Upload
seri
View
121
Download
12
Embed Size (px)
DESCRIPTION
CHAPTER 4-KESELAMATAN API
Citation preview
CHAPTER 4
CHAPTER 4: KESELAMATAN API i. Explain concept of fire triangle
ii. List of classes of fire
Segitiga kebakaran
Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan api untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan. Rajah 4.1 menunjukkan segitiga kebakaran di mana ketiga-tiga unsur yang bergabung akan menghasilkan kebakaran.
Segitiga kebakaran
Kebakaran yang terjadi bukan sahaja
mengakibatkan kerugian dan kemusnahan
harta benda tetapi juga kehilangan nyawa.
Oleh itu adalah penting kita mengetahui
apakah punca-punca yang menyebabkan
berlakunya kebakaran. Punca-punca
kebakaran yang selalunya terdapat di
tempat kerja adalah seperti berikut:-
Segitiga kebakaran
1. Percikan api kimpalan, bunga api dan
sebagainya.
2. Api ubat nyamuk, mancis, puntung
rokok.
3. Kebocoran atau mampatan gas.
4. Haba mekanikal yang terjadi akibat
geseran
Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut:
1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.
2. Lebihan beban aliran kuasa
3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.
4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.
5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.
List of classes of fire
Api boleh dikelaskan kepada beberapa
jenis berdasarkan kepada punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis kebakaran adalah penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 4.1. Kelas kebakaran dapat dikenalpasti melalui simbol pada Rajah 4.2.
List of classes of fire
KELAS
KEBAKARAN BAHAN API
ALAT PEMADAM API
PERMULAAN
A JENIS PEPEJAL- kertas, kayu habuk,
kain
ABC(Serbuk Kering)
Air
Buih
B
JENIS CECAIR - minyak, gasolin,
alkohol
ABC
Buih
CO2
Air Semburan
Halon
C
JENIS GAS - acetylene, ammonia,
butane
ABC
Air Semburan
Halon (BCF)
D
JENIS LOGAM - aluminium, kalsium,
magnesium
ABC
Understand emergency and fire
safety planning Discuss emergency planning strategy and
fire safety
Discuss the safety plan
Identify the fire control method
Identify the fire protection method
Discuss emergency planning
strategy and fire safety
Emergency planning (rujuk kepada kecemasan Psas)
Fires safety
Cara Kemerebakan Kebakaran
Terdapat beberapa kaedah yang
membolehkan api merebak iaitu dengan
kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan
dan terus menerus.
a. Olakan haba.
Pemindahan haba yang berlaku dalam
benda mudah alir seperti secair atau gas.
Cecair atau gas yang panas akan naik
ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke
bahagian bawah secara pusingan.
Jika kebakaran di dalam bangunan, gas-
gas yang panas ini akan naik bersama-sama
asap melalui bahagian lubang tangga,
lubang lif dan sebagainya.
4.3 Kemerebakan api secara olak
haba
Rajah 4.3 Kemerebakan api secara olak haba
Pengaliran.
Haba bergerak melalui bahan-bahan
pengalir seperti logam,
batu, simen dinding bangunan dan lantai.
Bahan pengalir ini akan menjadi panas
dan jika bahan api
yang bersentuhan dengannya maka
suhunya akan naik dan sampai ke suhu
nyalaan, ia terbakar dengan sendirinya.
Rajah 4.4 Kemerebakan api secara
pengaliran
Rajah 4.3 Kemerebakan api secara olak haba
Bahangan.
Pemindahan haba yang mengikut gelombang cahaya
daripada kebakaran tersebut. Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran berjauhan.
Boleh bergerak melalui kaca tingkap dan apabila bahan api
mendapat haba secara bahangan, suhunya akan naik dan jika sampai suhu nyalaan, ia akan terbakar.
Rajah 4.5 Kemerebakan api secara
bahangan
Rajah 4.5 Kemerebakan api secara bahangan
d) Terus menerus. Ini adalah cara yang
paling mudah untuk api merebak. Bahan-
bahan bakar akan terbakar kerana api
mudah merebak melaluinya sekiranya ia
bersentuhan antara satu sama
Cara memadam kebakaran
Nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur
iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab
itu untuk memadamnya anda perlu untuk
memisahkan gabungan tersebut. Terdapat
beberapa istilah yang digunakan bagi
memadam kebakaran iaitu:
a. Melaparkan.
