12
FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN : PERSPEKTIF PELAJAR YANG MENGULANG KURSUS ENGINEERING MATHEMATICS 1 Favziyah binti Nafiah 1 dan Noor Azilla binti Mohamed Nor 2 1,2 Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak [email protected], noor_azilla@psas.edu.my ABSTRAK : Kertas ini melaporkan dapatan kajian untuk mengenalpasti perspektif pelajar mengenai faktor kegagalan mereka bagi kursus Engineering Mathematics 1 di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Faktor yang dikaji adalah dari aspek Latihan/Tutorial/Tugasan, Pensyarah dan Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran, Sikap dan Motivasi, Masalah Peribadi dan Kerohanian. Seramai 67 orang pelajar Semester 2, Sesi Disember 2011, yang mengulang kursus Engineering Mathematics 1 telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik (α = 0.751) yang terbahagi kepada dua bahagian. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0, Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata . Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kaedah belajar menjadi faktor utama dalam mempengaruhi faktor kegagalan kursus Engineering Mathematics 1 dari perspektif pelajar, diikuti oleh faktor sikap dan motivasi serta latihan/tutorial/tugasan. Oleh itu, cadangan telah dikemukakan dalam usaha mengatasi masalah kegagalan pelajar, lantas membantu pencapaian peratus kelulusan di atas 90% bagi setiap program. Keywords : Perspektif Pelajar; Faktor-faktor Kegagalan Engineering Mathematics 1, Cadangan Meningkat Peratus Kelulusan Pelajar 1. PENGENALAN Matematik adalah satu bidang pengetahuan yang penting dalam pembelajaran mahupun di sekolah, ataupun diperingkat institusi pengajian tinggi seperti politeknik dan universiti. Permasalahan matematik bukan sahaja memberi kesan kepada taraf pendidikan individu, malah turut memberi kesan kepada aplikasi penggunaan harian mereka. Sebagai contoh, pelajar yang lemah dalam matematik, akan turut lemah dalam subjek lain, terutamanya yang melibatkan pengiraan. Didalam kehidupan harian pula kita sering mengaplikasikan penggunaan matematik semasa membeli belah, , membuat pengukuran, perbandingan dan sebagainya. Matematik sering dianggap sebagai suatu kursus yang sukar untuk difahami terutamanya bagi pelajar yang lemah matematik ketika dialam persekolahan. Persoalannya, mengapa fenomena ini berlaku?, Siapakah yang harus dipersalahkan? Apakah punca sebenar yang menyebabkan ramai pelajar yang gagal matematik?. Persoalan-persoalan ini menyebabkan kami terpanggil untuk membuat kajian bagi mengetahui secara terperinci

Complete Faktor2 Gagal Belajar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Complete Faktor2 Gagal Belajar

Citation preview

  • FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN : PERSPEKTIF PELAJAR

    YANG MENGULANG KURSUS ENGINEERING MATHEMATICS 1

    Favziyah binti Nafiah1

    dan Noor Azilla binti Mohamed Nor2

    1,2

    Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak

    [email protected], [email protected]

    ABSTRAK : Kertas ini melaporkan dapatan kajian untuk mengenalpasti perspektif pelajar

    mengenai faktor kegagalan mereka bagi kursus Engineering Mathematics 1 di Politeknik Sultan

    Azlan Shah, Behrang, Perak. Faktor yang dikaji adalah dari aspek Latihan/Tutorial/Tugasan,

    Pensyarah dan Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran, Sikap dan Motivasi, Masalah

    Peribadi dan Kerohanian. Seramai 67 orang pelajar Semester 2, Sesi Disember 2011, yang

    mengulang kursus Engineering Mathematics 1 telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini

    dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik ( = 0.751) yang terbahagi kepada dua bahagian. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical

    Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0, Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata .

    Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kaedah belajar menjadi faktor utama dalam

    mempengaruhi faktor kegagalan kursus Engineering Mathematics 1 dari perspektif pelajar,

    diikuti oleh faktor sikap dan motivasi serta latihan/tutorial/tugasan. Oleh itu, cadangan telah

    dikemukakan dalam usaha mengatasi masalah kegagalan pelajar, lantas membantu pencapaian

    peratus kelulusan di atas 90% bagi setiap program.

    Keywords : Perspektif Pelajar; Faktor-faktor Kegagalan Engineering Mathematics 1, Cadangan

    Meningkat Peratus Kelulusan Pelajar

    1. PENGENALAN

    Matematik adalah satu bidang pengetahuan yang penting dalam pembelajaran mahupun

    di sekolah, ataupun diperingkat institusi pengajian tinggi seperti politeknik dan universiti.

