Upload
amir-chemor
View
164
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
contoh pembinaan sistem inventory
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: SISTEM INVENTORI E-PARTS (E-PARTS INVENTORY SYSTEM)
SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006
Saya SIEW VEE MING (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 26A, JALAN PANDAN INDAH 4/30 TUAN HAJI MOHD TAIB WAHID PANDAN INDAH Nama Penyelia 55100 KUALA LUMPUR Tarikh : 26 NOVEMBER 2005 Tarikh : 26 NOVEMBER 2005 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda.
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Komputer.
Tandatangan :
Nama Penyelia : Tuan Haji Mohd Taib Wahid
Tarikh : 26 November 2005
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama : Siew Vee Ming
Tarikh : 26 November 2005
i
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Taib Bin Wahid selaku
penyelia PSM saya. Tidak lupa juga, masa yang telah diluangkan untuk berbincang
berkenaan projek yang dijalankan sambil memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan laporan
ini.
Penghargaan terima kasih juga turut ditujukan kepada Pengurus Unit SCan
Support, Encik Baharuddin Jalaluddin dan Penolongnya, Encik Araman Lingga yang
memberi kebenaran untuk menjalankan kajian projek di pejabat mereka. Tidak lupa juga
kakitangan kakitangan yang juga terlibat dalam memberikan sumbangan mereka.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada keluarga yang tersayang dan
rakan rakan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan serta kepada semua
pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyiapkan projek ini. Terima
kasih ke atas segala bantuan dan idea mereka. Segala jasa baik dan budi akan tetap dalam
ingatan.
ii
ABSTRAK
Sistem inventori E-parts untuk Unit SCan Support, Telekom Malaysia
merupakan satu sistem untuk mempertingkatkan produktiviti dan mengurangkan masalah
penyelewengan bekalan alat-alat ganti komputer di stor pusat. Methodologi yang telah
digunakan ialah methodologi Air Terjun. E-parts dibangunkan dengan menggunakan
bahasa pengaturcaraan PHP dan MySQL untuk membina pangkalan data. Sistem E-parts
dibangunkan berasaskan teknologi web dan boleh dicapai dengan mudahnya. Sistem E-
parts menyediakan penyimpanan data serta status alat-alat ganti, data pengguna-
penggunanya dan penjanaan laporan. Diharap sistem ini dapat memberkati mereka yang
lain di masa depan.
iii
ABSTRACT
The E-parts inventory system for Scan Support Unit of Telekom Malaysia has
been designed in line to increase work productivity and at the same time to decrease the
risk of abuse of computer spare parts in the central store. Water Fall Methodology has
been deployed for the development stages. E-parts system was developed using PHP
programming language and MySQL for database design. E-parts system was developed
based on web technology and can be access easily. E-parts system provides data storage
and status for spare parts, users data and report generation. Hopefully this will benefit
the others in days to come.
iv
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI LAMPIRAN x
BAB 1 PENGENALAN 1-6
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Objektif Projek 3
1.5 Skop Projek 4
1.6 Justifikasi Dan Kepentingan Projek 5
1.7 Ringkasan 6
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 7-22
2.1 Pendahuluan 7
2.2 Latarbelakang SCan Support 7
2.2.1 Carta Organisasi SCan Support 8
2.3 Perlaksanaan Sistem Inventori Semasa 9
2.4 Ciri-ciri E-Parts 11
v
2.4.1 Perbezaan Antara Pembelajaran Tradisional
Dan E-Parts 11
2.4.2 Keperluan Sistem E-Parts 12
2.4.3 Model E-Parts 12
2.5 Pendekatan Kepada Aplikasi Internet 14
2.5.1 Pengenalan Kepada Internet 14
2.5.2 World Wide Web (WWW) 15
2.5.3 Hypertext Transfer Protocol (HTTP) 16
2.5.4 Hypertext Markup Language (HTML) 16
2.6 Pelayan Pengguna 17
2.6.1 Konsep Pelayan Pelanggan 18
2.7 Pemerhatian Sistem 19
2.8 Ringkasan 21
BAB 3 METHODOLOGI 23-37
3.1 Pendahuluan 23
3.2 Kajian Ke Atas Methodologi 24
3.2.1 Fasa-fasa Dalam Pendekatan Prototaip
Evolusi 24
3.3 Kajian Terhadap Methodologi Sistem 27
3.4 Analisa Keperluan Sistem 28
3.4.1 Justifikasi Perkakasan 29
3.4.1.1 Spesifikasi Perkakasan 30
3.4.2 Spesifikasi Perisian 31
3.4.2.1 Justifikasi Perisian 32
3.5 Perancangan Kerja 34
3.6 Ringkasan 37
BAB 4 REKEBENTUK SISTEM 38-44
4.1 Pengenalan 38
4.2 Kajian Sistem Semasa 39
vi
4.3 Pengumpulan Maklumat 39
4.4 Rekabentuk Sistem 40
4.4.1 Rekabentuk Rajah Konteks 41
4.4.2 Rekabentuk Aliran Data 41
4.5 Rekabentuk Pengkalan Data 41
4.6 Spesifikasi Input dan Output 42
4.6.1 Spesifikasi Input 43
4.6.2 Spesifikasi Output 44
4.7 Rekabentuk Antaramuka Sistem 45
4.8 Ringkasan 46
BAB 5 PERLAKSAAN DAN HASIL 47-66
5.1 Pendahuluan 47
5.2 Konfigurasi Pangkalan Data Sistem 48
5.3 Pembangunan Antaramuka Sistem 49
5.4 Pembangunan Modul 50
5.4.1 Modul Login 50
5.4.2 Modul Senarai Vendor 52
5.4.3 Modul Supplier 53
5.4.4 Modul Products 54
5.4.5 Modul Search 56
5.4.6 Modul Pengemaskinian Pengguna 57
5.5 Penulisan Dan Pengkodan Aturcara 59
5.6 Pengintegrasian Sistem 59
5.7 Pengujian Sistem 60
5.7.1 Pengujian Positif 60
5.7.2 Pengujian Negatif 62
5.7.3 Pengujian Dinamik 63
5.7.4 Pengujian Unit 64
5.8 Manual Pengguna 65
5.9 Ringkasan 65
vii
BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 67-72
6.1 Pengenalan 65
6.2 Kelebihan Sistem 67
6.3 Kelemahan Sistem 69
6.4 Perbincangan 70
6.4.1 Kekangan 70
6.4.2 Cadangan Pembaikan Sistem 71
6.5 Rumus Hasil Projek 72
RUJUKAN 73
LAMPIRAN 74 - 117
viii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Keperluan minimum untuk perkakasan 29
3.2 Spesifikasi Perisian 31
4.1 Rekabentuk Pangkalan Data Sistem 42
ix
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Senibina Pelayan - Pelanggan 19
2.2 Contoh Antaramuka Sistem Inventori 20
2.3 Contoh Antaramuka Sistem Inventori 21
5.1 Skrin Login 51
5.2 Skrin Paparan Menu Utama 52
5.3 Skrin Senarai Vendor 53
5.4 Skrin Supplier 54
5.5 Skrin Products 55
5.6 Skrin Stocks Balance 56
5.7 Skrin Search 57
5.8 Skrin Penyelenggaraan Pengguna Biasa 58
5.9 Skrin Penyelenggaraan Pengguna Dengan Kuasa 58
Pentadbir
5.10 Skrin Login 61
5.11 Skrin Paparan Menu Utama 62
5.12 Skrin Tambah Data Pembekal Baru 64
5.13 Kemasukan Data Yang Tidak Lengkap 65
x
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Carta Gantt
B Carta Organisasi SCan Support
C Contoh Borang Permohonan Alat Ganti Sedia Ada
D Fasa-fasa Pembangunan Dalam Methodologi Prototaip
E Carta Aliran Semasa
F Soalan Temubual
G Rekabentuk Rajah Konteks
H RekaBentuk Rajah Aliran Data Dan Aras-arasnya
I Rekabentuk Rajah Kes Guna
J Rekabentuk Rajah Jujukan Dan
Rajah Guna Keseluruhan
K Senarai Alatganti Yang Akan Dimasukkan Ke Dalam Sistem
L Pangkalan Data
M Manual Pengguna
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam era teknologi maklumat, perkhidmatan komputer semakin maju. Ia telah
menjadi satu alat yang penting dalam kehidupan seharian kita. Di samping itu, kerajaan
juga tidak ketinggaan di dalam memperkenalkan pelbagai usaha untuk memajukan
industri berasaskan komputer yang dinamakan Information Communication Technology
(ICT). Justeru itu, penggunaan komputer dalam bidang inventori boleh dikatakan bukan
satu perkara yang baru dalam era terkini.
Teknologi Internet secara tidak langsung dapat memperkembangkan lagi sistem
Inventori yang sedia ada. Sistem Inventori berasaskan web merupakan salah satu
aplikasi internet yang samakin pesat dibangunkan untuk memudahkan pengguna untuk
memesan barang dari mana-mana lokasi.
2
Sistem E-parts untuk Unit SCan Support, Telekom Malaysia telah dibangunkan
khususnya sebagai satu cara untuk mempertingkatkan produktiviti petugas disamping
mengurangkan masalah penyelewengan bekalan alat-alat ganti komputer di stor pusat.
Dengan adanya sistem cadangan ini, ia akan dapat membantu penyelia-penyelia dan
petugas-petugas dalam kerja penyelenggaraan peralatan komputer milik syarikat di
seluruh Malaysia.
1.2 Latarbelakang Masalah
Sistem kawalan inventori yang diamalkan pada masa kini sentiasa menyebabkan
kekeliruan. Ia menyumbangkan masalah besar lebih-lebih lagi apabila kakitangan stor
bercuti. Ini adalah kerana Petugas Gantian kadang-kala terlupa untuk megemaskini fail
inventori peralatan stor.
Selain dari itu, ia juga didapati agak sukar untuk menentukan corak permintaan
alat ganti. Statistik kekerapan peralatan peralatan juga sukar diketahui dan dikira.
Faktor penyelewengan peralatan juga kerap berlaku. Semasa proses pengauditan
stor, Penolong Pengurus mendapati angka di dalam fail inventori sentiasa berbeza dengan
jumlah fizikal alat ganti tersebut. Ketidaksamaan angka ini menyebabkan kesukaran
unuk mengawal stor tersebut jika diaudit oleh Jabatan Audit Dalam.
Bagi Petugas yang ingin meminta alat ganti, mereka terpaksa menelefon
Juruteknik yang bertugas di dalam stor tersebut bagi mengetahui status alat ganti yang
diminta. Proses ini diapati agak sukar, sebab ia memakan masa.
3
1.3 Penyataan Masalah
Terdapat beberapa isu yang timbul semasa aktiviti pembangunan sistem E-Parts.
Persoalan yang utama ialah, Dapatkah sistem ini membantu menyelesaikan masalah
sistem semasa ?. Selain daripada itu, juga terdapat beberapa persoalan yang lain iaitu :
i. Adakah sistem inventori yang sedia ada dapat ditukarkan kepada sistem
inventori yang berasaskan komputer yang mempunyai teknologi web ?
ii. Adakah dengan adanya sistem cadangan ini dapat mengatasi masalah
perbezaan angka dalam fail dan angka fizikal ?
iii. Adakah permantauan status alatganti dapat dikenalpasti dengan lebih jitu ?
iv. Adakah sistem ini dapat menyenangkan sesiapa yang mengganti kakitangan
stor jika mereka mengambil cuti ?
1.4 Objektif Projek
Tujuan utama sistem E-Parts ini dibangunkan adalah untuk membolehkan proses
inventori dapat berjalan dengan lancar. Antara objektif-objektif ini ialah :
4
i. Sistem dapat memastikan bekalan semua alat ganti di stor sentiasa ada
sebelum kehabisan.
ii. Sistem dapat memudahkan status alat ganti komputer dicapai di mana-
mana jua melalui kemudahan web.
iii. Jumlah baki alat ganti yang betul dan tepat dari masa ke semasa dapat
direkod dengan betul tanpa merujuk kepada fail inventori.
