10
1.0 PENGENALAN Wacana merupakan satu keseluruhan penglahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang kearah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan bagi sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi (Asmah Hj. Omar : 1986). Hal ini dapat dikaitkan sengan sistem bahasa, iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis selain daripada unsur luar daripada sistem bahasa. Peringkat fonologi melihatkan aspek tekanan suara, keras lembut dan lain-lain. Manakala peringkat morfologi melihatkan aspek tekanan kata dan lain-lain. Peringkat sintasksis pula memperlihatkan aspek intonasi, kesenyapan dan lain-lain. Menurut Henry Guntur Tarigan (1995 : 36) pula, wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi atau kehesi tinggi yang berkesinambungan serta mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. Kohesi merupakan keserasian hubungan antara unsur yang satu dengan unsur yang lain dalam wacana sehinggalah tercapai pengertian yang koheren. Kohesi merujuk pada perpautan bentuk, yakni bahasa sedangkan koherensi pada perpautan makna. Hubungan antara unsur bermaksud rentetan ayat yang berkaitan sehingga terbentuk makna yang serasi di antara kalimat- kalimat itu. Huraian daripada takrif wacana ini memperlihatkan 1

Ciri-ciri wacana

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ciri-ciri wacana

1.0 PENGENALAN

Wacana merupakan satu keseluruhan penglahiran bahasa oleh penutur atau penulis,

iaitu penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang

kearah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan bagi sesuatu yang bermakna dalam

berkomunikasi (Asmah Hj. Omar : 1986). Hal ini dapat dikaitkan sengan sistem bahasa, iaitu

fonologi, morfologi dan sintaksis selain daripada unsur luar daripada sistem bahasa. Peringkat

fonologi melihatkan aspek tekanan suara, keras lembut dan lain-lain. Manakala peringkat

morfologi melihatkan aspek tekanan kata dan lain-lain. Peringkat sintasksis pula memperlihatkan

aspek intonasi, kesenyapan dan lain-lain.

Menurut Henry Guntur Tarigan (1995 : 36) pula, wacana ialah satuan bahasa yang

terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi atau kehesi

tinggi yang berkesinambungan serta mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara

lisan atau tertulis. Kohesi merupakan keserasian hubungan antara unsur yang satu dengan unsur

yang lain dalam wacana sehinggalah tercapai pengertian yang koheren. Kohesi merujuk pada

perpautan bentuk, yakni bahasa sedangkan koherensi pada perpautan makna.

Hubungan antara unsur bermaksud rentetan ayat yang berkaitan sehingga terbentuk

makna yang serasi di antara kalimat-kalimat itu. Huraian daripada takrif wacana ini

memperlihatkan persamaan dan perbezaan pendapat, namun begitu dapat dikatakan bahawa

hakikat wacana itu terdiri daripada lapan unsur penting, iaitu satuan bahasa, terlengkap atau

terbesar atau tertinggi, mengatasi ayat atau klausa, tersusun atau tersusun rapi atau koherensi,

berkesinambunga, kohesi, bentuk lisan atau tulisan dan awal serta akhir.

1

Page 2: Ciri-ciri wacana

2.0 KANDUNGAN

Pada dasarnya, wacana ini mempunyai beberapa ciri yang lebih terperinci dan perlu

meneliti ciri-ciri tersebut secara lebih mendalam. Sesebuah wacana atau teks yang baik

seharusnya memiliki kebanyakan ciri atau kriteria seperti: berkesinambungan, berpautan,

berketujuan, berketerimaan, bermaklumat, berkonteks atau bersituasi, berintertekstualiti dan

berkepadaan.

