Upload
nurhisyam-jeepry
View
272
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tq
Citation preview
SMK SRI TAPAH, JALAN PAHANG, 35000, TAPAH, PERAK
LAPORAN TAKLIMAT /INFO MINGGUAN GURU
TARIKH : 28 JULAI 2015 (Selasa)
MASA : 12.40 – 1.15 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN
1. Ucapan Pn. Pengetua (Pn. Hjh. Wan Halimatun bt Wan Ismail)
1.1 Ucapan pengetua dimulakan dengan Pn Mahani dan En Hisham tidak dapat hadir ke taklimat info kerana menghadiri tender asrama.
1.2 Ucapan diteruskan dengan pesanan daripada pengetua kepada semua agar menjaga kesihatan.
1.3 Seterusnya, beliau memberi taklimat berkenaan taklimat Ujian Lisan untuk PT3 yang dihadiri oleh beliau pada 27/07/2015. Menurut beliau, semua guru perlu mengetahui tentang PT3.
1.4 Seterusnya, sekolah sedang melaksanakan MOCK TEST.
1.5 Pada hari Khamis (30/07/2015) akan diadakan mesyuarat sama ada mesyuarat asrama ataupun mesyuarat HEM kerana mesyuarat kompang yang asalnya akan diadakan pada minggu ini terpaksa ditundakan kepada minggu hadapan iaitu hari Khamis (06/08/2015). SMK Sri Tapah merupakan pengerusi kompang daerah.
1.6 Pada hari Isnin (03/08/2015), Pengetua dan Pn Rosnah akan ke Ipoh untuk mesyuarat. Selasa, Rabu dan Khamis (04-06/08/2015) pengetua juga tidak ada kerana Persidangan Pengetua di Sungai Petani, jadi semua guru diminta berurusan dengan beliau sekiranya ada hal sebelum tarikh-tarikh tersebut. Sabtu (07/08/2015) semua guru terlibat dengan LADAP.
1.7 Sekolah mencadang untuk mengadakan jamuan Hari Raya pada hari Rabu 12/06/2015 dan semua pelajar berpakaian kokorikulum seperti biasa.
1.8 PT3 - Ujian pelbagai instrumen untuk Geografi dan Sejarah sudah selesai. Pemeriksaan kertas Geografi sudah selesai, Sejarah belum mula lagi.
1.9 Ujian lisan bertutur untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diadakan pada 04 hingga 28/08/2015 .
1.10 Pada 11/08/2015 adalah ujian mendengar Bahasa Melayu dan 12/08/15 adalah ujian mendengar Bahasa Inggeris. JPN mencadangkan sekolah membuat percubaan dengan menggunakan CD lama. Pelaksanaan ujian mendengar boleh dibuat seperti tahun lepas.
1.11 Prosuder keselamatan perlu dipatuhi oleh semua personal PT3. Antaranya ialah :
i) Jawapan perlu disimpan di tempat berkunci.
ii) Tidak boleh semak di tempat terbuka.
iii) Personal PT3 perlu tandatangani Akta Rahsia Rasmi.
1.12 Ujian bertulis PT3 – Selepas peperiksaan jawapan haruslah dihantar ke bilik pengetua terlebih dahulu sebelum dihantar ke guru yang berkenaan. Guru yang menjada peperikasaan haruslah mengira jumlah pelajar sebelum dan selepas peperikasaan agar tidak berlaku keciciran jawapan pelajar.
1.13 Beliau juga menyentuh berkenaan Penilaian Bersepadu Pengawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) di mana semua guru haruslah mencapai skor 3-4 kerana akan memberi kesan kepada guru sekiranya tidak mencapai skor tersebut. Antara komponen penilaian dalam PBPPP ialah professional, hubungan pelanggan, sahsiah, budaya kerja sepasukan, potensi diri, keilmuan atau pengetahuan, hubungan luar, sumbangan, kemahiran, keberhasilan murid dan tugas-tugas lain.
2. Ucapan PK Pentadbiran (Pn. Rusnah Bt Nagi)
2.1 Puan Rusnah memberitahu bahawa kelas tambahan akan diadakan pada hari Rabu
29/08/2015 minggu ini bagi tingkatan 3 dan minggu hadapan bagi tingkatan 5 pada hari Rabu
05/09/2015.
2.2 Seterusnya, beliau memberitahu bahawa JSI peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 dan
percubaan SPM telah diedarkan daripada JPN.
