28
Menarik di dalam Majlis Teknologi Hijau Negeri Perak Darul Ridzuan Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian bagi Pembangunan Semula Kawasan BROWNFIELD Garis Panduan Perancangan Reka Bentuk Sejagat (UNIVERSAL DESIGN) EDISI KHAS 2012

Buletin Perancangan Edisi Khas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buletin Perancangan Edisi Khas

Menarik di dalam

Majlis Teknologi Hijau Negeri Perak Darul RidzuanGaris Panduan PerancanganPengenalpastian bagi Pembangunan Semula Kawasan BROWNFIELDGaris Panduan PerancanganReka Bentuk Sejagat (UNIVERSAL DESIGN)

EDISI KHAS 2012

Page 2: Buletin Perancangan Edisi Khas

Penasihat Y.Bhg. Dato’ DR Dolbani bin MijanPengarahJabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul RidzuanKetua EditorTn. Hj. Anaspekri bin Hj. MahiddinPn. Syazlina binti BahariEditorEn. Mohamad Sabri bin Ahmad En. Zulkefli bin OsmanEn. Abd. Rahim Syah bin KhalibPn. Norazila binti Ahmad HamdiEn. Ikmal Hasydan bin Yaakop Tajuddin

Editorial

Sekapur SirehAlhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya sekali lagi Jabatan berjaya menerbitkan Buletin Perancangan Perak bagi Edisi Khas 2012 selaras dengan peruntukkan Seksyen 4(4)(c) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Penerbitan Buletin Perancangan Perak merupakan komitmen dan usaha berterusan JPBD Perak untuk menyebarluaskan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan perancangan selaku penasihat utama dalam perancangan fizikal yang bertanggungjawab dalam memperjuangkan perancangan mampan Perak.

Edisi Khas Buletin Perancangan Perak ini turut membawakan artikel- artikel yang berkait rapat dan signifikan dengan bidang perancangan bandar di mana ianya telah dibincangkan secara terperinci melalui medium-medium perbincangan peringkat negeri seperti Mesyuarat Penyelarasan Perancangan dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN). Artikel-artikel ini termasuklah penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negeri Perak, Sistem Informasi Perancangan (SISIP), Lembaga Rayuan Negeri Perak, Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield dan Garis Panduan Perancangan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design). Buletin ini turut memuatkan berita dan maklumat-maklumat terkini melalui seminar-seminar perancangan yang telah dijalankan di dalam dan di luar negeri.

Jesteru itu, dengan komitmen yang tinggi dan semangat kebersamaan dalam usaha untuk menerbitkan buletin ini, adalah menjadi harapan Jabatan agar semua pihak dapat memanfaatkan segala maklumat yang dipaparkan dan seterusnya mempertingkatkan produktiviti dan dayasaing dalam aspek perancangan mampan di negeri Perak khususnya.

DATO’ DR DOLBANI BIN MIJANPengarahJabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan

Kandungan

Alam sebagai sumber juga mempunyai had untuk menampung keperluan manusia yang dikenali sebagai daya tampung. Daya tampung atau ‘carrying capacity’ merujuk kepada kecukupan

sumber alam seperti tanah pertanian, bekalan tenaga, air dan udara untuk menampung kehidupan manusia di sesuatu

kawasan. Dengan kata lain, daya tampung ialah bilangan penduduk dan aktiviti yang mampu ditampung oleh persekitaran tanpa mendatangkan kesan negatif. Ini bermakna saiz penduduk

merupakan faktor utama penentu daya tampung.

3 Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian bagi Pembangunan Semula Kawasan BROWNFIELD

8 Garis Panduan Perancangan Reka Bentuk Sejagat (UNIVERSAL DESIGN)

11 Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau dan Teknologi Hijau

14 Majlis Teknologi Hijau Negeri Perak Darul Ridzuan15 Lembaga Rayuan Negeri Perak17 Sistem Informasi Perancangan (SISIP)19 Majlis Meraikan Kejayaan Lembah Lenggong Sebagai

Tapak Warisan Dunia UNESCO 21 Kongres Sedunia Ke 23 Organisasi Perancangan dan

Perumahan Kawasan-kawasan Ketimuran (EAROPH) Daegu, Korea Selatan pada 17 - 19 Oktober 2012

23 Sesi Taklimat Dan Perbincangan Penyediaan Garis Panduan Perancangan Ternakan Ikan Hiasan, Arowana Bersama “Industry Player” dan Pihak Berkepentingan di Bukit Merah Laketown Resort

27 Ulasan Buku

2 perancangan PERAK | 2012

Page 3: Buletin Perancangan Edisi Khas

Pengenalpastian bagi Pembangunan Semula Kawasan BROWNFIELD

Garis Panduan Perancangan

Latar Belakang

Pembangunan semula kawasan brownfield telah banyak dilaksanakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Perancis, Netherlands dan juga beberapa buah negara lain di Asia berdasarkan matlamat melaksanakan pembangunan mampan (sustainable development).

Di Malaysia, isu pembangunan semula kawasan brownfield mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini hasil daripada kesedaran pelbagai pihak untuk mencapai matlamat pembangunan yang lebih mampan. Ini terbukti melalui dasar-dasar pembangunan spatial sedia ada yang diperkenalkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, khususnya melalui penggubalan Dasar Perbandaran Negara (DPN) dan Rancangan Fizikal Negara (RFN). Keperluan pembangunan semula kawasan brownfield ini turut diberi penekanan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), melalui kenyataan berikut:

“Bagi menzahirkan potensi yang terdapat dalam sesebuah bandar, pembaharuan dan pembangunan semula bandar di kawasan brownfield akan dilaksanakan. Potensi ini dapat dicapai melalui insentif dan mekanisme yang sesuai untuk menyokong pembangunan semula kawasan terbiar, usang dan tertinggal.”

3perancangan PERAK | 2012

Page 4: Buletin Perancangan Edisi Khas

Takrifan Brownfield

Bagi tujuan penyeragaman dan pelaksanaannya di Malaysia, garis panduan yang digubal telah mentakrifkan brownfield sebagai:

“kawasan brownfield adalah kawasan yang telah dibangunkan tetapi ditinggalkan atau terbiar atau mempunyai struktur pembangunan yang usang atau kawasan pembangunan yang tidak siap sepenuhnya dan terbengkalai. Kawasan ini mungkin tercemar atau tidak tercemar. Tanah kawasan brownfield ini juga termasuk tanah Kerajaan atau tanah persendirian.”

Selain itu, istilah brownfield juga meliputi bangunan yang telah lama terbengkalai atau bangunan yang telah siap tetapi tidak terjual. Tafsiran ini juga merujuk kepada projek-projek terbengkalai yang tidak siap dalam tempoh pelaksanaan pembangunan melebihi 10 tahun.

Garis Panduan Umum Pembangunan Semula Kawasan Brownfield

Kategori Kawasan Brownfield

Garis panduan ini telah mengklasifikasikan kawasan brownfield kepada 6 kategori seperti berikut:

i. Kategori A: Bekas lombong/kuari;ii. Kategori B Kawasan bekas tapak pelupusan sisa pepejal yang telah penuh/tidak lagi digunakan secara kekal;iii. Kategori C: Kawasan kilang/perniagaan/perumahan/ institusi yang telah ditinggalkan melebihi 10 tahun;iv. Kategori D: Projek-projek pembangunan terbengkalai yang tidak siap dalam tempoh pelaksanaan pembangunan melebihi

10 tahun;v. Kategori E: Bangunan/deretan lot-lot bangunan yang telah siap tetapi terbiar melebihi 10 tahun; danvi. Kategori F: Kawasan bekas depot/stesen pengangkutan awam, kemudahan infrastruktur dan utiliti.

