Upload
skpp18
View
319
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
1
“USAHA JAYA”
Sekolah Putrajaya Presint 18(1) Sentiasa Cemerlang
1. Berusaha menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang
cemerlang ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti.
2. Mengembangkan potensi murid melalui kesungguhan kerja
warga sekolah, ibubapa dan komuniti setempat.
MOTO
VISI
MISI
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
2
1. Sentiasa memberikan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan murid
yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2. Menjadikan kecemerlangan sebagai budaya kerja.
3. Menjamin keselamatan semua warga sekolah.
Memahami dan menghayati :
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
- Falsafah, matlamat dan objektif sekolah
Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan dan
Kementerian Pelajaran setiap masa
Sentiasa mementingkan mutu dan hasil pendidikan dan sentiasa
berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
Menentukan objektif setiap tugasan yang dijalankan
Mengamalkan kerja berpasukan
Mengamalkan perkhidmatan mesra dan penyayang
Kepimpinan melalui teladan (memimpin dan menilai diri sendiri)
PIAGAM PELANGGAN
BUDAYA KERJA SEKOLAH
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
3
LAGU SEKOLAH
SK PRESINT 18(1) SENTIASA CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT LAPAN BELAS (1)
AYUH USAHA JAYA, MOTO KAMI SEMUA
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT LAPAN BELAS (1)
MENUJU CEMERLANG, SATU MALAYSIA
BERSAMA, MEMACU PENDIDIKAN
BUKTIKAN, GEMILANG KESUKANAN, PELAJARAN
KAMI BERIKRAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT LAPAN BELAS (1)
AYUH USAHA JAYA, SATU MALAYSIA
TINGKATKAN, KUALITI DAN PRESTASI
KAMILAH, PENDUKUNG CITA-CITA
WAWASAN KECEMERLANGAN
BERSAMA, MEMACU PENDIDIKAN
KAMILAH, PENDUKUNG CITA-CITA
WAWASAN KECEMERLANGAN
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
4
KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang diwujudkan untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini adalah
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan Negara.
Pembinaan dan pembentukan disiplin adalah satu proses yang berterusan.
Peraturan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) telah digubah khas
bagi memastikan matlamat ini tercapai. Ia sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang merupakan tatacara bagi
menentukan supaya peraturan dan undang-undang dipatuhi. Dengan adanya
peraturan ini, diharapkan sekolah dapat melahirkan murid-murid yang
berfikiran dan bersikap positif, bersemangat, aktif dan bertenaga, pro-aktif serta
mempunyai iltizam yang tinggi dan mampu bersaing dalam era globalisasi yang
kian mencabar.
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
5
TANGGUNGJAWAB PELAJAR
MENGHORMATI IBUBAPA, GURU-GURU DAN PEMIMPIN
MASYARAKAT
MENUMPUKAN SEPENUH TENAGA DAN USAHA DALAM
MENCAPAI
KECEMERLANGAN DIRI, AKADEMIK DAN KOKURIKULUM
MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH DAN UNDANG-UNDANG
NEGARA
MENJAGA KESELAMATAN DIRI, AGAMA, BANGSA DAN
NEGARA
MENJAGA IMEJ DAN NAMA BAIK KELUARGA, GURU DAN
SEKOLAH
MENJAGA IMEJ DAN MENGANGKAT MARTABAT BANGSA
DAN NEGARA DI MATA DUNIA
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
6
PRINSIP RUKUNEGARA
1. Kepercayaan kepada Tuhan.
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran Perlembagaan.
4. Kedaulatan Undang-undang.
5. Kesopanan dan Kesusilaan.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
7
IKRAR SEKOLAH
BAHAWASANYA KAMI,
MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18(1),
BERIKRAR,
AKAN TAAT DAN MENGHORMATI GURU-GURU,
MENGAMALKAN CARA HIDUP BEKERJASAMA,
BERTANGGUNGJAWAB,
MEMBINA SATU BUDAYA SEKOLAH YANG SIHAT DAN PROGRESIF.