    Permasalahan matematik bukan sahaja memberi kesan kepada taraf pendidikan individu,

    malah turut memberi kesan kepada aplikasi penggunaan harian mereka. Sebagai contoh,

    pelajar yang lemah dalam matematik, akan turut lemah dalam subjek lain, terutamanya

    yang melibatkan pengiraan. Didalam kehidupan harian pula kita sering mengaplikasikan

    penggunaan matematik semasa membeli belah, , membuat pengukuran, perbandingan dan

    sebagainya.

    Matematik sering dianggap sebagai suatu kursus yang sukar untuk difahami terutamanya

    bagi pelajar yang lemah matematik ketika dialam persekolahan. Persoalannya, mengapa

    fenomena ini berlaku?, Siapakah yang harus dipersalahkan? Apakah punca sebenar yang

    menyebabkan ramai pelajar yang gagal matematik?. Persoalan-persoalan ini

    menyebabkan kami terpanggil untuk membuat kajian bagi mengetahui secara terperinci

  • PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 43

    faktor kegagalan pelajar dalam matematik di politeknik, khususnya bagi pelajar semester

    satu.

    1.1 Pernyataan Masalah

    Rentetan daripada latar belakang masalah tersebut, penyelidik ingin mengkaji

    faktor yang mempengaruhi kegagalan Kursus Engineering Mathematics 1 dari

    sudut persepsi pelajar di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesyen, Perak.

    Faktor yang akan di kaji adalah faktor Latihan/Tutorial/Tugasan, Pensyarah Dan

    Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran, Sikap Dan Motivasi, Masalah

    Peribadi dan Kerohanian

    1.2 Objektif kajian

    Antara Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada faktor-faktor

    berikut mempengaruhi kegagalan Kursus Engineering Mathematics 1 dikalangan

    pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah:

    a. Latihan/Tutorial/Tugasan

    b. Pensyarah dan Kaedah Pengajaran

    c. Kaedah Belajar

    d. Persekitaran

    e. Sikap dan Motivasi

    f. Masalah Peribadi

    g. Kerohanian

    1.3 Skop dan Batasan Kajian

    Kajian ini hanya menfokuskan kepada persepsi pelajar mengenai faktor yang

    mempengaruhi kegagalan mereka dalam kursus Engineering Mathematics1 pada

    sesi Jun 2011. Selain itu, responden adalah terdiri daripada pelajar semester dua

    kejuruteraan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesyen, Perak.

    2. TINJAUAN LITERATUR

    Kemorosotan pencapaian pelajar untuk kursus Engineering Mathematics 1 amat

    membimbangkan. Mengikut analisis daripada unit peperiksaan PSAS, peratus lulus pada

    sesi Julai 2010 adalah 98%, sesi Disember 2010 , 97.5% dan Jun 2011, hanya 82.6%.

    Kemerosotan ini dikaitkan dengan pelbagai faktor dari perspektif pelajar. Di antara faktor

    yang dikenalpasti adalah dari aspek latihan/tutorial/tugasan, pensyarah dan kaedah

    pengajaran, kaedah belajar, persekitaran, sikap dan motivasi, masalah peribadi dan

    kerohanian. Kajian Relich dan Way, 1994; Philippou, 1998; Thompson, 1992,

    menyatakan, kepercayaan, sikap dan kecekapan diri adalah berkait rapat terhadap kesan

    pencapaian akademik. Mengikut kajian oleh Mokhtar Ishak dan Rohani Ahmad (2001)

  • PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 44

    menunjukkan bahawa, gaya belajar mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Menurut Norhani Bakri (2005) pula, cara pembelajaran yang tidak konsisten dan tiada

    inisiatif untuk berusaha sendiri dengan mencari bahan rujukan di perpustakaan

    merupakan faktor yang menjejaskan prestasi pembelajaran.

    Gaya pembelajaran pelajar juga berkait rapat dengan kaedah pengajaran pensyarah,

    bahan bantu mengajar, sikap pensyarah dan keadaan sekitar (Ramirez, 1990). Dengan itu,

    pensyarah perlu mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai dengan gaya

    pembelajaran pelajar (Marjoribanks, 1991). Menurut Dunn (1995) serta Neely dan Alm

    (1992), pelajar akan memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekiranya

    mereka diajar dengan kaedah pengajaran yang mirip gaya pembelajaran mereka.