Bagi maksud penyeragaman garis panduan ini, takrifan brownfield tidak termasuk kawasan-kawasan pertanian, kawasan-kawasan atau bangunan-bangunan yang underused atau bangunan-bangunan usang yang masih digunakan, kawasan setinggan yang masih dihuni untuk petempatan, dan tanah perkuburan lama yang tidak lagi digunakan.

Isu-Isu Pembangunan di Kawasan Bandar

Pembangunan semula kawasan brownfield wajar diberi perhatian serius kerana ia melibatkan empat (4) isu utama seperti iaitu-

i. Isu Alam Sekitar ii. Isu Sosial dan Estetikiii. Isu Ekonomiiv. Isu Tadbir Urus

4 perancangan PERAK | 2012

Page 5: Buletin Perancangan Edisi Khas

Tatacara Pengenalpastian Kawasan Brownfield

Mengenalpasti Kriteria Kawasan Brownfield Kawasan brownfield yang dikenalpasti perlu memenuhi kesemua atau salah satu atau kombinasi beberapa kriteria berikut:

• kawasan yang telah dibangunkan - Merupakan kawasan yang telah dibangunkan (built-up area) sama ada untuk perumahan, perniagaan, perindustrian, institusi, pusat pengangkutan awam, infrastruktur, perlombongan, tapak pelupusan sisa pepejal dan sebagainya. Ia juga merangkumi kawasan yang pernah dijalankan kerja-kerja kejuruteraan termasuk kerja tanah sama ada pembentukan atau perataan tanah;

• kawasan pembangunan yang telah dikosongkan atau terbiar - Kawasan pembangunan yang dikosongkan atau dibiarkan memerlukan aktiviti pembaikan atau pemuliharaan terhadap keadaan tanah atau bangunan. Kawasan brownfield ini telah dikosongkan atau terbiar dalam masa sekurang-kurangnya 10 tahun;

• kawasan pembangunan terbengkalai di mana pemajuan tidak siap dengan sempurna - Projek pembangunan di mana pemajuan telah dimulakan tetapi tidak siap dengan sempurna, ditafsirkan sebagai projek terbengkalai. Tempoh projek berhenti kerja perlu sekurang-kurangnya 10 tahun. Kawasan brownfield juga merangkumi projek pembangunan yang siap dibina tetapi tidak dapat dijual atau hak milik tidak dapat diserahkan kepada pembeli kerana pembangunan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa; dan

• kawasan pembangunan di mana aktiviti asalnya telah berhenti dan tidak akan diteruskan lagi - Kawasan bekas lombong, kuari dan tapak pelupusan sisa pepejal boleh dianggap sebagai brownfield setelah aktiviti asalnya terhenti secara kekal. Aktiviti di atas tapak berkenaan tidak akan diteruskan dan kawasan tersebut terbiar tanpa apa-apa aktiviti pembangunan;

5perancangan PERAK | 2012

Page 6: Buletin Perancangan Edisi Khas

Menentukan Jenis Dan Perolehan Tanah - Secara umumnya, kawasan brownfield boleh merupakan sama ada tanah lombong, tanah rizab, tanah berimilik dan tanah Kerajaan. Untuk membangunkan kawasan brownfield, kategori, jenis dan status tanah perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum proses pembangunannya dapat dilaksanakan mengikut prosedur undang-undang sedia ada;

Mengenalpasti Nilai Warisan Tapak atau Bangunan -Kawasan brownfield yang dikenalpasti mempunyai unsur sejarah atau ciri-ciri seni bina wajar dipulihara atau dibangunkan semula mengikut kehendak perundangan sedia ada serta garis panduan yang telah diterima pakai;

Melaksanakan Penilaian Tapak - Pemaju yang membangunkan semula kawasan brownfield perlu menjalankan satu kajian penilaian risiko (risk assessment) sebelum membangunkan kawasan berkenaan. Kerja-kerja pembersihan dan pemuliharaan tapak

perlu dilaksanakan untuk mengelak atau mengurangkan risiko pencemaran di tapak tersebut. Kawasan-kawasan yang perlu menjalankan penilaian tapak, pembersihan dan membaikpulih tapak adalah bekas tapak pelupusan sisa pepejal, bekas lombong, dan tapak kawasan perindustrian yang menjalankan aktiviti-aktiviti menggunakan bahan-bahan berbahaya dan toksik yang boleh mencemarkan tanah dan air tanah; dan

Penentuan Elemen Reka Bentuk Bagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield - Elemen reka bentuk perlu diambil kira dalam pembangunan semula kawasan brownfield. Ia meliputi aspek imej dan identiti kawasan, jenis pembangunan, elemen reka bentuk bangunan seperti seni bina, fasad, warna, ketinggian, kegunaan bangunan, kemudahan infrastruktur serta kualiti visual dan landskap. Jenis pembangunan hendaklah disesuaikan dengan tapak dan persekitaran, seni bina bercirikan Malaysia, mencerminkan sejarah, sosio-budaya tempatan, kualiti visual dan landskap yang menarik.

6 perancangan PERAK | 2012

Page 7: Buletin Perancangan Edisi Khas

Garis Panduan Khusus Pembangunan Semula Kawasan Brownfield

Kategori Brownfield dan Jenis-jenis Pembangunan Yang Dicadangkan

KATEGORI DAN JENIS BROWNFIELD JENIS PEMBANGUNAN YANG DICADANGKAN

A: Bekas lombong/kuari (a) Pembangunan bercampur(b) Kawasan rekreasi(c) Tempat peranginan golf(d) Kawasan perumahan(e) Kawasan warisan(f) Pertanian dan perternakan(g) Institusi

B: Kawasan bekas tapak pelupusan sisa pepejal yang telah penuh/ tidak lagi digunakan secara kekal

(a) Kawasan rekreasi(b) Padang golf(c) Kawasan penghasilan tenaga berasaskan biogas(d) Projek pertanian berteknologi fertigasi

C: Kawasan kilang/perniagaan/ perumahan/institusi yang telah ditinggalkan melebihi 10 tahun

(a) Kilang(b) Perniagaan(c) Perumahan(d) Institusi(e) Hotel dan resort(f) Pembangunan bercampur

D: Projek-projek pembangunan terbengkalai yang tidak siap dalam tempoh pelaksanaan pembangunan melebihi 10 tahun

(a) Perniagaan(b) Kilang(c) Perumahan(d) Institusi(e) Infrastruktur(f) Hotel dan resort(g) Pusat membeli-belah(h) Pembangunan bercampur

E: Bangunan/deretan lot-lot bangunan yang telah siap tetapi terbiar melebihi 10 tahun

(a) Perniagaan dan perkhidmatan(b) Rumah kedai/Kedai pejabat(c) Institusi

F: Kawasan Bekas depot/stesen pengangkutan awam, kemudahan infrastruktur dan utiliti

(a) Hub pengangkutan bersepadu(b) Perumahan(c) Perniagaan(d) Pembangunan bercampur

Pangkalan Data GIS bagi Kawasan Brownfield

Setiap negeri dan PBT perlu membentuk inventori dan pangkalan data GIS bagi kawasan brownfield. Pembentukan pangkalan data GIS bagi kawasan brownfield bertujuan untuk membentuk satu sistem maklumat kawasan brownfield yang seragam bagi membantu pihak berkuasa membuat keputusan perancangan dan memantau pembangunan semula bagi kawasan brownfield secara sistematik. Pembentukan pangkalan data GIS ini boleh dilaksanakan berdasarkan komponen reruang (geo-spatial) dan bukan reruang (non geo-spatial).

