9
http://kartikel.com/news/22895/diy-cara-menukar-minyak-enjin-minyak-hitam DIY: Cara Menukar Minyak Enjin (Minyak Hitam) Posted on 11 October 2012 Alat yg diperlukan: 1. Minyak enjin 2. Alat asas untuk buat keje tukar minyak enjin. ‘Ring spanner’ saiz 14 hingga 17 (ikot jenis kenderaan) dan pembuka ‘oil filter’ (kanan sekali).

Cara Menukar Minyak Hitam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

D.I.Y

Citation preview

Page 1: Cara Menukar Minyak Hitam

http://kartikel.com/news/22895/diy-cara-menukar-minyak-enjin-minyak-hitam

DIY: Cara Menukar Minyak Enjin (Minyak Hitam)

Posted on 11 October 2012

Alat yg diperlukan:

1. Minyak enjin

2. Alat asas untuk buat keje tukar minyak enjin. ‘Ring spanner’ saiz 14 hingga 17 (ikot jenis kenderaan) dan

pembuka ‘oil filter’ (kanan sekali).

Page 2: Cara Menukar Minyak Hitam

3. Jack & Jack stand (kalau takde jack stand, pakai yang biasa je tapi bahaya sket)

4. Besen plastic untuk menadah minyak kotor. Corong untuk letak minyak baru.

Page 3: Cara Menukar Minyak Hitam

5. Oil filter

Jack jenis hidraulik macam di bawah lazimnya boleh tampung keberatan yang lebih dari jack kereta biasa.

Setelah kereta di jack, letakkan ‘jack stand’ sebagai ciri keselamatan tambahan.

Page 4: Cara Menukar Minyak Hitam

Sebelum buka drain plug, buka dulu tutup minyak enjin (filler cap) dan cabot ‘dip-stick’ (pengukur minyak)

Gambar spanner yang dipakai ialah saiz 14. Untuk melonggar dan buka ‘drain plug’ sama dengan

melonggarkan dan membuka nut dan skrew biasa (lawan arah jam) .

Page 5: Cara Menukar Minyak Hitam

Tunggu minyak sampai habis mengalir keluar.

Page 6: Cara Menukar Minyak Hitam

Lepas ‘oil filter’ lama dibuka dan bersihkan minyak-minyak kotor di tapak oil filter, dan sebelum memasang oil

filter baru, jangan lupa menyapu getah hitam (gasket atau oil seal) dengan minyak enjin. Ini untuk mengelak

supaya getah tidak terkeluar bila oil filter diketatkan.

Mengetatkan oil filter juga ada tekniknya. ada mekanik gune alat pembuka dan ketatkan sampai maximum.

Cara tu salah sebab kalau terlalu ketat, oil seal (getah itam) akan rosak. Cara yang betul ialah mengetatkan

dengan menggunakan tangan.

Page 7: Cara Menukar Minyak Hitam

Setelah oil filter dan drain plug dipasang, tuang minyak baru dengan menggunakan corong untuk mengelak

minyak terpercik keluar dan memungkinkan sesuatu yang tidak diingini. Memungkinkan sesuatu yang tak

diingini?

Pastu tuang minyak enjin di atas memerlukan lebih kurang 3.3 liter – 3.5 liter (tengok jenis kereta). Lepas tuang

cek dengan dip stick, kalau dah full atau dekat full tu, kira dah OK.

PERINGATAN : JANGAN BUANG MINYAK ITAM YG TELAH DIGUNAKAN DI TEMPAT

SEMBARANGAN. PELIHARALAH ALAM SEKITAR.

Page 8: Cara Menukar Minyak Hitam

TIPS BAIKI ENGINE KERETA

Tips membaiki enjin kereta 1 (minyak hitam berkurangan)

Bertemu sekali lagi dalam tips-tips mengenai penjagaan kereta. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman

mengenai enjin 'makan' minyak hitam.

Sekiranya anda berada di dalam situasi yang mana setiap minggu terpaksa menambah minyak hitam atau kereta

anda mengalami pengurangan minyak hitam setiap kali diperiksa. Apa yang perlu dibuat ?

Kalau pergi ke bengkel, biasanya mekanik akan suruh kita buat 'top overhaul' yang mana belanjanya mungkin

melebihi RM500. Ada juga kebenaran kata-kata mekanik tersebut tetapi hanya dia yang tahu kenapa dia berkata

demikian kerana jika kita diminta buat top overhaul bermakna enjin kita sudah berada dalam keadaan tenat.

Bagaimanapun di ruangan ini saya akan berkongsi pengalaman tentang kenapa pengurangan minyak hitam

boleh berlaku, bagaimana untuk mengelakkannya daripada berlaku dan apa yang perlu dibuat jika sudah

berlaku.

Minyak hitam akan berkurang disebabkan oleh beberapa sebab yang kadang-kadang tidak diambil peduli oleh

kebanyakan pengguna kereta.