Diharap dengan objektif yang dinyatakan bagi sistem yang dibangunkan, akan
dapat mengatasi masalah yang wujud dalam sistem semasa.
1.5 Skop Projek
Di antara skop yang telah digariskan dalam pembangunan sistem ini adalah
seperti berikut :
i. Telah menghasilkan satu prototaip sistem E-Parts bagi Petugas SCan
Support.
5
ii. Sistem ini boleh digunakan oleh Petugas, Juruteknik Stor, Penolong
Pengurus dan Pengurus untuk melihat status alat ganti stor pada bila-bila
masa.
1.6 Justifikasi Dan Kepentingan Projek
Sistem E-parts ini telah dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada Petugas,
Juruteknik Stor dan juga Penolong Pengurus dalam proses inventori. Namun begitu, ia
bukanlah untuk menggantikan sistem inventori secara tadisional sepenuhnya. Dengan
adanya sistem ini, serba sedikit ia akan membantu meningkatkan kadar pencapaian alat
ganti oleh para petugas.
Pembangunan sistem E-parts yang sebegini dapat dilihat sebagai satu keperluan
dalam era yang berteknologi dan masa yang akan datang. Dengan adanya sistem E-Parts,
keperluan alat ganti komputer dapat dipenuhi.
6
1.7 Ringkasan
Sistem E-parts yang telah dibangunkan adalah merupakan salah satu alat bantu
dalam proses inventori. Kajian dan analisa masalah telah dilakukan untuk mengenalpasti
masalah yang wujud dalam sistem semasa. Dengan melakukan aktiviti penganalisaan,
objektif sistem dapat dibangunkan dan skop masalah juga telah ditentukan agar kerja
pembangunan dapat berjalan lancar. Methodologi prototaip telah digunakan untuk
membangunkan sistem kerana ia amat bersesuaian dengan pembangunan yang singkat
disamping melibatkan kos yang kurang.
7
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Kajian literatur merupakan satu kaedah bagi membincangkan secara terperinci
mengenai topik-topik utama yang berkaitan dengan kajian dan membolehkan projek
dirancang dan dilaksanakan. Melalui kajian literatur, objektif, skop dan masalah sistem
semasa dapat dikenalpasti. Untuk mendapat gambaran umum tentang projek, maklumat
diperolehi menerusi temubual dan analisa dokumen yang berkaitan serta pengumpulan
dokumen yang berkaitan.
2.2 Latar Belakang SCan Support
SCan Support merupakan bahagian penyelenggaraan peralatan kmputer di dalam
persekitaran syarikat. Bahagian ini mengendali satu stor simpanan peralatan gantian
8
komputer yang agak lengkap. Peralatan-peralatan yang disimpan dalam stor merangkumi
semua peralatan gantian komputer dari Bateri CMOS ke cakera keras dan sebagainya.
Selain, dari itu, peralatan untuk menguji prestasi sistem rangkaian komputer seperti
Fluke juga disimpan dalam stor pusat bagi tujuan memudah kerja-kerja petugas dalam
menangani masalah di lokasi pengguna.
Pada masa sekarang, seorang Penolong Pengurus ICTS dibantu oleh seorang
juruteknik ditugaskan bagi menjaga stor tersebut. Segala permintaan dari petugas untuk
peralatan gantian komputer perlu diluluskan oleh Penolong Pengurus dari Unit Petugas
tersebut terlebih dahulu.
Kemudian, petugas akan membawa borang yang telah diluluskan untuk
diserahkan kepada Juruteknik Stor dan alat ganti yang telah diminta akan diserahkan.
Juruteknik akan mengemaskini rekod alatganti yang terkini dalam fail sebelum
menghantar borang kelulusan kepada Penolong Pengurus untuk difailkan. Alat yang
telah digantikan akan dipindah kos kepada Unit Perlanggan. Rajah carta alir kerja SCan
Support boleh dirujuk dalam Lampiran E.
2.2.1 Carta Organisasi SCan Support
Carta organisasi pengurusan SCan Support boleh di rujuk di Lampiran B.
9
Visi SCan Support
Visi SCan Support ialah Do The Best For Our Customer. Ianya bermaksud
supaya segala kerja-kerja penyelenggaraan haruslah dijalankan mengikut masa yang
paling singkat.
Misi SCan Support
Di antara misi-misi yang telah digariskan oleh SCan Support ialah :
i. Memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja-kerja penyelenggaraan
peralatan komputer
ii. Melakukan semua kerja-kerja penyelenggaraan komputer di dalam tempoh
masa yang ditetapkan
2.3 Perlaksanaan Sistem Inventori Semasa
Sebelum memulakan pembangunan sistem, satu kajian telah dijalankan untuk
mengetahui cara-cara perlaksanaan sistem inventori semasa. Daripada kajian yang
dibuat, didapati tahap perlaksaan inventori tidak berasaskan komputer.
10
Perlaksanaan inventori ini bermula apabila petugas mendapati ada doket kerja
yang memerlukan alat ganti komputer. Petugas kemudian akan memohon alat ganti dan
borang akan ditandatangi oleh Penolong Pengurus sebelum ia diserahkan kepada
Juruteknik Stor.
Juruteknik ini kemudian akan mencari alat ganti di dalam stor kawalannya dan
belum tentu ianya wujud. Jika alat ganti tidak wujud, petugas akan menunggu bekalan
baru ataupun mengembalikan komputer yang rosak kepada pelanggan dengan
mengatakan bahawa belakan alat ganti tidak ada dalam stor.
Pelanggan mungkin terpaksa membeli sendiri melalui wang panjar runcit (petty
cash) unit berkenaan. Ataupun mereka akan menggunakan perkhidmatan vendor luar.
Polisi syarikat juga kadang-kala menyusahkan kerja-kerja pengesanan semula alat
ganti. Alat ganti yang ditempah juga memakan masa lebih kurang dua bulan untuk
sampai.
11
2.4 Ciri-ciri E-Parts
Secara umumnya, E-Parts atau Sistem Inventori berkomputer adalah satu
perisian sistem yang menggunakan bil bahan, perjalanan, inventori, arahan kerja, pesanan
jualan, pesanan pembelian, pesanan pemindahan dan maklumat lain untuk mengira
kerperluan bahan mentah. Juga lebih dikenali sebagai Material Resource Planning,
Manufacturing Resource Planning Software, Materials Management Software,
Material Requirements Planning Software, dan Manufacturing Requirements
Planning Software
2.4.1 Perbezaan Antara Pembelajaran Tradisional Dan E-Parts
Di dalam sebarang bentuk kawalan inventori, kejayaannya banyak bergantung
kepada usaha kakitangan stor dan pihak pengurusan. Bagaimana pun, untuk tujuan
perbandingan, diberikan perbezaan di antara kawalan inventori tradisional dan E-Parts.
Di dalam sistem kawalan inventori tradisional, dedikasi, kecekapan dan kejujuran
pekerja amat diharapkan bagi menentukan tidak ada sebarang penyelewengan berlaku.
Juga, ianya menyukarkan kerja-kerja pengauditan sekiranya berlaku sebarang ketidak
tepatan dalam angka inventori dan angka fizikal.
Di dalam sistem inventori berkomputer seperti E-Parts, kita dapat kesan sekiranya
ada penyelewengan berlaku akan dapat dikesan secara terus. Kerja-kerja pengauditan
12
juga dapat dilakukan dengan mudah. Jejak audit juga adalah sentiasa tepat. Faktor lain
termasuk kemudahan untuk sesiapa mencari dan mengetahui status bekalan dalam stor.
2.4.2 Keperluan Sistem E-Parts
E-Parts membolehkan petugas-petugas untuk memastikan bekalan alat ganti
sentiasa ada sebelum berjumpa dengan pelanggan. Di samping itu, mereka juga boleh
menentukan kelancaran untuk memperolehi alat ganti jika juruteknik stor bercuti.
2.4.3 Model E-Parts
Beberapa model dicadangkan untuk perlaksanaan E-Parts di SCan Support.
Model yang dicadangkan terdiri daripada:
i. QMS Project Materials Management System Dibina oleh QA Software Private Limited. QMS ialah sistem yang dibina untuk
pengurusan kuantiti besar bahan mentah seperti paip dan perkakasan, insulasi, peralatan
dan perkakasan elektrik dan juga penstrukturan besi di sumber utama projek.
13
ii. Savitr MRP Merupakan satu pakej lengkap MRP untuk industri kecil dan sederhana. Sistem
MRP ini berupaya untuk menampung pengilangan diskrit dan yang berterusan dalam
industri pengilangan. Savitr MRP dibangunkan oleh Savitr Software Services Private
Limited.
iii. Supply Chain Planning SCP SCP (Supply Chain Planning) dibangunkan oleh Jada Management Systems. Ia
memberikan kemudahan kepada pengurus bahan dan perancang bahan untuk mengawal
inventori. SCP juga boleh mempunyai keupayaan untuk menjejak inventori mengikut
fasa masa.
iv. Macola ES Material Requirements Planning Dibangunkan oleh Exact Software. Pakej Macola ES Material Requirements
Planning merupakan pakej perisian komputer yang sesuai untuk satu tapak perkilangan
dengan beberapa operasi gudang. Sistem canggih ini berupaya untuk mengawal kilang
dan operasi gudang secara serentak.
E-parts berasaskan sistem QMS Project Materials Management System. Ia
mempunyai kriteria yang agak sama dan melibatkan bahan-bahan mentah dalam satu
persekitaran tertutup dalam projek.
14
2.5 Pendekatan Kepada Aplikasi Internet
Terdapat beberapa pendekatan aplikasi internet yang telah digunakan iaitu seperti
Internet, World Wide Web (WWW), Hypertext Transfer Protocol (HTTP) dan Hyper text
Markup Language (HTML) yang akan diterangkan dalam segmen 2.5.2., 2.5.3 dan 2.6.4.
2.5.1 Pengenalan Kepada Internet
Dunia kini semakin berkembang dengan pelbagai teknologi-teknologi
diperkenalkan. Selaras dengan perkembangan teknologi ini maka wujudnya aplikasi
internet yang menjadi salah satu aplikasi interaksi yang paling penting kini di serata
dunia. Dengan adanya internet, komunikasi dapat berlaku walaupun berada di tempat
yang berlainan dan berjarak jauh.
Internet adalah sekumpulan komputer atau pelayan yang saling berhubung di
antara satu sama lain malalui pelbagai media contohnya seperti kabel, satelit, tanpa wayar
dan sebagainya.
Penggunaan internet bukan sahaja sekadar untuk berinteraksi malahan untuk
mencari maklumat-maklumat yang diperlukan. Internet boleh dihubungkan dari satu
tempat ke satu tempat melalui protokol yang dinamakan TCP/IP (Transfer Control
Protocol / Internet Protocol). TCP/IP adalah bahasa yang difahami oleh semua jenis
15
komputer yang dihubungkan ke internet dan tanpa protokol ini komputer tidak boleh
berkompunikasi dengan komputer lain di internet.
2.5.2 World Wide Web (WWW)
World Wide Web terdiri daripada komputer pelayan yang berada di seluruh dunia
dan ia mengandungi maklumat dalam bentuk teks dan format multimedia. Maklumat-
maklumat yang terkandung pada palayan yang berhubung ke internet umumnya
dipersembahkan melalui media WWW dalam format HTML (Hypertext Markup
Language). Format ini akan membenarkan teks ditukar kepada bentuk format yang lebih
menarik apabila diterjemah oleh pelayar Web Netscape Navigator, Microsoft Internet
Explorer dan Opera.