Aplikasi Perancangan

Kawasan brownfield yang terletak di dalam pusat bandar perlu diberi keutamaan untuk dibangunkan semula. Ianya bagi memenuhi tahap permintaan pembangunan yang tinggi di pusat bandar. Kawasan brownfield yang terletak di pinggir bandar harus diberi keutamaan yang kedua dan keutamaan yang terakhir merujuk kepada kawasan brownfield yang terletak di luar bandar.

7perancangan PERAK | 2012

Page 8: Buletin Perancangan Edisi Khas

Latar Belakang

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2011 telah bersetuju dengan Garis Panduan Perancangan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Seterusnya mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Ke-64 (MNKT Ke-64) pada 23 Mei 2011 telah bersetuju dengan pelaksanaan Garis Panduan ini. Ekoran dari itu, Pekeliling Ketua Setiausaha KPKT telah dipanjangkan untuk pemakaian kepada semua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkuatkuasa pada 8 Julai, 2011.

Garis Panduan Perancangan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design) ini adalah semakan semula terhadap garis panduan sedia ada (Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kemudahan Golongan Kurang Upaya JPBD 1/2000) yang mana ia adalah

bertujuan untuk membantu PBN, PBT dan agensi pelaksana di dalam merancang kemudahan-kemudahan dan persekitaran bandar yang bercirikan reka bentuk sejagat yang boleh diakses oleh semua golongan individu tanpa mengira peringkat umur dan keupayaan fizikal masing-masing.

Perancangan kemudahan-kemudahan dan persekitaran bandar yang bercirikan reka bentuk sejagat (universal design) telah lama dilaksanakan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Jepun. Di Malaysia, reka bentuk sejagat adalah satu pendekatan baru yang muncul daripada konsep bebas halangan (barrier free) atau reka bentuk mudah akses (accessible design) yang bertujuan memberi akses dan menghapuskan halangan fizikal kepada golongan OKU berbanding konsep sedia ada yang mana penyediaan kemudahan bagi golongan OKU diasingkan daripada individu lain.

8 perancangan PERAK | 2012

Page 9: Buletin Perancangan Edisi Khas

Pendekatan reka bentuk sejagat mengintegrasikan sebaik mungkin kemudahan-kemudahan untuk digunakan oleh semua golongan individu secara inklusif tanpa pengasingan dengan menekankan penyediaan kemudahan-kemudahan berdasarkan kepada semua peringkat umur sama ada kanak-kanak, dewasa, tua dan keupayaan fizikal individu termasuk golongan OKU.

Reka bentuk sejagat (universal design) didefinisikan sebagai reka bentuk persekitaran dan produk yang boleh digunakan secara meluas oleh semua golongan individu tanpa memerlukan sebarang adaptasi atau rekaan khas (Center for Universal Design, North Carolina State University, 1997) di mana setiap individu mempunyai akses terhadap semua tempat dan kemudahan pada setiap masa. Konsep ini mempengaruhi reka bentuk kediaman, tempat kerja, pengangkutan, perhubungan, peralatan komputer, perabot serta apa-apa produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan harian dan kehidupan semua golongan individu.

Prinsip Reka Bentuk Sejagat (Universal Design)

i. Prinsip 1: Mampu Guna (Equitable Use)

Suatu reka bentuk yang memberi manfaat dan mampu digunapakai oleh semua individu pelbagai keupayaan;

ii. Prinsip 2: Penggunaan Fleksibel (Flexibility in Use)

Reka bentuk pelbagai yang memenuhi dan mampu menampung berbagai pilihan dan keupayaan individu contohnya sama ada pengguna biasa atau kidal;

iii. Prinsip 3: Penggunaan Mudah dan Intuitif (Simple and Intuitive Use)

Reka bentuk yang mudah difahami tanpa berfikir, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran membaca (buta huruf);

iv. Prinsip 4: Daya Penyampaian Maklumat Mudah (Perceptible Information)

Reka bentuk yang dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada pengguna tanpa mengira keadaan persekitaran dan keupayaan deria pengguna;

v. Prinsip 5: Kesilapan/Risiko Minimum (Tolerance for Error)

Reka bentuk yang meminimumkan risiko dan kemungkinan bahaya seperti kemalangan atau kecuaian;

vi. Prinsip 6: Rendah Keupayaan Fizikal (Low Physical Effort)

Reka bentuk yang boleh digunakan secara efisien dan selesa tanpa menimbulkan keletihan; dan

vii. Prinsip 7: Kesesuaian dan Kecukupan Saiz dan Ruang (Size and Space for Approach and Use)

Saiz dan ruang yang bersesuaian serta mencukupi perlu disediakan untuk kemudahsampaian dengan menggunakan saiz dan bentuk badan (posture) serta mobiliti dan ergonomik pengguna.

9perancangan PERAK | 2012

Page 10: Buletin Perancangan Edisi Khas

Garis Panduan Khusus

Garis panduan khusus meliputi perancangan kemudahan di luar bangunan (MS 1331: 2003) dan di dalam bangunan (MS 1184: 2002 dan MS 2015: Part 1: 2006) seperti berikut:

i. laluan pejalan kaki bagi kemudahan di luar bangunan dan di dalam bangunan;

ii. lintasan pejalan kaki;iii. guiding blocks/tactile blocks;iv. tempat letak kereta;v. hentian bas;vi. pintu masuk utama bangunan;vii. step ramp/dropped kerb bagi kemudahan di luar

bangunan dan di dalam bangunan;viii. ramp;ix. handrail;x. papan tanda dan simbol;xi. tangga, lif dan eskalator;xii. tandas;xiii. perabot jalan seperti berikut: (a) telefon awam; (b) tempat duduk/bangku awam; (c) peti surat/tong sampah; dan (d) pagar keselamatan.xiv. lain-lain seperti mesin automated teller

machine(ATM).

Keperluan Terhadap Reka Bentuk Sejagat Di Dalam Merancang Kemudahan dan Persekitaran Bandar

Perancangan kemudahan dan persekitaran bandar di Malaysia yang bercirikan reka bentuk sejagat adalah diperlukan berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan seperti berikut:

i. dijangkakan peningkatan bilangan penduduk yang akan mendiami dan menggunakan kemudahan-kemudahan di bandar-bandar menjelang tahun 2020;

ii. penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai peringkat umur seperti kanak-kanak, dewasa, tua dan seterusnya mengalami kekurangan upaya dan terdapat juga individu yang mempunyai atau mendapat kecacatan di dalam tempoh hayatnya;

iii. terdapat individu yang mengalami kekurangan upaya sementara akibat ditimpa kemalangan atau jatuh sakit termasuklah pengguna kerusi roda dan juga wanita hamil;

iv. peningkatan bilangan golongan tua yang berumur 65 tahun ke atas yang mempunyai kekurangan dalam pergerakan akibat tua dan penyakit; dan

v. permintaan yang bertambah oleh golongan kurang upaya fizikal untuk lebih berdikari dan untuk menjalani aktiviti bersama dengan masyarakat supaya tidak terpinggir,selaras dengan Convention on the Rights of Persons with Disabilities yang telah diterimapakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk Malaysia pada 3 Mei 2008..

