Upload
kaliammah-ayer
View
679
Download
24
Embed Size (px)
Citation preview
Adat dan Budaya Masyarakat India
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum
India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang
dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman
penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang
lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan
beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik.
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah
satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat
majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan
ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga
kini iaitu :
1. Agama
2. Seni Hiburan
3. Pakaian Tradisional
4. Makanan Tradisional
5. Alat Muzik
6. Tarian Tradisional
7. Perayaan
8. Perkahwinan
9. Adat Kelahiran
10.Adat Kematian
.
Agama
Penganut Hindu memuja dewa - dewi yang
diketuai Dewa Shiva yang menunggang
lembu jantan manakala Durga menunggang
harimau.Penganut Hindu pergi ke kuil pada
bila-bila masa mengikut keperluan masing-
masing.
Seni Hiburan
Terdapat beberapa seni hiburan yang
dipersembahkan acara terbuka kepada
umum.Antara seni hiburan masyarakat
India ialah Tarian Klasik India , Kathak ,
Bharata Natyam dan Giddha.
Pakaian Tradisional Kaum India
Sari merupakan pakaian yang melambangkan identiti
bangsa india.Sari dipakai oleh wanita untuk majlis rasmi
dan juga untuk pakaian seharian.
l
Pakaian Tradisional Kaum India
Etnik Malayalam
Etnik Telugu
Etnik Tamil
Dhoti dan Jippa merupakan pakaian lelaki India.Dhoti
adalah kain berwarna putih yang tidak berjahit .Jippa
ialah kemeja putih yang dipakai dengan dhoti.
Makanan Tradisional Kaum India
Thosai
Tosai ini mempunyai banyak nama lain.
Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay,
dose, dosai, dhosha, thosai ataupun
chakuli.Tosai juga terdiri daripada
pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili,
tosai bawang dan sebagainya. Makanan
tradisional ini sering dimakan oleh rakyat
Malaysia terutamanya kaum india.Tosai
boleh didapati di mana-mana gerai atau
kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari
India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi
atau makan malam.Tosai amat kaya
dengan karbohidrat dan protein.
Idli
Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak
jenis.
Contohnya,
sanna,rave atau
sambar idli.Ia
dimakan sebagai
sarapan pagi
ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini
sering dihidang dengan sambal dari buah-
buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.
Alat Muzik Tradisional Kaum India
KANJIRA
Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin.
Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan
sama dengan alat tamborin barat yang terdiri
daripada rangka bulat diperbuat daripada
kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7
hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman
2 hingga 4 inci dalamnya. Juga
berfungsi seakan-akan alat muzik
kompang atau tar disesetengah tempat.
MIRUDANGAM
Mirudangam dimainkan dengan meletakkannya
secara selari di atas lantai dan pemain memalu
permukaan yang kecil dengan tangan kanan,
manakala memalu permukaan besar dengan
tangan kiri. Mirudangam diletakkan di atas kaki
kanan dan buku lali dan dilunjurkan sedikit
manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan
diletakkan pada rangka badan mridangam serta
bertentangan dengan badan pemain.
CHENDA
Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga
dipanggil chende. Alat muzik ini digunakan dalam
aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat
muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat
muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk
tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala.
Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia
tergantung tegak dengan bahagian atas gendang
yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu
pemukul untuk memukul bahagian atas gendang
tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan
irama asas) dan Acchan Chenda.
VENU
Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan
merupakan salah satu daripada alat muzik
yang tertua di India. Untuk memainkan alat
muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan
untuk menutup dan membuka lubang pada
venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai
saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu
Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik
venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah
oktaf yang bersifat monofoni seperti suara
manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari
amat berperanan penting dalam menutup dan
membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang
menarik dan penting dalam persembahan
berdasarkan muzik raga.
NADASWARAM
Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang
terkenal di selatan India. Alat muzik ini
tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan
bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat
didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan
dengan alat
tiupan Shehnai
yang terdapat
di utara India
tetapi memiliki
saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat
daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini
juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam,
mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima
lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya
yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.
SARASWATI VEENA
Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat
muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai
saraswati veena kerana mengambil sempena
nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu
digambarkan sedang bermain alat muzik ini
dan
terkenal dalam masyarakat India. Selain alat
muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat
muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra
Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua
alat muzik ini dimainkan dalam persembahan
klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik
saraswati veena sahaja digunakan dalam
persembahan muzik karnatak di India.
