27
Panduan penulisan refleksi kerja kursus Berikut adalah contoh refleksi yang ditulis oleh seorang pelajar pada akhir tugasan kerja kursus Ilmu Pendidikan berdasarkan tajuk kerja kursus pendek seperti di bawah. Tajuk Kerja Kursus Pendek : Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah. Soalan Tugasan : Guru yang tidak mahir mengurus kelas tidak akan berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikannya. Berdasarkan pernyataan di atas, buat satu pemerhatian dalam sebuah kelas prasekolah yang anda pilih tentang : (a) aspek pengurusan bilik darjah iaitu perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan. (b) kesan kemahiran mengurus bilik darjah kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian tersebut, tulis satu refleksi mengenai amalan pengurusan bilik darjah guru berkenaan dan kesannya ke atas proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas pengurusan bilik darjah sebuah kelas prasekolah. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan guru dalam kelas tersebut. Saiz bilik darjah agak sempit dengan ruang pembelajaran yang terhad. Sistem pencahayaan dan pengudaraan kurang baik menjadikan suasana kelas panas. Terdapat banyak hasil kerja murid yang digantung dan ditampal di sekeliling kelas menjadikan kelas kelihatan berserabut, agak padat dan sesak. Kumpulan kami mendapati guru telah membuat perancangan pengajaran sehari sebelum pengajaran. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan berkongsi bahan maujud dalam kumpulan. Terdapat juga murid yang kurang berpuas hati apabila tidak dapat menyentuh semua bahan. Dari segi penilaian, kami mendapati terdapat rekod penilaian yang tidak dilengkapkan. Guru menggunakan corak kepimpinan autokratik dalam mengawal disiplin murid. Kadang kala guru menggunakan suara yang agak tinggi dan sesekali menunjukkan pembaris sebagai amaran kepada murid. Murid agak takut dan sedikit pasif. Seorang murid menangis setelah dimarahi guru. Murid akur dengan arahan guru. Arahan gurudapat difahami oleh murid. Bahasa guru mudah dan arahan tidak mengelirukan. ( Pengalaman terpilih – Retell) Setelah selesai membuat pemerhatian, kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi melengkapkan laporan. Kami dapati suasana kelas kurang kondusif. Walaupun guru merancang dengan baik, keadaan fizikal bilik darjah yang sempit dan panas sedikit sebanyak mengganggu emosi pelajar seperti tidak selesa dan berpeluh-peluh. Ini seperti yang dikatakan oleh Marland dalam buku yang ditulis oleh Ee Ah Meng (2001) iaitu suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Susun atur bilik darjah yang baik boleh merangsang pembelajaran murid. Murid-murid prasekolah berminat dengan bahan maujud dan mahu memiliki bahan yang sama dengan rakan mereka disebabkan oleh sifat egosentrik yang ada dalam diri masing-masing. Komunikasi dan gaya kepimpinan autokratik guru boleh menyebabkan emosi murid terganggu.

Contoh_Refleksi

  • Upload
    sn0043

  • View
    77

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh_Refleksi

Citation preview

Page 1: Contoh_Refleksi

Panduan penulisan refleksi kerja kursus

Berikut adalah contoh refleksi yang ditulis oleh seorang pelajar pada akhir tugasan kerja kursus Ilmu Pendidikan berdasarkan tajuk kerja kursus pendek seperti di bawah.

Tajuk Kerja Kursus Pendek : Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah.

Soalan Tugasan : Guru yang tidak mahir mengurus kelas tidak akan berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikannya.

Berdasarkan pernyataan di atas, buat satu pemerhatian dalam sebuah kelas prasekolah yang anda pilih tentang :

(a) aspek pengurusan bilik darjah iaitu perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan.

(b) kesan kemahiran mengurus bilik darjah kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan pemerhatian tersebut, tulis satu refleksi mengenai amalan pengurusan bilik darjah guru berkenaan dan kesannya ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.

Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas pengurusan bilik darjah sebuah kelas prasekolah. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan guru dalam kelas tersebut. Saiz bilik darjah agak sempit dengan ruang pembelajaran yang terhad. Sistem pencahayaan dan pengudaraan kurang baik menjadikan suasana kelas panas. Terdapat banyak hasil kerja murid yang digantung dan ditampal di sekeliling kelas menjadikan kelas kelihatan berserabut, agak padat dan sesak.

Kumpulan kami mendapati guru telah membuat perancangan pengajaran sehari sebelum pengajaran. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan berkongsi bahan maujud dalam kumpulan. Terdapat juga murid yang kurang berpuas hati apabila tidak dapat menyentuh semua bahan. Dari segi penilaian, kami mendapati terdapat rekod penilaian yang tidak dilengkapkan. Guru menggunakan corak kepimpinan autokratik dalam mengawal disiplin murid. Kadang kala guru menggunakan suara yang agak tinggi dan sesekali menunjukkan pembaris sebagai amaran kepada murid. Murid agak takut dan sedikit pasif. Seorang murid menangis setelah dimarahi guru. Murid akur dengan arahan guru. Arahan gurudapat difahami oleh murid. Bahasa guru mudah dan arahan tidak mengelirukan. ( Pengalaman terpilih – Retell)

Setelah selesai membuat pemerhatian, kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi melengkapkan laporan. Kami dapati suasana kelas kurang kondusif. Walaupun guru merancang dengan baik, keadaan fizikal bilik darjah yang sempit dan panas sedikit sebanyak mengganggu emosi pelajar seperti tidak selesa dan berpeluh-peluh. Ini seperti yang dikatakan oleh Marland dalam buku yang ditulis oleh Ee Ah Meng (2001) iaitu suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ”kawan” atau ”musuh” dalam pengajaran. Susun atur bilik darjah yang baik boleh merangsang pembelajaran murid. Murid-murid prasekolah berminat dengan bahan maujud dan mahu memiliki bahan yang sama dengan rakan mereka disebabkan oleh sifat egosentrik yang ada dalam diri masing-masing. Komunikasi dan gaya kepimpinan autokratik guru boleh menyebabkan emosi murid terganggu.