10 perancangan PERAK | 2012

Page 11: Buletin Perancangan Edisi Khas

Kejiranan Hijau dan Teknologi Hijau

Garis Panduan Perancangan

Latar Belakang

Usaha ke arah pembentukan perbandaran hijau (green township) akan menjadi prinsip perancangan bandar di mana sesuatu kawasan bandar akan dirancang untuk lebih ‘energy efficient’ dengan ‘low carbon emission’. Salah satu inisiatif yang boleh dilaksanakan adalah melalui konsep pembangunan kejiranan hijau bagi memastikan kadar pembebasan GHG tidak terus meningkat. Konsep ini sesuai dengan cadangan pendekatan baru pembangunan perbandaran untuk membentuk bandar yang berdayahuni, padat dan vibrant. Aplikasi teknologi hijau dan pembinaan bangunan hijau adalah komponen yang penting dalam kejiranan hijau sepertimana pendekatan baru yang dicadangkan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) telah menyediakan GPP Kejiranan Hijau bagi membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), pemaju, badan kerajaan dan bukan kerajaan semasa merancang, mereka bentuk dan mengawal pembangunan kejiranan hijau.

GPP Kejiranan Hijau telah diluluskan oleh Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim pada 11 Ogos 2011 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 November 2011.

11perancangan PERAK | 2012

Page 12: Buletin Perancangan Edisi Khas

Takrifan Kejiranan Hijau

Bagi tujuan penyeragaman pembangunan kejiranan hijau, GPP Kejiranan Hijau mentakrifkan kejiranan hijau sebagai “suatu kawasan kejiranan yang dirancang secara bersepadu dengan memberi keutamaan kepada perlindungan dan penggunaan sumber semulajadi, aplikasi teknologi hijau, amalan hijau dan kitar semula, yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar, meningkatkan kesihatan awam, keselamatan dan kebajikan umum penduduk bandar”.

Tujuan dan Konsep Asas Garis Panduan Perancangan

i. menjadi asas bagi kerajaan negeri membentuk dasar dan kaedah-kaedah tertentu dalam menggalakkan pembangunan kejiranan hijau di peringkat negeri masing-masing;

ii. membantu PBT mengenalpasti jenis pembangunan sama ada kejiranan konvensional atau kejiranan hijau;

iii. menjadi asas panduan bagi pemaju dalam merekabentuk sesebuah kejiranan hijau;

iv. menjadi rujukan bagi jabatan dan agensi kerajaan semasa merancang program masing-masing; dan

v. menjadi asas bagi badan-badan bukan kerajaan dan pertubuhan profesional merangka suatu sistem penilaian pembangunan kejiranan atau perbandaran hijau negara.

12 perancangan PERAK | 2012

Page 13: Buletin Perancangan Edisi Khas

Konsep asas GPP Kejiranan Hijau adalah berteraskan kepada –

i. Reka bentuk pasif sebuah kejiranan yang memfokuskan kepada-

a. Menitikberatkan faktor keseimbangan antara pembangunan serta persekitaran yang boleh menyumbang kepada kualiti hidup yang tinggi dan selamat;

b. Membentuk jaringan dan laluan hijau yang bersambungan serta memperuntukkan lebih banyak kawasan hijau di dalam kejiranan;

c. Mewujudkan kemudahsampaian yang bersambungan melalui penyediaan kemudahan laluan berjalan kaki dan laluan sikal;

d. Menggalakkan guna tanah dan guna bangunan yang pelbagai (mixed-use development and multi-use building);

e. Menggalakkan pengintegrasian elemen-elemen semula jadi dengan teknologi tradisional seperti sistem penuaian air hujan di rumah, yang memerlukan kos yang rendah dan memberi banyak manfaat; dan

f. Menggalakkan reka bentuk pasif bangunan melalui penggunaan unsur-unsur semula jadi seperti pencahayaan matahari dan arah tiupan angin.

ii. Amalan konsep reduce, reuse dan recycle (3R) di dalam sebuah kejiranan hijau bukan sahaja merujuk kepada kaedah mengurus sampah, tetapi juga turut merujuk kepada bagaimana sesuatu sumber atau elemen itu boleh dikitar atau digunasemula supaya kitar hidup sumber atau elemen itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

iii. Penggunaan tenaga yang cekap bermaksud pembangunan kejiranan hijau memberi penekanan kepada menggunakan tenaga secara cermat dan bijaksana untuk menjamin bekalan tenaga yang berterusan tanpa menjejas produktiviti atau kualiti hidup.

iv. Penggunaan teknologi hijau dimana Dasar Teknologi Hijau menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam pembangunan dan kehidupan harian. Walaupun teknologi hijau merupakan produk/peralatan/sistem yang kurang mencemarkan alam sekitar, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan mampu menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui, namun teknologi ini masih mahal untuk digunakan dan belum cukup untuk memenuhi keperluan penggunaan tenaga masa kini. Justeru, garis panduan ini amat menggalakkan penggunaan teknologi hijau bagi menyokong pembangunan kejiranan hijau tetapi bukan bergantung sepenuh terhadapnya.

Prinsip-prinsip Perancangan Pembangunan Kejiranan Hijau

i. mengutamakan aspek kemampanan dan pemuliharaan alam sekitar;

ii. menyediakan satu kawasan petempatan yang mengutamakan keindahan dan keselesaan kepada penduduk;

iii. mempunyai ciri-ciri affordable iaitu penduduk mampu untuk menjalankan aktiviti ekonomi, memiliki rumah, bekerja dan berekreasi dalam lingkungan kawasan kejiranan;

iv. mewujudkan masyarakat harmoni, sejahtera, sihat dan berinteraksi;

v. mewujudkan aktiviti ekonomi setempat yang berdaya saing; mewujudkan kemudahsampaian yang tinggi kepada penduduk bagi menghubungkan pengangkutan awam dan berjalan kaki serta aktiviti berbasikal;

vi. menawarkan kepelbagaian kemudahan dan perkhidmatan untuk aktiviti harian penduduk;

vii. menggunakan kaedah tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga;

viii. menyediakan infrastruktur hijau seperti penuaian air hujan (rain water harvesting) dan sistem pendinginan berpusat (district cooling system); dan

ix. merekabentuk pembangunan kejiranan berskala manusia (human scale) seperti dalam reka bentuk streetscape, bangunan, ruang awam dan sebagainya untuk memastikan kejiranan hijau dapat berfungsi dengan baik, selesa dan selamat.

13perancangan PERAK | 2012

Page 14: Buletin Perancangan Edisi Khas

Majlis Teknologi Hijau Negeri Perak Darul RidzuanLATAR BELAKANG

Majlis Teknologi Hijau Negeri Perak di tubuhkan pada 21 Mei 2012 dan dipengerusikan oleh Y.A.B Menteri Besar. Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Negeri Perak (MTHNP) ini sejajar dengan keperluan-keperluannya ditubuhkan diperingkat negeri dan perlu melaporkan status perkembangannya di setiap Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri.

MAKSUD

Teknologi Hijau adalah merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi, dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Dalam kata lain Teknologi Hijau adalah elemen yang memenuhi kriteria-kriteria seperti meminimumkan degradasi persekitaran, pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar, menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan sumber- sumber yang boleh diperbaharui.

Penubuhan Majlis ini adalah penting berdasarkan matlamat yang dinyatakan seperti berikut:-

Jawatankuasa kerja bagi membantu melancarkan program ini iaitu:-

1. Jawatankuasa Perancangan Perak Mampan

2. Jawatankuasa Sistem Pengangkutan Awam Hijau Perak

3. Jawatankuasa Sistem Pelupusan Sisa Pepejal Hijau Perak

4. Jawatankuasa Taman, Kawasan Lapang dan Badan Air Hijau Perak

5. Jawatankuasa Industri Hijau Perak6. Jawatankuasa Bangunan Hijau,

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Warisan dan Khazanah Hijau Perak

7. Jawatankuasa Promosi, Latihan dan Pasaran Hijau Perak

8. Jawatankuasa Pertubuhan Pembangunan Hijau Perak

9. Jawatankuasa Penguatkuasaan dan Pemantauan Teknologi Hijau Perak

• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;

• Untuk membantu pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan sumbangannya;

• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau;

• Untuk memastikan pembangunan yang mampan dan memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan

• Untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaannya secara meluas.

