Upload
duongduong
View
325
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
KEPAK Page 1
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
DARIPADA KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF SEMENANJUNG
MALAYSIA (KEPAK)
1. PENGENALAN
1.1 CUEPACS telah berjumpa dan berbincang dengan YAB Perdana
Menteri pada 22.12.2011 berhubung dengan isu dan masalah
pelaksanaan SBPA. YAB Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan
supaya JPA mengadakan perbincangan dengan CUEPACS dan
menyatakan bahawa SBPA akan dilaksanakan sehingga CUEPACS
menerima sepenuhnya SBPA. Lanjutan daripada itu, Kerajaan telah
menangguhkan pelaksanaan SBPA dan satu Jawatankuasa khas yang
diketuai oleh bekas KPPA, Tan Sri Ismail Bin Adam telah ditubuhkan
untuk mengkaji semula SBPA. Satu laporan akan disediakan dalam
tempoh 3 bulan untuk diserahkan kepada kerajaan untuk
dipertimbang dan diluluskan.
1.2 Kerajaan hendaklah campur tangan segera untuk mengatasi kemelut
yang masih menghantui sebahagian besar penjawat awam,
terutamanya dari Kumpulan Pelaksana yang TIDAK BERPUAS HATI
Keputusan yang akan diambil adalah semata-mata untuk menjaga
kepentingan semua pejawat awam di peringkat Persekutuan, Negeri,
Badan-badan Berkanun dan PBT. Kesilapan yang diambil boleh
membawa banyak implikasi dan kesulitan apabila
KEPAK Page 2
pelarasan/perubahan gaji baru dibuat pada tahun 2015 dan tahun-
tahun seterusnya.
1.3 Terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam skim berkenaan
yang tidak mencerminkan hasrat sebenar kerajaan untuk
melaksanakannya. Tapi bagaimana skim ‘bidan terjun’ berkenaan
boleh dilaksanakan kerana mereka yang mahu melaksanakannya
sudah banyak kali menegakkan benang yang basah apabila ada pihak
mendedahkan kelemahan skim berkenaan.
2. TUJUAN
2.1 Kertas kerja ini disediakan adalah selaras dengan kenyataan YAB
Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan
semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula
ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari
2012.
2.2 Kertas kerja ini akan dikemukakan kepada Cuepacs da JPA - Pasukan
Petugas yang telah ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula
SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan
saraan perkhidmatan awam.
2.3 KEPAK besedia untuk berhadapan dengan Pasukan Petugas sekiranya
diperlukan untuk mengadakan konsultasi dan perbincangan
mengenai apa juga yang dibentangkan.
KEPAK Page 3
3. LATARBELAKANG
3.1 YAB Perdana Menteri telah mengumumkan ketika membentangkan
Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 bahawa penjawat awam (PA) akan
menikmati kenaikan gaji dari 7% hingga 13% dengan kenaikan gaji
tahunan (KGT) ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut
gred. Kerajaan akan mewujudkan lebih banyak mata gaji, iaitu gaji
maksimum akan lebih tinggi dan dinaikkan sehingga kepada 37.7%.
Had umur persaraan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada umur
60 tahun.
3.2 Namun, apabila pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
mengeluarkan pekeliling berhubung dengan pelaksanaan Saraan
Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) didapati ianya telah terpesong dari
apa yang telah diumumkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri di
Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2012. Ianya juga jauh
dari hasrat dan matlamat YAB Perdana Menteri untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
3.3 Tujuan YAB Perdana Menteri memberi perubahan dan kenaikan gaji
di dalam SBPA untuk PA adalah untuk mempertingkatkan
pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000)
kepada AS$15,000 setahun dalam tempoh 10 tahun sehingga 2020,
berdasarkan Model Baru Ekonomi (MBE). Di dalam RMK10 pula YAB
Perdana Menteri telah menyatakan bahawa pendapatan perkapita
rakyat akan meningkat kepada US$12,140 (RM38,900) sehingga
tahun 2015.
KEPAK Page 4
3.5 Pihak JPA telah mengedarkan tiga (3) Pekeliling SBPA pada 7
Disember 2011, iaitu:
3.5.1 Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (PP Bil.
11/2011),
3.5.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan (PP Bil. 13
Tahun 2011) dan
3.5.3 Anggota Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia (PP Bil. 14
Tahun 2011).
3.6 Namun, didapati pihak JPA tidak mengikut dan tidak melaksanakan
keputusan YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2012.
Secara umumnya, didapati tiada perubahan dan peningkatan keatas
skim-skim perkhidmatan dan struktur gaji di dalam Kumpulan
Pelaksana. Didapati Kumpulan Pelaksana hanya diberikan sekadar
‘pelarasan gaji’, manakala Kumpulan P&P, terutamanya Kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Premier telah diberikan
‘kenaikan gaji’ secara mendadak dan amat tinggi, jauh dari
pemikiran semua pemjawat awam dan CUEPACS.
3.7 Sebelum ini, mantan Perdana Menteri YABhg. Tun Abdullah bin
Ahmad Badawi telah memberikan pelarasan gaji sebanyak 35%, 25%,
15% dan 7.5% kepada semua PA dari Kumpulan Sokongan sehingga
Kumpulan JUSA. Justeru itu, jurang pendapatan / gaji diantara PA
dari gred terendah hingga tertinggi telah dapat dikurangkan. Pada
KEPAK Page 5
masa itu tiada sebarang rungutan atau perasaan tidak puas hati PA,
kerana setiap PA telah diberikan ‘upah yang setimpal dengan
output’, mengikut skim perkhidmatan masing-masing.
3.8 Walaubagaimana pun, apabila SBPA diumumkan ia telah menjadi
‘igauan’ PA terutamanya dalam Kumpulan Pelaksana (KP) disebabkan
kumpulan ini telah dianak-tirikan oleh JPA yang telah
dipertanggungjawabkan untuk mengaji semula gred-gred dan gaji
dalam KP ini. Hasrat YAB Perdana Menteri untuk mempertingkat dan
mempertabatkan KP ini tidak dilaksanakan oleh KPPA sendiri,
terutamanya untuk meningkatkan pendapatan perkapita rakyat
US$12,140 (RM38,900) sehingga tahun 2015. Sewajarnya gaji KP
yang menjadi tonggak perkhidmatan awam yang bilangannya
melebihi 80% dari PA dinaik dan dipertingkatkan, sebagai usaha
untuk meningkatkan pendapatan perkapita rakyat US$12,140
(RM38,900) sehingga tahun 2015. KPPA sendiri telah menyakan
bahawa pada tahun 2015 kelak akan dilakukan pelarasan gaji PA
selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara
berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
3.9 Jikalau SBPA ini diterima sepenuhnya, bermakna pada tahun 2015
nanti apabila pelarasan gaji PA dilakukan, maka gaji KP akan
bertambah lagi jurangnya dengan gaji Kumpulan P&P dan keatas dan
ini akan menjadi masalah ekonomi pada ketika itu.
KEPAK Page 6
4 ISU DAN MASALAH
4.5 KENAIKAN GAJI 7% HINGGA 13%.
4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari
yang paling rendah hingga yang paling tinggi di dalam SBPA
didapati tidak ada keseragaman dari kuantum 7% - 13%
seperti diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.
