12
2.2 Berdasarkan cerita jenaka, kemukakan lima pengajaran yang terdapat dalam setiap cerita dengan memberi contoh yang sesuai. Ys, Goh

Cerita jenaka

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cerita JenakaCerita JenakaCerita Pak KadukCerita Mat Jenin

Citation preview

2.2 Berdasarkan cerita jenaka, kemukakan lima pengajaran yang terdapat dalam setiap cerita dengan memberi contoh yang sesuai.

2.2 Berdasarkan cerita jenaka, kemukakan lima pengajaran yang terdapat dalam setiap cerita dengan memberi contoh yang sesuai.Ys, Goh

Cerita Si LuncaiSinopsis cerita:

Si Luncai seorang miskin dari hujung kampung begitu ingin menatap sendiri wajah rajanya.Namun, biarpun telah beberapa kali mencuba, hasratnya gagal disebabkan wajahnya yang buruk serta tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk mengadap raja.Namun, pada suatu hari, dia berjaya juga masuk ke istana dan mengadap raja. Malangnya, dia ditimpa malang. Ketika menghadap raja, terluncur kata dari mulutnya bahawa muka raja mirip wajah arwah bapanya.Raja yang zalim itu terasa dipersendakan. Baginya, mukanya tidak sekali-kali boleh disamakan dengan rakyat biasa apatah lagi dengan muka arwah bapa Si Luncai yang miskin dan dipandang hina itu.Tanpa mempertimbangkan perkara ini dengan adil dan teliti, raja pun menjatuhkan hukuman. Penghinaan Si Luncai mesti dibayar dengan nyawa. Dan untuk itu, Si Luncai dihukum bunuh secara dicampakkan ke tengah laut.Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah laut kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan.Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di dalam perahu. Setelah lama mereka berkayuh, maka Si Luncai berkata; kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu semua itu?Salah seorang daripada mereka berkata; Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut ini. Mendengar kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun menyanyilah. Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa orang pekayuh mula menyanyi: Si Luncai terjun dengan labu-labunya!

Maka beberapa orang yang lain pun menjawablah: Biarkan! Biarkan! Akhirnya mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu.Si Luncai terjun dengan labu-labunya!Biarkan! Biarkan!

Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya.

Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dari perahu itu.Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu.

Apabila sampai ke tengah laut, kumpulan pendayung di hadapan baru menyedari bahawa Si Luncai telah berjaya melepaskan diri.Maka kembali ke darat dan mencari Si Luncai.Nilai Pengajaran :

Kita jangan mudah menyerah kalah apabila berdepan situasi genting atau mencabar. Cubalah cari jalan untuk menghadapi masalah itu dengan baik. Akal yang bijak dan hati yang tenang akan membantu kita mencapai kejayaan.

Cerita Pak KadukNilai Pengajaran:

Berhati-hati dan jangan terlalu mudah mempercayai kata-kata orang walaupun orang yangberpengaruh.

Contoh:Pak Kaduk percaya raja untuk bertukar ayam tetapi akhirnya dia telah kalah dan hilang pertaruhan.2. Jangan mengamalkan sifat suka berjudi kerana berjudi tidak membawa keuntungan sebaliknya membawa kepada emusnahan danakan menjadi papa kedana.

Contoh:Sifat suka berjudi yang ada pada Pak Kaduk menyebabkan dia telah kehilangan semua harta bendanya.Cerita Mat JeninMat Jenin merupakan seorang anak muda yang malas berkerja tetapi kuat berangan-angan. Pengakhiran kisah hidupnya ditamatkan dengan kematiannya akibat kuat berangan-angan.Nilai Pengajaran :

Janganlah kita suka memasang angan-angan kosong yang tidak memberi apa-apa makna dalam hidup.

Contoh: Angan-angan kosong Mat Jenin tidak memberi apa-apa faedah kepada dirinya malah menyebabkan Mat Jenin mati sia-sia.

Kita harus sedar akan kedudukan diri kita yang sebenarnya.

Contoh: Mat Jenin suka memasang angan-angan kosong tanpa memikirkan dan menyedari hakikat dirinya yang sebenar hanyalah seorang yang miskin.

Kita mestilah rajin bekerja dan berusaha untuk menjadi kaya.

Contoh:Angan-angan Mat Jenin yang ingin menjadi kaya-raya tanpa berusaha dan bekerja menyebabkan angan-angannya sekadar menjadi angan-angan kosong.