7
KADET BOMBA SMKA(DG) 2004 ‘ CEKAP DAN BERKESAN’ KERTAS KERJA LAWATAN BERMAKLUMAT JOHOR – MELAKA – N. SEMBILAN – K. LUMPUR 30.5.2004 – 3.6.2004 1. Pengenalan : Disamping kecemerlangan akademik yang menjadi teras Visi dan Misi SMK(A) Durian Guling, kecemerlangan dalam bidang kokurikulum tidak dikesampingkan begitu sahaja. Lantaran itu untuk memenuhi aktiviti selaras dengan perancangan pelan bertindak , maka ahli pasukan Kadet Bomba dalam mesyuaratnya AJK bersetuju menganjurkan lawatan bermaklumat ke Johor, Melaka, N.Sembilan dan K.Lumpur pada 30.5.2004 - 3 Jun 2004. 2. Rasional : Menyedari hakikat kebenaran pepatah ‘ Jauh Berjalan Luas Pengalaman ‘ dan ‘ Pengalaman Perlu Dicari Sebanyak Mungkin ‘ dan usaha pihak sekolah menjadikan warga ‘ SMK(A) DG Berwatak Kemas Beradab ’ Ahli Kadet Bomba SMK(A) Durian Guling telah bersetuju menganjurkan lawatan bermaklumat untuk ahli masing- masing di SMK(A) DG. Dengan adanya lawatan seperti ini akan dapat memberi ruang kepada para

Contoh Kertas Kerja Penyembelihan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kertas Kerja Lawatan ke Pusat Penyembelihan

Citation preview

Page 1: Contoh Kertas Kerja Penyembelihan

KADET BOMBA SMKA(DG)  2004

‘ CEKAP  DAN  BERKESAN’

KERTAS  KERJA  LAWATAN  BERMAKLUMAT JOHOR – MELAKA – N. SEMBILAN – K. LUMPUR   30.5.2004 – 3.6.2004

1.          Pengenalan :

Disamping  kecemerlangan  akademik  yang  menjadi  teras Visi  dan  Misi  SMK(A) Durian  Guling, kecemerlangan  dalam  bidang  kokurikulum  tidak  dikesampingkan  begitu  sahaja.  Lantaran  itu  untuk  memenuhi aktiviti  selaras dengan  perancangan  pelan  bertindak , maka  ahli pasukan Kadet Bomba  dalam  mesyuaratnya AJK   bersetuju  menganjurkan  lawatan  bermaklumat ke Johor, Melaka, N.Sembilan dan K.Lumpur pada 30.5.2004  -  3 Jun 2004.

2.     Rasional   :   

Menyedari  hakikat  kebenaran  pepatah  ‘ Jauh  Berjalan  Luas  Pengalaman ‘dan  ‘ Pengalaman   Perlu  Dicari  Sebanyak  Mungkin ‘  dan  usaha  pihak  sekolah menjadikan  warga ‘ SMK(A) DG  Berwatak  Kemas  Beradab ’ Ahli  Kadet Bomba  SMK(A) Durian Guling telah  bersetuju  menganjurkan  lawatan  bermaklumat untuk  ahli  masing- masing  di  SMK(A) DG.  Dengan adanya  lawatan  seperti  ini  akan  dapat  memberi  ruang kepada  para  pelajar  menimba pengalaman  dan pengetahuan  sebanyak mungkin mengenaihal-hal di  sekeliling  mereka  khususnya  negeri-negeri  yang  mereka  lawati.

3.       Objektif :

  3.1.   Objektif Am:

           3.1.1.      Memenuhi  aktiviti  yang  dirancangkan  dalam  pelan  bertindak                         persatuan  masing-masing.

           3.1.2.      Memberi  ruang  kepada  para  pelajar  membeza  serta  menilai                         cara  hidup dan adat  resam yang diamalkan oleh masyarakat                             di Malaysia khasnya masyarakat di negeri-negeri yang mereka lawati.     