4.2 PENINGKATAN 37.7% GAJI MAKSIMUM.
4.2.1 Didapati gaji maksimum Kumpuan Pelaksana tidak
dipertingkatkan sehingga 37.7% sebagaimana diumumkan
oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet
2012.
4.2.2 Namun, gaji maksimum untuk Kumpulan P&P, Kumpulan
Pengurusan Tertinggi adalah melebihi dari 37.7%,
terutamanya untuk Gred 1-6 (SSM: Gred 54) dan keatas.
Gaji maksimum Kumpulan Pengurusan Tertinggi (SSM:
JUSA) adalah jauh lebih tinggi dan adalah tidak sewajarnya
dilaksanakan – melebihi 80%.
4.3 KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) RM80 HINGGA RM320
4.3.1 YAB Perdana Menteri telah memberikan KGT dari RM80
hingga RM320. Pembahagian atau kadar KGT, mengikut
KEPAK Page 7
kumpulan tertentu tidak diberi tahu secara jelas oleh JPA
dan sehingga kini masih lagi kabur.
4.3.2 Didapati Kumpulan Pelaksana tidak mendapat KGT seperti
yang diumumkan.
4.3.3 Namun, bagi Kumpulan P&P, KGT di dalam SBPA adalah
seperti berikut:
4.3.3.1 Gred 1-1 (SSM: Gred 41) - KGT RM230;
4.3.3.2 Gred 1-2 (SSM: Gred 44) - KGT RM250;
4.3.3.3 Gred 1-4 (SSM: Gred 48) - KGT RM270;
4.3.3.4 Gred 1-5 (SSM: Gred 52) - KGT RM290;
4.3.3.5 Gred 1-6 (SSM: Gred 54) - KGT RM320.
4.3.4 Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA) dan Premier
80%.
4.3.5 Persoalannya adakah wajar Kumpulan P&P dan keatas
mendapat KGT yang terlalu tinggi dan melebihi dari kadar
yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.
KEPAK Page 8
4.3.5 Malahan, gaji Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA) dan
Kumpulan Premier adalah lebih tinggi dari gaji Perdana
Menteri sendiri sebanyak hampir RM23,000 dengan
jumlah elaun lebih-kurang RM7,000 sebulan.
4.4 Seterusnya, kaedah atau cara perubahan gaji dilaksanakan adalah
sesuatu yang amat janggal/pelik telah dilakukan. YAB Perdana
Menteri telah mengumumkan kenaikan gaji dari 7% hingga 13%
dan peningkatan 37.7% gaji maksimum untuk setiap gred.
Manakala, Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dipertingkat dari RM80
hingga RM320. Ini yang sepatutnya menjadi asas perkiraan
kenaikkan gaji untuk KP hingga Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Kewujudan Kumpulan Premier sepatutnya ditolak sebab PM tidak
mengumumkannya dalam Bajet 2012.
5 CADANGAN
5.1 KELAYAKAN MINIMA MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM.
5.1.1 Didapati kelayakan masuk minima di dalam SBPA adalah
SRP. Kelayakan SRP adalah tidak lagi relevan pada masa
sekarang. Kelayakan minima untuk ke Perkhidmatan
PDRM (Polis) dan Anggota Tentera juga telah
dipertingkatkan kepada kelayakan SPM. Kelayakan untuk
menjadi SARJAN POLIS pula telah dipertingkatkan kepada
Kelayakan DIPLOMA.
KEPAK Page 9
5.1.2 Oleh itu, kelayakan minima dalam perkhidmatan awam
patut dipertingkatkan kepada tamat Tingkatan Lima.
Skim-skim Perkhidmatan dalam Kumpulan Pelaksana
hendaklah dikurangkan iaitu dengan kelayakan-kelayakan
masuk seperti berikut:
5.2.2.1 Tamat Tingkatan Lima / Kelayakan SPM (SBPA:
Gred 4);
5.2.2.2 Kelayakan STPM / STAM / Sijil Politeknik / Sijil
Matrikulasi / Sijil Asasi (SBPA: Gred 3).
5.2.2.3 Oleh itu, kelayakan minima untuk memasuki
perkhidmatan awam hendaklah dinaikkan dari
kelayakan SRP kepada ‘tamat Tingkatan Lima’
untuk semua skim perkhidmatan yang terendah
untuk semua Klasifikasi Perkhidmatan,
contohnya Skim Perkhidmatan Pembantu
Operasi (di dalam SSM gelaran jawatan adalah
Pembantu Am Pejabat dan Pemandu
Kenderaan).
5.2.2.4 Manakala, kelayakan masuk ke Skim
Perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) hendaklah ditambah baik
iaitu sebagaimana Skim Perkhidmatan
Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha
KEPAK Page 10
Pejabat, Gred SBPA : N4-1, N4-3, N3-1, N3-2,
N3-4 (SSM : Gred N17, N22, N27/N28, N32,
N36).
5.2.2.5 Kelayakan masuk untuk semua skim
perkhidmatan yang setaraf dengan Skim
Perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) hendaklah dinaikkan
kepada memiliki kelayakan SPM dengan 5
kepujian (temasuk Bahasa Melayu) dan lulus
Bahasa Inggeris., STPM / STAM / Sijil Politeknik
/ Sijil Matrikulasi / Sijil Asasi atau sijil yang
setaraf seperti Sijil Pertanian. Ini bermakna,
semua kelayakan masuk ke skim-skim yang
setaraf dengan Skim Perkhidmatan Pembantu
Tadbir (Perkeranian/Operasi) hendaklah juga
dinaik taraf dan dipertingkatkan.
5.2.2.6 Kenaikan taraf ini adalah sejajar dengan hasrat
menjadikan perkhidmatan awam bertaraf dunia
dengan memilik modal insan terbaik kearah
negara berpendapatan tinggi pada 2020.
KEPAK Page 11
MEMINDA KELAYAKAN MASUK SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAKAN KELAYAKAN ‘STPM’ KEPADA KELAYAKAN
‘DIPLOMA’. DAN MENINGKATKAN KELAYAKAN MASUK MINIMA
SKIM PERKHIDMATAN (Sedia ada)
SKIM PERKHIDMATAN (Pindaan Baru)
JAWATAN GRED JAWATAN
KELAYAKAN JAWATAN GRED JAWATAN
KELAYAKAN
Pembantu Am
Pejabat
N1 N4
Tamat Tingkatan 3
Pembantu Operasi
N4B-1, N4B-2.
Tamat Tingkatan 5.
Pembantu Tadbir (P/O)
N17 N22 N26
SPM Pembantu Tadbir
N4A-1 / N3-1, N3-2, N3-4 (SSM: N17
&N22 N27,
N32, N36)
SPM (5 kredit) /
STPM / STAM /
Sijil Politeknik/ Sijil
Matrikulasi/ Sijil Asasi.
Penolong Pegawai Tadbir
N27 N32 N36
STPM / Diploma
Penolong Pegawai Tadbir
N2A-1, N2A-4, N2A-6.
