21
BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH BUKU PERSPEKTIF Integriti Jom Amalkan SUDUT

BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

BULETIN INTEGRITI

Jabatan Penjara Malaysia

Edisi 2/ 2020

TIPS

Move on

daripada si

‘dia’

JOM

Kenali PACP

2020-2024

Jun – Dis. 2020

ULASAN

FILEM

BEDAH

BUKU

PERSPEKTIF

Integriti Jom Amalkan

SUDUT

Page 2: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

Perspektif

Integriti

AL-QURAN

papar kisah berkaitan

integriti

JATUHNYA Empayar Tukri Uthmaniyyah adalah

disebabkan jatuhnya nilai moral dan akhlak, yang

akhirnya memberi kesan kepada sistem ekonomi Kerajaan

Tukri Uthmaniyyah. Ekoran dari sikap salah urus tadbir

negara, Kerajaan ini berhadapan dengan masalah hutang

yang sangat tinggi dan inflasi yang sangat teruk. Era

kejatuhan ini bermula pada zaman Sultan Abdul al-Aziz

(1861M – 1876M).

AKHIRNYA bagi mengatasi masalah hutang negara, pihak

pentadbir mengenakan kadar cukai yang tinggi kepada

rakyat. Keadaan ini menyebabkan rakyat tertekan dan

memberontak. Sepanjang kemerosotan dan kejatuhan

Kerajaan Turki Uthmaniyyah ini juga, pelantikan jawatan

dalam Kerajaan dibuat melalui konsep ‘menjual’ jawatan

kepada mereka yang mampu membeli jawatan tersebut.

Page 3: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

KETUA-ketua negara Empayar Uthmaniyyah pada sisa-

sisa akhir pemerintahan, sudah jauh tergelincir dari

landasan ajaran Islam. Keadaan ini jauh berbeza pada awal

pembinaan empayar ini, para sultannya terkenal sebagai

‘Ruhbanun Fillail wa Fursanun Binnahar’ (beribadat

kepada Allah umpama rahib di malam hari dan siangnya

berjuang laksana singa). Sejarah 600 tahun Empayar

Tukri Uthmaniyyah yang bermula pada akhir abad ke-13

ini, akhirmya tumbang pada tahun 1566M. Begitulah

keadaannya apabila ajaran Allah dan INTEGRITI tidak

lagi menjadi tunjang dalam kehidupan.

AL-QURAN juga memaparkan watak-watak pemimpin korup

seperti Firaun, Haman dan Qarun. Firaun sememangnya

terkenal dengan sejarah dan kisah sebagai seorang

pemimpin diktator, berkuasa menghukum musuh,

mendakwa dirinya tuhan. Kisah Firaun dan bentuk fizikal

Firaun ini sememangnya dipelihara oleh Allah sebagai

bukti kepada kita agar tidak mengikut jejak langkah hitam

Firaun. Haman merupakan inidvidu yang sering berada

dekat dengan Firaun bagi menjalankan tugas ampu-

mengampu dan memperkukuhkan kekuasaan Firaun.

Manakala Qarun merupakan seorang tokoh korporat yang

mengaut semua habuan lumayan tanpa mempedulikan

kesengsaraan orang lain.

Page 4: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

BANYAK lagi kisah-kisah yang dipaparkan di dalam Al-

Quran yang kerap kita dengar dan tahu punca

keruntuhannya. Kisah bagaimana Allah melenyapkan

kaum Thamud (umat Nabi Saleh), kaum Aad (umat Nabi

Hud) dan kaum Sadom (umat Nabi Luth). Kaum-kaum

ini sesungguhnya dimusnahkan dek kerana kejahilan dan

kerosakan yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri.

KISAH Nabi Allah Saleh ini terkandung dalam 72 ayat

melalui 11 surah di dalam Al-Quran, Nabi Allah Luth

sebanyak 85 ayat dalam 12 surah dan Nabi Allah Hud

sebanyak 68 ayat dalam 10 surah.

Pengajaran melalui kisah-kisah ini bahawa, dosa dan

perbuatan mungkar yang jika dilakukan oleh sekelompok

kecil masyarakat tetapi tidak ditegur akan membinasakan

seluruh masyarakat yang ada. Ini kerana, tugas amar

makruf nahi mungkar merupakan fardhu kifayah yang

terletak di atas bahu kita. Bersikap acuh tak acuh terhadap

maksiat dan perkara mungkar di depan mata dapat

diertikan sebagai persetujuan dan penyekutuan terhadap

perbuatan tersebut.

