasulullah SAW seperti bawah ini:

“Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemugkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangan. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lidah. Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

(Riwayat Muslim)

Unsur kebaikan yang paling penting adalah memiliki keimanan dan mempercayai sifat keesaan Allah SWT dan kenabian Rasul SAW .Manakala aspek kemungkaran yang paling jahat ialah kufur kepada Allah SWT Oleh kerana itu, kewajiban berjihad dalam agama merupakan satu usaha membawa orang lain kepada manfaat yang lebih mulia dan juga menyelamatkan mereka dari kejahatan yang keji. Kesimpulannya, Allah SWT telah menjadikan umat Islam sebagai umat pertengahan dan terbaik (ummatan wasatan wa khairu ummah) selagi prinsip kesederhanaan dalam semua perkara terus diamalkan, bukan golongan yang melampaui batas. Begitu juga gelaran umat terbaik (khairu ummah) ini akan teruskan dilabelkan kepada umat Islam dengan pelaksanaan perintah amar makruf dan nahi mungkar. Dari prinsip kesederhanaan serta amar makruf dan nahi mungkar inilah terbinanya umat Islam, binaan ini akan kekal selagi prinsip ini dilaksanakan.

Page 22: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 22

KESIMPULAN

Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan masyarakat dan negara tidak akan sempurna. Oleh itu Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi pencorak masyarakat yang bakal dibina. Sekiranya keluarga yang dibentuk itu beriman, maka akan lahirlah masyarakat yang beriman, dan begitulah sebaliknya. Sebuah masyarakat Islam yang beriman mampu menghadapi dan bersama-sama dengan masyarakat agama lain untuk membentuk sebuah negara yang aman, makmur, maju dan berakhlak. Ini dapat dibuktikan oleh Rasulullah SAW sewaktu baginda membina masyarakat Islam pertama di Madinah pada tahun 622 Masehi.

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Nikah.

2 Berikan rukun nikah.

3. Berikan pendapat anda berkenaan dengan pertunangan.

4. Diantara hak suami adalah diakui sebagai ketua keluarga.

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang ketua keluarga.

5. Tanggungjawab anak adalah menghormati ibubapa.

Bagaimanakah anda cara anda menghormati ibubapa anda.

6. Islam menggalakkan umatnya mengikuti perkembangan semasa.

Nyatakan bentuk perkembangan yang digalakkan Islam.

7. Apakah yang dimaksudkan dengan Ummatan Wassatan.

8. Khairu Ummah adalah umat terbaik.

Terangkan pernyataan diatas dengan mengambil contoh masyarakat kita hari ini.

9. Secara ringkas,nyatakan pendapat anda berkenaan dengan hikmah nikah.

10. “Gejala sosial pada hari ini dapat dibendung sekiranya ibubapa mengambil

tindakan tegas terhadap anak-anak mereka”.

Berikan hujah anda menyokong atau menolak penyataan diatas.

Page 23: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 23

RUJUKAN 1. Hj. Ahmad Fauzi Morad & Ahmad Tarmizi Talib (1997), Tamadun Islam,

Serdang: Universiti Putra Malaysia. 2. Mustafa Hj. Daud (1995), Perkahwinan Menurut Islam, Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd. 3. Kamus Dewan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Titiwangsa Sdn Bhd, kuala

Lumpur. 4. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, (2002), Penerbit Universiti Malaya, Kuala

Lumpur.

Page 24: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 24

BAB 2: PENDIDIKAN PENGENALAN Pendidikan adalah satu usaha berterusan dalam memberikan ilmu yang bermanfaat

kepada setiap insan dari segenap sudut kehidupan.Ianya merupakan asas penting

dalam mencorakkan masa depan kehidupan yang lebih kukuh dan terjamin.Kehidupan

tanpa ilmu adalah diibaratkan tanpa pedoman dan tujuan.Samada ilmu fardhu ain atau

fardhu kifayah,adalah penting untuk kita mempunyai kelebihan dalam penguasaannya

bagi membezakan kita dengan golongan yang tidak berilmu pengetahuan. Dengan ilmu

pengetahuan kita, akan menjadi golongan yang maju dan berdaya saing dalam setiap

aspek kehidupan.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat: 1. Menyatakan pengertian pendidikan.

2. Membezakan jenis ilmu dan kelasnya

3. Menerangkan konsep nilai dalam ilmu.

4. Menerangkan adab murid terhadap guru dan guru terhadap murid.

5. Menjelaskan tanggungjawab individu dalam pendidikan secara umum.

6. Membezakan antara tanggungjawab keluarga dan masyarakat.

7. Mengenalpasti tanggungjawab pemerintah dan ulama dalam pendidikan.

Page 25: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 25

2.1 FALSAFAH DAN KONSEP PENDIDIKAN ISLAM a. Pengertian Pendidikan Pendidikan didefinisikan oleh al Jamali sebagai membentuk tabiat dan sikap seseorang manusia dalam pelbagai aspek kehidupan, sama ada jasmani, rohani, akal, akhlak mahupun sosial supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah SWT . Walau apapun pengertian dibuat matlamat terakhir daripada pendidikan ialah menjadikan manusia sebagai seorang yang mengabdikan diri kepada Allah SWT. b. Falsafah Pendidikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna, sesuai untuk semua tempat, peringkat dan zaman, telah menggariskan falsafah pendidikannya yang tersendiri. Manusia ditugaskan untuk memakmurkan seluruh alam berdasarkan kesepaduan dan kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.Hakikat ini serasi dengan objektif penciptaan manusia sebagai khalifah Allah SWT dan hamba untuk berbakti. Firman Allah SWT dalam surah az-Zaariyat, ayat 56 yang mafhumnya: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku". c. Konsep Pendidikan Konsep pendidikan Islam menyentuh dua aspek penting yang perlu dibincangkan. Pertama aspek teras Islam iaitu aspek yang menekankan fahaman akidah kepada Allah SWT, fahaman syariat dan didikan akhlak. Kedua aspek hubungan ilmu teras Islam dengan realiti kehidupan di mana aspek ini memberi pelbagai cara dan kaedah berkaitan hubungan dengan pergolakan kehidupan manusia.

6.2 KONSEP ILMU 6.2.1 PENGKELASAN ILMU Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada mahmud (terpuji), mazmum (tercela) dan mubah (harus). Jenis-jenis ilmu diklasifikasikan mengikut sumber ilmu seperti berikut:

Jenis Ilmu

Sumber Ilmu

Wahyu

Wahyu (Al-Quran)

Ilham

Ilham

Intuisi

Page 26: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 26

Empirikal

Pancaindera

Rasional

Akal

i. Ilmu Wahyu Ilmu wahyu merupakan ilmu-ilmu syariat, ilmu agama, ilmu akidah dan ilmu naqli iaitu ilmu yang bersumberkan nas-nas al-Quran atau al-Sunnah. Ilmu ini wajib dipelajari oleh orang Islam. Kebenarannya bersifat mutlak dan kadang kala di luar jangkauan fikiran, akal dan pancaindera. Ilmu ini amat berguna kerana ia memberi manfaat untuk mengenali kekuasaan Allah SWT melalui kitab Allah SWT. ii. Ilmu Ilham Ilmu ilham juga dikenali sebagai ilmu ladunni dan ia hanya diperolehi oleh orang-orang yang mendekati dirinya kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melalui jalan ilham.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Lalu mereka mendapati seorang hamba daripada hamba-hamba Kami yang telah Kami kurniakan rahmat dari sisi Kami dan yang telah Kami ajarkan kepadanya sejenis ilmu (yakni ilmu ladunni ) dari sisi Kami.”

Al-Kahfi (18): 65 Mengikut Kamus Dewan, ilham adalah petunjuk dari Allah SWT yang terbit di hati, manakala intuisi pula adalah satu usaha untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada gerak hati dan pemikiran. iii. Ilmu Empirikal (Pancaindera) Ilmu empirikal ialah ilmu dan fakta yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir. Asas ilmu empirikal terletak kepada keupayaan pancaindera. Ilmu ini mesti bersepadu dengan ilmu wahyu. iv. Ilmu Rasional (Akal)

Page 27: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 27

Ilmu rasional ialah ilmu yang terletak pada keupayaan aktiviti akal dan ia juga mestilah disepadukan dengan ilmu wahyu. 6.2.2 SUMBER DAN JENIS ILMU Islam meletakkan ilmu pengetahuan di kedudukan dan tahap yang tertinggi sebagaimana yang telah disebut di dalam al-Quran dan hadis. Ianya dapat diperolehi daripada pelbagai sumber, antaranya ialah:

i. Wahyu Wahyu merupakan penghulu kepada sumber segala ilmu. Ianya datang dari Allah SWT dan disampaikan kepada manusia menerusi perantaraan Rasul SAW samada melalui al-Quran atau al-hadis. Kedatangan wahyu adalah untuk menjawab hal-hal yang berkaitan dengan ketuhanan, akidah, akhlak serta hukum-hukum syariah khususnya yang berkaitan dengan halal dan haram. Termasuk juga dalam kategori wahyu ialah hadis-hadis Qudsi dan hadis sahih. Seorang muslim bukan sahaja diwajibkan mengambil pengetahuan dari wahyu malah diperintahkan taat dan mengikut ajaran yang terkandung di dalamnya.

Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Apa yang diberikan Rasul kepadamu hendaklah kamu terima dan yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi”.

Al-Hashr (59): 7 Wahyu diturunkan dengan berbagai cara, antaranya ialah:

a. Melalui mimpi yang benar yang dialami oleh baginda Rasulullah SAW.. b. Turunnya malaikat dan memasukkan ilmu ke dalam hati tanpa dapat

dilihat dengan mata kasar. c. Malaikat menyerupai seorang lelaki yang bercakap-cakap dengan

Rasulullah SAW. d. Malaikat datang dalam keadaan yang asal tetapi tidak dapat dilihat,

hanya didengar dan terus dilimpahkan ilmunya ke dalam hati Rasulullah SAW

Page 28: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 28

e. Mendengar perkataan dari sebalik tabir atau hijab seperti peristiwa Nabi SAW menerima perintah solat lima waktu dalam peristiwa Mikraj.

ii. Ilham Ilham ialah ilmu yang datang dengan cara Allah SWT masukkan terus ilmu ke dalam hati seseorang hamba yang dikasihinya seperti para ulama, orang soleh dan sebagainya. Ia adalah hasil daripada mujahadah yang bersungguh-sungguh. Kurniaan ini akan hadir kepada mereka yang bersih dirinya zahir dan batin, mengawal nafsu dengan tidak melakukan sesuatu yang dibenci oleh Allah SWT dan istiqamah dalam melakukan kebaikan. Mereka yang dikurniakan ilham atau kasyaf ini akan nampak atau mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh orang lain tanpa perlu belajar. Walau bagaimanapun, bagi ahli ibadah, mereka tidaklah menjadikan ilham ataupun kasyaf itu sebagai matlamat dalam ibadah. Bahkan segala kebajikan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pengalaman luar biasa tentang kejadian ghaib boleh disebut sebagai ‘karamah’ dan kebolehan membaca fikiran disebut ‘kasyaf ’. Kesimpulannya, ilham merupakan ilmu ladunni (pemberian terus dari Allah SWT), kepada hamba-Nya yang soleh seperti kisah Nabi Khidhir dalam pengembaraannya.

iii. Intuisi Mengikut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, intuisi ialah kebolehan mengetahui sesuatu tanpa berfikir atau mengkaji tetapi datang dari bisikan kalbu atau gerak hati.Ilham akal atau intuisi yang baik adalah dari Allah SWT manakala yang sebaliknya adalah dari syaitan.Ianya merupakan pemerolehan ilmu menerusi mata hati dan gerak hati. iv. Akal Akal ialah alat yang memberikan keistimewaan kepada manusia, berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Akal yang sihat dan aktif dapat menguasai ilmu pengetahuan yang mengandungi tanda-tanda kewujudan dan kebesaran Allah SWT sebagai pencipta alam ini. Akal juga membolehkan manusia mengenal diri, keluarga dan masyarakat. Ia juga membolehkan manusia mendalami isi kandungan alam ini yang boleh meningkatkan potensi amalan ke arah menjadi insan yang bertakwa. Sungguhpun akal diakui sebagai sumber pengetahuan, tetapi ia juga terbatas. Ahli falsafah dan ulamak Islam mengakui kelemahan akal ini, al-Ghazali dan beberapa ulamak lain pernah memperingatkan bahawa akal itu terbatas dan ianya tidak mampu menguasai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, akhlak khususnya perkara-perkara ghaib seperti soal ketuhanan, kenabian, roh, akhirat, hikmah dalam melakukan sesuatu amal ibadah dan lain-lain lagi. Begitu juga dalam soal memberi penilaian kepada sesuatu tingkah laku (akhlak) samada ianya baik atau buruk. Justeru di sinilah kita perlu merujuk kepada ilmu wahyu dan perlu merujuk kepada Rasulullah SAW untuk menerangkannya.

Page 29: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 29

v. Pancaindera Pancaindera manusia berfungsi sepenuhnya semasa manusia mula-mula mengalami proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu. Ia amat berguna dalam proses memperolehi maklumat atau pengetahuan melalui pengalaman, pembacaan dan pengamatan. Maklumat yang diperolehi melalui pancaindera merupakan sumber utama yang perlu ada dalam sesuatu proses menuju ke arah intelektual yang lebih tinggi. Pancaindera yang terpenting ialah penglihatan dan pendengaran kerana kedua-dua pancaindera ini dapat menangkap lebih banyak maklumat. Inilah yang menjadi fokus utama dalam al-Quran, khusus mengenai sikap dan tuntutan dalam memikir dan memahami fenomena alam yang terbentang luas ciptaan Allah SWT. 6.2.3 HIERARKI PENERIMAAN ILMU Semua manusia menerima ilmu daripada Allah SWT dengan tahap penerimaan dan pencapaian yang berbeza. Secara umumnya peringkat penerimaan ilmu boleh dibahagikan kepada beberapa golongan. i. Para Rasul dan Nabi Rasul didefinisikan sebagai seorang lelaki yang menerima wahyu daripada Allah SWT dan diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umat manusia. Manakala Nabi ialah seorang lelaki yang menerima wahyu tetapi tidak diperintahkan untuk menyampaikannya. Kedua-dua golongan ini sahaja yang menerima ilmu wahyu daripada Allah SWT. Para Rasul dan Nabi terpelihara daripada melakukan dosa-dosa serta memiliki akhlak mulia sebagai ikutan bagi umat manusia. ii. Para Wali (Auliya’) Para wali (Auliya’) merupakan golongan selepas para Nabi dan Rasul dalam peringkat penerimaan ilmu. Mereka adalah kekasih Allah yang sentiasa membersihkan diri daripada sifat yang buruk, sentiasa melakukan amalan yang baik dan menghayati sifat-sifat terpuji dalam usaha mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT. Oleh yang demikian mereka menerima ilmu yang agak istimewa daripada Allah SWT, iaitu yang bebentuk hidayah (petunjuk Allah).

iii. Hukama’ (Para Ulama, Cendekiawan) Mereka ialah golongan yang mahir dalam menguasai ilmu-ilmu wahyu dan syariah. Para ulama dan cedekiawan sentiasa menggunakan akal dengan cara yang amat wajar berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Pengunaan akal secara mutlak dengan menolak risalah para Rasul dan Nabi boleh menyebabkan mereka hilang akal dan sesat. iv. Golongan Awam

Page 30: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 30

Golongan penerima ilmu seterusnya ialah golongan awam. Mereka adalah golongan orang ramai (orang kebanyakan). Golongan ini menerima ilmu daripada Nabi dan Rasul serta menerima pelajaran dan pengajaran daripada wali atau hukama’. 6.3 KONSEP NILAI

Nilai merupakan satu unsur yang dapat mencermin atau mengukur perlakuan manusia. Dalam Islam nilai ilmu dan pemikiran merupakan unsur terpenting yang menentukan tindakan dan perlakuan manusia. Nilai tersebut digambarkan sebagai sesuatu yang tersirat yang dinyatakan secara lisan, dan ditunjukkan dengan kenyataan seperti betul, salah atau memuaskan.

Dalam istilah lain konsep nilai dikenali sebagai aksiologi. Aksiologi Islam menentukan gerak, tindakan atau tingkah laku manusia di bawah nilai-nilai Islam pada sebarang masa dan tempat berdasarkan konsep al-amru bi al-ma’ruf (suruhan berbuat kebaikan) dan al-nahyu ‘an al-munkar (tegahan berbuat kemungkaran). Ukuran nilai adalah mutlak, ianya bukan direka oleh manusia dan tidak pula berdasarkan kepada sesuatu adat dan budaya. 6.3.1 SUMBER-SUMBER NILAI i. Al-Quran dan Sunnah (Hadis) Sumber nilai yang paling besar dan utama dalam Islam ialah dari al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber ini mengajar manusia tentang menjaga hubungan antara hamba dengan Pencipta dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Al-Quran dan al-Sunnah merupakan sesuatu yang berbentuk dasar dan asas yang tidak boleh berubah dan perlu dipegang dengan kukuh sebagai panduan dan peraturan mutlak tindak tanduk, tingkah laku atau gerak geri kita dalam kehidupan di muka bumi ini. Setiap orang muslim yang mukallaf wajib belajar al-Quran dan hadis serta memahaminya dan merealisasikan nilai-nilai yang wujud ke dalam kehidupan. Sumber nilai yang dibawa oleh Allah SWT adalah bersifat sejagat dan tetap. Jika suatu perkara itu wajib di sesuatu tempat, maka hukumnya tetap sama walaupun berpindah ke tempat lain. Contohnya seperti kewajipan solat, puasa dan sebagainya. ii. ‘Uruf (Adat) Selain al-Quran dan al-Sunnah, ‘uruf atau adat juga boleh dijadikan sebagai sumber nilai. ‘Uruf yang juga dikenali sebagai adat resam ditakrifkan sebagai sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mereka mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi suatu perkara yang lumrah. Namun ‘uruf itu boleh diambilkira selagimana ia tidak bertentangan nas syarak.