Diploma
KEPAK Page 12
5.2 PENYUSUNAN SEMULA GRED 3(STPM/DIPLOMA) DAN
GRED 2 (DIPLOMA) KEPADA ‘GRED 2A’ (DIPLOMA) YANG
BARU
5.2.1 Semua skim perkhidmatan yang menggunakan kelayakan
masuk STPM (SBPA: 3) dan Diploma (SBPA: 2) hendaklah
dipinda dan diselaraskan kepada kelayakan masuk
‘DIPLOMA’. Di bawah SSM/SSB, semua skim perkhidmatan
ini tergolong di bawah ‘Kumpulan Sokongan l’. Maka di
bawah SBPA Pindaan ini, semua skim perkhidmatan di
dalam ‘Kumpulan Sokongan l’ berkenaan hendaklah
diselaraskan kepada Gred 2A dengan hanya tiga (3) gred
lapisan diwujudkan, iaitu Gred: 2A-1 (Gred Lantikan), 2A-4
(Gred Kenaikan Pangkat – Gred Kanan) dan 2A-6 (Gred
Kenaikan Pangkat – Gred Tertinggi). Contoh skim-skim
perkhidmatan yang menggunakan kelayakan masuk
‘STPM’ yang akan dinaikkan dan diselaraskan kelayakan
masuk kepada kelayakan ‘DIPLOMA” adalah:
5.2.1.1 Penolong Pegawai Tadbir,
5.2.1.2 Penolong Pegawai Penguat kuasa,
5.2.1.3 Penolong Pegawai Belia dan Sukan,
5.2.1.4 Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat,
dan
KEPAK Page 13
5.2.1.5 Penolong Pegawai Penerangan.
5.2.2 Semua skim perkidmatan di dalam Gred 3-1 dan Gred 2-1
hendaklah diselaraskan semula ke Gred 2A-1. Semua Gred 3-
2 dan Gred 2-4 diselaraskan kepada Gred 2A-4, manakala
Gred 3-4 dan Gred 2-5 diselaraskan ke Gred 2A-6. Gred 2A-
1/4/6 merupakan gred-gred baru iaitu hasil daripada
penggabungan Gred 3-1/2/4 dengan Gred 2-1/4/5 yang asal.
5.2.3 Semua Gred 3-4 dan Gred 2-5 hendaklah diselaraskan kepada
Gred 2A-6 iaitu gred kenaikan pangkat tertinggi bagi skim-
skim perkhidmatan yang berkelayakan DIPLOMA. Ini
disebabkan skim-skim berkenaan tidak ada peluang lagi untuk
meningkat ke gred jawatan yang lebih tinggi lagi dalam
kumpulan berkenaan. Penjawat Gred 2A-6 merupakan pakar
rujuk bagi skim perkhidmatan berkaitan dan skim-skim
perkhidmatan yang lebih tinggi di dalam sesuatu
kementerian/jabatan/agensi. Penjawat Gred 2A-6 juga
merupakan penyelia untuk semua gred skim perkhidmatan di
dalam Kumpulan Pelaksana, selain menjadi
pembimbing/mentor kepada PA lain.
5.2.4 Beban tugas skop jawatan Gred 2A-6 ini menjadi semakin
kompleks yang memerlukan komitmen tinggi, kepakaran dan
skop tugas ‘multi tasking’. Mereka merupakan petugas
hadapan yang berurusan dengan orang awam yang sentiasa
KEPAK Page 14
berusaha melayan dan menyelesaikan permasalahan untuk
mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan.
5.2.5 Skim-skim perkhidmatan ini hendaklah dijadikan sebagai
‘Skim Perkhidmatan Bersepadu’ sebagaimana ‘Skim
Perkhidmatan Pendidikan’ di dalam SBPA (PP Bil. 13 Tahun
2011), supaya tidak wujud ‘double standard’ dalam
perkhidmatan awam.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SBPA KEATAS SEMUA SKIM PERKHIDMATAN KELAYAKAN MASUK ‘STPM’ (GRED 3) DENGAN
DISELARASKAN KEPADA KELAYAKAN MASUK ‘DIPLOMA’ (GRED 2)
CADANGAN PINDAAN DAN PELARASAN SEMULA SKIM PERKHIDMATAN BERKELAYAKAN MASUK ’DIPLOMA’ DI DALAM SBPA PINDAAN
STPM DIPLOMA CADANGAN BARU
PENOLONG PEGAWAI TADBIR SSM SBPA SSM SBPA SBPA
(PINDAAN BARU)
KELAYAKAN MASUK
KENAIKAN GAJI
TAHUNAN 27
N3-1 29 J2-1 N2A-1
(SSM: Gred 31)
DIPLOMA RM200 & RM215 **
32 N3-2 36 J2-4 N2A-4 (SSM:
Gred 36)
Gred Kenaikan Pangkat (Kanan)
RM220 & RM235 **
36 ------------
40
N3-4 -------------
N3-5
38 -------
40
J2-5
2-6
N2A-6 (SSM:
Gred 40)
Gred Kenaikan Pangkat
(Tertinggi)
RM240 & RM260 **
Nota: ** Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) hendaklah berubah dan lebih tinggi selepas dari separuh/sebahagian dari jumlah tangga gaji dalam
KEPAK Page 15
gred gaji berkenaan. Umpamanya, jika jumlah tangga gaji bagi Gred N2A-6 ialah 14, maka selepas tangga gaji T8 KGT hendaklah lebih tinggi dari T1 – T7.
5.3 MEWUJUDKAN TEMPOH ‘TIME BASE’ TANPA
KEKOSONGAN JAWATAN BAGI MENGGANTIKAN
PERUNTUKAN ‘KHAS UNTUK PENYANDANG’ (KUP) 15
TAHUN
5.3.1 Semua PA dalam Kumpulan Eksekutif hendaklah dinaikkan
pangkat secara ‘time-based’ tanpa kekosongan jawatan
sebagaimana Skim Perkhidmatan Pendidikan bagi
menggantikan peruntukan KUP 15 tahun.
5.3.2 Bagi yang sedang berada di dalam gred lantikan
hendaklah dinaikkan pangkat selepas tempoh 8 tahun
dan selepas itu dinaikkan ke gred kenaikkan pangkat
seterusnya setelah tempoh 7 tahun. Ini bermakna
selepas 15 tahun berkhidmat (iaitu 8 + 7 tahun), seorang
penjawat berkenaan telah berada dalam jawatan tertinggi
dalam skim perkhidmatan masing-masing.
5.3.3 Kenaikan pangkat secara ‘time-based’ yang telah diberikan
kepada warga pendidik/guru perlu dan wajar dipanjangkan
juga kepada semua PA di dalam skim-skim perkhidmatan
yang lain, memandangkan mereka juga telah memberikan
perkhidmatan dan melaksanakan skop fungsi tugas yang
KEPAK Page 16
khusus berdasarkan kepada pengalaman dan bakat-bakat
bersesuaian dengan tugas-tugas hakiki masing-masing.
5.3.4 Apabila kerajaan menaikkan umur paksa pesaraan ke 60
tahun, maka timbul pula isu berkaitan dengan peluang
kenaikan pangkat kepada PA yang telah lama berkhidmat
tetapi tidak berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke
jawatan yang lebih tinggi. Ini memandangkan pegawai
yang menjawat jawatan kenaikkan pangkat masih lagi
berkhidmat dan ini telah melambatkan tempoh kenaikan
pangkat bagi lain-lain penjawat dibawahnya di dalam skim
perkhidmatan yang sama.