14 perancangan PERAK | 2012

Page 15: Buletin Perancangan Edisi Khas

Lembaga Rayuan NEGERI PERAK

Latar Belakang

Pada 15 Februari 1996, Kaedah Lembaga Rayuan Negeri Perak telah diwartakan. Lembaga Rayuan Negeri Perak ditubuhkan di bawah Seksyen (36), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh sub seksyen 36 (2) Akta 172, Pihak Berkuasa Negeri dengan persetujuan Menteri Besar telah melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Rayuan Perak.

Alamat

LEMBAGA RAYUAN NEGERI PERAKTINGKAT 3, BANGUNAN SERI PERAK,JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB,30646 IPOH,PERAK DARUL RIDZUAN

Carta Organisasi Sesi 2010 - 2013

3. Ahli Panel Lembaga Rayuan Y. Bhg. Dato’ Yaacob bin Nordin4. Ahli Panel Lembaga Rayuan En. Tan Hooi Meng5. Ahli Panel Lembaga Rayuan Profesor Madya Mohamed Noor bin Mohid

1 2

1. Pengerusi Y. Bhg. Dato’ Shamsuriah binti Sulaiman2. Timbalan Pengerusi Tuan Haji Izhar bin Haji Saidin

3 4 5

6. Pendaftar En. Ikmal Hasydan bin Yaakop Tajuddin7. Urusetia En. Asmadi bin Ishak Pn. Rosni binti Ismail Pn. Rasilah binti Hashim

15perancangan PERAK | 2012

Page 16: Buletin Perancangan Edisi Khas

Fungsi Lembaga Rayuan

Lembaga Rayuan bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan dan seterusnya, menimbang kes-kes rayuan tersebut, di mana Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak berkuasa tempatan khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai Pembantah, Pemohon, Pemilik atau Pengguna merasa terkilan.

Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (pindaan) A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa.

Jenis Rayuan

i. Notis Permintaan

Jika tuan punya tanah merasa terkilan untuk mematuhi permintaan-permintaan atau syarat-syarat dalam notis permintaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti:

• Meminta supaya diberhentikan penggunaan itu

Statistik

Tahun Bil kes diterima

Bil kes dibicarakan dan selesai

Bil kes dalam perbicaraan

Bil kes batal dan tarik balik rayuan

2010 hingga 2012

40 12 8 20

2009 hingga 2006

30 - - -

2005 hingga 2002

21 - - -

2001 hingga 1997

15 - - -

Jumlah keseluruhan

106 - - -

• Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu, atau

• Meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan kerja itu.

ii. Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan Majlis [Seksyen 23(1)(a)&(b)]

• Bagi seseorang yang terkilan dengan penolakan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai permohonan kebenaran merancang atau syarat yang dikenakan dalam memberikan kebenaran merancang.

• Bagi seseorang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan bantahan yang dibuat menurut Seksyen 21(b).

iii. Amaun Pampasan (Seksyen 25(9))

Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya akibat penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan.

iv. Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan [Seksyen 30(7)]

Bagi seseorang yang tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh PBT akibat menanggung kerosakan yang berupa kesusutan nilai

tanah, kerana mematuhi kos permintaan PBT.

v. Rayuan Tehadap Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35C)

Jika seseorang terkilan dengan: a. Suatu Perintah Pemeliharaan Pokok. b. Mana-mana Peruntukan dalam suatu

Perintah Pemeliharaan Pokok. c. i. Penolakan pemberian kebenaran

bertulis ii. Mana-mana syarat yang

dikenakan keatas pemberian suatu kebenaran bertulis, di bawah perenggan (a) Seksyen 35 A(2).

d. Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok dibawah perenggan (b) Seksyen 35 A(2).

vi. Pampasan Di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35D)

Jika pemunya tanah yang tanahnya dimaksudkan oleh sesuatu Perintah Pemeliharaan Pokok yang di awardkan, membuktikan bahawa mengalami kerugian yang berupa kesusutan dalam nilai tanahnya, akibat dari mematuhi perenggan (a) hingga (d) Seksyen 35C.

vii. Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula Pokok (Seksyen 35E)

Bilamana orang yang telah didapati bersalah di bawah Seksyen 35A(4) kerana menebang pokok yang tertakluk kepada Pemerintah Pemeliharaan Pokok, yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok lain.

16 perancangan PERAK | 2012

Page 17: Buletin Perancangan Edisi Khas

����������������������������

�������������������������������������������������������

SISIP adalah satu aplikasi elektronik bagi merekod, menyimpan, dan mencapai maklumat permohonan perancangan yang boleh diakses secara dalam talian. Permohonan perancangan yang terlibat dalam SISIP (modul lengkap) adalah:

a. Tukar syarat tanahb. Kebenaran merancang (pecah

sempadan, pecah bahagian, susunatur, cantuman dan penyerahan)

c. Mendirikan bangunand. Permohonan tapak kerajaane. Perancangan tapakf. Cadangan pemajuan tanah (CPT)g. Pemajuan lesen industri dan lesen

pelanconganh. Laporan penilaian alan sekitar (EIA)

Perak telah mula membangunkan sistem ini pada tahun 2009 dan mengunakannya pada tahun 2010.

Faedah SISIP

• Meningkatkan kepuasan pelanggan• Memudahkan pemantauan dan

pelaporan tunggakan kerja• Meningkatkan keseronokan bekerja• Mempercepatkan dan mempermudahkan

maklumbalas pelanggan• Mempermudahkan simpanan data dan

maklumat• Menjaga integriti dan keselamatan data

SISTEM INFORMASI PERANCANGAN (SISIP) JPBD Perak komited dalam meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Perak amat menyambut baik saranan dan tag line kepimpinan Perdana Menteri Y.A.B Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak iaitu ”Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan”. Sebenarnya saranan berkenaan adalah selaras dengan apa yang telah dan sedang diusahakan serta sedang dilaksanakan oleh JPBD Perak melalui perlaksanaan ”Sistem Informasi Perancangan (SISIP)”.

17perancangan PERAK | 2012

Page 18: Buletin Perancangan Edisi Khas

Kaedah Pengesanan Dan Penyimpanan Fail

SEBELUM SISIP

• Berdasarkan Doket Pendaftaran• Mendapatkan Fail Di Bilik Fail (Sliding Racks)• Berdasarkan Buku Daftar Surat Menyurat, Dan Buku Daftar Permohonan Ppp.• Mengesan Secara Manual Pada Pegawai-Pegawai Yang Berkemungkinan Menyimpan

Fail Tersebut

Kelebihan SISIP

• Memberi amaran kepada pengguna tentang tempoh masa yang telah diambil untuk memproses sesuatu permohonan

• Memproses sesuatu permohonan melalui sistem dimana ulasan akan dibuat, simpan dan di edarkan kepada pegawai atasan untuk ulasan selanjutnya atau untuk perakuan secara dalam talian (Online).

• Pihak pegawai atasan boleh membuat pemantauan terhadap sesuatu permohonan sama ada ianya masih belum atau tidak diproses.

• Sistem ini juga membenarkan untuk dijanakan satu laporan tunggakan permohonan dan juga laporan bagi pencapaian sesuatu permohonan tersebut samaada mengikut tempoh piagam atau tidak.

• Begitu juga sistem ini membenarkan untuk menyemak atau mengetahui status permohonan jika terdapat pertanyaan daripada pihak orang awam yang hadir di kaunter atau melalui telefon.