Sebagai contohnya syarat sekufu (kafa’ah) dalam perkahwinan yang merupakan adat yang baik di kalangan bangsa Arab telah diberi perhatian oleh syarak dalam perundangannya. Namun kebiasaan adat resam yang mengharuskan bermuamalah riba

Page 31: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 31

atau melakukan akad yang mempunyai unsur-unsur penipuan adalah dilarang oleh syarak. 6.3.2 HIERARKI NILAI Islam menggariskan beberapa susunan nilai bagi mengawal tingkahlaku dan pergerakan manusia. Terdapat lima kategori nilai dalam Islam iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Susunan nilai ini boleh dibahagikan pula kepada dua hierarki iaitu: a. Nilai Makruf Atau Mahmudah (Nilai Yang Baik Atau Terpuji)

i. Wajib (Fardhu): Iaitu sesuatu yang mesti dilakukan. Mengerjakan perkara

yang disuruh, akan mendapat pahala dan meninggalkannya akan mendapat dosa. Contohnya sembahyang fardhu lima waktu, menutup aurat dan sebagainya.

ii. Sunat (Matlub): Iaitu perkara yang digalakkan untuk mengerjakannya serta mendapat pahala manakala meninggalkannya pula tidak mendapat apa-apa dosa. Contohnya solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan sebagainya.

iii. Harus (Mubah): Iaitu suatu yang dilakukan tidak akan mendapat balasan pahala atau dosa. Contuhnya makan, tidur dan sebagainya.

b. Nilai Mungkar Atau Mazmumah (Nilai Yang Buru Atau Tercela)

i. Makruh (Karahah): Iaitu sesuatu yang dibenci dan tidak disukai, meninggalkannya akan mendapat pahala dan melakukannya tidak mendapat apa-apa balasan. Contonya memperbanyakkan kumur ketika berpuasa, memakan dan meminum sesuatu yang baunya kurang enak (busuk) dan lain-lain lagi

ii. Haram: Iaitu sesuatu yang dilarang sama sekali melakukannya.

Mendapat pahala jika meninggalkan dan berdosa jika mengingkarinya. Contohnya seperti mencuri, berjudi, minum arak dan lain-lain lagi.

6.3.3 PERLAKSANAAN NILAI DALAM KEHIDUPAN Kemuliaan jiwa dan ketenangan hidup manusia tidak akan tercapai sekiranya manusia berpaling dari nilai-nilai yang dituntut oleh Islam. Nilai yang dimaksudkan di sini ialah nilai akhlak, kerana ianya menentukan corak serta hala tuju seseorang individu. Nilai inilah yang dibawa dalam visi dakwah Rasulullah SAW Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

Page 32: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 32

بعثت ألتمم مكارم األخالق إنماMaksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia”.

(Riwayat sebahagian daripasa Ahli Sunan)

Oleh itu, nilai paling utama dalam kehidupan manusia ialah nilai akhlak kerana ia mencorak perjalanan kehidupan manusia serta perhubungan antara sesama manusia, dengan alam dan Tuhan. Nilai dalam Islam ditentukan oleh wahyu. Islam tidak menerima penetapan nilai oleh majoriti manusia atau kesesuaian berdasarkan keadaan dan masa. Nilai yang dikemukan oleh wahyu jauh lebih sesuai dengan fitrah manusia, merentasi sempadan masa dan geografi. Dalam kehidupan seharian, manusia tidak dapat lari daripada keluarga dan masyarakat. Mereka berinteraksi dalam bidang sosial, ekonomi, politik, pendidikan, teknikal, kebudayaan dan sebagainya. Dalam semua urusan hidup yang merangkumi semua bidang di tersebut, manusia disuruh menghayati nilai makruf dan meninggalkan nilai yang mungkar. Orang yang menghayati sistem nilai ini dikatakan orang yang berakhlak mulia dan bertamadun. Namun sekiranya aspek nilai dipinggirkan, manusia akan hidup terumbang-ambing dan tidak akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kerana akal manusia tidak mampu untuk memikirkan semua perkara dan kadangkala pertimbangan akal manusia sering tersilap.

2.4 ADAB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Islam mengaturkan adab-adab ini supaya ilmu yang dipelajari itu berkesan, berkat dan memberi manfaat kepada dirinya di dunia dan akhirat. 2.4.1 ADAB SEORANG PELAJAR i. Mengutamakan kesucian zahir dan batin serta ketinggian budi pekerti dan

menjauhkan diri dari sifat tercela.

ii. Menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan aktiviti yang bermanfaat serta tidak melakukan perkara yang sia-sia.

iii. Tidak berbangga dengan ilmu yang dimilikinya kerana ilmu pengetahuan tidak

akan tercapai melainkan dengan kerendahan budi.

iv. Mengelakkan dirinya dari mendengar pelbagai pendapat yang tidak berasas kerana perkara tersebut boleh menyebabkan keraguan dalam fikiran dan boleh membawa kepada sikap bosan untuk mengkaji hakikat limu yang sebenarnya.

Page 33: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 33

v. Mengutamakan ilmu yang lebih penting dahulu dan barulah diikuti oleh keperluan lain mengikut maksud dan tujuan sesuatu ilmu. Contohnya: mengutamakan mempelajari ilmu fardhu ‘ain daripada fardhu kifayah.

2.4.2 ADAB SEORANG GURU i. Memiliki rasa sayang dan belas kasihan kepada pelajar-pelajar dan menganggap

mereka seperti anak sendiri. ii. Mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dengan tidak menganggap ilmu yang

dicurahkan adalah untuk mengaut keuntungan. iii. Pengajaran yang diberi hendaklah secara berperingkat-peringkat kemudian

menjelaskan bahawa maksud menuntut ilmu adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

iv. Pengajaran guru hendaklah berlandaskan konsep psikologi, contohnya tidak

mengherdik kesalahan yang dilakukan oleh pelajar secara terang-terangan sebaliknya dengan cara kasih sayang.

v. Seorang guru yang intelek tidak akan membezakan antara satu pelajaran

dengan pelajaran yang lain, contohnya seorang guru bahasa memandang rendah terhadap ilmu feqah. Sikap yang sedemikian menunjukkan kerendahan jiwa seorang guru.

2.5 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 2.5.1 PERANAN INDIVIDU Individu dalam masyarakat mestilah mempunyai kesedaran diri tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Menuntut ilmu merupakan satu kewajipan kepada setiap individu muslimin dan muslimat. Justeru itu setiap individu perlu berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan sebagai memenuhi tuntutan agama disamping mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Islam mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim samada lelaki atau

perempuan”

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW, maka setiap individu perlu sedar bahawa ilmu memainkan peranan yang besar dalam pembentukan seseorang manusia dari segi rohani, jasmani, akal dan akhlak. Menjadi suatu kewajipan bagi setiap individu untuk mencari ilmu selagi mana ilmu tersebut tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan memberi kebaikan kepada diri mereka khususnya dan umat Islam umumnya.

Page 34: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 34

2.5.2 PERANAN KELUARGA Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak, terutamanya bagi menyuntik pendidikan awal agama, al-Quran dan akhlak Islam.

Ibu bapa haruslah memberi didikan awal kepada anal-anak bagi tujuan mendedahkan anak-anak tersebut kepada dunia pendidikan. Misalnya, pembacaan buku-buku cerita teladan kepada anak-anak. Mereka juga hendaklah mengajar asas-asas ilmu seperti asas fardhu ain, membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak. Selain itu ibubapa juga hendaklah menghantar anak-anak mereka ke sekolah apabila sampai umur persekolahan sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi dalam sistem pendidikan negara.

Di samping itu juga, satu lagi perananan dan tanggungjawab keluarga ialah mengawasi pelajaran anak-anak sepanjang masa. Pada masa yang sama keluarga juga perlu menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak supaya mereka belajar untuk berjaya dalam hidup. 2.5.3 PERANAN MASYARAKAT Umat Islam adalah bersaudara dan haruslah ada usaha mendidik dan berdakwah mengajak kearah kebaikan demi mengukuhkan institusi Islam juga mengelakkan daripada kebinasaan ummah.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Mengapakah tiada berjalan sebahagian di antara tiap-tiap puak supaya mempelajari ilmu agama? Apabila mereka kembali bolehlah mereka memberi peringatan kepada kaumnya, mudah-mudahan mereka akan sentiasa berhati-hati.”

At-Taubah (9):122 Justeru setiap anggota masyarakat hendaklah bersama-sama bertanggungjawab terhadap pendidikan sesama mereka. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat ialah dengan memberi sokongan moral dan material kepada anggotanya yang terlibat dalam dunia pendidikan, khususnya golongan pelajar. Contohnya apabila terdapat palajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan sesi persekolahan atau pengajian kerana menghadapi masalah dari segi kewangan, maka masyarakat hendaklah menyalurkan bantuan sekadar yang mampu.

Page 35: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 35

2.5.4 PERANAN ILMUAN ATAU ULAMA Golongan ini bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan malahan memastikan setiap ajaran yang disampaikan diterima dengan baik dan mampu memupuk keperibadian yang tinggi dalam diri insan. Oleh itu golongan ini perlu mempamerkan tingkah laku yang menjadi contoh kepada masyarakat. Peranan ilmuan juga adalah untuk menyemaikan perasaan cinta dan taat kepada Allah serta menguatkan iktiqad yang benar dalam jiwa pelajar. Golongan ini juga perlu bersifat berani dan tegas dalam menerang dan memberi penjelasan ketika menyampaikan ilmu. Ulamak dan ilmuan juga perlu menyebarkan kebenaran Islam agar ianya mampu membangkitkan minat masyarakat terhadap penyelidikan ilmu Islami. Para ilmuan juga perlu menggalakkan berlakunya perbincangan atau diskusi ilmiah di kalangan mereka. Perbincangan ini hendaklah dimanfaatkan oleh golongan pelajar dengan menghadirinya dan menyertai perbincangan tersebut. 2.5.5 PERANAN PEMERINTAH Pemerintah memainkan peranan penting dalam institusi pendidikan untuk memelihara kesinambungan perkembangan pendidikan, antara tanggungjawab yang perlu dipelihara ialah:

i. Tidak memisahkan antara Islam dan urusan hidup seharian dengan cara

mengukuhkan peraturan dan kefahaman kapada masyarakat. ii. Membentuk falsafah dan matlamat pendidikan yang seiring dengan

kehendak Islam. iii. Menyediakan prasarana dan kemudahan samada tenaga atau kewangan

untuk membangunkan pendidikan. Justeru pemerintah yang mentadbir sesebuah negara sewajarnya menyediakan peluang pendidikan kepada rakyatnya dari tahap yang paling rendah ke tahap yang paling tinggi. Ini termasuklah menubuhkan lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menjamin tempat yang mencukupi kepada kepada lepasan-lepasan sekolah yang mendapat keputusan cemerlang. Golongan pemerintah juga hendaklah berusaha memastikan keciciran dalam pendidikan di kalangan penduduknya tidak berlaku. Ini bagi menjamin bahawa setiap penduduk boleh menyara dirinya sendiri apabila tiba masanya kelak. Untuk itu, skim bantuan atau dana pendidikan harsulah diwujudkan bagi membiayai golongan yang kurang berkemampuan.

Page 36: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 36

KESIMPULAN Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima. Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi, dan membentuk masyarakat yang sejahtera. Ia juga memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan. Melalui pendidikan, individu berupaya membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri. Pendidikan bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Pendidikan yang berkualiti ini adalah satu konsep yang dinamik, berubah dan berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks sosial, ekonomi dan persekitaran setempat. LATIHAN PENGUKUHAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan dari pandangan Al-Jamali.

2. Berikan sumber – sumber ilmu.

3. Terangkan tiga daripada cara penerimaan wahyu bagi Rasul SAW.

4. Nyatakan pembahagian hierarki nilai.

5. Jelaskan maksud nilai mahmudah dibawah :

a) Wajib

b) Harus

c) Sunat

6. Berikan tiga adab pelajar.

7. Nyatakan peranan yang perlu dimainkan oleh pemerintah dalam memartabatkan

kualiti sektor pendidikan di Malaysia.

8. Berikan pendapat anda tentang sistem pendidikan di IKM.

Page 37: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 37

RUJUKAN

1. Hj. Ahmad Fauzi Morad & Ahmad Tarmizi Talib (1997), Tamadun Islam, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

2. Nasrudin Yunos et. al. (2007), Pengajian Islam, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn

Bhd. 3. Sulaiman Noordin (2001), Sains Menurut Perspektif Islam, Bangi: Pusat

Pengajian Umum UKM.

Page 38: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 38

BAB 3 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM

PENGENALAN Kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara adalah bertunjangkan kebijaksanaan

dalam setiap pemerintahan dan pentadbirannya. Kepesatan ekonomi juga adalah

ditentukan oleh hala tuju dalam pentadbiran negara. Adalah penting untuk mempelajari

dan memahami cara pentadbiran negara sebagaimana yang telah dijelaskan dan

diperintah Islam seperti yang telah Rasulullah SAW laksanakan dalam pentadbiran

khususnya di Madinah. Berdasarkan konsep syura, Madinah telah mencapai

kegemilangannya sebagai negara contoh dan usaha ini telah diteruskan oleh para

sahabat dan pengikutnya. Sejarah telah membuktikan keagungan dan kehebatan

negara Islam yang telah menakluki dan menjelajahi segenap pelusuk dunia pada ketika

itu.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat: 1. Menyatakan pengertian pemerintahan dan pentadbiran menurut Islam.

2. Mendefinisikan istilah khalifah, imamah dan imarah.

3. Menjelaskan ciri-ciri pemerintahan dan pentadbiran Islam.

4. Menerangkan syarat-syarat pemimpin Islam.

5. Menerangkan kisah-kisah Khulafa’ ar-Rasyidin.

6. Menyenaraikan nama-nama Khulafa’ ar-Rasyidin dan jasa-jasa mereka.

7. Mendefinisikan keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan.

8. Memberi contoh-contoh keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan.

9. Menjelaskan maksud syura dan demokrasi.

10. Membezakan sistem syura dan demokrasi.

11. Memberikan maksud hisbah.

12. Menyatakan prinsip hisbah.

13. Mengenalpasti peranan institusi hisbah.

Page 39: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 39

3.1 PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN Kekuasaan dan pemerintahan ialah hak dan milik mutlak Allah SWT dan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengambilnya kembali daripada sesiapa yang diingini-Nya.

3.1.1 KONSEP PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM Menurut takrifan yang diberikan ulama, negara Islam ialah negara yang dibangunkan atas dasar akidah Islam dan berteraskan konsep Islam yang memberi jaminan kepada setiap muslim untuk menunaikan ibadah kepada Allah SWT dan hidup sesuai dengan tuntutan akidah Islam. Seluruh urusan negara dilaksanakan atas dasar undang-undang Islam dan orang Islam wajib melaksanakan hukum Islam. Manakala pemerintah atau pemimpin pula adalah merupakan khalifah Allah SWT di bumi yang diamanahkan untuk memerintah dan memimpin rakyat, mentadbir alam dan mengurus sumber tabi’i. Kuasa yang merupakan amanah Allah SWT kepada manusia perlu digunakan secara betul serta menepati kehendak syariat. 3.1.2 PRINSIP Dalam hal ini, Islam telah menggariskan bahawa sesuatu pemerintahan dan pentadbiran Islam mestilah berdiri di atas tiga (3) prinsip iaitu:

i. Prinsip Tauhid: Prinsip ini menghendaki seseorang itu mengakui

bahawa Allah SWT pemilik dan pentadbir alam ini. Ini sekaligus menafikan kedaulatan manusia sama ada dalam bentuk individu atau kelompok.

ii. Prinsip Risalah: Prinsip ini pula menentukan seseorang itu menerima

ajaran Allah atau syariat Allah SWT yang dibawa oleh Rasulullah SAW sama ada melalui al-Quran atau as-Sunnah.

iii. Prinsip Khilafah: Prinsip ini menghendaki seseorang itu sedar bahawa

dia adalah khalifah atau wakil Allah dalam mentadbir bumi ini. Manusia memiliki sesuatu sebagai melaksanakan amanah dan mengikut panduan serta arahan Allah SWT. Mereka juga tidak boleh bertindak sesuka hati atau melampaui batas kerana segalanya adalah bermatlamatkan untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Page 40: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 40

3.1.3 CIRI-CIRI PEMERINTAHAN ISLAM Terdapat beberapa ciri pemerintahan sesebuah negara yang digariskan oleh Islam seperti yang dihuraikan oleh para ulama. Antaranya ialah:

a. Negara Madani Dengan Islam Sebagai Rujukan Negara Islam bukan negara teokrasi yang dikuasai oleh pemimpin agama, yang mengakui mewakili tuhan dengan membuat undang-undang sesuka hati dan didakwa sebagai undang-undang tuhan. Bukan juga negara sekular yang memisahkan agama dari pentadbiran negara bahkan memusuhi dan menghalang pelaksanaannya. Negara Islam ialah negara yang menegakkan hukum yang diturunkan Allah SWT dan menyuruh rakyat melaksanakan kehendak dan perintah Allah SWT.

b. Bersifat Antarabangsa Ia tidak berdiri atas dasar bangsa dan perkauman serta sempadan negara. Ia adalah negara yang terbuka bagi semua orang beriman dan ajarannya yang tidak memaksa. Namun ia juga menerima orang bukan Islam dan melindungi mereka dengan syarat mereka juga tunduk kepada syariat Islam.

c. Negara Islam Adalah Negara Hukum Undang-undang Negara berbentuk prinsip dan hukum syariah yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Dalam melaksanakan hukum tersebut, ia tidak mencari alternatif lain selain yang ditetapkan oleh Allah SWT. Perlaksanaan hukum dan undang-undang itulah yang menjadi ukuran keislaman dan bukti keimanan sesebuah negara kepada Allah SWT :

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan sesiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu ialah orang-orang kafir.”

Al-Maidah (5): 44

Page 41: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 41

d. Negara Islam Diasaskan Oleh Syura Ia bukan negara yang berdasarkan sistem warisan tanpa mengira seorang itu salih atau tidak. Negara Islam menjalankan sistem terbaik yang terdapat dalam demokrasi, tetapi tidak bermakna ia merupakan negara demokrasi sebagaimana barat kerana demokrasi memiliki banyak kelemahan. Negara Islam adalah negara berdasarkan syura yang meletakkan batas dalam pemerintahan. Akidah dan nilai akhlak serta hukumnya menjadi tunjang negara.

e. Negara Hidayah Negara Islam sentiasa memberi perhatian kepada pengembangan dakwah dan menyampaikan risalah agar rakyat mendapat hidayah Allah SWT. Ia mestilah sentiasa mengelakkan berlaku salah faham terhadap Islam dan perbuatan yang mencemarkan ajaran Islam. Rasulullah SAW dan khalifah setelah baginda sentiasa berusaha menyebar dakwah kepada masyarakat dunia. Tugas negara menunjukkan manusia jalan Islam dan menyingkirkan segala halangan ke arah tujuan itu.

f. Melindungi Kaum Yang Lemah Membantu fakir miskin, anak yatim dan golongan yang lemah melalui zakat. Menolong mereka yang ditindas dan teraniaya dengan pembelaan yang sewajarnya daripada kezaliman. Membela kanak-kanak, ibu bapa, wanita dan golongan buruh bahkan binatang pun mendapat pembelaan dalam negara.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“....supaya harta itu tidak beredar di kalangan orang kaya sahaja di kalangan kamu.”