5.3.5 Tujuan kenaikan pangkat time-based ini adalah untuk
mengekalkan bakat, dan kecemerlangan perkhidmatan.
5.3.6 Namun, kenaikan pangkat secara biasa berdasarkan merit
hendaklah dikekalkan untuk mengisi kekosongan jawatan
kenaikan pangkat yang kosong.
KEPAK Page 17
MEMINDA KELAYAKAN MASUK SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAKAN KELAYAKAN ‘STPM’ KEPADA KELAYAKAN ‘DIPLOMA’.
DAN MENINGKATKAN KELAYAKAN MASUK MINIMA
SKIM PERKHIDMATAN (Sedia ada)
SKIM PERKHIDMATAN (Pindaan Baru)
JAWATAN GRED JAWATAN
KELAYAKAN JAWATAN GRED JAWATAN
KELAYAKAN
Pembantu Am
Pejabat
N1 N4
Tamat Tingkatan 3
Pembantu Operasi
N4B-1, N4B-2.
Tamat Tingkatan 5.
Pembantu Tadbir (P/O)
N17 N22 N26
SPM Pembantu Tadbir
N4A-1 / N3-1, N3-2, N3-4 (SSM: N17
&N22 N27,
N32, N36)
SPM (5 kredit) /
STPM / STAM /
Sijil Politeknik/ Sijil
Matrikulasi/ Sijil Asasi.
Penolong Pegawai Tadbir
N27 N32 N36
STPM / Diploma
Penolong Pegawai Tadbir
N2A-1, N2A-4, N2A-6.
Diploma
5.4. MENGEKALKAN KEKANANAN DAN TARAF GRED
PERJAWATAN
5.4.1 Kekananan gred dan taraf gred perjawatan seseorang PA
hendaklah dikekalkan di dalam SBPA Pindaan yang baru ini.
5.4.2 Perpindahan mata gaji lama ke mata gaji baru hendaklah
berasaskan terlebih dahulu kadar peratusan sebenar yang
KEPAK Page 18
diberikan dan selepas itu diberikan satu kenaikan gaji di
dalam gred gaji baru.
5.4.3 Namun, kedudukan, taraf dan gred gaji PA berkenaan perlu
dikekalkan. Jika seseorang berada di gred kenaikan
pangkat mereka hendaklah dikekalkan di atas gred
kenaikan pangkat di dalam gred gaji baru.
5.4.4 Dicadangkan PA yang telah berada dimata gaji maksima
untuk beberapa tempoh/tahun hendaklah diberikan
kenaikan beberapa mata gaji di dalam SBPA Pindaan ini.
Contohnya, seperti berikut:
a) Maksima melebihi 7 tahun – diberikan kenaikan 3 mata
gaji;
b) Maksima 5/6 tahun – diberikan kenaikkan 2 mata gaji;
dan
c) Maksima 3/4 tahun – diberikan kenaikkan 1 mata gaji.
5.4.5 Dicadangkan juga PA yang telah lama berkhidmat, iaitu
dari lantikan pertama dalam perkhidmatan awam tanpa
mengira jawatan lantikan pertama itu, hendaklah diberikan
Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) iaitu seperti berikut:
a) Telah berkhidmat melebihi 15 tahun diberikan HKG
sebanyak 1 mata gaji;
KEPAK Page 19
b) Telah berkhidmat melebihi 20 tahun diberikan HKG
sebanyak 2 mata gaji;
c) Telah berkhidmat melebihi 25 tahun diberikan HKG
sebanyak 3 mata gaji;
d) Telah berkhidmat melebihi 30 tahun diberikan HKG
sebanyak 5 mata gaji; dan
e) Telah berkhidmat melebihi 35 tahun diberikan HKG
sebanyak 6 mata gaji;
5.4 MEMPERUNTUKAN PELUANG CUTI BELAJAR BERGAJI
PENUH UNTUK MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA
DAN IJAZAH LANJUTAN
5.4.1 SBPA hendaklah mengkaji Semula Kemudahan Cuti Belajar
Bergaji Penuh yang diluluskan oleh pihak berkuasa kepada
seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian.
5.4.1 Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh yang diluluskan
oleh pihak berkuasa kepada seseorang pegawai untuk
mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh
tersebut pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain
elaun yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan
yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa,
dan hendaklah dibuka bukan hanya kepada Kumpulan
KEPAK Page 20
Pengurusan dan Profesional (P&P) sahaja malahan juga
kepada Kumpulan Pelaksana.
5.4.2 Cuti ini hendaklah diberikan kepada semua lapisan PA
untuk mengikuti kursus bagi tujuan pembangunan
kompetensi dan untuk kemajuan kerjaya di mana
kelayakan yang diperolehi BOLEH melayakkan pegawai
dilantik ke kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi.
5.5 MEWUJUDKAN KUMPULAN EKSEKUTIF DAN
MENGEKALKAN KUMPULAN PELAKSANA
5.5.1 Kumpulan Pelaksana hendaklah dipecahkan kepada dua (2)
kumpulan iaitu ‘Kumpulan Pelaksana’ dan ‘Kumpulan
Eksekutif’. Kumpulan Eksekutif adalah kumpulan baru di
bawah SBPA Pindaan.
5.5.1.1 KUMPULAN PELAKSANA
Kumpulan ini adalah dikekalkan dan ianya
menyamai Kumpulan C di dalam JKK dan
Sokongan ll di dalam SSB/SSM. Skim-skim
perkhidmatan di dalam Kumpulan Pelaksana
hendaklah dikurangkan dengan kelayakan
masuk dipertingkatkan seperti berikut:-
KEPAK Page 21
a. Tamat Tingkatan Lima (SPM Pindaan Gred
4B-1); dan
b. Lulus SPM dengan 5 kredit dengan lulus
Bahasa Inggeris (SBPA Pindaan: Gred 4A-1);
atau lulus STPM / STAM / Sijil Politeknik /
Sijil Matrikulasi / Sijil Asasi atau kelayakan
lain yang setaraf (Gred 3A-1).
KUMPULAN EKSEKUTIF :
5.5.1.2 Di bawah JKK, semua skim perkhidmatan
berkelayakan masuk Diploma/STPM telah
diletakkan di dalam ‘Kumpulan B’ dan di bawah
SSB/SSM diletakkan di dalam ‘Kumpulan
Sokongan l’. Maka, di bawah SBPA Pindaan ini,
semua skim perkhidmatan berkenaan hendaklah
diletakkan di dalam Kumpulan Eksekutif.
5.5.1.3 Kumpulan Eksekutif ini adalah gabungan
diantara golongan ‘Separa Profesional’ Gred 2A
(kelayakan Diploma) dan pegawai ‘junior’ Gred 1-
1 dan Gred 1-2 (kelayakan Ijazah).
Kelayakan masuk adalah dengan kelayakan Diploma
(SBPA Pindaan: Gred 2A); dan Kelayakan Ijazah (SBPA:
Gred 1-1 dan Gred 1-2 sahaja).
