Upload
others
View
24
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
cip ibu bijak.indd 1 28/5/2014 4:02:31 PM
Penerbit buku-buku fundamental Islam
cip ibu bijak.indd 2 28/5/2014 4:02:32 PM
cip ibu bijak.indd 3 28/5/2014 4:02:33 PM
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitanNorashikin Hashim, 1980-, Ibu Bijak, Anak Bahagia: Tip untuk Mama Junior / Norashikin Hashim. ISBN: 978-967-361-123-21. Child rearing--Religious aspects--Islam.2. Parenting--Religious aspects--Islam. I. Judul.297.577
Ibu Bijak, Anak Bahagia©2014 oleh Norashikin Hashim
Hak penerbitan oleh Kemilau Publika Sdn Bhd.Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain, sebelum mendapat izin secara bertulis daripada KEMILAU PUBLIKA SDN BHD. Pihak penerbit tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil.
Cetakan pertama, Julai 2014ISBN 978-967-361-123-2Font: Century 11/13.5
Penerbit Eksekutif : Masri Abu SoedPenasihat Syariah : Ustaz Zainudin Hashim Editor Syariah : Mohd Shahabudin Md YatimEditor Urusan : Sazlindawati SuhaimiEditor : Solehah Abu BakarEditor Pelatih : Syakirin Daud
Konsep/ Perwajahan Kulit : La Khauf Curve/FZI Studio Perwajahan Isi : MohammadPemasaran : Wahyudi Mohd Yatim, Zulkifli Yeop & The Backbone
Diterbitkan oleh:Kemilau Publika Sdn Bhd22F, SU Mall, Jalan Bidara 8, Saujana Utama47000 Sg. Buloh, Selangor.Tel: 03-6038 8314/15 Faks: 03-6038 8341e-mel: [email protected]/bukukemilau
Dicetak oleh:Mihas Grafik Sdn BhdNo. 9, Jalan SR 4/19 Taman Serdang Raya 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
cip ibu bijak.indd 4 28/5/2014 4:02:33 PM
Isi kandungan v
Kalam Penerbit viii
Tinta Pengarang iv
Testimoni xii
Bab 1
Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pengenalan: Apakah Pendidikan Awal xxxx Kanak-kanak? 3
Kepentingan Pendidikan Awal xxxxxxxxx Kanak-kanak 4
Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan xxx Awal Kanak-kanak 6
Siapakah Dr. Abdullah Nasih Ulwan 7
Apakah Pendidikan Awal Kanak-kanak xxx dalam Islam? 8
Tadika atau Home School 10
Guru yang Disayang Allah 11
Pendidikan Berkesan kepada Anak-anak 12
Rasulullah sebagai contoh utama 13
Positive Parenting vs Strict Parenting 14
Kepentingan Bermain dalam Pendidikan xxx Awal Anak-anak 17
Bab 2
Keluarga yangDiredhai
Perkahwinan yang Barakah 25
Didik Anak dalam Kandungan 29
Anugerah yang Tidak Ternilai 31
Didik dengan Hikmah 33
Keluarga Pemangkin Anak Soleh 35
Hukum dan Denda dalam Islam 39
Bab 3
Rangsang Anak 0 – 3 tahun
Al-Quran dalam Pendidikan Anak-anak 45
Cipta Suasana yang Merangsang 49
Kebaikan Urutan Bayi 50
Kebaikan Susu Ibu 52
Bayi Tidur Lena 56
Senarai Kandungan
vi
Ibu Bijak, Anak Bahagia: Tip untuk mama junior
Mengapa Bayi Saya Menangis 57
Bayi mungkin mengantuk 58
Bab 4
Rangsang Anak 4 – 6 tahun
Menggalakkan Akhlak yang Baik 63
Kebaikan Bercerita 64
Permainan Manipulatif 66
Kepentingan Aktiviti Seni dan Kraf 67
Merangsang Anak Membaca Awal 69
Bab 5 Bersedia ke Sekolah
Sudahkah Anak Saya Bersedia 79
Panduan Memilih Taska dan Tadika 80
Panduan Pertama Kali ke Tadika 81
Membantu Mengatasi Anak yang xxxxxxxxxxx Takut ke Sekolah 83