KAMI AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH,
SENTIASA MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH,
GURU-GURU DAN IBUBAPA KAMI.
KAMI JUGA AKAN MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH,
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
DAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
PADA SETIAP MASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
8
PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT
18(1)
PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1 LOCENG WAKTU MULA PERSEKOLAHAN
Semua murid mesti berada dalam kawasan sekolah selewat-
lewatnya 7.30 pagi. Perhimpunan pagi bermula tepat pada jam
7.30 pagi setiap hari. Murid-murid berbaris mengikut kelas
masing-masing di tapak perhimpunan. Setiap pagi murid-murid
akan membaca doa menyanyi Lagu Negaraku, Lagu Wilayah
Persekutuan dan Lagu Sekolah diikuti pengumuman aktiviti
sekolah yang berkaitan dengan Kurikulum, HEM dan
Kokurikulum.
1.2 TAHAP SATU (TAHUN 1-3)
Isnin hingga Khamis 7.30 pg hingga 1.45 ptg
Jumaat 7.30 pg hingga 12.15 tgh
1.3 TAHAP DUA (Tahun 4, 5 dan 6)
Isnin hingga Khamis 7.30 pg hingga 1.45 ptg
Jumaat 7.30 pg hingga 12.15tgh
WAKTU KOKURIKULUM (Tahun 3 – 6)
Rabu 2.45 ptg hingga 4.45 ptg
1.4 MASA REHAT
Tahap 1: 9.45 pg – 10.15 pg
Tahap 2: 10.15pg -10.45pg
1.5 KELUAR MASUK KELAS
Semua murid yang keluar masuk kelas semasa waktu
pembelajaran sedang berjalan mestilah mendapat kebenaran
guru dan mesti memakai pas keluar.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
9
1.6 PERGERAKAN MURID
Semua murid mestilah berbaris dan beredar dengan senyap dan
pantas mengikut arahan guru semasa pergerakan ke bilik-bilik
lain.
1.7 KELUAR SEKOLAH Semua murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
dalam masa persekolahan kecuali bersama ibu bapa/ penjaga/
waris murid/ guru SKPP 18(1) dengan menulis butir-butir
tertentu di buku rekod yang dikhaskan setelah dibenarkan oleh
Guru Besar / Guru Penolong Kanan.
PERKARA 2: PERHIMPUNAN KHAS / HARIAN
2.1 Semua murid diwajibkan hadir dalam perhimpunan rasmi (Hari
Isnin) dan perhimpunan harian (hari Selasa - Jumaat)
2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing
2.3 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas
PERKARA 3: KEDATANGAN
3.1 Semua murid diwajibkan hadir tepat pada waktunya:
3.1.1 Pada semua hari persekolahan
3.1.2 Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan aktiviti
kokurikulum
3.1.3 Sebarang acara rasmi sekolah
3.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor
atau keterangan daripada ibu bapa / penjaga. Tanpa maklumat
tersebut, murid dianggap ponteng.
3.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid
tidak hadir dan diminta memberi penjelasan. Sekiranya pihak
sekolah tidak menerima keterangan bertulis, tindakan-tindakan
berikut akan diambil.
3.3.1 Tidak hadir tiga hari pertama, surat amaran pertama
dihantar.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
10
3.3.2 Tidak hadir tujuh hari seterusnya tanpa sebab, surat
amaran kedua dihantar.
3.3.3 Tidak hadir tujuh hari seterusnya, surat tindakan
memotong nama murid berkenaan dihantar kepada ibu
bapa rasmi penjaga. Salinannya dihantar kepada Bahagian
Pendaftaran Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan dan
Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
3.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar
dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/Guru-guru
Penolong Kanan/Guru Bertugas.
3.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil
oleh ibu bapa diwajibkan mengisi buku kebenaran keluar
sekolah yang terdapat di pejabat.
PERKARA 4: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai
setiap hari persekolahan, menghadiri upacara-upacara rasmi sekolah
dan membuat lawatan rasmi.
Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah ke
sekolah sehingga balik ke rumah.
4.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki
4.1.1 Seluar bagi murid lelaki ialah seluar panjang biru tua
(navy blue). Seluar pendek yang sama warnanya boleh
dipakai sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa atau penjaga
mereka.
4.1.2 Tali Pinggang
Sekiranya bertali pinggang adalah jenis yang kepalanya
tidak besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak
melebihi 1 ½ inci atau 3.75cm. Warna tali pinggang sama
ada hitam atau biru tua.
4.1.3 Baju
Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
11
4.14 Tali Leher
Murid hanya dibenarkan memakai tali leher sekolah yang
telah ditetapkan.
4.1.5 Kasut dan Stokin
Kasut bagi murid-murid sekolah adalah kasut “canvas”
berwarna putih dan stokin hendaklah berwarna putih.
4.1.6 Rambut dan kuku
Murid-murid lelaki mestilah menjaga rambut supaya
sentiasa kemas dan pendek. Rambut tidak boleh
diwarnakan dengan sebarang warna. Kuku mestilah
dipotong pendek dan tidak boleh dicat atau diinai.
Surat Pekeliling Ikhtisas No.2
4.2 Pakaian Seragam Murid Perempuan
4.2.1 Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru
tua.
4.2.2 Pakaian murid-murid perempuan adalah “pinafore tunic”
berwarna biru tua (navy blue) labuhnya sampai ke lutut.
4.2.3 Tudung / mini telekung
Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung
/ mini telekung dengan syarat tudung itu berwarna putih
dan berbentuk segi tiga dua sama dan tidak berenda
ditepinya.
4.2.4 Kasut dan stokin
Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut
“kanvas” berwarna putih. Stokin juga hendaklah berwarna
putih.
4.2.5 Rambut / kuku / riben
-hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
-rambut tidak boleh mencecah bahu.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
12
-rambut yang panjang hendaklah diikat kemas dengan
menggunakan riben hitam, putih atau biru.
-rambut tidak boleh diwarna dengan sebarang warna.
-murid dilarang menyimpan kuku panjang dan
mewarnakannya dengan cat kuku dan inai.
-riben berwarna putih, biru tua dan hitam hanya
dibenarkan pakai.
4.2.6 Alat-alat solek
Murid-murid dilarang memakai sebarang alat solek
walaupun nipis kecuali murid-murid yang terlibat dalam
program sekolah dengan kebenaran guru.
4.2.7 Murid-murid tidak dibenarkan memakai atau membawa
barang-barang kemas seperti gelang, rantai leher, anting-
anting, cincin dan lain-lain.
4.3 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani / Aktiviti Ko-
Kurikulum 4.3.1 Semua murid mesti memakai Baju T (T-Shirt)
sekolahataubaju T rumah sukan mengikut rumah masing-
masing.
4.3.2 Kasut dan stokin – kasut getah atau kanvas berwarna putih
dan stokin berwarna putih.
4.3.3 Semua murid mesti memakai seluar panjang (track
bottom) berwarna biru tua/gelap dan tidak bercorak.
4.4 Tanda Nama dan Lencana Sekolah
Semua murid dikehendaki memakai tanda nama dan lencana
sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
13
Ref: K.P (BS) 8543 / Vol. ii (58)
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
14
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
15
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
16
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
17
PERKARA 5: KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
5.1 BILIK DARJAH / KELAS
5.1.1 Tanggungjawab semua murid.
5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual
bertugas dan murid mesti mematuhinya.
5.1.3 Setiap kelas mempunyai sudut pembelajaran dan
menghias kelas dengan bahan-bahan akademik.
5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi dan meja mesti
disusun dengan teratur. Lampu dan kipas mesti ditutup
suisnya. Pintu dan tingkap ditutup.
5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi /meja
/ perabot antara kelas.
5.1.6 Komputer dan suis utamanya ditutup.
5.2 KAWASAN SEKOLAH
5.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan
sekolah.