Ini dilakukan dengan:
i. Memindahkan bahan api yang belum
terbakar ke tempat lain.
ii. Memindahkan bahan api yang terbakar
ke tempat lain
iii. Memecah atau menghancurkan bahan
api yang terbakar supaya mudah
dipadamkan
b. Melemaskan.
Ini dilakukan dengan menghalang
kemasukan udara dengan cara menutup
permukaan bahan api yang terbakar
supaya tidak dapat membantu kebakaran.
Menyejukkan.
Sifat air yang murah dan sejuk dapat
mempercepatkan perpindahan haba
dengan menurunkan haba dan
menurunkan suhu kebakaran sehingga
ketahap rendah. Apabila suhu menjadi
rendah maka nyalaan akan terpadam.
d. Memutuskan Rantai Tindakbalas.
Memutuskan rantai kimia. Ini boleh
dilakukan dengan mengunakan alat
pemadam api permulaan seperti CO2 ,
BCF dan serbuk kering
Identify fire control method
Ramai orang biasa melihat alat pemadam
api tetapi tidak semua yang mengetahui
cara ianya berfungsi. Alat ini
merupakan satu alat pencegahan
kebakaran mudah alih yang penting. Setiap
alat pemadam api ditandakan simbol kelas
api dan dinyatakan jenis api yang boleh
dipadamkan.
Kategori Alat Pemadam Api
Terdapat beberapa kategori alat pemadam
api yang digunakan dan diluluskan oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat. Rajah 4.3
menunjukkan gambarajah berlabel bagi
alat pemadam api. Di antara alat
pemadam api yang selalu digunakan untuk
membantu pemadaman di peringkat awal
ialah:-
i. Jenis yang mengeluarkan air iaitu soda
acid dan Water co2
ii. Jenis yang mengeluarkan buih
Memadam kebakaran minyak
Kebakaran bahan alkohol (Pola)
Tabungnya berwarna krim
iii. Jenis yang mengeluarkan debu kering
(Jenis ABC)
Debu kering mengandungi bahan
sodium bikarbonat.
Terbukti selamat.
Untuk Kelas A,B, C.
Tabungnya berwarna biru.
iv. Jenis yang mengeluarkan gas
Mengandungi gas karbon dioksida
Agen pemadam yang bersih.
Tidak merosakkan komponen elektrik
Tabungnya berwarna hitam.
iv. Jenis yang mengeluarkan gas
Mengandungi gas karbon dioksida
Agen pemadam yang bersih.
Tidak merosakkan komponen elektrik
Tabungnya berwarna hitam.
Jadual 4.2- Jenis alat pemadam api
JENIS WARNA JARAK
PANCUTAN
MASA
KESELURUHAN
PANCUTAN
CATATAN
AIR
MERAH
4 meter 120 saat Tidak sesuai
jenis B , E
BUIH KUNING
LANGSAT 6 meter 30 - 90 saat
Boleh beku.
Tidak sesuai
jenis E
GAS
HITAM 3 meter 120 saat Tiada kesan
DEBU
KERING
BIRU MUDA
3 6 meter 120 saat Kesan kotor
Identify fire protection method
Peralatan pencegahan kebakaran pada masa
kini merupakan sistem amaran
kebakaran yang dipasang secara tetap dan
beroperasi secara automatik dibangunan-
bangunan. Walaupun begitu terdapat juga
bangunan atau premis yang menggunakan
sistem manual untuk memberi amaran
kebakaran. Peralatan pencegahan kebakaran
pada bangunan atau premis yang siap
dipasang dikategorikan kepada 2 jenis:
i. Perlindungan aktif.
Sistem perlindungan kebakaran yang
dipasang tetap di bangunan untuk
mencegah, mengawal dan memadam
kebakaran secara manual atau automatik.
ii. Perlindungan pasif.
Sistem perlindungan kebakaran yang
terdapat pada struktur sesebuah
bangunan yang berfungsi untuk menyekat
api dan asap dari merebak agar penghuni
dapat berlindung, menggunakannya sebagai
laluan keluar dan tempat yang selamat
menempatkan peralatan dan anggota
bomba ketika melawan kebakaran
Jenis Perlindungan Aktif
i. Alat pecah kaca.
Alat ini beroperasi secara manual iaitu
dengan cara memecahkan kaca pada
sistem ini apabila dikesan oleh orang
ramai. Apabila kaca pada kotak ini
dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik
dan menghasilkan bunyi loceng amaran
bagi menandakan ada kebakaran di zon
dimana kaca tersebut dipecahkan.
ii. Alat pengesan haba.