Page 2: Contoh_Refleksi

Kami juga melihat penilaian perkembangan murid yang tidak disempurnakan boleh menyebabkan guru sukar mengubahsuai perancangan pengajaran dan pembelajaran berikutnya supaya bersesuaian dengan tahap murid. ( Review)

Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang keperluan murid-murid prasekolah dan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Berdasarkan pengurusan kelas yang telah kami perhatikan, kami berpendapat guru prasekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif dengan mengubah susunan kerusi meja dalam kelas supaya ada ruang yang lebih luas untuk memudahkan pergerakan murid. Bilangan hasil kerja murid perlu sesuai dengan ruang agar tidak terlalu sesak dan ditukar ganti setiap minggu supaya dapat menarik perhatian murid. Ubahsuaian tingkap perlu bagi mewujudkan pengudaraan yang lebih dalam kelas.

Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan bahan yang disediakan mencukupi supaya tidak menjadi rebutan murid.

Murid-murid prasekolah masih tergolong sebagai kanak-kanak yang amat gemar kepada aktiviti permainan. Justeru guru prasekolah perlu merancang isi dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berbentuk permainan untuk menarik minat murid. Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, arahan guru harus jelas dan tidak mengelirukan. ( Pembelajaran daripada pengalaman)

Hati kami tersentuh apabila mengenangkan salah seorang murid yang menangis setelah dimarahi guru. Oleh itu kami sedar bahawa sebagai guru prasekolah kita tidak boleh terlalu berkasar dengan murid. Sebaliknya murid-murid ini memerlukan perhatian dan kasih sayang. Justeru, guru-guru prasekolah perlu memenuhi tuntutan tersebut agar murid tidak rasa tertekan dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Cara ini sedikit berbeza dengan cara menangani murid KBSR yang usianya lebih tinggi.

Guru prasekolah juga tidak boleh mengabaikan aspek penilaian ke atas perkembangan murid kerana mereka berada pada tahap pembelajaran aktif. Perkembangan kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa sebagai seorang guru prasekolah kita perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak prasekolah. ( Peningkatan kualiti diri )

Refleksi 1

Page 3: Contoh_Refleksi

Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1 saya. kami Mohd Aidil B Othman dan Mohd Safuan B Che Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana kami tidak menyangka bahawa kami telah melakukannya dengan baik. Saya dan Safuan telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai bentuk kata, frasa dan fungsi frasa. kami keliru antara bentuk kata yang terbahagi kepada empat iaitu kata ganda, kata majmuk, kata terbitan dan kata nama kerana hampir sama tetapi setelah di terangkan oleh Pn Idawati, kami akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya.

kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja projek saya. Tambahan pula kami sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Saya terpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat dalam petikan dan menghuraikannya dengan gramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Idawati telah kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja projek kami.

Banyak perkara yang telah kami pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara yang kami pelajari ialah bentuk kata, frasa, fungsi frasa, ayat aktif dan pasif serta maksud morfologi. Hal ini sangat berguna kepada kami kerana disamping dapat menyiapkan tugasan, kami juga boleh mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar pleh Pn Idawati untuk peperiksaan akhir pada hujung semesta nanti. Kami juga dapat mempelajari bagaimana untuk mengkaji sebuah cerpen. Pada mulanya kami berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk ajar oleh Pn idawati, kami berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini.

Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk bekerjasama. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Saya telah membuat tugasan mengenai kajian cerpen dan memcari bentuk kata setiap perkataan. Mohd Safuan pula membuat takrif morfologi, frasa dan fungsi frasa. Kami saling berkomunikasi untuk bertanyakan tentang tugasan yang dibuat. Kami juga tidak mempunyai masalah untuk berjumpa kerana bilik kami adalah di blok yang sama.

Perpustakaan menjadi tempat untuk kami memperoleh bahan untuk dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan. Kamus Tatabahasa Dewan ialah buku yang lengkap dan menjadi penduan utama kami dalam melakukan tugasan ini. Namun kami juga tetap menggunakan buku-buku tatabahasa lain agar isi-isi di dalam tugasan kami menjadi mantap. Selain itu, kami juga melayari internet untuk memperoleh maklumat, kami menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan untuk mengunakan teknologi masa kini yang telah maju dan canggih.

Page 4: Contoh_Refleksi

Pn Idawati juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas Bahasa Malayu agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja Kerja Kursus Berdasarkan Ilmu ini. Jika beliau tidak melakukan perkara ini, nescaya kami tidak dapat menyiapkan tugasan itu dan akan melakukannya pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar kurang berkualiti dan markah yang akan kami peroleh tidak memuaskan. Oleh itu, kami telah menggunakan segala peluang yang di beri untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1 saya yang diberikan telah berjaya kami siapkan. kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami iaitu Pn Hjh Idawati Bte Moin.

REFLEKSI 2

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.

Saya juga mula merasai kepentingan PKK ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran PKK ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek perkembangan kanak-kanak ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi

Page 5: Contoh_Refleksi

melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKK ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan Pertanian saya. Saya Mohd Aidil Bin Othaman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan Nur Diyana telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai tumbuhan hortikultur dan gambar tumbuhan. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maksud, ciri-ciri dan kegunaan setiap pengelasan hortikultur untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham akan kehendak soalan tetapi setelah di terangkan oleh En. Hussin B Ya’akob, saya akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya.

Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam tugasan saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Nota-nota yang telah diberikan oleh En. Hussin B Ya’akob telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Beberapa contoh gambar yang saya telah perolehi daripada perpustakaan dan telah saya cetak untuk memahami setiap pngelasan tumbuhan hortikultur.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan Pertanian yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu En. Hussin B Ya’akob.

Refleksi 3

Page 6: Contoh_Refleksi

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang sejarah tamadun-tamadun asia dan islam secara terperinci lagi.

Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran TITAS ini terhadap diri saya kerana saya dapat belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri.. Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan TITAS dalam sub tajuk sumbangan tamadun, saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.

Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek TITAS ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Refleksi 4

Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang permainan-permainan kecil (invasion game) untuk murid-murid. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai tentang pergerakan asas ini. Kami juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini.

Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak

Page 7: Contoh_Refleksi

lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami.

Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Yazid bin Deraman untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan.

Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa.

