22
Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 To Members of the Malaysian Bar Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan Kod Tambahan dan Format Statistik bagi Kes-Kes di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Roslan b Haji Abu Bakar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 dated 14 Dec 2015 pertaining to guidelines, code amendments, classification of additional codes, and the format for statistics in respect of cases under the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 [Act 670]. Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 includes guidelines for Judges of the Sessions Courts and Magistrates’ Courts in respect of such cases, entitled “Garis Panduan bagi Hakim Mahkamah Sesyen / Majistret dalam Kes-Kes Pemerdagangan Orang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (“Garis Panduan”). Please be informed that Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 will take effect from 1 Jan 2016 (Friday). The relevant portion of Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 is reproduced below, and a copy of it (including the Garis Panduan) is available online here for your reference. Thank you. Karen Cheah Yee Lynn Secretary Malaysian Bar ___________________________________________________________________________ Tarikh: 14 Disember 2015 ARAHAN AMALAN BIL. 6 TAHUN 2015 GARIS PANDUAN, PINDAAN KOD, PENGKELASAN KOD TAMBAHAN DAN FORMAT STATISTIK BAGI KES-KES DI BAWAH AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007 [AKTA 670] Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini kes-kes berkaitan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] telah diberikan perhatian serius oleh semua pihak dan seringkali menjadi isu perbahasan dalam persidangan di Parlimen.

Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015

To Members of the Malaysian Bar

Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan Kod Tambahan dan

Format Statistik bagi Kes-Kes di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007

[Akta 670]

The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Roslan b Haji Abu Bakar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 dated 14 Dec 2015 pertaining to guidelines, code amendments, classification of additional codes, and the format for statistics in respect of cases under the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 [Act 670].

Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 includes guidelines for Judges of the Sessions Courts and Magistrates’ Courts in respect of such cases, entitled “Garis Panduan bagi Hakim Mahkamah Sesyen / Majistret dalam Kes-Kes Pemerdagangan Orang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (“Garis Panduan”).

Please be informed that Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 will take effect from 1 Jan 2016 (Friday).

The relevant portion of Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 is reproduced below, and a copy of it (including the Garis Panduan) is available online here for your reference. Thank you. Karen Cheah Yee Lynn Secretary Malaysian Bar ___________________________________________________________________________

Tarikh: 14 Disember 2015

ARAHAN AMALAN BIL. 6 TAHUN 2015

GARIS PANDUAN, PINDAAN KOD, PENGKELASAN KOD TAMBAHAN DAN FORMAT STATISTIK BAGI KES-KES DI BAWAH AKTA

ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007 [AKTA 670]

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini kes-kes berkaitan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] telah diberikan perhatian serius oleh semua pihak dan seringkali menjadi isu perbahasan dalam persidangan di Parlimen.

Page 2: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

3. Selain dari itu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia juga telah dilantik untuk menganggotai beberapa jawatankuasa di bawah Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (MAPO) seperti High Level Committee (HLC) Mengenai Pemerdagangan Orang dan Jawatankuasa Pengurusan Kes yang antara lain bertujuan untuk memantau kes-kes di bawah Akta 670 yang tertangguh melebihi tiga (3) bulan di rumah-rumah perlindungan.

4. Oleh yang demikian, untuk tujuan penyelarasan dan pemantauan, arahan amalan ini dikeluarkan dan hendaklah dipatuhi oleh pegawai-pegawai yang terlibat.

5. GARIS PANDUAN 5.1 Bagi tujuan penyeragaman dan penjelasan lanjut mengenai pengendalian kes-

kes di bawah Akta 670 yang melibatkan Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret, bersama-sama ini dilampirkan “Garis Panduan Bagi Hakim Mahkamah Sesyen / Majistret Dalam Kes-Kes Pemerdagangan Orang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]”.

5.2 Sehubungan dengan itu, “Garis Panduan Bagi Majistret Di Bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007” yang dikeluarkan melalui surat Ketua Pendaftar bertarikh 3 September 2008 adalah dibatalkan.

6. PINDAAN KOD DAN PENGKELASAN KOD TAMBAHAN

6.1 Bagi Mahkamah Sesyen, Kod 61ATIPSOM dan Kod 62ATIPSOM dipinda

seperti berikut:

Kod 61SOM Kes Tangkap Penyeludupan Migran di bawah Akta 670 – Pekhidmat Awam Nota: Kes-kes di bawah seksyen 26A, 26B, 26C, 26D, 26E, 26F, 26G, 26H, 26I, 26J, 26K

Kod 62SOM Kes Tangkap Penyeludupan Migran di bawah Akta 670 Nota: Kes-kes di bawah seksyen 26A, 26B, 26C, 26D, 26E, 26F, 26G, 26H, 26I, 26J, 26K

Kod 61ATIP Kes Tangkap Pemerdagangan Orang di bawah Akta 670 – Pekhidmat Awam

Kod 62ATIP Kes Tangkap Pemerdagangan Orang di bawah Akta 670

6.2 Kod 61ATP dan 62ATP yang terpakai sebelum ini adalah terbatal. Walau

bagaimanapun, bagi kes-kes sedia ada yang telah didaftarkan dengan kod 61ATP dan 62ATP hendaklah dikekalkan sehingga kes-kes tersebut selesai.

