Upload
siti-rohani-mohd-kadri
View
248
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kertas kerja
Citation preview
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN CATUR
SMK MIHARJA, KUALA LUMPUR
1. PENGENALAN
Pertandingan catur peringkat sekolah ini dianjurkan oleh Kelab Permainan Dalam Sekolah
Kebangsaan Telaga Mas bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-
murid dalam menguasai teknik-teknik permainan catur di samping menjana minat mereka
terhadap sukan ini.
2. MATLAMAT
Untuk memberi pendedahan kepada murid tentang teknik permainan catur di samping
dapat mengisi masa lapang.
3.OBJEKTIF
Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam menguasai teknik-
teknik permainan catur.
Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang situasi perlawanan catur sepertimana
yang diadakan di luar peringkat sekolah.
Memilih murid-murid yang layak mewakili sekolah dalam pertandingan catur peringkat
kelompok, daerah dan sebagainya pada masa akan datang.
Membina jati diri di kalangan murid .
Membantu meningkatkan program akademik.
Membina sahsiah diri membentuk disiplin murid.
4. KUMPULAN SASARAN
48 orang murid terdiri daripada murid-murid tahun 4,5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Telaga Mas
mengikut pecahan berikut :
Rumah Sukan Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah
Bendahara ( Merah )2 Lelaki
2 Perempuan
2 Lelaki
2 Perempuan
2 Lelaki
2 Perempuan12
Temenggung ( Biru )2 Lelaki
2 Perempuan
2 Lelaki
2 Perempuan
2 Lelaki
2 Perempuan12
Laksamana ( Kuning )2 Lelaki
2 Perempuan
2 Lelaki
2 Perempuan
2 Lelaki
2 Perempuan12
Shahbandar ( Hijau )2 Lelaki
2 Perempuan
2 Lelaki
2 Perempuan
2 Lelaki
2 Perempuan12
JUMLAH BESAR : 48 ORANG
5. TARIKH PELAKSANAAN
30 Januari 2012 ( Isnin )
6. TEMPAT PELAKSANAAN PERTANDINGAN
Dewan Sri Mas, Sekolah Kebangsaan Telaga Mas
7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT : Tn Hj Ayob Bin Saman ( Guru Besar )
PENGERUSI : En Ahmad Tarmizi Bin Mohammad Hashim ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum )
SETIAUSAHA : En Norazizi Bin Abidin
BENDAHARI : Pn Hjh Haslinda Binti Ismail
8. JAWATANKUASA KECIL
URUSETIA : Pn Fauziah Binti Othman (K)
Pn. Farihah Binti Abdul Samad
TEKNIK & PERTANDINGAN :
En Norazizi Bin Abidin
Pn. Norahayati Binti Ismail
HADIAH & CENDERAHATI :
Cik Hjh Khashia’ah Binti Sulaiman
Pn Hjh Haslinda Binti Ismail
PERALATAN DAN SIARAYA :
En Rosli Bin Baharom
En Mokhtar Bin Mat Rejab
9. SUMBER KEWANGAN
Bil Sumber Kewangan Amaun (RM)
1 Peruntukan Sekolah (Ko-kurikulum) RM 216.00
Jumlah RM 216.00
UNJURAN PERBELANJAAN
Bil Perbelanjaan Amaun (RM)
1 Hadiah ( RM 4.00 X 48 ) RM 192.00
2 Pembalut Hadiah ( RM 1.00 X 24 ) RM 24.00
Jumlah RM 216.00
10. PENUTUP
Adalah diharapkan agar program pertandingan ini mendapat sokongan dan kerjasama
sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat demi mempastikan matlamat dan objektif
Pertandingan Catur Sekolah Kebangsaan Telaga Mas ini tercapai.
Disediakan oleh :
…………………………….( NORAZIZI BIN ABIDIN )
Setiausaha Pertandingan Catur,
Sekolah Kebangsaan Telaga Mas.