Pelayar web menggunakan pendekatan hypertext untuk melayari internet.
Hypertext adalah merupakan teknologi yang membolehkan teks dihubungkan antara satu
sama lain. Dengan Hypertext ini dokumen boleh dihubungkan dengan dokumen yang
lain. Selain dari itu, WWW juga menyediakan Antaramuka Pengguna Bergrafik (GUI)
supaya imej, bunyi dan video dapat dipaparkan pada skrin pengguna. Kesemua bahan-
bahan ini dihantar kepada pengguna melalui internet.
16
2.5.3 Hypertext Transfer Protocol (HTTP)
HTTP adalah protokol yang digunakan oleh WWW. Protokol ini adalah penting
dalam aplikasi web. Ia digunakan untuk mendefinisikan bagaimana pesanan diformat
dan dipindahkan serta tindakbalas yang seharusnya diambil oleh pelayan web dan pelayar
ke atas pelbagai arahan. Ia dikenali sebagai model Pelayan Pelanggan Bekerja.
HTTP menakrifkan bagaimana pelayan dan pelanggan berkomunikasi. Ia
merupakan protokol berorientasikan objek untukmenghantar maklumat antara pelayan
dan pelanggan. HTTP berasaskan paradigma permintaan-maklumbalas. Langkah
pertama yang berlaku adalah pelanggan yang membuat sambungan kepada pelayar web
dan akan menghantar satu permintaan kedapa pelayan. Seterusnya pelayan akan
menghantar maklumbalas (dokumen HTML) kepada pelanggan. Akhirnya hubungan
akan ditutup oleh pelayan.
2.5.4 Hypertext Markup Language (HTML)
HTML merupakan bahasa penanda hyperteks dan ia bukannya bahasa
pengaturcaraan tetapi bahasa skrip yang menerangkan cara mangambil teks yang
tersimpan dalam komputer. HTML akan digunakan untuk memberi arahan kepada
pengimbas WWW seperti Microsoft Internet Explorer atau Netscape. Pengimbas akan
menterjemahkan arahan-arahan tersebut yang mengawal bagaimana maklumat akan
dipaparkan pada dokumen web. HTML merupakan satu aplikasi yang mudah tapi amat
berkuasa dan ianya merupakan bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan pada mana-
mana platform.
17
2.6 Pelayan - Pengguna
Pelanggan dan pelayan merupakan elemen yang penting dalam penggunaan talian
internet sebagai satu cara untuk berkomunikasi. Pelayan akan melayan permintaan yang
dibuat oleh pelanggan dalam talian. Maklumat yang diterima oleh pelayan akan diproses
dan kemudian dihantar semula kepada pelanggan.
Pelayan pelanggan merupakan satu elemen yang penting dalam penggunaan
internet. Ia merupakan rangkaian yang mengintegrasikan dan mengagihkan data dan
pemprosesan pada pelbagai komputer. Pelayan mempunyai peranan untuk menyimpan
data-data dan aplikasi yang bertujuan untuk berkongsi data dan maklumat dengan
pengguna lain. Pelayan juga akan melakukan proses-proses panglakan data intensif.
Pelanggan pula adalah komputer yang menyediakan perkhidmatan dari segi
persembahan Antaramuka Pengguna Bergrafik, laporan dan sebagainya. Komputer
pelanggan akan menyimpan data mengikut kehendak pengguna dan melakukan interaksi
dengan pengguna.
18
2.6.1 Konsep Pelayan - Pelanggan
Apabila pelanggan inginkan maklumat-maklumat tertentu, komputer pelanggan
akan berhubung dengan komputer pelayan jarak jauh di mana maklumat yang
dikehendaki diperolehi. Biasanya komputer pelayan ditempatkan dalam Rangkaian
Kawalan Setempat (LAN). Apabila permintaan diterima, maklumat akan dipecahkan
kepada paket. Paket ini membawa maklumat alamat komputer dan paket ini akan
dihantar melalui kabel atau talian telefon.
Pelayan berfungsi untuk menyediakan sumber-sumber manakala pelanggan pula
akan menggunakan sumber-sumber yang terdapat pada komputer pelayan untuk tujuan
pemprosesan.
Dalam konteks pangkalan data pula, pelanggan akan bertindak sebagai stesen
kerja dan melaksanakan aplikasi pangkalan data. Pelanggan akan melaksanakan
permintaan daripada pengguna dan menghantar permintaan tersebut kepada pelayan.
Setelah pelayan menerima, ia akan memproses data untuk dihantarkan kepada pengguna
seperti dalam Rajah2.1.
19
Rajah 2.1: Senibina Pelayan Pelanggan
2.7 Pemerhatian Sistem
Pemerhatian dilakukan ke atas sistem inventori yang telah wujud. Contoh-contoh
sistem tersebut adalah seperti dalam Rajah 2.2 dan Rajah 2.3.
Sumber Data
Keputusan
Pelayan
Pelanggan
20
Rajah 2.2: Contoh Antaramuka Sistem Inventori
Dalam Rajah 2.2, antaramuka menunjukkan bahawa pengguna sistem perlu
membuat pendaftaran iaitu login dahulu sebelum memasuki sistem. Petugas yang ingin
mendaftar dikehendaki memberikan nombor kakitangan pengguna (Staff Number) dan
kata laluan (password). Penolong Pengurus akan mewujudkan id Petugas terlebih dahulu.
Jika nombor kakitangan pengguna atau kata laluan yang dimasukkan tidak tepat, maka
sistem tidak dapat dimasuki.
21
Rajah 2.3 : Contoh Antaramuka Sistem Inventori
Sistem seperti Rajah 2.3 membenarkan pengguna mencari alat ganti yang
dikehendaki.
2.8 Ringkasan
Bab 2 membincangkan tentang kajian literatur berkenaan dengan teknologi
teknologi yang berkaitan dengan pembangunan sistem dan model-model yang digunakan
dalam membangunkan sistem inventori. Kajian ini perlu dilakukan kerana sistem yang
22
akan dibangunkan akan berasaskan persekitaran web dan ia menggunakan model model
dan teknologi yang telah dibincangkan.
23
BAB 3
METHODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Dalam membangunkan Sistem Inventori ini, satu perancangan kerja yang teratur
diperlukan. Perancangan kerja yang telah dibuat ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
garis panduan untuk membangunkan projek dengan lebih sistematik dalam tempoh masa
yang ditetapkan.
Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam perancangan kerja ini merangkumi
pemilihan methodologi dan teknik yang sesuai digunakan untuk membangunkan sistem.
Selain dari itu, justifikasi methodologi, kaedah dan teknik yang telah dipilih perlu
dinyatakan. Dalam perancangan kerja ini, keperluan perkakasan dan perisian yang
diperlukan dalam pembangunan sistem juga perlu dinyatakan.
24
3.2 Kajian Ke Atas Methodologi
Methodologi projek yang telah dipilih dalam pembangunan sistem inventori E-
Parts ialah pendekatan Prototaip Evolusi. Pendekatan prototaip adalah proses yang
bermatlamat untuk membangunkan satu sistem percubaan dengan cepat serta mudah dan
akan dinilai oleh pengguna akhir. Ia merupakan lanjutan kepada methodologi air terjun.
Methodologi air terjun mempunyai masalah kerana tidak ada pengulangan fasa. Oleh itu,
untuk mengatasi methodologi prototaip telah diperkenalkan.
Methodologi ini akan melibatkan langkah-langkah pengulangan. Dengan ini,
sistem akan dapat diperbaiki dan bertambah baik dari masa ke semasa. Methodologi
Prototaip telah digunakan dalam pembangunan sistem inventori E-Parts ini kerana ianya
amat sesuai bagi organisasi yang ingin membangunkan sistem yang kecil dan mudah
digunakan. Fasa-fasa dalam pembangunan methodologi Prototaip Evolusi boleh dirujuk
dalam Lampiran D.
3.2.1 Fasa-fasa Dalam Pendekatan Prototaip Evolusi
Terdapat lima fasa utama dalam pembangunan sistem dengan menggunakan
Prototaip Evolusi iaitu :
25
i. Fasa Perancangan
Dalam fasa ini, kajian dilakukan untuk mengetahui bahawa methodologi
Prototaip Evolusi ini sesuai digunakan terhadap sistem yang ingin dibangunkan.
Daripada kajian yang telah dilakukan, didapati methodologi Prototaip Evolusi ini amat
sesuai digunakan untuk sistem inventori E-Parts. Untuk mengetahui keadaan semasa
sistem inventori di SCan Support, satu temubual telah diadakan dengan Pengurus Unit
iaitu En Baharuddin Jalaluddin dan En Araman Lingga yang selaku orang yang
bertanggungjawab tentang stor pusat di pejabat. Maklumat lain juga telah diperolehi
daripada carta organisasi terkini. Soalan temubual boleh dirujuk pada Lampiran F.
ii. Fasa Analisa
Fasa ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang
spefisifikasi sistem yang akan dibangunkan. Dengan ini, analisa telah dibuat berdasarkan
maklumat yang didapati daripada hasil temubual dalam fasa perancangan. Daripada
kajian yang telah dilakukan pada fasa perancangan, didapati beberapa masalah yang
timbul daripada sistem semasa seperti ketidaksamaan angka rekod dengan angka fizikal
alat ganti, status alat ganti terkini dan sebagainya, sistem inventori berkomputer ini
dibangunkan dengan tujuan dapat mengatasi masalah kelemahan sistem yang sedia ada.
Selain itu, perkakasan dan perisian yang akan digunakan dalam proses pembangunan
sistem cadangan juga dianalisa. Ini bertujuan untuk memastikan pilihan yang dibuat
sesuai dengan sistem yang hendak dibangunkan.
26
iii. Fasa Rekabentuk
Berdasarkan hasil yang diperolehi daripada fasa analisa, rekabentuk
prototaip yang merangkumi rekabentuk modul sistem, antaramuka dan pangkalan data
telah dihasilkan. Dalam fasa rekabentuk ini, antara perisian yang akan digunakan ialah
Dreamweaver, MySQL, PHP,Apache HTTP Server, Microsoft Office, dan Microsoft
Internet Explorer. Peralatan yang akan digunakan pula adalah komputer Pentium IV,
Monitor, pencetak, tetikus dan papan kekunci.
iv. Fasa Penbangunan
Proses pembangunan prototaip telah dilakukan apabila fasa rekabentuk
siap dihasilkan. Apabila sistem telah siap dibangunkan, ia ditunjukkan kepada organisasi
yang terlibat iaitu SCan Support untuk memastikan spesifikasi sistem dapat dipenuhi.
Pemasangan perisian dan perkakasan telah dilakukan untuk tujuan ini. Proses
pembangunan prototaip ini dilakukan dengan proses pengkodan dengan menggunakan
perisian Personal Home Page (PHP).
v. Fasa Pengujian
Dalam fasa ini, penilaian telah dilakukan ke atas sistem yang
dibangunkan. Sistem yang telah dibangunkan ini telah ditunjukkan kepada organisasi
iaitu pihak SCan Support. Proses pengujian prototaip telah dilakukan bersama mereka
untuk menilai sejauh mana pihak pengurusan berpuas hati. Jika pihak pengurusan
27
berpuas hati dengan sistem dan jika pihak pengurusan tidak berpuas hati, maka prototaip
akan diubah mengikut cadangan yang diberikan.
3.3 Kajian Terhadap Methodologi Sistem
Berikut merupakan beberapa sebab Prototaip Evolusi dipilih dalam pembangunan
Sistem E-Parts :
i E-Parts merupakan satu sistem yang kecil.
ii. E-Parts memerlukan pembaharuan yang berterusan dan pengubahsuaian yang
berterusan memandangkan prototaip dapat diubah dari masa ke semasa
dengan mudah untuk memenuhi keperluan organisasi.
iii. Pendekatan methodologi prototaip ini sesuai untuk E-Parts kerana ia tidak
memerlukan kos yang tinggi disamping dapat dibangunkan dalam masa yang
singkat.