    3. METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Reka Bentuk Kajian

    Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian kuantitatif yang bersifat tinjauan

    iaitu menggunakan soal selidik ( = 0.751) sebagai alat pengumpulan data. Kajian tinjauan adalah bersesuaian dengan tajuk kajian ini kerana ianya bertujuan

    ingin melihat persepsi pelajar terhadap faktor kegagalan Kursus Engineering

    Mathematics 1 di Politeknik Sultan Azlan Shah. Dalam kajian ini pendekatan

    kajian tinjauan didapati berkesan dan tidak mengganggu proses pengajaran dan

    pembelajaran yang dilaksanakan dan berupaya mendapatkan data yang

    diperlukan tanpa sebarang masalah.

    3.2 Populasi Dan Responden Kajian

    Populasi bagi kajian ini adalah 67 orang pelajar yang mengulang kursus

    Engineering Mathematics 1 pada sesi Disember 2011 dari Politeknik Sultan

    Azlan Shah, Behrang, Perak Darul Ridzuan

    3.3 Instrumen Kajian

    Penyelidikan ini berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai alat

    pengumpulan data. Rasional kepada pemilihan kaedah soal selidik adalah kerana

    kemudahantadbiran untuk mendapatkan maklumat yang banyak dalam masa

    yang singkat. Set soal selidik yang digunakan dibangunkan oleh pengkaji

    berdasarkan kepada pembolehubah-pembolehubah yang telah ditetapkan. Borang

    soal selidik ini mengandungi dua bahagian yang utama, iaitu bahagian A

    mengandungi soal selidik untuk mendapatkan data tentang maklumat responden.

    Pemberian skala adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut:

  • PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 45

    Jadual 1: Skala maklumat Bahagian A

    Maklumat dan Latar

    Belakang Responden

    Pilihan Bilangan

    (orang)

    Jantina Lelaki Perempuan

    51 16

    Umur

    18 hingga 19 tahun 20 hingga 21 tahun 22 hingga 23 tahun

    Lebih dari 23 tahun

    55 1

    10

    1

    Kaum

    Melayu India

    Cina Lain-lain

    65 1

    0 1

    Jabatan Pengajian

    JKA

    JKE

    JKM

    10 12

    45 Semester Pengajian

    Semester 1 Semester 2 Semester 3

    0 66 1

    Bilangan Mengulang Modul

    Kali Pertama Kali Kedua

    54 13

    Dalam Bahagian B, responden telah disediakan pilihan jawapan mengikut skala

    lima mata yang terdiri daripada Sangat Setuju, Setuju, Neutral, Tidak setuju dan Sangat Tidak Setuju.

    Sebanyak 52 item telah dibina dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat

    tentang tujuh faktor yang telah ditetapkan iaitu Latihan/Tutorial/Tugasan,

    Pensyarah Dan Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran, Sikap Dan

    Motivasi, Masalah Peribadi dan Kerohanian. Jadual 2 di bawah menjelaskan

    jumlah keseluruhan item mengikut pembolehubah yang ditetapkan:

    Jadual 2: Jumlah Item Soal Selidik Bahagian B

    Pembolehubah Jumlah Item

    Latihan/Tutorial/Tugasan 4

    Pensyarah Dan Kaedah Pengajaran 9

    Kaedah Belajar 11

    Persekitaran 5

    Sikap Dan Motivasi 14

    Masalah Peribadi 5

    Kerohanian 4

  • PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 46

    3.4 Kaedah Penganalisisan Data

    Bagi mencapai objektif kajian, penganalisisan data terhadap maklumat yang

    berkaitan akan dijalankan dengan menggunakan perisian komputer iaitu

    Statistical Package For Social Science (SPSS 16.0 for Windows). Perisian ini

    telah menganalisis data yang dikumpulkan secara statistik. Ia juga dapat

    menghasilkan perincian analisis dalam bentuk graf atau carta yang lebih mudah

    difahami. Selain itu, perisian Microsoft Excel dan Microsoft Word turut

    digunakan bagi membantu penyelidik mempamerkan hasil kajian dalam bentuk

    yang lebih mantap dan berkesan.

    Dalam proses menganalisa data adalah dengan memasukkan setiap data dengan

    menggunakan tetingkap SPSS Data Editor setelah kerja-kerja pengumpulan

    kajiselidik diperolehi sepenuhnya.

    Secara amnya, data yang dikumpulkan akan dibahagi kepada 2 bahagian sebelum

    dianalisis iaitu bahagian analisis awalan dan bahagian analisis terperinci. Analisis

    awalan dilakukan terhadap data tentang latar belakang responden manakala

    analisis terperinci pula merupakan penganalisisan terhadap data bagi tujuan

    mencapai objektif kajian. Pada peringkat akhir kajian, hasil data dianalisis,

    dirumuskan dan cadangan mengikut pandangan penyelidik berdasarkan hasil

    kerja yang telah dibuat juga akan disediakan untuk panduan di masa akan datang.