REFLEKSI 5

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek PSK 3102 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, kami agak keliru tentang kehendak soalan .Kami berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada kami tentang Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet. Di sini kami dapat mencari empat teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran kognitif, konstruktivisme, rangsangan dan sosial. Keempat-empat teori pembelajaran ini mempunyai kelebihan masing-masing untuk diikuti di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Page 8: Contoh_Refleksi

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dapat kami kumpulkan dan kami perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan sumber internet.Akhirnya dengan usaha gigih yang kami lakukan, banyak ilmu yang kami perolehi dan akan kami gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan di sekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu kami dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi sekiranya kami diberi peluang untuk mengajar subjek ini.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan pelajaran yang menarik jika guru pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh dipelajari oleh murid-murid. Guru perlu menggunakan kepakarannya untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif untuk mengambil bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, lembaran kerja juga perlu disediakan oleh guru di samping nota belajar. Lembaran kerja itu boleh disiapkan oleh murid samada secara individu ataupun berkumpulan. Selain itu, guru perlu menggunakan juga lima jenis penilaian yang difikirkan sesuai untuk menguji kefahaman murid-murid di akhir pengajaran pembelajaran. Penilaian ini amat penting untuk menguji kefahaman murid terhadap perkara yang dipelajari.

Penggunaan BBM juga perlu diambil berat oleh guru untuk melancarkan proses pengajaran di dalam kelas. BBM yang menarik perlu dibuat agar pengajaran menjadi lebih menarik dan diminati oleh murid. Guru boleh menggunakan ICT untuk membuat BBM yang canggih. Guru tidak boleh hanya menggunakan buku teks sahaja kerana bahan dalam buku teks tidaklah lengkap.

Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik secara rundingan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai. Murid-murid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Ab. Razak Bin Shafii yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Disediakan oleh,

……………………………………….

Page 9: Contoh_Refleksi

(MOHD RUSLEE B MOHD SALLEH)

650413-02-5367

Refleksi 6

Tugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu BM/KH/MU. Walaupun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah, saya pernah belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini.Kumpulan saya mengambil tajuk Lampu Suluh. Saya ditugaskan untuk menyediakan bahan grafik dari internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Dari pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar alatan tangan tetapi sukar untuk mendapatkan gambar sebenar membaiki lampu suluh dan lukisan-lukisan yang diinginkan dalam tugasan ini. Saya pula tidak mempunyai pengalaman dalam program perisian grafik. Oleh itu saya telah meminta bantuan sepupu saya untuk menyiapkan lukisan tersebut. Gambar-gambar yang tidak ada di internet diambil dengan kamera pada handphone saya sebelum dipindahkan ke komputer.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Teknik Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal yang mudah. Sikap ingin membaiki juga dapat menjimatkan wang sekiranya diamalkan di luar sekolah. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

MOHD ALI BIN JEMALIJabatan Kemahiran HidupInstitut Perguruan Temenggong Ibrahim,Johor Bahru.

REFLEKSI 7

Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas gajalagejala sosial dan masalah yang timbul dikalangan masyarakat kita dari segi punca atau faktor berlakunya perkara tersebut, implikasi dan pengawalan atau langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan untuk membendung perkara daripada terus berlaku.

Page 10: Contoh_Refleksi

Kurang kesedaran sivik, hilang jati diri, tidak ada semangat cintakan negara adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak mengenal asal usul bangsa dan tidak ada semangat patriotisme dalam diri mereka.

Dari segi penilaian kami, sudah sekian lama murid atau remaja tidak didedahkan dan diterapkan dengan nilai-nilai sivik dalam diri mereka secara langsung. Memang tidak dapat dinafikan nilai-nilai ini memang wujud disekitar mereka dan boleh ditunjukkan oleh orang yang lebih dewasa kepada mereka. Namun persoalannya seberapa banyakkah peratusan keberkesanannya itu. Berdasarkan isu-isu yang telah dikumpulkan maka kami menyimpulkan bahawa tahap keberkesanan untuk menerapkan amalan nilai-nilai ini daripada sekeliling adalah rendah.

Setelah selesai membuat kajian , kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi melengkapkan laporan. Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang perlunya satu kurikulum khas untuk mengatasi masalah ini.Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab merekasebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaika masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatas segala rintangan dan cabaran hidup.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa matapelajaran sivik dan kewarganegraan adalah sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni dan dapat hidup dalam keadaan bersatu padu.

REFLEKSI 8

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan kerja kursus projek bagi subjek BMM3105 ini. Sebelum melangkah ke intipati refleksi seterusnya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penysarah pembimbing subjek BMM3015, En. Firdaus bin Abd Salam kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.

Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Berdasarkan kesemua input yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan kerja kursus, saya berpendapat setiap satu daripadanya adalah amat berguna sekali bagi tujuan masa kini dan masa hadapan. Kemahiran-kemahiran teknologi yang asas seperti penyimpanan maklumat (alamat internet) yang telah dipelajari pada minggu pertama telah memberi saya satu kesedaran bahawa, sesuatu perkara yang mudah sebenarnya sangat membantu sekiranya kita dapat menggunakannya dengan cara yang lebih kreatif. Ketiga-tiga bentuk penyimpanan alamat internet

Page 11: Contoh_Refleksi

membolehkan saya merujuk dan mengakses mana-mana laman yang diingini dengan lebih mudah dan pantas.