Page 3: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

Pendaftaran kes-kes mengikut kod-kod yang baru hendaklah terpakai mulai arahan amalan ini berkuatkuasa.

6.3 Bagi Mahkamah Majistret, pengkelasan kod tambahan adalah seperti berikut:

Kod 89ATP (A) Permohonan Perintah Perlindungan Sementara [Interim Protection Order (IPO)]

Kod 89ATP (B) Permohonan Perintah Perlindungan [Protection Order (PO)] Nota: Permohonan PO perlu didaftarkan semula dan diberikan nombor kes baru sekiranya ia merupakan lanjutan daripada permohonan IPO.

6.4 Buku kausa khas bagi setiap kod terpinda di perenggan 6.1 dan kod tambahan di perenggan 6.3 hendaklah diwujudkan dan diselenggara dengan teratur.

7. FORMAT STATISTIK

7.1 Bagi kemudahan pengumpulan statistik kod tambahan di perenggan 6.3, format statistik bulanan seperti di Lampiran A dan Lampiran B hendaklah digunakan.

7.2 Jenis eksploitasi dan agensi penguatkuasa yang dirujuk di dalam format statistik tersebut adalah sebagaimana berikut:

Jenis Eksploitasi i. Seksual (SEX)

ii. Kerja Paksa (Force Labour) (E) iii. Hamba/Abdi (SS) iv. Pemindahan Organ (O) v. Lain-lain (Ors.)

Agensi Penguatkuasa i. Polis Diraja Malaysia (PDRM)

ii. Jabatan Imigresen Malaysia (IMI) iii. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) iv. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

(APMM) v. Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

8. Arahan Amalan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016.

Page 4: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

PEJABAT KETUA PENDAFTAR Telefon 03-8880 3500

Office of the Chief Registrar MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA Federal Court of Malaysia Faks 03-8880 3886

IST ANA KEHAKIMAN PRESINT3 62506 PUTRAJA YA

Pengarah Mahkamah Negeri Seluruh Malaysia

Hakim Mahkamah Sesyen Seluruh Malaysia

Majistret Mahkamah Majistret Seluruh Malaysia

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Seluruh Malaysia

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seluruh Malaysia

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Laman Web : http://www.kehakiman.gov.my

Ruj. Tuan :

. ( 37_ )dlm.JK/MP 38 Jld.6 Ruf. Kamt :

Tarikh '1-Disember 2015

ARAHAN AMALAN BIL. 6 TAHUN 2015 GARIS PANDUAN, PINDAAN KOO, PENGKELASAN KOO TAMBAHAN DAN

FORMAT STATISTIK BAGI KES-KES DI BAWAH AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

[AKTA 670]

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini kes-kes berkaitan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] telah diberikan perhatian serius oleh semua pihak dan seringkali menjadi isu perbahasan dalam persidangan di Parlimen.

3. Selain dari itu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia juga telah dilantik untuk rnenganggotai beberapa jawatankuasa di bawah Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (MAPO) seperti High Level Committee (HLC) Mengenai Pemerdagangan Orang dan Jawatankuasa Pengurusan Kes yang antara lain bertujuan untuk memantau kes-kes di bawah Akta 670 yang tertangguh melebihi tiga (3) bulan di rumah-rumah perlindungan.

. .. 21-

(Sita nyatakan rujukan kami apabila menjawab surat ini)

Page 5: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

- 2 -

4. Oleh yang demikian, untuk tujuan penyelarasan dan pemantauan, arahan amalan ini dikeluarkan dan hendaklah dipatuhi oleh pegawai-pegawai yang terlibat.

5. GARIS PANDUAN

5.1 Bagi tujuan penyeragaman dan penjelasan lanjut mengenai pengendalian kes-kes di bawah Akta 670 yang melibatkan Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret, bersama-sama ini dilampirkan "Garis Panduan Bagi Hakim Mahkamah Sesyen I Majistret Dalam Kes-Kes Pemerdagangan Orang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenye/udupan Migran 2007 [Akta 670]".