2.1 Berpautan

Menurut Idris Aman (2010 : 36), berpautan merujuk kepada aspek formal bahasa dalam

wacana atau teks. Ia juga dikatakan tentang organisasi sintaktik wacana atau teks, iaitu wadah

ayat-ayat yang digembleng secara sepadu dan berkaitan dengan memanfaatkan alat-alat

kebahasaan untuk menghasilkan wacana tulisan ataupun lisan. Dalam erti kata yang mudah,

berpautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik yang lain dalam sesuatu

wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Selain itu, tautan bermaksud kesepaduan

dalam tulisan.

Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa

atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Dengan kata lain,

wujudnya pertalian antara ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi.

Tautan juga dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan teks yang lain

sehingga membentuk satu kesatuan. Contohnya,

Arell, Nina dan Sarah ke Kemboja. Mereka ke sana untuk mengikuti program Bakti

Siswa.

Berdasarkan contoh ini, dapat dilihat tautan antara kedua-dua ayat tersebut, iaitu

perkataan mereka merujuk kepada Arell, Nina dan Sarah manakala perkataan sana merujuk

kepada Kemboja. Kedua-dua ayat tersebut dianggap wacana kerana dapat difahami dan

bermakna.

2

Page 3: Ciri-ciri wacana

2.2 Bermaklumat

Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu

maklumat lama dan maklumat baru. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan

terdahulu. Maklumat baru pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian

pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Menurut Idris Aman (2010 : 38), wacana yang baik mesti mengandungi maklumat baru

kepada khalayak sasarannya. Jika khalayak wacana sudah mengetahui maklumat dalam wacana

atau teks yang diutarakan, itu dikira tidak memenuhi ciri ini. Begitu juga, jika penerima wacana

tidak memahami maklumat yang terkandung dalam wacana atau teks, itu turut dikatakan tidak

memenuhi syarat ‘bermaklumat’. Maklumat bukan sahaja boleh disampaikan secara

pemberitahuan langsung, tetapi juga melalui penceritaan.

Contohnya:

1) Puan Asma seorang guru.

2) Beliau seorang guru bahasa Melayu.

Dalam contoh di atas dapat dilihat perkataan guru dalam ayat (2) merupakan maklumat

lama kerana telah dinyatakan sebelumnya. Guru bahasa Melayu pula ialah maklumat baru

kerana baru disebutkan dalam ayat itu.

2.3 Berkesinambungan

Menurut Idris Aman (2010 : 36), berkesinambugan adalah berkenaan dengan aliran

idea terus dalam wacana atau teks. Secara dasarnya, setiap wacana mempunyai satu idea teras

yang menjadi inti patinya. Aliran idea teras itu dalam ujaran atau ayat atau bahagian wacana

secara sistematik, lancar, bertalian, dan logik itulah yang dikatakan berkesinambungan. Tidak

ada masukkan idea baru yang tidak bertalian.

Oleh itu, kesinambungan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks

itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna. Sebagai contohnya,

3

Page 4: Ciri-ciri wacana

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit

ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan

teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diwarisi.

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui melalui perkataan Aids,

gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut

bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Kebanyakan wacana

mempunyai tautan untuk menjadikannya sesuai. Walau bagaimanapun, teks yang bertaut tidak

semestinya sesuai. Sebagai contohya ialah:

Wanita itu membeli baju baharu berwarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran

muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.

Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak

merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks

tersebut tidak mempunyai kesinambugan idea atau tidak koheren. Oleh itu, untuk menghasilkan

wacana, sesuatu teks itu perlulah koheren atau sesuai.

2.4 Bertujuan

Wacana harus ada tujuan yang tersendiri, yakni pewacana mesti ada tujuan tertentu

dalam wacananya, misalnya untuk mengemukakan maklumat, memberitahu berita, menghujah

pandangan, memujuk, mengubah persepsi, menyata simpati, marah dan lain-lain. Sebagai

contohnya ialah:

Inilah peluang anda untuk mendapatkan kereta Proton pada harga yang paling rendah.

Kunjungilah pengedar kereta Proton yang berhampiran dan rebutlah peluang ini sebelum

terlambat dan stok masoh ada.

