6
TEMU RAMAH DENGAN GURU BESAR Pada 4 Jun 2015 (Jumaat), saya telah melaksanakan temu bual dengan Guru Besar SJK(C) Chung Hua Kuala Pilah, Puan How Siew Yin. Beliau merupakan pentadbir sekolah yang telah berkhidmat di sekolah tersebut selama 2 tahun. Berikut merupakan perbincangan kami tentang pengalaman beliau selama tempoh beliau berkhidmat di sekolah itu. Saya :Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada Puan How. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana Puan sudi meluangkan masa senggang untuk menerima temu ramah saya. Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah kekurangan murid di sekolah? Guru Besar :Selamat pagi dan selamat sejahtera. Faktor yang menyebabkan sekolah ini bukan sekolah pilihan utama para ibu bapa bukan disebabkan kualiti sekolah ini tidak baik atau sekolah ini buruk. Namun disebabkan populasi di masyarakat sini makin hari makin kurang, khususnya masyarakat Cina. Selain faktor populasi penduduk makin kurang, faktor masalah keluarga juga menyumbang kepada masalah kekurangan murid di sekolah ini. Dalam usaha untuk meningkatkan kepercayaan dan kepopularan masyarakat terhadap sekolah ini , pihak sekolah telah mengadakan hari waris, selain itu, pihak sekolah juga akan mengambil peluang ini untuk berinteraksi dengan pihak ibu bapa demi membantu anak-anak mereka berkembang dengan baik. Pada masa yang sama juga, pihak sekolah juga mengadakan hari penetapan target untuk berjumpa bersama dengan waris dan murid untuk menetapkan sasaran yang ingin dicapai dan bekerjasama untuk menuju ke arah itu untuk membantu murid-murid itu mencapai sasaran itu. Saya: Pada pandangan puan, sejauh manakah pihak ibu bapa percaya pada pengurusan sekolah?

Contoh Temu Bual

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Draft for presentation

Citation preview

TEMU RAMAH DENGAN GURU BESARPada 4 Jun 2015 (Jumaat), saya telah melaksanakan temu bual dengan Guru Besar SJK(C) Chung Hua Kuala Pilah, Puan How Siew Yin. Beliau merupakan pentadbir sekolah yang telah berkhidmat di sekolah tersebut selama 2 tahun. Berikut merupakan perbincangan kami tentang pengalaman beliau selama tempoh beliau berkhidmat di sekolah itu.Saya:Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada Puan How. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana Puan sudi meluangkan masa senggang untuk menerima temu ramah saya. Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah kekurangan murid di sekolah?Guru Besar:Selamat pagi dan selamat sejahtera. Faktor yang menyebabkan sekolah ini bukan sekolah pilihan utama para ibu bapa bukan disebabkan kualiti sekolah ini tidak baik atau sekolah ini buruk. Namun disebabkan populasi di masyarakat sini makin hari makin kurang, khususnya masyarakat Cina. Selain faktor populasi penduduk makin kurang, faktor masalah keluarga juga menyumbang kepada masalah kekurangan murid di sekolah ini. Dalam usaha untuk meningkatkan kepercayaan dan kepopularan masyarakat terhadap sekolah ini , pihak sekolah telah mengadakan hari waris, selain itu, pihak sekolah juga akan mengambil peluang ini untuk berinteraksi dengan pihak ibu bapa demi membantu anak-anak mereka berkembang dengan baik. Pada masa yang sama juga, pihak sekolah juga mengadakan hari penetapan target untuk berjumpa bersama dengan waris dan murid untuk menetapkan sasaran yang ingin dicapai dan bekerjasama untuk menuju ke arah itu untuk membantu murid-murid itu mencapai sasaran itu. Saya:Pada pandangan puan, sejauh manakah pihak ibu bapa percaya pada pengurusan sekolah?