5.2 Sehubungan dengan itu, "Garis Panduan Bagi Majistret Di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007" yang dikeluarkan melalui surat Ketua Pendaftar bertarikh 3 September 2008 adalah dibatalkan.

6. PINDAAN KOO DAN PENGKELASAN KOO TAMBAHAN

6.1 Bagi Mahkamah Sesyen, Kod 61ATIPSOM dan Kod 62ATIPSOM dipinda seperti berikut:

Kod 61SOM Kes Tangkap Penyeludupan Migran di bawah Akta 670 -Pekhidmat Awam

Nata: Kes-kes di bawah seksyen 26A, 268, 26C, 260, 26E, 26F, 26G, 26H, 261, 26J, 26K

Kod 62SOM Kes Tangkap Penyeludupan Migran di bawah Akta 670

Nata: Kes-kes di bawah seksyen 26A, 268, 26C, 260, 26E, 26F, 26G, 26H, 261, 26J, 26K

Kod 61ATIP Kes Tangkap Pemerdagangan Orang di bawah Akta 670 - Pekhidmat Awam

Kod 62ATIP Kes Tangkap Pemerdagangan Orang di bawah Akta 670

6.2 Kod 61ATP dan 62ATP yang terpakai sebelum ini adalah terbatal. Waiau bagaimanapun, bagi kes-kes sedia ada yang telah didaftarkan dengan kod 61ATP dan 62ATP hendaklah dikekalkan sehingga kes-kes tersebut selesai. Pendaftaran kes-kes mengikut kod-kod yang baru hendaklah terpakai mulai arahan amalan ini berkuatkuasa.

. .. 3/-

Page 6: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

- 3 -

6.3 Bagi Mahkamah Majistret, pengkelasan kod tambahan adalah seperti berikut:

Kod 89ATP (A) Permohonan Perintah Perlindungan Sementara [Interim Protection Order (IPO)]

Kod 89ATP (B) Permohonan Perintah Perlindungan [Protection Order (PO)]

Nota: Permohonan PO perlu didaftarkan semu/a dan diberikan nombor kes baru sekiranya ia merupakan lanjutan daripada permohonan /PO.

6.4 Buku kausa khas bagi setiap kod terpinda di perenggan 6.1 dan kod tambahan di perenggan 6.3 hendaklah diwujudkan dan diselenggara dengan teratur.

7. FORMAT STATISTIK

7.1 Bagi kemudahan pengumpulan statistik kod tambahan di perenggan 6.3, format statistik bulanan seperti di Lampiran Adan Lampiran B hendaklah digunakan.

7.2 Jenis eksploitasi dan agensi penguatkuasa yang dirujuk di dalam format statistik tersebut adalah sebagaimana berikut :

Jenis Eksploitasi i. Seksual (SEX) ii. Kerja Paksa (Force Labour) (E) iii. Hamba/Abdi (SS) iv. Pemindahan Organ (0) v. Lain-lain (Ors.)

Agensi i. Polis Diraja Malaysia (PDRM) Penguatkuasa ii. Jabatan lmigresen Malaysia (IMI)

iii. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) iv. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

(APMM) v. Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

. . .4/-

Page 7: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

- 4 -

8. Arahan Amalan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yan~ntah,

(DATO' LAJI ABU BAKAR) Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

s.k.

Y AA Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

YBhg. Tan Sri Peguam Negara Jabatan Peguam Negara Malaysia No. 45, Persiaran Perdana Presint 4 62100 PUT RAJA YA

YBrs. Ketua Polis Negara lbu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman 50560 KUALA LUMPUR

YAA Presiden Mahkamah Rayuan Mahkamah Rayuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

YAA Hakim Besar Malaya Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak Mahkamah Tinggi Kuching KUCHING, SARAWAK

... 5/-

Page 8: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

Ketua Setiausaha Kementerian Oalam Negeri Aras 12 Blok 01 , Kompleks 0

- 5 -

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 PUT RAJA YA

Setiausaha Sahagian Pejabat Strategik Nasional (NSO) MAPO & Hubungan Antarabangsa Kementerian Oalam Negeri Kompleks 0 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 PUTRAJA YA

Ketua Pengarah Kastam lbu Pejabat Kastam Oiraja Malaysia Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2 62596 PUTRAJA YA

Ketua Sahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Malaysia No. 45, Persiaran Perdana Presint 4 62100 PUTRAJAYA

Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Pendaftar Mahkamah Rayuan Mahkamah Rayuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Kementerian Sumber Manusia Aras 5, Blok 03, Kompleks 0 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62530 PUTRAJAYA

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia Jabatan Perdana Menteri Aras 10, One IOI Square IOI Resort 62502 PUTRAJA YA