Al-Hasyr (59): 7

g. Melindungi Hak Dan Kebebasan Islam melindungi hak dan memberikan kebebasan kepada rakyat dalam negara. Masyarakat bukan Islam diberi kebebasan beragama dan mengamalkan ajaran mereka. Kebebasan memberikan pendapat selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Bagi yang melakukan kemungkaran pula, ia telah melanggar kebebasan yang diizinkan maka orang lain bebas untuk menegur dan mencegah kemungkaran yang dilakukannya.

Page 42: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 42

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dariapada jalan yang salah”

Al-Baqarah (2): 256

h. Negara Berprinsip Dan Berakhlak Negara Islam tidak bersikap talam dua muka. Islam tidak mahu suatu matlamat yang baik dicapai dengan cara yang buruk (matlamat tidak menghalalkan cara). Nabi SAW tidak pernah memungkiri janjinya walaupun dengan orang kafir Quraisy dan musuh seperti dalam perjanjian Hudaibiyah. Negara Islam menjaga prinsip dan akhlak dengan menetapkan peraturan dalam peperangan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jadilah kau semua penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu.”

An-Nisa’ (4): 135

Page 43: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 43

3.1.4 ISTILAH-ISTILAH SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM i. Khilafah Khilafah ialah kepimpinan negara Islam dan khalifah pula merupakan pemimpin tertinggi dalam sebuah negara Islam. Tugas khalifah dan kerajaan Islam telah digariskan oleh para ulama seperti berikut:

(1) Mendaulatkan hukum Allah SWT, menyebarkan agama dan menegakkan

syiarnya. (2) Menegakkan kebaikan, keadilan dan ketinggian akhlak serta nilai-nilai

kemanusiaan melalui amar makruf nahi munkar. (3) Membasmi kemungkaran, kejahatan dan kezaliman daripada

membelenggu kehidupan masyarakat. (4) Melindungi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat dari sebarang

ancaman dalam ataupun luaran. (5) Melaksanakan pembangunan negara dengan mengeluarkan kekayaan

yang dimiliki untuk kepentingan bersama, negara dan rakyat agar dapat mengecap kemakmuran.

Walaupun tugas khalifah besar dan berat, namun mereka tidak boleh melampaui beberapa batas bidang kuasa iaitu:

(1) Khalifah mesti tunduk kepada perundangan Islam. Melaksanakan hukum

dan peraturan atau akta bersesuaian dengan prinsip dan kaedah Islam. (2) Khalifah tidak mempunyai kuasa perundangan. Beliau boleh melakukan

ijtihad dan memberi kuasa kepada mujtahid melakukan ijtihad hanya dalam batas yang dibenarkan al-Quran dan hadis.

(3) Khalifah dan pegawai-pegawainya mesti bertanggungjawab terhadap kaedah hukum Islam. Prinsip Islam ini diterangkan secara umum dan pemerintah hendaklah menyesuaikan tindakannya agar tidak bertentangan dengan prinsip tersebut.

ii. Wizarah

Perkataan wizarah adalah berasal dari kata wazir yang bererti menteri. Daripada sini lahir perkataan wizarah yang bererti kementerian. Menteri atau kementerian sebenarnya telah wujud pada zaman Nabi SAW, cuma ia tidak dinamakan menteri tetapi fungsi tetap sama seperti menteri iaitu sebagai pembantu dalam pemerintahan atau kepimpinan Nabi SAW dan juga khalifah selepas kewafatan baginda. iii. Imarah Perkataan imarah adalah berasal daripada perkataan amir yang bererti raja atau pemerintah. Perkataan imarah bererti pemerintahan atau sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seseorang amir.

Page 44: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 44

Kerajan Islam yang memakai gelaran amir biasanya lahir dari kerajaan kecil seperti kerajaan Islam di Sepanyol yang diasaskan oleh Abdul Rahman Ad-Dakhili. Walaupun kerajaan ini kecil tetapi ia telah memberi sumbangan yang besar kepada tamadun dunia khususnya masyarakat Eropah. i. Imamah Perkataan imamah dari segi bahasa bermaksud kepemimpinan. Imam bermaksud pemimpin. Dari segi istilah (Islam), al-Imamah bermaksud kekuasaan mutlak ke atas umat Islam dalam semua urusan agama dan duniawi sebagai pengganti Nabi. Imam bermaksud seorang lelaki sebagai pengganti Nabi yang mempunyai hak dengan kekuasaan mutlak ke atas umat Islam dalam semua urusan agama dan duniawi. 3.2 KEPIMPINAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN Empat orang khalifah yang mentadbir negara setelah kewafatan Nabi SAW dikenali sebagai Khulafa’ al-Rasyidin bermaksud (Yang Bijaksana). Pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin berlangsung selama tiga puluh tahun iaitu pada zaman pemerintahan Saidin Abu Bakar al-Siddiq (11H-13H/ 632M-634M), Saidina Umar bin al Khattab (13H-23H/634M-644M), Saidina Uthman bin Affan (23H-35H/644M-655M) dan Saidina Ali bin Abi Talib (35H-40H/655M-661M). Kemudian, pemerintahan Islam bertukar kepada bentuk warisan (monarki) bermula zaman Muawiyah bin Abi Sufyan yang menubuhkan kerajaan Bani Umayyah. Seterusnya kepimpinan Islam bertukar tangan kepada pemerintahan Bani Abbasiyah. Kerajaan Islam berakhir di Turki dengan kejatuhan kerajaan Bani Uthmaniyah pada tahun 1924M di tangan Kamal Attarturk. Beliau telah menghapuskan sistem khalifah dan menggantikannya dengan fahaman sekular yang diceduk dari Barat. 3.2.1 PERLANTIKAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN SERTA JASA-JASA

MEREKA Saidina Abu Bakar RA Perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah, dicalonkan oleh Saidina Umar setelah berlaku perbincangan yang hangat di antara golongan Muhajirin dan Ansar di Saqifah Bani Saadah tentang pengganti Nabi dalam urusan kenegaraan. Pencalonan beliau dipersetujui oleh kalangan para sahabat termasuklah Saidina Ali RA.

Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar r.a yang boleh dianggap sebagai jasa beliau ialah:

(1) Memerangi golongan yang enggan membayar zakat. Mereka ini

memberontak setelah kewafatan Rasulullah SAW. (2) Memerangi mereka yang mengaku sebagai nabi palsu seperti

Musailamah al-Kazzab dan Sajah. Mereka berusaha melebarkan pengaruh ke daerah-daerah sekitar semenanjung Arab yang menjadi ancaman kepada kesucian ajaran Islam.

Page 45: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 45

Bagi mengatasi gerakan-gerakan ini, Abu Bakar RA telah menghantar pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid bin al Walid untuk memerangi kumpulan-kumpulan tersebut. Akhirnya tentera Islam berjaya mencapai kemenangan setelah mendapat tentangan yang hebat. Beliau telah berjaya mempertahankan akidah umat Islam dengan memerangi golongan murtad dan nabi-nabi palsu. Saidina Umar r.a Saidina Umar r.a dilantik sebagai khalifah berdasarkan cadangan berupa wasiat oleh Saidina Abu Bakar r.a setelah baginda mendapat pandangan dari ahli syura. Para sahabat bersetuju dengan cadangan ini, lalu memberikan bai’ah kepada Saidina Umar r.a dengan diketuai oleh Saidina Uthman RA Antara jasa-jasa dan sumbangan Saidina Umar r.a ialah:

(1) Menubuhkan Majlis Tertinggi Dan Majlis Umum. Majlis Tertinggi

dianggotai oleh sahabat seperti Uthman Affan,Ali Abi Talib,Zaid Thabit, Abd Rahman Auf dan lain-lain. Manakala Majlis Umum adalah terbuka kepada rakyat dengan masjid sebagai tempat perjumpaannya.

(2) Melaksanakan dasar disentralisasi dengan membahagikan wilayah kepada lapan bahagian dan diketuai oleh seorang Gabenor.

(3) Menjalankan prinsip pengasingan kuasa seperti contohnya para kadhi diberi kebebasan dalam menjalankan tugas tanpa pengaruh kuasa politik.

(4) Dalam bidang pentadbiran tanah, beliau menghapuskan pemerasan tuan tanah terhadap petani dan menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru dengan memberikan hak milik kepada mereka yang mengusahakannya.

(5) Dalam soal ketenteraan, beliau telah membahagikan tentera Islam kepada dua bahagian: i. Tentera sepenuh masa di mana mereka dibayar gaji tetap dan

mendapat kemudahan-kemudahan sampingan yang lain. Namun mereka tidak diberikan habuan tanah untuk mengelakkan mereka menetap di sesuatu tempat.

ii. Orang-orang awam yang dapat dikerahkan pada masa-masa tertentu dan mereka ini layak untuk mendapat habuan tanah.

(6) Menubuhkan Masalih (bandar tentera) seperti Kufah,Basrah,Damsyik untuk kegunaan istirehat para tentera.

(7) Mewujudkan takwim hijrah. Kiraan dibuat berdasarkan tahun berlakunya hijrah Nabi SAW ke Madinah.

(8) Memperluaskan wilayah-wilayah Islam antaranya ke Syria, Mesir dan Afrika Utara..

(9) Mengasaskan al Diwan atau buku catatan Negara. Asalnya dibuat catatan nama-nama tentera serta keluarga dengan jumlah sara hidup untuk diberi gaji.

(10) Menubuhkan baitul mal yang mendapat sumber daripada zakat, ghanimah, fay’, jizyah, kharaj, cukai perniagaan dan harta orang mati yang tiada waris.

Page 46: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 46

Dengan adanya perubahan-perubahan pentadbiran seperti yang dilakukan oleh khalifah Umar bin al-Khattab RA seperti di atas serta sumbangan-sumbangan lain yang tidak disebutkan, maka tidak hairanlah jika Umar bin al-Khattab RA digelar sebagai Amirul Mukminin bahkan di kalangan rakyat, istilah ‘keadilan’ begitu sinonim dengan nama Umar RA itu sendiri. Ini terbukti dalam beberapa kejadian termasuklah beliau sanggup menghukum anaknya sendiri kerana telah disabitkan melakukan kesalahan. Saidina Uthman RA Sebelum Saidina Umar wafat, beliau telah melantik enam orang sebagai ahli syura bagi membincangkan masalah penggantinya.Mereka ialah Saidina Ali, Saidina Uthman, Zubair bin Awwam, Abd Rahman bin ‘Auf, Talhah bin ‘Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqqas. Setelah perbincangan dilakukan, persetujuan diambil untuk melantik Saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah.

Antara jasa-jasa Saidina Uthman r.a ialah:

i. Pengumpulan al-Quran dalam satu mashaf (kitab) yang ditulis menggunakan satu jenis tulisan yang dikenali sebagai Rasam Uthmani.

ii. Melantik wakil dalam pentadbirannya ke Mesir untuk melancarkan sistem pemerintahan.

Saidina Ali r.a Selepas kewafatan saidina Uthman bin Affan, pentadbiran kerajaan Islam diambil alih oleh Saidina Ali RA Golongan Muhajirin dan Ansar telah memberikan bai’ah kepada Saidina Ali RA di Masjid Nabawi secara terbuka bagi mengelakkan tersebarnya fitnah yang lebih besar akibat pembunuhan Saidina Uthman RA. Antara jasa Saidina Ali dalam pemerintahannya ialah:

(1) Menerima jawatan khalifah dalam suasana Negara huru hara demi keamanan negara.

(2) Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah dan bermusuhan

3.2.2 CONTOH PERLAKSANAAN PRINSIP DALAM PEMERINTAHAN ISLAM i. Keadilan Dalam satu peperangan, Saidina Ali telah kehilangan baju besi miliknya. Kemudian beliau mendapati baju tersebut ada pada seorang Yahudi. Kes ini dibawakan kepada hakim Syuraih. Hakim meminta Saidina Ali sebagai pendakwa memberikan bukti baju besi itu miliknya. Malangnya Saidina Ali tidak dapat mengemukakan sebarang bukti. Maka Syuraih telah memutuskan baju besi tersebut adalah milik Yahudi bukan milik Saidina Ali walaupun baginda seorang khalifah. Akhirnya Yahudi yang menjumpai baju besi tersebut, memulangkannya kepada Saidina Ali yang merupakan pemilik sebenar.

Page 47: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 47

Beliau juga memeluk Islam kerana melihat keadilan yang ditunjukkan oleh pemerintah Islam. ii. Kesamarataan Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“…Jika sekiranya Fatimah binti Muhammad SAW mencuri nescaya aku akan potong tangannya”.

Hadith ini menggambarkan bahawa, dalam pemerintahan Islam yang dijalankan oleh Nabi, semua orang tanpa mengira kedudukannya adalah sama pada pandangan undang-undang. Tidak dilebihkan seseorang kerana kedudukannya yang tinggi sekiranya melakukan kesalahan, tetap akan dihukum seperti orang bawahan.

Saidina Umar pernah menghukum seorang amir dari keturunan Ghassan kerana beliau telah memukul seorang pemuda suku Fazzarah yang terpijak jubahnya ketika sedang bertawaf. Saidina Umar memberikan keizinan kepada pemuda tadi untuk memukul balas amir tersebut. iii. Kebebasan Dalam satu perhimpunan Saidina Umar menyeru agar masyarakat memberikan ketaatan kepada beliau. Bangun seorang pemuda menghunuskan pedang dengan menyatakan beliau akan membetulkan khalifah dengan pedangnya. Saidina Umar mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana bersedia dan berani menegur khalifah. Umar memberikan kebebasan kepada masyarakat untuk membuat teguran kepada beliau secara terbuka. Umar juga pernah bercadang menetapkan mas kahwin agar tidak terlalu tinggi.Tindakan baginda ditegur oleh seorang wanita kerana mas kahwin adalah hak wanita bukan hak pemerintah menentukannya. Umar akhirnya menerima teguran tersebut dengan baik. iv. Ketelusan Kerajaan Yaman telah menghadiahkan kain kepada kerajaan Islam di Madinah. Kain itu telah diagihkan kepada seluruh penduduk Madinah. Saidina Umar yang menjadi khalifah ketika telah ditanya oleh rakyat tentang baju yang dipakainya, kerana baginda mendapat dua bahagian kain sedangkan orang lain hanya satu bahagian sahaja. Anak baginda bernama Abdullah, menjelaskan satu bahagian lagi adalah miliknya yang diserahkan kepada ayahnya kerana saiz Umar yang besar perlu kepada kain yang lebih.

Kisah ini menggambarkan ketelusan yang diamalkan dalam pemerintahan. Tidak ada perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat apabila mereka ingin mendapatkan penjelasan.

Page 48: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 48

3.3 SISTEM SYURA 3.3.1 PENGERTIAN SYURA DAN DALIL Syura dari segi bahasa bererti mesyuarat. Manakala dari segi istilah pula ia bermaksud permesyuaratan, perbincangan, pertukaran fikiran atau pengumpulan pandangan dan pendapat matang oleh sekumpulan manusia daripada kalangan pemimpin yang bertanggungjawab dalam segala hal dan urusan berkaitan kepentingan dan kebajikan bersama menyentuh agama, bangsa, organisasi dan negara demi mencari hak dan kebenaran atau menentukan keputusan atau ketetapan yang terbaik berasaskan kepada disiplin ilmu, iman, takwa dan ehsan.

Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bertawakal kepadanya.”

Ali ‘Imran (3): 159

3.3.2 PRINSIP DAN AMALAN SYURA Syura adalah prinsip fitrah yang sememangnya wujud dalam jiwa manusia. Manusia suka apabila urusan mereka dibincangkan dengan meneliti pandangan yang pelbagai. Manusia tidak suka dipaksa dengan cara zalim dan menekan kepentingan mereka. Syura adalah prinsip asas dalam khilafah insaniah yang juga prinsip asas khilafah ummah dalam masyarakat dan negara. Firman Allah SWT :

Maksudnya: “....dan (ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepada malaikat: sesungguhnya aku hendak menjadi seorang Khalifah di bumi...”

Al-Baqarah (2): 30

Allah SWT tidak menurunkan Khalifah insaniah ke dunia di atas bahu individu tertentu sahaja, malah dipertanggungjawabkan bersama kepada semua manusia. Ini dijelaskan dalam al-Quran.

Page 49: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 49

Firman Allah SWT lagi:

Maksudnya: “Allah menjanjikan orang beriman dan beramal soleh di antara kamu (wahai umat Muhammad SAW) bahawa ia akan menjadikan mereka Khalifah yang memegang kuasa pemerintah di bumi, sebagaimana ia menjadikan orang yang sebelum mereka: Khalifah yang berkuasa, dan ia akan menguat dan mengembangkan Agama mereka (agama Islam) yang diredhainya untuk mereka, dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan selepas mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh) mereka terus beribadah kepadaku dan tidak diutus ke muka bumi menyekutukan sesuatu yang lain denganku.

Al-Nur (24): 55

Ayat tersebut jelas menunjukan bahawa syura berkait rapat dengan akidah. Selepas segala urusan dapat disusun dengan baik menurut syura, hasilnya adalah kehidupan aman, damai dan sejahtera. Dengan itu manusia hendaklah sentiasa menyembah Allah SWT dan tidak menyekutukanNya dengan segala sesuatu, kerana itulah tujuan utama manusia diciptakan. a. Syura Pada Zaman Rasulullah SAW Rasulullah SAW mengamalkan syura dengan sahabat mengenai kepentingan umat Islam, antara yang dapat dilihat, semasa berada di Mekah, baginda sentiasa bertemu dengan para sahabat untuk menyampaikan mesej dakwah Islam dan mengatur gerak kerja dakwah ke atas penduduk Mekkah. Dengan konsep syura ini umat Islam di Mekah bertambah bilangan dan bersatu dalam tindakan sehingga mereka terpaksa berhijrah apabila terdapat tentangan kuat daripada masyarakat Quraisy. Sebelum berhijrah ke Yathrib (Madinah) dan mengasaskan kerajaan Islam yang pertama, baginda mengadakan rundingan dengan penduduk Yathrib iaitu Aus dan Khazraj yang menerima baik agama Islam. Rundingan tersebut dilakukan dalam dua perjanjian iaitu Perjanjian ‘Aqabah yang pertama dan Perjanjian ‘Aqabah yang kedua.