28
iv. Kefahaman terhadap keperluan pengguna adalah tidak jelas. Pendekatan ini
dapat membantu dalam memahami keperluan pengguna di mana pengguna
terlibat sepanjang tempoh pembangunan.
Dengan ini, didapati penggunaan methodologi protoatip adalah amat sesuai
dengan sistem yang hendak dibangunkan.
3.4 Analisa Keperluan Sistem
Keperluan perkakasan dan perisian telah dikaji terlebih dahulu sebelum ia dipilih
untuk dilaksanakan dalam penbanguna E-Parts. Ini adalah untuk memastikan bahawa
perisian dan perkakasan yang digunakan adalah bersesuaian dengan sistem yang bakal
dibangunkan. Jenis jenis perkakasan dan perisian yang telah digunakan diterangkan
dalam seksyen 3.4.1 dan seksyen 3.4.2.
29
3.4.1 Justifikasi Perkakasan
Antara perkakasan yang akan digunakan dalam proses membangunkan E-Parts
adalah seperti dalam jadual 3.1 di bawah :
Jadual 3.1 : Keperluan minimum untuk perkakasan
Perkakasan Spesifikasi
Unit Pemprosesan Pusat Pentium IV / 3.0 GHz
Kapasiti Memori (RAM) 256 Mb
Kapasiti Cakera Keras 40 Gb
Monitor 1024 X 768
Tetikus Microsoft
Pencetak HP LaserJet 1600
Perkakasan seperti di dalam jadual 3.1 telah digunakan sepanjang proses
pembangunan sistem.
30
3.4.1.1 Spesifikasi Perkakasan
Beberapa justifikasi perkakasan yang dipilih dalam pembangunan sistem ini
adalah :
i. Unit Pemprosesan Pusat Unit pemprosesan pusat yang digunakan ialah
Pentium IV. Unit pemprosesan pusat yang diperlukan agak tinggi supaya
proses pembangunan sistem E-Parts dapat dilakukan dengan lancar serta lebih
cepat.
ii. Kapasiti Memori Kapasiti memori minima ialah 256 Mb. Ini adalah kerana
sistem pengoperasian sistem terkini seperti Microsoft XP Professional
memerlukan memori yang tinggi bagi menjamin kesempurnaan sistem. Juga,
banyak data daripada inventori akan dimuatkan kedalam sistem. Oleh itu,
semakin tinggi kapasiti memori, data - data dapat dimuatkan dengan lebih
cepat.
iii. Kapasiti Cakera Keras Kapasiti paling minima cakera keras yang diperlukan
ialah 40 Gb. Jumlah ini diperlukan untuk menyimpan data-data yang
berkaitan.
31
Perkakasan perkakasan ini amat penting dalam menjayakan pembangunan
sistem dan ia telah digunakan sepanjang sistem dibangunkan.
3.4.2 Spesifikasi Perisian
Beberapa spesifikasi perisian yang akan digunakan adalah seperti dipaparkan
dalam Jadual 3.2 di bawah :
Jadual 3.2 : Spesifikasi Perisian
Kategori Nama Perisian
Perisian Teknologi Personal Home Page (PHP) 4.4.0
Apache HTTP Server 2.0.54
My SQL 4.1.1.3a
phpMyAdmin 2.6.3-pl1
Macromedia Dreamweaver MX 2004
Microsoft Internet Explorer 6.0
Perisian Aplikasi Microsoft Office 2003
Microsoft Project 2003
My SQL 4.1.1.3a
32
Perisian yang disenaraikan di atas telah digunakan dalam proses membuat
dokumentasi dan merekabentuk sistem cadangan.
3.4.2.1 Justifikasi Perisian
Justifikasi perisian yang telah digunakan dalam pembangunan sistem adalah
seperti di bawah :
i. Perisian Teknologi
a) Personal Home Page (PHP) 4.4.0 perisian ini digunakan kerana ia
mampu berinteraksi dengan pengkalan data dengan mudah. Ia juga boleh
digunakan dalam fail HTML sendiri. Sintak yang dimasukkan akan
diproses secara keseluruhan pada pelayan dan dipaparkan hasilnya pada
pelayar web. Pangkalan data yang menyokong PHP ialah MySQL.
b) Apache HTTP Server 2.0.54 Perisian web server perlu dalam segala
pembangunansistem yang menggunakan bahasa PHP. Pemilihan perisian
ini dibuat berdasarkan keberkesanan ia memproses skrip PHP.
33
c) MySQL Perisian pengkalan data ini dipilih dalam pembangunansistem
ini kerana ia adalah pengkalan data yang menyokong penggunaan bahasa
PHP. Perisian bantuan phpMyAdmin 2.6.3-pl1 digunakan untuk tujuan
pengubahsuaian dan penyelenggaraan pangkalan data.
d) Macromedia Dreamweaver MX 2004 perisian ini sesuai digunakan
dalam pembangunan projek kerana ia ramah pengguna serta mudah
digunakan. Perisian ini mampu menghasilkan antaramuka pengguna
bergrafik web disamping menyokong penggunaan PHP.
e) Microsoft Internet Explorer Juga dikenali sebagai web browser.
Berkemampuan untuk berhubung dengan browser lain apabila
disambungkan kepada internet. Perisian ini dapat dipersembahkan dengan
menggunakan halaman web seperti HTML yang mengandungi Uniform
Resource Location (URL) yang merupakan alamat bagi sesuatu sumber
internet.
34
ii. Perisian Aplikasi
a) Microsoft Office 2003 Perisian perisian yang terdapat dalam Microsoft
Office 2003 seperti Microsoft Word adalah sesuai digunakan dalam proses
dokumentasi dan rekabentuk E-Parts. Microsoft Word juga digunakan
untuk menghasilkan laporan dan dokumen yang penting.
b) Microsoft Project 2003 digunakan untuk membuat perancangan kerja
supaya aktiviti aktiviti pembangunan sistem dapat dijalankan dengan
lancar.
Perisian perisian seperti di atas telah digunakan sepanjang proses
membangunkan sistem cadangan.
3.5 Perancangan Kerja
Perancangan kerja dalam pembangunan sistem adalah penting untuk memastikan
aktiviti pembangunan dapat dijalankan dengan lancar dalam masa yang telah ditetapkan.
35
Peringkat pertama dalam perancangan kerja memokuskan kepada analisa masalah
semasa, menentukan skop dan objektif sistem, membuat kajian literatur serta
perancangan kerja. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan dalam peringkat pertama
ialah :
i. Mengemukakan cadangan tajuk Cadangan tajuk telah dibuat berdasarkan
perbincangan dengan penyelia.
ii. Membuat pemilihan organisasi Pemilihan organisasi telah dibuat dan
seterusnya mendapatkan persetujuan organisasi berkenaan.
iii. Mendapatkan maklumat daripada organisasi yang dikaji melalui temubual.
iv. Mengkaji dan menganalisa maklumat yang telah diperolehi Segala
maklumat yang telah diperolehi dikaji dan dianalisa untuk mengetahui
dengan lebih mendalam.
v. Memilih methodologi yang sesuai untuk digunakan dan teknik rekabentuk
yang sesuai dalam pembangunan sistem. Methodologi yang telah dipilih
ialah methodologi prototaip.
vi. Menyediakan laporan awal projek satu Laporan awal projek satu telah
disediakan berdasarkan kajian yang telah dilakukan.
36
vii. Menyediakan bahan pembentangan projek satu.
Dalam peringkat kedua pula melibatkan proses merekabentuk sistem,
pembangunan sistem, perlaksanaan dan pengujian ke atas sistem yang telah dilakukan.
Aktiviti - aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh perlaksanaan ditunjukkan dalam
Carta Gantt pada Lampiran A.
37
3.6 Ringkasan
Kesimpulannya, dalam bab ini, perancangan kerja adalah penting untuk
menentukan pemilihan methodologi dan teknik / kaedah yang telah digunakan dan
bersesuaian dengan sistem. Methodologi yang telah dipilih dalam membangunkan sistem
E-Parts ini ialah Methodologi Evolusi. Bab yang seterusnya akan menerangkan tentang
rekabentuk sistem yang telah terlibat sepanjang pembangunan sistem.
38
BAB 4
REKABENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan
Dalam bab empat ini, rekabentuk E-Parts telah dibangunkan berdasarkan kepada
maklumat yang diperolehi daripada kajian dan hasil analisa yang telah dibuat.
Rekabentuk ini merangkumi rekabentuk sistem semasa dan rekabantuk sistem cadangan.
39
4.2 Kajian Sistem Semasa
Daripada kajian yang telah dilakukan, didapati cara kawalan inventori di SCan
Support masih lagi secara tadisional. Banyak proses secara tangan masih dipraktikkan.
4.3 Pengumpulan Maklumat
Terdapat beberapa cara dalam kaedah pengumpulan maklumat ini iaitu keadah
temubual, lawatan ke stor pusat dan pembacaan buku-buku rujukan. Kaedah ini amat
berguna untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
i. Kaedah Temubual
Sebelum sistem ini dibangunkan, satu sesi temubual telah diadakan
dengan Pengurus Unit dan Penolongnya di SCan Support. Temubual merupakan
satu temujanji yang dirancang antara penulis dengan organisasi untuk
mendapatkan maklumat. Kaedah temubual adalah salah satu teknik pengumpulan
maklumat yang penting dalam fasa analisa sistem. Hasil daripada temubual ini,
40
berbagai maklumat telah diperolehi seperti menentukan skop, matlamat, objektif
projek dan kelemahan dalam sistem semasa.
Antara soalan soalan yang telah ditemubual dangan pihak yang terlibat
dalam pembangunan sistem ini dinyatakan dalam Lampiran F.
ii. Pembacaan
Kaedah pembacaan juga telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat
mengenai sistem yang hendak dibangunkan. Bahan bahan bacaan yang dijadikan
rujukan ialah buku buku Sistem Inventori.
4.4 Rekabentuk Sistem
Dalam merekabentuk sistem yang telah dicadangkan ini, permodelan UML dan
Microsoft Visio digunakan. Ia mengandungi elemen grafik yang boleh digabungkan
untuk menjadi Rajah Konteks, Rajah Aliran Data dan Rajah Kelas dapat dihasilkan.
41
4.4.1 Rekabentuk Rajah Konteks
Rajah Konteks menerangkan tentang sistem, persekitaran dan juga hubungan di
antara pengguna dan sistem. Ia boleh dirujuk menerusi Lampiran G.
4.4.2 Rekabentuk Aliran Data
Rajah Aliran Data menerangkan aliran data di dalam sistem. Selain dari itu, ia
juga dipecahkan mengikut tahap. Ia boleh dirujuk menerusi Lampiran H.
4.5 Rekabentuk Pangkalan Data
Sistem Pangkalan Data dalam sistem ini adalah berkaitan dengan pelbagai aktiviti
menyimpan dan menguruskan data yang berkaitan dengan organisasi. Pangkalan data ini
berkaitan dengan fail yang disimpan di dalam pangkalan data sistem. Jadual 4.1
menerangkan tentang pangkalan data yang terdapat dalam sistem.
42
Jadual 4.1 : Rekabentuk Pengkalan Data Sistem
Nama Pengkalan Data Keterangan
Pangkalan Data Admin Mengandungi id_admin, nama, nama
pengguna, kata laluan
Pangkalan Data Pengguna Mengandungi id_petugas, nama
id_penyelia, kata laluan
Pangkalan Data Alat Ganti Mengandungi id_alat, nama alat, bil_asal,
bil_baki
Pangkalan Data Transaksi Mengandungi no_transaksi, id_petugas,
id_alat, tarikh, butiran, id_penyelia, status
Daripada jadual 4.1 di atas, dapat diketahui pangkalan pangkalan data yang
terdapat dalam sistem dan data-data yang telah disimpan dalam pangkalan data tersebut.