Bab 6 Tips Mama Junior
Tip Penyusuan Eksklusif 87
Apakah Penyusuan Eksklusif 88
Bagaimana ingin memulakan? 89
Apakah yang Ibu Perlu Makan? 91
Masalah yang Bakal Ibu Hadapi 91
Cara menyimpan Susu 92
Tip Menangani Anak Menangis 92
Tip Menghadapi Anak Demam 93
Tip Memberi Anak Makan Ubat 94
Tip Makan Luar Bersama Anak 96
Tip Latih Anak Tanpa Lampin 96
Tip Meningkatkan Kemahiran xxxxxxxxxx Ber bahasa Anak 97
Tip Membantu Anak Tidur Lena 98
Tip Mengendali Anak yang Menggigit 99
Tip Mengenali Pengasuh yang Baik 101
Tip Memujuk Anak Makan 103
Tip Mendidik Anak Berdisiplin 104
Tip Melakukan Aktiviti Bersama Anak 105
Tip Keselamatan di Padang Permainan 106
Tip Mengajar Anak Mendengar Kata 107
Tip Mengendalikan Anak yang Bergaduh 108
Tip Mengajar Matematik 108
vii
Tip Cerai Susu Botol 110
Tip Cerai Botol Susu 111
Suatu Pengalaman - Tips Mudah Cerai xxx Susu Botol 111
Kesan positif selepas berhenti susu 111
Tip Berhadapan anak Mengamuk 112
Tip Anak Cepat Bercakap 114
Belajar mendengar dan memahami xxxxxx bahasa 114
Belajar bercakap dan menggunakan xxxxxx bahasa 115
Aktiviti dan bermain bersama bayi 115
Tip Ajar Anak Solat 116
Tip Menghadapi Anak yang Hiperaktif 118
Bab 7
Status Facebook Ashikin Hashim
Status 1 125
Status 2 126
status 3 127
status 4 128
status 5 128
status 6 129
status 7 130
status 8 130
status 9 131
status 10 132
status 11 132
status 12 133
status 12 134
status 14 134
status 15 134
status 16 135
Penutup 138
Biodata Penulis 140
viii
Ibu Bijak, Anak Bahagia: Tip untuk mama junior
D a n s i a p a k a h y a n g l e b i h b a i k perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan a m a l y a n g s o l e h d a n b e r k a t a : “Sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri?”
(Fussilat: 33)
Barang kali kita semua telah mengetahui akan hakikat ini. Betapa menyeru kepada kebaikan atau amar makruf itu adalah sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah, waimmahanya dengan sepatah kata. Selagi mana kita sentiasa istiqamah dengan usaha menyeru kepada ketaatan terhadap Allah, sama ada melalui lidah mahupun pena, ia pasti akan menjadi sebahagian daripada amal soleh kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini.
Melalui ukiran kata pada lembaran buku yang dipersembahkan kepada khalayak, ia merupakan refleksi komitmen kami untuk mendokumentasikan himpunan perkataan
yang mampu menyeru untuk memperteguhkan ketaatan mereka kepada Yang Maha Berkuasa.
Mungkin lembaran buku yang dipersembahkan tidak mampu mengungkapkan kesempurnaan ilmu yang amat luas ruang lingkupnya, tetapi sekurang-kurangnya ia menjadi sebahagian daripada ruang untuk pembaca mencapai kesempurnaan tersebut. Kombinasi ilmu yang terkandung pada setiap buku yang kami persembahkan, ditambah dengan pelbagai sumberi lmu lain yang mampu dicapai oleh pembaca, mudah-mudahan dapat mencetuskan benih-benih pengetahuan yang segar di minda pembaca. Lantas, kelak ia akan tumbuh subur menjadi banat atau rimba ilmu yang berharga jua menaungi setiap usaha pembinaan tamadun kemanusiaan yang sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah.