KEPAK Page 22
Pada dasar dan secara umumnya, semu penjawat di
dalam skim perkhidmatan bagi Gred 2A (Kelayakan
Diploma) dan pegawai ‘junior’ di dalam Gred 1-1 dan
Gred 1-2 (Kelayakan Ijazah) menjalankan skop fungsi
tugas dan tanggungjawab yang sama. Pegawai-
pegawai di dalam kumpulan ini mempunyai senarai
tugas yang hampir sama dan mereka secara
bersepadu bekerjasama serta saling bantu membantu
diantara satu sama lain semasa menjalankan tugas-
tugas harian.
Pegawai-pegawai di dalam SBPA Pindaan - Gred 2A,
terutamanya di dalam Gred 2A-4 dan Gred 2A-6
adalah terdiri pegawai yang telah lama berkhidmat,
berbakat, berpengalaman luas dan telah berkhidmat
di pelbagai kementerian/ jabatan/agensi.
Pegawai-pegawai tersebut dapat berkongsi bakat dan
pengalaman bersama-sama dengan pegawai ‘junior’
Gred 1-1 dan Gred 1-2. Justeru, ini akan memberi
kebaikan dan impak yang tinggi kepada pegawai
‘junior’ Gred 1-1 dan Gred 1-2 apabila mereka
dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan yang lebih
tinggi.
KEPAK Page 23
5.5.2 Kumpulan Pelaksana wajar dipecahkan kepada dua (2)
kumpulan iaitu ‘Kumpulan Pelaksana’ dan ‘Kumpulan
Eksekutif’. Justifikasi akan cadangan ini adalah seperti
berikut:-
KUMPULAN PELAKSANA :
5.2.2.1 Modal insan di dalam perkhidmatan awam perlu di
pertingkatkan seiring dengan modal insan di sektor
swasta dimana kelayakan masuk minima adalah
Kelayakan SPM.
5.2.2.2 Gred 5 sebagaimana di dalam SBPA tidak perlu
diwujudkan di dalam SBPA Pindaan ini. Ini adalah
memandangkan kelayakan minima bukan lagi
diperingkat tamat Tingkatan 3 tetapi akan
dipertingkatkan kepada tamat Tingkatan 5 dengan
Gred 4B-1.
KUMPULAN EKSEKUTIF :
5.2.2.3 Kumpulan Eksekutif wajar diwujudkan kerana
pegawai-pegawai di dalam kumpulan ini merupakan
pegawai di dalam peringkat pertengahan.. Mereka
juga adalah pembimbing kepada Kumpulan Pelaksana
berdasarkan kepada bakat dan pengalaman yang
dimiliki.
KEPAK Page 24
5.2.2.4 Pegawai-pegawai di dalam kumpulan ini
menjalankan tugas-tugas operasi dan melaksanakan
semua dasar yang telah ditentukan oleh pihak
pengurusan atasan supaya matlamat kementerian/
jabatan/ agensi dilaksanakan dan dicapai
sepenuhnya.
5.2.2.5 Dari segi tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai
di dalam Kumpulan Eksekutif ini, sebagaimana
pegawai-pegawai di dalam Kumpulan Pengurusan dan
Profesional (P&P) juga dikehendaki untuk menghadiri
pelbagai mesyuarat di peringkat kementerian /
jabatan / agensi bagi mewakili kementerian/ jabatan/
bahagian/ seksyen masing-masing. Mereka terlibat
secara lansung dalam semua perbincangan dan
membuat keputusan di dalam mesyuarat berkenaan.
Mereka juga sering memberikan taklimat dan
penerangan di dalam sesuatu mesyuarat / majlis dan
kepada para pelawat/tetamu dari Kementerian /
jabatan / agensi lain.
5.2.2.6 Ini akan memberi laluan kerjaya kepada penjawat
Kumpulan Eksekutif berkenaan dan peluang untuk
meningkat ke gred jawatan yang lebih tinggi lagi
berdasarkan bakat dimiliki.
KEPAK Page 25
5.2.2.7 Pegawai –pegawai ‘junior’ Gred 1-1 dan Gred 1-2
apabila dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan
yang lebih tinggi, akan memberi kebaikan dan impak
yang tinggi memandangkan mereka telah
berpengalaman di dalam tugas-tugas operasi dan
penyeliaan.
5.6 SBPA TIDAK MENGAMBIL KIRA KECEMERLANGAN DAN
KELEBIHAN PEGAWAI TELAH LULUS ARAS 4 PTK
5.6.1 Perlu mengambilkira kelebihan yang dimiliki oleh pegawai
yang telah lulus dengan cemerlang PTK.
5.6.2 Prinsip Kenaikan Gaji Tahunan tidak mengambil kira
kelebihan Pegawai yang telah lulus dengan Aras 4.
Penghargaan keatas pegawai yang terlibat telah dinafikan.
Oleh itu, PA berkenaan hendaklah diberikan dua (2) Hadiah
Kenaikan Gaji.
5.6.3 JPA perlu menilai semula prinsip KGT pegawai yang telah
lulus dengan Aras 4 PTK dalam SSM.
KEPAK Page 26
5.5 TUKAR LANTIK KE SKIM PERKHIDMATAN YANG LEBIH
TINGGI UNTUK PEGAWAI YANG MEMILIKI KELAYAKAN
IJAZAH ATAU LULUS KPSL DAN MENGITIRAF BAKAT SERTA
PENGALAMAN BERKHIDMAT
5.5.1 Cadangan ini adalah sebagai ‘Strategi Lautan Biru’ dimana
bakat, pengalaman dan inovasi PA diiktiraf untuk
kenaikkan ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi
sebagaimana disarankan oleh YAB Perdana Menteri.
5.5.2 Ramai PA di dalam kumpulan ini yang telah memiliki
kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian / Diploma
Lepasan Ijazah / Sarjana semasa berkhidmat dan
golongan ini telah menyahut seruan kerajaan yang
menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat keatas
semua PA.
5.5.3 Mereka telah mengikuti pelbagai bidang kursus seperti
Undang-undang, pentadbiran, sumber manusia, kewangan
dan sebagainya dengan menggunakan sumber kewangan
sendiri dan terpaksa mengambil cuti belajar tanpa /
separuh gaji dengan menempuh pelbagai rintangan atau
halangan disebabkan telah berkeluarga dan mempunyai
tanggungan
KEPAK Page 27
5.5.4 YAB Perdana Menteri sering menyatakan bahawa pekerja
yang berbakat dan pengetahuan yang tinggi akan diberi
pengiktirafan. Oleh itu, kerajaan sedang berusaha untuk
membawa pulang rakyat Malaysia yang sedang berkhidmat
di luar Negara, iaitu melalui Talent Corporation .
5.5.5 Selain memiliki kelayakan dan pengalaman luas PA
berkenaan wajar ditukar lantik menjawat jawatan lebih
tinggi tanpa mengira kedudukan dan gred jawatan hakiki
sekarang.
5.5.6 Pegawai-pegawai Gred 2A-1/4/6 di dalam Kumpulan
Eksekutif yang telah memiliki kelayakan Ijazah atau lulus
KPSL hendaklah ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang
lebih tinggi.