5.2.2 Sampah yang ditemui hendaklah dipungut dan dibuang ke
dalam tong sampah.
5.2.3 Dilarang meludah merata-rata.
5.2.4 Dilarang menconteng dinding dan seumpamanya dengan
sebarang bahan.
5.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
5.3 TANDAS SEKOLAH
5.3.1 Semua murid mesti menggunakan tandas dengan betul,
menjaga kebersihan serta dilarang membuang sampah ke
dalam lubang tandas.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
18
5.3.2 Semua murid dilarang menconteng dinding tandas.
5.3.3 Murid-murid hendaklah berjimat menggunakan air dan
menutup paip setelah digunakan.
5.3.4 Murid-murid hendaklah melaporkan segera sebarang
kebocoran atau kerosakan tandas kepada guru.
5.4 PAPAN KENYATAAN
5.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti
mendapat kebenaran guru.
5.4.2 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja yang
ditampal.
5.4.3 Kenyataan yang lama atau tamat tempoh masa mesti
ditanggal.
5.4.4 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan
kenyataan dan tidak memindah kenyataan yang ada di
papan kenyataan.
5.5 HARTA BENDA SEKOLAH
5.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga
harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, makmal
komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik seni,
bilik-bilik akses kendiri, pusat sumber, surau, stor kantin,
dewan, padang, bilik persalinan, tandas dan di mana-mana
sahaja dalam kawasan sekolah.
5.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera
kepada guru.
5.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti
oleh murid sendiri.
5.5.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
19
dipulangkan / diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan
baik.
PERKARA 6: KAWASAN LARANGAN
6.1 Kawasan larangan merupakan kawasan yang pelajar tidak
dibenarkan masuk tanpa urusan / tanpa kebenaran guru.
6.1.1 Pejabat, bilik guru, semua bilik khas seperti makmal sains,
makmal komputer, pusat sumber, bilik SPBT, bilik server,
bengkel, tandas guru dan bilik-bilik lain.
6.1.2 Bangunan sekolah menengah dan kawasan persekitarannya
seperti kawasan letak kereta.
6.1.3 Stor / bilik-bilik rehat pekerja.
6.1.4 Dewan serbaguna dan padang.
6.1.5 Koridor sebelah belakang bangunan.
6.1.6 Kawasan belakang bangunan.
PERKARA 7: KANTIN
7.1 Semua murid mesti makan di kantin sekolah.
7.2 Murid-murid mesti berbaris ketika membeli makanan dan
minuman.
7.3 Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti
dimasukkan ke dalam bekas-bekas yang disediakan selepas
digunakan.
7.4 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau
tempat penyediaan makanan.
7.5 Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan
sekolah dan dari sekolah menengah.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
20
7.6 Semua murid hendaklah mengamalkan adab sopan semasa
makan dan minum.
7.7 Kertas, plastik makanan / minuman hendaklah dimasukkan ke
dalam tong sampah.
7.8 Semua murid tidak dibenarkan makan di bilik makan guru.
PERKARA 8: TATATERTIB DAN KESOPANAN
8.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan
sekolah.
8.2 Setiap murid wajib menghormati guru-guru / kakitangan sekolah
/ pelawat dan sesama pelajar.
8.3 Ucapan salam hendaklah diberikan apabila berjumpa sesama
Islam dan ucapan selamat sejahtera bagi bukan Islam.
8.4 Semua murid mesti menunjukkan sikap dan tingkah laku yang
baik sepanjang persekolahan dan menjaga nama baik sekolah.
8.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang
baik dengan sesiapa sahaja.
PERKARA 9: PENGGUNAAN LOKER
9.1 Loker hanya untuk menyimpan buku atau barang keperluan
sekolah sahaja. Murid dilarang merosakkan loker.
9.2 Buku yang hendak digunakan hendaklah dibawa pulang dan
tidak boleh ditinggalkan di dalam loker.