4.6 Spesifikasi Input dan Output
Rekebentuk awalan merupakan rekabentuk logikal sistem yang menekankan
kepada hubungan antara komponen-komponen dan fungsi logikal setiap komponen.
Rekabentuk awalan merangkumi input, proses dan output.
43
Input adalah penting untuk membolehkan pengguna memasuki sistem dan sistem
berjalan. Daripada input yang dimasukkan oleh pengguna seterusnya akan terhasilnya
output yang akan dipaparkan oleh sesuatu sistem.
4.6.1 Spesifikasi Input
Sesuatu sistem yang telah dibina seharusnya mengandungi input pengguna. Input
pengguna ini amat penting untuk pengguna memasuki sistem. Untuk sistem E-Parts,
input pengguna adalah seperti berikut :
i. Memasukkan nombor kakitangan dan katalaluan Pengguna memasukkan
nama dan kata laluan
ii. Klik bar menu Pengguna akan membuat pilihan menu yang dikehendaki.
iii. Memilih alat ganti Pengguna mencari alat ganti yang dikehendaki dan
seterusnya mencetak permintaannya kepada Penyelia.
44
iv. Keluar sistem Pengguna akan memekan butang Exit untuk keluar dari
sistem.
Spesifikasi input seperti di atas adalah berkenaan dengan data yang dimasukkan
oleh pengguna.
4.6.2 Spesifikasi Output
Setiap sistem yang dibangunkan mengandungi output - output yang dihasilkan
oleh sistem. Spesifikasi output bagi sistem E-Parts adalah :
i. Paparan Menu mengikut pilihan butang yang dipilih Paparan menu
mengikut pilihan pengguna
ii. Paparan alat ganti serta statusnya Status terkini bilangan alat ganti dalam
stor.
iii. Sejarah permintaan pengguna Satu jejak audit untuk mengetahui status
permohonan pengguna tersebut.
45
iv. Menghantar E-mail kepada pihak penerima Mengeluarkan E-mail secara
automatik kepada mana-mana pihak yang perlu memberi notis.
Spesifikasi output seperti di atas adalah berkenaan dengan hasil yang telah
diperolehi daripada hasil yang telah diproses oleh sistem.
4.7 Rekabentuk Antaramuka Sistem
Antaramuka sistem merupakan penghubung di antara pengguna dengan sistem.
Antaramuka yang dihasilkan mestilah mesra pengguna dan mudah difahami bagi
memudahkan pengguna menggunakannya. Rekabentuk yang pratik perlu supaya Petugas
dapat mencari alat ganti dengan mudah sekali.
46
4.8 Ringkasan
Secara kesimpulannya, rekabentuk awalan projek bertujuan untuk memberi
gambaran yang menyeluruh tentang rekabentuk sistem yang ingin dibangunkan dan juga
sistem semasa.
47
BAB 5
PELAKSANAAN DAN HASIL
5.1 Pendahuluan
Bab ini menerangkan tahap kritikal dalam pembangunan sistem inventori E-parts.
Ia merangkumi proses pemasangan perisian seperti yang telah dicadangkan dalam bab
3.4.2. Pemecahan sistem ke dalam modul-modul yang akan dibangunkan secara
berasingan. Di samping itu, pengujian hendaklah dilakukan dengan teliti bagi
memastikan tidak ada masalah input dan output di antara modul-modul.
Bagi modul-modul yang kerap digunakan seperti penambahan, pengemaskinian
dan paparan data, ianya dibangunkan mengikut modul dan diuji secara berperingkat.
Modul-modul ini kemudiannya diubah suai penggunaannya di antara pengguna biasa dan
pentadbir sistem. Ini adalah kerana terdapat perbezaan tahap akses di antara mereka bagi
menjamin keselamatan sistem.
48
5.2 Konfigurasi Pangkalan Data Sistem
Pemasangan perkakasan dan perisian merupakan proses pertama yang dilakukan
semasa pembangunan sistem. Ia merupakan proses yang penting supaya sistem dapat
dibangunkan dengan baik dan berkesan. Pemasangan yang perlu dilakukan untuk
pembangunan sistem ini ialah pemasangan perisian MySQL 4.1.13a , Apache 2.0.54 dan
phpMyAdmin 2.6.3.pl1. Perisian phpMyAdmin 2.6.3.pl1 banyak membantu dalam
pemeriksaan dan penyelanggaraan pangkalan data dalam proses pembangunan.
Pangkalan Data Sistem E-Parts telah dibangunkan berdasarkan konsep SQL.
Konsep ini menjaminkan keselamatan data semasa dalam sistem transaksi secara
online. Di samping itu, ia juga boleh menyokong penggunaan secara masa nyata.
Namun begitu, kita harus berhati-hati dalam memastikan siapa yang boleh menyunting
data tersebut supaya ianya selamat dan sahih.
Perisian pelayan yang telah dipilih untuk tujuan ini ialah MySQL. Ia merupakan
perisian pangkalan data open source yang paling laris di dunia pada masa kini. Di
samping itu, ia juga mudah untuk dipindahkan dari satu mesin ke mesin lain. Ini
termasuk kerja-kerja backup dan restore.
Setiap entiti ini boleh dibezakan diantara satu dengan yang lain kerana ianya unik
dan mempunyai pengenalan identiti (ID). Dalam MySQL 4.1.13a, entiti ini akan diwakili
dengan jadual-jadual (table). Sifat-sifat bagi sesuatu entiti dinamakan atribut. Dalam
MySQL 4.1.13a, atribut akan diwakili sebagai medan-medan dalam sesuatu jadual
tersebut. Pengenalan identiti (ID) unik akan digunakan sebagai kekunci utama (primary
key) yang bertujuan untuk membezakan sesuatu entiti dengan entiti yang lain.
49
Kebiasaannya dalam sesuatu sistem yang ingin dibangunkan, wujud hubungan di
antara sesuatu entiti dengan entiti yang lain. Hubungan ini berperanan menjadi penggerak
bagi melaksanakan fungsi sistem. MySQL 4.1.13a mewakilkan perhubungan tersebut
sebagai Relationships. Relationships penting untuk menggambarkan perkaitan serta
kebergantungan antara entiti dalam sistem selain kepentingannya dalam mengawal
pengulangan data daripada berlaku. MySQL 4.1.13a membenarkan Relationships ini
dibina melalui kaedah tarik dan letak (drag and drop) jadual-jadual yang ada dalam
sistem dengan bantuan phpMyAdmin 2.6.3.pl1. Relationships yang telah dibina mestilah
disimpan (save) supaya ianya boleh memainkan peranannya. Untuk maklumat terperinci
tentang struktur pangkalan data sistem E-Parts, sila rujuk kepada Lampiran L .
5.3 Pembangunan Antaramuka Sistem
Antaramuka di dalam aplikasi sistem terdiri daripada halaman-halaman yang telah
dimodelkan sebagai Borang (Form). Form akan menjadi antaramuka bagi pengguna
menghantar data ke pangkalan data yang berada dalam MySQL 4.1.13a. Kesemua
antaramuka telah dibangunkan dengan bantuan perisian Macromedia Dreamweaver MX
2004.
Dalam form, atribut bagi entiti dalam sistem dijadikan ruangan input. Ruangan
input ini haruslah bersesuaian dengan medan atribut yang ada dalam pangkalan data.
Contohnya, bagi atribut dalam pangkalan data yang berjenis tarikh (date), ruangan input
dalam form haruslah disetkan sebagai berjenis tarikh (date) pada properties ruangan input
tersebut. Hal sedemikian penting untuk mengelakkan kesalahan input yang dimasukkan
oleh pengguna sistem.
50
Pelayan web yang telah digunakan untuk menyokong PHP 4.4.0 ialah Apache
HTTP Server 2.0.54. Sistem perisian ini merupakan perisian yang paling popular di
dunia pada masa kini. Ia dapat menyokong pengoperasian sistem seperti Microsoft dan
Unix.
Kesemua teknologi perisian pelanggan-pelayan (Client-Server) yang telah
digunakankan adalah berdasarkan konsep platfom bebas.
Dalam sistem inventori ini, penggunanya hanyalah terdiri daripada kakitangan
SCan Support. Sila rujuk Lampiran M untuk panduan menggunakan Sistem E-Parts.
5.4 Pembangunan Modul
Sistem E-Parts terbahagi kepada enam modul yang merangkumi keseluruhan
aplikasi dan fungsi sistem. Setiap modul saling bergantungan antara satu sama lain.
Antara modul-modul yang terdapat pada sistem E-Parts ialah :
5.4.1 Modul Login
Ia merupakan modul pertama di mana status pengguna diperiksa dengan teliti.
Pengguna perlu untuk mengisikan nombor kakitangan dan kata laluan. Jika kata laluan
dan nombor kakitangan wujud dalam pangkalan data sistem, maka mereka boleh
memasuki sistem. Status mereka dibahagi kepada dua iaitu sebagai pentadbir atau
51
pengguna biasa. Pentadbir mempunyai kuasa untuk memasukan data alatganti baru dan
pengguna. Mereka juga diamanahkan untuk membatalkan apa-apa transaksi yang tidak
diluluskan. Contoh skrin login boleh diperolehi dalam Rajah 5.1 di bawah. Contoh skrin
menu utama adalah seperti dalam Rajah 5.2.
Rajah 5.1 : Skrin Login
52
Rajah 5.2 : Skrin paparan Menu Utama
5.4.2 Modul Senarai Vendor
Modul ini merupakan senarai nama Vendor yang membekalkan alat-alat ganti
tersebut. Pengguna dengan kuasa pentadbir boleh menambah, menyunting dan
membuang nama pembekal. Manakala pengguna biasa tidak boleh mencapai skrin ini
bagi tujuan keselamatan. Contoh skrin ada seperti pada Rajah 5.3 di bawah.
53
Rajah 5.3 : Skrin Senarai Vendor
5.4.3 Modul Supplier
Modul Supplier merupakan modul senarai pembekal dengan alamat lengkap.
Seperti biasa, Cuma pengguna dengan kuasa pentadbir sahaja yang boleh mencapai
modul ini. Mereka boleh menyunting, menambah dan membuang pembekal yang tidak
digunakan lagi. Contoh skrin adalah pada Rajah 5.4 di bawah.
54
Rajah 5.4 : Skrin Supplier
5.4.4 Modul Products
Modul Products merupakan modul yang paling penting dalam sistem. Segala
transaksi dirakamkan melalui modul ini. Dari modul ini jugalah bilangan baki alat-alat
ganti ditentukan. Terdapat kemudahan untuk mengekspot data dari laman web kepada
fail Microsoft Excel untuk tujuan pengauditan.
Pengguna biasa dan pengguna dengan kuasa pentadbir dapat mencapai modul ini.
Pengguna biasa hanya dapat menambah data apabila mereka meminta alat ganti baru.
Pengguna dengan kuasa pentadbir dapat kemudahan untuk menyunting, menambah serta
55
membuang mana-mana rekod yang tidak berkenaan. Contoh skrin adalah seperti Rajah
5.5 di bawah.
Modul ini juga digunakan untuk memaparkan baki alat-alat ganti. Sila rujuk
Rajah 5.6 di bawah.
Rajah 5.5 : Skrin Products
56
Rajah 5.6 : Skrin Stocks Balance
5.4.5 Modul Search
Modul ini merupakan modul carian data mengikut jenis alat ganti. Pengguna juga
boleh mencari dan menyusun semula data pada skrin mengikut No Alat, Nama Alat dan
Matlumat Alat Ganti.