    Untuk menganalisis punca kegagalan kursus Engineering Mathematics 1

    sepertimana yang disenaraikan pada Bahagian Dua borang kajiselidik, setiap

    soalan atau pembolehubah diberikan nilai-nilai tertentu seperti 1 untuk Sangat

    Setuju, 2 untuk Setuju, 3 untuk Neutral, 4 untuk Tidak Setuju dan 5 untuk Sangat

    Tidak Setuju. Melalui nilai-nilai yang telah ditetapkan, setiap pembolehubah

    akan memberikan nilai kepentingan terhadap analisis yang telah dijalankan.

    Dalam penyelidikan ini terdapat 2 kaedah yang digunakan untuk menganalisis

    pembolehubah iaitu Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata. Data-data

    akan diringkaskan dan dipamerkan dalam bentuk jadual dan rajah.

    3.5 Analisis Frekuensi

    Analisis statistik frekuensi secara amnya menunjukkan taburan peratusan

    kekerapan bagi setiap pembolehubah atau soalan jika merujuk kepada kajian ini.

    Melalui kaedah ini, setiap punca-punca atau faktor-faktor yang mempengaruhi

    mempunyai peratus kekerapan berdasarkan kepada bilangan responden yang

    menjawab soalan-soalan berkenaan. Melalui nilai kekerapan yang diperolehi,

    kedudukan keutamaan punca atau faktor yang dijawab oleh responden akan dapat

    dilihat dan ini akan membolehkan senarai punca-punca kegagalan kursus

    Engineering Mathematics 1 disusun mengikut keutamaan berdasarkan kepada

    kekerapan yang dijawab oleh responden.

    3.6 Analisis Indeks Purata

    Walaupun analisis frekuensi dapat digunakan untuk mengkelaskan jawapan yang

    diisi oleh responden, namun ianya dilihat masih tidak tepat terutamanya untuk

  • PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 47

    jawapan yang tidak mempunyai kekerapan yang menonjol atau jelas. Oleh itu, kaedah analisis indeks purata digunakan untuk mengkelaskan jawapan yang diisi

    oleh responden. Dalam kajian ini, setiap punca-punca yang mempengaruhi

    kegagalan pelajar yang mengambil kursus Engineering Mathematics 1 telah

    dibahagikan kepada lima tahap (skala) kepentingan yang diwakili oleh nombor 1

    hingga 5. Formula yang digunakan untuk mengira nilai Indeks Purata (Odeh dan

    Batainneh, 2001) adalah seperti berikut :

    Indeks Purata = (aX), di mana X = n/N A = nilai pemberat yang telah ditetapkan untuk pembolehubah (1 hingga 5)

    N = Jumlah responden

    n = Kekerapan responden

    4. KEPUTUSAN

    Berikut adalah keputusan yang diperolehi dari kajian yang dilakukan dengan

    menggunakan Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata:

    Jadual 3: Analisis Frekuensi Dan Analisis Indeks Purata

    Nilai Pemberat

    1

    (SS)

    2

    (S)

    3

    (N)

    4

    (TS)

    5

    (STS)

    Jumlah

    Ind

    eks

    Pu

    rata

    Frekuensi Responden f

    (%) f

    (%) f

    (%) f

    (%) f

    (%)

    f (%)

    Lati

    han

    /Tu

    tori

    al/T

    uga

    san

    1.1 Tidak Menyelesaikan tugas dalam tempoh yang diberikan

    8 (12.31)

    11 (16.92)

    18 (27.69)

    21 (32.31)

    7 (10.77)

    65 (100)

    3.12

    1.2 Meniru/menyalin hasil kerja kawan untuk menyiapkan tugasan

    6 (9.09)

    12 (18.18)

    33 (50)

    11 (16.67)

    4 (6.06)

    66 (100)

    2.92

    1.3 Tidak Membuat soalan- soalan semester lepas/ past year

    4 (6.25)

    18 (28.13)

    14 (21.88)

    22 (34.38)

    6 (9.38)

    64 (100)

    3.13

    1.4 Tidak Membuat latihan tambahan selain yang diberikan oleh pensyarah

    12 (18.75)

    16 (25)

    27 (42.19)

    5 (7.81)

    4 (6.25)

    64 (100)

    2.58

    Pen

    syar

    ah d

    an k

    aed

    ah

    Pen

    gaja

    nra

    n

    2.1 Tidak suka pensyarah yang

    mengajar

    3

    (4.54)

    8

    (12.12)

    17

    (25.76)

    21

    (31.82)

    17

    (25.76)

    66

    (100)

    3.62

    2.2 Tidak Faham apa yang diajar oleh pensyarah

    6 (8.96)

    14 (20.90)

    13 (19.40)

    19 (28.36)