Tugasan-tugasan mingguan lain yang melibatkan pencarian maklumat menggunakan enjin pencari turut menajamkan lagi kemahiran mencari maklumat menggunakan internet. Hampir kesemua tugas mingguan yang diarahkan memerlukan kemahiran menggunakan enjin pencari, sebagai contoh; mencari bahan bantu mengajar bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan, membaca, dan menulis. Hal ini membolehkan saya dan rakan-rakan memperoleh banyak maklumat atau bahan yang berguna dan sesuai dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran kelak. Dengan adanya bahan-bahan tersebut, ianya akan membantu saya untuk melancarkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang akan saya jalankan sendiri satu hari nanti memandangkan kesemua bahan telah disimpan dalam folder tertentu dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipelajari turut membantu dalam mendewasakan saya, di mana terdapat beberapa perkara yang pada awalnya saya anggap tidak perlu diulangkaji lagi kerana sudah mahir dalam menggunakan kemahiran tersebut. Tetapi pada hakikatnya, masih terlalu banyak yang harus dipelajari lagi. Sebagai contoh, dalam penggunaan microsoft power point yang mana kami gunakan bagi tujuan membuat pakej pembelajaran. Walaupun perisian tersebut seringkali digunakan ketika membuat mana-mana pembentangan di bilik kuliah, namun saya masih belum mengetahui banyak perkara yang boleh dibuat dengan menggunakan perisian power point. Saya menyedari hakikat itu setelah melihat beberapa contoh pakej pembelajaran yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing, dan mendapati bahawa masih jauh untuk saya mencapai tahap-tahap tertentu. Oleh itu, sebagai jalan inisiatif, saya seringkali bertanyakan pendapat kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan mengenai fungsi-fungsi microsoft power point dengan lebih mendalam. Alhamdulillah, dengan perkongsian yang ada, saya telah mempelajari banyak lagi kemahiran-kemahiran baharu seterusnya membolehkan tugasan kerja kursus ini disempurnakan dalam masa yang lebih singkat.

Tugasan kerja kursus projek ini juga turut memberi saya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, di mana buat julung kalinya saya telah membina satu laman sesawang secara individu. Laman sesawang yang dihasilkan adalah salah satu dari kehendak soalan tugasan, yang mana meminta saya dan rakan-rakan lain memuat naik segala bahan yang telah diperoleh sepanjang pembelajran minggu pertama hingga minggu kelima ke dalam laman sesawang masing-masing. Bagi saya, pengalaman baru seperti ini merupakan satu lagi batu loncatan yang berharga untuk membawa diri ini ke aras yang lebih tinggi. Satu kemahiran yang tidak pernah saya terfikir untuk mempelajarinya, kini telah menjadi salah satu keistimewaan dalam diri sendiri.

Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang teknologi. Selepas ini, segala kemahiran yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima

Page 12: Contoh_Refleksi

kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum...

REFLEKSI 9

Saya berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditentukan. Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya kurang faham kehendak soalan tugasan ini. Manakala dengan penerangan jelas yang telah disampaikan oleh pensyarah saya, iaitu Tn. Hj. Muhammad Amin Bin Simon , saya telah mendapati bahawa apa yang perlu saya menjalankan dalam tugasan ini. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya atas penjelasan beliau tentang kerja kursus ini.

Tugasan Teknologi Dalam Pengajaran merupakan tugasan yang tidak akan saya lupakan kerana ia sangat mencabar kesabaran saya. Walaupun tugasan ini adalah tugasan secara individu tetapi kerjasama daripada semua rakan sekelas amat penting dan amat dihargai semasa dalam perbincangan. Dengan ini, hubungan antara kelas juga bertambah erat dan harmoni. Selain itu, pensyarah saya, iaitu Tn. Hj. Muhammad Amin Bin Simon telah menerangkan langkah-langkah dan proses-proses untuk menghasilkan tugasan ini secara ringkas dan tidak formal kepada kami. Saya berasa tertekan kerana tugasan ini amat mencabar dan saya risau saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditentukan. Sebelum ini tugasan ini merupakan tugasan dalam kumpulan, tetapi dalam tugasan rasmi, tugasan ini telah berubah dan tugasan ini bukan lagi dalam kumpulan, malah merupakan tugasan individu. Apabila mendapati maklumat ini, saya berasa lagi tertekan dan riasu kerana saya tidak boleh membuat perbincangan dengan ahli kumpulan saya dan saya perlu menyiapkan tugasan yang mencabar ini dengan sendiri. Justeru, saya berasa bersyukur kerana masih boleh berbincang dengan rakan sekelas dan mengamalkan amalan saling menolong. Manakala perbincangan ini kurang berjaya kerana ramai kawan juga kurang faham dalam proses-proses menghasilkan tugasan ini.

Semasa cuti, saya juga memaksa diri untuk mula melaksanakan tugasan saya walaupun saya berasa tidak ingin bermula dengan tugasan yang begitu mencabar ini. Pada mulanya, saya mencari dan menkaji maksud dan takrif “integriti” kerana saya masih kurang faham tentang maksud tersebut. Saya ingin memahami maksud tersebut sebelum saya memulakan tugasan saya. Setelah mencari maksud dan contoh integriti dari web, buku dan kamus, saya juga menanya kawan-kawan dan menemu ramah guru-guru semasa saya melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah. Ramai guru yang tidak faham maksud tersebut dan hal ini telah menjadikan proses saya untuk mendapatkan maksud ini agak susah. Dengan maklumat yang begitu banyak daripada pihak sekolah, akhirnya saya telah memahami maksud tersebut.

Tambahan pula, dalam tugasan ini, saya perlu menghasilkan satu video klip berasaskan tema integriti. Oleh sebab itu, saya telah memilih tajuk yang berkaitan dengan Pendidikan Moral, iaitu “Pencemaran Alam Sekitar dan Jaga Alam Sekitar” sebagai permulaan tugasan saya. Saya telah memilih tajuk tersebut kerana saya mendapati pencemaran alam sekitar di negara semakin serius seperti pencemaran air dan pencemaran udara. Alam sekitar yang cantik merupakan anugerah Tuhan dan sepatutnya perlu dijagai dan dihargai oleh semua rakyat. Amalan ini perlulah

Page 13: Contoh_Refleksi

dididik sejak kecil lagi. Oleh itu, saya memilih tajuk ini supaya murid yang menyaksikan dapat menerima objektif dan maklumat yang saya ingin sampaikan.

Sebelum saya mengambil rakaman video saya, saya bercuba untuk mereka halaman web saya dengan menggunakan program exe. Pada mulanya saya berasa senang untuk mereka satu halaman web, tetapi saya asyik gagal dalam mereka halaman web setelah beberapa kali saya mencuba dalam satu hari. Pada masa itu, saya berasa gelisah kerana saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan seterusnya. Walaupun saya berasa susah hati dan tertekan, tetapi saya tidak berputus asa dan saya memberitahu sendiri bahawa saya tidak boleh menangis kerana saya adalah seorang lelaki dan saya seharusnya bertabah. Walaubagaimanapun, saya tetap berusaha untuk mencuba sehingga berjaya.

