Upload
hoangkhanh
View
277
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
epelbagaian dan keunikan etnik setempat mampu menjadi ‘showcase’ kepada para pelancong tidak kira ia di-datangkan dalam bentuk warisan ketara atau tidak ketara. Keunikan pekan-pekan kecil harus dipelihara melalui pem-bangunan yang terkawal dan ia boleh disampaikan
menerusi kelestarian rupa bandar agar ‘sense of place’ dapat
dikekalkan.
Di peringkat negeri, Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) menjadi medium utama input dan outcome perancangan boleh menjadi wacana perbincangan mengenai perancangan bandar dan sejarah. Dari kajian ke meja musyawarah, dari pelan tindakan langsung ke pe-laksanaan, warisan tetap menjadi perhatian dengan langkah pengekalan dan pemeliharaan dititikberatkan. Ini dapat dibuktikan melalui inisiatif satu demi satu Kerajaan Negeri untuk memasukkan kawasan warisan Perak di atas Peta Warisan Dunia UNESCO, bermula daripada Tapak Arkeologi Lembah Lenggong dan yang akan datang ialah Lembah Kinta Geo-Park.
4
Negeri Perak Darul Ridzuan ini kaya d engan warisan dan sejarah. Terdapat be-berapa buah bandar-bandar dan pekan-pekan kecil di negeri ini wujud disebabkan oleh penerokaan awal sumber semulajadi dan juga sumberjaya seperti bijih timah dan aktiviti pertanian. Pekan-pekan kecil tersebut yang pada asalnya wujud hanya-lah untuk memenuhi keperluan setempat. Kini ada yang masih lagi wujud dengan memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat atau ada juga pekan kecil yang telah ditinggalan. Pekan-pekan kecil ini mempunyai sejarah tersendiri dan amat penting di era kegemilangannya.
Usaha mempromosi atau mengetengahkan produk warisan seperti ini bukan sa-haja mempamerkan cara untuk memperingati sejarah dan warisan setempat yang dihasilusahakan oleh nenek moyang kita, tetapi lebih daripada itu; iaitu untuk berkongsi dengan masyara-kat setempat, masyarakat di Negara ini dan masyarakat dunia agar lebih mengenali apa yang ada di Negeri Perak. Jika diamati betul-betul produk-produk warisan seperti inilah yang menjadi ’niche’ sesuatu negeri dan yang amat digemari oleh pe-lancong-pelancong asing yang berkunjung ke negeri ini khususnya dan ke negara kita amnya.
5
ada tahun ini Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak melebarluaskan hasrat dalam usaha meningkatkan komu-nikasi dalam perancangan (communicating the plan) dengan pen-
yampaian yang lebih berinovasi melalui penerbitan 5 buah ’Coffee-Table Book’ Sejarah Perancangan Pekan-Pekan Kecil Negeri Perak. Ia diinspirasikan dari sebuah kajian morfologi bandar yang pada asalnya amat ‘berat’ untuk dihayati namun dinukil dalam bentuk yang amat santai. Ia selaras dengan langkah jabatan un-tuk mendokumentasikan pekan-pekan kecil ini dalam bentuk pe-nulisan dan diterbitkan melalui ‘Coffee-table Book’ malah boleh dimanfaatkan bersama sebagai sebuah bacaan ringan serta men-jadi cenderahati kepada pelancong malah boleh dijadikan cenderahati rasmi program-program kerajaan negeri.
Kajian bermula pada Jun 2013 dan siap sepenuhnya pada Januari 2014. ’Coffee-table Book’ Sejarah Perancangan Pekan-Pekan Kecil Negeri Perak meliputi 5 buah pekan-pekan kecil iaitu Papan, Beruas, Bagan Serai, Karai dan Gopeng. Ia terhasil dengan kerjasama pasukan kajian iaitu Centre for Knowledge & Under-standing of Tropical Architecture & Interior UiTM (KUTAI) serta barisan panel yang terdiri daripada Persatuan Warisan Perak dan Lembaga Muzium Negeri Perak.
6
Majlis perasmian Coffee-Table Book, Sejarah Perancangan Pekan-
Pekan Kecil Negeri Perak oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zamry Bin
Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
Kajian bermula pada Jun 2013 dan siap sepenuhnya pada Januari 2014. ’Coffee-table Book’ Sejarah Perancangan Pekan-Pekan Kecil Negeri Perak meliputi 5 buah pekan-pekan kecil iaitu Papan, Beruas, Bagan Serai, Karai dan Gopeng. Ia terhasil dengan kerjasama pasukan kajian iaitu Centre for Knowledge & Under-standing of Tropical Architecture & Interior UiTM (KUTAI) serta barisan panel yang terdiri daripada Persatuan Warisan Perak dan Lembaga Muzium Negeri Perak.