    15 (22.38)

    67 (100)

    3.34

    2.3 Pensyarah tidak prihatin dan bertoleransi

    8 (12.12)

    7 (10.61)

    15 (22.72)

    19 (28.79)

    17 (25.76)

    66 (100)

    3.45

  • PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 48

    2.4 Tidak Banyak contoh soalan diberikan semasa mengajar

    6 (8.96)

    9 (13.43)

    15 (22.39)

    19 (28.36)

    18 (26.87)

    67 (100)

    3.51

    2.5 Tidak Memahami masalah pelajar

    6 (8.96)

    14 (20.90)

    15 (22.39)

    17 (25.37)

    15 (22.39)

    67 (100)

    3.31

    2.6 Tidak menerangkan dengan jelas dan terperinci

    3 (4.48)

    10 (14.93)

    18 (26.87)

    19 (28.36)

    17 (25.37)

    67 (100)

    3.55

    2.7 Sukar berkomunikasi dengan pensyarah

    5 (7.46)

    12 (17.91)

    18 (26.87)

    15 (22.39)

    17 (25.37)

    67 (100)

    3.40

    2.8 Pensyarah tidak menyediakan latihan tambahan

    1 (1.49)

    9 (13.43)

    22 (32.84)

    18 (26.87)

    17 (25.37)

    67 (100)

    3.61

    2.9 Pensyarah tidak banyak membantu

    4 (5.97)

    12 (17.91)

    16 (23.88)

    18 (26.87)

    17 (25.37)

    67 (100)

    3.48

    Kae

    dah

    Bel

    ajar

    3.1 Tidak berjumpa dengan pensyarah apabila ada masalah

    10 (14.93)

    10 (14.93)

    23 (38.81)

    13 (14.93)

    5 (7.46)

    67 (100)

    2.63

    3.2 Tidak mengulangkaji apa yang telah dipelajari didalam kelas

    3 (4.48)

    13 (19.40)

    35 (52.24)

    11 (16.42)

    16 (23.88)

    67 (100)

    3.85

    3.3 Belajar sendiri

    5 (7.46)

    15 (22.39)

    31 (46.27)

    9 (13.43)

    6 (8.96)

    67 (100)

    2.89

    3.4 Tidak belajar secara berkumpulan

    3 (4.48)

    22 (32.84)

    25 (37.31)

    11 (16.42)

    6 (8.96)

    67 (100)

    2.92

    3.5 Tidak belajar di perpustakaan 6

    (8.96) 23

    (34.33) 31

    (46.27) 3

    (4.48) 4

    (5.97) 67

    (100)

    2.64

    3.6 Tidak fokus dan memberi tumpuan dalam kelas

    2 (2.99)

    15 (22.39)

    26 (38.81)

    16 (23.88)

    8 (11.94)

    67 (100)

    3.19

    3.7 Tidak bertanya kepada pensyarah sekiranya tidak faham

    2 (2.99)

    17 (25.37)

    23 (34.33)

    12 (17.91)

    13 (19.40)

    67 (100)

    3.25

    3.8 Tidur lambat 8

    (11.94) 25

    (37.31) 21

    (31.34) 5

    (7.46) 8

    (11.94) 67

    (100)

    2.70

    3.9 Tidak membuat peta minda

    7 (10.45)

    32 (44.78)

    16 (26.87)

    8 (11.94)

    4 (5.97)

    67 (100)

    2.55

    3.10 Tidak belajar sebelum kelas bermula

    8 (11.94)

    30 (44.78)

    22 (32.84)

    1 (1.49)

    6 (8.96)

    67 (100)

    2.51 3.11 Tidak mencatat apa yang

    diajar oleh pensyarah

    2 (2.99)

    12 (17.91)

    26 (38.81)

    16 (23.88)

    11 (16.42)

    67 (100)

    3.33

    Per

    seki

    tara

    n

    4.1 Belajar didalam kelas yang tidak kondusif dan selesa

    1 (1.49)

    6 (8.96)

    26 (38.81)

    21 (31.34)

    13 (19.40)

    67 (100)

    3.58

    4.2 Persekitaran yang bising 10

    (14.93) 14

    (20.90) 21

    (31.34) 13

    (19.40) 9

    (13.43) 67

    (100)

    2.96

    4.3 Tidak berkawan dengan mereka yang pandai matematik

    4 (5.97)

    5 (7.46)

    22 (32.84)

    18 (26.87)

    18 (26.87)

    67 (100)

    3.61

  • PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 49

    nia

    4.4 Suasana tidak aman dan

    segar 3

    (4.48) 7

    (10.45) 22

    (32.84) 24

    (35.82) 11

    (16.42) 67

    (100)