.. . 6/-

Page 9: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

Ketua Pengarah Jabatan lmigresen Malaysia lbu Pejabat Jabatan lmigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri) No 15Tingkat1-7, (Podium) Persiaran Perdana, Presint 2 62250 PUTRAJAYA

Pend attar Mahkamah Tinggi Malaya lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Mahkamah Tinggi Kuching SARAWAK

Pend attar Mahkamah Rendah Malaya lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Pustakawan Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Presiden Majlis Peguam Malaysia No. 15 Leboh Pasar Besar 50050 KUALA LUMPUR

Pengerusi Persatuan Undang-Undang Sabah SA BAH

Pengerusi Persatuan Peguambela Sarawak SARAWAK

Editorial Director Malaysian Current Law Journal CLJ Legal Network Sdn Bhd Am pang SE LANGOR

- 6 -

Page 10: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

LAMPIRAN A

STATISTIK PERINTAH PERLINDUNGAN SEMENTARA DI BAWAH SEKSYEN 44 ATIPSOM 2007

KOO 89ATP {A)

Mahkamah Majistret : ____________________ _ Negeri: ________ _

Nama Majistret: ------------------------ Bulan: ---------

Bil No. Pendaftaran Nama Orang Yang Jantina/Umur Warganegara Jen is Nama Agensi Tarikh Perintah Diperdagangkan Eksploitasi Penguatkuasaan Perlindungan

(Mangsa) i. Seksual (SEX) i. Polis Diraja Malaysia Sementara

ii. Kerja Paksa (Force Labour) (PDRM) (Sila Nyatakan (E) ii. Jabatan lmigresen Tempoh Masa)

iii. Hamba/ Abdi (SS) Malaysia (IMI) iv. Pemindahan Organ (0) iii. Jabatan Kastam

v. Lain-lain (Ors.) Diraja Malaysia (KDRM)

iv. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

v. Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

1 2 3

4

Disediakan Oleh: ----------------

** Nota : Butiran hendaklah diperolehi dari Buku Pendaftaran Mahkamah.

Page 11: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

LAMPIRAN B

STATISTIK PERINTAH PERLINDUNGAN DI BAWAH SEKSYEN 51 ATIPSOM 2007

KOO 89ATP {B)

Mahkamah Majistret : ____________________ _ Negeri: ________ _

Nama Majistret : ------------------------ Bulan: ________ _

Bil No. Pendaftaran Nama Orang Yang Jantina/Umur Warganegara Jen is Nama Agensi Tarikh Jumlah Diperdagangkan Eksploitasi Penguatkuasaan Perintah Bilangan

{Mangsa) vi. Seksual (SEX) vi. Polis Diraja Malaysia Perlindungan Perintah

vii. Kerja Paksa (Force (PDRM) {Sila Nyatakan Lanjutan Labour) (E) vii. Jabatan lmigresen Tempoh Masa)

~iii. Hamba/Abdi (SS) Malaysia (IMI) ix. Pemindahan Organ (O) viii. Jabatan Kastam Diraja

x. Lain-lain (Ors.) Malaysia (KDRM) ix. Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

x. Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

1

2 3

4

Disediakan Oleh : ----------------** Nota : Butiran hendaklah diperolehi dari Buku Pendaftaran Mahkamah.

Page 12: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

GARIS PANDUAN

BAGI HAKIM MAHKAMAH SESYEN I MAJISTRET DALAM

KES-KES PEMERDAGANGAN ORANG DI BAWAH AKTA

ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

[AKTA 670]

TARIKH KUAT KUASA: 1JANUARI2016

Page 13: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

GARIS PANDUAN BAGI HAKIM MAHKAMAH SESYEN I MAJISTRET DALAM KES-KES PEMERDAGANGAN ORANG DI BAWAH AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007 [Akta 670]

A.PENGENALAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret dalam menjalankan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670].

Kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majistret di bawah Akta ini adalah seperti berikut:

a) Kuasa untuk membuat Perintah Perlindungan Sementara (IPO) di bawah · seksyen 44 (2);

b) Kuasa untuk membuat Perintah Perlindungan atau melepaskan orang yang disyaki diperdagangkan di bawah seksyen 51 (3);

c) Kuasa untuk membuat perintah atas permohonan ibu atau bapa, penjaga atau saudara orang yang diperdagangkan di bawah seksyen 53 (5); dan

d) Kuasa untuk merekod deposisi mangsa penyeludupan orang dan penyeludupan migran di bawah seksyen 61A (1) (a).

Kuasa yang diberikan kepada Hakim Mahkamah Sesyen di bawah Akta ini adalah seperti berikut:

a) Peruntukan untuk prosedur rakaman keterangan orang yang diperdagangkan sepertimana yang terdapat dalam seksyen 52; dan

b) Kuasa untuk merekod deposisi mangsa penyeludupan orang dan penyeludupan migran di bawah seksyen 61A (1) (a).

