10

CONTENT #06 · Jika sudah menemui jalan buntu dalam mencapai cita-cita dan mel-aksanakan perancangan awal, anda mesti berhenti sejenak dan balik ke pangkal jalan. Lakukan sesuatu

Embed Size (px)

Citation preview

#06 mac / april 2011 2

CONTENT AHOY #06Mac- April 2011

“ There were at least seven STRG presentations by UniKL MIMET researchers. Three of the projects approved in 2009 presented their findings during the event.

“ Beberapa aktiviti telah dilaksanakan di sepanjang hari termasuk mengecat dua buah rumah penduduk miskin, membersih persekitaran sekolah agama dan masjid di samping mengecat serta menampal simen yang retak di persekitaran masjid.

“...Baka jantan dieramkan dengan suhu lebih kurang 28 darjah manakala bakabetina pula dieramkan dengan suhu 31 darjah.

“....Natural gas found with oil is called ‘associated gas’. If it is found on its own, it is known as non-associated gas. Natural gas is found below the earth surface and subjected to high pressure and temperature.

PATRONPROF DATO’ DR. MOHD MANSOR SALLEH

CHIEF EDITORCDR (R) AMINUDDIN BIN MD AROF

EDITORIAL MEMBERSMAZLAN BIN MUSLIM

ABD RAZAK BIN ABD RAHMAN

AZILA BT. AYUB

MOHD HAZWAN HAFIZ BIN MOHD PUZI

NIK HARNIDA BT. SUHAINAI

SUFIAN BIN YAHAYA

MOHD HANIS BIN MOHD NOR

SARAH NADIAH BT. RASHIDI

SHARIF BIN SAAD

MOHD ZAWAWI BIN MAT TAHAR

GRAPHIC TEAMAZZAHARI BIN HAMID

AZIZAN BIN HJ. ABDUL AZIZ

MOHD KHAIRRUDDIN BIN ABDUL KARIM

Buletin UniKL MIMET #06 Mac-April 2011

MENARIKE D I S I K A L I I N I

ACKNOWLEDGEMENT

The Editorial committee would like to thank MIMET PHOTOME-DIA CLUB (MIPHOM) and MIMET ICT Unit for allowing some of their photo collections to be in-cluded in this 6th edition

MIMET AHOY! diterbitkan oleh Kelab Kakitangan UniKL MIMET, Dataran Industri Teknologi Kejuruteraan Marin, Bandar Teknologi Maritim, Jalan Pantai Remis, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.

3 The Chief Editor’s Quill 4 Dari Meja Dekan / Ketua Kampus UniKL MIMET 5 Berita Siswa I 6 Berita Kakitangan I 7 Ilmiah I 8 Berita Siswa II 9 Berita Kakitangan II 10 Lensa AHOY! 13 STRG & QC Unit Report 14 Ilmiah II 16 Berita Muka Depan 17 Berita Unit 18 Laman Nurani 19 Ceritera Maritim

ms8

COMMUNITY SERVICE PENYU SEGARI

pg7

PETROLEUM TECHNOLOGY – AN OVERVIEW

KHIDMAT MASYARAKAT UniKL MIMET

DI KAMPUNG CHOPING KANAN

ms6

SHORT TERM RESEARCH GRANT (STRG)

PROGRESS PRESENTATION

pg13

#06 mac / april 2011 3

THE CHIEF EDITOR’S QUILL

MIMET Ahoy! Apa khabar warga MIMET sekalian? Saya bagi pihak sidang editor MIMET Ahoy! mendoakan agar anda semua berada di dalam keadan sihat, selamat dan sejahtera. Tanpa disedari kita telah pun be-

rada di penghujung suku pertama 2011. Terlalu banyak yang kita lakukan sejak penghujung tahun lalu sehinggalah sekarang. Di antaranya adalah perlaksaan konsep Student Learning Time (SLT) untuk siswa pengambilan Januari 2011, persiapan untuk membolehkan MIMET mendapat pengiktirafan sistem kualiti ISO, membangunkan program-program baru, melipatkangandakan penawaran kursus-kursus pendek untuk mengoptimumkan kepakaran dan prasarana sedia ada, aktiviti-aktiviti teknoputra dan banyak lagi. Adalah dirasakan beban tugas kita secara keseluruhan akan terus bertambah sejajar dengan kematangan kita sebagai sebuah universiti. Pertambahan tugas ini juga disusuli dengan pertambahan beberapa orang staf baru yang telah sama-sama memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Namun demikian, adalah tidak din-afikan bahawa adalah agak sukar untuk mebuat pengagihan tugas yang sama rata di kalangan semua staf. Oleh itu, sudah pasti bebanan kerja sebahagian staf adalah lebih tinggi daripada yang lain. Sekiranya kita berada di dalam situasi ini, adalah wajar untuk kita berbincang dengan pengurusan atasan UniKL MIMET yang sen-tiasa bersedia untuk mendengar dan cuba mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Elakkan daripada membuat perkara-perkara yang mampu merosakkan keharmonian organisasi kerana ia amat tidak sesuai bagi institusi pendidikan tinggi seperti kita dan akan menjadi contoh yang buruk kepada para siswazah yang amat dahagakan ilmu dan tunjuk ajar daripada para pendidik mereka.

Hi everyone. It seems like the 5th edition of MIMET Ahoy! was only circulated several weeks ago although it has al-ready been almost four months. Time flies very fast and we are now reaching the end of the 1st quarter for 2011. Ev-eryone at MIMET is currently busy with the implementation of the SLT and preparing to obtain the ISO recognition. Whilst the academicians are quite fortunate to have received several new appointments justified by the increased teaching loads, the services staff were not as fortunate. Nevertheless, it should be noted that adding new staff is not the only solution to solve the problems. Sometime excessive work load can be resolved by improving work processes, internal re-organisation of staff, automation and many others. Hence, it would be wise if those who are not comfort-able with their working conditions to discuss with their superiors or even the Dean and try to find an amicable solu-tion for everyone involved. Anyway we are here as one small family and over the years we have managed to solve most of the problems through discussions rather than going through other unnecessary avenues. VIVA MIMET!

Amin ArofChief Editor

On the authority of Anas, who said:

I heard the messenger of Allah (peace be upon him) say:Allah the Almighty has said: “O son of Adam, so long as you call upon Me and ask of Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds of the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I would forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with sins nearly as great as the earth and were you then to face Me, ascribing no partner to Me, I would bring you forgiveness nearly as great as it.”

Hadith Qudsi

#06 mac / april 2011 4

DARI MEJA DEKAN / K ET U A K A M P U S U n i K L M I M ET

KEJAYAAN M E L A LU I P E R A N C A N G A N

“IF YOU FAIL TO PLAN, THEN, YOU PLAN TO FAIL”“JIKA ANDA GAGAL MERANCANG, MAKA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL”

Dalam kehidupan kita, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat perancangan teliti, dan melaksanakan-nya. Merancang sahaja, tanpa perlaksanaan yang mantap juga tidak akan membawa kita ke mercu kejayaan yang diidamkan.

Bagi para pelajar, saya percaya anda semua sudah membuat perancangan terperinci bagi lulus dalam pengajian masing-masing dalam jangka masa yang ditetapkan, iaitu 6 semester bagi diploma dan 8 semester bagi ijazah. UniKL MIMET telah menyediakan rancangan pembelajaran (study plan) yang teliti. Yang diperlukan dari para pelajar ialah mematuhi segala apa yang dirancang dan melaksanakannya mengikut jadual yang ditetapkan. Jika pelaksanaan tersasar dari landasan awal maka mestilah anda perbetulkan segera supaya matlamat tetap tercapai.

Untuk sesebuah organisasi seperti MIMET, perancangan korporat amat penting bagi mencapai misi dan wa-wasan (vision) kita. Rancangan pembinaan kampus MIMET yang dimulakan dalam tahun 2004 itu juga telah dibuat secara cermat. Namun, dalam pelaksanaannya terdapat beberapa kepincangan yang tidak dijangkakan. Maka perancangan yang begitu diperhalusi telah tidak dilaksanakan dengan terbaik. Maka, kini, kita terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam mencapai matlamat murni kita.

Lantaran kita tidak dapat melaksanakan sepenuhnya apa yang telah dirancang, maka kita perlu membuat sesua-tu yang pantas dan berkesan supaya sasaran asal itu dicapai juga. Kita cuba “Plan B” atau “Plan C”. Kita redah juga jalan yang penuh onak dan duri serta berliku-liku dengan nekad bagi mencapai cita-cita kita. Kita perlu merancang semula atau mencari jalan mengatasi perancangan yang tersasar supaya matlamat tercapai juga.

Begitu juga bagi para pelajar sekalian. Jika sudah menemui jalan buntu dalam mencapai cita-cita dan mel-aksanakan perancangan awal, anda mesti berhenti sejenak dan balik ke pangkal jalan. Lakukan sesuatu yang mungkin drastik untuk kembali mendapatkan perancangan asal. Di sinilah perlunya kekuatan dalam diri anda masing-masing untuk menentukan anda tidak mudah patah semangat atau “give up” sebelum berjuang. Me-mang sukar, kadang kala, kembali melihat kelemahan kita dan memulakan cara baru. Tetapi tanpa langkah ini, kita akan terus tertinggal di belakang atau tersasar dari tujuan asal.

Akhir kata, sekali lagi diulangi di sini bahawa tanpa perancangan dan perlaksanaan yang terperinci, kejayaan mungkin hanya merupakan satu angan-angan dan fatamorgana (mirage) sahaja, tidak lebih dari itu. “Peran-cangan tanpa perlaksanaan ialah angan-angan. Perlaksanaan tanpa perancangan menempa kepincangan”.

Selamat Merancang!!

Prof Dato’ Dr. Mohd Mansor SallehDekan / Ketua Kampus UniKL MIMET

#06 mac / april 2011 5

Berita Siswa Eksekutif HEM

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK AKTIVITI PELAJAR UniKL MIMET 2011

Pada 18 hingga 20 Februari 2011, Jabatan Hal Ehwal Maha-siswa (HEM) UniKL MIMET telah mengadakan Bengkel Per-ancangan Strategik Aktiviti Pelajar 2011 bertempat di Hotel Chandek Kura, Langkawi. Seramai tujuh Jawatankuasa Per-wakilan Mahasiswa (JPM) serta dua puluh empat wakil yang terdiri daripada Presiden Kelab & Jabatan Perwakilan Kolej (JPK) menyertai bengkel tersebut. Turut hadir ialah Dekan dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Teknoputra selaku panel pemilihan dan kelulusan ke atas program dan aktiviti yang dicadangkan oleh para perwakilan.

Bengkel ini diadakan bagi merancang program dan ak-tiviti pelajar UniKL MIMET sepanjang tahun 2011 dengan mengambil kira kepentingan program kepada pelajar ber-dasarkan kepada peruntukan yang ditetapkan. Pihak pen-tadbiran universiti juga menggunakan kesempatan ini un-tuk menerangkan secara ringkas berkaitan isu penggunaan wang Tabung Aktiviti Pelajar serta kaedah dan kriteria pro-gram/aktiviti yang layak untuk diluluskan dan diberi perun-tukan daripada tabung tersebut. Hasilnya, sebanyak tujuh puluh lapan (78) program/aktiviti telah berjaya diluluskan dan akan dilaksanakan di sepanjang tahun 2011.

JPM MIMET turut mengadakan mesyuarat pertama mereka bersama HEM pada hari pertama bengkel ini diadakan. Se-cara keseluruhan, wakil-wakil kelab/persatuan yang hadir berpuas hati dengan perancangan yang telah berjaya diren-canakan melalui bengkel ini. Aktiviti dan program yang mereka rancangkan mendapat kelulusan secara terus, telus dan hasil persetujuan bersama antara pihak pentad-biran universiti dan wakil pelajar. Para peserta juga telah berkongsi pandangan dan bertukar-tukar idea dalam usaha untuk menambah baik aktiviti yang akan dijalankan.

#06 mac / april 2011 6

Berita Kakitangan Eksekutif HR

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UniKL MIMET DI KAMPUNG CHOPING KANAN

Bagi memenuhi hasrat untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat setempat, UniKL MIMET telah mengorak langkah dengan menganjurkan satu program Khidmat Masyarakat pada 9 Disember 2010

di mana Kampung Choping Kanan, Parit telah dipilih sebagai destinasi pertama. Seramai lebih kurang 50 staf yang diketuai sendiri oleh Dekan UniKL MIMET, Prof Dato’ Dr Mohd Mansor Salleh telah mengambil bahagian. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan di sepanjang hari termasuk mengecat dua buah ru-mah penduduk miskin, membersih persekitaran sekolah agama dan masjid di samping mengecat serta menampal simen yang retak di persekitaran masjid. Program diteruskan dengan aktiviti solat zohor berjamaah dan ceramah agama oleh Ustaz Hisham yang diundang khas dari UniKL RCMP. Di sebelah petang pertandingan memancing ikan Sungai Perak telah dijalankan bersama pen-duduk kampung dan diakhiri dengan acara sukan persahabatan seperti bola sepak, sepak takraw dan sukaneka bagi golongan wanita.

#06 mac / april 2011 7

Objectives The purpose of this article is to provide an outline review of the oil and gas and their related industries. It will also describe a basic refining and processing of oil and gas less technical terms to enable readers to appreciate the existence of petroleum and the related technology.

Theory of PetroleumFactually the word petroleum comes from an old Greek word ‘pe-tra’ for rock and the Latin word ‘oleum’ for oil. Since oil is usually found in rocks, hence it is called ‘rock oil’ or petroleum. The main components of petroleum are crude oil and natural gas known as hy-drocarbon (hydrogen and carbon). The liquid hydrocarbon is crude oil while its gaseous state is called natural gas.

Usually oil, gas and water are separated in a reservoir. Water at the bottom, oil in the middle and gas being the lightest is at the top. The three said components are often blocked or trapped by a layer of impermeable rocks called ‘cap-rock’ (refer to Figure 1). Crude oil also contains chemical element known as Sulphur. Crude oil that contains less sulphur is said to be ‘Sweet crude’. For high sulphur contents crude oil is referred to as ‘Sour crude’. The colours of crude oil range from green to yellow or brown to black. Some are sticky or heavy, while some are thinner and heavier.

Natural gas components are methane, ethane, propane, butane, pentane and other heavier hydrocarbons. Natural gas found with oil is called ‘associated gas’. If it is found on its own, it is known as non-associated gas. Natural gas is found below the earth surface and subjected to high pressure and temperature. If it is brought up above the earth surface, its heavier component will become liquid called condensate.

Figure 1: Oil and gas reservoir between impermeable rocks

Common Drilling Activity There are several types of drilling rigs to suit the climatic conditions and water depths. These drilling rigs are self-contained and self supporting. Once significant reserves of oil and gas are found be-neath the seabed, permanent platforms will be installed. Platforms are fixed structures resting on tall legs driven into the sea-bed and often 30 metres below the sea water surface. These platforms height must be above the sea waves, even during worst weather conditions.

Refining of Crude OilCrude oil is classified into three categories namely: Paraffinic, Naphthenic and Asphaltic. It is a mixture of hydrocarbons of dif-ferent properties. Firstly, crude oil is heated at about 3500 C in a furnace before it is piped to a fractionating tower. The fractionating tower contains numerous trays at about 60 centimetres interval to facilitate the separation process of products. Oil vapours rise up the tower and condense to liquid at the different level of trays. Un-vapourised oils will be drained down the tower. Products with high boiling points will be collected at the base of the tower as ‘resi-dues’. Products with the intermediate boiling point will accumulate in the middle trays, while products with the lower boiling point will be condensed at the top of the tower. Light products such as LPG gas, gasoline and naphtha are taken off at the top of the tower. The heaviest products such as asphalt and tar are drawn off at the bot-tom of the tower. Products of the fractionating tower may then be used directly or recombined to form other products.

Ilmiah Ishak Hamzah, Abdul Aziz Rahim, Mazlan Muslim

PETROLEUM TECHNOLOGY – AN OVERVIEW

Figure 2: Fractional Distillation Process

Processing of Natural GasNatural gas has to undergo three types of processing especially by slug removal, cooling and separation based on the products boil-ing point. Typical gas processing plant and its product distribution route is shown in Figure 3.

Process 1 – Removal of SlugNatural gas containing liquid slug needs to be processed into pe-troleum in refinery. These slugs were normally being trapped in slug-catcher.

Process 2 – Cooling and separation.The trapped slug in the slug-catcher is piped to a gas processing plant for cooling and separation of the desired gaseous. Propane and butane in liquid form are drawn off when cooling takes place at -120 C. To produce ethane, the gas needs to be further cooled at -800 C. After propane, butane and ethane were removed, the remaining gas will be methane only. Further treatment is required before the methane is ready for use in homes and industries and normally the gas is transported via pipelines.

Process 3- PurificationDuring the purification process, acid gaseous i.e. sulphur, com-pound, CO2 and water were removed.

Figure 3: Gas Processing Plant and its Distribution Route

ConclusionPetroleum has obviously become part of our life. We depend totally on this black oil to ensure our daily needs are fulfilled. Unfortu-nately, we seldom value its existence because of our poor knowl-edge on its origin, exploration and processing. Thus, it is vital to provide such an article to create interest and awareness on the importance of this product for us today and also in the future. We are blessed to live in Malaysia with 5.5 billion barrels of crude oil and 84 trillion cubic feet of natural gas reserves respectively (2009 figures). We ought to apprehend the depreciation of these reserves may adversely affect our life and we must learn to appreciate and be thankful for such a wonderful gift from Allah.

#06 mac / april 2011 8

Berita Siswa Eksekutif HEM

Pada 2 Jan 2011 (Ahad), seramai 124 pelajar baru (PB) yang ter-diri daripada pelajar program diploma dan ijazah telah mendaftar ke UniKL MIMET bagi sesi kemasukan Jan 2011. Memandangkan

pengambilan pada sesi Januari adalah kecil, urusan pendaftaran di-lakukan di beberapa bilik kuliah di Bangunan Akademik UniKL MIMET. Proses yang dilaksanakan juga lebih mudah, ringkas dan lebih cepat berbanding sesi yang lepas. Sesi orientasi atau lebih dikenali sebagai Minggu Silaturrahim (MSR) bermula di sebelah petang dan telah ber-langsung selama lima hari. Pegawai HEM bertindak selaku pegawai yang memantau perjalanan program dan dibantu oleh 10 pelajar yang dilantik sebagai Orientation Committee (OC).

Sepanjang MSR diadakan, PB telah didedahkan dengan pelbagai in-formasi dan maklumat melalui taklimat dan sesi tertentu berkaitan cara hidup di kampus, maklumat akademik, isu pinjaman dan ban-tuan kewangan. Maklumat lain yang disampaikan termasuk peluang sebagai usahawan muda, sukan dan persatuan serta

peraturan dan disiplin sepanjang berstatus pelajar UniKL.

OC juga berperanan memperkenalkan persekitaran MIMET kepada PB melalui aktiviti-aktiviti dan modul yang dilakukan setiap hari sep-erti yang telah dijadualkan. Aktiviti yang dilakukan seperti sukan & riadah, Mini Treasure Hunt, Management Games, MIMET Tour, serta beberapa aktiviti lagi.

Turut diadakan ialah ceramah motivasi bagi memupuk semangat baru kepada PB dalam memulakan pengajian di MIMET. Selain daripada itu, PB turut didedahkan dengan program khidmat masyarakat dan penyer-taan larian merentas desa bertujuan memberi gambaran persekitaran MIMET kepada PB. PB juga diberi peluang untuk berdialog bersama

Dekan UniKL MIMET. Melalui maklum balas yang diterima, PB amat berpuas hati dengan MSR yang telah mereka lalui dan berterima kasih kepada pihak penguru-san universiti yang telah merancang dan melaksanakan program yang amat ber-manfaat kepada mereka sebagai pelajar baru UniKL MIMET.

Minggu Silaturahim Pelajar Baru UniKL MIMETSESI JANUARI 2011

COMMUNITY SERVICE PENYU SEGARI

Program “We Care Our Turtle” adalah program khidmat masyarakat yang di-anjurkan oleh MIMET Aqua Sports Club dengan kerjasama pihak Pusat Pengu-rusan Penyu Segari. Program separuh

hari ini melibatkan kerja-kerja kesukarela-wanan seperti pembersihan kawasan, pem-bersihan kolam dan membersih cengkerang penyu.

Para peserta berkumpul di kampus UniKL MIMET pada jam 8.30 pagi dan bertolak ke Segari pada jam 9 pagi. Perjalanan mengambil masa kira -kira 45 minit.

Ketibaan peserta ke tempat program disam-but baik oleh pihak Pusat Pengurusan Penyu Segari. Hanya mahu dikenali dengan nama Pak Tan, beliau menerangkan serba sedikit berkenaan penyu serta kawasan tersebut. Usia penyu yang terdapat di pusat tersebut adalah sekitar 1 bulan hingga 8 tahun.

Peserta juga diterangkan berke-naan penetasan telur penyu. Baka jantan dieramkan dengan suhu lebih kurang 28 darjah manakala bakabetina pula dieramkan dengan suhu 31 darjah. Peserta diagihkan tugasan pada jam 10.30 pagi. Tugasan yang diberikan termasuk, membersih dan

menyapu ka-wasan, mencuci kolam penyu serta member-sih cengkerang penyu. Semua peserta dili-hat bersung- guh-sungguh melaksanakan tugasan di samp-

ing mendapat tunjuk ajar daripada Pak Tan. Kerja-kerja pembersihan tamat sekitar jam 12.00 tengahari dan para peserta disajikan dengan jamuan ringan. Pihak Pengurusan merakamkan ucapan terima kasih kepada peserta program dan UniKL MIMET di atas kesudian menjalankan khidmat masyarakat di pusat tersebut.

Para peserta yang menyertai turut memberi-kan maklum balas yang baik dan berharap program seperti ini akan dianjur-kan lagi di masa depan.

Tajuk Program : “We Care Our Turtle”Tempat : Pusat Pengurusan Penyu, SegariTarikh : 19 April 2011Penyertaan : 35 Siswa Dan Siswi, 2 Pegawai Pengiring

#06 mac / april 2011 9

Berita Kakitangan Eksekutif HR

Nama Jawatan Tarikh Lapor Diri

Siti Shariyah Bt Saari Penolong Pensyarah 15.12.2010

Shareen Adlina Bt Shamsuddin Pensyarah 15.12.2010

Masznim Bin Yahaya Eksekutif (HEM) 15.12.2010

Anuar Bin Kamarudin Pegawai 15.12.2010

Norazlina Bt Abdul Nasir Penolong Pensyarah 03.01.2011

Fatimah Bt Abdul Hamid Pensyarah 03.01.2011

Azura Bt Ahmad Radzi Pensyarah 03.01.2011

Hazrull Bin Ab Dulhamid Penolong Pensyarah 17.01.2011

Norfadhlina Bt Khalid Penolong Pensyarah 14.02.2011

Saramurni Haryanti Bt Abdul Hamid Eksekutif (Penasihat Pelajar) 04.04.2011

Nur Syafiqah Bt Jailani Kerani Kewangan 01.04.2011

Mohd Firdaus Bin Mohd Aziad Kerani 11.04.2011

STAF BARU MIMET

Nama Jawatan Berkuatkuasa

P Liza Datu Harun Juruteknik 01.12.2010

Lukman Abdul Jalil Penolong Pensyarah 16.12.2010

Mohd Zaim Zainal Abddin Penolong Pensyarah 03.03.2011

Ir. Mohd Nazri Mohd Jamil ‘Specialist’ Kanan 31.01.2011

Noor Fadzilah Adnan Kerani 13.02.2011

Nurhafidzah Bt Abu Samah Penasihat Pelajar 02.04.2011

Nor Azita Mat Nawi Penolong Pensyarah 25.03.2011

STAF MENINGGALKAN MIMET

Beberapa orang staf telah berjaya di dalam temuduga yang telah dijalankan bagi mengisi kekosongan jawatan dalaman pada tahun 2010 manakala dua orang staf akademik telah dinaikkan pangkat sebagai Pensyarah setelah berjaya menamatkan pengajian Master of Engineering Technology in Information, Decision and Automation dari University De La Rochelle, Perancis. Mereka yang terlibat ada-lah seperti berikut:

KENAIKAN PANGKAT

Nama Jawatan Jawatan Baru Berkuatkuasa

Shafulizam Omar Pegawai Ke-wangan

Eksekutif Ke-wangan Julai 2010

Noor Hazlina Abdul Hamid Kerani Kewangan Pegawai Ke-

wangan Januari 2011

Ahmad Zawawi Jamalu-din ‘Practitioner’ Pensyarah Julai 2010

Atzroulnizam Abu Penolong Pen-syarah Pensyarah Julai 2010

Tahniah diucapkan kepada staf yang terlibat di atas kecemer-langan yang telah ditunjukkan. Sidang Redaksi MIMET Ahoy! berdoa semoga tahun 2011 akan membuka lebih banyak ruang

kepada staf UniKL MIMET untuk mencapai peningkatan dalam kerjaya masing-masing. AMIN

Bermula pada awal tahun 2011, UniKL telah mel-antik seramai lima (5) staf akademik mengisi untuk jawatan sebagai Ketua Seksyen dan juga Penyelaras Program. Berikut adalah perlantikan yang telah pun dibuat:

PERJAWATAN TAMBAHAN UNTUK STAF AKADEMIK

Nama Jawatan Berkuatkuasa

Engr. Iwan Zamil Mustaffa Kamal

Ketua Seksyen, Marine and Design

Technology

16/02/2011 – 15/02/2014

Samsol Azhar Zakaria

Ketua Seksyen, Consultancy & In-

novation

01/02/2011 – 31/01/2014

Bakhtiar Ariff Baharudin

Ketua Seksyen, Short Courses and Professional Educa-

tion

01/02/2011 – 31/01/2014

Kdr (B) Aminud-din Md Arof

Penyelaras Program – BMO

16/02/2011 – 15/02/2012

Asmawi Ismail Penyelaras Program - BET NASB

16/02/2011 – 15/02/2012

Sidang Redaksi mengucapkan tahniah dan Selamat Menjalankan Tugas

kepada staf terlibat.

Pada 18 Disember 2010, Kelab Kakitangan MIMET (KKM) telah menganjurkan satu acara sukaneka yang melibatkan staf UniKL MIMET

serta ahli keluarga mereka. Beberapa acara sukaneka telah diatur dan dilaksanakan mengikut kategori dan kumpulan yang telah ditetapkan. Sukaneka ini dian-jur bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesa-ma staf dan ahli keluarga masing-masing. Pelbagai hadiah disediakan untuk para pemenang termasuk beberapa cabutan bertuah. Yang paling gembira pada majlis ini sudah pastilah kanan-kanak. Sidang editorial mengucapkan syabas kepada Presiden dan AJK KKM kerana berjaya menganjurkan acara yang meriah ini walaupun dalam keadan cuaca yang agak lembab. Adalah diharapkan lebih ramai staf dan ahli keluarga mereka dapat turut serta dalam majlis sep-erti ini pada masa hadapan.

GAMBAR DI MUKASURAT 11

SUKANEKASTAF

#06 mac / april 2011 10

The students of SMK Raja Perempuan Kalsom during the initial brief-

ing session

visits to MIMET

Pilihanraya jpm 2011

MSR

jan

2011

RUGBYDATO’ SUBRI

CUP

Program Sambutan Maulidurrasul bersama Ustaz Nazrul Izwan, Calon Program Imam Muda