Contoh skrin adalah seperti Rajah 5.7 di bawah.
57
Rajah 5.7 : Skrin Search
5.4.6 Modul Pengemaskinian Pengguna
Modul ini merupakan modul di mana penyelenggaraan pengguna sistem
dilakukan. Terdapat dua skrin yang berlainan telah dibangunkan. Mereka terdiri daripada
skrin pengguna biasa (Rajah 5.8) dan skrin pengguna dengan kuasa pentadbir (Rajah 5.9).
58
Rajah 5.8 : Skrin Penyelenggaraan Pengguna Biasa
Rajah 5.9 : Skrin Penyelenggaraan Pengguna dengan kuasa pentadbir
59
5.5 Penulisan dan Pengkodan Aturcara
Penulisan dan pengkodan aturcara dilakukan secara berperingkat. Pengujian
sentiasa dilakukan supaya ianya tidak lari dari spesifikasi yang telah ditetapkan terlebih
dahulu.
Bagi memudahkan pengkodan, pengaturcaraan dibina tanpa menulis semula
modul-modul yang kerap digunakan. Ianya dikodkan secara dinamik. Segala keperluan
modul diistiharkan dalam bentuk modul PHP. Kemudian bahasa XML digunakan untuk
memanggil modul-modul untuk berfungsi.
Cara pengkodan ini memudahkan sebarang perubahan pada sisem untuk
memenuhi kehendak masa depan. Di samping itu, ia juga memudah penyelenggaraan
sistem dan memudahkan proses penyerahan kepada pengurus seksyen SCan Support.
5.6 Pengintegrasian Sistem
Pengintegrasian modul-modul tadi dipanggil oleh menu utama seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5.2 di atas.
60
5.7 Pengujian Sistem
Pengujian bermula pada permulaan proses pembangunan sistem dijalankan.
Perancangan untuk menjalankan pengujian ini dibuat pada peringkat fasa analisis dan
rekabentuk sistem. Maka dengan berpandukan kepada perancangan tersebut, pengujian
dijalankan di peringkat pembangunan ini. Pengujian awalan terbahagi kepada dua iaitu
pengujian positif dan pengujian negatif.
5.7.1 Pengujian Positif
Pengujian positif dilakukan terhadap sistem dengan memasukkan data yang sah
pada skrin kemasukkan dan kemaskini data. Pengujian ini bertujuan untuk memastikan
sistem berupaya menerima data yang sah. Selain itu, sistem juga diuji untuk melihat
kemampuan sistem dalam menyediakan format masukkan atau kemaskini data
berpandukan kepada format yang betul. Contoh proses yang berlaku dalam skrin login
pengguna (Rajah 5.10).
61
Rajah 5.10 : Skrin Login
Maklumat yang dimasukkan akan dibandingkan dengan data-data yang terdapat di
dalam pangkalan data. Jika maklumat tersebut betul maka sistem akan memaparkan
skrin paparan menu utama seperti Rajah 5.11.
62
Rajah 5.11 : Skrin paparan Menu Utama
5.7.2 Pengujian Negatif
Pengujian negatif adalah pengujian yang dilakukan dengan memasukkan data
yang tidak sah ke dalam menu masukkan dan pengemaskinian maklumat. Penguijian
negatif ini penting untuk memastikan sistem mempunyai ciri-ciri pengesahan dan hanya
menerima data-data yang betul sahaja. Contohnya seperti yang dilakukan dalam skrin
login (Rajah 5.10). Apabila pengguna memasukkan maklumat yang tidak sah iaitu
maklumat tersebut tiada dalam pangkalan data, paparan sama akan terpapar. Ini
bermakna, pengguna sistem perlu memasukkan User Name dan Password dengan betul
untuk menggunakan sistem ini.
63
5.7.3 Pengujian Dinamik
Penyemakkan dan pengujian perisian yang melibatkan perlaksanaan aturcara bagi
menguji kemampuan perisian sama ada ia memenuhi kehendak dan spesifikasi pengguna
dinamakan teknik dinamik. Sesuatu aturcara perlu dikaji dengan menggunakan pelbagai
jenis input data yang telah dikenalpasti outputnya. Hasil daripada pengujian, output yang
dihasilkan kemudian dibandingkan dengan output sebenar yang dijangkakan.
Bilangan input data yang digunakan dalam pengujian perlulah berupaya
mengesan pelbagai jenis ralat. Oleh itu, pemilihan terhadap input data amat penting dan
ia memerlukan kepada teknik tertentu. Pengujian menggunakan pelbagai input data
dinamakan kes pengujian. Pengujian dinamik ini melibatkan penyediaan kes-kes
pengujian dan prosedur untuk menguji aturcara. Pengujian ini memerlukan aturcara
dilaksanakan dan kes-kes pengujian diterima sebagai input untuk mengesan ralat.
Terdapat dua cara yang terkenal dalam pengujian dinamik iaitu pengujian kotak putih dan
pengujian kotak hitam. Pengujian kotak putih memfokuskan kepada pemeriksaan
aturcara secara terperinci manakala pengujian kotak hitam menyentuh pemeriksaan
terhadap aturcara secara umum.
Pengujian dinamik juga terkenal sebagai usaha untuk menentukan tahap liputan
ujian atau lebih dikenali sebagai test coverage. Dalam liputan ujian, sesuatu aturcara
diuji beberapa kali dengan menggunakan kes-kes pengujian yang berlainan. Ini
bermakna penggunaan kes-kes pengujian yang berlainan boleh membantu menguji
laluan-laluan yang belum pernah diuji atau dikesan oleh kes-kes pengujian terdahulu.
Walaubagaimanapun, pengujian bergantung juga kepada pengalaman dan kebijaksanaan
penguji dalam merangka dan memilih kes pengujian.
64
5.7.4 Pengujian Unit
Dalam pengujian unit, kita cuba memasukkan data yang tidak lengkap pada skrin
antaramuka tambah data penbekal baru. Contoh skrin tersebut boleh adalah seperti Rajah
5.12 di bawah.
Rajah 5.12 : Skrin Tambah Data Pembekal Baru
Hasilnya ialah sistem tidak akan menerima data tersebut kerana ianya tidak
lengkap. Pengguna kemudian boleh memilih sama ada untuk mengisi data yang kurang
atau keluar tanpa menyimpan apa-apa rekod baru. Contoh skrin seperti Rajah 5.13. Satu
mesej berwarna merah akan dipaparkan pada skrin tersebut Please fill in all required
fields
65
Rajah 5.13 : Kemasukan Data Yang Tidak Lengkap
5.8 Manual Pengguna
Sila rujuk pada Lampiran M untuk keterangan mengenai manual pengguna.
5.9 Ringkasan
Hasil daripada kajian yang dilakukan semasa Projek 1, akhirnya E-Parts siap
dibangunkan. Dapat dirumuskan bahawa proses pembangunan sistem bukanlah semudah
yang dijangkakan. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan dan difikirkan dari semasa
ke semasa sehingga proses perlaksanaan sistem ini selesai. Kerjasama daripada pelbagai
66
pihak telah menjayakan proses perlaksanaan sistem ini. Komitmen yang sepenuhnya
perlu diberikan dalam menjayakan sesuatu pembangunan sistem.
67
BAB 6
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan
Bab ini memberi tumpuan terhadap perbincangan yang berkaitan dengan hasil
daripada pembangunan sistem inventori E-Parts dan membincangkan kelebihan dan
kelemahan pada sistem yang telah dibangunkan. Cadangan pembaikan yang dinyatakan
adalah untuk mempertingkat dan memperbaiki lagi prestasi sistem yang telah
dibangunkan.
6.2 Kelebihan Sistem
Apabila sistem ini berjaya disiapkan sepenuhnya dijangkakan terdapat beberapa
kelebihan yang dapat disenaraikan disini. Antara kelebihannya adalah:
68
i. Kawalan Keselamatan
Sistem ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dari segi capaian data. Ini
dilakukan dengan menyediakan kata laluan kepada setiap pelanggan sistem
bertujuan mengelakkan pencerobohan ke atas setiap maklumat inventori alat
ganti komputer berlaku.
ii. Kemudahan Kemasukan Data Proses kemasukan data dipermudahkan dengan memasukkan data ke medan
yang disediakan mengikut contoh yang disediakan pada skrin bagi
mendapatkan data yang diperlukan oleh sistem. Ia dapat membantu pengguna
menjimatkan masa untuk memasukkan data yang banyak ke dalam sistem.
iii. Kemudahan Capaian Data
Kemudahan untuk mencapai data juga disediakan bagi memudahkan
pengguna mendapatkan data-data yang diperlukan dengan lebih cepat dan
mudah. Dengan ini pengguna boleh menjimatkan lebih masa dalam proses
pencarian data.
iv. Manipulasi Data
Modul-modul yang terdapat di dalam sistem ini menyediakan butang
semakan, carian, simpanan, kemaskini, pengiraan dan sebagainya. Dengan ini
memudahkan lagi pengguna sistem mengubahsuai data terkini dan
mempunyai pilihan sekiranya sesuatu yang dijangkakan akan berlaku, sebagai
contohnya kesilapan memasukkan data. Selain daripada itu juga, permintaan
alat ganti juga akan dipaparkan oleh sistem sebagai semakan dan ralat
masukan data daripada pengguna. Dengan ini pengguna akan menyedari
sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan semasa menginput data.
69
v. Sistem Prototaip
Sistem ini adalah suatu sistem prototaip berfungsi walaupun ia tidak
selengkap sistem sebenar. Pengubahan boleh dilakukan dengan mudah
berpandukan versi kawalan sistem dengan tujuan untuk meningkatkan lagi
keupayaan sistem.
Kelebihan yang paling besar yang ada pada sistem ini ialah ianya boleh dicapai
oleh semua pengguna tidak kira di mana berada. Ini kerana sistem ini dibangunkan
berasaskan web dan boleh dicapai secara online oleh setiap pengguna.
6.3 Kelemahan Sistem
Penyelewengan sistem masih boleh jika ada di antara kakitangan yang tidak
amanah. Sebagai contoh, jika masa kelulusan permintaan alat ganti memakan masa yang
terlalu lama, maka ada diantara petugas yang meminta alat ganti tersebut terus dari stor.
Alasan yang diberikan ialah mereka telah lama meminta alat ganti tersebut tetapi masih
belum mendapat izin dari penyelia. Kes seperti di atas dikategorikan sebagai masalah
authentication.
Juga terdapat faktor luaran di mana petugas berada dalam keadaan tertekan
apabila mereka terpaksa berdepan dengan pelanggan yang mempunyai gelaran Dato
serta berpangkat besar seperti Penolong Pengurus Besar.
70
6.4 Perbincangan
Pelbagai rintangan terpaksa dilalui semasa menghasilkan laporan awalan bagi
projek ini. Penulis bersyukur dan berterima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan
oleh orang-orang yang terlibat semasa proses mengambil dan mengumpul data
dijalankan.
Semasa proses perancangan kerja dijalankan, penulis mendapati banyak kekangan
yang akan timbul kelak semasa proses pembangunan sistem dijalankan.
6.4.1 Kekangan
Antara kekangan yang didapati termasuklah kurangnya kemahiran dan
pendedahan terhadap perisian-perisian yang telah dicadangkan untuk pembangunan
sistem ini. Disebabkan kurangnya penguasaan dan kemahiran tentang perisian-perisian
tersebut mungkin akan menjejaskan dan menyukarkan proses pembangunan sistem ini
nanti. Pemahaman dan penguasaan terhadap perisian tersebut akan mengambil masa
yang agak panjang. Oleh itu, penulis perlu menguasainya sebelum proses pembangunan
sistem ini berjalan. Ini adalah bagi mengelakkan proses pembangunan sistem ini
tergendala. Perisian tersebut dipilih kerana ia dianggap memenuhi keperluan sistem hasil
daripada kajian yang telah dijalankan.