Dalam situasi genting juga, baginda sanggup berlapang dada untuk berunding dengan para sahabat seperti yang berlaku semasa keberangkatan baginda dan para sahabat untuk menunaikan ibadah haji yang pertama dalam Islam. Kedatangan tentera Islam untuk menunaikan haji secara aman tidak dibenarkan oleh kaum Quraisy. Malahan wakil rundingan tentera Islam yang dihantar juga ditawan oleh mereka.

Page 50: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 50

Baginda mengambil sikap berunding dengan para sahabat untuk mendapatkan penyelesaian. Keputusan perang telah dicapai untuk menyerang dan membebaskan tawanan Islam iaitu Ali. Walau bagaimanapun kaum Quraisy telah membebaskan tawanan tersebut. Dari segi merangka perundangan dan membahaskannya,semua permasalahan perundangan Islam boleh dirujuk secara langsung dengan Rasulullah SAW. Baginda akan menyelesaikan segala kemuskilan agama dengan memberi jawapan berdasarkan sama ada dari wahyu atau al-Quran atau hadis.

Rasulullah SAW sentiasa mengadakan perbincangan meminta pendapat dan pandangan para sahabat setiap kali sebelum melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang besar dan penting. Rasulullah SAW sentiasa menghormati semua pendapat, pandangan dan cadangan sahabat tanpa mengira kedudukan mereka. Contohnya baginda menerima cadangan Salman al-Farisi agar menggali parit (khandak) untuk menghadapi tentera kafir Makkah dalam peperangan Al-Ahzab atau Khandak. b. Syura Pada Zaman Khulafa’ Al- Rasyidin

Semasa pemerintahan khalifah berikutnya, fungsi syura yang dapat dikaitkan dengan dewan rakyat dan dewan senat mula terserlah, tetapi bukan dalam bentuk institusi. Ini disebabkan sumber perundangan langsung iaitu al-Quran dan hadis sudah mencapai tahap kemuncaknya dengan kewafatan Rasulullah SAW. Sehubungan itu ulama Islam yang pernah mendampingi dan mendalami ilmu pengetahuan agama dengan baginda berperanan menghuraikan permasalahan hukum yang dihadapi oleh pemerintah dan juga rakyat. Majlis Syura merupakan satu kaedah bagi orang-orang Islam dalam mempertahankan kedaulatan sistem khalifah di zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Khalifah Umar r.a pernah menyatakan beberapa kali bahawa tertegaknya sistem demokrasi Islam adalah dengan adanya syura. Ahli-ahli Majlis Syura tidak ditetapkan dan ia bergantung kepada keperluan pentadbiran sesebuah negara. Setiap ahli dalam Majlis Syura bebas mengemukakan pendapat atau pandangan mereka masing-masing sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan cadangan khalifah. Mereka juga bertanggungjawab menasihati khalifah dalam hal-hal yang bersangkutan dengan tugas-tugas yang telah ditetapkan di dalam syura Para sahabat yang menggantikan Rasulullah SAW iaitu para Khulafa’ Al- Rasyidin semuanya mengikut jejak langkah Rasulullah SAW yang mengutamakan amalan syura dengan para sahabat dalam menjalankan pemerintahan dan pengurusan negara Islam. Contohnya Khalifah Umar bin Al-Khattab tetap mengutamakan syura dengan menyatakan: “Tiada Khalifah tanpa mesyuarat.”

Ia membuktikan bahawa para Khulafa’ Al-Rasyidin mementingkan dan mengutamakan amalan bermesyuarat untuk melaksanakan sesuatu tugas dan bertanggungjawab untuk kepentingan umat sejagat.

Page 51: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 51

3.3.3 DEMOKRASI Seringkali syura dikelirukan dengan demokrasi. Mengikut pengertian Kamus Dewan, demokrasi adalah pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya. Secara jelasnya ia merupakan sistem politik yang membolehkan rakyat sesebuah negara mempunyai pilihan ke atas persaingan di antara pertubuhan-pertubuhan dan para pemimpin politik. Rakyat diberi hak untuk mengawal kerajaan dan menentukan bentuk perkembangan sistem politik menerusi kuasa mengundi yang dimilik oleh mereka. Dalam sistem demokrasi, pegawai-pegawai yang dipilih oleh golongan majoriti berkuasa ke atas peraturan-peraturan yang dibuat untuk rakyat. Pemilihan ketua-ketua dan penamaan calon ditentukan oleh pengundi. 3.3.4 PERBEZAAN ANTARA SYURA DENGAN DEMOKRASI

SYURA DEMOKRASI

1. Sistem yang memberi kuasa kepada sekumpulan pemimpin Ahlul Halli Wa Al-‘Aqdi yang bertanggungjawab menentukan sesuatu keputusan atau peraturan negara.

1. Sistem yang memberi kuasa kepada rakyat jelata untuk membuat keputusan secara terbuka.

2. Konsep pemerintahan syura diamanahkan kepada manusia supaya berjihad demi mendaulatkan agama Allah SWT.

2. Konsep pemerintahan demokrasi untuk mendaulatkan kuasa manusia atau rakyat.

3. Sistem pemerintahan ini adalah dari Allah untuk Allah dan demi kerana syariat Allah SWT.

3. Sistem pemerintahannya mengikut dasar dari rakyat untuk rakyat dan demi kerana rakyat

4. Konsep syura dilaksanakan bagi menjauhi masyarakat daripada dosa dan menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat.

4. Sistemnya menjalankan pemerintahan tanpa mengira dosa atau pahala serta tidak menjamin kesejahteraan akhirat.

5. Kekuasaan bukan terletak ditangan seseorang pemimpin tetapi adalah hak mutlak Allah SWT.

5. Kekuasaan itu ada pada penguasa atau pemerintah yang berjaya dalam sesuatu pihanraya.

6. Pemilihan pemimpin mestilah mengikut syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditentukan oleh syarak.

6. Pemilihan pemimpin adalah berasaskan kepada pengaruh atau popularitinya dalam masyarakat.

Page 52: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 52

3.4 INSTITUSI HISBAH 3.4.1. PENGERTIAN DAN DALIL Hisbah dari segi bahasa bererti pengawasan dan pertimbangan atau ‘check and balance’. Dari segi istilah pula ia bermaksud suatu institusi yang menjalankan usaha untuk negara bagi menjamin kesejahteraan, keadilan dan segala peraturan atau undang-undang dilaksanakan dengan adil dalam seluruh aktiviti kehidupan. Hisbah merupakan satu sistem yang ditegakkan atas dasar tanggungjawab seseorang muslim untuk melaksanakan yang maaruf dan membasmi kemungkaran. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang ma’ruf (baik) serta melarang daripada segala yang mungkar (buruk); merekalah orang-orang yang beruntung .”

Ali ‘Imran (3): 104

Berdasarkan kepada ayat di atas, hisbah merupakan suatu fardhu kifayah tetapi adakalanya menjadi fardhu ain apabila hisbah tertentu ke atas seseorang untuk melaksanakannya seperti orang yang dilantik oleh pihak yang berkuasa menjadi Muhtasib. Muhtasib bermaksud orang yang melaksanakan hisbah. 3.4.2 PRINSIP HISBAH Dari segi prinsipnya, Institusi Hisbah ini bertanggungjawab untuk memastikan seseorang pemimpin atau kerajaan melaksanakan tugas dengan amanah dan adil dengan cara membuat laporan, memberi nasihat dan panduan sekiranya berlaku unsur-unsur khianat dan penindasan. Di samping itu, badan ini juga berfungsi sebagai pemberi cadangan untuk penambahbaikan sesuatu perkara yang sedang dilakasanakan atau akan dilaksanakan

Page 53: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 53

3.4.3 TUGAS DAN PERANAN INSTITUSI HISBAH Antara tugas dan peranan institusi hisbah ialah:

i. Menyiasat segala dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa para penjawat awam dalam semua kategori.

ii. Membuat laporan sekiranya dakwan itu benar. iii. Memberi cadangan untuk mengatasi penyelewengan tersebut. iv. Meneliti segala peraturan atau undang-undang supaya tiada unsur

khianat dan penindasan. v. Memberi cadangan untuk memperbaiki segala kelemahan untuk

menjamin keselesaan rakyat dan keberkesanan pemerintahan. Hisbah dapat dilaksanakan seperti berikut:

i. Menghukum yang zahir dan bukan mencari yang tersembunyi.Jika

terdapat tanda-tanda maksiat, hendaklah bertindak setelah yakin ii. Bertindak tanpa menunggu aduan kerana tugas mereka mewakili

masyarakat umum. iii. Jika terdapat pertelingkahan, hendaklah diserahkan kepada hakim untuk

menyelesaikannya iv. Jika kes yang tidak perlu kepada saksi, mereka boleh dijatuhkan

hukuman, sebaliknya kes yang perlukan saksi hendaklah dirujuk kepada hakim.

KESIMPULAN Sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat (khulafa’ ar-Rasyidin) sememangnya berbeza dengan sistem-sistem yang lain. Satu perkara yang paling penting dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam adalah bahawa kedaulatan itu tidak di tangan rakyat mahupun ketua Negara, melainkan ditangan syarak. Kekuasaan khalifah adalah kekuasaan untuk melaksanakan dan menerapkan hukum syariat Islam. Pemerintahan dan pentadbiran yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda selepasnya telah mewujudkan beberapa istilah dalam institusi pentadbiran Islam pada hari ini seperti al-khilafah, al-imamah, al-wizarah, syura, hisbah dan sebagainya, namun sesetengahnya telah diberi istilah lain. Walaupun apa yang dilakukan oleh mereka adalah lebih kurang 1400 tahun yang lalu, namun semua itu masih relevan dan sesuai untuk digunapakai dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran pada hari ini.

Page 54: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 54

LATIHAN PENGUKUHAN 1. Berikan tiga ciri pemerintahan Islam.

2. Nyatakan maksud bagi istilah- istilah berikut:

i. Khilafah

ii. Wizarah

iii. Imarah

3. Senaraikan tiga sumbangan yang telah dilaksanakan oleh Saidina Umar r.a pada

sistem pemerintahan Islam.

4. Terangkan dua daripada prinsip- prinsip pemerintahan Islam.

5. “Pelaksanaan sistem syura dalam pemerintahan di Malaysia pada hari ini”

Berikan pendapat anda.

6. Apakah maksud hisbah.

RUJUKAN 1. Abdul Karim Zaidan (Dr), Terjemahan oleh Mohd Saleh Hj Ahmad, Sistem

Kehakiman Islam, Jilid 3, Kuala Lumpur: Pustaka Hj. Abdul Majid.

2. Abd Karim Zaidan (1998), Kewajipan Menegakkan Negara Islam (terj.) , Dewan Pustaka Fajar; Kuala Lumpur.

3. Ezad Azraai Jamsari et. al. (2004), Pengajian Islam, Selangor:Fajar Bakti. 4. Hj. Ahmad Fauzi Morad & Ahmad Tarmizi Talib (1997), Tamadun Islam,

Serdang: Universiti Putra Malaysia. 5. Majid Ali Khan (1987), The Pious Caliphs, Syed Athar Husain, Islamic Book

Pub., Safat. 6. Said Hawwa (1993), Al-Islam, Kaherah: Dar al-Salam. 7. TITAS (2002), Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 8. Yusuf al-Qardhawi (2002), Fiqh Kenegaraan, ABIM: Kuala Lumpur. 9. Wahbah al-Zuhaily (2005), Feqh Perundangan Islam, Jilid 6, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Page 55: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 55

BAB 4 : PERUNDANGAN

PENGENALAN Undang-undang adalah asas dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan

sesebuah negara agar rakyat dapat hidup dengan aman dan tenteram. Perundangan

Islam merupakan satu sistem yang adil dan saksama dalam setiap perlaksanaannya

tanpa mengira bangsa dan keturunan bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Walau

terdapat perbezaan dalam perlaksanaan ibadat dan hukum kerana wujudnya perbezaan

mengikut mazhab,namun matlamat dan tujuannya tetap sama iaitu demi mengagungkan

Allah SWT dan memelihara generasi manusia serta keturunannya dari kesesatan dan

kemungkaran.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat: 1. Menjelaskan pengertian perundangan Islam.

2. Menyenarai dan menerangkan ciri-ciri dan prinsip-prinsip perundangan Islam.

3. Menyatakan sumber-sumber perundangan Islam.

4. Menjelaskan pengertian hudud, qisas dan ta’zir.

5. Mengklasifikasikan hukum dan bentuk kesalahan.

6. Membandingbezakan di antara hudud, qisas dan ta’zir.

7. Menyatakan mazhab-mazhab mu’tabar.

8. Menghuraikan latar belakang mazhab-mazhab mu’tabar.

9. Menyenaraikan sumbangan-sumbangan mazhab-mazhab mu’tabar.

Page 56: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 56

4.1 KONSEP, PRINSIP DAN FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

4.1.1 PENGERTIAN PERUNDANGAN ISLAM Perundangan Islam berasal daripada bahasa Arab, iaitu syariat yang bererti jalan yang lurus (al-tariqah al-mustaqimah), di mana sesiapa yang berpegang dengan jalan ini akan mendapat tawfiq dan hidayat. Dari segi istilah, perundangan Islam ialah segala suruhan dan larangan serta segala petunjuk yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia supaya mereka menjadi orang mukmin yang beramal dan patuh yang merangkumi aspek akidah, syariat dan akhlak. 4.1.2 DALIL PERUNDANGAN ISLAM Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syari’at (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syari’at itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”

Al-Jaatsiyah (45): 18

4.1.3 PRINSIP-PRINSIP PERUNDANGAN ISLAM Terdapat beberapa prinsip utama yang menjadi dasar kepada syariat Islam. Antaranya ialah: i. Beransur-ansur (At-Tadarruj Fi Al-Tasyri’) Prinsip ini bermakna beransur-ansur atau berperingkat-peringkat dalam mensyariatkan sesuatu perintah kepada manusia. Tujuan atau matlamat kepada prinsip ini ialah supaya dapat mendidik jiwa masyarakat supaya mereka dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan perintah-perintah tersebut. Prinsip ini amat jelas diberi penekanan pada masa wahyu diturunkan.Proses penurunan wahyu itu sendiri berlaku dalam tempoh 23 tahun secara berperingkat-peringkat. Contohnya adalah pengharaman arak adalah melalui tiga peringkat dan juga seperti pengharaman riba.

Page 57: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 57

Ini kerana kedatangan Islam berhadapan dengan cabaran hebat daripada masyarakat jahiliyyah yang sebati dengan amalan-amalan syirik, menyembah berhala, berzina, minum arak dan lain-lain. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Sayidatina Aisyah pernah berkata:”Sekiranya di awal-awal ayat diturunkan kepada orang Arab ‘jangan berzina’ nescaya mereka akan berkata kami akan berzina selama-lamanya.” ii. Prinsip Keadilan Syariat Islam adalah syariat yang adil dan mewajibkan keadilan ditegakkan dalam masyarakat. Kaedah undang-undangnya tidak berdasarkan kepentingan pihak tertentu atau menyebelahi mana-mana pihak. Hukuman-hukuman yang dikenakan juga adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Prinsip keadilan juga dipraktikkan walaupun kepada pihak musuh.Syariat Islam juga menjelaskan hak-hak perseorangan, hak masyarakat dan seterusnya melaksanakannya dengan pelbagai cara melalui pengadilan dan hukumannya. iii. Tidak Menyukarkan (‘Adam Al-Haraj) Syariat tidak bertujuan untuk membebankan manusia dengan pelbagai bebanan yang menyusahkan mereka. Amanah yang diberikan kepada manusia juga amat sedikit dan sememangnya mampu dilaksanakan oleh mereka. Contohnya, solat hanya diwajibkan lima kali sehari, puasa hanya sebulan dalam setahun dan sebagainya. Kelonggaran yang diberikan kepada manusia oleh Allah SWT kerana faktor seperti sakit, lupa, terpaksa dan sebagainya adalah bukti yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang mudah dan praktikal sepanjang zaman.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesulitan, tetapi ia berkehendak untuk membersihkan kamu.”

Al Maidah (5): 6

Page 58: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 58

4.1.4 FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

Falsafah perundangan Islam adalah untuk mengawal lima perkara mutlak yang menjadi tunjang kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia dan seluruh dunia. Menurut istilah undang-undang Islam ia dinamakan al-Kuliyyat al-Khams iaitu:

i. Menjaga agama ii. Menjaga jiwa iii. Menjaga keturunan iv. Menjaga harta benda v. Menjaga akal fikiran

4.2 SUMBER PERUNDANGAN ISLAM Perundangan Islam yang diturunkan oleh Allah SWT berasaskan sumber-sumber yang benar dan diakui ketepatannya oleh para ulama. Sumber-sumber perundangan Islam terbahagi kepada dua iaitu sumber primer dan sumber sekunder.

Rajah: Sumber Perundangan Islam

4.2.1 SUMBER PRIMER Pertama: Al-Quran

Al-Quran dari segi bahasa ialah bacaan. Dari segi istilah, al-Quran bermaksud kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril a.s dalam bahasa Arab. Diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas dan diterima tanpa keraguan. Ia mengandungi 30 juzuk dan 114 surah. Dari segi bilangan ayat pula, terdapat tiga perbezaan pendapat ulama seperti berikut:

a. Ulama Kufah mengatakan 6,236 ayat. b. Al-Suyuti mengatakan 6,000 ayat. c. Al-Alusi pula mengatakan 6,616 ayat.

Sumber Perundangan

Islam

Primer

Sekunder

Al-Quran

Hadis al-Qudsi

Al-Sunnah

Ijmak

Qiyas

Page 59: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 59

Keadaan ini berlaku disebabkan berbezanya para ulama melihat kalimah basmalah pada awal surah dan lafaz pembuka surah. Namun pendapat yang kuat ialah sebagaimana pendapat ulama Kufah iaitu 6236 ayat. Al-Quran berfungsi sebagai pedoman bagi umat manusia untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Susunan bahasa dalam al-Quran itu sangat indah, unik dan istimewa. Ia merupakan kitab suci yang berisi berita dan pernyataan ilmiah yang mendorong kepada perkembangan ilmiah. Peraturan dan perundangan Islam yang dibawa oleh al-Quran merupakan suatu yang lengkap (syumul). Ia mengandungi perkara-perkara yang berhubung dengan akidah, akhlak, ibadat-ibadat khusus, politik dan pentadbiran, ekonomi, sosial dan kebudayaan, kemasyarakatan dan kekeluargaan serta cabang-cabang kehidupan yang lain. Antara contoh hukum yang terdapat di dalam al-Quran seperti firman Allah SWT:

Maksudnya: “Maka dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Al-Nisa’(4):103 Firman Allah SWT lagi:

Maksudnya: “…Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar...”

