22
Circular No 239/2020 Dated 30 July 2020 To Members of the Malaysian Bar Orders Relating to Stamp Duty Exemption and Real Property Gains Tax Exemption Pursuant to the announcement of the PENJANA initiative by the Prime Minister on 5 June 2020, please take note of the following Orders (all dated 27 July 2020), which are deemed to have come into operation on 1 June 2020: (1) Stamp Duty (Exemption) (No. 3) Order 2020 (P.U. (A) 216); (2) Stamp Duty (Exemption) (No. 4) Order 2020 (P.U. (A) 217); and (3) Real Property Gains Tax (Exemption) Order 2020 (P.U. (A) 218). The Orders are available here (see page 2 onwards) for your reference. Thank you. A G Kalidas Secretary Malaysian Bar

Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

Circular No 239/2020

Dated 30 July 2020

To Members of the Malaysian Bar

Orders Relating to Stamp Duty Exemption and Real Property Gains Tax Exemption

Pursuant to the announcement of the PENJANA initiative by the Prime Minister on 5 June

2020, please take note of the following Orders (all dated 27 July 2020), which are deemed to

have come into operation on 1 June 2020:

(1) Stamp Duty (Exemption) (No. 3) Order 2020 (P.U. (A) 216);

(2) Stamp Duty (Exemption) (No. 4) Order 2020 (P.U. (A) 217); and

(3) Real Property Gains Tax (Exemption) Order 2020 (P.U. (A) 218).

The Orders are available here (see page 2 onwards) for your reference.

Thank you.

A G Kalidas

Secretary

Malaysian Bar

Page 2: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

28 Julai 2020 28 July 2020 P.U. (A) 216

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2020

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2020

DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY

JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Page 3: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 216

2

AKTA SETEM 1949

PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2020

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 80(1)

Akta Setem 1949 [Akta 378], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Duti Setem

(Pengecualian) (No. 3) 2020.

(2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2020.

Pengecualian

2. (1) Tertakluk kepada subperengggan (2), (3) dan (4), duti setem dikecualikan

berkenaan dengan mana-mana perjanjian pinjaman untuk membiayai pembelian

harta kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021, yang bernilai lebih

daripada tiga ratus ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua juta lima ratus ribu ringgit,

yang disempurnakan antara seseorang individu yang dinamakan dalam suatu perjanjian

jual beli dengan—

(a) suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

[Akta 758];

(b) suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 [Akta 759];

(c) suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

(d) suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993

[Akta 502];

(e) mana-mana majikan yang menyediakan suatu skim pinjaman

perumahan pekerja;

Page 4: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 216

3

(f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor

Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

(g) Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd (Nombor

Pendaftaran Syarikat: 257663-T) yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016;

(h) suatu penanggung insurans berlesen yang dibenarkan untuk

menyediakan suatu pinjaman perumahan di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; atau

(i) suatu pengendali takaful berlesen yang dibenarkan untuk

menyediakan suatu pinjaman perumahan Islam di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

(2) Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya

terpakai sekiranya—

(a) perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu adalah antara

seseorang individu dengan suatu pemaju perumahan;

(b) harga belian dalam perjanjian jual beli yang disebut dalam

subsubperenggan (a) ialah suatu harga selepas suatu diskaun

sekurang-kurangnya sebanyak sepuluh peratus daripada harga asal

yang ditawarkan oleh pemaju perumahan itu kecuali bagi suatu harta

kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal; dan

(c) perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu

disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat

daripada 31 Mei 2021 dan disetemkan di mana-mana cawangan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Page 5: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 216

4

(3) Suatu Perakuan Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021 yang dikeluarkan

oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju

Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan dan

Harta Tanah Sarawak (SHEDA) hendaklah dikemukakan oleh individu yang berkenaan

kepada mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi tujuan

mendapatkan pengecualian di bawah subperenggan (1).

(4) Dalam perenggan ini—

“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu

pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk

digunakan sebagai suatu rumah kediaman, dan termasuk suatu pangsapuri perkhidmatan

dan pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) yang berhubungan dengannya pemaju

perumahan itu telah mendapat kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan

Jualan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118],

Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978, Sabah [No. 24 of 1978]

atau Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2013, Sarawak [Cap. 69];

“individu” ertinya seorang pembeli suatu harta kediaman yang merupakan

seorang warganegara Malaysia atau pembeli bersama suatu harta kediaman yang

merupakan warganegara Malaysia; dan

“pemaju perumahan” ertinya suatu pemaju perumahan yang berdaftar

dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan

Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan

dan Harta Tanah Sarawak (SHEDA).