SELEPAS SISIP

• Sistem Carian Berkomputer

Secara kesimpulannya, SISIP ini adalah satu sistem yang telah banyak membantu pihak JPBD dalam meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada pihak pelanggan yang terdiri daripada Orang Awam, Agensi Teknikal dan juga Pihak Berkuasa Negeri. JPBD juga berhasrat untuk meningkatkan tahap pencapaian sistem ini dengan menambahkan lagi fungsi dan modul-modul tertentu bagi meningkatkan keberkesanannya seperti modul paparan pelan secara dalam talian serta paparan 3D terhadap pelan-pelan yang dikemukakan kepada jabatan ini. Semoga sistem ini terus diperkukuhkan dan seterusnya membantu kearah kecermerlangan JPBD.

18 perancangan PERAK | 2012

Page 19: Buletin Perancangan Edisi Khas

Majlis Meraikan Kejayaan Lembah Lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Bermula dengan penyelidikan dan ekskavasi yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 22 tahun yang lalu, berita gembira yang dimaklumkan UNESCO pada 30 Jun 2012 yang lalu sudah pastinya dinanti-nantikan oleh kira-kira 2.8 juta rakyat Perak dan rakyat Malaysia keseluruhannya selepas Lembah Lenggong menjalani tempoh proses penilaian yang agak panjang sebelum diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.

Sudah pastinya juga pengiktirafan ini cukup bermakna buat kerajaan negeri Perak kerana 2012 adalah Tahun Melawat Perak yang mensasarkan kehadiran lima juta pelancong.

Pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah meletakkan negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya di peta pelancongan bertaraf dunia. Majlis penyampaian watikah pengisytiharan ini telah diadakan pada 10 November 2012.

19perancangan PERAK | 2012

Page 20: Buletin Perancangan Edisi Khas

Bagi memenuhi keperluan UNESCO ini, Kerajaan Negeri bersama-sama Jabatan Warisan Negara, Majlis Daerah Lenggong, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Perak dan Pejabat Daerah menyediakan pelbagai kajian dan perancangan yang lebih terperinci seperti:

• Menubuhkan jawatankuasa koordinasi bagi merancang program pembangunan sektor pelancongan;

• Menyediakan inventori fasiliti dan kemudahan awam;• Pelan Pengurusan Warisan (Conservation Management

Plan) bagi kawasan terlibat dan memenuhi keperluan Rancangan Kawasan Khas di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172 (1976);

• Memberi latihan dan bimbingan kepada pentadbir, pemandu pelancong, pemilik hotel dan pihak berkepentingan mengenai pengendalian pengunjung dan hal-hal berkaitan dengan warisan;

• Memberi penjelasan dan penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab pelbagai ‘stakeholders’ terutamanya penduduk tempatan dan peniaga;

• Menyediakan papan iklan dan ‘signage’ yang secukupnya dan lengkap di kawasan terlibat sebagai penunjuk kepada umum.

• Pembangunan yang perlu diwujudkan juga adalah dari segi infrastruktur seperti tourist information centre, menara tinjau, kemudahan awam untuk ke tapak warisan itu seperti teksi, dan jip

20 perancangan PERAK | 2012

Page 21: Buletin Perancangan Edisi Khas

Kongres Sedunia Ke 23 Organisasi Perancangan dan Perumahan Kawasan-kawasan Ketimuran (EAROPH) Daegu, Korea Selatan pada 17 - 19 Oktober 2012Dua orang warga JPBD Perak telah menyertai delegasi Negeri Perak seramai 11 orang di ketuai oleh YB Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan , Setiausaha Kerajaan Perak ke Kongres EAROPH di EXCO Daegu, Korea Selatan selama 9 hari (12-21 Oktober 2012). Pegawai jabatan yang terlibat ialah Y.Bhg. Dato’ Dr. Dolbani bin Mijan Pengarah JPBD Perak dan En. Shariff b. Mat Yusoff, Pen. Peg. Perancang Bandar dan Desa. Peserta lain yang terlibat terdiri dari Pegawai Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Yang DiPertua PBT dan Pegawai Jabatan Teknikal Negeri Perak yang berkaitan. Penyertaan di Kongres tersebut memberi faedah kepada peserta antara lainnya:

i. Mempelajari amalan-amalan terbaik ke arah pembangunan mampan

ii. Mengenalpasti potensi perkongsian awam dan swasta di dalam meningkatkan keberkesanan pengunaan tenaga.

iii. Mempelajari inovasi dan kaedah terkini dalam bidang perancangan bandar yang mengaplikasikan teknologi hijau; dan

iv. Meningkatkan pengetahuan peserta dalam mengintegrasikan gunatanah bandar mencapai keseimbangan bandar secara keseluruhannya tanpa mengabaikan alam sekitar.

Session 1 Strategies for Carving out Green City

Session 2 Green Housing Focusing on Convenience, Safety and Stability

Session 3 Green Transportation Considering Users and Environment.

Session 4 Green Industry and Economy for Sustainable Growth

Session 5 Regeneration Strategy for Central Areas of the Secondary Cities.

Session 6 Governance System Designed to Realize Happy Green Cities

Session 7 Environment

Kongres tersebut bertemakan “Green City for Human Betterment” yang memaparkan tajuk-tajuk pembentangan Kertas Kerja kepada 7 sesi seperti berikut:

21perancangan PERAK | 2012

Page 22: Buletin Perancangan Edisi Khas

Sebanyak 70 pembentangan kertas kerja daripada tajuk 7 sesi tersebut telah dilaksanakan oleh pembentang daripada negara-negara EAROPH iaitu Australia, Malaysia, Indonesia, Rumania, Korea, Jepun, USA, Mesir, Sepanyol, Iran dan Brazil,

Lawatan teknikal juga didedahkan kepada peserta kongres mengikut pakej berikut:

a. Green Building Tour.b. Green City Tour.c. Green Energy Tour – Bangcheon-Ri Landfill

Gas to Energy Plant.

Pengajaran Yang Di Perolehi

• Perancangan dan perlaksanaan yang baik dan berkesan menuntut sokongan ‘political will ‘ yang kuat, konsisten, reliable dan ikhlas,

• Bandar yang mampan, ceria dan berfungsi perlukan ketua / Mayor yang berwawasan, professional, berani membuat keputusan dan sentiasa bersifat ‘walk the talk’,

• Sekiranya kepercayaan / ‘trust‘ diantara Dato’ Bandar dan penghuni kota dibina, sesuatu keputusan akan mudah dibuat dan mudah juga untuk dilaksanakan,

• Perlu libatkan penduduk setempat dalam perancangan, membuat keputusan dan pemantauan,

• Suatu organisasi kiranya ingin berjaya ketahap maksimum, perlulah menerapkan budaya kerja berpasukan dan mempunyai ‘sense of ownership’.

Penyertaan ke Kongres tersebut dianggap amat berjaya yang memberi pendedahan kepada semua peserta bagi menghayati pembentukan dan pembangunan bandar hijau, pembangunan mampan, perusahaan hijau serta persekitaran alam sekitar yang bersih dan nyaman.

22 perancangan PERAK | 2012

Page 23: Buletin Perancangan Edisi Khas

Sejak kebelakangan ini aktviti ternakan ikan hiasan menjadi satu perusahaan komersil yang semakin popular di Negeri Perak. Aktiviti ternakan ikan hiasan ini telah dijalankan oleh beberapa pengusaha di Daerah Kerian khasnya di Bukit Merah, Gunung Semanggol selain di Ipoh, Tapah dan Kuala Kangsar.

