contoh karangan berformat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

terdapat beberapa contoh karang berformat yang sesuai bagi pelajar pelajar yang akan mengambil UPSR

Citation preview

CONTOH KARANGAN DIARI SEHARI.

Pengalaman Hari Pertama di Sekolah Baharu.

Isnin, 7 Januari 2013

8.00 pagi - Sudah lebih setengah jam saya bersama ayah duduk di kerusi di depan bilik Guru Besar. Orang yang ditunggu masih berucap di perhimpunan rasmi.Hati saya agak gelisahseperti duduk di atas duri.

8.15 pagi-Guru Besar, Cikgu Razali menghulurkan tangannya kea rah ayah. Mereka berbual-bual dengan begitu mesra.Kemudian, ayah memperkenalkan saya kepada Guru Besar.

8.30 pagi Saya dibawa oleh kerani sekolah masuk ke kelas 6 Harapan.Saya duduk dibarisan tengah, di sebelah Jacinta.Sementara guru kelas menulis sesuatu, saya sempat bersembang dengan Jacinta.

10.10 pagi Apabila loceng berbunyi, saya bersama Jacinta ke kentin.Selepas itu,Jacinta membawa saya ke taman sains. Saya berasa seronok melihat banyak burung dan ayam hutan yang terdapat di taman sains.

11.50 pagi Sementara menanti guru masuk, saya sempat berkenalan dengan murid-murid sekolah ini.Mereka melayan saya dengan baik.Hati saya yang sedih kerana meninggalkan kawan lama sedikit terhibur.

1.50 tengah hari Rakan-rakan beratur menaiki bas sekolah.Saya melihat kereta ibusedah tiba.Saya melangkah ke kereta ibu dengan perasaan gembira.

CONTOH KARANGAN DIARI BEBERAPA HARI.

Air Mata Menyambut Kepulangan.

Selasa, 16 April 2013

Alangkah gembiranya saya apabila saya menerima surat daripada abang long. Abang long belajar di Universiti Tokyo selama lima tahun dalam bidang Linguistik Bahasa Jepun. Sudah terlalu lama saya menanti kepulangannya.Emak meminta saya mengemas bilik abang long.Ayah yang terlalu gembira menelifon rakan-rakannya untuk bercerita tentang kepulangan abang long.Emak memberitahu jiran tentang rancangan untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

Khamis, 17 April 2013

Pak su yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia telah tiba. Pak su berjanji akan bersama-sama menyambut kepulangan abang long. Pak su yang sudah bertunang tidak sabar ingin mengetahui tentang buahhati abanglong.

Jumaat, 18 April 2013

Saya kehairanan melihat emak yang tiba-tiba menangis, manakala ayah pula tiba-tiba murung.Tuk tam dan Nek Ju meminta saya banyak bersabar. Begitu ramai orang mengunjungi rumah saya seperti ada kematian.

Sabtu, 19 April 2013

Saya bangun awal kerana ingin menjemput abang long. Apabila saya mengatakan tidak sabar kepada emak, emak menangis.Teka-teki yang menyelubungi perasaan saya terjawab apabila sebuah kereta jenazah tiba di perkarangan rumah.Jam 5.15 petang, jenazah abang long yang meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tokyo di masukkan ke liang lahad. Pada mulanya, saya cuba untuk bertenang.Akhirnya,saya menangis bersungguh-sungguh.

CONTOH KARANGAN LAPORAN.

Laporan Tahunan Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.

Penaung :En Mohd Zanafi bin ZakariaPenasihat :Puan Nooraini binti Mohd AliPengerusi :Muhammad Irfan Hadi bin Mohd ZanafiSetiausaha :Nur Illya Maisara binti Mohd ZanafiBendahari :Nurin Izzaty binti Mohd ZanafiAhli Jawatankuasa :Azhar bin Seman Zainal bin Husain Aslina binti Ahmad Chan Wei Meng S. Sundralingam

Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 telah ditubuhkan sejak tahun 1996. Sepanjang penubuhannya, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menarik minat ahli terhadap mata pelajaran Sains. Kelebihannya, Persatuan Sains menjalankan aktiviti pada waktu petang.