Page 5: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

PETIKAN KATA-KATA

SAIDINA ABU BAKAR AL-

SIDDIQ RA

Wahai manusia, sesungguhnya aku

dilantik menjadi pemimpin kamu,

bukanlah aku yang terbaik dalam

kalangan kamu; jika aku berbuat baik,

bantulah aku, jika aku berbuat salah

betulkanlah aku. Jujur itu adalah

amanah, bohong itu adalah khianat.

Taatlah aku selagi aku taat kepada

Allah dan Rasul-Nya. Jika aku

derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya,

maka tiada ketaatan untukku.

Page 6: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

Pelan Integriti Nasional telah menggariskan pelaksanaan agenda

integriti sebagai salah satu daripada lapan strategi teras bagi membudayakan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia

yang berbilang kaum dan agama, manakala Pelan

Anti Rasuah Nasional (NACP) menetapkan enam bidang keutamaan dalam usaha mengukuhkan

integriti, pemantapan tadbir urus dan

pembanterasan rasuah. Oleh yang demikian, berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) melihat, institusi agama sangat penting dalam membina integriti individu, masyarakat dan negara. Di dalam buku terbitan INTEGRITI ini, lima nilai utama bersifat sejagat dan tersirat dalam semua agama adalah berkaitan ketuhanan (kepercayaan kepada tuhan), keperibadian, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.

NILAI

integriti pelbagai

agama

PKK Meor Azizi Sapawi

bin Ahmad Sepuan

Page 7: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

Pembangunan dan pembentukan insan , masyarakat dan negara berintegriti adalah bermula dari nilai ketuhanan atau kepercayaan kepada Tuhan yang termaktub dalam RUKUN NEGARA sebagai prinsip pertama yang diterima oleh setiap rakyat negara ini demi kesejahteraan hidup.

Ke semua agama di Malaysia mengakui keesaan kepada Pencipta yg memiliki sifat-sifat sempurna dan kewajipan manusia untuk beribadat kepadanya. Perkara ini penting kerana ia bukan sahaja dizahirkan dalam RukunNegara tetapi juga dilihat sebagai kompas kehidupan dan matlamat hidup masing-masing dalam mengakui kewujudan Pencipta dalam hal ini menjadikan penganut agama lebih tenang dalam melayari kehidupan, yang mempunyai nilai-nilai murni dan berintegriti.

Semua agama mahukan penganutnya mempunyai keperibadian tinggi serta menjunjung nilai-nilai mulia seperti berbuat baik sesama manusia, mengasihani makhluk-makhluk lain, menjauhi perbuatan tidak bermoral, memperbaiki diri, menjauhi sifat-sifat negatif dan sebagainya.

Antara nilai teras kemasyarakatan yang dibahaskan dalam penulisan adalah meliputi sikap tolong-menolong, bersatu-padu dalam masyarakat bagi mewujudkan perpaduan dan suasanan harmoni. Selain itu, perspektif pelbagai agama juga memberi penekanan agar berlaku adil sesama manusia tanpa mengira agama, latar belakang, etnik serta tidak bersikap prejudis dan diskriminasi.

Dari lensa penulisan pelbagai agama ini, prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan, melindungi rakyat dan menjaga kebajikan mereka dilihat sebagai perkara utama dalam sesebuah negara. Tiada agama yang menggalakkan penganutnya melakukan penindasan, keganasan, rasuah dan peperangan. Ini kerana perbalahan dan perpecahan yang berlaku hanya akan merosakkan negara dan tamadun yang telah dibina

Page 8: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

Nilai Murni pelbagai agama juga boleh dilihat dalam konteks nilai

kekeluargaan yang amat signifikan dan mendasari ajaran agama masing-masing. Perkahwinan itu satu ikatan yang penting dalam membina keluarga yang bahagia dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Anak-anak bertanggungjawab berbuat baik dan mentaati ibu bapa masing-masing, menunaikan hak kepada ahli-ahli keluarga yang lain di samping berbuat baik kepada masyarakat dan juga membantu mereka yang memerlukan. Melalui institusi kekeluargaan yang mengutamakan kasih sayang seumpama ini, maka ianya akan menjadi teladan serta model kepada masyarakat di sekeliling.

Kesimpulannya memahami integriti merentasi konteks pelbagai agama akan membolehkan kita mendalami maksud hidup berbilang bangsa, pelbagai agama dalam negara dan memanfaatkan kepelbagaian yang sedia ada untuk melakar masa depan negara ke persada yang lebih gemilang.

Page 9: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

BAHAGIAN 2

INTEGRITI

Jabatan Penjara menuju

ke hadapan

strategi yang perlu diberikan keutamaan

untuk diselesaikan dalam tempoh

pelaksanaan PACP 2020-2024 adalah

seperti yang disenaraikan.