Pembangunan ternakan ikan hiasan berskala besar melibatkan pembukaan kawasan tanah dan sumber perairan secara intensif. Dalam memastikan aktiviti ini dapat dibangunkan secara terancang, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak (JPBD) dengan kerjasama Unit Perancang Negeri (UPEN), Jabatan Perikanan Negeri Perak dan Jabatan Pengairan dan Saliran telah bersama-sama menyumbang tenaga dan idea dalam menghasilkan satu garis panduan dalam aspek berkaitan dengan penggunaan sumber tanah dan perairan serta pembangunannya.

Daerah Bil. Penternak

Bil. Kolam

Luas (Ha)

Pengeluaran (ekor)

Nilai(RM –juta)

Kerian 92 6247 190.45 258,634 258.64

Selama 2 66 7.04 1,401 1.47

Larut Matang 7 240 4.10 - -

Kuala Kangsar 20 1044 30.60 45,757 21.99

Batu Gajah 2 102 5.60 - -

Kampar 2 210 25.00 - -

Batang Padang 3 40 0.60 - -

Hilir Perak 1 12 7.28 - -

Jumlah Keseluruhan 129 7,961 270.67 305,792 282.10

Data 2011 – Jabatan Perikanan Negeri Perak

Sesi Taklimat Dan Perbincangan Penyediaan Garis Panduan PerancanganTernakan Ikan Hiasan Arowana Negeri Perak Bersama “Industry Player” dan Pihak Berkepentingan di Bukit Merah Laketown Resort

23perancangan PERAK | 2012

Page 24: Buletin Perancangan Edisi Khas

Kerajaan Negeri telah mengenalpasti kawasan tanah seluas 1,000 ekar di Bukit Merah, Gunung Semanggol untuk projek ternakan ikan hiasan yang mana perlu dibangunkan mengikut keperluan yang ditetapkan. Berdasarkan perbincangan antara pengusaha Industri Ikan Hiasan (Arowana) dan Y.B. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri pada 29 Julai 2011, satu garispanduan pembangunan berkenaan ternakan ikan hiasan arowana disediakan.Pada 22hb sehingga 24hb April 2012 satu Bengkel Penyediaan Garis Panduan Perancangan Ternakan Ikan Hiasan Arowana Negeri Perak telah diadakan di Bukit Merah Laketown Resort, Gunung Semanggol. Objektif penganjuran bengkel tersebut adalah bagi mendedahkan peserta berkaitan dengan maklumat ternakan ikan hiasan, melawat kawasan ternakan ikan hiasan arowana, mengenalpasti isu-isu ternakan ikan hiasan dan mencari penyelesaianya dan akhirnya merumuskan resolusi bagi mewujudkan satu Garis Panduan Perancangan Ternakan Ikan Hiasan – Arowana Negeri Perak.

Bengkel yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Dato’ DR. Dolbani bin Mijan ini berlangsung dengan pembentangan tiga kertas iaitu Perusahan Ikan Arowana/Hiasan Perkembangan Serta Cabaran Masa Kini Dan Hadapan - Taklimat mengenai pensijilan CITES oleh Tuan Haji Sani bin Mohd Isa, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Program Pembangunan Infrastruktur Teknikal dan Standard Industri Ikan Hiasan Negeri Perak oleh Dr. Hj. Abd. Rahim bin Saad daripada SIRIM Berhad dan seterusnya Encik Mohd. Sabri bin Ahmad daripada JPBD Perak telah membentangkan Draf Garis Panduan Perancangan Ternakan Ikan Hiasan/ Arowana Negeri Perak.

Bengkel selama tiga hari ini turut melibatkan wakil daripada agensi teknikal, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan juga pihak-pihak berkepentingan seperti pengusaha Arowana dan para pesawah bagi memastikan garis panduan yang dihasilkan adalah yang terbaik dan telah mengambilkira semua aspek dan kepentingan semua. Sesi brainstroming telah diadakan bagi mendapatkan idea terbaik mengenai kaedah dan cara pengoperasian ikan arowana ini.

Disamping itu juga satu program lawatan ke pusat perusahaan penternakan

Lawatan ke tempat perusahaan Arowana

Arowana turut diadakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta bengkel mengenai keadaan sebenar kawasan persekitaran perusahaan ini dan dalam masa yang sama mendapat memberikan idea dan menyumbangkan pandangan dalam sesi bengkel.

Kerajaan Negeri berpendapat bahawa dalam mana kita memastikan hasil pendapatan atau pulangan kepada negeri, perkara penting yang perlu diutamakan adalah masalah pesawah padi dan penduduk setempat berkaitan dengan isu pengairan. Isu tersebut perlu ditangani dengan bijak.

Sesi Taklimat dan Perbincangan mengenai

Draf Garis Panduan Perancangan Ternakan Ikan Hiasan Arowana Negeri Perak bersama

industry players dan pihak berkepentingan

24 perancangan PERAK | 2012

Page 25: Buletin Perancangan Edisi Khas

Cadangan Konsep Susunatur kolam

Lanjutan daripada bengkel tersebut satu Sesi Taklimat dan Perbincangan mengenai Draf Garis Panduan Perancangan Ternakan Ikan Hiasan Arowana Negeri Perak (GPP TIHA) bersama industry Players dan pihak berkepentingan telah diadakan pada 20 September 2012 di Bukit Merah Laketown Resort, Gunung Semanggol.

Bengkel yang melibatkan agensi teknikal, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan juga pihak-pihak berkepentingan seperti pengusaha Arowana dan para pesawah adalah bagi mewujudkan situasi menang menang atau win win situation di antara semua pihak.

Setiap peserta telah dibekalkan dengan senaskah Draf GPP TIHA sebagai rujukan, agar perkara yang ingin disampaikan adalah lebih jelas dan perkara ini boleh dikongsi dan ditambahbaik sebelum diangkat ke MMK.

Garis panduan tersebut adalah sangat penting sebagai panduan untuk mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul kerana ketiadaan pemantauan terhadap pengusaha-pengusaha ikan hiasan Arowana ini memandangkan bilangan pengusaha makin bertambah. Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui JPBD dan UPEN telah mengambil inisiatif memperkenalkan dasar untuk merangsang keyakinan pesawah padi dan penduduk setempat terhadap Kerajaan Negeri supaya pertambahan pengusaha ikan ini sentiasa positif dan lebih teratur selain mengikut standard yang telah ditetapkan disamping mengambilkira kebajikan dan kepentingan pesawah padi dan penduduk setempat.

Kandungan draf GPP TIHA terbahagi kepada 15 bahagian dan bahagian paling penting adalah perkara kelima iaitu program pemutihan yang akan dilaksanakan. Garis panduan yang dihasilkan akan memberikan panduan kepada

KOLAMIKAN

KOLAMIKAN

KOLAMIKAN

KOLAMIKAN

KOLAMIKAN

KOLAMIKAN

KOLAMIKAN

KOLAMIKAN

KOLAMIKAN

Susun Atur Kolam Ikan Hiasan - AROWANA

Keluasan: Min/Max/Ukuran Kolam/Jarak Antara Kolam/kedalaman Kolam/Saiz Paip/ Jenis Utility dan Ruang Pejabat

Laluan Diantara Kolam Laluan Diantara Kolam

Laluan Diantara Kolam Laluan Diantara Kolam

AIR DIRAWAT

SUNG

AI

UTILITI

AIR DIPAM

25perancangan PERAK | 2012

Page 26: Buletin Perancangan Edisi Khas

semua stakeholders dalam memperoses permohonan dan mengawal aktiviti ternakan ikan hiasan di kawasan masing-masing.