Majlis Pelancaran ‘Coffee—Table Book’ Sejarah Perancangan Pekan-Pekan Kecil Negeri Perak telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir , Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Majlis pelancaran bertempat di Amanjaya Convention Centre @ Casuarina Ipoh pada 12 Februari 2014 turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Saarani Bin Mohamad iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tem-patan, Yang Berbahagia Datuk Mohd. Fadzil Bin Hj. Mohd. Khir, Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia serta dif-dif kehormat termasuklah EXCO, ADUN dan Ketua-Ketua Jabatan. Pada majlis berkenaan juga, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Dolbani bin Mijan telah mendek-lamasi sajak bertajuk Budaya Ilmu nukilan Hj Mohamad Taib Mohamad dari Persatuan Warisan Perak.
Ia diterbitkan dalam format ’Coffee-table Book’ yang penuh berinformasi mengandungi statistik dan maklumat asas bandar bersejarah, perancangan, budaya, ekonomi awal dan disokong dengan illustrasi dan fotografi menarik yang boleh menjadi satu media perkongsian informasi serta promosi kepada orang ra-mai. Apa yang lebih menarik terkandung dalam ’Coffee-table Book’ ini adalah penekanan khusus yang diberikan terhadap aspek morfologi bandar yang berhubungkait dengan bidang perancangan bandar.
7
Dr. Dolbani Bin Mijan, Mantan Pengarah Jabatan Perancangan
Bandar Dan Desa Perak Darul Ridzuan.
Pameran Coffe-Table Book, Sejarah Perancangan Pekan-Pekan
Kecil Negeri Perak di perkarangan luar dewan perasmian.
Daku ilhamkan di hujung mata pena,
Titis keringat menggarap semangat,
Satu tekad satu matlamat,
Bagan Serai, Beruas, Gopeng, Papan, Karai,
Lihat dari perspektif Perancangan Bandar,
Gambar berbisik seribu makna,
Menerbitkan niat untuk kesana,
Nukilan :
Tn. Haji Mohd. Taib bin Mohamad
Persatuan Warisan Negeri Perak
Akal budi masyarakat terbilang
Warisan kebudayaan, rupa Bandar,
topologi,
Siapa imam perang ia barumun?
Eu Kong, Orborne dan Chappel?
Raja Bilah… Tok Karai wanita berjasa
Sybil Kathigasu penyuntik tabah
Tok Mat Ali ada sejarahnya,
8
Konco jawa jo urang rao,
Mandailing dan Banjar nan sa io,
Nangdi bumi dipijak,
Nang kuwi lah langit dijunjung,
Nan kuriak kundi nan merah sago
Nan baiak budi, nan endah baso,
Balai Polis nama Karai,
Pejabat Pos nama Enggor,
Enggor Street pun kita ada,
Tapi jauh nun di Singapura,
Jambatan Victoria Karai yang punya,
Gangga Negara kerajaan lama,
Paip besar dan bijih timah,
Terusan Besar jelapang padi,
Kg. Padre, Cengal dan Ka’pan,
Dalam buku daku titipkan,
Budaya ilmu khazanah Negara,
Wariskanlah kepada anak bangsa,
Kau rayu jati diri,
Kukuhkan jiwa watan,
Kau rayu ekonomi,
Berpaksikan pengetahuan,
Gopeng, Papan, Karai, Beruas dan
Bagan Serai,
Gemilang budaya gemerlapan
warisan,
Perkasa bangsa martabat pertiwi.
9
onsep Smart Growth adalah satu konsep yang telah digunapakai di
Amerika Syarikat, Kanada dan Australia bagi menangani fenomena
serakan bandar sejak lewat 1980an. Fenomena serakan bandar adalah
satu fenomena global tetapi berlaku dengan begitu serius di bandar-
bandar utama di Amerika Syarikat seperti Los Angeles, Dallas dan Atlanta,
bandaraya yang begitu bergantung kepada pengangkutan otomobil
persendirian.
Bagi menangani fenomena yang semakin meruncing
ini, pihak berkuasa perancang negeri dan tempatan
telah mengaplikasikan konsep perancangan Smart
Growth bagi memastikan pembangunan bandar yang
lebih mampan dan seimbang. Ianya telah
digunapakai di Amerika Syarikat, Kanada dan
Australia bagi menangani
fenomena serakan bandar
sejak lewat 1980an.
Bandaraya-bandaraya
utama yang telah berjaya
mengaplikasi konsep Smart
Growth adalah Portland,
Amerika Syarikat,
Vancouver, Kanada dan
Melbourne, Australia.
10
Bandaraya Vancouver, Kanada
11
Oleh :
Abdul Rahim Syah bin Khalib
Salt Lake City, America, trak rel ringan yang merupakan salah satu
kemudahan awam yang sangat inovatif.
Oklahoma City
Menggalakkan akt iv i t i
penyuburan semula bandar
(urban revitalization) dan
pembangunan tanah yang
sihat melalui pemeliharaan
kawasan luar bandar dan
menghadkan pembangunan
k a w a s a n b a n d a r ,
menyalurkan pembangunan
kepada kawasan-kawasan
perumahan yang sedia ada
dan mengguna pakai
pendekatan perancangan
dan pengurusan bersepadu.