Guru Besar:Setiap ibu bapa memberi kepercayaan yang tinggi terhadap sistem pengurusan sekolah ini, namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir waris yang sedikit sebanyak mempertikaikan sistem pengurusan sekolah, dan kebanyakan golongan segelintir ini terdiri daripada pihak ibu bapa yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi, seperti peguam, doktor, dan sebagainya.Saya:Sepanjang tempoh dua tahun puan berkhidmat sebagai pentadbir sekolah yang prima di sekolah ini pernahkah puan menghadapi sebarang masalah yang paling serius dan rumit untuk diuruskan?Guru Besar :Pernah sekali seorang murid melompat dari tingkat 1 dan menyebabkannya kaki patah, dan rakan murid tersebut mengangkat ia berbaring di bawah tangga sekolah dan menuduh ia telah jatuh dari atas tangga. Walau bagaimanapun dan dalam apa-apa juga situasi, kita sebagai seorang penyelesai masalah dan pentadbir sekolah yang bijak, kita perlu memohon maaf kepada waris terdahulu. Kemudian minta waris memberi masa kepada pihak sekolah satu tempoh untuk membuat siasatan dan mendapatkan bukti yang kukuh demi membuat pernyataan yang tepat kepada pihak waris. Setelah itu, berbincang dengan pihak PIBG mengenai kos perubatan untuk merawati murid yang cedera itu. Selain itu, tidak menggalakkan untuk pihak sekolah mengambil tindakan secara tutup pintu.Saya:Puan Guru Besar, apakah tindakan anda sekiranya, masalah rumit tersebut diwartakan dalam surat khabar? Dan adakah seseorang guru besar mempunyai kuasa untuk membuat sebarang pernyataan?Guru Besar:Apabila masalah tersebut diperbesarkan dan diwartakan dalam surat khabar, maka pihak pengurusan sekolah terpaksa untuk menjemput pegawai pendidikan yang mempunyai mandat dan autoriti yang lebih berkuasa untuk bersama-sama pihak sekolah menyelesaikan masalah, seperti Pegawai Pelajaran Daerah, dan pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri. Seseorang guru besar tidak mempunyai autoriti untuk membuat sebarang pernyataan, kecuali beliau mempunyai bukti dan saksi yang jitu.Saya:Puan Guru Besar, adakah puan berpuas hati dengan keceriaan dan kebersihan di sekolah ini?Guru Besar:Apabila saya datang untuk berkhidmat di sekolah ini pada hari yang pertama, saya tidak berpuas hati dengan keceriaan dan kebersihan di sekolah ini, semuanya tidak tersusun dan kebersihandi kawasan sekeliling sekolah adalah amat tidak memuaskan. Oleh itu, saya telah melakukan transformasi dengan menyediakan jadual bertugas guru pengawas untuk membuat rondaan demi memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih dan ceria, khususnya pada waktu rehat. Selain itu, demi memastikan kelancaran waktu perhimpunan, saya telah menyediakan satu laporan khas untuk waktu perhimounan di mana guru-guru yang bertugas sewaktu perhimpunan diminta untuk menyediakan satu laporan kepada saya sebaik sahaja tamat waktu perhimpunan.Saya :Puan Guru Besar, adakah murid-murid di sekolah ini mempunyai daya persaingan yang positif dan apakah tindakan pihak sekolah untuk menyediakan satu keadaan sekolah yang kondusif untuk murid-murid?Guru Besar:Sepanjang pemerhatian dan pemantauan saya di sekolah ini, saya mendapati bahawa murid-murid di sekolah ini tidak mempunyai daya persaingan yang positif, namun malangnya mereka berpuas hati dengan pencapaian semasa mereka, dan tidak ingin memperkembangkan prestasi diri untuk ke arah yang lebih cemerlang. Oleh itu, demi memperbaiki keadaan yang negatif itu, kami telah mengambil langkah untuk membentuk 1 kumpulan berdasarkan potensi dan bakat dalam kalangan murid yang sama tahun, bukan berdasarkan kepada keputusan namun kumpulan dibentuk adalah berdasarkan pada potensi dan bakat yang dimiliki oleh para murid. Menerusi kaedah ini barulah guru-guru mampu memberi fokus kepada para murid yang lemah dan memerlukan pemulihan. Setelah setahun lebih kami