Sehubungan itu, saya telah melakar skrip video dalam masa yang singkat tetapi dalam langkah rakaman video, saya telah mengambil masa yang agak panjang. Saya telah memilih merakamkan video di dalam IPTHO iaitu di “Taman Seni” yang berlokasi di sebelah blok C (Jabatan Kajian Sosial). Pandangan di taman tersebut indah dan sesuai dijadikan tempat rakaman saya kerana saya dapati kebersihan di sana perlu diberikan perhatian. Oleh sebab saya kurang yakin dalam pertuturan, saya telah “NG” beberapa kali. Saya berasa malu apabila menghadapi shot kamera dan saya ingin ketawa pada mula merakam video kerana ini adalah kali pertama saya membuat rakaman video. Selepas rehat beberapa minit, akhirnya saya telah berjaya menghasilkan satu rakaman video yang tiada masalah.

Selepas itu, saya juga menyemak video yang saya hasilkan tersebut dengan teliti dan saya juga menunjukkan video tersebut kepada kawan-kawan supaya mereka boleh menunjukkan kesalahan atau cadangan kepada saya untuk saya menambahbaik rakaman video tersebut. Justeru, saya pun bermula mereka web dengan menggunakan Microsoft Publisher. Saya tidak jelas sangat tentang penggunaan Microsoft Publisher kerana jarang saya gunakan Microsoft ini tetapi saya pernah menggunakan Microsoft Publisher ini dalam rekaan poster dan tentatif. Demi mendapatkan cara penggunaannya yang lebih jelas, saya juga meminta tunjuk ajar daripada kawan-kawan sebelum saya menggunakan Microsoft Publisher. Semasa mereka web, saya perlu tentukan isi kandungan yang perlu diletakkan, reka letak dan animasi yang perlukan.

Teknik-teknik seperti “insert”, “upload” dan “hyperlink” amat diperlukan dalam mereka halaman web. Walaupun teknik-teknik ini merupakan teknik yang asas dalam pendidikan teknologi, tetapi saya masih mengadapi masalah semasa menjalankan bahagian ini. Saya tidak dapat “insert” video saya pada mulanya dan saya juga meminta tunjuk ajar daripada kawan. Manakala kawan-kawan juga berasa sakit kepala tentang “insert” video dan kami terpaksa berbincang bersama-sama untuk mendapatkan cara penyelesaian masalah ini.

Seterusnya, program “Hot Potatoes 6” juga digunakan untuk mereka kuiz. Saya langsung tidak ada pengetahuan tentang program ini dan inilah kali pertama saya menyedari terdapat program yang demikian. Malah, sekarang saya mengetahui

Page 14: Contoh_Refleksi

program ini telah membawa banyak faedah dan kemudahan bagi guru untuk menghasilkan soalan. Saya telah cuba menghafalkan cara penggunaan program ini supaya dapat saya digunakan pada suatu masa nanti kerana sebagai profesion guru, program ini amat berguna. Selepas itu, saya menggunakan “Hot Potatoes” ini membuat empat soalan kuiz.

Di samping itu, papan cerita video juga tidak boleh diabaikan. Sebelum saya meniap semula ke dalam jadual papan cerita video, saya perlu mencatat masa yang diambil untuk setiap tayangan audio, video, tulisan dan grafik dalam kertas. Dalam langkah membuat analisis dan meniap semula, saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan papan cerita video. Kemudian itu, saya “upload” semua hasil kerja yang telah dilaksanakan. Semasa “upload” bahan-bahan ini, ia memerlukan masa yang banyak. Saya juga mendapati bahawa membuat laman web ini, “upload” video bukan perkara yang senang. Saya perlu sentiasa belajar dan sentiasa menggunakan supaya saya dapat senang untuk membuat laman web ini.

Secara konklusi, tugasan ini telah memberi saya banyak pengalaman yang baru dan sekarang saya telah mempunyai ilmu pengetahuan tentang mereka halaman web. Melalui tugasan ini, saya juga telah mempelajari banyak ilmu yang baharu dan canggih yang akan membawa banyak faedah dan kemudahan kepada saya kelak. Ilmu pengetahuan tentang teknologi ICT juga telah dipertingkatkan melalui tugasan yang mencabar ini supaya saya dapat menyesuaikan diri dengan profesion keguruan. Pengetahuan tentang tentang teknologi ICT misalnya program “Hot Potatoes 6” amat penting untuk saya semasa saya menjadi guru pada masa depan.

REFLEKSI 10

Saya telah menerima tugasan ini pada 30 Januari 2012 oleh pensyarah pembimbing bagi subjek Morfologi Bahasa Melayu. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya secara individu. Terdapat empat sub-tugasan yang diberikan iaitu berkaitan pengenalan kepada kandungan bidang kajian morfologi, definisi konsep pembentukan kata, proses pembentukan kata, analisis kata pinjaman dalam petikan berkaitan bahasa serta proses dan jenis pembentukan akronim.

Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini adalah terhadap sub-sub tugasan yang memerlukan saya mengaplikasikan semua pembelajaran teori di dalam kelas serta pemahaman tentang subjek morfologi. Sememangnya semua maklumat atau nota dapat dicari dan dirujuk di dalam buku-buku rujukan dan sumber internet, namun untuk menjawab dan menjelaskan soalan tugasan ini kami perlu memahami konsep pembentukan kata terlebih dahulu. Bagi saya, tugasan kali ini saya perlu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari dalam kelas dan melalui pembacaan untuk menyelesaikan tugasan ini.

Saya sebenarnya sudah mempelajari tajuk morfolgi pada semester yang lalu. Saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang jelas dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini membuktikan bahawa lebih kurang tiga puluh peratus sahaja pembelajaran di dalam kelas membantu daya ingatan kami. Saya mulai akur dengan pendapat yang menyatakan kita tidak dapat memperoleh sepenuhnya ilmu yang disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh

Page 15: Contoh_Refleksi

hal yang demikian, bermula hari ini saya bertekad akan lebih fokus dalam pembelajaran di dalam kelas dan mencatat apa yang diajar bukan hanya melihat dan mendengar samata-mata. Bukan itu sahaja, saya mulai sedar bahawa untuk memahami dan menguasai bidang sintaksis ini, latihan ialah perkara yang paling penting perlu dilakukan.

Setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing, saya mulai jelas sedikit demi sedikit berkenaan tugasan ini. Setelah sesi soal jawab dan bimbingan di dalam kelas bersama pensyarah, saya mula mendapat gambaran untuk menyiapkan tugasan ini. Menerusi tugasan ini, saya dapat membina banyak kefahaman berkenaan konsep pembentukan kata serta proses pembentukan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu yang belum saya kuasai sebelum ini. Walaupun masih tidak dapat menguasai sepenuhnya, namun saya akui tugasan ini banyak membantu saya memahami apa yang dipelajari pada semester ini. Pada masa sekarang, saya rasakan adalah tidak wajar bagi saya untuk tidak mempraktikkan apa yang telah saya pelajari pada masa terdahulunya kerana kesannya saya telah lupa apa yang telah pelajari. Oleh hal yang demikian, sebagai guru bahasa Melayu kelak, saya sangat menyesal atas kesilapan ini. Saya akan berusaha untuk sentiasa membuat latihan bagi mengukuhkan penguasaan saya dalam bidang tatabahasa kerana sangat memalukan jika seorang bakal guru bahasa tidak mahir tentang bahasa khususnya berkaitan morfologi.

Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan merupakan keperluan bagi seseorang bakal guru bahasa. Selepas ini saya tidak akan lagi mengambil mudah terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa memastikan diri saya memberi fokus seratus peratus terhadap apa yang disampaikan di dalam kelas. Saya mulai sedar masih banyak kelemahan diri saya dalam bidang morfologi. Pada masa akan datang, saya akan mendapatkan bimbingan yang lebih daripada pensyarah Pengajian Melayu terutamanya dalam bidang tatabahasa Melayu.

Dengan tugasan ini, saya mengharapkan saya mampu melakukan perubahan dalam diri saya terutama dari segi sikap sambil lewa terhadap subjek yang dipelajari serta lebih rajin untuk membuat latihan agar penguasaan dalam bidang tatabahasa dapat dikukuhkan. Saya akan cuba memajukan diri untuk memahami dan menguasai bidang ini dengan lebih mendalam memandangkan masih banyak yang saya masih kurang jelas dalam aspek bahasa Melayu ini. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.

REFLEKSI 11

lhamdulillah, berkat keizinan daripada Illahi saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Puan Salina bt Mokhtar atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau banyak membantu saya dalam proses menghasilkan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan pihak

Page 16: Contoh_Refleksi

yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Seduah menjadi lumrah di dunia ini apabila melakukan sesuatu usaha, maka akan ada masalah-masalah yang muncul sepanjang usaha tersebut dijalankan. Penghasilan tugasan saya ini juga tidak terkecuali daripada menghadapi beberapa masalah dan saya telah mendapat jalan penyelesaian dalam menghadapinya.

Antaranya adalah pemilihan isu yang sesuai dan mudah untuk diulas. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan ulasan isu yang memerlukan banyak rujukan untuk menyokongnya. Justeru pemilihan isu perlu lebih teliti supaya isu tersebut mempunyai banyak rujukan untuk diulas kemudiannya. Saya telah meneliti beberapa isu yang dimuat turun daripada beberapa laman sesawang rasmi dan mendapati kebanyakan isu tersebut adalah isu negatif berkenaan guru dan isu keguruan. Saya merasakan ia tidak kena dengan saya kerana saya tahu masih banyak isu positif berkenaan guru untuk diulas. Saya telah bertanya kepada pensyarah pembimbing adakah hanya isu negatif sahaja yang diulas? Jawapan beliau adalah sebarang isu guru tidak kira sama ada negatif ataupun positif. Akhirnya saya telah memilih satu isu berkaitan dengan guru cemerlang dan ia mendapat kelulusan daripada pensyarah pembimbing.

Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah untuk mengulas isu berkenaan di mana saya tidak tahu apa yang patut diulas daripadanya. Setelah berjumpa dan berbincang dengan pensyarah pembimbing mengenainya, saya mendapat gambaran tentang apa yang perlu ditulis. Saya telah menulis beberapa cadangan untuk pengulasan isu dan berbincang kembali dengan pensyarah pembimbing mengenai cadangan itu. Ia adalah untuk memudahkan saya mencari bahan rujukan yang mempunyai kesahan sebagai sokongan terhadap ulasan yang saya lakukan.

Setelah mendapat rujukan yang boleh dipercayai, saya memulakan proses penulisan. Sepanjang proses penulisan dijalankan, saya menghadapi masalah untuk menyerapkan bahan rujukan tersebut sebagai sokong terhadap ulasan isu yang dilakukan. Saya merasakan ia tiada perkaitan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan proses tersebut mengikut apa yang saya tahu. Kemudian, saya merujuk pensyarah pembimbing untuk memastikan penulisan saya itu menepati kehendak tugasan dan kehendak beliau ataupun tidak. Alhamdulillah, selepas perbincangan itu dilakukan saya dapat memahami dengan lebih jelas apa yang perlu ditambah dan dikurankan dalam penulisan ulasan tersebut.

Di samping itu, saya juga menghadapi masalah untuk pembinaan blog yang merupakan satu daripada tugasan. Ini adalah kerana pembinaan yang diketuai oleh seorang daripada ahli kumpulan saya iaitu Mohamad Faizuldin menggunakan perisian ‘simplesite’ yang sebelum ini saya tidak pernah dengar tentang perisisan tersebut. Saya hanya mengetahui tentang perisian ‘blogger’ untuk membina blog. Sebagai inisiatif, saya meminta beliau mengajar saya cara untuk menggunakan perisian tersebut dan berkat kesabaran beliau mengajar saya, alhamdulillah saya

Page 17: Contoh_Refleksi

dapat mengatasi masalah saya dalam pembinaan blog tersebut. Rakan sekumpulan saya, Norliyana juga turut menyertai saya dalam sesia pengajaran tersebut. Namun setelah berbincang dengan pensyarah, Encik Azmi, beliau mencadangkan kami untuk menggunakan perisian yang lebih mudah seperti ‘blogger’ untuk pembinaan blog kumpulan. Justeru, kami telah membina semula blog kumpulan kami menggunakan perisisan yang dicadangkan beliau. Pendek kata, saya tidak mengalami masalah yang rumit dalam membina blog ini kerana saya mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan dan kemahiran membina blog menggunakan perisian ini.