Alat ini beroperasi secara
automatik. Ia akan mengaktifkan
sistem amaran kebakaran apabila
mengesan haba atau suhu tertentu
diperingkat awal kebakaran
iii. Alat pengesan asap.
Alat ini juga beroperasi secara
automatik. Ia juga
berperanan untuk mengaktifkan sistem
amaran kebakaran apabila mengesan
sejumlah asap yang tertentu.
iv. Sistem pemasangan sprinkler.
Ianya bertujuan untuk mengawal
kebakaran pada peringkat
awal dengan cara semburan air yang
bertekanan khusus kepada zon / kawasan
yang terbabit. Sistem ini dihubungkan
dengan penggera kebakaran. Ia bertindak
secara automatik.
v. Sistem pemasangan pancur ( riser).
Terdapat dua jenis pancur
iaitu Pancur basah dan Pancur
kering.
vi. Sistem pili bomba (hyderant)
Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung, hydran halaman dan hydran kota. Hydran gedung ditempatkan dalam gedung, untuk hydran halaman ditempatkan di halaman, sedangkan hydran kota biasanya ditempatkan pada beberapa titik yang memungkinkan Unit Pemadam Kebakaran suatu kota mengambil cadangan air.
vii. Sistem salur Bantu mula (hosereel)
viii. Sistem gas CO2.
ix. Sistem pemasangan tetap buih (foam)
Jenis Perlindungan pasif.
i. Tangga terlindung.
ii. Koridor terlindung
iii. Pintu rintangan api
iv. Ruang akses menentang kebakaran
v. Lif Bomba
Pelan tindakan keselamatan
Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah kemalangan. Salah satu faktor pencegahan adalah untuk menghadapi pelan tindakan kecemasan.
Pelan tindakan keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang dan organisasi terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan harta benda.
Objektif PTK:-
i. membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa berlakunya kecemasan.
ii. Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk menjalankan tugas apabila berlakunya kecemasan.
iii. Peralatan kecemasan digunakan dengan selamat dan betul.
iv. Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur dan selamat apabila berlaku kecemasan.
Terdapat beberapa jenis kecemasan yang
memerlukan pelan tindakan keselamatan
diadakan seperti kebakaran, letupan,
bencana alam, keracunan, kebocoran
toksid, bangunan runtuh dan lain-lain.
Prosedur keselamatan
Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan
melaksanakan pengurusan keselamatan
dengan mengambil kira faktor-faktor
berikut:-
1. Pencegahan
Melaksanakan latihan keselamatan di
tempat kerja dan cara pengendalian bahan
berbahaya serta peralatan yang digunakan.
2. Kesediaan
Organisasi perlu menubuhkan satu
jawatakuasa kecemasan yang dapat
bertindak apabila berlaku kecemasan.
3. Tindakan
Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan
hendaklah bertindak dengan pantas dan
efisien berserta kelangkapan yang
mencukupi apabila terjadinya kecemasan.
4. Pemulihan
Merupakan tindakan yang berfungsi untuk
mengembalikan situasi cemas kepada
keadaan normal seperti menilai kerosakan,
mengganti atau membaiki peralatan yang
rosak.
Laluan keselamatan
Konsep ini merupakan kemudahan
struktur dalam bangunan yang
memudahkan penghuni melarikan atau
menyelamatkan diri daripada bahaya
kebakaran dengan sendiri tanpa sebarang
bantuan.
Jalan keluar ini terbahagi kepada tiga iaitu:
i. jalan keluar mendatar struktur yang terdapat pada bangunan yang melibatkan bahagian seperti protected lobby dan protected corridor
ii. jalan keluar menegak elemen struktur bagi membolehkan penghuni melarikan atau menyelamatkan diri keluar dari tingkat atas ke tingkat bawah terus ke tempat selamat. Contoh seperti tangga keselamatan.
iii. Jalan keluar terakhir tempat keluar bagi jalan terus daripada sesuatu bangunan yang mengadakan akses terus ke laluan atau tangga terbuka.
Mengenalpasti lokasi kebakaran
Terdapat beberapa lokasi di sekitar anda yang mungkin berisiko tinggi untuk menyebabkan berlakunya kebakaran dan kemerebakan api. Antaranya ialah:-
Makmal sains/tempat simpanan bahan kimia
Tempat memasak/makmal penyediaan makanan
Struktur bangunan lama yang mudah terbakar
Bahan binaan bangunan seperti kayu, batu-bata dan building board.