Tarian Tradisional kaum India
Tarian Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam merupakan salah
satu gaya tarian klassik India. Tarian
klassik Bharata Natyam merupakan salah
satu tarian yang penuh dengan tradisi.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil
Naidu di bahagian Selatan India.
Tarian Kathak
Tarian Kathak merupakan salah satu
dari lapan bentuk tarian klasik India,
berasal dari India Utara. Tarian ini boleh
dijejak asalnya kepada pencerita lisan
nomad India utara silam, dikenali sebagai
Kathaks, atau pencerita.
Tarian Bhangra
Bhangra adalah merupakan suatu bentuk
tarian yang mana ianya untuk meraikan
penglibatan dan kejayaan dalam tuaian
yang baik dan berasal daripada wilayah
Punjab di India.Tarian ini lebih memaparkan
komuniti Sikh di Malaysia. Setiap
pergerakan di dalam tarian ini mambawa
maksud yang tersendiri dalam usaha untuk
memaparkan suatu pergerakan yang
artistik.
Perayaan Thaipusam
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh
masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi
menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut
pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai
bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah
hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan
kesalahan yang lepas.
Pada hari Thaipusam, mereka akan membawa susu yang
berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan
dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga
berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan
benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil
hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa
belanga berisi susu ini.
Perayaan Deepavali
.
Perayaan Thaiponggal
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan
perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender
Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta
cahaya. Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras
rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja
Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu
sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan
syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi
daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam
barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan
kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali
Maatu ponggal
Maatu Ponggal
Kanni PonggalKanni PonggalKanni Ponggal
Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan
bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan
matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-
turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar
selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.
Pada hari kedua sambutan Ponggal iaitu atau Ponggal lembu,
lembu-lembu dimandikan, dibubuh kunyit pada tanduknya dan
badan serta dikalungkan dengan bunga. Ponggal yang dimasak
juga disuapkan kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain
seperti yang disaksikan di Kuil Sri Srinivasa Perumal. Lembu
dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para
petani kerana membantu membajak tanah dan memberi susu
yang berkhasiat, jelas Balakrishnan lagi.
Perkahwinan
_
Adat Perkahwinan Kaum India
Niccayam
Kanni bermaksud anak dara dan seperti namanya, mereka yang
sudah mencapai akil baligh digalakkan untuk memasak Ponggal
sama ada di rumah atau beramai-ramai di kuil. Kanni Ponggal
juga secara tidak langsung menarik perhatian ibu bapa untuk
mencari jodoh untuk anak-anak lelaki mereka.
Bertunang dan Sembahyang
Adat Menyuap Kal KandeSamy memberi kumkum
Othalanem (Aksesori)
Memakai Cincin Daun
Thali rantai daripada Benang
Perkakasan Upacara Perkahwinan
Perkakasan Upacara Perkahwinan
Poree ( Membakar Ramuan )Sementhi Phutu
Vaalem Varuthal ( Membuat Tiga Pusingan)
Thaalapa (Perhiasan Kepala)
Kolem dan kumbam
Paal ( Menyapu Paal Kaki Pengantin Lelaki
Upacara Akad NikahCuci Kaki IbubapaMengarak LampuMinji Sarung Cincin Lelaki
(Minji) Sarung Cincin Wanita
Paal ( Menyapu Paal Kaki Pengantin Perempuan )
Memohon Doa Restu
Kad Jemputan
Thaali
Paal abishegam (Cuci Kaki Ibubapa )
Bertukar Bunga Malai
Juru Nikah
Adat Kelahiran Masyarakat India
Sewaktu Mengandung
Pengantin Bersanding
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan
ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau
usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil
tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan
baru yang dikenali sebagai Suulkaappu.
Selepas Lahir
Menyapu kunyit pada tangan dan pipi
Ibu mengelilingkan beras di ataskepala sebanyak tiga kali
Suami menyuapkan manisan ke dalam mulut isteri
Adat Kematian Masyarakat India
Pembawa kollic catti akan mengelilingi mayat
sebanyak 3 kali mengikut arah jam
Mandi minyak dapat menguatkan otot dan organ tertentuMandi minyak dapat menguatkan otot dan organ tertentu
Upacara pengebumian kaum india dengan
membakar
Upacara pengebumian kaum india dengan
membakar
Malai dikalung pada gambar simati
Kubur India