Pada tahun 2013, jumlah ahli persatuan ini seramai 128 orang. Menerusi bimbingan guru penasihat, pelbagai aktiviti diadakan seperti minggu Sains, mewujudkan taman sains, lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara, dan melukis mural. Sasaran aktiviti adalah murid-murid Tahap Dua. Setiap aktiviti mendapat sambutan yang baik daripada ahli. Pertandingan anjuran Jabatan Pelajaran Daerah juga kami sertai. Salah seorang daripada ahli kami, Nurul Hidayah binti Halim telah Berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan mendeklamasikan sajak berunsur sains. Bagi memudahkan persatuan menggerakkan aktiviti, setiap ahli dikenakan yuran tahunan sebanyak RM0.50. Aktiviti lain untuk mengisi tabung ialah jualan kad hari raya. Kami juga menjual buku-buku terpakai semperna sambutan hari keluarga. Pada hujung tahun, iaitu 5 November 2013, kami bercadang untuk menganjurkan jamuan perpisahan. Penaung, guru penasihat, dan semua ahli dijemput hadir. Majlis tersebut merupakan majlis perpisahan untuk ahli tahun enam. Kami berasa bangga terhadap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak demi memajukan persatuan ini. Kami berharap agar persatuan ini dapat mengadakan lebih banyak aktiviti dengan barisan ahli jawatankuasa yang baharu yang bulat hati untuk memajukan persatuan. Semoga ahli-ahli lebih berminat terhadap pelajaran Sains di dalam kelas.

Laporan disediakan oleh, 25 OKTOBER 2013

______________________(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)Setiausaha,Persatuan Sains,Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI.

Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung,49300 Rawang,Selangor Darul Ehsan.________________________________________________________

Pengurus Penerbitan,Wira Buku,Taman Seri Gombak,69100 Bati Caves,Selangor Darul Ehsan. 6 MEI 2013

Tuan,

Kebenaran Lawatan Sambil Belajar kSyarikat Wira Buku.

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 telah merangka satu rancangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat penerbitan tuan yang menerbitkan majalah Cahaya Mataku.

2. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menggelakkan ahli seperti katak bawah tempurung. Segala pengetahuan tersebut diharap dapat dimafaatkan di sekolah.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk makluman pihak tuan. Tarikh :Sabtu, 25 Mei 2013 Waktu :9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari Peserta :40 orang murid dan empat orang guru pengiring

4. Walau bagaimanapun, jika tarikh lawatan tersebut tidak bersesuaian, kami tidak menghadapi masalah sekiranya tuan memindanya kepada tarikh yang lain. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

___________________________________(MOHD AZRUL BIN MAHADI)Setiausaha,Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI.

No. 74, Taman Seri Merapoh, 27210 Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Darul Makmur.

26 Januari 2011

Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Sahabatku,

Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.

Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.

Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih.

Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.

Sahabatmu,

............................. (Khairi bin Zaideen )

CONTOH KARANGAN UCAPAN.

Ucapan Perpisahan Guru

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Ramli bin Abu Bakar, Yang diraikan dan dikasihi, Cikgu Kamal, guru-guru yang disayangi dan rakan-rakan sekalian.

Saya mewakili rakan-rakan sedarjah ingin menyatakan perasaan amat sedih dan pilu kerana terpaksa berpisah dengan seorang guru yang kami sayangi. Beliau yang saya maksudkan ialah Cikgu Kamal.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Cikgu Kamal akan menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah baharunya iaitu Sekolah Kebangsaan Tawau, Sabah mulai minggu hadapan. Kami suka akan sikap Cikgu Kamal kerana beliau seorang yang baik hati dan bertanggungjawab. Di samping itu, beliau pandai ambil hati murid-murid di dalam kelasnya. Beliau seorang yang berdedikasi.

Pengorbanan cikgu sungguh besar ertinya kepada kami. Cikgu mengajar kami sehingga menjadi murid yang cemerlang. Kami boleh membaca dan menulis dalam pelbagai mata pelajaran dengan baik dan lancar.

Kami berdoa semoga cikgu dapat menjalankan tugas di sekolah baharu dengan lebih cemerlang lagi. Jangan lupakan kami, anak-anak didik cikgu.

Sekian, terima kasih.

CONTOH KARANGAN UCAPAN.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergotong-royong.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.

Sekian, terima kasih.

CONTOH KARANGAN BERITA.

Seramai 14 Orang Murid Keracunan Makanan

KLUANG, 7 Jun Seramai 14 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu telah mengalami keracunan makanan. Kejadian telah berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika murid-murid makan nasi lemak di kantin sekolh. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa dihantar ke Hospital Kluang.

Menurut guru besar sekolah tersebut, Encik Irfan Hadi, pda awalnya hanya tiga awal murid sahaja yang muntah. Beberapa minit kemudian, jumlah murid yang muntah semakin bertambah. Tanpa berfikir panjang, beliau melarng murid supaya tidak memakan nasi lemak yang sudah dibeli.

Murid yang disyaki keracunan makanan telah dibawa kebilik kesihatan. Oleh sebab kejadian tersebut agak serius, pihak hospital telah dihubungi. Kira-kira 20 minit kemudian, ambulan telah dating dan mangsa yang seperti ayam berak kapur segera dikejarkan ke hospital.

Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah memeriksa kantin sekolah. Menurut pegawai yang membuat pemeriksaan, keadaan tempat memasak kantin sangat kotor. Mereka mengarahkan kantin mentup peniagaan selama dua minggu untuk tujuan pembersihan.

Mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa mereka telah dihubungi. Doktor yang bertugas telak membuat pemeriksaan rapi terhadap setiap mangsa.

Ekoran kejadian tersebut, ramai murid yang bercadang membawa bekal ke sekolah. Cara ini bukan sahaja dapat memastikan kesihatan terjamin, tetapi dapat menjimatkan wang. Kini, murid-murid semakin sedar bertapa pentingnya menjaga kebersihan.

CONTOH KARANGAN PERBAHASAN.

Kawan Yang Rapat Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang adil, barisam pembangkang, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan perbahasan saya yang bertajuk Kawan yang Rapat Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan.

Kawan merupakan orang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kita. Seseorang kawan itu menjadi rapat dengan kita apabila mempunyai hobi, cita-cita, dan cara berfikir yang sama dengan kita. Sesungguhnya, mempunyai ramai kawan yang akrab lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada kita.

Hadirin yang dimuliakan,

Hujah saya yang pertama ialah kawan rapat dapat membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan. Sebagai contoh, jika kita tertinggal wang saku, kita boleh meminjamkan wang daripada rakan kita yang rapat dengan kita. Kesannya, kita dapat mengelak daripada berada dalam keadaan kelaparan, sekali gus mengelak daripada belajar dalam keadaan yang tidak selesa.

Hujah saya yang kedua ialah kawan yang rapat penting untuk kita bertukar-tukar nota pelajaran. Malahan, kita dapat membentuk kumpulan belajar yang terdiri daripada rakan-rakan yang rapat dengan kita. Oleh sebab minat dan impian yang sama untuk berjaya dalam UPSR, akhirnya 5A dalam UPSR akan menjadi kenyataan.

Hadirin yang dikasihi,

Hujah saya yang ketiga ialah kawan yang rapat dapat menjadi tempat untuk kita mencurahkan perasaan kerana menghadapi masalah dengan adik-beradik ataupun dalam pelajaran. Apabila kita dapat luahkan apa-apa yang terbuku dalam hati kita, perasaan kita yang sakit bagai dihiris dengan sembilu akan hilang.

Berdasarkan hujah-hujah yang diberi, jelaslah kepada kita bahawa kawan yang rapat lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada kita. Sebelum saya mengakhiri hujah saya ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi:

Selalulah kita memperteguh persahabatan, Keakraban terjalin tidak tersasar, Perlu cerdik memilih kawan, Pilihlah kawan berjiwa besar.

Sekian, terima kasih.

CONTOH KARANGAN DIALOG.

Dini : Helo, boleh saya bercakap dengan Abu ?

Abu : Helo, Abu di sini. Boleh saya tahu siapa yang bercakap di sana ?

Dini : Saya Dini. Apa khabar ?

Abu : Dini rupanya. Saya sihat. Sudah lama kita tidak berjumpa.

Dini : Ya. Saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan kamu memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu.

Abu : Terima kasih. Saya bersyukur kerana dapat merealisasikan impian saya dan keluarga. Saya berpendapat kejayaan ini wajar dikongsi bersama-sama dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan- rakan. Bagaimanakah kamu tahu saya mendapat 5A ?

Dini : Petang tadi kawan baik kita Amirul telah memaklumkan kejayaan kamu kepada saya. Saya berasa bangga dengan kejayaan kamu. Walaupun kamu seorang murid yang aktif dalam bidang kokurikulum dan menyandang banyak jawatan, kamu tetap cemerlang dalam pelajaran.

Abu : Dini juga boleh berjaya jika ada kemahuan. Walaupun kita aktif dalam bidang kokurikulum, kita perlu bijak membahagikan masa. Kita perlu mempunyai jadual belajar sendiri dan memberikan fokus ketika guru yang sedang mengajar di dalam kelas.

Dini : Terima kasih, Abu kerana sudi memberikan nasihat dan panduan berguna kepada saya.Adakah kamu telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh ?

Abu : Belum lagi. Saya berhasrat untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara. Sekolah ini menjadi pilihan saya kerana sekolah ini telah melahirkan banyak pemimpin negara.Saya sendiri bercita-cita menjadi salah seorang pemimpin negara.

Dini : Syabas, Abu kerana mempunyai cita-cita tinggi. Saya berharap kamu akan berjaya merealisasikan impian kamu itu.

Abu : Saya juga mendoakan agar Dini mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun hadapan.

Dini : Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berbual dan memberi kata-kata semangat kepada saya.

Dini : Sama-sama.