Tugasan ini juga memberikan banyak cabaran kepada saya untuk menyiapkan. Antaranya adalah cabaran untuk menganalisis isu dan bahan-bahan rujukan sebagai sokongan sebelum ulasan dibuat. Ini adalah kerana pengulasan ini memerlukan kefahaman yang tinggi terhadap isi penting isu tersebut. Pensyarah pembimbing saya juga mengatakan bahawa analisis isu ini memerlukan pemikiran yang kritis mengenainya. Setelah merujuk dan melakukan perbincangan bersama rakan-rakan dan pensyarah pembimbing, saya berjaya untuk menganalisis isu tersebut sebaik mungkin dan seterusnya menghasilkan tugasan ini.

Selain daripada itu, saya juga berhadapan dengan cabaran untuk mengadaptasikan bahan rujukan ke dalam ulasan ini. Saya tahu bahawa bahan tersebut dapat menjadi bahan sokongan terhadap ulasan saya namun saya tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Saya cuba untuk menggunakan pemikiran kreatif sebaik mungkin namun saya merasakan ia tidak dapat dikaitkan ssecara jitu dengan ulasan tersebut. Saya cuba melakukan perbincangan bersama rakan-rakan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenainya. Akhirnya, saya berjumpa dengan pensyarah pembimbing setelah draf pertama penulisan ulasan disiapkan dan meminta pendapat beliau mengenai penulisan tersebut. Beliau bersetuju dengan cara saya menggunakan bahan sokongan yang dipilih untuk menyokong ulasan isu. Alhamdulillah, ini merupakan satu kejayaan pada diri saya kerana mampu menggunakan bahan rujukan secara tepat untuk menyokong ulasan isu yang dipilih.

Saya juga mendapat pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan ini. Satu daripadanya adalah kemahiran menganalisis maklumat yang diperolehi untuk disuaikan dengan tugasan. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan penganalisaan yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat tersebut boleh digunakan atau tidak di dalam tugasan yang dilakukan. Ini adalah kerana tanpa penganalisaan maklumat, ia tidak dapat menjadi bahan sokongan yang baik kepada isu yang diulas ini.

Selain daripada itu, saya juga memperoleh kemahiran mereka bentuk blog kerana perisisan yang digunakan kumpulan kami telah dinaiktaraf kepada format blog yang baru. Saya terpaksa belajar semula untuk membina blog kumpulan. Pembinaan blog ini bukanlah tanggungjawab saya seorang malah ia adalah tanggungjawab sekumpulan. Justeru, sebarang penambahbaikan boleh dilakukan oleh setiap ahli kumpulan. Oleh kerana itu, saya turut membantu dalam menambaik blog tersebut tetapi disebabkan ia menggunakan format baru, saya terpaksa belajar semula daripada rakan-rakan sekumpulan. Walaupun ia memerlukan kesabaran yang tinggi namun berkat sokongan, tunjuk ajar dan bantuan daripada rakan sekumpulan, saya dapat menambahbaik blog kumpulan kami.

Page 18: Contoh_Refleksi

Pelbagai perkara saya lalui dalam proses menyiapkan tugasan ini baik perkara yang positif mahupun negatif. Walaupun begitu, saya menganggap semua yang berlaku adalah sebagai satu pengajaran untuk saya. Sebagai contoh, setiap permasalahan yang saya lalui adalah untuk membantu saya dalam bertindak sekiranya saya menghadapi masalah yang sama pada masa hadapan. Segala cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar saya agar tabah dalam menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan meminta pendapat orang lain dalam menghadapinya. Semua pengalaman dan kemahiran yang saya perolehi ini diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah ke alam perguruan secara hakiki kelak.

Ini kerana dugaan dan cabaran yang ada di alam perguruan adalah lebih mencabar memandangkan bidang pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada globalisasi yang berlaku di Malaysia. Selain daripada itu, pengalaman penulisan ilmiah ini juga merupakan satu pendedahan kepada saya mengenai kaedah penulisan tesis sewaktu menyambung belajar ke tahap yang lebih tinggi. Sememangnya menyambung belajar merupakan satu daripada perancangan masa hadapan saya. Justeru, saya berharap pengalaman-pengalaman ini dapat membantu saya kelak di masa hadapan.

REFLEKSI 12

ugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu BM/KH/MU. Walaupun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah, saya pernah belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini.

Kumpulan saya mengambil tajuk Lampu Suluh. Saya ditugaskan untuk menyediakan bahan grafik dari internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Dari pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar alatan tangan tetapi sukar untuk mendapatkan gambar sebenar membaiki lampu suluh dan lukisan-lukisan yang diinginkan dalam tugasan ini. Saya pula tidak mempunyai pengalaman dalam program perisian grafik. Oleh itu saya telah meminta bantuan sepupu saya untuk menyiapkan lukisan tersebut. Gambar-gambar yang tidak ada di internet diambil dengan kamera pada handphone saya sebelum dipindahkan ke komputer.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.

Page 19: Contoh_Refleksi

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Teknik Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal yang mudah. Sikap ingin membaiki juga dapat menjimatkan wang sekiranya diamalkan di luar sekolah. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

REFLEKSI 13

Assalamualaikum dan salam sejahtera , syukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek subjek Literasi Bahasa Melayu serta berjaya menganjurkan pameran dan seminar pada 5 September 2013 yang lalu. Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini saya telah membahagikan masa dengan betul agar saya dapat menyiapkan tugasan lain di samping turut menyiapkan tugasan ini. Saya juga telah belajar cara mencipta bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan kreatif di samping mempelajari bagaimana untuk menguruskan pameran.