9.3 Kunci pendua loker hendaklah diserahkan kepada guru kelas
masing-masing.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
21
PERKARA 10A: MAKMAL KOMPUTER / MAKMAL SAINS /
PUSAT SUMBER DAN BENGKEL
10.1 Penggunaan makmal komputer, makmal sains, bengkel dan
Pusat Sumber mestilah bersama-sama guru atau Penyelaras IT.
Murid- murid dilarang masuk tanpa guru.
10.2 Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk beg, disket atau
CD. Murid-murid dilarang menggunakan komputer untuk tujuan
bermain “game” mengubahsuai perisian yang sedia ada atau
memasukkan arahan-arahan dengan sesuka hati.
10.3 Murid-murid dilarang membuat bising, makan minum,
bergurau- senda atau berkejar-kejaran di dalam makmal atau
Pusat Sumber.
PERKARA 10B: PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER
DI BILIK DARJAH DAN DI MAKMAL KOMPUTER
1. Pastikan komputer (Monitor, CPU, Keyboard dan Mouse) bersih
dan tiada habuk di atasnya.
2. Jangan bersihkan komputer dengan kain basah atau bahan
minyak.
3. Dilarang meletakkan sebarang alat yang berat di atas komputer.
4. Dilarang meletakkan makanan dan minuman berhampiran
dengan komputer.
5. Dilarang menconteng di atas komputer.
6. Gunakan username dan password yang ditetapkan / dibenarkan
sahaja.
7. Membuka dan menutup komputer dengan prosedur yang betul.
8. Tidak dibenarkan mengubah konfigurasi dan setting program
komputer.
9. Dilarang memasukkan screen saver, gambar dan perisian luar
atau download dari internet ke dalam komputer.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
22
10. Semua fail hendaklah disimpan dalam folder Server yang
ditetapkan sahaja.
11. Dilarang menggunakan disket (cakera liut) yang digunakan di
rumah melainkan dengan kebenaran guru.
12. Kerapkan Scan virus supaya komputer tidak “hang” selalu.
13. Scandisk komputer sekiranya perisian lambat “lounge”.
14. Tutupkan semua switch komputer dan soket elektrik setelah
digunakan.
15. Sekiranya menggunakan peralatan sokongan seperti Manual IT,
Mic, Headphone dan sebagainya hendaklah dipulangkan selepas
digunakan di tempat asalnya.
16. Murid-murid perlu ikut arahan guru sebelum memasuki atau
mencuba perisian baru.
17. Sekiranya ada kerosakan pada alat komputer hendaklah
memberitahu kepada guru dengan segera.
18. Kehilangan peralatan komputer adalah tanggungjawab kelas
masing-masing.
PERKARA 11: KOKURIKULUM
11.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam
aktiviti kokurikulum berikut:
* tahun 3 digalakkan
Kelab dan Persatuan
Pasukan Beruniform / Pakaian Seragam
Sukan / Permainan
11.2 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki hadir
dan menyertai kegiatan yang diambil. Kedatangan akan
direkodkan.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
23
11.3 Murid-murid mesti memakai pakaian mengikut aktiviti yang
disertai iaitu Unit Beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan.
11.4 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa
Guru Penasihat.
11.5 Aktiviti kokurikulum sekolah ditetapkan pada hari Rabu mulai
jam 2.45 petang hingga 4.45 petang.
11.6 Semasa aktiviti kokurikulum sedang dijalankan, murid-murid
tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.
11.7 Setiap hari Rabu di sebelah pagi, semua murid Tahap 2
diwajibkan memakai baju Unit Beruniform yang mereka sertai.
11.8 Sekiranya ada aktiviti melibatkan jurulatih khas, tempat dan
masa akan berubah, ibu bapa dan murid akan sentiasa
diberitahu.