Dibuat 27 Julai 2020 [Perb.MOF.TAX.700-3/2/111; PN(PU2)159/XXXIII]

DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ Menteri Kewangan

Page 6: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 216

5

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2020

IN exercise of the powers conferred by subsection 80(1) of the Stamp Act 1949 [Act 378],

the Minister makes the following order:

Citation and commencement

1. (1) This order may be cited as the Stamp Duty (Exemption) (No. 3)

Order 2020.

(2) This Order is deemed to have come into operation on 1 June 2020.

Exemption

2. (1) Subject to subparagraphs (2), (3) and (4), stamp duty shall be exempted in

respect of any loan agreement to finance the purchase of residential property under the

Home Ownership Campaign 2020/2021, the value of which is more than three hundred

thousand ringgit but not more than two million five hundred thousand ringgit,

executed between an individual named in a sale and purchase agreement and—

(a) a licensed bank under the Financial Services Act 2013 [Act 758];

(b) a licensed Islamic bank under the Islamic Financial Services

Act 2013 [Act 759];

(c) a development financial institution prescribed under the

Development Financial Institutions Act 2002 [Act 618];

(d) a co-operative society registered under the Co-operative

Societies Act 1993 [Act 502];

(e) any employer who provides an employee housing loan scheme;

Page 7: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 216

6

(f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Company Registration

Number: 25457-V) incorporated under the Companies Act 2016

[Act 777];

(g) Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd (Company Registration

Number: 257663-T) incorporated under the Companies Act 2016;

(h) a licensed insurer authorized to provide a housing loan under the

Financial Services Act 2013; or

(i) a licensed takaful operator authorized to provide an Islamic housing

loan under the Islamic Financial Services Act 2013.

(2) The stamp duty exemption under subparagraph (1) shall only apply if—

(a) the sale and purchase agreement for the purchase of the residential

property is between an individual and a property developer;

(b) the purchase price in the sale and purchase agreement referred to

in subsubparagraph (a) is a price after a discount of at least

ten per cent from the original price offered by the property

developer except for a residential property which is subject to

controlled pricing; and

(c) the sale and purchase agreement for the purchase of the

residential property is executed on or after 1 June 2020 but

not later than 31 May 2021 and is stamped at any branch of the

Inland Revenue Board Malaysia.

(3) A Home Ownership Campaign 2020/2021 Certification issued by the

Real Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) Malaysia, Sabah Housing and

Real Estate Developers Association (SHAREDA) or Sarawak Housing and Real Estate

Developers’ Association (SHEDA) shall be submitted by the individual concerned to any

Page 8: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 216

7

branch of the Inland Revenue Board Malaysia for the purpose of obtaining the exemption

under subparagraph (1).

(4) In this paragraph—

“residential property” means a house, a condominium unit, an apartment

or a flat, purchased or obtained solely to be used as a dwelling house, and includes a

service apartment and small office home office (SOHO) for which the property developer

has obtained approval for a Developer’s License and Advertising and Sales Permit under

the Housing Development (Control and Licensing) Act 1966 [Act 118], Housing

Development (Control and Licensing) Enactment 1978, Sabah [No. 24 of 1978] or

Housing Development (Control and Licensing) Ordinance 2013, Sarawak [Cap. 69];

“individual” means a purchaser of a residential property who is a

Malaysian citizen or co-purchasers of a residential property who are

Malaysian citizens; and

“property developer” means a property developer registered with the Real

Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) Malaysia, Sabah Housing and Real

Estate Developers Association (SHAREDA) or Sarawak Housing and Real Estate

Developers’ Association (SHEDA).

Made 27 July 2020 [Perb.MOF.TAX.700-3/2/111; PN(PU2)159/XXXIII]

DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ Minister of Finance

Page 9: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

28 Julai 2020 28 July 2020 P.U. (A) 217

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2020

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 4) ORDER 2020

DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY

JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Page 10: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 217

2

AKTA SETEM 1949

PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2020

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 80(1)

Akta Setem 1949 [Akta 378], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Duti Setem

(Pengecualian) (No. 4) 2020.