           3.1.3.      Para  pelajar  dapat  mengetahui  secara  dekat  pembangunan  

Page 2: Contoh Kertas Kerja Penyembelihan

                       teknologi  dan  pembangunan  fizikal  yang  dicapai  oleh  Malaysia

           3.1.4.      Melatih pelajar  mengurus  masa  secara  terancang  yang  memberi                        faedah  kepada  mereka  dalam  proses  pembelajaran  mereka.

           3.1.5        Dapat  melahirkan  masyarakat  sekolah  yang  peka  tentang                         perkembangan  semasa  dan  luas  mindanya.

           3.1.6        Dapat  mempergunakan  kecekapan  dan  pengalaman  yang                         diperoleh  semasa  lawatan  untuk  memajukan  dan  mengurus                         unit  beruniform  dengan  lebih  cekap  dan  berkesan.

        3.2.    Objektif Khas:  

 3.2.1.     Lawatan  ini  akan  mendapat  sambutan  yang  baik  di kalangan  pelajar  SMK(A)DG memenuhi  kouta tempat  duduk  yang  disediakan

3.2.2.      Penyertaan  pelajar  dapat  memenuhi  kouta  berikut :

30   orang   -          Ahli  Pasukan  Kadet  Bomba08     orang       -                   Guru   Pemimpin   Bomba ( Guru   Pengiring ) JUMLAH  PENUMPANG   38  orang

3.2.3.      100  %  pelajar  yang  menyertai  lawatan  ini  akan  merasakan  ia  betul-betul memberi faedah  dan  pengalaman  berguna kepada mereka. 

3.2.4.      100  %  pelajar  yang  menyertai  lawatan  ini  akan  menepati  masa, membawa  imej  terpuji  selaras  dengan  status  sekolah.

3.2.5.      100  %  pelajar  yang  menyertai  lawatan  ini  akan  membuat  catatan  harian  dan  memaksimumkan  masa  secara  efektif  sesuai  dengan  tugas  mereka  sebagai  seorang  pelajar.

3.2.6.      Sekurang-kurangnya 90 %  daripada  pelajar  yang  menyertai  lawatan  ini  akan  mengambil  bahagian  dalam  sebarang  aktiviti  yang  dirancang 

4        Tarikh

4.1.  Tarikh  lawatan                                :           30.5.2004 - 3.6.2004 ( Ahad – Kham

4.2    Masa  bertolak                                :             8.30 pagi  30.5.2004 ( Ahad )

4.3.  Jangkaan tiba semula di SMK(A)DG :          6.00  petang   3.6. 2004 ( Khamis )

 

5         Anjuran

Page 3: Contoh Kertas Kerja Penyembelihan

Lawatan  Bermaklumat   ini  dianjurkan  oleh

5.1.  Ahli  Pasukan  Kadet  Bomba  Sekolah ( Gempa  Merah )

 

6        Tema

        Tema  lawatan  kali  ini  ‘ ILMU ASAS KEGEMILANGAN  ’

7        Tempat Lawatan

7.1.  Dari  Johor Bharu ke  K. Lumpur ( Rujuk  Jadual  yang  disertakan )

 

8        Kenderaan

       8.1.  Bas 1-  Bas  SMK(A) DG      38  penumpang

8.3. Setiap  pelajar dan guru  yang  ingin  menyertai  dikenakan  bayaran RM 80.00

 9    Sasaran  

        9..1.    Guru  Pengiring                              -              8  orang 

 9.2.    Ahli   Pasukan   Kadet   Bomba                 -                 30   orang JUMLAH         PENUMPANG                     38  orang