PERKARA 12: SENARAI SALAH LAKU YANG BERAT DI
PERINGKAT SEKOLAH
12.1 TINGKAH LAKU JENAYAH
12.1.1 Berjudi
12.1.2 Mencuri
12.1.3 Melawan guru
12.1.4 Melawan pengawas
12.1.5 Mengancam guru
12.1.6 Mengancam pengawas
12.1.7 Mengancam murid
12.1.8 Memukul guru
12.1.9 Memukul pengawas
12.1.10 Memukul murid
12.1.11 Mencederakan guru
12.1.12 Memeras ugut
12.1.13 Membuli
12.1.14 Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap
12.1.15 Mencederakan murid
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
24
12.1.16 Menyalahguna dadah
12.1.17 Membawa senjata berbahaya
12.1.18 Mencabul kehormatan
12.1.19 Menceroboh bilik khas
12.1.20 Menceroboh kedai PIBG, Pejabat sekolah
12.1.21 Menceroboh bilik guru
12.1.22 Mengedar dadah
12.1.23 Menunjukkan perasaan/berpiket
12.1.24 Mengganggu ketenteraman sekolah
12.1.25 Menaruh secara besar-besaran
12.2 TINGKAH LAKU LUCAH
12.2.1 Bercumbu-cumbuan
12.2.2 Berdua-dua tanpa tujuan (khalwat)
12.2.3 Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah
12.2.4 Mengintai murid-murid perempuan
12.2.5 Menggunakan perkataan lucah
12.2.6 Melakukan perkataan lucah
12.2.7 Menulis perkataan lucah
12.2.8 Melukis gambar-gambar lucah
12.3 TINGKAH KURANG SOPAN DAN BIADAP
12.3.1 Berkelakuan kasar terhadap guru
12.3.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas
12.3.3 Berkelakuan kasar terhadap murid
12.3.4 Berbahasa kesat
12.3.5 Menyimpan rokok
12.3.6 Menghisap rokok
12.3.7 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
12.3.8 Tidak menghormati guru
12.3.9 Tidak menghormati pengawas
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
25
12.4 TINGKAH LAKU MUSNAH
12.4.1 Merosakkan harta benda sekolah
12.4.2 Merosakkan harta benda Guru Besar dan guru-guru
12.4.3 Merosakkan harta benda kantin sekolah
12.4.4 Merosakkan harta benda murid
12.5 TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR / MENIPU
12.5.1 Menipu yang melibatkan wang
12.5.2 Menipu yang melibatkan kepercayaan
12.6 PONTENG
12.6.1 Ponteng kelas
12.6.2 Ponteng sekolah
12.6.3 Ponteng perhimpunan
12.6.4 Ponteng kegiatan luar bilik darjah
12.6.5 Ponteng kegiatan kokurikulum
12.6.6 Ponteng ujian
12.6.7 Ponteng peperiksaan
12.7 TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA
12.7.1 Berkeliaran di kawasan sekolah
12.7.2 Datang lewat ke sekolah
12.7.3 Lewat ke perhimpunan
12.7.4 Makan di kantin pada waktu pembelajaran
12.8 KEKEMASAN DIRI
12.8.1 Rambut panjang
12.8.2 Fesyen rambut keterlaluan
12.8.3 Berkuku panjang
12.8.4 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah
12.8.5 Memakai barang-barang kemas
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
26
12.9 LAIN-LAIN KESALAHAN
12.9.1 Tidak menyiapkan kerja sekolah
12.9.2 Membuang sampah merata-rata
PERKARA 13 : PEPERIKSAAN
13.1 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan
sekolah
13.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah
walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu
sekolah kecuali mendapat arahan daripada Guru Besar
13.3 Murid-murid yang mengambil peperiksaan semasa cuti sekolah
tidak dikecualikan daripada mematuhi peraturan-peraturan dan
undang-undang sekolah
PERKARA 14: KESELAMATAN MURID-MURID
14.1 Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid sendiri
14.2 Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa
menjalankan aktiviti persatuan / kelab / sukan / permainan dan
aktiviti di dalam bilik darjah / bengkel
14.3 Kemalangan akibat kelalaian sendiri bukan tanggungjawab
sekolah
14.4 Sebarang gangguan dari pihak luar hendaklah dilaporkan kepada
pihak sekolah
PERKARA 15: PERTUKARAN SEKOLAH
15.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendakan ibu bapa atau
penjaga
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