Nota:-

i. Rujukan kepada pegawai penguat kuasa bermaksud mana-mana pegawai polis, pegawai imigresen, pegawai kastam, pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pegawai Tenaga Kerja [seksyen 27 Akta 670 (ATIPSOM)].

ii. Dalam garis panduan ini TP adalah singkatan bagi Orang Yang Diperdagangkan (Trafficked Person). Rujukan kepada perkataan mangsa juga membawa maksud orang yang disyaki diperdagangkan.

2

Page 14: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

B.PROSEDUR

Perintah Perlindungan Sementara (IPO) Seksyen 44 (2)

1. Pegawai penguat kuasa hendaklah membawa orang yang disyaki diperdagangkan (TP) di hadapan Majistret:

a) Dalam tempoh 24 jam selepas dia dijumpai; atau

b) Sekiranya orang yang disyaki diperdagangkan itu sedang menjalani rawatan dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan di bawah seksyen 45: i) Pegawai penguat kuasa hendaklah membawa orang itu

dalam masa 24 jam selepas selesai pemeriksaan terhadapnya; atau

ii) Jika dia ditahan di wad, dalam masa 24 jam selepas orang itu dibenarkan keluar dari hospital

c) Setiap permohonan ke Mahkamah hanya terpakai kepada seorang TP sahaja. Jika terdapat lebih daripada seorang, maka permohonan hendaklah dikemukakan secara berasingan untuk setiap TP.

2. Pegawai penguat kuasa hendaklah mengemukakan permohonan IPO berserta dengan dokumen/maklumat berikut:

a) repot tangkap;

b) diari siasatan;

c) perakuan pegawai perubatan Uika orang itu telah menjalani rawatan dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan di bawah seksyen 45);

d) tempat perlindungan yang dicadangkan; dan

e) butiran mengenai masa dan tempat di mana orang disyaki dijumpai, keadaan mangsa semasa ia dijumpai serta apa-apa maklumat yang perlu untuk pertimbangan Majistret.

3. Dalam mempertimbangkan permohonan pegawai penguat kuasa, Majistret hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:

a) umur;

b) jantina;

c) kewarganegaraan;

d) dokumen perjalanan mangsa Uika melibatkan warganegara asing); dan

3

Page 15: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

e) keadaan fizika l mangsa, sama ada menghidapi apa-apa penyakit, keupayaan tubuh badan, sama ada terdapat kecacatan fizikal.

4. Majistret hendaklah mengeluarkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) di mana TP diletakkan di tempat perlindungan yang ditetapkan selama 21 hari sementara menunggu penyiasatan oleh pegawai penguat kuasa dan siasatan latar belakang oleh Pegawai Pelindung di bawah seksyen 51 ( 1 ).

5. Setelah mendapat perintah, pegawai penguat kuasa menyerahkan TP itu kepada Pegawai Pelindung untuk ditempatkan di tempat perlindungan yang te I ah ditetapkan dalam perintah.

6. Pegawai penguat kuasa hendaklah membawa semula TP ke hadapan Majistret selepas tempoh 21 hari (tamat tempoh IPO) tanpa mengambil kira sama ada Perintah Perlindungan Interim hendak dilanjutkan ataupun tidak.

7. Satu buku kausa khas hendaklah disediakan untuk permohonan IPO.

8. Kod untuk kes-kes IPO adalah:

Kod 89ATP (A) - Perintah Perlindungan Sementara

Perintah Perl indungan (PO) Seksyen 51 (3)

1. Pegawai penguat kuasa dan Pegawai Pelindung hendaklah membawa TP ke hadapan Majistret berserta dengan permohonan bertulis dan laporan siasatan. Laporan perubatan juga perlu dikemukakan sekiranya TP dibawa menjalani pemeriksaan oleh pegawai perubatan.

2. Setiap permohonan ke Mahkamah hanya terpakai kepada seorang TP sahaja. Jika terdapat lebih daripada seorang, maka permohonan hendaklah dikemukakan secara berasingan untuk setiap TP.

3. Pegawai penguat kuasa/ Pegawai Pelindung hendaklah mengemukakan laporan siasatan.

4. TP boleh dibenarkan untuk membuat representasi ringkas.

5. Majistret mempertimbangkan permohonan dan jika berpuashati orang itu adalah TP, maka Majistret boleh membuat Perintah Perlindungan seperti berikut:

a) Bagi TP warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia, ditempatkan di tempat perlindungan selama tempoh tidak melebihi 3 bulan dari tarikh perintah; atau

4

Page 16: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

· b) Bagi TP bukan warganegara Malaysia, ditempatkan di tempat perlindungan selama tempoh tidak melebihi 3 bulan dari tarikh perintah dan setelah itu dilepaskan dan diserahkan kepada Jabatan lmigresen bagi apa-apa tindakan yang perlu di bawah Akta lmigresen 1959/63.

