View
668
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
contoh prosal sejarah
Citation preview
1.0 PENGENALAN1.1 TAJUK KAJIAN
Kajian ini bertajuk Sejarah Adat Tradisi Peranakan Baba Nyonya di
Melaka.Kajian ini merangkumi keseluruhan budaya dan peranakan Baba Nyonya
di Melaka yang telah diamalkan pada masa dahulu dan juga beberapa adat dan
tradisi yang masih diamalkan sehingga kini.
1.2 OBJEKTIF KAJIANKajian ini adalah bertujuan:
1.2.1 Memenuhi keperluan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Dalam
kertas 940/1, iaitu Kertas Sejarah STPM.
1.2.2 Menghayati kepentingan untuk mengekalkan seni dan kebudayaan
dalam adat tradisi peranakan baba nyonya.
1.2.3 Mengetahui adat tradisi peranakan baba nyonya di Melaka.
1.2.4 Menerima dan menghormati adat tradisi peranakan baba nyonya.
1.3 PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan seperti berikut:
1.3.1 Mengenalpasti sama ada masyarakat baba nyonya masih mengamalkan
adat tradisi sehingga kini atau telah ditelan dek arus kemodenan.
1.3.2 Mengenalpasti sama ada generasi muda kini mengetahui adat tradisi
peranakan baba nyonya.
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
1.4.1 Kajian ini adalah penting bagi memahami dan mengkaji dengan lebih
mendalam lagi tentang adat tradisi yang diamalkan peranakan baba
nyonya.
1.4.2 Kajian ini juga memberi kesedaran khususnya peranakan baba nyonya
bagi mengekalkan adat tradisi mereka agar tidak pupus dimamah oleh
arus kemodenan.
1.4.3 Kajian ini juga penting kerana pada masa kini masih terdapat
responden yang hidup pada zaman ini. Jika kajian ini tidak dibuat pada
masa kini , dikhuatiri kemungkinan responden-responden sudah tiada
lagi sumber rujukan primer.
1.5 BATASAN / SKOP KAJIAN
Kertas kerja ini memfokuskan kepada negeri Melaka sahaja. Ia adalah
memfokuskan tentang budaya dan adat tradisi peranakan baba nyonya di Melaka.
Di Melaka baba nyonya merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai kolonis
terbesar masyarakat unik ini bertapak. Fenomena ini berlaku kerana pada zaman
sebelum Kesultanan Melayu Melaka ramai perdagang-perdagang yang datang dari
Negara China ke Tanah Melayu pada ketika itu kemudiannya berkahwin dengan
orang Melayu. .
1.6 SOROTAN LITERATUR
Terdapat banyak kajian telah dibuat sama ada dari penulisan luar negara mahupun
dalam negara berkenaan dengan peranakan baba nyonya. Mengikut buku "Sejarah
Melayu" edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd.
Singapore halaman 123-131 yang menceritakan tentang sejarah kemasukan
peranakan baba nyonya ini. Mengikut laman web “http:/www.myresipi.com/
tags/masakan_baba_nyonya”, menunjukkan Resepi Warisan Florence yang
memaparkan masakan baba nyonya. Begitu juga dengan laman web yang
membekalkan maklumat tentang keunikan peranakan baba nyonya iaitu
“http://dondangsayangmelaka.blogspot.com/2011/07/keunikan-masyarakat-baba-
dan-nyonya-di.html”.Laman web ini terdapat info tentang cara pemakaian
peranakan baba nyonya iaitu “http://budayapakaiandimalaysia.
blogspot.com/2010/08/pakaian-masyarakat-baba-dan-nyonya.html”.
1.7 METHODOLOGI KAJIAN
1.7.1 Saya menggunakan kaedah penyelidikan laman web melalui sumber
internet. Kaedah mengakses internet ini digunakan untuk megetahui
perkara berkaitan dengan lebih mendalam.
1.7.2 Kaedah seterusnya ialah saya akan mengagih borang soal selidik yang
terdiri daripada pelbagai usia bagi mendapatkan beberapa maklumat
yang diperlukan.
1.7.3 Selain itu , saya juga akan merujuk buku ilmiah yang berkaitan dengan
tajuk kajian untuk mendapatkan beberapa maklumat berkaitan.
1.8 STRUKTUR ESEI
Esei ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian utama:
1.8.1 Bahagian pengenalan akan membincangkan latar belakang kajian
secara menyeluruh dan ringkas.
1.8.2 Bahagian isi akan dibahagikan kepada lima aspek utama:
(a) Asal usul
(b) Aspek cara hidup
(c) Cara berpakaian
(d) Adat resam
(e) Masakan
1.8.3 Bahagian kesimpulan akan menyimpulkan hasil kajian yang telah
dibuat berdasarkan fakta hasil pembacaan pemerhatian dan temubual
dengan responden.
1.9 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya , peranakan baba nyonya di Melaka adalah masyarakat
yang mempunyai cara hidup dan tradisi yang istimewa. Cara hidup mereka
adalah amat menarik sekali untuk diungkapkan dan diceritakan.
Walaubagaimanapun , pada masa kini , adat dan tradisi peranakan baba
nyonya banyak yang telah ditinggalkan. Hal ini memandangkan masyarakat
zaman sekarang kian maju. Tambahan pula , sudah ramai pula golongn cerdik
pandai dalam kalangan peranakan baba nyonya yang membawa budaya dan
cra hidup peranakan bandar dan menerapkannya dalam kalangan peranakan
baba nyonya.