Disamping itu, terdapat masalah untuk memperolehi bajet untuk membeli
peralatan komputer yang diperlukan. Ini telah sedikit sebanyak menyebabkan projek
71
tergendala semasa tahap pembangunan sistem. Rujuk Lampiran A untuk carta Gantt
Projek ini
6.4.2 Cadangan Pembaikan Sistem
Untuk menjadiakan sistem E-Parts lebih baik lagi, beberapa cadangan telah
dikemukakan. Cadangan cadangan tersebut adalah :
i. Memperbaiki antaramuka pengguna supaya ia menjadi lebih menarik dan
lebih ramah pengguna
ii. Menambahkan maklumat terperinci tentang alat ganti yang ada di dalam
stor.
iii. Menyediakan laporan-laporan yang lebih terperinci.
Cadangan pembaikan ini diharap dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang
dengan era teknologi yang semakin berkembang pesat.
72
6.5 Rumusan Hasil Projek
Hasil daripada pembangunan sistem ini, dapat dirumuskan bahawa proses
pembangunan sistem bukanlah semudah yang dijangkakan. Banyak perkara yang perlu
dititikberatkan dan difikirkan dari semasa ke semasa sehingga proses perlaksanaan sistem
tersebut selesai. Kajian yang terperinci dan kesanggupan menghadapi situasi berlaku
haruslah dihadapi dengan kesabaran. Kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan
kerana mereka merupakan sumber maklumat dalam pengumpulan data dan maklumat
untuk pembangunan sistem ini.
Walaupun telah menghadapi pelbagai masalah semasa pembangunan sistem
namun ianya telah diatasi dengan perancangan yang teliti. Diharap agar sistem ini dapat
memudahkan lagi pengguna dan secara tidak langsung meningkatkan kecekapan
pengendalian stor pusat Unit SCan Support, Telekom Malaysia Berhad.
73
BIBLIOGRAFI
Water, C.D.J (1994) Inventory Control and Management. Published by John Wiley &
Sons Ltd, Chicester
Pusat Pengajian Siswazah (1999) Panduan Menulis Tesis Universiti Teknologi
Malaysia.
Alter, S (1996). Information System. Published by The Benjamin/Cummings
Publishing Company, Inc.
Beginning PHP, Apache, MySQL Web Development. Published by Wiley Publishing,
Inc. written by Michael Glass, Yann Le Scouarnec, Elizabeth Naramore, Gary Mailer,
Jeremy Stolz, & Jason Gerner.
Sams Teach Yourself PHP, MySQL and Apache All in One By Julie C. Meloni.
PHP 5 For Dummies Published by Wiley Publishing, Inc. written by Janet Valade.
MySQL Cookbook by Paul DuBois
74
LAMPIRAN A
CARTA GANTT
ID Task Name Duration Start Finish1 KAJIAN AWAL 32.81 days Fri 10/12/04 Thu 13/1/052 Cadangan Tajuk dari pelajar 4 days Fri 10/12/04 Tue 14/12/04
3 Penentuan Penyelia & Perbincangan Tajuk 10 days Tue 14/12/04 Fri 24/12/04
4 Kenal pasti skop, Objektif dan Masalah 2 days Fri 24/12/04 Mon 27/12/04
5 Pernyataan Masalah 2 days Mon 27/12/04 Wed 29/12/04
6 Pengumpulan data 14 days Thu 30/12/04 Thu 13/1/05
7 KAJIAN PENDEKATAN 6 days Fri 14/1/05 Thu 20/1/058 Memahami Jenis perisian 2 days Fri 14/1/05 Sun 16/1/05
9 Kajian kes sedia ada 2 days Sun 16/1/05 Tue 18/1/05
10 Kajian sistem cadangan 2 days Tue 18/1/05 Thu 20/1/05
11 REKABENTUK SISTEM 10 days Sun 23/1/05 Wed 2/2/0512 Melengkapkan metodologi Sistem 3 days Sun 23/1/05 Wed 26/1/05
13 Mendapatkan maklumat 1 day Wed 26/1/05 Thu 27/1/05
14 Rekabentuk awal sistem 3 days Thu 27/1/05 Sun 30/1/05
15 Rekabentuk antaramuka 3 days Sun 30/1/05 Wed 2/2/05
16 LAPORAN AWAL 17 days Mon 7/2/05 Fri 25/2/0517 Penulisan laporan 11 days Mon 7/2/05 Fri 18/2/05
18 Penyerahan draf awal 1 day Fri 18/2/05 Sat 19/2/05
19 Semakan draf 1 day Sat 19/2/05 Sun 20/2/05
20 Pembetulan draf 1 day Sun 20/2/05 Mon 21/2/05
21 Maklumat Jadual Pembentangan 1 day Mon 21/2/05 Tue 22/2/05
22 Semakan Laporan oleh Penilai & Penyelia 1 day Wed 23/2/05 Thu 24/2/05
23 Pembentangan Projek 1 1 day Thu 24/2/05 Fri 25/2/05
24 LAPORAN AKHIR 7 days Thu 10/3/05 Thu 17/3/0525 Pembetulan Projek 1 7 days Thu 10/3/05 Thu 17/3/05
10/12 13/1
14/1 20/1
23/1 2/2
7/2 25/2
10/3 17/3
21 28 5 12 19 26 2 9 16 23 30 6 13 20 27 6 13 20 27Dec '04 Jan '05 Feb '05 Mar '05
Task
Split
Progress
Milestone
Summary
Project Summary
External Tasks
External Milestone
Deadline
Page 1
Project: PSM-1Date: Mon 28/11/05
ID Task Name Duration Start Finish1 Analisa dan Spesifikasi Perisian 15 days Sat 16/7/05 Thu 4/8/052 Penentuan rangka spesifikasi sistem 7 days Sat 16/7/05 Mon 25/7/05
3 Pengumpulan peralatan dan perisian 8 days Tue 26/7/05 Thu 4/8/05
4 Rekabentuk dan Implementasi 30 days Fri 5/8/05 Tue 13/9/055 Rekebentuk modul sistem 10 days Fri 5/8/05 Thu 18/8/05
6 Pembangunan sistem 20 days Fri 19/8/05 Tue 13/9/05
7 Validasi dan Verifikasi Sistem 5 days Wed 14/9/05 Tue 20/9/058 Penentusahan dan pengesahan sistem 5 days Wed 14/9/05 Tue 20/9/05
9 Penyelenggaraan Sistem 15 days Wed 21/9/05 Mon 10/10/0510 Penyah pijat dan penyelenggaraan 15 days Wed 21/9/05 Mon 10/10/05
11 Penyediaan Laporan 10 days Tue 11/10/05 Sun 23/10/0512 Draf kandungan laporan 9 days Tue 11/10/05 Fri 21/10/05
13 Pembetulan projek 1 day Sun 23/10/05 Sun 23/10/05
14 Pembentangan Projek 6 days Mon 24/10/05 Sat 29/10/0515 Persediaan pembentangan 5 days Mon 24/10/05 Fri 28/10/05
16 Pembentangan projek 1 day Sat 29/10/05 Sat 29/10/05
16/7 4/8
5/8 13/9
14/9 20/9
21/9 10/10
11/10 23/10
24/10 29/10
26 3 10 17 24 31 7 14 21 28 4 11 18 25 2 9 16 23 30 6Jul '05 Aug '05 Sep '05 Oct '05 Nov '0
Task
Split
Progress
Milestone
Summary
Project Summary
External Tasks
External Milestone
Deadline
Page 1
Project: PSM-2Date: Sun 13/11/05
77
LAMPIRAN B
CARTA ORGANISASI SCAN SUPPORT
78
Carta Organisasi Pengurusan SCan Support
79
Carta Organisasi Pengurusan SCan Support
80
LAMPIRAN C
CONTOH BORANG PERMOHONAN ALAT GANTI SEDIA ADA
81
Contoh Borang Permohonan Alat ganti Semasa
82
LAMPIRAN D
FASA-FASA PEMBANGUNAN DALAM METHODOLOGI PROTOTAIP
83
Kenalpasti Keperluan Pengguna
Membangunkan Prototaip
Pengujian dan Penilaian Bersama Pengguna
PrototaipDiterima
Bina Sistem Sebenar Ubahsuai Dan BaikiKeperluan
Fasa-Fasa Pembangunan Dalam Methodologi Prototaip
84
LAMPIRAN E
CARTA ALIRAN SEMASA
85
Carta Aliran Sistem Inventori Semasa
Mula
Mengisi borang
Penolong Pengurus meluluskan permohonan
Menghantar borang kepada Juruteknik Stor
Menerima alat ganti daripada Juruteknik Stor
Tamat
86
LAMPIRAN F
SOALAN TEMUBUAL
87
1. Bolehkah Tuan terangkan serba sedikit mengenai latar belakang Unit
SCan Support?
2. Bolehkah saya mendapatkan Carta Organisasi Unit ini?
3. Apakah Misi, Visi Unit ini ?
4. Adakah Unit ini mempunyai Sistem Inventori berkomputer ?
5. Apakah alat ganti yang disimpan dalam stor ?
6. Apa cara yang digunakan untuk menentukan sama ada alat ganti masih
ada lagi ?
7. Berapa kerapkah Petugas meminta alat ganti ?
8. Siapa yang meluluskan permintaan alat ganti ?
9. Siapa yang akan merekod alat ganti itu ke dalam fail inventori ?
10. Sekiranya ada di antara kakitangan yang ditugaskan untuk menjaga stor
cuti, ada pengganti sementarakah ?
11. Adakah masalah sampingan yang timbul dengan kakitangan gantian ?
12. Adakah masalah ketidak samaan angka dalam fail inventori dan angka
fizikal ?
13. Pernahkah stor kehabisan bekalan alat ganti ?
14. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan bekalan alat
ganti baru ?