6. Sekiranya Majistret berpuashati bahawa orang itu bukanlah TP, maka Majistret boleh membuat perintah seperti berikut:

a) Jika orang itu adalah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia, Majistret boleh memerintahkan orang itu dilepaskan; atau

b) Jika melibatkan warganegara asing, memerintahkan orang itu dilepaskan dan diserahkan kepada pihak lmigresen untuk tindakan sewajarnya di bawah Akta lmigresen 1959/63.

7. Satu buku kausa khas hendaklah disediakan untuk permohonan PO.

8. Kod untuk kes-kes PO adalah:

Kod 89ATP (8) - Perintah Perlindungan

9. Kuasa untuk membatal atau melanjutkan Perintah Perlindungan:-

a) Majistret boleh pada bila-bila masa atas permohonan pegawai penguat kuasa atau Pegawai Pelindung mengikut mana-mana yang berkenaan, melanjutkan atau membatalkan Perintah Perlindungan yang dibuat di bawah seksyen 51.

b) Kuasa untuk melanjutkan Perintah Perlindungan terhadap TP warganegara asing boleh diberikan hanya bagi maksud menyelesaikan rakaman keterangan di bawah seksyen 52 atau bagi apa-apa keadaan luar biasa yang ditentukan oleh Majistret itu.

Permohonan oleh ibu atau bapa, penjaga atau saudara di bawah Seksyen 53

Peruntukan ini membolehkan ibu atau bapa, penjaga atau saudara membuat permohonan kepada mahkamah bagi membolehkan TP yang telah diperintah untuk ditempatkan di tempat perlindungan diletakkan dibawah jagaan mereka. Peruntukan ini hanya dikhususkan kepada TP warganegara Malaysia atau bertaraf pemastautin tetap Malaysia.

1. Pemohon hendaklah memfailkan permohonan bertulis;

2. Pemohon hendaklah menyampaikan satu salinan permohonan kepada Pegawai Pelindung;

5

Page 17: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

3. Setelah menerima permohonan tersebut, Pegawai Pelindung hendaklah menyediakan laporan di bawah seksyen 53(3);

4. Setelah menerima permohonan seksyen 53, Majistret hendaklah menetapkan satu tarikh pendengaran permohonan dan hendaklah melalui satu notis bertulis memberitahu pemohon, Pegawai Pelindung atau orang lain yang Majistret fikirkan sesuai untuk hadir pada tarikh pendengaran;

5. Majistret hendaklah membuat Perintah Mengemukakan (Order to Produce - OTP) kepada pegawai yang menjaga tempat perlindungan untuk membawa mangsa hadir di hadapannya pada tarikh dan masa yang ditetapkan;

6. Pada tarikh pendengaran yang ditetapkan:

a) Pemohon mengemukakan alasan permohonan. Pemohon juga perlu membawa dokumen sokongan seperti sijil ke lahiran TP, surat pengangkatan (jika ibubapa angkat), surat akuan bersumpah bagi penjaga atau saudara atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan;

b) Pegawai Pelindung mengangkat sumpah, mengemukakan serta membaca laporannya;

c) TP dibenarkan membuat representasi.

7. Majistret hendaklah , demi kepentingan terbaik TP, boleh membuat perintah untuk satu tempoh masa yang ditetapkannya seperti berikut:

a) meletakkan TP di bawah jagaan pemohon dengan syarat-syarat tertentu; atau

b) menghendaki pemohon menandatangani bon; atau

c) meletakkan TP di bawah pengawasan Pegawai Pelindung

Prosedur Rakaman Keterangan Orang Yang Diperdagangkan di bawah Seksyen 52

Jika pendakwaan jenayah telah dimulakan terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Akta 670, Pendakwa Raya boleh membuat permohonan lisan bagi pengemukaan orang yang diperdagangkan itu ke hadapan Mahkamah Sesyen yang pendakwaan jenayah telah dimulakan bagi maksud merakamkan keterangan bersumpah orang yang diperdagangkan itu.