Secara keseluruhannya, PACP 2020-2024 telah

menggariskan sebanyak 146 inisiatif yang akan dan

perlu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun tersebut.

Namun, daripada keseluruhan 146 inisiatif tersebut,

sebanyak 15 inisiatif yang diberi keutamaan untuk

dilaksanakan.

Kenali

PACP

2020-2024

Page 10: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

PENTADBIRAN SEKTOR AWAM PEROLEHAN AWAM

Mewajibkan pegawai yang terlibat dengan

perolehan membuat

pengisytiharan harta

Mewujudkan data berintegrasi antara Agensi berkaitan (PDRM,

JPN, MAHKAMAH)

P A

TADBIR URUS KORPORAT PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

C P

Page 11: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

TIPS

Move on daripada si ‘dia’

INTEGRITI

Berikan masa pada diri

dan hati untuk pulih ke

arah yang lebih baik

Noor Jumaaton binti Razikin BAHAGIAN 2

Masih ingatkah anda kepada empat tips sebelum ini

yang dikongsikan dalam e-Buletin Integriti edisi pertama

2020? Jom.....kita semak semula empat tips yang telah

dikongsikan sebelum ini........

Page 12: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

Sambungan…

Ambil masa

Sejujurnya, untuk mengubah suatu kebiasaan sememangnya akan mengambil masa. Tetapi cubalah paksa diri untuk berubah, walau pun tidak secara mendadak tetapi secara berperingkat-peringkat. Sekurang-kurangnya perubahan yang sedikit dan konsisten itu lebih baik dari niat untuk berubah yang dipasang setiap hari, tetapi tiada tindakan yang dibuat.

Ramai yang kata mereka sayangkan diri sendiri, tetapi sayangnya ramai yang merosakkan diri sendiri. Bagaimana nak sayangkan diri sendiri? Sayang diri sendiri ni, susahkah berbanding perasaan sayangkan orang lain? Pernah dengar ‘me time’ atau pernah dengar ‘manjakan diri’? ‘Me time’ tidak semestinya memerlukan perbelanjaan, ‘me time’ juga boleh jadi tidur awal, bergaul dengan orang yang positif dan berada dalam persekitaran yang positif. Tak susah kan....

Sayangkan diri sendiri

Perkara tidak elok, buat apa dikenang? Betul tak? Pandang ke hadapan, betulkan semula laluan kita, pastikan jangan tersasar lagi. Itu tanda kita sayangkan diri kita. Please get over it!!! Lepaskan yang

dulu

Page 13: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

HIDUP ini adalah satu pilihan

SUDUT Jom Amalkan

Dalam kehidupan

Ingin bahagia.....? Ingin gembira.....? Ingin beban yang sedang ditanggung sekurang-kurangnya dapat diringankan.....? JOM, kita terjah sudut amalkan....

Jangan hidup dengan

pemikiran yang sentiasa negatif

Jangan sedih berpanjangan jika

apa yang dirancang tidak menjadi

Jangan bazirkan masa dengan iri

hati pada kehidupan orang lain

Jangan cepat membuat

keputusan tanpa berfikir

Jangan berfikir secara

kompleks

Jangan terlalu inginkan

kesempurnaan

Page 14: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

Jadi.....apa yang perlu kita lakukan jika ingin jadi manusia yang BAHAGIA....

Fokus pada perkara

positif

Biarkan otak

berehat

Fokus pada apa yang dimiliki

Hidup untuk hari ini bukan

sesali perkara yang telah lepas

Sedia untuk menerima bantuan

Wujudkan sistem

sokongan

yang kuat

Sesungguhnya hidup ini satu pilihan. Orang yang lemah akan berkata ‘saya tiada pilihan’ tetapi orang yang hebat akan sentiasa menemui pilihan atau mencipta pilihan dalam hidupnya. Apa jua sikap yang kita pilih sama ada berdiam diri atau tidak mahu melakukan apa-apa, itu juga satu pilihan. Justeru, kita bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan yang dibuat. Ada juga yang berkata, ‘saya tidak banyak pilihan’. Pilihan itu perlu dicari kerana untuk tidak mencari itu juga adalah satu pilihan. Hidup menyuruh kita supaya memilih, memilih untuk menjadi tidak berintegriti juga adalah pilihan yang akan dipertanggungjawabkan di atas bahu sendiri. Jadi, kenapa perlu salahkan orang lain jika itu adalah pilihan sendiri?

Penulisan ini dibuat berdasarkan sudut psikologi semata-mata, bukannya agama.