5.5.7 Proses tukar lantik hendaklah fleksibel dengan mengambil
kira gred sekarang, bakat dan tempoh pengalaman
berkhidmat.
5.5.8 Contoh jawatan yang perlu ditukar lantik ke skim
perkhidmatan yang lebih tinggi adalah Skim Perkhidmatan
Penolong Pegawai Tadbir Perkhid. Gunasama
Persekutuan.
5.5.9 Pegawai-pegawai Gred 2A-1/4/6 di dalam Kumpulan
Perkhidmatan Bersepadu yang telah memiliki kelayakan
KEPAK Page 28
Ijazah atau lulus KPSL hendaklah ditukar lantik ke skim
perkhidmatan yang lebih tinggi. Proses tukar lantik
hendaklah fleksibel dengan mengambil kira gred sekarang
dan tempoh mengalaman berkhidmat. Ini juga merupakan
‘Strategi Lautan Biru’ dimana PA yang berkelayakan dan
berpengalaman luas ditukar lantik menjawat jawatan yang
lebih tinggi tanpa mengira kedudukan dan gred jawatan
hakiki sekarang.
5.5.10 Ramai PA di dalam kumpulan ini yang telah memiliki
kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian/ Diploma
Lepasan Ijazah/ Sarjana semasa berkhidmat dan golongan
ini telah menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan
pembelajaran sepanjang hayat keatas semua PA. Mereka
telah mengikuti pelbagai bidang kursus seperti Undang-
undang, pentadbiran, sumber manusia dan kewangan
dengan menggunakan sumber kewangan sendiri dan
terpaksa mengambil cuti belajar tanpa gaji/ separuh gaji,
disamping penempuh pelbagai rintangan atau halangan
disebabkan telah berkeluarga.
5.5.11 Contoh jawatan yang perlu ditukar lantik ke skim
perkhidmatan yang lebih tinggi adalah Skim Perkhidmatan
Penolong Pegawai Tadbir Perkhidmatan Gunasama
Persekutuan. Cadangan dan justifikasi tukar lantik adalah
seperti di Para 4.0 di bawah ini.
KEPAK Page 29
5.6 PENSTRUKTURAN BARU SKIM PERKHIDMATAN -
PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI
TADBIR PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN (PPT-PGP)
KEPADA PEGAWAI TADBIR KORPORAT PERKHIDMATAN
GUNASAMA PERSEKUTUAN (PTK - PGP)
5.6.1 Pada masa ini laluan kerjaya bagi PPT-PGT hanya terhad
kepada Gred N36.
5.6.2 Namun, beberapa skim perkhidmatan laintelah
mempunyai laluan kerjaya masing-masing. Beberapa skim
perkhidmatan perlu distruktur semula. Oleh itu, Skim
Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Perkhidmatan
Gunasama Persekutuan hendaklah distruktur dan dinaik
taraf.
5.6.3 Pada masa sekarang, Penolong Pegawai Tadbir (PPT) yang
sedang berkhidmat di Badan-badan Berkanun dan PBT
yang telah memiliki kelayakan Ijazah atau lulus Peperiksaan
KPSL boleh dilantik memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai
Tadbir kerana Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir
sememangnya telah diwujudkan di semua Badan-badan
Berkanun dan PBT.
5.6.4 Walau bagaimana pun, Penolong Pegawai Tadbir
Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (PPT- PGP) yang
sedang berkhidmat di semua Kementerian, Jabatan dan
KEPAK Page 30
Agensi Persekutuan tidak berpeluang untuk meningkat ke
skim perkhidmatan yang lebih tinggi.
5.6.5 Apabila jawatan Pegawai Tadbir Am (PTA) dijumudkan oleh
pihak JPA, maka PPT- PGP tidak langsung berpeluang untuk
meningkat ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi.
5.6.6 Satu skim perkhidmatan baru hendaklah diwujudkan bagi
membolehkan PPT – PGP meningkat ke skim perkhidmatan
yang lebih tinggi lagi dan oleh itu JPA hendaklah
mewujudkan Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir
Korporat Gred MK1-1, MK1-2, MK1-4, MK1-5 dan M1-6
(SSM: Gred MK41/42, MK44, MK48, MK52 dan MK54)
untuk Perkhidmatan Gunasama Persekutuan.
5.6.7 Proses tukar lantik hendaklah fleksibel dengan mengambil
kira gred sekarang samada gred kenaikan pangkat atau
gred lantikan, tempoh perkhidmatan dan
bakat/pengalaman.
5.6.8 PPT - PGP yang berada di dalam gred kenaikan pangkat
N36 hendaklah ditukar lantik ke Gred 1-4 dan Gred N32 ke
Gred 1-2. PPT – PGP yang berada di dalam gred lantikan
N27 atau N32 tetapi tidak memenuhi syarat akan ditukar
lantik ke Gred 1-1 atau kekal di dalam gred asal secara khas
untuk penyandang (KUP) sehingga memenuhi syarat.
KEPAK Page 31
5.6.9 JPA hendaklah menyediakan ‘Road Map’ yang bersuaian
untuk perjawatan PTK-PGP sebagaimana ‘Road Map’ untuk
perjawatan PTD.
5.6.10 Memorandum Cadangan Untuk Mewujudkan Skim
Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat telah
dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan
Perdana Menteri, KSN dan KPPA. Bersama-sama ini
disertakan sekali lagi memorandum berkenaan untuk
tindakan JPA.
5.6.11 Cadangan ini adalah lanjutan dan sebagai mematuhi
keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam di dalam
Perbicaraan No. 21 Tahun 1981, yang telah memutuskan
bahawa:-
“Para 31: Mengesyorkan supaya Kerajaan mengkaji
semula kedudukan Skim Perkhidmatan Pegawai Kerja
(kini Penolong Pegawai Tadbir) dengan tujuan
menaikkan taraf skim itu kepada paras yang lebih
tinggi”.
5.6.12 Pada masa ini ramai dikalangan Penolong Pegawai Tadbir
Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (PPT - PGP) yang
sedang berkhidmat telah memiliki kelayakan Ijazah atau
lulus Peperiksaan KPSL dan telah lama berada di gred-gred
KEPAK Page 32
kenaikan pangkat N36 dan N32 serta gred lantikan N27.
Semua PPT – PGP berkenaan hendaklah ditukar lantik ke
Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat di dalam
Perkhidmatan Gunasama Persekutuan.
3.6.13 Pengwujudan perjawatan baru ini akan memperkemaskan
lagi struktur perjawatan dan dapat mengelakan
pertindihan tugas-tugas di semua kementerian, jabatan
dan agensi persekutuan. Dengan ini akan
mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan
awam.
5.6.14 JAWATAN STANDARD SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI
TADBIR KORPORAT
Secara umumnya, skop bidang tugas-tugas utama
dan Jawatan Standard bagi Skim Perkhidmatan
Pegawai Tadbir Korporat Perkhidmatan Gunasama
Persekutuan adalah seperti berikut:
- Pengurusan Pentadbiran dan Organisasi;
- Pengurusan Sumber Manusia;
- Pengurusan Kewangan;
- Pengurusan Aset dan Stor; dan
KEPAK Page 33
- Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan.