M e n g g a l a k k a n
pembangunan infrastruktur
h i j a u ( g r e e n
infrastructure) ke
dalam masyarakat.
Mewujudkan komuniti yang
lengkap dan kompak
melalui penggunaan tanah
bercampur dan penggunaan
tanah secara lebih cekap
dan efisyen.
Meningkatkan pembangunan
g u n a t a n a h s e c a r a
integrasi an ta ra
p e n g a n g k u t a n d a n
gunatanah lain.
12
Mewujudkan kawasan-
kawasan perumahan yang
lengkap dengan
memastikan kepelbagaian
jenis perumahan mampu
dimiliki oleh pelbagai
kumpulan umur yang
berbeza, jenis keluarga dan
pendapatan.
Memaksimumkan manfaat
yang berkekalan dengan
menggunakan sumber
secara di tapak
dan bangunan yang
d i s e s u a i k a n d e n g a n
keadaan kejiranan tertentu.
M e n yo k o n g m a t l am a t
p e r b a n d a r a n m e l a l u i
pemulihan kos
dengan memastikan bahawa
caj pembangunan dan lain-
lain cukai serta yuran
mencerminkan kos sebenar
sesuatu jenis pertumbuhan.
Menggalakkan pertumbuhan
pintar (smart growth)
s e p a n j a n g p r o s e s
pem bangunan m ela lu i
p e m b a h a r u a n p r o s e s
pentadbiran dan menangani
isu-isu liabiliti.
13
14
S erakan bandar adalah satu fenomena di mana perkembangan bandar telah berlaku secara berleluasa dan tidak efisyen. Walaupun memang secara lumrah gunatanah perbandaran akan bertambah selari dengan pertambahan penduduk, serakan bandar adalah berbeza dari pertumbuhan bandar biasa kerana serakan bandar akan menyebabkan pembaziran tanah dan akibatnya banyak kawasan tepubina sediada ditinggalkan oleh arus pembangunan. Salah satu akibatnya adalah pembangunan bandar lompong di tengah (doughnut effects development). Beberapa kajian yang telah dijalankan di Malaysia mendapati bahawa fenomena serakan bandar telah berlaku dengan agak serius. Indikator utama serakan bandar adalah kadar pertumbuhan tepubina yang jauh lebih tinggi dari kadar pertumbuhan penduduk di sesuatu kawasan perbandaran. Di samping itu analisis Sistem Maklumat Geografi (GIS) mengesan terdapatnya tren serakan bandar dari pusat bandar ke kawasan sekitar terutamanya secara linear di sepanjang jalanraya utama.
Kajian yang telah dijalankan di seluruh negeri Perak juga mendapati bahawa fenomena serakan bandar juga telah berlaku di bandar besar dan kecil di negeri tersebut. Bukti nyata boleh di temui di metropolitan Ipoh di mana pembangunan pesat berlaku di kawasan di luar kawasan pusat bandar Ipoh seperti di Meru, Jelapang, Tambun dan Bercham. Pusat Bandar Ipoh kelihatan seperti tidak bermaya dan dipintas oleh pembangunan perbandaran baru di pinggir bandar Fenomena serupa juga boleh ditemui di kawasan perbandaran bersaiz kecil di Perak. Di daerah Manjung, pembangunan sepanjang jalan utama telah menyebabkan bandar Sitiawan, Sri Manjung dan Lumut bercantum menjadi satu perbandaran linear. Analisis ke atas bandar Taiping - Kamunting dan Parit Buntar - Bagan Serai - Simpang Tiga mendapati bentuk serakan bandar yang serupa di mana hampir terrdapat percantuman antara pembangunan dua bandar berdekatan. Kuala Kangsar, Tanjung Malim dan Kampar juga mengalami pertumbuhan yang lebih pesat di kawasan pinggir bandar berbanding kawasan pusat bandar tradisional.
15 Bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Mewujudkan pembangunan guna
tanah yang lebih efisyen
Mengurangkan peruntukan kos
untuk infrastruktur dan perkhidmatan
serta meningkatkan hasil negeri
Menjana ekonomi
negeri melalui bidang pertanian dan pelancongan
Memudahkan urustadbir Pihak
Berkuasa Tempatan
Mewujudkan bandar sejahtera
bagi
penjanaan aktiviti ekonomi
Mewujudkan persekitaran yang
lebih selesa melalui kawasan-kawasan hijau dalam bandar
Mengurangkan kesesakan dan pencemaran
Mewujudkan masyarakat yang
lebih sihat
http://jpbd.perak.gov.my Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Perak Darul Ridzuan Tingkat 3 & 7, Bangunan Seri Perak,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30646, Ipoh, Perak Darul Ridzuan