Page 15: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

INTEGRITI

bersedia untuk bekerja lebih

keras untuk menjadi yang

terbaik di kalangan terbaik

Oleh:

KIP Norazizin binti Mt Jinin

U F

L I

A L

S E

A M

N

Lee Chong Wei: Rise Of The Legend adalah

filem biografi anak Malaysia 2018 yang

diarahkan oleh Teng Bee, mengenai kisah

inspirasi ikon nasional Datuk Lee Chong

Wei, yang bangkit dari kemiskinan untuk

menjadi pemain badminton handalan

bertaraf dunia. Datuk Lee Chong Wei bukan

saja berjaya mencipta nama di pentas

dunia secara individu, malah tayangan

perdana filem biografinya bertajuk 'Lee

Chong Wei' turut melakar sejarah apabila

mendapat pengiktirafan The Malaysia Book

of Records dan Asia Book of Record. Ia

menjadi tayangan perdana terbesar di

Malaysia dan Asia dengan kehadiran

penonton seramai 20,000 di Stadium

Nasional Bukit Jalil, Bandar Sukan Kuala

Lumpur pada 9 Mac 2018.

Page 16: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

Filem ini wajar ditonton oleh

semua peminat sukan terutama

sukan badminton kerana ia

merupakan sebuah filem biografi

yang diadun dengan segala

ramuan, khasiat, rencah dan

perasa. Kekuatan filem ini terletak

pada cita-cita besar Lee Chong Wei,

nilai kekeluargaan yang tinggi, nilai kasih

sayang tanpa mengira perbezaan agama, kaum mahu pun

warna kulit.

Filem yang berjaya mengusik dan menjentik setiap zarah

emosi penonton, adakalanya mampu membuatkan air mata

bergenang saat jiwa anda memasuki jalan penceritaan filem ini.

Lakonan yang hebat dan menjadi daripada setiap pelakonnya. Kisah

perjalanan hidup seorang jaguh badminton negara yang penuh

dengan warna dan inspirasi. Setiap kejayaan bermula daripada

angan-angan yang besar dan langkah-langkah yang besar, dan yang

paling penting sifat patriotisme anda pasti akan memuncak acap kali

ketika menonton filem ini.

Page 17: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

Filem biografi ini memaparkan apa yang pernah dikatakan oleh

Datuk Lee Chong Wei bahawa bakat sahaja tidak mencukupi untuk

menjadi pemain badminton terbaik. Datuk Lee Chong Wei berkata

semua yang bermain di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

mempunyai bakat, tapi apa yang menjadikan dia yang terbaik adalah

kesediaannya untuk bekerja lebih keras dan keinginan untuk jadi

yang terbaik. Datuk Lee Chong Wei berharap filem biografinya ini

mampu memberi inspirasi kepada pemain muda dalam misi melakar

kejayaan di pentas dunia. “Saya tidak sangka kisah hidup saya

sebagai pemain badminton dijadikan filem. Saya berharap filem ini

menjadi inspirasi kepada semua peminat badminton tempatan dan

luar negara. Filem ini mengisahkan cabaran kehidupan saya sebagai

pemain badminton dan saya berharap dapat mendorong penonton

untuk tidak mudah berputus asa”.

Kunci utama untuk menjadi yang terbaik di kalangan mereka yang

terbaik adalah ketersediaan untuk berusaha lebih daripada orang lain.

Sikap bertanggungjawab, berdisplin dan dedikasi sesungguhnya

merujuk kepada INTEGRITI. Sehebat mana pun seseorang itu, sekuat

mana pun usaha lebih yang dicurahkan namun ia tidak akan kekal

andai kata semua pelaburan itu tidak dibuat dengan integriti.

Ingatlah, tidak susah untuk menjadi susah dan tidak juga senang

untuk menjadi senang. Semuanya memerlukan usaha. Mungkin

dengan sedikit

Page 18: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

aha yang dicurahkan, ia mampu memberi makna yang besar dalam

kehidupan kita sebagai manusia.

Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah memaparkan

kisah kehidupan seorang lelaki yang bernama Fuad, atau juga dikenali sebagai

Abdul Halim dan Joshua yang merupakan seorang lelaki yang berketurunan

Cina dan beragama Islam. Robert Lim merupakan ayah Fuad, manakala ibunya

bernama Mariana iaitu seorang wanita berketurunan Melayu dan beragama

Islam. Namun, Fuad tidak dibesarkan oleh ibu bapa kandungya, sebaliknya

dijaga oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya dan turut dijadikan anak angkat

oleh pasangan suami isteri iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah.