5.6.15 Semua PTK - PGP sememangnya telah menjalan- kan tugas-
tugas diatas semasa menjawat jawatan PPT-PGP di semua
Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan.
5.7 CADANGAN PENEMPATAN PEGAWAI TADBIR
KORPORAT/PENGURUSAN
5.7.1 Jawatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) yang baru ini tidak
akan mengakibatkan sebarang penambahan jawatan dan
pengambilan/ penambahan kakitangan baharu. Justeru,
Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah menstruktur
semula perjawatan di semua kementerian/ jabatan/agensi
bagi mengelakkan sebarang birokrasi dan pertindihan
tugas yang mana akan dapat menjimatkan wang rakyat.
5.7.2 Pegawai Tadbir Korporat (PTK) hendaklah ditempatkan di
semua kementerian, jabatan dan agensi persekutuan.
Setelah proses tukar lantik dilaksanakan, PPT yang ditukar
lantik ke jawatan PTK hendaklah terus dikekalkan di
penempatan sedia ada sekarang supaya mereka dapat terus
melaksanakan pelbagai tugasan sedia ada.
KEPAK Page 34
5.7.3 CADANGAN PENEMPATAN PEGAWAI TADBIR KOPORAT DI
KEMENTERIAN PELAJARAN DAN AGENSI-AGENSI
DIBAWAHNYA.
5.7.3.1 Telah dilaporkan baru-baru ini bahawa sebanyak
27 kesatuan dan persatuan guru sebulat suara
menolak cadangan penempatan Pegawai Tadbir
dan Diplomatik (PTD) dalam sistem pengurusan
dan pentadbiran di Kementerian Pelajaran dan
semua agensi di bawahnya, iaitu di JPN, Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD), Institut Pendidikan Guru
(IPG), Kolej Matrikulasi, Institut Aminuddin Baki
(IAB) dan sekolah-sekolah.
5.7.3.2 Pada masa ini, ramai Penolong Pegawai Tadbir
(PPT) bertugas di Kementerian Pelajaran dan
semua agensi di bawahnya. Penempatan PPT
berkenaan didapati telah dapat membantu dan
mempertingkatkan sistem pengurusan dan
pentadbiran, dimana PPT menjalankan tugas-
tugas operasi berkaitan dengan pengurusan
pentadbiran, sumber manusia, kewangan,
aset/stor, pembangunan dan penyelenggaraan.
Semua PPT berkenaan bertugas di dalam ’satu
pasukan’ bersama-sama dengan pelbagai
peringkat Pegawai Pendidikan (Guru).
KEPAK Page 35
5.7.3.3 Sehubungan itu, adalah wajar Pegawai Tadbir
Korporat ditempatkan di Kementerian Pelajaran
dan semua agensi di bawahnya. Ini adalah
memandangkan semua PPT yang layak ditukar
lantik ke Skim Pegawai Tadbir Korporat akan
dikekalkan di penempatan sekarang dan dengan
peningkatan ke skim perkhiidmatan yang baru
nanti sudah tentu prestasi dan komitmen kerja
mereka akan meningkat kearah mempertabat
perkhidmatan awam dan sistem pendidikan
negara.
5.7.3.4 Maka tidaklah perlu penempatan PTD di
Kementerian Pelajaran dan semua agensi di
bawahnya, memandangan penjawat PTK akan
dapat melaksanakan segala skop fungsi tugas-
tugas operasi di dalam sistem pengurusan dan
pentadbiran, sebagaimana yang telah dilakukan
oleh PPT sekarang ini.
5.7.3.4 CADANGAN PENEMPATAN PEGAWAI TADBIR
KORPORAT/PERSEKUTUAN DI PDRM DAN DI
KEMENTERIAN PERTAHANAN
(i) Pada tahun 2010, konsep penugasan semula
telah dilaksanakan dalam pasukan PDRM
apabila 7,000 pegawai dan anggota Polis
KEPAK Page 36
yang sebelum itu bertugas di pejabat/balai,
ditugaskan semula membuat tugas-tugas
hakiki polis tanpa perlu membuat
pengambilan anggota polis baharu. Pihak
JPA telah menempatkan hampir 7,000
orang Pembantu Tabdir (PT) bagi
menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan
kewangan di semua Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) dan Balai Polis.
(ii) Lanjutan dari itu dan sebagai
kesenambungan dari penempatan PT-PT
berkenaan, maka adalah wajar Pegawai
Tadbir Korporat ((PTK) ditempatkan di Ibu
Pejabat Polis (Bukit Aman), semua Ibu
Pejabat Polis Negeri, IPD, Pusat Latihan Polis
dan Kontigen-kontigen/Kem-kem Polis.
Maka, perjawatan untuk semua peringkat
gred Jawatan PTK ini perlu diwujudkan oleh
JPA untuk mempertingkatkan prestasi dan
imej PDRM.
(i) Di Kementerian Pertahanan penempatan
PPT amat diperlukan terutama sekali di
Markas-Markas Formasi ATM. Penambahan
dan bebanan tugas serta pelbagai cabaran
yang dihadapi ditambah lagi proses
KEPAK Page 37
Transformasi yang giat memerlukan taraf
jawatan PPT sedia ada perlu dipertingkakan.
(ii) Kebanyakan tugas-tugas yang dahulunya
dilaukan oleh PPT telah diambilalih oleh
pihak tentera kerana jawatan PPT adalah
rendah dan tidak seiring dengan gred
pegawai tentera yang telah dinaikkan dari
masa ke semasa.
(iv) Sewajarnya pegawai tentera ini
melaksanakan tugas utama mereka dan
pegawai awam melaksanakan tugas mereka
seperti pentadbiran awam, pengurusan
kewangan, pengurusan pembangunan/
projek dan sebagainya. Apabila taraf PPT
telah dijatuhkan grednya maka pengisian ini
diambil oleh pegawai tentera. Semasa Skim
Gaji Kbinet dan sebelumnya taraf N27
setaraf dengan Kapten, N32 setaraf dengan
Major dan N36 adalah setarf dengan Lt. Kol.
Apabila SSB dan SSM diperkenalkan maka
pegawai tentera telah dimasukkan di
kumpulan P&P, sedangkan PPT sedia ada
dianggap tidak setanding dengan pegawai
tentera.
KEPAK Page 38
(iii) Terdapat beberapa kes tidak mengikut
peraturan serta penyelewengan telah
berlaku kerana mereka tidak terlatih dan
mereka sepatutnya melaksanakan tugas
utama mereka.
(iv) Masalah ini boleh diatasi sekiranya taraf
gred PPT yang ditempatkan di formasi ATM
dan juga di Kementerian sendiri dapat
dinaikkan kepada Ged 42, 44 dan 48. PTD
tidak mahu ditempatkan bersama tentera
kerana ini akan menimbulkan konflik ’siapa
yang berkuasa’ dalam ATM, begitu juga
dengan PDRM. Oleh itu, menaikan gred PPT
yang bertugas di Markas-markas formasi
yang sesuai merupakan jalan keluar kepada
kemelut ini.
(v) Melalui kenaikan gred ini maka ia akan
memberikan peluang kepada PPT untuk
melaksanakan tugas-tugas yang sewajarnya
dilakukan oleh pegawai awam.