Proses permohonan adalah seperti berikut:

1. Pendakwa Raya membuat permohonan secara lisan untuk membawa TP ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen bagi tujuan rakaman keterangan bersumpah TP;

6

Page 18: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

2. Semasa permohonan lisan tersebut, Pendakwa Raya hendaklah memaklumkan kepada Mahkamah melalui Borang Permohonan Rakaman Keterangan Orang Yang Diperdagangkan perkara-perkara berikut :

a) Nama Pemohon

b) No. Kes Asal

c) Nama Orang Yang Percakapannya Hendak Dirakam

d) Jantina

e) Umur

f) Lokasi Rumah Perlindungan Orang Yang Diperdagangkan

g) Tempoh masa penempatan Orang Yang Diperdagangkan di Rumah Perlindungan

h) Keperluan Jurubahasa (bahasa/loghat);

3. Hakim Mahkamah Sesyen boleh, atas permohonan itu , mengeluarkan saman atau perintah yang ditujukan kepada orang yang bertanggungjawab ke atas tempat perlindungan di mana orang yang diperdagangkan itu ditempatkan atau kepada pegawai penguat kuasa yang menyiasat hal keadaan kes seseorang orang yang diperdagangkan, menghendakinya untuk mengemukakan orang yang diperdagangkan itu pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman atau perintah itu.

4. Pada masa dan tempat yang ditetapkan di dalam OTP, Pendakwa Raya hendaklah membawa TP di hadapan Hakim Mahkamah· Sesyen;

5. Hakim Mahkamah Sesyen yang mengendalikan kes-kes ATIPSOM hendaklah menetapkan sekurang-kurangya satu hari pada setiap minggu bagi tujuan rakaman keterangan mangsa kes ATIPSOM;

6. Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah merakam keterangan TP secara bertulis dan menyelesaikannya dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh pengemukaan TP itu ke hadapannya di bawah Seksyen 52(3).

* Nota: Hakim Mahkamah Sesyen tidak digalakkan untuk merakam keterangan TP secara CRT terlebih dahulu dan kemudian membuat transkripsi ke dalam bentuk tulisan bagi mengelakkan kelewatan di dalam penyediaan transkripsi tersebut.

7. TP mengangkat sumpah dan memberi keterangan seperti dalam peruntukan Akta Keterangan 1950; dan

8. Selesai TP memberi keterangan, Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah menandatangani nota keterangan bertulisnya .

7

Page 19: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

C. FORMAT PERINTAH

Seksyen 66 Akta 670 memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan. Waiau bagaimanapun sehingga ke hari ini kaedah atau peraturan yang relevan dengan Akta 670 masih belum dimuktamadkan dan diedarkan.

Bagi tujuan Perintah Perlindungan yang dibuat oleh Majistret, tiada sebarang format perintah yang seragam ditetapkan di dalam Akta.

Bagi tujuan penyeragaman, dicadangkan Majistret menggunapakai format Perintah Perlindungan di bawah Domestic Violence (Prescribed Forms) Regulations 1999 P. U. (A) 60 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 yang dipinda mutatis mutandis bagi disesuaikan dengan kehendak Akta 670.

(Nota: Penggunaan Format Perintah ini hanyalah bersifat ad hoc sehingga kaedah dan peraturan berkaitan diwarta dan dikuatkuasakan)

8

Page 20: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

ANTI-TRAFFICKING IN PERSONS AND SMUGGLING OF MIGRANTS ACT 2007

(Section 44 (2))

INTERIM PROTECTION ORDER

State of ... . . .. . .... .. .. , Malaysia

In the Magistrate Court at . ... .. ...... . . .. ..... .. ............... ... .. .... ... ..... ......... ....... .. . .

Application No ... . . .. .... .... . ....... ... ........ . ... .. .... ... ............ .. .. ..... .... ............ .. .... . .

Police Report No .. .... .. .................. ... ... .. ........ .. ........... ...... . ... .. ... . . .. ....... .... . .. .

WHEREAS ........... .. .. .. ... ........ .. .. . ...... . ....... ........ .... ....... ............... .. ... ... ... ... . .... (Name) Identity Card No./Birth Certificate No./Passport No.* ............ .... ........ .. .. .. ... ..... ... . Aged ......................... , having an address at .. ..... . ...... . ................................ ..

is present in this Court and WHEREAS the Court, having read the application, is satisfied that .... .. .... .... .. ... ......... ....... ... .. ................ ............ .... .............. ...... .. . (Name of protected person) is in need of an interim protection order during the pendency of investigations relating to the commission of an offence involving trafficking in persons committed against him/her.

IT IS HEREBY ORDERED that

(Name of protected person) Identity Card No./Birth Certificate No./Passport No.* .. .. .. ............................... ..... . having an address at

is placed at a place of refuge i.e

(Name of place of refuge as per order) for a period of not more than twenty one (21) days for the purpose of carrying out an investigation and enquiry under section 51 of the Act.

This interim protection order shall cease to have effect upon the completion of the investigations.