Garis panduan yang dihasilkan juga merupakan sebahagian daripada keperluan Pelan Biosekuriti (PPA) Jabatan Perikanan. PPA ini adalah merupakan pelan bagi memastikan ikan yang diternak adalah sihat. Oleh itu garis panduan yang dihasilkan ini adalah merupakan salah satu perkara yang diambilkira dalam PPA merangkumi Pra-pendaftaran dan Pendaftaran. Bagi memastikan PPA ini boleh diterima pakai, GPP TIHA ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

GPP TIHA yang dihasilkan merangkumi aspek Penyediaan Garis Panduan, Pemakaian Garis Panduan, Dasar Am, Program Pemutihan, Syarat Permohonan merangkumi lokasi dan zon guna tanah yang dibenarkan, lokasi dan zon guna tanah yang tidak dibenarkan, laluan masuk atau aksessibiliti, Syarat Tanah dan Syarat Zon Penampan.

Selain itu, aspek bangunan premis seperti rekabentuk, fasad dan jenis bangunan juga diperjelaskan dari segi permohonan bagi bangunan baru, had ketinggian dan jenis pagar yang sesuai digunakan. Penglibatan jabatan atau agensi kerajaan bagi tujuan memproses kelulusan juga diterangkan dari aspek permohonan kebenaran merancang dan perlesenan. Pelan konsep bagi susunatur kolam hiasan arowana juga dicadangkan. Kadar fi dan lesen merangkumi fi yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak Pejabat Tanah dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Agensi yang terlibat bertanggung jawab dalam memantau pengurusan dan aduan adalah Jabatan Perikanan, Pejabat Tanah Daerah (PDT) dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dalam memantau laporan berkaitan kawalan pengoperasian penternakan, manakala Jabatan Perikanan juga bertanggung jawab untuk memantau Laporan Pematuhan Kod Amalan (Garis Panduan Amalan baik ternakan Ikan Hiasan). Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Air Perak (LAP), KKM dan Jabatan Alam Sekitar

(JAS) bertanggung jawab dalam memantau Laporan Tahap Kualiti Air dan Pejabat Tanah bertanggung jawab bagi memantau Laporan Salah Guna Syarat Tanah.

GPP TIHA yang dihasilkan akan terus disemak dan diperkemas dari masa ke semasa bagi memastikan segala peraturan dan syarat yang digariskan dapat membantu pihak pengusaha menjalankan aktiviti ternakan dengan berkesan dan dalam masa yang sama persekitaran penduduk yang harmoni dan sejahtera dapat diterapkan.

Arapaimas Gigas (Keluarga Arowana)Habitat Asal: Sungai Amazon

26 perancangan PERAK | 2012

Page 27: Buletin Perancangan Edisi Khas

Ulasan BukuCommunity by Design – New Urbanism for Suburbs and Small Communities

PengarangKenneth B. Hall and Gerald A. Portelfield

PenerbitThe McGraw Hill Companies

TUJUAN REKABENTUK KOMUNITI

Secara dasarnya mereka telah mengenalpasti bahawa sesuatu komuniti itu akan berkembang sekiranya keperluan kehidupan mereka seperti penyediaan kawasan komersial, sosial serta keperluan psikologi msyarakat yang lain telah disediakan dengan mencukupi dan teratur. Ini adalah termasuk pembangunan di pinggir-pinggir bandar yang kebanyakkannya berdasarkan kepada prinsip Ebenezer Howard iaitu Bandar Taman. Perancang komuniti moden ini juga telah menterjemahkan komuniti tersebut dalam bentuk isu kualiti hidup, ruang kehidupan, kelebihan sesuatu tempat, identity dan keselesaan tempat.

APAKAH KOMUNITI?

Didalam penulisannya ini, beliau menekankan bahawa komuniti tidak tertumpu pada kawasan kejiranan yang menggunakan jalan atau sungai yang sama. Menurut Meriam – Webster’s Collegiate Dictionary Edisi Ke-10, komuniti ditafsirkan sebagai “interaksi populasi antara pelbagai jenis individu dalam lokasi yang sama” atau “kumpulan penduduk yang mempunyai karakter yang sama juga persamaan citarasa dan hidup bersama dalam sebuah masyarakat yang besar”.

Selain itu komuniti dkenali sebagai :

kumpulan penduduk yang berkongsi kawasan fizikal kumpulan yang berkongsi ciri yang sama kumpulan yang terikat bersama dan berkongsi identity, budaya dan

mempunyai hubungan sosial yang rapat

Community By Design:New Urbanism For Suburbs and Small Communities, hasil penulisan Kenneth B. Hall dan Gerald A. Porterfield ini menerangkan secara terperinci dan meluas mengenai rekabentuk komuniti. Mereka mentafsirkan bahawa rekabentuk komuniti adalah seni dalam memastikan kelangsungan hidup yang lebih mampan dalam menyediakan keperluan seperti tempat tinggal, kejiranan, kawasan perdagangan, kawasan rekreasi dan hubungan sosial antara komuniti.

Mereka juga telah memberikan satu rekabentuk di dalam “Spanish Royal Ordinances” yang dikenali sebagai The Laws of The Indes, ia mempunyai jalan-jalan grid dengan penyediaan plaza berbentuk segiempat di tengah-tengah pusat komuniti itu. Rumah dan kedai pula diletakkan bertentangan dengan plaza. Manakala bangunan kerajaan diletakkan di tempat yang agak jauh daripada kawasan perdagangan bagi mengelakkan kesesakan. Selain itu, zon penampan disediakan bagi memisahkan kawasan kediaman dan pusat bandar.

27perancangan PERAK | 2012

Page 28: Buletin Perancangan Edisi Khas

CARA MEWUJUDKAN KOMUNITI SEMPURNA

Bentuk axial Hierarki Perubahan elemen Berbentuk dominan

PROSES REKABENTUK KOMUNITI

Analisis lakaran • Penilaian pembangunan sekitar • Peta keadaan semasa • Analisis tapak • Analisis karakter

RANGKA KERJA KOMUNITI

Bentuk asas • Sistem grid • Sistem radial • Sistem hierarki • Sistem loop

Kumpulan jenis jalan • Bentuk CSD (Conventional Suburban

Development) • Jalan pengumpul

Kawasan bekerja • Mempunyai tempat meletak

kenderaan • Disusun teratur

Kawasan rekreasi • Tempat bersukan

Kesimpulannya, buku ini telah menterjemahkan bahawa sesuatu pembentukan komuniti tidak hanya bergantung kepada penyelesaian masalah di kawasan utama sahaja tetapi perkara utama yang perlu difikirkan adalah cara bagaimanakah untuk kita sebagai perancang bandar dan ahli professional yang lain mampu untuk merancang serta mengubah sesuatu kawasan itu ke arah yang lebih baik dan sempurna. Buku ini juga amat sesuai kepada semua ahli professional termasuk pelajar yang sedang mengikuti mengikuti jurusan perancangan bandar. Dengan menggunakan teks yang mudah serta diselitkan dengan pelbagai contoh dan ilustrasi, ianya mampu menarik minat pembaca untuk melihat sesebuah perancangan rekabentuk komuniti dari perspektif yang berbeza.

Bentuk TND (Traditional Neighborhood Development)

• Jalan kejiranan • alleys • Laluan • Jalan

Rekabentuk

CIRI – CIRI KOMUNITI

Kawasan perumahan • Rumah berkembar • Rumah sesebuah • Rumah bandar • Apartmen

Kawasan komersial • Tempat membeli-belah • Pusat kejiranan • Pusat komuniti • Pusat daerah • Kawasan meletak kereta • Kemudahsampaian

http://jpbd.perak.gov.myJabatan Perancangan Bandar dan

Desa Perak Darul RidzuanTingkat 3 & 7, Bangunan Seri Perak,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30646 Ipoh, Perak Darul Ridzuan