Tugasan ini membuatkan saya lebih faham mengenai LINUS serta konsep pengajaran Bahasa Melayu yang baru. Sememangnya pelaksanaan pameran ini amat penting dalam bidang pendidikan kerana ianya merupakan cara untuk mendedahkan kepada para guru pelatih mengenai kaedah dan teknik P&P yang lebih menarik dan pelbagai. Saya telah berusaha mencari sumber di laman sesawang serta bertanya kepada senior dan para pensyarah bagi memperoleh bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini juga dapat dijadikan asas panduan kepada diri saya pada masa akan datang setelah bergelar sebagai seorang guru.

Walaupun saya tidak menjawat sebarang jawatan, hanya menjaga gerai pameran kelas G2.7 dapat juga saya membuat kesimpulan mengenai pameran tersebut. Pertama sekali, saya ingin memuji kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya menjalankan pameran dengan jayanya terutamanya kepada ahli jawatankuasa. Sebelum melaksanakan pameran ini terdapat banyak kekangan yang dilalui. Mensyuarat sering dilaksanakan untuk mendapat kata putus dari semua pihak. Saya akui bahawa saya kagum dengan para rakan yang terlibat dalam seminar ini kerana mereka memberikan komitmen yang sepenuhnya dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Sempat juga saya berbual dengan penceramah yang hadir sewaktu beliau meminta tolong untuk membantunya menyelesaikan masalah dengan videonya. Beliau, menyatakan bahawa program seperti ini wajar dilaksana dalam kalangan guru pelatih supaya dapat dijadikan panduan kepada setiap guru agar dapat menggunakan ilmu yang diperolehi kearah meningkatkan lagi kualiti P&P di sekolah. Bahkan, saya mendapati bahawa kesemua bahan bantu mengajar yang dihasilkan begitu kreatif dan menarik. Setiap kelas mempunyai idea yang menarik dan berbeza antara satu sama lain. Namun mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membantu murid untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar.

Page 20: Contoh_Refleksi

Selain itu, saya berpendapat bahawa topik yang dibentangkan oleh pembentang kertas seminar amat menarik dan bermakna serta mampu memberi ilmu pengetahuan baru kepada yang mendengarnya. Dengan adanya para guru pelatih yang berbakat dalam menyampaikan forum berjaya menarik perhatian rakan-rakan lain. Unsur kecindan turut diselitkan dalam penyampaian serta aktiviti lakonan menggunakan boneka turut berjaya menghidupkan majlis. Sesungguhnya kesemua peserta yang terlibat amat berbakat sekali dalam menyampaikan isu masing-masing.

Manakala dari segi kelemahannya pula, saya mendapati bahawa pengurusan program ini kurang sistematik. Hal ini kerana, kita dapat lihat bahawa kebanyakan kerja dilaksanakan pada tarikh yang hampir dengan pelaksanaan program dan ini memberi tekanan kepada para pensyarah serta AJK atasan. Bahkan, apabila mendapat kertas tugasan, kami agak keliru dengan tugasan yang diberi kerana tugasan kumpulan dan individu merupakan kerja yang sama. Bahkan apabila ditanya kepada pensyarah yang mengajar di dalam kelas juga bercanggah. Sehinggakan kami telah membeli barang untuk membuat aktiviti kumpulan. Namun, pensyarah mengatakan bahawa ia merupakan kerja individu. Akhirnya kami membiarkan kerja tersebut sehingga mendapat maklumat yang jelas.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa tempoh pelaksanaan seminar dan pameran ini agak singkat dan ini menjadikan jadual seminar padat dan kelam kabut. Dapat dlihat bahawa aktiviti yang dirancang berjalan secara terus dan tiada sesi rehat ketika pertukaran aktiviti yang seterusnya. Hal ini akan membuatkan peserta bosan dan gagal memberi tumpuan kepada aktiviti yang berlangsung. Malahan, hadirin yang datang kurang memberi perhatian kepada sesi forum yang datang kerana lebih tertumpu kepada gerai kumpulan kelas masing-masing.

Kelemahan seterusnya ialah kesukaran berkomunikasi antara guru pelatih. Hal ini berlaku apabila terdapat segelintir guru pelatih yang lambat menerima maklumat dari AJK atasan disebabkan oleh sumber maklumat hanya disampaikan melalui laman sosial ‘facebook’. Seperti yang sedia maklum,rangkaian internet di institut ini mengalami masalah sejak pulang dari cuti raya dan ini menyebabkan para guru pelatih sukar untuk membaca maklumat yang disampaikan khusunya kepada guru pelatih yang tiada kemudahan rangkaian internet sendiri. Keadaan ini merupakan masalah teknikal, namun dengan bantuan-bantuan rakan lain dapat juga diselesaikan permasalahan ini. Sesunguhnya kerjasama antara satu sama lain merupakan kunci kepada segalanya.

Cadangan saya untuk pameran seterusnya adalah agar pihak yang terlibat dapat meningkatkan lagi tahap pengurusan aktiviti kearah yang lebih baik. Pihak yang berkenaan seharusnya memilih AJK yang memiliki komitmen dan pengalaman dalam mengendalikan pameran serta seminar. Dengan itu, segala pengendalian aktiviti mampu berjalan dengan lebih lancar. Cadangan saya yang seterusnya ialah, pameran ini perlu dilaksanakan dalam tempoh yang lebih lama agar kita dapat memberi lebih peluang kepada pihak luar seperti sekolah, guru pelatih dari institut lain mahupun guru pelatih institut ini sendiri untuk turut serta dalam program ini. Malahan, memasukkan aktiviti yang menarik untuk disertai oleh pensyarah dan juga

Page 21: Contoh_Refleksi

para guru pelatih. Selain itu, menjemput seluruh guru pelatih IPGKIK yang berkelapangan untuk menghadirkan diri untuk melihat idea baru dalam menghasilkan bahan bantu mengajar.

Konklusinya ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah, rakan-rakan yang bertungkus lumus mengendalikan aktiviti pameran ini serta ibu bapa saya yang banyak membantu dan memahami keadaan saya yang agak sibuk sepanjang pelaksanaan tugasan dan program ini. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pelaksanaan tugasan ini dan tersalah kata. Akhir kata, saya berharap agar program ini mampu diteruskan dan dapat dipertingkatkan kearah yang lebih baik.

Sekian, terima kasih.