Dalam contoh di atas, tujuan utamanya adalah untuk memujuk orang ramai supaya

membeli kereta Proton. Selain itu, wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat.

Contohnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan, jenis ayat yang

terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat,

jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya.

4

Page 5: Ciri-ciri wacana

Tujuan itu tidaklah semestinya dinyatakan secara langsung malah boleh juga secara tak

langsung asalkan masih boleh diikuti oleh penerima wacananya melalui unsur-unsur linguistik

yang digembleng dan soal situasi. Contohnya ujaran “Kau jangan merempit, kemalangan nanti!”

dengan jelas dari segi linguistiknya ‘melarang’. Tetapi situasinya, setelah dilarang berkali-kali, si

anak masih juga merempit dan kebetulan kemalangan dan kemungkinan si ibu akan mengujarkan

“Hah merempitlah lagi!” Ujaran kedua ini bukan bertujuan menyuruh tetapi ‘memarahi’ si anak.

2.5 Berkonteks

Penghasilan sesebuah wacana memperkirakan konteks atau situasinya. Konteks penting

kepada sesuatu wacana atau teks bagi menghasilkan tekstualiti. Konteks memberi kefahaman dan

kebolehterimaan kepada sasarannya. Gambaran konteks dalam wacana, membantu penerima

wacana memperolehi maksud wacana berkenaan dengan lebih mudah. Tanpa konteks mungkin

membuatkan penerima tercari-cari atau tertanya-tanya akan maksud wacana.

Selain tu, berkonteks ini merupakan latar sewaktu bahasa itu digunakan dan membantu

pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan ‘sila masuk’, misalnya, difahami

kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seseorang masuk ke dalam bilik

atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-harian terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar

rumah tangga, latar tempat kerja, latar membeli belah, latar berekreasi, latar beribadat dan

banyak lagi. Setiap latar menghasilkan wacananya yang tersendiri.

Ada dua jenis konteks, iaitu konteks linguistik dan konteks bukan linguistik atau

eksperiensial. Konteks linguistik adalah aspek bahasa yang melatari atau membentuk wacana.

Konteks bukan linguistik adalah konteks cara wacana berfungsi atau berlangsung. Ini termasuk

jenis peristiwa yang melatarinya, iaitu seperti jenaka, cerita, kuliah, ucap selamat dan

sebagainya.

Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara

amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya

formal contohnya, wujud apabila seorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid

atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal pula wujud dalam hubungan biasa antara

rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.

5

Page 6: Ciri-ciri wacana

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, ciri-ciri wacana tersebut perlu ada dalam memastikan wacana itu ialah

wacana yang baik. Kelima-lima ciri wacana ini memainkan peranannya yang tersendiri dalam

membentuk dan menghasilkan wacana.

Namun demikian, ciri yang paling penting dan asas bagi wacana ialah

berkesinambungan dan berpautan. Malah, dalam analisis wacana, ciri perpautan telah mendapat

perhatian lebih pengkaji.

Selain itu, bukan semua ciri-ciri tersebut dipertimbangkan untuk setiap analisis wacana.

Pertimbangan kepetingan sesuatu ciri wacana terletak pada tujuan analisis. Misalnya,

intertekstualiti diberi perhatian untuk analisis tipologi teks, dan keterimaan untuk analisis

normatif, seperti mengetahui ‘apakah ciri teks yang baik.’

Oleh hal yang demikian, ciri-ciri wacana ini sangat penting dalam penghasilan sesuatu

perkara, yakni tulisan mahupun lisan. Ia boleh digunakan berdasarkan konteks dan tujuan

analisis. Sekiranya ciri-ciri ini tiada, maka ia bukanlah wacana.

6

Page 7: Ciri-ciri wacana

4.0 RUJUKAN

Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Idris Aman. (2010). Analisis Wacana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wacana. 3 Julai 2009. Dicapai pada 23 April, 2012, daripada

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/wacana.html.

7