Al-‘Ankabut (29): 45

Page 60: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 60

Kedua: Hadis Qudsi Hadis qudsi ialah titah Allah SWT yang disampaikan kepada nabi melalui mimpi atau dengan jalan ilham, lalu nabi menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah SWT, sedangkan hadis-hadis lain tidak sedemikian. Hadis qudsi juga dinamakan hadis ilahi atau hadis rabbani. Ketiga: Al-Sunnah Dari segi bahasa sunnah bermaksud jalan yang dilalui sama ada terpuji atau tidak, juga sesuatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik. Menurut istilah ahli hadis, sunnah ialah segala yang datang dari Nabi SAW yang berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan (taqrir), pengajaran, sifat dan kelakuan serta sejarah hidup. Antara contoh al-Sunnah sebagai sumber perundangan hukum dalam Islam seperti sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang.”

Riwayat Bukhari

4.2.2 SUMBER SKUNDER Pertama: Ijmak Dari segi bahasa, ijmak bermaksud sepakat. Manakala pada istilah, ijmak bermaksud persetujuan antara ulama Islam (mujtahidin) daripada umat Nabi Muhammad SAW mengenai hukum syarak pada suatu masa selepas kewafatan Rasulullah SAW. Ijmak diwujudkan untuk mengatasi sesuatu masalah yang ingin diselesaikan yang tidak dapat ditentukan dalam al-Quran dan hadis. Apabila ulama pada sesuatu masa tertentu setelah Nabi Muhammad SAW wafat bersepakat tentang sesuatu masalah, ulama generasi berikutnya tidak boleh mengingkarinya. Tidak ada ijtihad dalam persoalan yang telah menjadi ijmak. Ijmak sebagai salah satu sumber hukum setelah al-Quran dan hadis.

Page 61: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 61

Ayat al-Quran dan hadis yang menjadi bukti dalil ijmak ialah:

Maksudnya: “Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah SAW. sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan kesesatan yang dipilinya, dan pada hari akhirat kelak Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”

An-Nisa’ (4): 115

Dalam salah satu hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Umatku tidak bersepakat dalam kesesatan” (Riwayat al-Tirmizi)

Kedua: Qiyas Qiyas merupakan salah satu kaedah ijtihad yang banyak digunakan oleh ulama usul fiqh dalam menetapkan kesimpulan hukum Islam ketika hukum suatu kes tidak disebut secara nyata atau jelas dalam nas (al-Quran dan al-hadis). Kebanyakan ulama berpendapat, qiyas dapat dijadikan dasar pendekatan penetapan hukum. Walaupun demikian, kekerapan penggunaan qiyas di kalangan mujtahid berbeza-beza.

Qiyas berasal dari bahasa Arab al-Qiyas (membandingkan atau menyamakan sesuatu dengan yang lain). Dari segi bahasa bermaksud ukuran atau anggaran. Dari segi istilah, al-Qiyas ialah menghubungkan hukum yang tidak ada (cabang) kepada hukum yang ada (asal) kerana bersamaan illat (sebab). Contohnya kewajipan mengeluarkan zakat padi diqiaskan daripada gandum.

Menurut ulama usul fiqh, qiyas ialah memberikan hukum terhadap kes yang tidak ada ketentuannya dalam nas dengan hukum kes yang ada ketentuannya dalam nas, kerana illat (sebab) kedua-dua kes itu sama. Contohnya, arak itu haram berdasarkan ayat al-Quran kerana memabukkan. Dadah bersifat menghayalkan jika diambil. Disebabkan illatnya sama (merosakkan akal), dadah juga haram.

Page 62: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 62

Contoh perlaksanaan qiyas adalah seperti berikut:

Asal : Pengharaman arak Hukum Asal : Haram disebabkan memabukkan/khayal. Cabang (masaalah baru) : Dadah Hukum (masaalah baru) : Haram Sebab (Illah) : Memabukkan/khayal.

Dalil qiyas ialah firman Allah SWT :

Maksudnya: “Maka insaflah dan ambillah pelajaran (daripada peristiwa itu) wahai orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.”

Al-Haj (59): 2

Page 63: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 63

4.3 KLASIFIKASI HUKUM 4.3.1 HUDUD a. Pengertian Hudud adalah suatu istilah undang-undang yang bererti hukuman-hukuman (seksaan-seksaan) tertentu yang ditentukan oleh al-Quran dan sunnah untuk kesalahan-kesalahan tertentu. Ia wajib dilaksanakan oleh pemerintahan Islam sebagai menunaikan hak Allah SWT. b. Jenis Kesalahan Hudud Dan Hukuman Yang Ditentukan Hukuman-hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang telah diperuntukkan adalah seperti rajah berikut:-

Bil. Jenis-jenis kesalahan Jenis-jenis hukuman

1. Mencuri Potong tangan

2. Merompak

i. Hukuman mati ii. Hukuman sula iii. Potong tangan iv. Potong kaki v. Buang negeri

(hukuman mengikut berat/ringan dalam rompakan)

3. Berzina i. Rejam (penzina muhsan) ii. Sebat 100 kali (penzina tidak muhsan)

4. Tuduhan zina tanpa 4 saksi 80 kali sebatan dan dinafikan penyaksiaannya

5. Minum arak 40/80 kali sebatan.

6. Murtad Hukuman mati

7. Menderhaka (bughah) Hukuman mati

Page 64: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 64

c. Dalil Dan Contoh (1) Bagi kesalahan mencuri. Firman Allah SWT :

Maksudnya:

“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-dua mereka (sebagai) pembalasan terhadap apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan (kemurkaan)dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Al-Ma’idah (5):38

(2) Bagi kesalahan merompak. Firman Allah SWT :

Maksudnya:

“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan rasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi hendaklah mereka dibunuh atau disula atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bertimbal-balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat pula mereka mendapat seksaan yang besar”.

Al-Ma’idah (5): 33

Page 65: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 65

(3) Bagi kesalahan berzina. Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Perempuan-perempuan yang berzina dan lelaki-lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan dan janganlah belas kasihan kepada keduanya menghalang kamu dari menjalankan agama(hukuman) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan hendaklah perlaksanaan hukuman terhadap mereka berdua disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”.

Al-Nur (24): 2

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Ambillah dari aku, ambillah dari aku, sesungguhnya Allah telah menciptakan untuk mereka(penzina-penzina) jalan: iaitu jika teruna dan dara hendaklah disebat 100 kali dan dibuang negeri selama setahun, dan jika dewasa (telah berkahwin) hendaklah disebat 100 sebatan dan direjam”.

(4) Kesalahan tuduhan zina tanpa empat orang saksi (qazaf). Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik melakukan zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (penuduh) dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selama-lamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasiq”.

Al-Nur (24): 4

Page 66: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 66

(5) Kesalahan minum arak. Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji dari perbuatn syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu ingin menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan kamu dengan meminum arak dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang, maka adakah kamu mahu berhenti (dari melakukan perkara tersebut)”.

A-Ma’idah (5): 90 - 91

Hadis yang diriwayatkan Imam Muslim bermaksud:

“Ali RA telah menyebat al-Walid bin Aqbah empat puluh kali sebatan kemudian berkata: Rasulullah telah menyebat sebanyak empat puluh kali, begitu juga Abu bakar, manakala Umar sebanyak lapan puluh kali dan setiap pendapat (80 atau 40 kali )adalah sunnah.”

(6) Kesalahan murtad. Firman Allah SWT :

Maksudnya:

“Barangsiapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya lalu dia mati dalam keadaan kekafiran itu, maka sia-sialah segala amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka inilah penghuni neraka dan kekal di dalamnya selama-lamya.

Al-Baqarah (2): 217

Page 67: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 67

Terdapat hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang menukar agamanya (keluar dari Islam) maka bunuhlah ia”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas) (7) Kesalahan menderhaka kepada pemerintah Islam (bughah). Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja) atau di buang negeri (kalau mwereka mengganggu ketenteraman awam. Hukuman yang demikian adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

Al-Ma’idah (5): 33 4.3.2 QISAS a. Pengertian Perkataan qisas dari segi bahasa bermaksud memotong dua sesuatu secara sama banyak seperti gunting memotong kain atau kertas secara sama ukurannya. Dari segi istilah perundangan pula bermaksud suatu hukuman yang sama dikenakan dengan jenayah yang dilakukan dan telah ditetapkan Allah SWT yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia. Contohnya seseorang yang membunuh hendaklah dibalas bunuh, cedera dibalas cedera dengan cara yang tertentu.

Page 68: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 68

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Dan dalam pelaksanaan hukuman qisas itu menjamin kelangsungan hidup bagimu, wahai orang-orang yang bijaksana semoga kamu bertaqwa”.

Al-Baqarah (2): 179

b. Jenis Kesalahan Qisas Dan Hukuman Yang Ditentukan Bil. Jenis-jenis Kesalahan Jenis- jenis Hukuman

1

Membunuh orang a. Dengan sengaja

b. Seakan-akan sengaja

c. Tidak sengaja

a. (i) Haram mendapat pusaka dan wasiat

(ii) Membayar kaffarah/diyat (iii) Bunuh atau dimaafkan tanpa syarat

b. Diyat yang penuh c. (i) Diyat yang ringan

(ii) Kafarah dengan membebaskan seorang hamba perempuan.

2

Mencederakan orang a. Dengan sengaja

b. Dengan tersalah

a. Cedera dibalas cedera dengan syarat tertentu

jika tidak memenuhi syarat hendaklah dikenakan diyat yang penuh.

b. Diyat penuh atau diyat ringan

Diyat bermaksud sejumlah harta tertentu yang dibayar oleh pesalah qisas terhadap satu kematian yang disebabkannya atau terhadap satu kecederaan yang diakibatkannya. Diyat penuh (sempurna) iaitu seratus ekor unta atau senilai dengannya.

Page 69: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 69

JENIS – JENIS TAKZIR

HAK ALLAH SWT

Mengancam kepentingan umum

Contoh: menghasut dan memporak perandakan masyarakat.

HAK MANUSIA Kesalahan yang melibatkan

peribadi atau kumpulan. Contoh: memukul, memaki,

menzalimi seseorang atau merampas harta seseorang.

4.3.3 TAKZIR a. Pengertian Takzir ialah jenis hukuman yang tidak ditetapkan kadar dan bentuknya yang wajib dilaksanakan bagi menunai hak Allah SAW dan hak manusia dalam setiap kesalahan yang tidak dikenakan hukuman hudud dan qisas. b. Jenis-jenis Takzir Kesalahan takzir boleh dibahagikan kepada dua sebagaimana gambarajah di bawah:

c. Bentuk Hukuman Takzir

Antara bentuk hukuman takzir ialah: i. Teguran dan amaran ii. Ancaman dan ugutan iii. Boikot iv. Pemberitahuan kepada umum v. Denda dan rampasan harta. vi. Penjara vii. Sebatan viii. Perlucutan jawatan

Page 70: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 70

4.3.4 PERBEZAAN ANTARA HUKUM HUDUD, QISAS DAN TAKZIR

SKOP HUDUD QISAS TAKZIR

Huquq (Hak-hak)

Hak Allah

(kepentingan umum) yang wajib dilaksanakan

Hak manusia

(kepentingan individu)

Hak Allah

(mengancam kepentingan umum)

Hak manusia (menyentuh kepentingan individu / kumpulan tertentu)

Status

Hukumannya tetap

dan mesti dilaksanakan setelah sabit tuduhan ke atas seseorang mengikut al-Quran dan Sunnah

Hukuman boleh

berubah dengan keampunan atau kemaafan dari yang menuntut atau ganti rugi dengan bayaran/ diat

Hukumannya

berubah bentuk dan kadarnya mengikut budi bicara hakim

Jenis Kesalahan

Zina Qazaf (menuduh

orang baik berzina tanpa saksi dan bukti)

Minum arak Mencuri Merompak Menyamun Riddah (murtad)

Membunuh

dengan sengaja Mencederakan

seseorang Mencacatkan

anggota orang lain

Perbuatan-

perbuatan maksiat Contohnya berjudi, bertenung nasib, berkhalwat, nombor ekor

Perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan awam. Contohnya merosakkan harta benda awam, memandu kenderaaan dalam keadaan bahaya

Perbuatan atau tegahan dalam Islam. Contohnya tidak mengerjakan solat, tidak menunaikan solat Jumaat, tidak berpuasa di bulan Ramadan dan lain-lain yang merupakan pelanggaran kepada perintah dan larangan Allah

Page 71: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 71

Hukuman

Zina: Jika belum

berkahwin hukuman-nya disebat 100 kali, jika telah berkahwin hukuman-nya direjam sampai mati

Qazaf: Disebat 80 kali Minum arak: Disebat

40 kali Mencuri: Dipotong

tangan dipergelangan tangan

Merompak: Sekiranya mengganggu ketenteraman awam, hendaklah dipenjara atau dibuang daerah. Jika mengambil harta tanpa membunuh, tangan dan kakinya hendaklah dipotong secara bersilang. Sekiranya membunuh, dia hendaklah dibunuh. Sekiranya merompak dan membunuh hukuman-nya dibunuh serta dipalang.

Murtad: Hukum bunuh setelah disuruh bertaubat dan diberi tempoh tertentu

Membunuh

dengan sengaja: Dibunuh balas

Mencederakan anggota badan: Dicederakan sebagaimana dia mencederakan mangsanya.

Nasihat Teguran Ancaman Pemulauan Pengisyiharan

umum Denda dan

merampas harta Penjara Sebat Buang daerah

Page 72: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 72

4.4 PENGENALAN MAZHAB DALAM ISLAM 4.4.1 PENGERTIAN MAZHAB

Mazhab dari segi bahasa ialah tempat untuk berjalan atau jalan itu sendiri. Dari segi istilah ia bermaksud hukum-hukum yang terdiri daripada kumpulan masalah-masalah. Dengan pengertian ini, terdapat persamaaan makna dan maksud dari segi bahasa dan istilah. Iaitu dari segi bahasa ia merupakan jalan yang menyampaikan kehidupan dunia dan hukum hakam pula boleh menyampaikan kepada akhirat. Secara umumnya mazhab bermaksud pandangan yang terhasil dari cara yang digunapakai dalam mengambil hukum daripada al-Quran dan Sunnah. 4.4.2 SEBAB-SEBAB KELAHIRAN MAZHAB

Wujudnya mazhab adalah satu pendorong kepada perkembangan ilmu fiqh Islam yang menandakan keunikan Islam dalam memenuhi perubahan zaman dan keadaan setempat. Meskipun mazhab-mazhab itu lebih merupakan suatu fenomena yang tabii kepada perkembangan fiqh Islam namun ianya juga ada sebab-sebab secara langsung yang mendorongi kelahirannya. Secara ringkasnya sebab-sebab tersebut bolehlah digalurkan seperti berikut: i. Perbezaan Antara Para Fuqaha Dalam Teori Hukum Perbezaan ini ialah merupakan asas pertama kepada wujudnya mazhab-mazhab hukum. Kalau ditakdirkan bahawa perbezaan seperti itu tidak pernah muncul di kalangan para fuqaha maka pertumbuhan mazhab seperti yang diperkatakan ini tidak berlaku.

ii. Wujudnya Personaliti Yang Kuat Personaliti-personaliti yang kuat ini telah lahir di kalangan para fuqaha yang ternama pada waktu itu sehingga menjadikan orang ramai cukup terpengaruh dengan mereka dan merasakan bahawa pada merekalah tempat menumpang ilmu.

iii. Lahirnya Kelas-Kelas Pengajaran Secara Teratur Dalam perkembangan ini, kebanyakan para fuqaha mengadakan kelas-kelas pengajaran mereka sendiri dengan cara yang lebih teratur, yang menarik para pelajar untuk datang mengajar dengan cara yang lebih teratur. Wujudnya kelas-kelas pengajaran yang teratur ini juga menjadikan fuqaha berkenaaan lebih terkenal di seluruh pelusuk negeri.

iv. Kesetiaan Para Murid Terhadap Para Guru Mereka Kesetiaan ini menjadikan para murid akan sentiasa menyebut para guru mereka dan mengajak orang ramai supaya menghayati pengajarannya sesudah kematian mereka.

Page 73: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 73

4.4.3 MAZHAB-MAZHAB FIQH TERNAMA

Sejarah perundangan Islam telah melahirkan mazhab-mazhab dari masa ke semasa. Mazhab-mazhab ini boleh di kategori kepada dua iaitu:

Mazhab Yang Masih Kekal Dan Terus Diamalkan

Mazhab Yang Sudah Tidak Diamalkan

Mazhab Syafie Mazhab Auza’i

Mazhab Maliki Mazhab Zahiri

Mazhab Hanbali Mazhab Tabari

Mazhab Hanafi Mazhab Thauri

Pertama: Mazhab Syafie

a. Riwayat Hidup Nama penuhnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafie. Beliau lahir pada tahun 767 Hijrah di Gaza, Palestin. Beliau digelar As-Syafie sempena nama datuknya Syafie bin Saib. Beliau berasal daripada kaum bangsawan Quraisy dan mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Muhammad SAW di sebelah datuknya, Abdul Manaf. Ayahnya meninggal dunia semasa Syafie berusia dua tahun, lalu beliau dibawa oleh ibunya ke Makkah. Di negeri inilah Imam Syafie dibesarkan dan mula giat menuntut ilmu. Dalam usia kira-kira tujuh tahun, beliau telah menghafal al-Quran. Kemudian beliau belajar hadis dan mendalami sastera. Sebelum berguru dengan Imam Malik, Syafie telah menghafal kitab al-Muwatta’, karya Imam Malik. Beliau meninggal dunia pada tahun 820 di Fustat, Mesir.

b. Sumbangan Dan Karya Imam As-Syafie mengeluarkan pendapatnya sendiri dengan berdasarkan al-Quran, al-Hadis, Ulama-ulama, Qias dan Masolih al-Mursalah.Pendapat Imam As-Syafie mudah diterima oleh sebilangan besar umat Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum. Beliau menyarankan pengikutnya agar berusaha untuk mendapatkan hujah daripada al-Quran dan as-Sunnah. Imam Syafie membahagikan perkara-perkara bidaah kepada dua bahagian iaitu:

(1) Bidaah Hasanah (bidaah yang baik) (2) Bidaah Dhalalah (bidaah yang sesat)

Page 74: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 74

Imam As-Syafie telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab antaranya:

Ar-Risalah Al-Faraid Al-Masnad

Kedua: Mazhab Maliki a. Riwayat Hidup Nama penuh Imam Malik ialah Malik bin Anas bin Abi Amir al-Asbahi. Beliau dilahirkan di Madinah pada 712H dan meninggal dunia pada 796H. Beliau berasal daripada keturunan Arab Yaman. Sejak muda, Malik tekun belajar hadis. Antara guru Imam malik ialah Rabi’ah bin Abdurrhaman, Abdurrahman bin Hurmus, Nafi’ dan Syihab al-Zuhri. Beliau dikurniakan akal yang cerdas serta berkemampuan menghafaz ayat-ayat al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau sentiasa bergaul dengan masyarakat tanpa mengira darjat, pangkat ataupun keturunan,seorang yang tabah dalam menghadapi cabaran dakwah sama ada terhadap rakyat ataupun pemerintah. Beliau pernah diseksa kerana mengeluarkan fatwa yang tidak dipersetujui oleh Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur. b. Sumbangan Dan Karya Imam Malik merupakan seorang ulama hadis yang sangat dihormati,amat berhati-hati dalam menyelidik sanad dan periwayat hadis untuk memastikan kesahihan hadis-hadis tersebut. Sebanyak 100,000 hadis telah dihafal oleh Imam Malik, namun tidak semua hadis tersebut diterima untuk dijadikan sumber hukum. Setelah ditapis hanya 10,000 hadis saja yang diakuinya sah. Daripada jumlah tersebut hanya 5000 sahaja yang diakuinya sah. Hadis-hadis sahih tersebut disusun mengikut urutannya dan dibukukan. Ia dinamakan Kitab Al-Muwatta’. Selain kitab tersebut, terdapat kitab-kitab lain yang dikarang antaranya:

Al-Mukhtasar Al-Kabir Al-Mukhtasar As-Saghir

Mazhab Maliki berkembang di Morocco, Algeria, Tripoli (Libya), Iraq dan Palestin.