Tiada yang lebih bermakna selain daripada kepuasan pembaca meneguk manisnya ilmu yang
terkandung daripada setiap buku yang dipersembahkan.
Dan tiada yang lebih berharga selain daripadamenjadi sebahagian daripada pemangkin pembinaan tamadun cintakan ilmu
kalam penerbit
ix
dalam kalangan khalayak.Biarpun ia harus melalui ruang waktu yang panjang, tetapi ia tetap bernilai. Persis pepatah lama Cina yang berbunyi, ‘andai inginkan kebahagiaan setahun, semailah benih, andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun, tanamlah pokok dan andai inginkan kebahagiaan seratus tahun, didiklah manusia.’
Justeru ruang waktu yang lama tidak sesekali mematahkan semangat. Apa yang dipersembahkan adalah lembaran ilmu yang
diharap menjadi himpunan kata sebagaimana yang dimaksudkan oleh-Nya melalui surah Fussilat, ayat 33. Manfaat jua yang tersimpul menjadi harapan kami tatkala limpahan ilmu daripada buku terbitan kami usai dicicip pembaca.
Selamat membaca,
KEMILAU PUBLIKA
x
Ibu Bijak, Anak Bahagia: Tip untuk mama junior
Tinta Pengarang
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t yang telah mengizinkan penerbitan buku ini menjadi kenyataan. Sebenarnya sudah lama saya mengimpikan untuk membukukan segala pengalaman dan ilmu yang ada untuk dikongsi bersama ibu bapa di luar sana.
Allah telah berfirman di dalam al-Quran, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan kaum keluarga kamu daripada api neraka!”
(Surah Tahrim: 6)
Kecintaan terhadap pendidikan awal kanak-kanak ini sudah terpupuk sejak sebelum saya berkahwin lagi. Selepas tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, saya bekerja sementara di sebuah tadika milik sahabat kepada bonda saya. Melihat kepada suci dan bersihnya anak-anak kecil ini, saya mula berjinak-jinak dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiada suatu pemberian yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya lebih
utama daripada budi pekerti yang baik.” (HR, Ahmad: 16710)
Selepas mendapat anak yang pertama, kecintaan itu semakin membuak-buak. Saya mula mengumpul artikel berkenaan kanak-kanak dan membaca apa sahaja yang berkaitan dengannya. Saya praktikkan apa yang saya baca dan tahu kepada anakanda Wafi. Saya rasa sangat teruja mengajarnya setiap hari.
Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Sesungguhnya Allah akan bertanya s e t i a p p e n a n g g u n g j a w a b a k a n tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya atau mensia-siakannya.”
(HR, Ibnu Hibban)
Kini sebagai pengetua di salah sebuah pusat perkembangan kanak-kanak, saya berasa amat bertuah kerana dapat mempelajari banyak perkara setiap hari. Saya berhadapan dengan anak-anak kecil setiap hari dan mereka seperti memberikan saya inspirasi dan pengalaman yang sangat berguna.
Allah telah berfirman di dalam al-Quran, maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan Kami telah
xi
mengangkat mereka di daratan dan di lautan, dan Kami berikan mereka rezeki daripada yang baik-baik, dan Kami telah melebihkan mereka atas kebanyakan makhluk lain yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”
(Al-Isra’: 70)
Saya juga menulis di dalam blog berkenaan tips di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Setelah 7 bulan diwujudkan, blog saya sudah mencecah lebih 8000 pengunjung dan pembacanya. Penulisan saya ini pula telah dirisik oleh editor majalah Muslimah, Puan Nik Fauziah Nik Hussin untuk menulis di Majalah Muslimah. Kini saya adalah kolumnis tetap ruangan Pendidikan Anak.