2.3 Seterusnya, beliau menyentuh berkenaan ujian rintis PT3 dicadangkan akan diadakan
selepas ujian lisan. Mata pelajaran yang terlibat ialah mata pelajaran yang ada PT3. Ujian
dijalankan selama 1 jam dan direkod dalam buku rekod mengajar.
2.4 Seterusnya, beliau memberitahu berkenaan MOCK TEST 2.
i) Bahasa Melayu – Semua pelajar
ii) Bahasa Inggeris – Pelajar potensi A
iii) Sejarah – Kertas 1 dan 2 – Semua pelajar
Kertas 3 – 2 orang sahaja
iv) Kimia, Biologi, Fizik, Matematik – Semua pelajar
v) Matematik Tambahan – Tidak pasti
2.5 LADAP 08/08/15 terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu amalan bilik darjah abad 21 dan analisis
PIBOT yang melibatkan semua ketua panitia.
3. Ucapan PK HEM (En. Mohd Sabry Bin Deraman)
3.1 En. Mohd Sabry memulakan taklimat beliau dengan APDM di mana beliau meminta semua
guru kelas untuk mengemaskinikan maklumat pelajar. Maklumat pelajar yang ada adalah hanya
890 orang pelajar dan sebanyak 8 orang pelajar lagi tiada data. Menurut beliau, masih ada lagi
guru yang mengisi TIADA di ruangan maklumat pelajar. Guru kelas haruslah mengisi semua
maklumat pelajar seperti nombor sijil lahir, nombor kad pengenalan, nama ibu bapa, tarikh
masuk sekolah, alamat dan sebagainya. Kelas 1 Amanah perlu betulkan semula data kerana
mempunyai maklumat mengatakan ada pelajar OKU. Tarikh akhir kemaskini ialah pada
30/07/2015.
3.2 Seterusnya beliau memberitahu bahawa masih ada kelas yang tidak hantar buku pengesahan
ponteng. Ada juga kelas yang telah hilang buku pengesahan ponteng. Untuk kelas petang jumaat
haruslah menghantar buku pengesahan ponteng kepada PK petang.
3.3 Guru kelas diminta prihatin kepada pelajar yang ada masalah kewangan.
3.4 Beterusnya, berkenaan ponteng sekolah, guru kelas haruslah mengeluarkan surat amaran
ponteng sekolah mengikut kadar ponteng sekolah yang betul. Hal ini adalah untuk menjaga
peratusan kehadiran sekolah.
3.5 Carta organisasi kelas ada yang telah rosak dan koyak. Guru kelas haruslah memastikan carta
organisasi tersebut dijaga dengan baik.
3.6 Akhir sekali ialah berkenaan buku register di mana guru dilarang untuk menggunakan pensel
dan liquiq untuk pembetulan kerana akan dianggap sebagai guru mengubah data. Bagi pelajar
yang berhenti sekolah mestilah tulis tarikh berhenti sekolah. Sekiranya berlaku kekurangan atau
penambahan pelajar guru kelas haruslah kemaskini agar tidak menjejaskan peratusan pelajar.
4. Ucapan PK Ko-Kurikulum ( Tn. Hj. Ahmad Hisham b. Yusof)
Tidak hadir
5. Ucapan PK Petang (En. Samsuri b. Budin@ Sudin)
5.1 Beliau memberitahu bahawa penggunaan Frog VLE perlu ditingkatkan. Langkah yang diambil
ialah jadual telah disediakan untuk pelajar tingkatan 2 sahaja kerana tingkatan tingkatan 1 belum
boleh melakukan Frog VLE. Guru yang terlibat ialah guru yang mengajar Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan sahaja. Guru haruslah membawa pelajar ke makmal komputer dan log in ke Frog
ULE.
5.2 Bahasa Inggeris 1 Setia dan 1 Rasional yang dijalankan mengikut set iaitu En Jasmir dan Pn
Syuhadah boleh mula dari sekarang dan boleh diagihkan mengikut keputusan pertengahan tahun.
6. Hal-hal lain
5.1 Pn Lee menjemput guru yang berminat untuk menyertai jamuan pengawas yang akan
diadakan pada 29/08/2015. Kadar bayaran untuk jamuan adalah sebanyak RM35.
7. Rumusan Pengetua
Pengetua telah menekankan bahawa guru haruslah menyambut dan menyokong penggunaan
Frog VLE dengan membawa pelajar masuk ke makmal komputer untuk log in sistem. Hal ini kerana
banyak sekolah yang tidak menggunakan sistem Frog VLE dengan sepenuhnya.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
(HARIST A/L SAWAY) (MAHANI BINTI MOKHTAR)