(1) Minyak hitam terbakar di dalam kebuk silinder bersama-sama petrol. Ini disebabkan 'ring' piston

yang berfungsi menghalang minyak hitam masuk ke ruang pembakaran telah haus atau telah mengalami

regangan yang berlebihan yang menyebabkan wujud ruang di antara piston dan dinding silinder blok

menyebabkan minyak hitam memasuki kebuk pembakaran dan terbakar bersama-sama petrol/diesel. Tanda

yang dapat dilihat adalah asap yang keluar akan menjadi berwarna kebiruan dan berbau minyak hitam. Lama -

kelamaan minyak hitam di dalam enjin akan berkurangan. Keadaan ini sebenarnya adalah perkara yang pasti

akan berlaku kepada semua jenis enjin bersilinder. Tetapi jangkamasa yang ia pasti akan berlaku biasanya

sehingga 10 tahun atau lebih. Faktor yang mempercepatkan perkara ini berlaku adalah seperti penukaran sistem

pengeluaran gas ekzos (penggunaan ekstraktor) kepada bukan standard, penggunaan minyak hitam yang tidak

mematuhi specifikasi yang diberikan pengeluar, tidak menukar minyak hitam mengikut jangkamasa yang

ditetapkan pengeluar, tidak menukar penapis minyak seperti yang disyorkan pengeluar, penggunaan minyak

hitam yang tidak mencukupi, pemanduan yang terlalu agressive (selalu buat spin wheel) dan untuk enjin turbo;

tidak memberikan masa kepada suhu minyak hitam turun kepada normal operating temparature (tak pasang

turbo timer). Untuk megelakkan perkara ini dari berlaku dengan cepat, tukar minyak hitam mengikut jadual

bersama-sama penapis minyak yang disyorkan pengeluar. Sekira boleh, masukkan sedikit enjin treatment setiap

7 atau 8 kali menukar minyak hitam, pasang turbo timer (untuk enjin turbo), panaskan enjin dalam keadaan

melahu sebelum memulakan perjalanan, elakkan spin wheel atau pemanduan aggresive, gunakan kebuk

pelepasan asap eksoz standard. Jika keadaan ini sudah berlaku, apa yang boleh dibuat cuma menambahkan

minyak hitam setiap kali berkurangan dan kalau keadaan tidak begitu serious mungkin dengan penambahan

enjin treatment (yang mengandungi plumbum) dapat membantu menutup ruang antara piston dan dinding

silinder. Jalan terakhir terpaksalah tukar piston ring baru atau kalau silinder dah 'makan', terpaksa tukar piston

dengan ringnya sekali dan rebor silinder.

(2) Sebab lain, jika kita dapati setiap pagi ada minyak hitam di atas lantai bawah kereta kita, ini

bermakna ada kebocoran di enjin kereta kita. Kita tak akan dapat memastikan perkara itu dengan hanya

Page 9: Cara Menukar Minyak Hitam

menjenguk ke bawah enjin. Perkara pertama yang perlu kita buat, pergi ke kedai mencuci enjin, cuci semua

bahagian bawah enjin dengan menggunakan sejenis chemical sehingga betul-betul bersih, kemudian gunakan

kereta seperti biasa. Selepas sehari, pergi ke bengkel dan angkat kereta, kita akan dapat lihat di mana kebocoran

itu berlaku. Biasanya ada tiga tempat di mana kebocoran berlaku i.e. di penyambung drive shaft, di

penyambung gear box atau di oil sum gasket. Keadaan ini tidak berapa kritikal berbanding dengan keadaan satu

di atas dan kita cuma perlu membaikinya jika kita terpaksa menukar clucth plate, timing belt, drive shaft atau

peralatan yang lebih major. Keadaan ini berlaku kerana penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai, enjin

terlalu panas, semasa menukar peralatan yang berkaitan, oil seal tidak ditukar bersama (seperti timing belt, jika

ditukar, eloklah ditukar sekali kesemua oil seal kerana jika bocor, minyak akan terkena belt dan bila-bila masa

belt akan putus)

(3) Jika minyak hitam kita berkurangan tetapi tiada kebocoran dan tiada pelepasan asap kebiruan,

cuba periksa air di radiator. Jika airnya berminyak, ini bermaksud terdapat kebocoran dalaman enjin yang

menyebabkan minyak hitam masuk ke dalam saluran air penyejuk. Keadaan ini sangat kritikal dan memerlukan

enjin di angkat dan ditukar gasket yang terlibat. Keadaan ini berlaku kerana enjin terlalu panas dan sistem

penyejukkan enjin tidak dapat berfungsi dengan baik.

(4) Minyak hitam berkurangan juga boleh disebabkan minyak hitam menjadi berketul-ketul dan

menjadi padat dan likat. Ini biasanay berlaku bila air bercampur dengan minyak atau penggunaan oil treatment

yang tidak sesuai. Keadaan ini juga boleh berlaku jika kita tidak menukar minyak hitam mengikut jadual. Jika

ini berlaku, minyak enjin perlu diganti dan enjin perlu di flush dengan menggunakan engine flush chemical

(tidak digalakkan kerana akan merosakkan gasket dan oil seal).

(5) Kadang-kadang minyak hitam akan berkurangan jika kita selalu memandu pada kelajuan tinggi

(melebihi 120 km/j selama lebih 30 minit). Ini kerana minyak enjin terkeluar melalui bahagian atas penutup

enjin atau top cover enjin. Biasanya ini tidak melibatkan apa-apa kerosakan, cuma jika kita ingin memandu

pada kelajuan tinggi, pastikan kita menukar penutup minyak enjin kepada yang lebih tahan tekanan tinggi

(macam enjin turbo)

Semua yang diterangkan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya dan yang telah diceritakan kepada saya.

Tiada pembuktian saintifik dijalankan bagi menerangkan situasi yang disebutkan di atas.

This entry was posted in Tip Baiki Enjin Kereta

Newer Post Home

0 comments:

Post a Comment