Ketiga: Mazhab Hanbali

a. Riwayat Hidup Nama penuhnya Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. Beliau dilahirkan di Salam, Baghdad pada 164 H. Beliau merupakan pengasas mazhab Hanbali yang merupakan satu daripada empat mazhab yang terkenal hingga kini. Dikenali dengan nama Hanbali bersempena nama datuknya Hanbal bin Hilal As-Syaibani. Ketika usianya masih muda, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada

Page 75: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 75

Hadis Nabi Muhammad SAW. sehinggakan beliau pergi melawat ke pelbagai kota untuk mendapatkan hadis seperti ke Hijaz, Kufah dan Basrah. Imam Ahmad sangat taat pada perintah Allah SWT dan kuat beribadat. Anaknya telah telah mengatakan bahawa bapanya menunaikan solat sunat sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan khatam al-Quran dalam masa yang singkat, iaitu tujuh hari. Beliau meninggal dunia pada 214H ketika berusia 77 tahun.

b. Sumbangan Dan Karya Imam Ahmad berpegang kuat pada hadis Rasulullah SAW selain al-Quran, Beliau amat berhati-hati mengenai hadis yang berkaitan dengan masalah halal dan yang haram, sama ada periwayatnya ataupun sanadnya. Semasa hayatnya, beliau telah mengadakan berbagai-bagai majlis ilmu, misalnya untuk pengajian umum dan pengajian khusus. Dalam majlis ilmu tersebut, beliau sentiasa menggunakan kitab-kitab yang ditafsirnya sendiri. Antara karya Imam Ahmad ialah:

An-Naskh wal-Mansukh Tafsir al-Quran

Pengikut Mazhab Hanbali sebahagian besarnya terdapat di Palestin, Najd, Mesir, Syria dan Baghdad.

Keempat: Mazhab Hanafi

a. Riwayat Hidup Nama sebenar beliau ialah An-Nukman bin Thabit bin Zuhti. Beliau lebih dikenali sebagai Abu Hanifah. Nama Abu Hanifah diberikan kepadanya kerana beliau seorang yang taat beribadat. Setelah menjadi Mujtahid, beliau dipanggil dengan sebutan Imam Hanafi dan mazhabnya dinamakan Mazhab Hanafi. Tokoh yang terkenal kerana memiliki kecerdasan yang tinggi ini dilahirkan di Kufah dan meninggal dunia di Baghdad. Disebabkan keluasan ilmunya beliau diberi julukan al-imam al-a’zam, imam yang paling agung. Sebagai seorang yang gemar mengembara, pengalamannya itu sangat mempengaruhi corak fikahnya yang lebih menekankan aspek muamalah (kehidupan sosial).

b. Sumbangan Dan Karya Imam Abu Hanifah mempunyai kepakaran dalam ilmu hadis dan berupaya membezakan sesuatu hadis itu samada sahih ataupun tidak. Beliau juga seorang ulama yang banyak berpegang kepada fikiran dalam menentukan sesuatu hukum kecuali terdapat dalil-dalil yang sahih sama ada daripada Al-Quran ataupun Al-Hadis. Beliau tidak tergolong dikalangan ahli-ahli hadis atau periwayat hadis.

Page 76: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 76

Imam Abu Hanifah berkeupayaan menghuraikan hukum-hukum fikah dalam permasalahan yang timbul sehingga menjadi bab-bab untuk memudahkan penggunanya seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau tidak menggalakkan murid-muridnya bertaklid bahkan mereka digalakkan menggunakan fikiran atau dalil-dalil yang sah mengenai sesuatu hukum. Sebagai ulama yang terkemuka, beliau banyak mencatatkan sebahagian ideanya dalam bentuk buku. Antara karya sumbangannya ialah:

Al-Faraid Fikah Akbar

Aliran mazhab ini berkembang hingga kini iaitu di Mesir, Syria, Turki, Algeria, Pakistan dan lain-lain.

KESIMPULAN Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sesuatu itu dengan penuh hikmah. Dan tujuan diturunkan sesuatu itu bukanlah untuk menyusahkan hamba-hambanya. Bahkan untuk menjamin keselamatan dan kebaikan manusia itu sendiri. Untuk tujuan itu, Allah SWT telah menurunkan syariat bersesuaian dengan fitrah dan kehendak manusia. Sebagai orang Islam, kita hendaklah yakin bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang yang terbaik dan sesuai untuk kita. Sungguhpun boleh dikatakan semua sistem undang-undang berusaha untuk mencapai keadilan akan tetapi oleh kerana undang-undang Islam berpunca daripada wahyu Allah SWT, tuhan yang lebih mengetahui keperluan manusia dan apa yang terbaik untuk mereka, maka undang-undang Islam mempunyai keutamaan atas undang-undang lain, sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Tidakkah Allah yang mencipta sekalian makhluk itu mengetahui segala-galanya? Sedang Ia Maha Halus urusan tadbiranNya lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.

Al-Mulk (67): 14

Page 77: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 77

LATIHAN PENGUKUHAN 1. Undang-undang Islam adalah merangkumi 3 aspek iaitu : ______________________________________________ 2. Di antara prinsip perundangan Islam adalah Beransur-ansur. Jelaskan berserta contoh yang munasabah. 3. Berikan contoh perlaksanaan hukum Qiyas kini. 4. Senaraikan hukum hudud. 5. Bentuk hukuman takzir adalah __________________________ . 6. Apakah yang dimaksudkan dengan mazhab. 7. Berikan sumbangan Imam Malik r.a RUJUKAN 1. Abdul Basir bin Mohamad (Dr) (2001), Sejarah Perundangan Islam, Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. Hj. Abu Bakar Ismail et. Al. (2003), Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jilid 6

(Terjemahan), Kuala Lumpur: Era Visi Publication Sdn. Bhd. & Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hal. 27.

3. Haron Din (Dr) (1991), Manusia Dan Islam, Jilid 2, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. 4. Mustafa Abd Rahman (2001), Hadis Empat Puluh, Shah Alam: Dewan Pustaka

Fajar. 5. Syed Abdullah b. M Basmeih (2000), Muqaddimah Mastika Hadis, Cetakan Ke

8, Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Page 78: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 78

BAB 5 : EKONOMI ISLAM PENGENALAN Kestabilan dan keutuhan ekonomi adalah penyumbang kepada kemajuan dan

pembangunan sesebuah negara. Ekonomi yang dijalankan mengikut saranan dan

panduan syarak,akan melahirkan pelbagai sumber rezeki yang dapat dimanafaatkan

oleh rakyat. Ianya juga dapat mengukuhkan sistem ekonomi dan lebih sistematik seperti

Malaysia hari ini yang menjadi rujukan kepada negara membangun yang lain.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan ekonomi Islam.

2. Menjelaskan garis panduan ekonomi Islam.

3. Menghuraikan maksud jual beli dalam Islam.

4. Menyenaraikan rukun dan syarat jualbeli dalam Islam.

5. Menyatakan jenis-jenis riba’.

6. Mengenalpasti perbezaan antara riba’ dan jual beli dalam Islam.

7. Menjelaskan pengertian hutang dalam Islam.

8. Menyatakan contoh-contoh budaya hutang pada masa kini.

9. Menyenaraikan implikasi amalan berhutang.

Page 79: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 79

5.1 PENGENALAN SISTEM EKONOMI ISLAM

Sesuatu sistem ekonomi biasanya dibangunkan berdasarkan kepada falsafah sesuatu ideologi. Falsafah atau ideologi inilah yang memberikan sistem ekonomi tersebut, asas - asas dan objektifnya di samping memberikan prinsip- prinsip dan ketentuan- ketentuan. Ideologi ekonomi Islam yang merupakan asas kepada pembentukan sistem ekonomi Islam adalah bersumberkan kepada al Quran dan al Sunnah. Sistem ekonomi Islam yang dibentuk ini mestilah berasaskan rukun- rukun hidup Islam yang berpandukan kepada kedua- dua sumber tersebut. 5.1.1 DEFINISI SISTEM EKONOMI ISLAM Sistem ekonomi Islam ditakrifkan sebagai himpunan kaedah-kaedah dan hukum-hakam syarak yang menerangkan cara-cara pembahagian kekayaan, memiliki dan menguruskan kekayaan serta menyusun hubungan ekonomi antara individu muslim sesama mereka dengan kerajaan dan dengan masyarakat- masyarakat lain. 5.1.2 FALSAFAH SISTEM EKONOMI ISLAM

Pada dasarnya, falsafah ekonomi dan kewangan Islam adalah berteraskan ajaran Islam terhadap kehidupan, manusia dan Allah SWT. Falsafah ekonomi Islam telah dirumuskan oleh Afzal-ur Rahman kepada 7 bahagian berikut:

i. Konsep Tauhid - Dari sudut ekonomi, tauhid membawa pengertian

persaudaraan di antara manusia dimana manusia perlu bekerjasama untuk menegakkan kesamarataan dalam hak dimana setiap orang mempunyai hak kepada sumber-sumber ciptaan Allah SWT.

ii. Konsep Penguasa (Rububiyyah) - Allah SWT adalah penguasa yang

dari Nya datang segala peraturan bertujuan untuk memimpin dan mendidik kehidupan manusia kepada kesempurnaan.Ini bermaksud dalam setiap tindakan manusia,ia bebas bergerak seluas - luasnya dalam garis panduan yang ditetapkan Allah SWT. Setiap peraturan yang yang diwujudkan manusia haruslah seiring dengan peraturan Nya.

iii. Konsep Penyucian Akhlak (Tazkiyyah) - Konsep ini adalah bagi

membentuk kesempurnaan akhlak yang mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT disamping tanggungjawab terhadap insan lain seperti zakat dan sedekah adalah untuk pembersihan harta bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

iv. Hari Pembalasan - Kepercayaan kepada Hari Pembalasan akan

menjadikan kegiatan ekonomi manusia menekankan terhadap kesan pada Hari Pembalasan. Dimana setiap prinsip keadilan akan sentiasa dijunjung dan tindakan manusia dilaksanakan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan sebagai suatu ibadat.

Page 80: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 80

v. Manusia Sebagai Khalifah - Sebagai khalifah atau wakil Allah SWT di muka bumi, manusia akan menjaga amanah dan bertanggungjawab dalam setiap urusannya demi mencapai keredhaan Allah SWT.

vi. Kesamaan dan Persaudaraan Manusia - Persaudaraan kemanusiaan merentasi batasan geografi, bangsa, warna kulit dan sebagainya bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab, tolong-menolong, bekerjasama, hormat-menghormati, tidak menindas dan tidak mengeksploitasi. Hak setiap individu dilindungi bagi meningkatkan kebajikan umum.

vii. Konsep Hak Milik - Hak milik mutlak harta adalah milik Allah SWT dengan

manusia hanyalah sebagai pemegang amanah yang hanya berhak berhak ke atas apa yang diusahakannya. Penafian kepada hak ini adalah penindasan dan membawa kepada riba’.

5.1.3 TUJUAN EKONOMI ISLAM Ekonomi Islam adalah bertujuan untuk:

i. Menunaikan perintah Allah SWT. ii. Membangunkan masyarakat mengikut syariat Islam. iii. Menuntut keredhaan Allah SWT. Dalam Islam, setiap yang kita lakukan adalah ibadat. Pengurusan harta benda, pertukaran hak milik, jual beli, hutang piutang, sewa menyewa dan sebagainya adalah aktiviti ekonomi yang yang menjadi ibadat kerana menyediakan keperluan kepada masyarakat.

5.1.4 CIRI- CIRI EKONOMI ISLAM Diantara ciri-ciri ekonomi Islam adalah : i. Segala perlaksanaannya adalah berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah. ii. Seimbang antara kepentingan individu dan masyarakat. iii. Mempunyai unsur-unsur kebendaan dan kerohanian. v. Sesuai sepanjang zaman. vi. Berkekalan hingga akhir zaman.

Page 81: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 81

5.2 JUAL BELI DALAM ISLAM 5.2.1 PENGERTIAN DAN DALIL

Jual beli dari segi bahasa ialah menukar suatu barang dengan satu barang. Manakala dari sudut istilah jual beli ialah kontrak yang mengandungi tawaran dan penerimaan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya : " Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau."

(Surah An-Nisaa (4) : Ayat 29)

Maksud Hadis Rasullah SAW: “Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai” (Riwayat Ibnu Haban) 5.2.2 HIKMAH DIHARUSKAN JUAL BELI DALAM ISLAM i. Allah SWT telah menjadikan sifat semulajadi manusia yang memerlukan

pertukaran faedah harta di antara sesama manusia samada menerusi jualbeli,sewa menyewa dan sebagainya.

ii. Adanya peraturan jualbeli ini maka akan terhindarlah kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta benda yang tiada padanya.

iii. Berjualbeli adalah mengajar manusia supaya hidup bersatu padu dan mengikut lunas undang-undang Islam.

iv. Melahirkan rasa syukur dan insaf diatas pemberian nikmat dan kurniaan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

v. Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera yang jauh daripada

sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan dan sebagainya.

Page 82: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 82

5.2.3 RUKUN JUAL BELI DALAM ISLAM i. Penjual ii. Pembeli iii. Harga yang dibeli iv. Barang yang dijual v. Lafaz penjual (saya jual) vi. Lafaz pembeli (saya beli) 5.2.4 SYARAT JUAL BELI DALAM ISLAM

i. Penjual dan pembeli mestilah berakal, sampai umur (baligh) agar tidak ditipu dan tertipu.

ii. Bukan dari golongan orang yang bankrap. iii. Dengan sukarela dan tidak dipaksa. iv. Pembeli hendaklah beragama Islam sekiranya barang yang hendak dibeli

itu ayat-ayat al-Quran. v. Merdeka. vi. Bukan berurusan dengan musuh Islam. 5.2.5 SYARAT BARANG JUALAN DALAM ISLAM

i. Barang yang suci. ii. Boleh diambil manfaat mengikut syara’. iii. Barang yang dijual sesuatu yang boleh diserahkan. iv. Barang tersebut dimiliki atau dikuasai oleh penjual.

v. Barang tersebut diketahui oleh kedua- kedua pihak akan zatnya, sifat dan kadarnya.

5.2.6 JUAL BELI YANG DIHARAMKAN MENGIKUT ISLAM

i. Menjual benda-benda atau barangan yang haram adalah haram.Contohnya : babi, arak dan candu.

ii. Menjual benih keturunan yang ada dalam alat jantina binatang jantan atau benih keturunan yang masih dalam rahim betina.

iii. Menjual burung-burung di udara atau di laut atau sebarang benda yang mengandungi makna penipuan.

iv. Menjual buah-buahan di atas pokok yang masih putih dan belum sesuai untuk dimakan.

v. Barang yang telah dibeli oleh orang lain. vi. Jualbeli secara penipuan baik dari pembeli atau dari penjual terhadap

keadaan barangnya dari segi sukatan atau ukurannya. v. Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain

melainkan dengan keizinan daripada orang yang memegang gadaian.

Page 83: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 83

5.3 RIBA 5.3.1 PENGERTIAN DAN DALIL Riba pada segi bahasa ialah bertambah atau lebihan. Pada istilah syara’ ialah bertambah terhadap modal iaitu :

i. Satu akad ke atas pertukaran tertentu yang tidak diketahui

persamaannya pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak. ii. Pertukaran jenis mata wang atau jenis ribawi iaitu menangguhkan

penyerahan salah satu bahan yang ditukar jual beli.

Riba hukumnya haram sebagaimana Allah SWT sebutkan di dalam Al-Quran :

Maksudnya: “…dan Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba….”

(Surah al-Baqarah (2):275) 5.3.2 JENIS-JENIS RIBA Riba dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

i. Riba ’ al-Fadl

Jual beli barangan yang berlaku tambahan atau lebihan pada salah satu daripada dua barang tukaran. Tambahan itu berlaku semata-mata kerana kelewatan. Riba ini tidak berlaku kecuali pada dua barang tukaran yang sama jenis. Contohnya ialah seperti pertukaran satu gantang gandum dengan setengah gantang gandum yang lain. Contoh lain, 100 gm emas ditukar dengan 110 gm emas.

ii. Riba al-yad

Jual beli yang dilewatkan terima serahan salah satu daripada dua barang ataupun menerima serahan salah satunya tanpa menyebut tempoh. Ertinya berlaku jual beli dua barang yang berbeza jenis, seperti gandum dengan barli tanpa serah terima di dalam majlis kontrak.

iii. Riba al-Nasiah

Jual beli tangguh. Ertinya jual beli bertangguh kepada suatu tempoh dan ditambah bayaran apabila tempoh itu sudah cukup di samping harga tidak dibayar bagi tempoh yang telah selesai itu. Maknanya tambahan

Page 84: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 84

yang dibuat kepada salah satu daripada dua barang tukaran itu tanpa disebabkan dengan apa-apa tukaran tetapi ialah kerana kelewatan membayar.