(2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2020.

Pengecualian

2. (1) Tertakluk kepada subperenggan (2), (3), (4) dan (5), semua

surat cara pindah milik bagi pembelian suatu harta kediaman di bawah

Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021 yang bernilai lebih daripada tiga ratus ribu ringgit

tetapi tidak lebih daripada dua juta lima ratus ribu ringgit yang disempurnakan oleh

seseorang individu hendaklah dikecualikan daripada duti setem.

(2) Pengecualian duti setem yang disebut dalam subperenggan (1)

hendaklah hanya untuk duti setem yang sepatutnya dikenakan bagi satu juta ringgit

pertama atau kurang daripada nilai harta kediaman itu dan duti setem sebanyak tiga

ringgit hendaklah dikenakan bagi setiap seratus ringgit ke atas amaun baki nilai harta

kediaman yang melebihi satu juta ringgit.

(3) Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya

terpakai sekiranya—

(a) perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu adalah

antara seseorang individu dengan suatu pemaju perumahan;

(b) harga belian dalam perjanjian jual beli yang disebut dalam

subsubperenggan (a) ialah suatu harga selepas suatu diskaun

sekurang-kurangnya sebanyak sepuluh peratus daripada harga asal

Page 11: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 217

3

yang ditawarkan oleh pemaju perumahan itu kecuali bagi suatu

harta kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal; dan

(c) perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu

disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat

daripada 31 Mei 2021 dan disetemkan di mana-mana cawangan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

(4) Bagi maksud subperenggan (1), nilai harta kediaman itu hendaklah

berdasarkan nilai pasaran.

(5) Suatu Perakuan Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021 yang dikeluarkan

oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju

Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan dan

Harta Tanah Sarawak (SHEDA) hendaklah dikemukakan oleh individu yang berkenaan

kepada mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi tujuan

mendapatkan pengecualian di bawah subperenggan (1).

(6) Dalam perenggan ini—

“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu

pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk

digunakan sebagai suatu rumah kediaman, dan termasuk suatu pangsapuri

perkhidmatan dan pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) yang berhubungan dengannya

pemaju perumahan itu telah mendapat kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit

Iklan dan Jualan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966

[Akta 118], Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978,

Sabah [No. 24 of 1978] atau Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan

Pelesenan) 2013, Sarawak [Cap. 69];

“individu” ertinya seorang pembeli suatu harta kediaman yang merupakan

seorang warganegara Malaysia atau pembeli bersama suatu harta kediaman yang

merupakan warganegara Malaysia; dan

Page 12: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 217

4

“pemaju perumahan” ertinya suatu pemaju perumahan yang berdaftar

dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan

Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan

dan Harta Tanah Sarawak (SHEDA).

Dibuat 27 Julai 2020 [Perb.MOF.TAX.700-3/2/111; PN(PU2)159/XXXIII]

DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ Menteri Kewangan

Page 13: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 217

5

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 4) ORDER 2020

IN exercise of the powers conferred by subsection 80(1) of the

Stamp Act 1949 [Act 378], the Minister makes the following order:

Citation and commencement

1. (1) This order may be cited as the Stamp Duty (Exemption) (No. 4)

Order 2020.

(2) This Order is deemed to have come into operation on 1 June 2020.

Exemption

2. (1) Subject to subparagraphs (2), (3), (4) and (5), all instrument

of transfer for the purchase of a residential property under the

Home Ownership Campaign 2020/2021 the value of which is more than

three hundred thousand ringgit but not more than two million five hundred thousand

ringgit executed by an individual shall be exempted from stamp duty.

(2) The stamp duty exemption referred to in subparagraph (1) shall only be

for the stamp duty that should be imposed for the first one million ringgit or less from

the value of the residential property and stamp duty of three ringgit shall be imposed

for every one hundred ringgit of the balance amount of the value of the residential

property which is more than one million ringgit.