melaksanakan langkah ini, kami mendapati bahawa keberkesannya adalah ke arah yang positif.Saya:Pada hemat puan adakah pencapaian dalam akademik lebih penting daripada pencapaian aktiviti kokurikulum?Guru Besar:Ya saya setuju pada pernyataan tersebut, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak dimansuhkan oleh kerajaan, namun ia diberi penambahbaikan. Antara perubahan yang dicadangkan dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik. Hal ini sama seperti pelajar Tingkatan 3, mereka dikehendaki menduduki pepriksaan penilaian peringkat sekolah yang akan bermula pada tahun 2016.Saya:Puan Guru Besar, adakah kegiatan kokurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) kini makin hari makin merosot? Guru Besar :Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan-kegiatan kokurikulum SJKC kini menghadapi kemerosotan. Antara faktornya termasuklah sikap ibu bapa yang hanya mengutamakan keputusan akademik semata-mata, dan faktor kekurangan pendidik yang berkemahiran dalam bidang sukan dan permainan khususnya.Saya :Puan guru besar, nampaknya masa begitu mencemburui kita, sebelum kita menamat temu bual kita pada hari ini, adakah puan mempunyai apa-apa pesanan dan nasihat kepada kami sebagai para bakal pendidik yang akan menentukan nasib negara dan bangsa pada masa hadapan?Guru Besar:Saya ingin menasihati kepada segenap bakal pendidik yang akan digelar sebagai cikgu yang berperanan sebagai arkitek yang akan mencorakkan negara dan bangsa agar mesti ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas kita sebagai soerang insan pendidik. Saya berhemat bahawa seseorang guru yang ikhlas dalam mendidik anak-anak murid mesti diminati oleh murid. Sebagai seorang pendidik yang berkualiti dan memang berjiwa guru seharusnya tegas bukannya garang terhadap murid, khususnya bagi guru permulaan yang memasuki ke kelas pada hari yang pertama. Jika tidak akan menyebabkan ketidakpercayaan murid, justeru setiap pendidik seharusnya mencari jalan yang efektif untuk bersosial dengan para murid. Guru perlu memasuki ke alam kanak-kanak dan pemikiran mereka demi memahami pemikiran para murid. Setiap guru tidak patut hanya terkongkong dan hanya terikat dengan proses pembelajaran dan pengajaran sahaja, namun perlu mencetuskan kreativiti para murid dengan mengaitkan pengajaran dengan isu-isu semasa agar para murid mampu lebih memahami dan tidak ketinggalan zaman. Selain itu, persediaan awal sebelum guru masuk ke kelas untuk memulakan pengajaran adalah amat penting, dan guru digalakkan untuk mengadakan cara pengajaran yang tersendiri dan unik. Contohnya, guru perlu menyediakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang menarik dan sesuai dengan anak-anak murid kita. Contohnya, hari ini ingin mengajar tentang and dan but para guru boleh menggunakan cara soal selidik terdahulu untuk meminta murid mengisi borang itu dan menyuruh anak-anak murid kita membina ayat dengan berdasarkan borang yang telah diisi oleh rakannya. Akhir sekali, saya menasihati agar setiap bakal pendidik haruslah menjadi insan yang sukarela untuk menghadiri ke apa-apa kursus yang ditawarkan oleh pihak atasan dan tidak melepaskan mana-mana peluang untuk meningkatkan profesionalisme keguruan walakin mempunyai beban dari segi keluarga dan ekonomi kerana peluang bukan sentiasa disediakan, dan pengalaman adalah datang dari belajar. Jadi, itu sahaja nasihat saya kepada para insan pendidik.Saya:Terima kasih banyak Puan atas nasihat dan pengalaman yang amat berguna untuk kami semua. Saya yakin bahawa nasihat puan akan kami ingat sehingga ke akhirat demi mencorakkan diri sebagai seorang insan pendidik yang berkualiti dan berketrampilan. Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada puan atas kesudian untuk berkongsi pengalaman dan hemat yang begitu baik kepada kami. Guru Besar: Sama-sama