5.3.3 PERBEZAAN ANTARA RIBA’ DAN JUAL BELI DALAM ISLAM

RIBA JUALBELI

Menjamin keuntungan bagi pihak pemodal.

Menjamin keuntungan bagi kedua-dua pihak.

Penarik modal menarik bunga atau faedah dalam bentuk berperingkat atau berterusan.

Penjual memperoleh keuntungan daripada pembeli hanya sekali dalam setiap pertukaran.

Wang sebagai penghambatan atau penghapus pembangunan peradaban sesuatu ummah.

Wang digunakan dalam pemindahan kekuatan yang besar ke arah sektor kewangan yang dianggap sebagai faktor penentu dalam pembentukan dan perkembangan peradaban.

Wujud sikap kepentingan diri sendiri, sombong, takbur dan tidak berperikemanusiaan dan menjadikan manusia sebagai pemuja wang.

Menerap konsep ideal kehidupan manusia, demokrasi dan kedamaian.

5.4 HUTANG 5.4.1 PENGERTIAN DAN DALIL Hutang (al qard) dari segi bahasa bermakna al qat’ (potong). Harta yang diserahkan kepada orang yang berhutang dinamakan qard sebab ia merupakan satu potongan daripada harta orang yang memberi hutang. Manakala mengikut istilah fiqh, qard bererti suatu kontrak yang menyempurnakan pemilikan harta seseorang kepada seorang lain dengan tujuan kebajikan sehinggalah harta yang mempunyai persamaannya dikembalikan semula kepada tuannya.

Page 85: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 85

5.4.2 HUKUM HUTANG

Hutang ini sunat kepada orang yang memberi hutang dan harus bagi orang yang berhutang. Sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang melepaskan seseorang muslim daripada sesuatu kesukaran dunia, Allah akan melepaskannya salah satu daripada kesukarannya di Hari Akhirat. Sesiapa yang memberi kemudahan kepada seorang yang menghadapi sesuatu kesusahan maka Allah memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah membantu hambaNya selama mana hamba itu membantu saudaranya.”

5.4.3 BUDAYA HUTANG ALAF BARU

i. Kad kredit

Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana- mana pihak lain bagi memberi kemudahan kepada pemegangnya untuk memperolehi barang- barang keperluannya secara tangguh bayaran (hutang).

ii. Pinjaman peribadi

Ia adalah satu bentuk pinjaman daripada pihak bank kepada individu yang berkelayakan berdasarkan syarat-syarat tertentu.

iii. Pembiayaan perumahan dan kenderaan

Pinjaman yang dilakukan secara ansuran dengan pihak Bank atau Institusi Kewangan dengan membuat perjanjian.

5.4.4 IMPLIKASI HUTANG

Dalam Islam, konsep umum yang ditekankan ialah kesederhanaan. Sekiranya umat Islam mengamalkan konsep kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan, termasuk ketika berbelanja, sudah tentu tidak berlaku kesempitan wang dan terhindar daripada hutang. Tetapi jika berbelanja boros, sesedap rasa, tidak setimpal dengan kemampuan kewangan sudah tentu terjerat dengan hutang. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan jangan kamu berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.”

(Surah al-An’am (6): 141)

Page 86: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 86

Antara implikasi amalan berhutang adalah seperti berikut:

i. Berhutang jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

ii. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

iii. Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara dilarang syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

iv. Orang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meninggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.”

v. Amalan berhutang tidak hanya membabitkan kehidupan dunia, malah berpanjangan ke Hari Akhirat. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

vi. Mereka berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan dilakukan, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.”

(Riwayat Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai’ dan Ibn Majah)

KESIMPULAN

Kekuatan ekonomi dan kewangan Islam sebenarnya terletak kepada kekuatan yang tidak mungkin dapat dicapai melainkan melalui takwa. Allah SWT memberikan kemudahan dan kesenangan kepada mereka yang bertakwa.Oleh itu,umat Islam haruslah berusaha demi mencapai kesejahteraan juga kemakmuran negara.

Page 87: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 87

LATIHAN PENGUKUHAN 1. Terangkan maksud berikut mengikut pandangan Islam :

i. Jualbeli

ii. Hutang

iii. Riba

2. Nyatakan ciri- ciri ekonomi Islam.

3. Berikan hikmah jualbeli menurut pandangan Islam.

4. Jelaskan perbezaan diantara jualbeli dan riba.

5. Menjual buahan di atas pokok adalah haram.

Mengapa Islam mengharamkan jenis jualbeli ini.

6. Nyatakan implikasi hutang yang anda tahu.

RUJUKAN 1. Dr.Muhammad Hj. Md. Daud, Dr. Ahmad Kamarudin Hj. Hamzah, Fiqh

Muamalat Dan Jenayah/Fiqh II, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Wahbah al-Zuhaili, Fiqh & Perundangan Islam, jilid IV, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000.

3. Mat Hassan Abu Bakar (2003) Apa Itu Ekonomi Islam. Terbitan Pertama

2003. Kuala Lumpur: Sanon Printing Corporation SDN.BHD.

4. Abdullah Alwi Hj.Hassan et.al (2005). Teori dan Aplikasi Kontemporari. Sistem Ekonomi Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publicaion and Distributors.

5. Mohd Yusof Ahmad, (2003), Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Page 88: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 88

6. Ab. Mumin Ab. Ghani , Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya Di Malaysia (Kuala Lumpur: JAKIM), 1999, h. 41

7. Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Muhammad Nasri Hj Md

Hussin & Mohd Hizam Hanafiah, Pengantar Perniagaan Islam (Selangor: Prentice Hall), h. 45

8. Nor Mohamed Yakcop, Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan

Islam Di Malaysia, (K. Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.), 1996, h.3

9. Syed Ahmad Syed Hussain et al, (terj.) Fiqh & Perundangan Islam Jilid

IV Wahbah al Zuhaili, (Kuala Lumpur: DBP), 2005, h. 360

10. Al Ustaz H. Idris Ahmad S.H., Fiqh Syafi’i Hukum Fiqh Islam Menurut Mazhab Syafi’i Jilid 2 (Selangor: Pustaka Antara),1983. h. 6

11. Abdurrahman Saleh Siregar, (terj.) Syeikh Hassan Ayob Fiqh

Muamalah, (Selangor: Berlian Publications Sdn. Bhd.), 2008, h. 293

12. Zaharah Salleh, (terj.), Afzal-Ur-Rahman Doktrin Ekonomi Islam Jilid III, (Kuala Lumpur: DBP), 1994, h. 60

13. http://kingdiamond1.wordpress.com/2008/05/29/hutang/

Page 89: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 89

BAB 6 : ISLAM DAN CABARAN SEMASA

PENGENALAN Seringkali saja dewasa ini, umat Islam dan para ulamanya dihadapkan dengan

permasalahan-permasalahan baru samada dari dalam mahupun dari luarnya. Natijah

dan kesan globalisasi dan kemajuan sains teknologi memberikan impak kepada dunia

Islam.Ianya memerlukan pandangan-pandangan atau ijitihad dan hasil perbincangan

yang lebih komprehensif lantaran isu-isu dan polemik yang timbul tersebut, tidak pernah

dibincang atau didiskusikan oleh sarjana-sarjana Islam sebelumnya. Peranan media

elektronik mahupun cetak juga menyumbang kearah kejatuhan nilai Islam di dunia.Umat

Islam dan institusinya diserang dari pelbagai sudut dengan segala macam senjata yang

dihadapkan dan ironisnya, sedikit sebanyak telah menghakis kepercayaan dan

pegangan umat Islam terhadap institusinya sendiri. Lantaran itu, wujudlah silap

pemahaman dan seterusnya pentafsiran terhadap masalah-masalah keagamaan dan

memesongkan pandangan umat Islam terhadap akidah yang dianutinya sekian lama.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:

1. Menyatakan pengertian globalisasi.

2. Menyenaraikan cabaran dan kesan globalisasi terhadap budaya, politik dan

ekonomi.

3. Menghuraikan faktor-faktor salah faham terhadap Islam.

4. Memberi contoh-contoh salah faham terhadap Islam.

5. Menjelaskan sejarah pembentukan ummah.

6. Menyenaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi ke arah perpaduan ummah pada

masa kini.

Page 90: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 90

6.1 ISU GLOBALISASI

6.1.1 KONSEP GLOBALISASI

Perkataan globalisasi adalah kata terbitan daripada bahasa Inggeris iaitu globalisation. Dalam bahasa Arab ia disebut dengan kalimah al-‘Alamiyyah, yang dihuraikan oleh Muhammad Said Ramadhan al-Buti (2000) dengan maksud keterbukaan dan keinginan untuk saling mengenali bangsa lain. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali.”

Al-Hujurat (49):13

Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cendiakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan (borderless world). 6.1.2 IMPLIKASI DAN KESAN GLOBALISASI i. Budaya Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka daripada dicemari atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimanapun cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dalam menuju globalisasi. Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada dalam bentuk globalisasi iaitu :

Page 91: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 91

a. Budaya makan Makanan Jepun sudah ada di Amerika manakala makanan Amerika pula semakin popular di Jepun. Antara yang paling jelas ialah restoran francais Mc Donald yang mempunyai 10,500 restoran di 50 buah negara di dunia. b. Budaya Fesyen Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti pakaian jenama Jean Levi, Pierre Cardin, Puma, Adidas, Bonia dan sebagainya. c. Budaya Kerja Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari negara-negara di dunia, umpamanya syarikat Esprit yang mana ketua grafiknya adalah berasal dari Jepun, juru gambarnya dari Itali dan arkiteknya dari Perancis serta Itali. d. Budaya Bahasa Pada masa ini bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan secara global. Terdapat seramai satu billion manusia yang bercakap dalam bahasa Inggeris dan pada tahun 2000 jumlah tersebut meningkat kepada 1.5 billion.

Kita perlu menguasai pelbagai ilmu moden seperti sains, teknologi, komunikasi dan teknologi maklumat serta menggembleng tenaga dan fikiran dalam usaha untuk mengeksploitasi kehadiran globalisasi ke dunia dalam nilai agama supaya dapat mewujudkan masyarakat yang kukuh. Peranan agama perlu ditekankan di samping tumpuan terhadap perubahan yang dibawa oleh arus globalisasi.

PEMBAHAGIAN GLOBALISASI KEBUDAYAAN

BUDAYA MAKAN

BUDAYA KERJA

BUDAYA FESYEN

BUDAYA BAHASA

Page 92: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 92

ii. Ekonomi Ekonomi adalah bermaksud kepesatan dan pembangunan dari sudut pendapatan negara, aliran kewangan, perdagangan dan lain-lain yang bergerak pantas seiring dengan kepesatan kewangan antarabangsa yang dipengaruhi oleh kemajuan dalam teknologi komunikasi terkini. Wujudnya masalah dalam pasaran kewangan akan turut menjejaskan tahap kestabilan sesebuah negara. Oleh itu, amat penting bagi pentadbiran negara untuk memaksimumkan pengaruh kuat ekonomi semasa dalam pasaran negara agar kita dapat bertahan dalam suasana ekonomi yang tidak memberangsangkan iii. Politik Akibat daripada globalisasi, dunia tanpa sempadan, demokrasi liberal, hak asasi dan kebangkitan masyarakat madani, kehidupan kita telah dipengaruhi oleh insiden-insiden yang berlaku di luar sempadan kita. Perkembangan ini telah menghasilkan paradigma baru dalam hubungan antarabangsa. Kini kita dapat perhatikan pertubuhan serantau, separuh rantau dan organisasi pelbagai hala, mula memainkan peranan yang lebih aktif dan tegas.

Dunia hari ini tidak lagi dipisahkan oleh perbezaan ideologi, tetapi antara negara kaya dan miskin. Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah memperluaskan jurang digital antara negara membangun dan negara maju. Secara umumnya globalisasi adalah satu proses politik mekonomi, sosial dan budaya yang telah memusnahkan sempadan geopolitik antara negara.

Dalam agama Islam, prinsip dan peraturan agama bukan direka oleh manusia, tetapi diturunkan oleh Allah SWT Allah yang mencipta manusia dan Dia amat mengetahui segala kelemahan yang ada pada manusia. Justeru itu undang-undang dan peraturan yang diletakkan oleh Islam merupakan peraturan yang cukup sesuai dengan manusia demi untuk menjaga kemaslahatan manusia dan kemanusiaan.

iv. Agama

Dalam arus kemodenan kini kian tersebar ajaran dan pegangan yang tidak dapat

dipastikan kesahihannya. Ini kerana kepantasan dari sudut teknologi seperti internet,

wujud pelbagai blog dan website yang diragui akan sumber rujukannya. Sumber ini

dijadikan rujukan untuk menyelesaikan masalah semasa dalam kehidupan seharian.

Kadangkala ini boleh menyumbang kepada salah fahaman terhadap Islam sebenar juga

pertelingkahan dalam Islam.

Page 93: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 93

6.2 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM Salah faham terhadap Islam dapatlah didefinisikan sebagai pemahaman dan pentafsiran yang salah berkenaan dengan Islam sama ada dari umat Islam sendiri ataupun bukan Islam. 6.2.1 DI KALANGAN UMAT ISLAM

Antara faktornya yang menyebabkan berlakunya salah faham di kalangan umat Islam sendiri ialah:

a. Melihat Islam Secara Ekstrim Sesetengah golongan menjadi terlalu agresif dan bertindak secara radikal Sama ada dari segi kefahamannya, mahu pun dari segi cara memperjuangkannya, mereka yang radikal ini tidak mengenal erti tolak ansur dan tasamuh (lapang dada) dalam memperjuangkan cita-cita mereka. Wujud juga golongan yang liberal hinggakan sanggup mempertaruhkan maruah agama islam hanya untuk kepentingan pegangan mereka yang salah seperti contohnya wujud perkahwinan campur antara Kristian dan Islam. Hampir-hampir mereka tidak mempunyai prinsip dan rela berbuat apa sahaja atas alasan kesederhanaan, perpaduan dan kefleksibelan Islam. Sedangkan, hakikat sebenarnya, mereka telah ´hanyut´ dalam sistem nilai dan penjajahan bentuk baru musuh-musuh Islam. Malangnya, kedua-dua bentuk ekstrim ini mendabik dada kononnya itulah ´Islam sebenar´ seperti yang diwahyukan oleh Allah dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad SAW Islam. b. Melihat Islam Secara Sempit Golongan yang melihat Islam secara sempit ini terbahagi kepada TIGA golongan iaitu:

Golongan Pertama Memandang Islam di sudut ibadah khusus semata-mata. Agama pada kelompok ini dilihat semata-mata sebagai bekalan akhirat untuk mendapat syurga. Golongan ini memisahkan antara dunia dan akhirat. Golongan Kedua Memandang Islam hanya pada aspek maddiah (material). Golongan ini hanya melihat Islam dari sudut pembangunan duniawi (pembangunan ekonomi, teknologi dan ilmu) tetapi meminggirkan atau menyisihkan aspek-aspek prinsip yang berkaitan dengan soal keimanan dan mementingkan soal-soal fardhu kifayah tetapi cuai dalam persoalan asas (fardhu ain).

Page 94: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 94

Golongan Ketiga Memandang Islam hanya sebagai agama warisan yang bersifat adat semata-mata. Golongan ini melihat Islam di sudut adat semata-mata. Islam pada mereka bukan suatu cara hidup yang lengkap, malahan dilihat sebagai kebiasaan agama yang berkait dengan lahir, kahwin dan mati sahaja Pertembungan pelbagai pandangan ini telah menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di dalam pelbagai subjek teras antaranya:

Kekeliruan dalam memahami konsep kesyumulan ibadah. Kekeliruan dalam memahami kesepaduan antara hasanah dunia dan

akhirat. Kekeliruan tentang makna jihad dan ruang-lingkupnya. Kekeliruan dalam menyusun keutamaan amalan-amalan Islam. Kekeliruan dalam memahami konsep ilmu – naqal dan aqal. Kekeliruan dalam keserasian antara takwa dan ukhuwah. Kekeliruan dalam memahami erti zuhud, tawakal, sabar, redha dan

sebagainya. Kekeliruan tentang hubungan antara pembangunan rohani dan

pembangunan material. 6.2.2 DI KALANGAN BUKAN ISLAM Perbincangan salah faham terhadap Islam di kalangan bukan Islam merujuk kepada pandangan negatif Kristian. Terlalu banyak pandangan negatif Kristian terhadap kemurnian Islam yang bertujuan untuk melenyapkan minat umat manusia terhadap Islam itu sendiri di samping menggoncangkan nilai keagungan iman yang bertapak di dada para muslim. Di antara pandangan negatif Kristian tersebut ialah: a. Islam Bukan Agama Asal Tetapi Agama Import Bagi menjawab salah faham ini, umat Islam hendaklah kembali kepada Islam sendiri. Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad SAW iaitu agama yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah dan membuat segala apa yang disuruh serta menjauhi segala larangannya. Ajaran Islam mengandungi manhajnya tersendiri atau program hidupnya untuk diamalkan oleh [ara penganutnya tanpa dicampur adukkan dengan mana-mana ajaran, kerana ajaran itu lengkap segala-galanya. Syariat Islam diturunkan oleh Allah itu merupakan syariat yang sempurna, bersifat universal dan komprehensif, ianya disempurnakan dalam jangka masa yang singkat. Bermula dengan kebangkitan Muhammad SAW sebagai rasul dan disudahi dengan wafatnya baginda SAW atau disudahi dengan firman Allah yang terakhir.

Page 95: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 95

Benarlah firman Allah SWT:

Maksudnya: “Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa terhadap agama mu, janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Aku, pada hari ini aku telah sempurnakan kepada kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada mu dan hanya Islam itu sahaja menjadi anutan mu.

Al-Maidah (5): 3

Dengan wafatnya baginda SAW dan turunnya ayat yang akhir menunjukkan ajaran Islam itu telah sempurna segala-galanya. Kalaulah ajaran Islam itu diimport dari mana-mana ajaran yang lapuk seperti ajaran jahiliyyah sebelum kedatangan Islam, yahudi, kristian dan lain-lain adalah tidak benar dan dakwaan itu adalah silap sama sekali.