(3) The stamp duty exemption under subparagraph (1) shall only apply if—

(a) the sale and purchase agreement for the purchase of the

residential property is between an individual and a property

developer;

(b) the purchase price in the sale and purchase agreement referred to

in subsubparagraph (a) is a price after a discount of at least

ten per cent from the original price offered by the property

Page 14: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 217

6

developer except for a residential property which is subject to

controlled pricing; and

(c) the sale and purchase agreement for the purchase of the

residential property is executed on or after 1 June 2020 but not

later than 31 May 2021 and is stamped at any branch of the

Inland Revenue Board Malaysia.

(4) For the purpose of subparagraph (1), the value of the residential property

shall be based on the market value.

(5) A Home Ownership Campaign 2020/2021 Certification issued by the

Real Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) Malaysia, Sabah Housing and

Real Estate Developers Association (SHAREDA) or Sarawak Housing and Real Estate

Developers’ Association (SHEDA) shall be submitted by the individual concerned to any

branch of the Inland Revenue Board Malaysia for the purpose of obtaining the

exemption under subparagraph (1).

(6) In this paragraph—

“residential property” means a house, a condominium unit, an apartment

or a flat, purchased or obtained solely to be used as a dwelling house, and includes a

service apartment and small office home office (SOHO) for which the property

developer has obtained an approval for a Developer’s License and Advertising and Sales

Permit under the Housing Development (Control and Licensing) Act 1966 [Act 118],

Housing Development (Control and Licensing) Enactment 1978, Sabah [No. 24 of 1978]

or Housing Development (Control and Licensing) Ordinance 2013, Sarawak [Cap. 69];

“individual” means a purchaser of a residential property who is

a Malaysian citizen or co-purchasers of a residential property who are

Malaysian citizens; and

Page 15: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 217

7

“property developer” means a property developer registered with the

Real Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) Malaysia, Sabah Housing and

Real Estate Developers Association (SHAREDA) or Sarawak Housing and Real Estate

Developers’ Association (SHEDA).

Made 27 July 2020 [Perb.MOF.TAX.700-3/2/111; PN(PU2)159/XXXIII]

DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

Minister of Finance

Page 16: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

28 Julai 2020 28 July 2020 P.U. (A) 218

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2020

REAL PROPERTY GAINS TAX (EXEMPTION) ORDER 2020

DISIARKAN OLEH/

PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Page 17: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 218

2

AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2020

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 9(3) Akta Cukai Keuntungan

Harta Tanah 1976 [Akta 169], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah

(Pengecualian) 2020.

(2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2020.

Tafsiran

2. Dalam Perintah ini, “harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit

kondominium, suatu pangsapuri atau suatu rumah pangsa di Malaysia, dan termasuk

suatu pangsapuri perkhidmatan dan suatu pejabat kecil pejabat rumah (SOHO),

yang dimiliki oleh seorang individu, secara bersesama atau secara tunggal, yang hanya

digunakan sebagai suatu rumah kediaman.

Pengecualian

3. (1) Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), Menteri mengecualikan

mana-mana individu yang ialah seorang warganegara daripada pemakaian Jadual 5

kepada Akta bagi pembayaran cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang

terakru berkenaan dengan pelupusan suatu harta kediaman pada atau selepas 1 Jun 2020

hingga 31 Disember 2021.

(2) Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai

dengan syarat bahawa—

(a) tidak lebih daripada tiga unit harta kediaman yang dilupuskan yang

layak bagi setiap pelupus;

(b) harta kediaman yang dilupuskan tidak diperoleh dalam tempoh

dari 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021—

(i) secara suatu pemindahmilikan antara suami dan isteri; atau

Page 18: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 218

3

(ii) secara suatu pemberian antara suami dan isteri, ibu atau bapa dan

anak, atau datuk atau nenek dan cucu jika pemberi ialah seorang

warganegara; dan

(c) perjanjian jual beli bagi pelupusan harta kediaman itu

disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat

daripada 31 Disember 2021 dan disetemkan dengan sewajarnya tidak

lewat daripada 31 Januari 2022 atau jika tiada perjanjian jual beli,

surat cara pindah milik bagi pelupusan harta kediaman itu

disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada

31 Disember 2021 dan disetemkan dengan sewajarnya tidak lewat

daripada 31 Januari 2022.

(3) Bagi maksud subperenggan (1), jika pelupusan harta kediaman melebihi

tiga unit, pelupus boleh memilih mana-mana tiga daripada pelupusan harta kediaman

tersebut untuk dikecualikan dan pilihan yang dibuat tidak boleh ditarik balik.