Alhamdulillah. Semuanya daripada Allah. Saya niatkan segala apa yang saya kongsikan kepada ibu bapa semua agar menjadi panduan yang bermanfaat kepada anda. Anak adalah amanah daripada Allah untuk kita jaga dan didik sebaik mungkin. Mereka aset yang sangat berharga dan akan ditanya oleh Allah kelak atas apa yang telah kita lakukan terhadap mereka.
Saya mengakhiri salam ukhwah ini dengan sebuah hadis yang sangat menyentuh hati saya sebagai seorang ibu dan guru. Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya:
“Telah datang seorang wanita kepada Aisyah r.ha, maka Aisyah pun memberikan tiga butir
kurma. Maka wanita itu telah memberikan setiap seorang daripada anaknya sebutir, dan dipegangnya sebutir yang lebih itu untuk dirinya. Setiap anak itu telah memakan kurma tersebut, lalu mereka pun meminta kurma yang masih ada di dalam tangan ibunya. Lalu si ibu pun menjadikan kurma yang sebutir itu menjadi dua dan memberikan kurma itu kepada anak-anaknya. Apabila datang Nabi s.a.w maka Aisyah menceritakan perihal tersebut kepada baginda. Lalu baginda pun bersabda: Apa yang menghairankan engkau daripada perkara itu? Sebenarnya Allah telah merahmati wanita itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya.”
Akhir kata daripada saya:
Salam bonda yang dinaung makhluk syurga,
Ketepikan kuali, sudip, baju ampaian dan segala macam benda,
Tidak perlu gopoh ingin menyiapkan segalanya,
Satu-satu, tenang-tenang sahaja,Berdamping dahulu dengan yang tercinta,
Nanti yang lain akan Allah mudahkan untuk bonda.
Semoga disayang Allah,
Ashikin Hashim.www.ashikin-hashim.blogspot.com
www.didikcarasunnah.blogspot.com
xii
Ibu Bijak, Anak Bahagia: Tip untuk mama junior
testimoni
Puan Naemah Abu Kassim
Saya antara orang terawal yang membaca bukuini. Memang buku yang sangat bagus, sangat berinformasi.Semua ibu bapa mesti dapatkan buku ini sebagai rujukan dalam membesarka nanak-anak. Mesti beli!Pelaburan yang sangat berbaloi! Saya amat menyukai penulisan Puan Ashikin Hashim dan perkongsian di Facebook beliau.
Cik MalaGuru Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA
Saya sudah pun selesai membaca buku ini.Ia sangat menarik dan banyak memberi tip-tip dalam pendidikan awal kanak-kanak. Sebagai seorang guru, saya dapat mengaplikasikan beberapa tips yang dikongsikan Puan Ashikin. Salah satu teknik yang dikongsikan oleh Puan Ashikin adalah teknik komunikasi berkesan kepada anak-anak.Saya dapat aplikasikannya ketika ia amat diperlukan seperti ketika mengamuk dan menangis.
2
Ibu Bijak, Anak Bahagia: Tip untuk Mama Junior
Rasulullah Bersabda Buat Bonda
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw mencium al-Hasan bin `Ali. Lantas al-Aqra` bin Hasib berkata:
Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak. Seorang pun tidak pernah aku cium. Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang tidak ada sifat kasih
sayang, dia tidak akan disayangi.”
(HR al-Bukhari: 5997)
Fakta Buat Bonda
Tidur bersama bayi anda adalah sesuatu yang selamat dan baik untuk bayi. Walaupun ada yang memperkatakan tidak selamat untuk tidur
dengan bayi kita, tetapi kajian sains perubatan menunjukkan bayi yang tidur dengan ibunya akan mempunyai fisiologi yang stabil,
mengurangkan mati mengejut dan meningkatkan kesihatan emosi.
(www.positive-parents.org)