10.  Strategi :

        10.1.  Menerima  cadangan  untuk  menganjurkan  lawatan  sambil  belajar        10.2.  Mengadakan  mesyuarat  penganjuran bersama dengan menentukan tarikh,                   tempat  lawatan,  bilangan  penyertaan , jadual  dan  lain-lain.        10.3.    Memohon kebenaran mengadakan lawatan dan menyediaan kertas kerja                    untuk  makluman  dan  tindakan  Pengetua.        10.4.    Urus  tempah  bas ( tulis  surat  jika  perlu )          10.5.    Mengedar  surat  promosi / iklan  dan  kebenaran  menyertai  lawatan                    kepada  pelajar  dan  penjaga.        10.6.    Mengurus surat  kebenaran mengadakan lawatan ke tempat-tempat tertentu.        10.7.    Mengenalpasti pelajar-pelajar yang layak menyertai lawatan mengikut kouta                    yang  ditetapkan – Pastikan  tahap / rekod  kesihatan  pelajar.        10.8.    Memohon  kebenaran  mengadakan  lawatan  daripada  JPNT                  ( Borang  PSS 57) sekurang-kuranya 5 minggu  sebelum  tarikh  lawatan        10.9.    Mengadakan  sekurang-kurangnya  1  kali  perjumpaan  dengan  guru-guru                    pengiring  dan  dua  kali  dengan  ahli-ahli  rombongan 

Page 4: Contoh Kertas Kerja Penyembelihan

        10.10 Sentiasa  memaklumkan perkembangan  lawatan  kepada Pengetua untuk                    makluman  dan  tindakan.         10.11.Membuat  dokumentasi.

11.  Kebenaran   JPN   Terengganu: .

       Kebenaran  lawatan  sambil  belajar  akan  dipohon  daripada  Jabatan  Pendidikan        Negeri  Terengganu  sebaik  sahaja  pendaftaran  penyertaan  selesai. Ia  dibuat         sekurang-kurangnya  lima  minggu  dari  tarikh  lawatan.

12.    Anggaran   Pendapatan:

12.1.  Kutipan  daripada  bayaran   pelajar( RM  80.00 X 30            =          RM 2400.00 )       RM 2400.00

12.2.  Kutipan  daripada  bayaran  guru pengiring ( RM 80.00 x     08           =                     RM     640.00               )         RM     640.00 JUMLAH  BESAR                                                     RM 3040.00

                     

13     Anggaran  Perbelanjaan

13.1.                    Pengurusan Bas Sekolah ( SMK(A) DG            Minyak, Insuran, Basuh bas, tol  dll             RM   1200.00

13.2    Ubat-ubatan                                                         RM       20.00

13.3.   Pengurusan (  Surat  menyurat, fotostat  dll)       RM    100.00

13.4.   Sumbangan  aktiviti  pelajar  semasa  lawatan    RM      40.00

13.5.   Cenderahati (  3  tempat  lawatan )                      RM     100.00

13.6.   Sumbangan  untuk  dokumentasi ( 2  salinan )    RM      20.00

13.7.   Penginapan                                                             RM   800.00

      13.8    Bayaran  Masuk  Bertiket                                        RM   160.00

      13.9  . Fotografi dan  dokumentasi                                    RM     40.00

      13.10  Simpanan   Kecemasan/ pelbagai                                                   RM       560.00                                            JUMLAH  BESAR                               RM  3040.00                                

14    Penyeliaan dan Kawalan: 

Page 5: Contoh Kertas Kerja Penyembelihan

      Perancangan  dan  pelaksanaan  program  ini  akan  di kawal  selia oleh

      14.1.    Pengetua  SMK(A)  Durian  Guling      14.2.    Penolong  Kanan  Kokurikulum,      14.3.    Setiusaha Kokurikulum      14.4.    Guru  Pengiring

15..  Penutup:

        Dalam  menjayakan  program  lawatan  sambil belajar  ini  memerlukan  kerjasama         komitmen  dan  kerja  kuat  semua  pihak.  Lawatan  yang  berfaedah  ini  nyata         membuka  minda  pelajar  agar  lebih  bersikap  terbuka, berpengetahuan, luas         pengalaman  dalam  menghadapi  alaf  baru  yang  kian  mencabar.   Dengan        adanya  anjakan  paradigma  dalam  pengurusan yang ‘ CEKAP dan  BERKESAN’        nescaya hasrat  ‘ SMK(A)DG  JUARA – Berwatak – Kemas  dan  Beradab,         menjadi   kenyataan  dalam  masa  terdekat  ini. 

Disediakan  oleh :

( ABDULLAH  BIN  ABDUL  RAHMAN )  Guru  Pemimpin  Kadet  Bomba,   SMK(A)  Durian  Guling