Kontrak bersyarat

4. Jika suatu kontrak bagi pelupusan suatu harta kediaman adalah suatu kontrak

bersyarat yang memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri,

pengecualian yang disebut dalam subperenggan 3(1) hendaklah hanya terpakai jika—

(a) kontrak bagi pelupusan harta kediaman itu disempurnakan pada atau

selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021 dan

disetemkan dengan sewajarnya tidak lewat daripada 31 Januari 2022; dan

(b) kelulusan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang berkenaan bagi

pelupusan harta kediaman itu diperoleh pada atau selepas 1 Jun 2020.

Page 19: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 218

4

Kehendak untuk mengemukakan penyata dan maklumat hendaklah dipatuhi

5. Tiada apa-apa jua dalam subperenggan 3(1) boleh melepaskan atau disifatkan telah

melepaskan mana-mana individu yang ialah seorang warganegara daripada mematuhi

apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau memberikan apa-apa

maklumat lain di bawah Akta.

Dibuat 27 Julai 2020 [Perb. MOF. TAX(S)700-2/1/13; PN(PU2)325/V] DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 9(4) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976]

Page 20: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 218

5

REAL PROPERTY GAINS TAX ACT 1976

REAL PROPERTY GAINS TAX (EXEMPTION) ORDER 2020

IN exercise of the powers conferred by subsection 9(3) of the Real Property Gains

Tax Act 1976 [Act 169], the Minister makes the following order:

Citation and commencement

1. (1) This order may be cited as the Real Property Gains Tax (Exemption)

Order 2020.

(2) This Order is deemed to have come into operation on 1 June 2020.

Interpretation

2. In this Order, “residential property” means a house, a condominium unit,

an apartment or a flat in Malaysia, and includes a service apartment and a small office

home office (SOHO), owned by an individual, jointly or solely, which is used only as

a dwelling house.

Exemption

3. (1) Subject to subparagraphs (2) and (3), the Minister exempts any individual

who is a citizen from the application of Schedule 5 to the Act for the payment of tax on

the chargeable gain accruing on the disposal of a residential property on or

after 1 June 2020 until 31 December 2021.

(2) The exemption referred to in subparagraph (1) shall be applicable on

the condition that—

(a) not more than three units of residential property disposed of shall

be eligible for each disposer;

(b) the residential property disposed of is not acquired within the period

from 1 June 2020 until 31 December 2021—

(i) by way of a transfer between spouses; or

Page 21: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 218

6

(ii) by way of a gift between spouses, parent and child, or grandparent

and grandchild where the donor is a citizen; and

(c) the sale and purchase agreement for the disposal of the residential

property is executed on or after 1 June 2020 but not later

than 31 December 2021 and is duly stamped not later

than 31 January 2022 or where there is no sale and purchase agreement,

the instrument of transfer for the disposal of the residential property

is executed on or after 1 June 2020 but not later than 31 December 2021

and is duly stamped not later than 31 January 2022.

(3) For the purpose of subparagraph (1), where the disposal of residential

property exceeds three units, the disposer may elect any three from the said disposals of

residential properties to be exempted and the election so made shall be irrevocable.

Conditional contract

4. Where a contract for the disposal of a residential property is a conditional contract

which requires the approval by the Federal Government or a State Government,

the exemption referred to in subparagraph 3(1) shall only be applicable if—

(a) the contract for the disposal of the residential property is executed on

or after 1 June 2020 but not later than 31 December 2021 and is duly stamped

not later than 31 January 2022; and

(b) the approval by the Federal Government or the State Government concerned

for the disposal of the residential property is obtained on or after 1 June 2020.

Requirement to submit return and information to be complied with

5. Nothing in subparagraph 3(1) shall absolve or be deemed to have absolved the

individual who is a citizen from complying with any requirement to submit any return or

to furnish any other information under the Act.

Page 22: Circular No 239/2020 Orders Relating to Stamp Duty ... · P.U. (A) 216 3 (f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah

P.U. (A) 218

7

Made 27 July 2020 [Perb. MOF. TAX(S)700-2/1/13; PN(PU2)325/V]

DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ Minister of Finance

[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 9(4) of the Real Property Gains Tax Act 1976]