Pada suatu hari, Fuad didatangi oleh Cikgu Abas dan ditawarkan untuk menjadi

guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad menerima tawaran

tersebut di sekolah, Fuad telah berkenalan dengan Cikgu Farhana, Ketua

Panitia Bahasa Inggeris. Hubungan Fuad dan Farhana semakin hari semakin

rapat sehingga melahirkan perasaan cinta di antara mereka tanpa menyedari

bahawa mereka adalah adik beradik. Namun, perkara ini terbongkar apabila

Fuad terpandang akan nama ibu Farhana yang sama dengan nama ibunya

sewaktu ibu Farhana terlantar di hospital dan dia terpaksa menerima kenyataan

bahawa Mariana adalah ibu kandungnya, manakala Farhana juga merupakan

adik kandungnya walau pun mereka berlainan ayah.

INTEGRITI

membentuk nilai-nilai

insan dalam diri kita

sebagai manusia

B B

E U

D K

A U

H

Oleh:

Rusini binti Mat Safar

Page 19: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

Sorotan yang dibawa dalam

pengkisahan novel ini membawa kita

menelusuri watak-watak yang membawa

nilai-nilai kehidupannya yang tersendiri.

Nilai-nilai ini digarap dengan sebaiknya

oleh penulis berlatarbelakangkan jalan

cerita yang menarik.

Nilai Kasih Sayang

Walau pun Fuad bukan merupakan anak

kandung kepada pasangan suami isteri

Pak Ismail dan Mak Salmah, dia tetap

menyayangi mereka dengan sepenuh

hati. Fuad sanggup membeli segala keperluan yang dirasakan akan dapat

membantu meringankan beban Pak Ismail dan Mak Salmah.

Nilai Hormat-menghormati

Hormat-menghormati merupakan amalan yang perlu diamalkan oleh setiap

golongan masyarakat. Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai

seorang lelaki yang amat menghormati orang lain. Walau pun Pak Ismail dan

Mak Salmah bukanlah keluarga kandungnya, dia tetap menghormati mereka

seperti ibu bapanya sendiri. Fuad akan meminta pendapat Pak Ismail sebelum

membuat sebarang keputusan seperti sewaktu mendapat tawaran untuk

menjadi guru sandaran oleh Cikgu Abas, Fuad terlebih dahulu bertanyakan

pendapat Pak Ismail.

Nilai Ketabahan

Kita perlu tabah dan sabar dalam menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup.

Seseorang yang tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan hidup tidak akan

mudah berputus asa. Individu yang tabah akan sentiasa melakukan sesuatu

dengan sepenuh hati sehingga mereka berjaya. Mereka akan sentiasa

berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keinginan terutamanya bagi

mengubah kehidupan mereka.

Page 20: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

Nilai Murah Hati

Individu pemurah tidak akan berkira sekiranya pertolongan atau khidmat

mereka diperlukan oleh orang lain. Mereka ini dengan senang hati sanggup dan

mahu menghulurkan bantuan. Sikap suka menolong orang lain akan melahirkan

golongan masyarakat yang peka dengan keadaan atau situasi yang berlaku di

sekeliling mereka.

Kesimpulan dalam Novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah

mengandungi banyak nilai kehidupan yang perlu dipupuk dalam kehidupan

seharian kita. Hal ini demikian kerana, nilai-nilai insan yang terkandung dalam

novel ini sebenarnya dapat mengajar kita untuk lebih menghargai kehidupan

kita. Nilai-nilai positif dan murni ini seharusnya terus diamalkan dalam

kehidupan seharian setiap daripada kita. Nilai-nilai sebegini akan dapat

memupuk persefahaman yang tinggi dalam kalangan masyarakat dan secara

langsungnya dapat melahirkan sebuah negara yang harmoni. Ini kerana,

pembentukan modal insan yang positif dalam sesebuah negara akan

mengubah corak pembangunan sesebuah negara.

Page 21: BULETIN INTEGRITI...BULETIN INTEGRITI Jabatan Penjara Malaysia Edisi 2/ 2020 TIPS Move on daripada si ‘dia’ JOM Kenali PACP 2020-2024 Jun – Dis. 2020 ULASAN FILEM BEDAH negara,

PKK Meor Azizi Sapawi bin Ahmad Sepuan

Noor Jumaaton binti Razikin

KIP Norazizin binti Mt Jinin

Puan Rusini binti Mat Safar

Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertemakan integriti (rencana, artikel, berita, cerpen, sajak dan lain-lain) untuk dikongsi bersama.

Hantarkan karya anda ke [email protected]