27
15.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan (UPSR) ibu bapa
penjaga hendaklah memastikan pertukaran Pusat Peperiksaan
telah dibuat
PERKARA 16: KEDAI BUKU
16.1 Semua murid yang ingin berurusan dengan kedai buku /
koperasi sekolah mestilah pada waktu yang ditetapkan kecuali
dengan kebenaran guru
PERKARA 17: BAYARAN
17.1 Bayaran sekolah mestilah dijelaskan dalam jangka masa yang
ditetapkan
PERKARA 18: SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
18.1 Semua murid mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik
18.2 Tulis nama, kelas dan tahun di ruangan yang disediakan
18.3 Semua buku pinjaman mestilah dipulangkan dalam keadaan
baik apabila
18.3.1 Pada akhir tahun
18.3.2 Diberhentikan sekolah
18.3.3 Diarah oleh pihak sekolah
PERKARA 19: SURAT PEKELILING GURU BESAR
19.1 Semua surat pekeliling yang dihantar kepada ibu bapa melalui
anak-anak hendaklah disampaikan dengan penuh amanah
19.2 Serahkan borang-borang jawapan daripada ibu bapa (jika ada)
dengan penuh amanah kepada guru kelas / Guru Besar
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
28
PERKARA 20: HAL-HAL LAIN
20.1 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat
permainan
20.2 Semua murid dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah.
Penggunaan telefon awam hanya dibenarkan pada waktu rehat
atau pulang iaitu untuk panggilan kecemasan sahaja.
20.3 Dilarang sama sekali membawa benda-benda tajam ke sekolah
20.4 Dilarang membawa komik atau benda-benda yang tidak
berkaitan dengan pelajaran termasuk pita video atau disket
20.5 Murid-murid dilarang berniaga dalam sekolah
20.6 Murid-murid tidak digalakkan membawa lebih dari RM10.00 ke
sekolah kecuali dengan tujuan-tujuan yang tertentu, misalnya
untuk membeli buku
20.7 Murid-murid yang balik awal dari masa persekolahan, ibu bapa
adalah bertanggungjawab untuk mencatatkannya di dalam buku
khas di pejabat sekolah
20.8 Ibu bapa yang ingin berurusan dengan anak / guru / kakitangan
sekolah ini mestilah mengisi borang kasar yang disediakan
20.9 Ibu bapa tidak dibenarkan berada bersama murid di dalam kelas
atau di kawasan sekolah walaupun anak dalam kelas tahun satu.
Proses menemankan anak, cuma dibenarkan pada hari pertama
persekolahan sahaja.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
29
RUJUKAN
ORDINAN PELAJARAN 1957
Peraturan-Peraturan pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
BUKU-BUKU PANDUAN
Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Am Disiplin Sekolah-sekolah,
Percetakan Adabi, 1981.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai
Disiplin Murid-murid Sekolah, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,
1982.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan dan Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,
1983.
Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Panduan Bagi Mengatasi masalah Ponteng Sekolah, Percetakan Watan
Sdn Bhd, 1994.
SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS
A. TINDAKAN JENAYAH DAN TINGKAHLAKU SOSIAL
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1982. Permainan „Pin-table‟, Video
Game, Game Watch, 01.10.1982.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1991. Pelaporan Kejadian Tidak
Diingini.
B. PERATURAN/ TINDAKAN DISIPLIN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1968. Pembuangan Murid-Murid
Daripada Sekolah-Sekolah Kerana Kelakuan Curang, 10.09.1968.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1968. Tatatertib di Sekolah-Sekolah
18.09.68.
Surat pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1968 dan 8/1968. Tambahan Kepada
Surat pekeliling „Profesional‟ Kementerian Pelajaran (Gantung
Persekolahan 12.10.1968).