    3.49

    4.5 Perpustakaan tidak lengkap dan selesa

    1 (1.52)

    4 (6.06)

    27 (40.91)

    17 (25.76)

    17 (25.76)

    66 (100)

    3.68

    Sika

    p d

    an M

    oti

    vasi

    5.1 Selalu datang lambat ke kelas 5

    (7.78) 9

    (13.64) 20

    (30.30) 20

    (30.30) 12

    (18.18) 66

    (100)

    3.38

    5.2 Selalu ponteng kelas 1 (1.49)

    6 (8.96)

    17 (25.37)

    27 (40.30)

    16 (23.88)

    67 (100)

    3.76

    5.3 Tidak Minat kursus matematik kejuruteraan 1

    4 (5.97)

    9 (13.43)

    36 (53.73)

    14 (20.90)

    4 (5.97)

    67 (100)

    3.07

    5.4 Selalu mengantuk dalam kelas

    2 (2.99)

    14 (20.90)

    24 (35.82)

    23 (34.33)

    4 (5.97)

    67 (100)

    3.19

    5.5 Malas untuk belajar 4

    (5.97) 6

    (8.96) 27

    (40.30) 20

    (29.85) 10

    (14.93) 67

    (100)

    3.39

    5.6 Malu bertanya sewaktu dalam kelas

    6 (8.96)

    12 (17.91)

    30 (44.78)

    15 (22.39)

    4 (5.97)

    67 (100)

    2.99

    5.7 Hadir ke kelas hanya untuk memenuhi syarat kedatangan

    4 (5.97)

    12 (17.91)

    21 (31.34)

    16 (23.88)

    14 (20.90)

    67 (100)

    3.36

    5.8 Tidak Menghormati pensyarah

    1 (1.49)

    3 (4.48)

    10 (14.93)

    24 (35.82)

    29 (43.28)

    67 (100)

    4.15

    5.9 Tidak kisah jika tidak lulus peperiksaan

    3 (4.48)

    4 (5.97)

    8 (11.94)

    24 (35.82)

    29 (43.28)

    67 (100)

    4.04

    5.10 Tidak kisah jika markah tidak cemerlang

    2 (2.99)

    3 (4.48)

    13 (19.40)

    20 (29.85)

    29 (43.28)

    67 (100)

    4.06

    5.11 Tidak berasa bersalah jika tidak menyiapkan kerja

    6 (8.96)

    4 (5.97)

    15 (22.39)

    24 (35.82)

    18 (26.87)

    67 (100)

    3.66

    5.12 Suka Berkhayal 6

    (8.96) 8

    (11.94) 19

    (28.36) 20

    (29.85) 14

    (20.90) 67

    (100)

    3.42

    5.13 Suka keluar bersama kawan-kawan

    7 (10.45)

    23 (34.33)

    25 (37.31)

    6 (8.96)

    6 (8.96)

    67 (100)

    2.72

    5.14 Suka menangguh kerja

    7 (10.45)

    17 (25.37)

    25 (37.31)

    13 (19.40)

    5 (7.46)

    67 (100)

    2.88

    Mas

    alah

    Per

    ibad

    i

    6.1 Masalah kewangan 11

    (16.42) 17

    (25.37) 21

    (31.34) 11

    (16.42) 7

    (10.45) 67

    (100)

    2.79

    6.2 Masalah keluarga

    6 (8.96)

    11 (16.42)

    21 (31.34)

    16 (23.88)

    13 (19.40)

    67 (100)

    3.28

    6.3 Masalah kenderaan ke politeknik

    5 (7.46)

    18 (26.87)

    16 (23.88)

    15 (22.39)

    13 (19.40)

    67 (100)

    3.19

    6.4 Masalah kawan-kawan 8 (11.94)

    9 (13.43)

    28 (41.79)

    10 (14.93)

    12 (17.91)

    67 (100)

    3.13

    6.5 Masalah teman lelaki/wanita 9

    (13.43) 3

    (4.48) 12

    (17.91) 14

    (20.90) 29

    (43.28) 67

    (100)

    3.76

    ha 7.1 Tidak Percaya kepada Tuhan

    dan takdir 3

    (4.48) 3

    (4.48) 8

    (11.94) 10

    (14.93) 43

    (64.18) 67

    (100)

    4.30

  • PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 50

    7.2 Tidak Percaya kepada

    ganjaran dan usaha

    3 (4.48)

    1 (1.49)

    7 (10.45)

    20 (29.85)

    36 (53.73)

    67 (100)

    4.27

    7.3 Jarang berdoa dan tidak berusaha

    2 (2.99)

    1 (1.49)

    15 (22.39)

    12 (17.91)

    37 (55.22)

    67 (100)

    4.21

    7.4 Tidak sembahyang/ meninggalkan sembahyang

    2 (2.99)

    3 (4.48)

    22 (32.84)

    19 (28.36)

    21 (31.34)

    67 (100)

    3.81

    5. PERBINCANGAN

    Nilai indeks Purata yang tinggi (1 hingga < 3) mewakili responden yang sangat setuju

    dan bersetuju dengan penyataan soalan pada Borang Soal Selidik yang diberikan. Dari

    jadual keputusan di atas didapati faktor kegagalan yang utama adalah dari katagori

    kaedah belajar, sikap dan motivasi, latihan/tutorial/tugasan dan masalah peribadi.