Soalan-soalan Temuramah
88
LAMPIRAN G
REKABENTUK RAJAH KONTEKS
89
Pengguna
0
E-partsSystem
Penyelia
meminta alat ganti
permintaan diluluskan
menerima permintaan
memproses permintaan
Rajah Konteks Sistem
90
LAMPIRAN H
REKABENTUK RAJAH ALIRAN DATA DAN ARAS-ARASNYA
91
Penyelia
Pengguna
1Login
ke dalamsistem
2
Pemilihanalat ganti
3
ProsesInventori
masuk dalam sistem
rujuk
kemaskini
rujuk
kemaskini
menerima permintaan
memproses permintaan
status permintaan
kemaskini
kemaskini
rujuk
F2 Alat Ganti
F1 Pengguna
TransaksiF3
login yang diterima
alat ganti yang telah dipilih
rujuk
kemaskini
Rajah Aliran Data Aras 1
92
Pengguna
1.1
Login kedalam Sistem
1.2
Kemaskinimaklumatpengguna
F1 Pengguna
masuk ke dalam sistem
rujuk
kemaskini
2
Pemilihanalat ganti
login yang diterima
mengemaskini datapengguna
Rajah Aliran Data Aras 2 Untuk Proses Login Ke Dalam Sistem
93
Penyelia
3.1
Periksapermintaanpengguna
3.2
Proseskemaskiniinventori
baru
F3 TransaksiMenerima mesej dari
sistemRujuk
Kemaskini
Masuk kedalam sistem
F2 Alat Ganti
Kemaskini
Rujuk Pengguna
status permintaan
Rajah Aliran Data Aras 2 Untuk Proses Inventori
94
LAMPIRAN I
REKABENTUK RAJAH KES GUNA
95
StatusPermohonan
Lihat StatusPermohonan
Lihat ModulAlat Ganti
TempahAlat Ganti
Login
Daftar Alat GantiBaru
KemaskiniBekalan AlatGanti Baru
Kemaskini DaftarPetugas Baru
Petugas
Penyelia
Admin
Rajah Kes Guna
96
LAMPIRAN J
REKABENTUK RAJAH JUJUKAN
RAJAH GUNA KESELURUHAN
97
Penyelia / Petugas /Admin
:Petugas
1. Masukkan idpengguna
& katalaluan 2. Sahkan id pengguna& katalaluan
AntaramukaUtama
PangkalanData
Rajah 1 : Rajah Jujukan Login
: Petugas
1. Login
2. Pilih AlatGanti
PangkalanData
Transaksi
AntaramukaUtama
AntaramukaSenarai Alat
Ganti
3. Tempah AlatGanti
Rajah 2 : Rajah Jujukan Tempahan Alat Ganti
98
: Petugas
1. Login
2. Lihat status tempahan
AntaramukaUtama
PangkalanData
Transaksi
Rajah 3 : Rajah Jujukan Lihat Status Tempahan
: Penyelia
1. Login
2. Periksa permohonan
AntaramukaUtama
PangkalanData
Transaksi
Rajah 4 : Rajah Jujukan Memeriksa Permohonan
99
: Admin
1. Login2. Daftar
AlatGanti Baru
PangkalanData Alat
Ganti
AntaramukaUtama
AntaramukaAlat Ganti
Baru
3. Kemaskini
Rajah 5 : Rajah Jujukan Daftar Alat Ganti Baru
: Admin
1. Login2. KemaskiniBekalan AlatGanti Baru
PangkalanData Alat
Ganti
AntaramukaUtama
AntaramukaKemaskiniAlat Ganti
3. Kemaskini
Rajah 6 : Rajah Jujukan Kemaskini Bekalan Alat Ganti Baru
100
: Admin
1. Login2. Daftar /Kemaskini
Petugas Baru
PangkalanData
Pengguna
AntaramukaUtama
AntaramukaAlat Ganti
Baru
3. Kemaskini
Rajah 7 : Rajah Jujukan Kemaskini Daftar Petugas Baru
101
carian ( )papar ( )
id_penyeliakata laluan
Penyelia
carian ( )
id_penggunakata laluan
Login
kemaskini ( )papar ( )
id_adminkata laluan
Admin
carian ( )papar ( )Tempah ( )
id_petugaskata laluan
Petugas
kemaskini ( )
id_alatbutiranbilangan
Tempah
carian ( )papar ( )
id_alatnama alatbil asal
Kemaskini
Buat Buat
Buat
Buat
Buat
1M
M
M
M
M
1
1
1
1
Rajah Kelas
102
LAMPIRAN K
SENARAI ALATGANTI YANG AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SISTEM
103
3 PIN PLUG BALUN (RJ45-BNC) BATERI CMOS CR2032 BATERI CMOS CR2430 CABLE - OPTICAL FIBER P/CORD(SC-SC) CABLE - OPTICAL FIBER P/CORD(ST-SC) CABLE - OPTICAL FIBER P/CORD(ST-ST) CABLE - PRT CABLE (L) CABLE - PRT CABLE (S) CABLE - SERIAL CABLE 9(M)-9(F) CABLE - UTP CABLE (BOX) CABLE - VGA SIGNAL CASING CPU (TOWER) CD- RECORDABLE 80 MIN/700MB CDROM 52X CDROM CLEANER CPU COOLER FAN CPU PII COOLER DOC - FSR (FIELD SERV. REP) FLOPPY DISK 1.44 FLOPPY DISK CLEANER HARD DISK 10GB HARD DISK 20GB HARD DISK 30GB HARD DISK 40GB HARD DISK SCSI HDD DRIVE SCSI CONVERTER HP AXIS MIO HP JETDIRECT EIO CARD HP JETDIRECT MIO CARD HP2100 - FUSER ASY HP2200 - FUSER ASY HP3 MIRROR ASY HP3 MOTHERBOARD HP3 TRANS ASY HP4 - DRIVE GEAR ASY HP4 - GEAR CLUSTER HP4 - SCANNER HP4/4M - FUSER ASY HP4+ - CATRIDGE HP4+ GEAR CLUSTER HP4+ HEATER LAMP HP4+/5 - DRIVE GEAR ASSLY. HP4+/5 FUSER ASY HP4+/5 SCANNER ASY HP4000 FUSER ASY HP4050 FUSER ASY HP4050 SCANNER HP4100 FUSER ASY HP4L FUSER ASY HP6P FUSER ASY HP6P SCANNER KEYBOARD - ADAPTER AT(F)-PS2(M) KEYBOARD - ADAPTER AT(M)-PS2(F) KEYBOARD AT KEYBOARD PS2
104
KEYBOARD USB MICROSOFT WINDOWS XP Pro MODEM-EXT 56K MOUSE PS2 MOUSE SERIAL MOUSE USB NIC - 3COM EISA NIC - DLINK PCI NIC - NE2000 ISA PCS - SCAN TEAM PCS - CABLE BARCODE SCANNER PCS - CUSTOMER DISPLAY PCS - HARD DISK 40GB PCS - HP4011 PRINTER HEAD MT151 PCS - ND70 CUTTER ROUND BELT PCS - ND70 PRESSURE BAR PCS - ND70 RIBBON MOUNTING PCS - ND70 SWIVEL ARM PCS - PRT ND70 PRINTER HEAD PCS - SCANNER PSU - AT 240V PSU - ATX 240V PSU - DELL 240V PSU - FAN 12V DC RAM 128MB DIMM-DELL RAM 128MB DIMM-PC133 RAM 128MB DIMM-PC266 RAM 256MB DIMM-PC266 RAM 64MB DIMM RAM 64MB EDO (1 pair) RJ45 CONNECTOR(BOX) RTU - 107 COMPLETE SET RTU - B2 OPTION 75C RTU - B3 OPTION 55HA LTES RTU - B3 OPTION 55K RTU - BATERI +3V RTU - C2 CPU RTU - XA(34)ETP RTU- 107 ATM RTU- 107 TMMX OPTION 55G RTU- 107 TMMX OPTION 55M RTU- 55B TMM RTU- B4 SLEEVE CONTROL RTU- C1 IO TEST PACK RTU- C3 SYSTEM MEMORY RTU- C7 MODEM OPTION 78A RTU- D3/XA(30)ATM MEASUREMENT RTU-105 COMPLETE SET RTU-107 ETP RTU-A1 STP RTU-C1 INTERNAL MODEM SOUND CARD PCI SWAP-MONITOR SWAP-ROU CISCO2620 SWAP-ROU CISCO2621 SWAP-SW CATALYST1924 SWAP-SW CATALYST2950 SWAP-SW CATALYST2950C
105
SWITCH SOCKET OUTLET (RED) TDI-FLUKE NETWORK MULTIMETER-(TDI ONLY-3 unit) TDI-PRINTER BROTHER (TDI ONLY-5 unit) TDI-PRINTER HP (TDI ONLY-10 unit) TDI-PRINTER LEXMARK (TDI ONLY) TDI-PRINTER PRINTRONIX 5S (TDI Only-2 unit) TOOL TDI - EXTERNAL CD WRITER (USB) -2 unit (TDI only) TOOL TDI - EXTERNAL CDROM (PARALLEL)- 2 unit (TDI only) TOOLS - LAN TRACER TOOLS - SOLDER IRON TOOLS - TANGGA LIPAT (TDI ONLY-1 unit) TOOLS - TIN/LEAD TOOLS - VACUM (TDI ONLY - 3 unit). TOOLS TDI- NOTEBOOK DELL LATITUDE V740(COMMON USE) TOOLS TDI-ANALOG METER TOOLS TDI-DIGITAL CAPACITANCE METER TOOLS TDI-DIGITAL LCR METER TOOLS TDI-DIGITAL METER TOOLS TDI-FLUKE DSP 4000-(COMMON USE) TOOLS TDI-NETTESK LITE 3000E-(COMMON USE) TOOLS TDI-PRO'SKIT MICRO NIPPER TOOLS TDI-PRO'SKIT TOOL BAGS TOOLS TDI-PRO'SKIT TOOL KIT SET TOOLS TDI-PRO'SKIT WIRE STRIPPER TOOLS TDI-WIRESCOPE 350 TONER - LEXMARK OPTRA N UPS - BATERI 12V, 7 AH UPS - BATERI 6V, 12 AH UPS - PK, BATERI 12V, 17 AH UPS - PK, BATERI 12V, 7.2 AH UPS - PK, POWER MODULE US9001 1KVA UTP CONNECTOR RUBBER ROOT (BLACK)-UNIT VGA - AGP CARD VGA - PCI CARD VGA - S3 PCI CARD
Senarai Alat Ganti Yang Akan Dimasukkan Ke Dalam Sistem
106
LAMPIRAN L
PANGKALAN DATA
107
Site_notes
Field Type Null Default Comments
note_id int(11) No note_title varchar(200) No note_body text No note_relation int(11) No 0 note_type int(1) No 0 note_post_date int(11) No 0 note_post_ip varchar(20) No note_post_user int(11) No 0
Site _products
Field Type Null Default Comments
Product_id int(11) No Product_name varchar(200) No Product_number varchar(20) No Product_count varchar(10) No Product_description text No Product_vendor int(11) No 0
Site_suppliers
Field Type Null Default Comments
sup_id int(11) No sup_name varchar(100) No sup_contact_name varchar(100) No sup_contact_phone varchar(50) No sup_contact_phone2 varchar(50) No sup_web varchar(200) No sup_email varchar(200) No sup_other text No
Site_trans
Field Type Null Default Comments
trans_id int(11) No trans_product int(11) No 0 trans_user int(11) No 0 trans_date int(11) No 0 trans_date2 int(11) No 0 trans_description text No trans_inventory int(11) No 0
108
Site_users
Field Type Null Default Comments
user_id int(11) No user_login varchar(30) No user_password varchar(30) No user_name varchar(200) No user_address varchar(200) No user_city varchar(100) No user_state char(3) No user_zip varchar(20) No user_country char(3) No user_phone varchar(39) No user_email varchar(200) No user_email2 varchar(200) No user_im_aol varchar(100) No user_im_icq varchar(100) No user_im_msn varchar(100) No user_im_yahoo varchar(100) No user_im_other varchar(200) No user_status int(1) No 0 user_level int(1) No 0 user_pending int(11) No 0 user_date int(11) No 0
Site_vars
Field Type Null Default Comments
id int(11) No name varchar(200) No value text No
Site_vendors
Field Type Null Default Comments
vendor_id int(11) No vendor_name varchar(200) No
Senarai Pangkalan Data Yang Digunakan Dalam Sistem :
109
LAMPIRAN M
MANUAL PENGGUNA
110
Ini merupakan skrin di mana pengguna memasukkan nombor kakitangan dan kata laluan
untuk memasuki sistem.
111
Jika pengguna memasukkan nombor kakitangan dan kata laluan yang betul mereka akan
ke skrin menu utama.
Ini merupakan skrin paparan untuk maklumat Vendor. Hanya untuk capaian pengguna
yang mempunyai kuasa pentadbir sahaja. Pengguna pentadbir boleh memasukkan data
baru dengan klik butang Add New. Butang Delete untuk membuang data. Butang Edit
ialah untuk menyunting data.
112
Ini merupakan skrin paparan untuk maklumat Supplier. Maklumat terperinci pembekal
disimpan di sini. Hanya untuk capaian pengguna yang mempunyai kuasa pentadbir
sahaja. Pengguna pentadbir boleh memasukkan data baru dengan klik butang Add New.
Butang Delete untuk membuang data. Butang Edit ialah untuk menyunting data.
113
Ini merupakan skrin paparan untuk maklumat Products. Modul ini adalah untuk capaian
semua pengguna. Pengguna pe