Tetapi kalaulah agama Kristian itu dikatakan agama import, kami kira itulah pandangan yang setepatnya dan ada kebenarannya, kerana agama Kristian hanyalah diturunkan kepada Bani Israil sahaja melalui nabi Isa a.s tidak kepada umat lain sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Bible. Oleh sebab itu, umat lain yang menganut ajaran Kristian mengimport ajaran tersebut dari Bani Israil. Tidak seperti ajaran Islam, kerana ajaran Islam bukan hanya diturunkan untuk umat Arab sahaja walaupun Muhammad SAW berbangsa Arab, tetapi diturunkan untuk seluruh umat manusia sehingga ke akhir zaman. b. Agama Islam Disebar Melalui Mata Pedang Gambaran ini memperlihatkan tentang kezaliman Islam di dalam usaha menyebarkan siri dakwahnya kepada umat manusia, seolah-olah memaksa manusia menganut ajaran Islam dengan pedang. Konsep paksaan dalam program dakwah tidak wujud sama sekali dalam Islam, sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran:

Maksudnya: “Tidak ada paksaan dalam agama.

Al-Baqarah (2): 256

Page 96: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 96

Ajaran Islam adalah lengkap merangkumi segala aspek kehidupan dan mereka memeluk Islam samada melalui usaha dakwah yang dilakukan oleh mubaligh Islam atau dengan kesedaran yang mengalir di dalam hati mereka. Mereka tertarik dengan Islam setelah membuat kajian dan penyelidikan tentang Islam.

c. Islam Bukan Agama Sempurna, Ajarannya Penuh Dengan Tahyul, Tidak Sesuai Dengan Zaman Ini, Buktinya Negara-Negara Bukan Terdiri Daripada Negara Islam

Penjelasan terhadap pandangan ini iaitu Islam mengajar umatnya daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara. Islam mengajar bagaimana cara-cara memasuki tandas cara-cara yang beradab ketika berada dalam tandas dan cara duduk menunaikan hajat. Dan seterusnya Islam mengajar bagaimana cara-cara berpolitik di dalam urusan Negara, cara mengurus system ekonomi Negara dan mengagihkannya kepada rakyat, begitu juga dengan kebudayaan Islam, kemasyarakatan dan sebagainya. Semua urusan kehidupan manusia dicatat dalam manhaj hidup Islam, tetapi tidak dalam ajaran Kristian. Adakah itu dianggap tahyul dan tidak sesuai di zaman ini? Sejarah telah membuktikan bahawa negara Islam yang pertama dibina ialah Madinah yang mempunyai system perlembagaan yang lengkap. Sebelum itu, tidak pernah wujud walaupun sebuah negara Kristian, apatah lagi Negara Barat yang lain. Kemajuan sesebuah Negara menurut perspektif Islam meliputi semua aspek sama ada aspek pembangunan rohani atau pembangunan jasmani. Keseimbangan kedua-dua aspek ini perlu untuk menjamin kemakmuran sesebuah Negara. Pembangunan aspek rohani merupakan pembangunan pembentukan insan yang mulia menurut nilai-nilai yang digariskan dalam Islam dan manakala aspek jasmani pula merupakan pembangunan negara untuk lebih maju. Tetapi, kalaulah kemajuan itu hanya diukur dengan pembangunan jasmani atau pembangunan kebendaan semata-mata ataupun disebut juga pembangunan material tanpa mengambil kira pembangunan rohani, alangkah dangkalnya pemikiran idealogi Kristian itu? d. Islam Tidak Boleh Memberi Jaminan Perdamaian Dunia Ini, Bahkan Sesama

Islam Sendiri Kerap Menjadi Konflik Dan Pertumpahan Darah Berlakunya konflik sesama Islam bukan salah Islam, tetapi salah penganutnya yang tidak mematuhi ajaran Islam. Islam melarang sama sekali perbalahan dan pertelingkahan, apatah lagi pembunuhan. Oleh itu, Islam telah menggariskan cara penyelesaian apabila berlaku sesuatu masalah sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Maksudnya: ”Apabila kamu bertelingkah di dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembali kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah).”

An-Nisa’ (4): 59

Page 97: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 97

Malah di dalam ajaran Kristian lebih kerap berlaku perbalahan dan pertumpahan darah sebagaimana yang berlaku di Bosnia di mana umat Kristian menyembelih kanak-kanak Islam dengan kejam. e. Ajaran Islam Sangat Sempit, Banyak Perkara-Perkara Yang Diharamkan

Dan Akibatnya Melambatkan Kemajuan Pandangan yang dinyatakan itu adalah tidak benar kerana ajaran Kristian lebih sempit dari ajaran Islam, buktinya sebelum wujud mazhab Protestant ajaran Kristian bukan sahaja menyempitkan ruang agamanya, malah menyempitkan ruang pemikiran para penganutnya yang hanya tertumpu kepada kepercayaan Hari Kemudian. Islam hanya menggariskan persoalan halal-haram sebagi suatu peraturan atau undang-undang supaya manusia tidak terkeluar dari landasan yang digariskan. Islam menetapkan semua itu supaya para penganutnya bersifat amanah dan tidak melakukan rasuah serta perkara-perkara buruk yang lain ketika menunaikan tanggungjawab di dalam beberapa urusan pentadbiran, bukan melambatkan kemajuan. Soal kemajuan bergantung kepada usaha untuk terus meningkat sama ada individu atau pihak kerajaan, bukan soal halal atau haram. 6. Islam Bukan Agama Moden, Tidak Ada Kebebasan Ajaran Islam adalah amat fleksibel dalam ajarannya. Ianya menerima arus kemodenan yang telah diselaraskan mengikut Al- Quran dan Sunnah seperti contohnya Islam tidak menolak proses bayi tabung uji tetapi diwajibkan mengikut hukum Islam seperti pasangan yang sah nikahnya. Dalam soal kebebasan, Islam tidak memaksa umatnya dalam beribadat tetapi memberi ruang kemudahan contohnya dalam ketiadaan air untuk berwudhuk, debu digunakan untuk tujuan bertayamum bagi melaksanakan solat.

Page 98: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 98

6.3 PERPADUAN UMMAH 6.3.1 SEJARAH PEMBENTUKAN UMMAH Imam al-Raghib al-Asfahani dalam kitabnya ‘Mufradat al-Quran’ berkata “al-Ummah” bermaksud setiap kumpulan atau jamaah yang dihimpunkan oleh satu keperluan tertentu, adakalanya kerana satu agama, tempat kediaman atau zaman sama ada mereka berkumpul kerana terpaksa atau atas kesedaran sendiri. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu.

Al-An’am (6): 38 Definisi ummah mengikut kamus al-Muhith ialah setiap golongan manusia yang telah diutuskan seorang Rasul Allah kepada mereka sama ada mereka beriman atau tidak. Takrif ini jelas menjadikan unsur keagamaan dan keyakinan sebagai asas terpenting bagi satu pembentukan ummah. Oleh yang demikian apabila disebut umat Islam ia merujuk kepada umat yang menerima seruan dan dakwah Nabi Muhammad SAW. Pada mulanya umat manusia bersatu padu menurut agama Allah yang satu dengan pimpinan Nabi Adam a.s. Apabila keturunan Adam AS berkembang-biak lama kelamaan semakin ramai yang terpesong dari pegangan akidah tauhid. Allah SWT telah mengutuskan para nabi dan rasul untuk membimbing umat dengan konsep tauhid yang sebenarnya. Kini umat Islam di seluruh dunia mencapai jumlah yang melebihi satu billion (1250 juta) jiwa. 6.3.2 CABARAN-CABARAN MASA KINI Islam membangunkan masyarakat berlandaskan kepada asas perpaduan dan persaudaraan sesama ummat. Walau bagaimanapun usaha untuk merealisasikan perpaduan di kalangan ummat Islam seringkali ia menerima tentangan dan cabaran dari dua kelompok ini:

a. Cabaran Daripada Umat Islam

i. Islam radikal: Mereka bersikap terlalu terbuka, melebihi adab, agama dan tatasusila kehidupan. Idea-idea mereka terlalu terbuka sehingga banyak menggunakan falsafah yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith.

Page 99: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 99

ii. Islam moden: Meraka menganggap Islam tidak sesuai dengan zaman ini dan cuba memodenkan Islam sesuai dengan kehendak mereka. Sejarah dan adab dipandang tidak releven dengan analisis mengenai masyarakat Islam.

iii. Islam tradisional: Mereka bersikap tertutup, tidak menerima sebarang

pembaharuan yang difikirkan boleh merosakkan teras-teras syariat Islam. b. Cabaran Daripada Pihak Barat Pada saat Islam mula bersinar bagaikan cahaya yang terang benderang, musuh-musuh Islam terus menyusun strategi dengan sejuta cara dan segudang ramuan untuk memusnahkan umat Islam. Mereka sentiasa menaruh dendam kesumat yang membara di dalam lubuk hati yang kotor. Antara beberapa rancangan jahat untuk diserap ke dalam pemikiran umat Islam ialah:

i. Menyemarakkan Penghancuran Akhlak Ummat Islam

Pertama: Gerakan Atau Khidmat Sosial / Seks / Pelacuran Musuh Islam telah mewujudkan gerakan sosial untuk memberi khidmat seks kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan mencetuskan aksi yang kronik dan penularan gejala lain seperti ketagihan dadah dan arak. Kedua: Pertandingan Sosial / Hiburan / Permainan Protokol Yahudi yang ke-13 menyebut: “Kita akan melalaikan manusia dengan pelbagai jenis hiburan dan permainan......kita segera memulakan pengiklanan di dalam akhbar mengajak manusia untuk memasuki pertandingan dari segala rancangan hiburan......” Kini anak muda dan kaum remaja Islam tergila-gila dengan rentak dan irama muzik yang mengasyikkan sehingga menolak alunan al-Quran. Mereka menjadi buta dan sesat teraba-raba, terumbang-ambing di celah-celah keseronokan hidup dan kemewahan dunia, tanpa menilai lagi persoalan agama dan batas halal-haram.

ii. Menghancurkan Kekuatan Tauhid

Apa yang diperjuangkan oleh musuh Islam ialah menerapkan doktrin ‘tujuan menghalalkan cara’ tanpa mempedulikan ikatan tauhid mahu pun norma agama. Kekacauan pemahaman palsu mula menjalar ke negara-negara Islam dengan menafsirkan kebebasan berpandukan akal semata-mata. Fahaman kebebasan beragama mengundang gejala murtad yang semakin serius.

Page 100: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 100

iii. Ancaman Gerakan Orientalis Dan Zionis

Dari masa ke masa, gerakan orientalis dan zionois Yahudi mengubah strategi memusnahkan Islam dan umatnya seperti ular menukar kulit. Musuh-musuh Islam tidak akan mengundur diri selagimana umat Islam tidak tunduk dan patuh terhadap budaya mereka sama ada yang baik atau buruk, manis atau pahit, suka atau benci, terpuji atau tercela. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.”

Al-Baqarah (2): 120

d. Tekanan Politik, Ekonomi Dan Ketenteraan Terhadap Negara Islam

Musuh-musuh Islam terus menggenggam kuat dasar politik dan ekonomi negara-negara Islam dengan membuat perlembagaan, tradisi budaya dan serangan pemikiran yang berbeza dari ajaran Islam sebenar. Mana-mana negara Islam yang cuba menegakkan Islam yang universal dan sempurna akan mendapat ancaman dan tentangan hebat dari kuasa-kuasa besar negara bukan Islam.

Page 101: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 101

KESIMPULAN Musuh-musuh peradaban yang telah dihapuskan oleh Islam, kini kembali lagi dengan kemasan kemodenan. Perhambaan yang telah dihapuskan secara bertahap kini kembali lagi sejak penjajahan berlaku kepada dunia-dunia ketiga dan kini dengan bertopengkan globalisasi. Umat Islam tidak sepatutnya merasa selesa dengan menjadi umat terbaik yang diciptakan Allah (lihat Ali ‘Imran ayat 110). Ia adalah satu potensi yang mesti dijelmakan. Satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan. Kaum Bani Israil pada awalnya juga merupakan umat yang banyak diberikan kelebihan namun ia tidak menghalang bencana dan hukuman Tuhan terhadap mereka. Rata-rata umat Islam memiliki sumber manusia dan sumber alam yang lebih baik daripada bangsa lain. Namun kelebihan ini tidak bererti apa-apa jika kita bergantung pada orang lain. Keselesaan yang palsu menyebabkan umat Islam tidak sadar bahawa bahaya dan ancaman yang berada di sekeliling mereka dapat memperhambakan dan menghancurkan mereka. Umat Islam perlu yakin terhadap Islam kerana ia adalah kurnia terbesar Allah berikan kepada manusia. Hakikatnya adalah Islam merupakan identiti utama umat Islam yang perlu dibanggakan dan bukan disembunyikan. Sikap percaya diri sangat penting sebelum sesebuah bangsa atau umat dapat bangkit dan bersaing dengan yang lain. Kita perlu tegas terhadap golongan yang mempersoalkan kerelevanan Islam dan mempertikaikan ajaran Islam untuk menyambung lidah para orientalis yang didorong rasa kebencian terhadap Islam. LATIHAN PENGUKUHAN 1. Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi?

2.. Globalisasi dari sudut agama bermaksud _______________________________

3. Ada di kalangan umat Islam mengatakan Islam itu ekstrim.Nyatakan pendapat

anda berkenaan dengan kenyataan tersebut.

4. Golongan Islam yang memandang agama dengan ekstrim. Jelaskan.

5. Maksud Al-Ummah dari pandangan Imam Al-Raghib Al-Asfahani adalah

______________________________ .

6. Islam menolak globalisasi dari sudut budaya. Nyatakan pendapat anda.

Page 102: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 102

RUJUKAN 1. Ghazali Darussalam (1998), Dakwah Islam dan Ideologi Barat, Kuala Lumpur:

Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. 2. Kamus Dewan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Titiwangsa Sdn Bhd, kuala

Lumpur. 3. Lutfi Mustafa El-Batnani, (2004), Pandangan Negatif Barat Terhadap Islam,

Kuala Lumpur: Darul Nu’man. 4. Muhammad Said Ramadan al-Buti (Dr), Al-Hadharah al-Islamiyyah. 5. Pahrol Mohamad Juoi, (2004). Salah Faham Terhadap Islam. Daripada:

http://www.yadim.com.my/Hadhari/IsHadhariFull.asp?IsHadhariID=81 (4/10/2004)

6. Yusof Al-Qardhawi (1996), Membangun Ummah, Selangor: Thinkers Library

Sdn. Bhd.

Page 103: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 103

BIBLIOGRAFI

Abdul Basir bin Mohamad (Dr) (2001), Sejarah Perundangan Islam, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Karim Zaidan (Dr), Terjemahan oleh Mohd Saleh Hj Ahmad, Sistem Kehakiman Islam, Jilid 3, Kuala Lumpur: Pustaka Hj. Abdul Majid.

Abd Karim Zaidan (1998), Kewajipan Menegakkan Negara Islam (terj.) , Dewan Pustaka Fajar; Kuala Lumpur.

Ab. Mumin Ab. Ghani, Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia,

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Bujairimi al-Khatib, Jilid 1.

Ezad Azraai Jamsari et. al. (2004), Pengajian Islam, Selangor:Fajar Bakti. Ghazali Darussalam (1998), Dakwah Islam dan Ideologi Barat, Kuala Lumpur: Utusan

Publications and Distributors Sdn. Bhd. Ghazi ‘Inayah (Dr) (1994), Al-Usul al-‘Ammah lil Iqtisad al-Islami, Beirut: Zed Books

Ltd. Hailani Muji Tahir (1991), Sistem Ekonomi Islam dan Dasar Belanjawan, Selangor: al-

Rahmaniah, 1991. Hj. Abu Bakar Ismail et. Al. (2003), Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jilid 6

(Terjemahan), Kuala Lumpur: Era Visi Publication Sdn. Bhd. & Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hal. 27.

Haron Din (Dr) (1991), Manusia Dan Islam, Jilid 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Hj. Ahmad Fauzi Morad & Ahmad Tarmizi Talib (1997), Tamadun Islam, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Titiwangsa Sdn Bhd, kuala Lumpur. Lutfi Mustafa El-Batnani, (2004), Pandangan Negatif Barat Terhadap Islam, Kuala

Lumpur: Darul Nu’man. Mahayudin Hj Yahaya (1999), Tamadun Islam, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd. Majid Ali Khan (1987), The Pious Caliphs, Syed Athar Husain, Islamic Book Pub.,

Safat. Mohd Yusuf Ahmad (2005), Pengajian Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya.

Page 104: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 104

Muhammad Said Ramadan al-Buti (Dr), Al-Hadharah al-Islamiyyah. Muhammad al-Ghazali (1994), Bagaimana Berinteraksi dengan al-Quran

(Terjemahan oleh Muhammad Rivai Batubara, Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Musa Fathullah Harun (1997), Pendidikan Islam 2, Kuala Lumpur: Universiti Teknologi

Malaysia. Mustafa Abd Rahman (2001), Hadis Empat Puluh, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar. Mustafa Hj. Daud (1995), Perkahwinan Menurut Islam, Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd. Nasrudin Yunos et. al. (2007), Pengajian Islam, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Nik Mustapha Nik Hassan (Penyunting) (1999), Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di

Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Rolf Idem dan Staffan Viotti (1978), Economic System, Oxford: Martin Roverston. Said Hawwa (1993), Al-Islam, Kaherah: Dar al-Salam. Sulaiman Noordin (2001), Sains Menurut Perspektif Islam, Bangi: Pusat Pengajian

Umum UKM. Syed Abdullah b. M Basmeih (2000), Muqaddimah Mastika Hadis, Cetakan Ke 8,

Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa et. al. (2005), Pengantar Perniagaan

Islam, Petaling Jaya: Prentice Hall. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, (2002), Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. TITAS (2002), Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Wahbah al-Zuhaily (2005), Feqh Perundangan Islam, Jilid 6, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka. Yusuf al-Qardhawi (2002), Fiqh Kenegaraan, ABIM: Kuala Lumpur. Yusof Al-Qardhawi (1996), Membangun Ummah, Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd.

Page 105: DAFTAR ISI1 .2 .2 Hak & Tanggungjawab Dalam Keluarga 1 .3 Pembentukan Masyarakat 1 .3 .1 Pengertian Masyarakat Islam Dan Majmuk 1 .3 .2 Hak Dan Tang gungjawab Dalam Masyarakat 1 .4

INSTITUSI ISLAM

BPL(K) EUS / TUS 3251 & 4251 105

Rujukan Internet: Sila rujuk Laman web PELANCAR ONLINE: Mendukung Cita-cita Koperasi (http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/Jan05/januari5.htm Pahrol Mohamad Juoi, (2004). Salah Faham Terhadap Islam. Daripada: http://www.yadim.com.my/Hadhari/IsHadhariFull.asp?IsHadhariID=81