Melaksanakan jawatan PPT sebagai Skim
Pekhidmatan Bersepadu merupakan jalan
yang sebaik-baiknya untuk menyelesaikan
masalah ini. Rujuk Lampiran A dan B untuk
KEPAK Page 39
kajian skop tugas yang dilaksanakan oleh
PPT di Kemantarian Pertahanan.
5.8 MEMPERKASAKAN KUMPULAN PENGURUSAN &
PROFESIONAL (P&P).
5.8.1 Kumpulan ini hendaklah bermula dari Gred 1-3 (SSM: Gred
48) hingga Gred 1-6 (SSM: Gred 54) bersuaian dengan skop
fungsi tugas dan tanggung jawab yang dilaksanakan oleh
kumpulan ini. Ianya adalah untuk mempertingkatkan taraf
kumpulan ini memandangkan pegawai-pegawai Kumpulan
P&P adalah golongan yang terlibat dengan membuat dasar-
dasar di dalam sesuatu kementerian/ jabatan/agensi.
5.8.2.1 Contohnya, jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
hendaklah bermula dari Gred M1-3 (SSM: Gred M48)
memandangkan tugas-tugas PTD adalah merancang,
merangka, menganalisa dan mengawal dasar-dasar
kerajaan di sesuatu kementerian/jabatan/agensi.
KEPAK Page 40
5.9 CADANGAN MEWUJUDKAN ‘TRIBUNAL PERKHIDMATAN
AWAM’ DAN ‘MAJLIS PERUNDINGAN PEKERJA JPA –
CUEPACS’.
5.9.1 Pihak kerajaan hendaklah mewujudkan semula Tribunal
Perkhidmatan Awam untuk membolehkan setiap PA yang
mempunyai masaalah berhubung dengan skim
perkhidmatan,kenaikan pangkat, gred gaji, elaun dan lain-
lain kemudahan menyuarakan segala masalah mereka
dengan merujuk terus kepada tribunal ini. Tribunal ini yang
dianggotai oleh ahli-ahli yang berkecuali semestinya akan
membuat keputusan yang tidak dipengaruhi oleh mana-
mana pihak yang perkepentingan. Tribunal ini adalah
sebuah badan perundangan yang berkecuali dimana PA
mempunyai satu saluran khusus untuk memgemukakan
sebarang masalah yang dihadapi dan sebagai sebuah
badan perundangan yang berkecuali, tribunal ini akan
memberikan suatu keputusan yang adil setelah
menimbangkan dengan teliti dari pihak-pihak yang
berkaitan.
5.9.2 Sekarang ini, PA yang mempunyai sebarang masalah
berhubung dengan skim perkhidmatan, kenaikan pangkat,
gred gaji, elaun dan lain-lain kemudahan dikehendaki
merujuk kepada JPA. JPA sebagai ‘agensi pusat’ yang
berkempentingan (interested party), maka adalah tidak
sesuai JPA dirujuk dan membuat keputusan untuk
KEPAK Page 41
menyelesaikan sebarang masalah PA memandangkan
segala keputusan dari JPA sering dipertikaikan dan tidak
dapat diterima oleh PA berkenaan.
5.10 MEWUJUDKAN MAJLIS PERUNDINGAN PEKERJA
JPA/CUEPACS
5.10.1 Suatu ‘Majlis Perundingan Pekerja JPA – CUEPACS’ perlu
diwujudkan segera untuk membincangkan hal-hal
berkaitan dengan Skim-skim Perkhidmatan, Gaji, Elaun
dan Kemudahan-kemudahan Penjawat Awam.
Pengerusinya adalah YAB Perdana Menteri, manakala
seorang wakil CUEPACS dan wakil JPA dilantik sebagai
‘Setiausaha Bersama’ majlis ini dan kedua-dua pihak
mempunyai wakil/ahli yang sama bilangannya.
5.10.2 Dimasa hadapan majlis ini adalah badan yang perlu dirujuk
jika ada sebarang cadangan keatas skim perkhidmatan,
gaji, elaun dan lain-lain kemudahan. Persetujuan majlis ini
diperlukan sebelum pihak kerajaan memperkenalkan
sesuatu struktur saraan baru kepada penjawat awam.
5.10.3 Didapati, apabila pihak JPA sendiri yang menyediakan
SBPA, terutamanya urusan gaji maka sudah tentu wujud
konflik kepentingan (conflicts of interest), memandangkan
pegawai-pegawai JPA adalah golongan yang juga akan
KEPAK Page 42
mendapat faedah dan manfaat dari SBPA itu. Sudah tentu
keadaan sedemikian boleh/akan mewujudkan pelbagai
tomahan dan tanggapan negatif, terutama dari kumpulan-
kumpulan lain yang berkepentingan (interested parties)
seperti CUEPACS, kesatuan-kesatuan sekerja dan para PA
sendiri.
5.10.4 Seterusnya, sekurang-kurangnya lima (5) orang wakil
CUEPACS dan juga wakil-wakil dari beberapa kesatuan di
bawah gabungana CUEPACS hendaklah dilantik
menganggotai ‘Majlis Perundingan Pekerja JPA –
CUEPACS’ untuk mengkaji, menyemak dan
memperakukan segala cadangan sebelum dipertimbang
dan diluluskan oleh pihak kerajaan, khususnya YAB
Perdana Menteri.
5.11SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR
DIJADIKAN “SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU”
5.11.1 Jawatan Penolong Pegawai Tadbir diklasifikasikan sebagai
MK bagi mengasingkan jawatan ini daripada jawatan-
jawatan lain seperti dalam skim yang sama contohnya
Pem. Kesetiausahaan, Pegawai Rekod, Pegawai
Penguatkuasa dan sebagainya (N).
KEPAK Page 43
5.11.2 Perlu dinaikkan Gred Penolong Pegawai Tadbir untuk
mengimbangi jawatan P&P dalam Pasukan Keselamatan
(ATM dan PDRM) yang sepatutnya melaksanakan core
bussines mereka masing-masing.
5.11.3 Mencadangkan jawatan Penolong Pegawai Tadbir dijadikan
Skim Perkhidmatan Bersepadu MK1-1, MK1-2, MK1-4,
MK1-5 dan M1-6 (SSM: Gred MK41/42, MK44, MK48,
MK52 dan MK54) untuk Perkhidmatan Gunasama
Persekutuan.
5.11.4 Semua perkhidmatan di dalam Gred 2A ini hendaklah juga
dijadikan sebagai ‘Skim Perkhidmatan Bersepadu’,
sebagaimana ‘Skim Perkhidmatan Pendidikan’ di dalam
SBPA (PP Bil. 13 Tahun 2011), supaya tidak wujud ‘double
standard’ dalam perkhidmatan awam. Contoh skim-skim
yang mempunyai Skim Perkhidmatan Bersepadu ialah
Skim Perkhidmatan Bersepadu Pembantu Perubatan dan
Skim Perkhidmatan Bersepadu Penolong Pegawai
Pendaftaran/ Pegawai Pendaftaran dan sebagainya.
DISEDIAKAN OLEH: KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF SEMENANJUNG MALAYSIA BERTARIKH: 14 FEBRUARI 2012