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1972. Peraturan-Peraturan (Tatatertib
Sekolah) Pelajaran 1959, 04.02.1972.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1975. Disiplin di Sekolah: Peraturan-
Peraturan Sekolah Untuk Murid-Murid, 04.11.1975.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
30
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11/1976. Mengharamkan Semua Jenis
Permainan Judi di Sekolah-Sekolah, 09.10.1976.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1983. Mengenakan Hukuman Biasa
Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan-Perbuatan Salahlaku
Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran,
07.11.1983.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/ 1988. Keselamatan Diri Pelajar Di
Sekolah, 01.03.1988.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1991. Tatakelakuan Pelajar Ketika di
Masjid, 05.02.1991.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1992. Pengharaman Pensil
Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di Sekolah-Sekolah, 27.07.1992.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1996. Perlaksanaan Kuasa Disiplin
dan Hukuman Di Sekolah, 03.09.1996.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/2003. Kuasa Guru Merotan Murid,
29.10.2003.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/2009. Penguatkuasaan Larangan
Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah,
25.05.2009.
C. RAMBUT DAN PAKAIAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1976. Potongan Rambut Murid-
Murid, 07.01.1976.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1983. Pakaian seragam Murid-Murid
Sekolah, 09.03.1983.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1985. Pakaian Seragam Murid-Murid
Sekolah (Pindaan), 12.11.1985.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1992. Pemakaian Tudung/ Mini
Telekung bagi Pelajar-Pelajar Perempuan, 14.02.1992.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1993. Pakaian Seragam Sekolah,
03.06.1993.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1996. Penampilan Diri Pelajar,
Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian, 24.06.1996.
D. BERKENAAN DENGAN TEMBAKAU
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6A/1975. Disiplin – Murid-Murid
Menghisap Rokok, 0509.1975.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1975. Salah Guna Dadah – Garis
Panduan Untuk Guru dan Guru Besar, 19.08.1975.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1979. Laporan Murid-Murid Dalam
Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah yang Memerlukan Pertolongan,
26.03.1979.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
31
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1997. Hukuman Ke Atas Murid
Menghisap Rokok, 22.05.1997.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1997. Sekolah Sebagai Kawasan
Larangan Merokok.
E. UMUM
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1977. Pengelolaan Walkhaton di
Sekolah-Sekolah, 27.09.1977.
Surat pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1977. Menganjur dan Menjual Loteri
di Sekolah, 03.10.1977.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1978. Acara Suaikenal Di Sekolah-
Sekolah, 02.05.1978.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1983. Larangan Permainan Bahan-
Bahan Letupan, 23.04.1983.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1983. Garis Panduan Mengenai
Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah, 14.06.1984.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984. Tambahan Kepada Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984 – Perhimpunan Sekolah, 10.09.1984.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1998. Program Skim Lencana Anti
Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD),
03.02.1988.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1988. Penyakit Demam Kepialu
(Tifoid), Taun (Kolera), Penyakit Kuning (Hepatitis B) dan Keracunan
Makanan. 10.03.1998.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1988. Penyertaan Pelajar Dalam
Pertandingan atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk
Sukan, 10.03.1988.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12/1989. Garis Panduan Dari Segi
Pencegahan Kebakaran Bagi Bangunan dan Asrama, 09.12.1989.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1994, Menanam Semangat
Patriotisme Di Kalangan Pelajar dan Senaman Ringkas Dalam Bilik
Darjah, 12.09.1994.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1995. Keselamatan Diri Pelajar
Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan
Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Sekolah, 06.04.1995.
BUKU PERATURAN SEKOLAH, SKPP 18(1)
32
PETAK SIFIR
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24
3 6 9 12 15 18 21 24 27 30 33 36
4 8 12 16 20 24 28 32 36 40 44 48
5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60
6 12 18 24 30 36 42 48 54 60 66 72
7 14 21 28 35 42 49 56 63 70 77 84
8 16 24 32 40 48 56 64 72 80 88 96
9 18 27 36 45 54 63 72 81 90 99 108
10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120
11 22 33 44 55 66 77 88 99 110 121 132
12 24 36 48 60 72 84 96 108 120 132 144