GIVEN under my hand and seal of the Court at ....................... on the ....... .... ....... .. ... day of ....... year .... . .... . ... . .................. .... .

Judge/ Magistrate * Delete if inapplicable

Page 21: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

ANTI-TRAFFICKING IN PERSONS AND SMUGGLING OF MIGRANTS ACT 2007

(Section 51 (3)(a))

PROTECTION ORDER

State of ..... .. ... .......... ......... ... . , Malaysia

In the Magistrate Court at ... ... ....... .... ................................................... ...... .

Application No . .... ...... .. .............................. ... ...... ................ : . .......... .. ......... .

Police Report No .............. .... .. ..... ......... . .. ................ ... ... ...... ..................... .. .

WHEREAS ................................ ... .................................................................... (Name) Identity Card No./Birth Certificate No./Passport No.* ......................................... . Aged ......................... , having an address at ................................................ .

is present in this Court and WHEREAS the Court, having read the application, is satisfied that .................... .............. . .... .................... ... ..................... ........... . (Name of protected person) is a trafficked person and is in need of care and protection, this Court hereby issues a protection order in his/her favour.

IT IS HEREBY ORDERED that

(Name of protected person) Identity Card No./Birth Certificate No./Passport No.* .. ..... ....... ............... .. .... ...... .. having an address at

*(a) is placed at a place of refuge i.e .. ... .. ....... .... .. ... .. . .. . .. . .... ... .. .. .. .... . .. .. .... .... ... ..... ... ......... .... ... ......... ...... . (Name of place of refuge as per order) for a period of not exceeding three (3) months from the date of this Order (in case of Malaysian citizen), OR *(b) for a period not exceeding three (3) months from the date of this Order and thereafter to release him/her to an immigration officer for necessary action in accordance with the provisions of the Immigration Act 1959/63 (in case of non Malaysian citizen).

GIVEN under my hand and seal of the Court at ....................... on the . .... day of ....... year ............ ... ........ ......... ... .

Judge/ Magistrate * Delete if inapplicable

Page 22: Circular No 272/2015 · 2019. 7. 28. · Circular No 272/2015 Dated 17 Dec 2015 . To Members of the Malaysian Bar . Arahan Amalan Bil 6 Tahun 2015 . Garis Panduan, Pindaan Kod, Pengkelasan

ANTI-TRAFFICKING IN PERSONS AND SMUGGLING OF MIGRANTS ACT 2007

(Section 53(5))

ORDER

State of ... ... .. .. .. ...... ... .... ... . ... .. , Malaysia

In the Magistrate Court at ..... ...... .. ... .. ... .. .... .. ... ... ... .... .... ... .. .. .. .... .. .. .. ......... .

Application No ... . ... .... ... .... .. ..... .. . ..... .. ... .. ... ... . .. . .. . .... .. ... .. ... .......... .. ... .... .. . .. .

Police Report No . . ... . .. ... .... ............. . . .. . ........ .. ... .. . . ... . .. .. . .... ... ... .. .... . .... . .... .. . .

WHEREAS .. ... .. .. .... . .. .. ... ... .. ... ... .. .. .. ..... ... . .. .... ... .. . ... ... .. . .. ... ..... . ... ...... . .. ... . . ..... .. (Name) Identity Card No./Birth Certificate No./Passport No.* . . ..... .. .. ... ...... .. ...... . ... . ... . ... . . Aged ... . . .. ....... .. .... ... .. , having an address at . ... .. ... .. .... . .. ... .. .. . .. ....... .......... .. . .

is present in this Court and WHEREAS the Court, having read the application and satisfied that it is in the best interest of .. .. . .. .. . . ......... .. .... .... .. ..... . .. ... ..... .. . (Name of trafficked person)

IT IS HEREBY ORDERED THAT

* (a) the said . ... ... ...... . ..... ..... . .. .. .. ....... ... ... ... . .. ..... .. . .. ... ......... . ..... . . .. ... .. . .. . . . (name of trafficked person) be committed into the care and protection of

(name of applicant) subject to such conditions hereinafter imposed and the applicant enter into a bond;

OR

*(b) the said

(name of trafficked person) be placed under the supervision of a Protection Officer for period of ................... ... months I years from the date of th is order.

GIVEN under my hand and seal of the Court at .. .. ..... . . ... . .. ... ... ...... .. ...... ... .... .. ... . .. . .. ... on the . .. . ... . ....... ... ... ... ... . .. .. .. .. . .. . day of ..... .. ... . .... ... . . ... . ... .. .. .. . ... . .. .... .. .. ... . year ... ... .... . .. .... .... .

Judge/Magistrate * Delete if inapplicable