    Daripada 52 sub item yang dikaji pada borang soal selidik, hanya 14 item sahaja yang

    menjadi punca utama faktor kegagalan Engineering Mathematics 1 iaitu

    Meniru/menyalin hasil kerja kawan untuk menyiapkan tugasan, Tidak membuat latihan

    tambahan selain yang diberikan oleh pensyarah, Tidak berjumpa dengan pensyarah

    apabila ada masalah, Belajar sendiri, Tidak belajar secara berkumpulan, Tidak belajar di

    perpustakaan, Tidur lambat, Tidak membuat peta minda, Tidak belajar sebelum kelas

    bermula, Persekitaran yang bising, Malu bertanya sewaktu dalam kelas, Suka keluar

    bersama kawan-kawan, Suka menangguh kerja dan Masalah kewangan.

    Daripada 14 sub faktor di atas, didapati tidak belajar sebelum kelas bermula dengan

    indeks purata 2.51 yang menjadi sub faktor yang paling utama kegagalan Engineering

    Mathematics 1, dikuti oleh sub faktor tidak membuat peta minda 2.55 dan tidak membuat

    latihan tambahan selain yang diberikan oleh pensyarah 2.58.

    5.1 Tidak Belajar Sebelum Kelas Bermula

    Persediaan sebelum ke kelas amat penting bagi meningkatkan kefahaman pembelajaran

    didalam kelas. Pelajar yang menelaah awal topik yang akan diajar oleh pensyarah akan

    lebih mudah faham tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut. Ini membuatkan

    mereka lebih memberikan tumpuan didalam kelas dan akan merasa kesoronokan belajar.

    Mutu pelajaran akan meningkat dan membuatkan mereka dapat lulus dengan cemerlang.

    Tetapi malangnya perkara ini tidak berlaku kepada responden yang dikaji, mereka datang

    ke kelas dengan minda yang kosong dan tidak bersedia untuk belajar. Minat untuk belajar

    akan menurun dan menjadikan subjek matematik sebagai satu matapelajaran yang sukar.

    Akibatnya mereka gagal dalam kursus Engineering Mathematics 1. Disini pensyarah

    perlu memainkan peranan untuk menggalakkan pelajar membuat persediaan sebelum

    kelas bermula. Sebagai contoh, pensyarah akan membuat kuiz pendek sebelum kelas

    bermula. Ini secara tidak langsung mendorong pelajar untuk membaca dahulu topik yang

    berkaitan sebelum mereka datang ke kelas.

  • PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 51

    5.2 Tidak Membuat Peta Minda

    Peta minda juga amat membantu untuk mengingat pelajaran yang telah diajar oleh

    pensyarah. Ia juga menolong pelajar untuk memudah dan meringkaskan apa yang telah

    dipelajari pada masa yang lepas. Peta minda membolehkan pelajar mencatat nota dengan

    mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah disamping menggabungkan serta

    menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Kebiasaannya

    hanya pelajar yang rajin dan minat sahaja akan membuat peta minda atau nota ringkas.

    Pelajar yang malas dan kurang fokus didalam kelas secara amnya tidak akan

    mengendahkan perkara seperti ini. Mungkin mereka perlu diberi sedikit bimbingan dan

    dorongan tentang kaedah dan cara belajar dengan betul serta teknik yang sesuai dengan

    mereka. Disini juga pensyarah perlu memainkan peranan untuk membantu pelajar yang

    lemah untuk menghasilkan nota ringkas & peta minda mereka sendiri. Sebagai contoh

    pensyarah meminta pelajar untuk menghasilkan peta minda secara berkumpulan dan

    membentangkannya didalam kelas. Hasil pembentangan akan dibincangkan didalam

    kelas dan markah kerja kumpulan akan diambil kira.

    Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar. Pelajar

    dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan peta minda. Semua nota

    kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu, ulang kaji dapat

    dilakukan dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan peta minda. Meneliti

    kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry (2006) serta Ang dan

    Ong (2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan penggunaan peta minda dalam

    pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi keputusan yang lebih baik.

    5.3 Tidak Membuat Latihan Tambahan Selain Yang Diberikan Oleh Pensyarah

    Latihan tambahan amat penting untuk meningkatkan kefahaman dalam subjek pengiraan

    khususnya bagi kursus Matematik Engineering. Membuat latihan menolong pelajar untuk

    membiasakan diri dengan kepelbagaian jenis soalan. Ini dapat membantu mereka untuk

    membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Kurangnya latihan akan

    memberi kesan kepada kurangnya kefahaman didalam topik yang dipelajari. Latihan

    yang banyak akan mengukuhkan lagi kefahaman yang sedia ada. Pensyarah perlu peka

    untuk membantu pelajar dalam menyediakan soalan dan latihan tambahan yang berkaitan

    kepada pelajar. Sebagai contoh, pensyarah memberikan soalan peperiksaan yang lepas

    kepada pelajar sebagai latihan dirumah, menyenaraikan buku rujukan yang terdapat

    diperpustakaan dan sebagainya.

    6. KESIMPULAN

    Sebagai kesimpulannya, kategori faktor utama kegagalan kursus Engineering

    Mathematics 1 dari perspektif belajar ialah kaedah belajar, dikuti dengan sikap dan

    motivasi serta latihan/tugasan/tutorial serta. Peranan pensyarah juga penting dalam

    membantu dan membimbing pelajar yang lemah untuk berjaya. Kajian ini akan menjadi

    lebih lengkap sekiranya kajian lanjutan yang akan datang akan mengambil kira pula

    faktor kegagalan pelajar dari perspektif pensyarah. Walau apapun dapatan yang

  • PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 52

    diperolehi, semoga ia dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat

    secara langsung dan tidak langsung.

    7. BIBLIOGRAFI

    Ang, Gek Moi and Ong, Lee Lian (2007). Introducing Mind Map in Comprehension. Recent

    Research on Mind Maps in Education. m.s. 11-19.

    Azizi Yahaya, (2010). Orientasi Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Pengajian Tinggi Awam di

    Malaysia dan Implikasi Terhadap Pencapaian Akademik. Fakulti Pendidikan UTM.

    Azrul Mahfurdz dan Saifudin Semail (2011), Hubungan Gaya Pembelajaran, Motivasi dan Pencapaian Pelajar Semester Satu Dalam Modul Matematik Kejuruteraan. Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak.

    Cindy Oh; Hariati Ali; Adeline Enriquez; Ilyana Bte Mohd Anwar; Hazel Lim; Law, Ee Peng;

    Leong, Pei Ying and Wee, Chiu Mei (2006). Reading With Understanding Through The

    Use if Mind Maps. Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 5-19

    Dunn R (1995). Strategies for Educational Diverse Learners. Phi Delta Kappa: Educational

    Foundation.

    Henry Toi (2009). Research on how Mind Map improves Memory. Recent Research on Mind

    Maps in Education. m.s. 21-24.

    Mokhtar Ishak dan Rohani Ahmad ( 2001). Hubungan pencapaian penyelesaian masalah

    matematik dengan gaya belajar dan faktor-faktor bekaiatan di kalangan pelajar sekolah

    menengah rendah.. Prosiding seminar penyelidikan pendidikan sains dan matematik Sarawak 2001.

    Neely, R. O. and Alm, D. (1992). Meeting Individual Needs: A Learning Styles Success Story.

    Clearing House. Vol. 66. (Issue 2). m.s. 109.

    Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah AB. Rahman dan Aminah Ahamad Khalid

    (2005). Punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Jurnal Teknologi 43(E), 29 44.

    Philippou, G. N.(1998). The effects of a preparatory mathematics program in changing

    prospective teachers attitudes towards mathematics. Educational Studies in Mathematics, 35, 189-206.

    Ramirez, M (1990). Learning Behaviors. In Saracho, Olivio N. Cognitive Style in Early

    Education. London: Gordon And Breach Science Publishers.

    Relich, J., Way, J., & Martin, A. (1994). Attitudes to teaching mathematics: Further development

    of a measurement instrument. Journal of Educational Psychology, 85(1), 41-48.

  • PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 53

    Thompson, A. G. (1992). Teacherss beliefs and conceptions: A synthesis of the research. In D. A. Grouws (Ed.), Handbook of research on Mathematics teaching and learning (pp. 127-146). Reston, VA: Macmillan.

    Zamry Ahmad Mokhtar, Reminjus Anding, A. Azman & Nur Ashikin Lakman (2011).Sikap

    Pelajar Politeknik Mukah Sarawak Terhadap Kursus Matematik Kejuruteraan 1. Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak.